Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sumpahan Merong Aswad #1

Evander : The Cursed Dragon

Rate this book
Empat lelaki berbadan separa naga dan seorang ahli sihir kolot.
Bagi bentala Delara, pertemuan mereka berlima adalah detik permulaan bagi kehancuran manusia. Tetapi, tiada seorang pun tahu bahawa nakhoda Delara sendiri yang menjadi punca kebangkitan mereka berlima.

“Vangelia takkan berdiam diri selagi saya masih hidup, Evan. Awak sedar atau tidak yang awak sedang menyusahkan diri sendiri, selamatkan penjenayah ini?”- Rathena

“Then what about me? What about Jay, Hideth and Merlin? Aren’t we the same?” - Evander

Dendam, jauh sekali untuk mereka lunaskan. Tetapi Evander cuma punya satu misi yakni menyelamatkan ibundanya yang berada di bawah tahanan manusia yang tamak dan gila kuasa.

Namun tatkala misi hampir dinoktahkan, kemunculan Ezekiel dari puak naga hitam punahkan semuanya. Tak sampai sehari, nyawa yang tidak bersalah terkorban satu demi satu. Kerakusan Ezekiel juga, akhirnya telah meninggalkan titik hitam dalam diri Evander. Bermula dari satu titik hitam, kegelapan mula menyelubungi hidup Evander.

“Dalam beberapa hari lagi, akan tercetusnya perang besar di sini. Aku tak tahu di bahagian mana. Tapi perang besar tu akan hancurkan satu lagi empayar di benua ni. Aku… Aku tak yakin kau akan selamat nanti, Thena."

Kerana satu sumpahan Ezekiel, adalah kehancuran yang tiada seorang pun mampu halang. Termasuklah Rathena sendiri.

"He's not your Evander anymore, Rathena."

Dan itulah kenyataan yang perit untuk Rathena telan.

479 pages, ebook

First published April 16, 2022

4 people are currently reading
35 people want to read

About the author

Dynna Zain

12 books5 followers
Dynna Zain is an indie author of urban fantasy novels. She lives in Malaysia. Besides being an author, Dynna Zain is also a digital artist.

Facebook: https://www.facebook.com/dynna.zain?_rdr
Instagram: https://www.instagram.com/dynnazain/
Wattpad: https://www.wattpad.com/user/dynnazain

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (29%)
4 stars
11 (45%)
3 stars
6 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
September 30, 2024
My thoughts?

1. Fantasy books are my thing. Especially when there are dragons involved 😆 Aku memang suka idea dan storyline cerita ni. War between kingdoms. One kingdom with dragon shapeshifters. The lost prince. Love it.

2. But there's only one problem, cara penulisan penulis je tak berapa ngam di jiwa aku. Aku kena fokus betul-betul baru aku boleh faham. Especially the battle scene. Kalau aku lost sikit habis lah. I need to re read the whole freaking page again.

3. Beza dengan aku baca His Angel's Throne hasil tulisan LDC. Walaupun banyak juga perkataan yang aku kena cari dalam kamus, tapi penceritaan dia straight forward & mudah faham. Battle scene pun aku boleh imagine. Same goes with Nirnama.

4. Aku suka watak-watak dalam buku ni. Especially the 4 dragons : Evander, Drake, Nash & Merlin. Diorang punya rambut sama warna dengan diorang punya dragon form. It's kinda remind me of this one particular anime, Yona of the Dawn. Ada 4 dragons with different colours jugak.

5. Aku sebenarnya lebih suka 2nd love interest between Rathena & Merlin. Entah la aku rasa Merlin yang paling comel antara 4 tu 😆

6. The ending leaves me speechless btw. I didn't like it 😭 Tapi macam nak sambung je?

Personal rating :
3.5 / 5
Profile Image for Azbaqiyah.
1,004 reviews
July 31, 2022
Plot - 4.5🌟
Character - 4.5🌟
Writing Style - 4🌟
World Building - 5🌟
Cover - 4 🌟

Rating - 4.4 🌟/ 5 🌟

~ 🐞~ Merujuk kepada penulis, Evander: The Cursed Dragon karya pertama penulis yang merepek...tsk...tsk...tsk...jangan kata begitu...sedangkan karya ini merupakan karya fantasi penulis yang pertama saya baca.

Bagi saya jalannya penuh dengan political issue serta aksi. Cumanya bagi saya pacingnya agak cepat dan saya dapat rasakan ada plot hole dalam karya ni ke? Ke disebabkan saya banyak baca buku serentak jadi saya hilang arus waktu timeline dalam karya ini.

Penggunaan bahasa melayu cukup baik dan jujur kata ada certain wording BM tu saya terpaksa google. Cuma saya kurang gemar penggunakan BI dalam dialog untuk watak² berkomunikasi. Itu hanya pendapat saya saja. ~ 🐞 ~

~ 🐞 ~ And minta maaf ya penulis, saya nak tanya...mereka ni bila transform, jadi full form ke or half form? Or can be both? Saya juga dapat tahu ada buku ke 2 dalam proses! Yay! Mohon sediakan glossary ya, sebab saya asyik lupa term² dalam karya ini. Apa-apa pun citer ni memang best dan rugi siapa tak baca! ~ 🐞 ~

~ 🐞 ~ Saya ketegorikan karya ini sebagai hidden gem novel melayu! ~ 🐞 ~
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
December 13, 2024
Saya rasa ni buku bahasa Melayu pertama saya baca bertemakan naga. Sejujurnya saya enjoy genre fantasi sebab imaginasi kita boleh menjangkau jauh sikit. Saya kira cerita ni kalau omputih, kira YA la kan?

Personally, saya rasa plot cerita ni macam bersepah sikit, walaupun pace dia laju. Banyak sungguh soalan saya bila dah masuk bab dorang pra-perang. Saya tak faham macam mana Ezekiel bg sumpahan dekat Evan. Memang tenung dah terus tersumpah ke? Lepas tu bila masuk bab perang antara Vangelia dan geng Evander sebab nak bebaskan Permaisuri Iana, macam tiba2 Tania datang dekat Kem Rathena & Evander. Berdua je dengan Ezekiel. Tp geng Raja Delara ada kat laut? Kenapa? Pastu si Evan & Nash pecah masuk selamatkan Permaisuri? Kenapa takde perang kat situ pun? Bukan memang ada tentera yg nk serbu Vangelia? Mungkin penulis boleh perbaiki plot bab ni kalau nak buat revamp.

Saya semacam okay je percintaan antara Hayes/Evan & Rathena walaupun nampak macam tergesa2 betul. Tapi yelah, dah 5 tahun berpisah, takkan tak rindu ye dak? Hahaha

Tahniah buat penulis kerana mampu menulis cerita yang menarik. Saya tunggu SMA2!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aina Azizyy.
5 reviews
June 23, 2024
BEST DOOH!!! AKAK SAYA NAK SMA 2 PPALLIIWAAA ASAP SAYA DAH TAK SABAR! TAPI SAYA SEDIH MERLIN DAH PERGI HOPE MANA TAHU SMA2 ADA KEMUNCULAN MERLIN BALIK HEHEH
2 reviews
August 8, 2025
First of all I am not into romance but I was here bcs of the fantasy.

Apart of the love story, I suka cara penulis perkenalkan watak watak fantasi dalam buku. Daripada manusia biasa sampailah naga. Plot cerita menarik dan agak laju juga. Tak drag energy pembaca. Cuma, personally I nak tahu lebih mendalam lagi setiap kerajaan tu.

Sakit hati sikit, my favourite character dimatikan awal hikhik. Plot untuk Nash dengan Drake macam kurang menyerlah dalam buku dan kalau boleh nak tahu lagi detail macam Merlin punya history. But then its okay sebab walaupun sekadar itu je, Nash tetap di hati huhu.

Untuk love story, dia agak laju dan kekok sedikit plotnya. Saya pun terkejut sebab begitu cepat kisah cinta ini berlaku hahahaha... (kadang rasa cringe sikit tapi boleh diabaikan)

so far my first romance-fantasy was good experience!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 21, 2025
how to say eah, cause i have mixed feelings for this one

jalan cerita dan cara penyampaian semua okay tak ada yang awkward atau baku. i suka penggunaan bahasa yang author guna, and ada certain words yang jarang diguna/dijumpa. cumanya tak ada yang WOW about this book. buku ni tak ada ‘perencah’ yang mampu buat i keep flipping the pages. and somehow i quite struggle to get through it sebab banyak kali jugak baca satu bab lepastu tutup

okay actually ada few scenes yang buat aku rasa ick sikit sebab as a slow burn enthusiast, aku rasa Evander x Rathena cepat sangat fell in love. FYI, their first meeting was when Evander still in his dragon form lepastu dia orang terpaksa berpisah for almost 5 years because something happened. so for their second meeting, Evan muncul kembali but this time he appeared in his human form. tapi both of them already caught feelings. maybe author try to portray ‘love at first sight’ cuma bagi aku situation tu awkward sikit. and aku tak nampak the chemistry between main characters

another FYI, buku ni highlights pasal politics, kejatuhan Empayar, peperangan tapi bagi aku world building tak berapa nak strong. i think yang baru nak berjinak dengan buku fantasy maybe this one sesuai sebab tak complicated sangat
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.