Lelaki tenang, menyimpan sejuta rahsia. Positif terhadap sebuah perkahwinan pilihan keluarga. Bagi Hadee, tiada istilah kahwin paksa setelah akad terlafaz. Katanya, daripada kita ignore each other disebabkan tiada cinta, lebih baik kita cuba bina keluarga atas dasar 'halal'. Setahun, seorang baby. Kalau 2 tahun, dah dua orang baby.
Kau ingat aku kilang buat anak, Hadee? Atau aku mesin yang mana bila kau bagi arahan, aku terima tanpa membantah? Bagi Meena, sebelum melangkah jauh, serahkan segala-galanya, hati budi Hadee perlu dikhatam. Agar hidupnya tak menderita kelak.
"Sebelum I serahkan segala-galanya, mestilah ada sesi perkenalan sebulan dua. Bukan terus terjah je. Nak masuk rumah orang kena beri salam. So, I perlu tiga bulan untuk kenal you." - Meena
"Nak masuk rumah orang, tinggal bagi salam je. Tuan rumah akan buka pintu. Nak terjah you, I kena sentuh je. Bagi hint sikit. Takkan you tak nak buka pintu tetamu nak masuk? Tak pernah orang halau tetamu." - Hadee
Nakalnya Hadee, degilnya dia dalam mengambil hati, buat Meena terpaut dalam diam. Mulut kata perlu masa, tapi hati dah diserah tanpa sedar. Bila bahagia mula mengetuk pintu rumahtangga mereka, dosa semalam menghancurkan segala-galanya. Cinta yang baru berputik, layu sekelip mata.
"I tak sangka, you manusia bertopengkan syaitan. Tak ada hati perut. Lelaki yang tak layak bergelar lelaki." - Meena.
"Bukan kerja you untuk menghitung dosa pahala I, Meena. I ada dosa, you ada dosa. Kita manusia tak pernah terlepas daripada dosa. Jangan menghukum." - Hadee.
"Seorang bapa, tak akan sesekali mengabaikan anaknya. Seorang lelaki, tak akan sesekali meranapkan hidup seorang perempuan. Dan you, bukan lelaki mahupun bapa." - Meena.
Perbuatan Hadee kali ni, tak mampu dia maafkan. Seluruh kepercayaan serta cinta, musnah ditelan dosa semalam. TAKDIR, DIA, dan HADEE...tanpa sedar telah memusnahkan CINTA.
Fast-paced story, this is about how both main characters live their life after being in an arranged marriage. Cliché? Yes. I have no issue with that.
But also, this made my blood boil almost the entire time. Not because of the main characters, but the antagonist. She's one of the most irritable characters I've ever encountered so far. SUCH A THICK-FACED B ISTG.
But the conflict got me rolling my eyes at the ML. SIDE EYE. Like ew, why would you even.... ergh.
But nonetheless, I was overall satisfied with the plot.
meena terima hadee dek kerana keluarga. bukanlah dia menolak perkahwinan yang diaturkan keluarga tapi perkahwinan pun belum ada dalam agenda hidup dia!
haa... nasib baik hadee ni baik. ikutkan juga kehendak meena dan dia pun takdelah nak menolak aturan keluarga. dia menerima baik meena dan tak dapat tidak, suka dia menyakat isterinya itu. sebab kalau boleh dia nak meena terima dirinya seadanya.
fiqa. adik angkat yang dibela oleh tok mi. hadee memang tak menyenangi kehadiran gadis itu. macam langau tau fiqa ni. rupanya mereka ada kisah. kisah lama yang bawa duka yang bukan sedikit pada hadee. boleh tahan psiko juga fiqa. geram bila dia mula mengganggu rumah tangga meena dan hadee. berlakon dia... aduhai. rasa nak serkup dengan sampah jajan yang dia buat.
fitnah memang sangat bahaya. apatah lagi mampu meruntuhkan rumah tangga. bila itu berlaku, percaya ini yang paling penting, saat semua percaya pada fitnah, cuma perlu seorang saja yang percaya kepada kebenaran.
obses. kadang-kadang sebab meletak perasaan 'terlalu' inilah buat hati salah menterjemah. akal pula letak belakang perasaan. ini yang selalu buat kejadian luar jangka. paling buruk, hingga meragut nyawa.
Buku terakhir untuk April 2022. Delayed sebab raya mengejut. hahahaha..bukan salah raya, tapi salah diri sendiri yang pemalas. .
Dulu, dalam 5-6 tahun lepas, aku selalu beli novel Hash Aulia, Hana Efriena dan penulis self published lain yang seangkatan dengannya. Biasanya aku beli time sale, sebab kalau harga biasa, rasa mahal sangat, padahal standard la tu harga novel self published. Tapi lepas tu, aku dah tak beli dah. Sekarang ni, baru nak follow semula la penulisan dorang ni. .
Meena dan Hadee dijodohkan atas pilihan keluarga. Lepas kahwin, Meena masih perlukan masa. 3 bulan katanya sebelum mereka jadi suami isteri sebenar. Hadee pulak memang dah lama bersedia. Hadee ni selalu je duk menyakat Meena. .
Sehinggalah bila mereka dah bahagia. Ada dugaan mendatang bila watak Fiqa ni muncul. Fiqa ni sepupu angkat Hadee. 3 tahun lepas, patutnya dorang kahwin tapi perkahwinan batal bila Fiqa melarikan diri dengan lelaki lain. .
Sekarang ni, Fiqa ni asyik duk menggedik je. Yang paling aku tak boleh terima, dia duk merengek nak tumpang rumah Hadee dan Meena atas alasan kerja la apa la. Lepas tu, ahli keluarga lain setuju je. .
Hadee la yang paling tak selesa sebab ada aib yang perlu disembunyikan. Bila Fiqa makin menyetan, habis semua aib dan fitnah muncul. Kesian Hadee. Lagi kesian bila Meena pun tak percaya. .
Jadi, apakah kesudahan kisah Meena dan Hadee? .
Jujurnya, aku rasa ada peningkatan mutu penulisan HA ni. Penulis dah makin pandai masukkan emosi dalam penceritaannya. Takdelah hambar, contoh, watak utama sedang menangis. Tapi kita pembaca ni, tak rasa pun kesedihan tu. .
Dan aku rasa, berdasarkan entah berapa banyak novel dah yang dibaca, note to myself, janganlah membuka pintu rumah tangga kita kepada orang luar (si penyondol, perempuan yang tidak sepatutnya walaupun adik sendiri yang berstatus adik ipar kepada suami). Aku ni, sekarang ni, kalau baca cerita pasal perempuan tumpangkan perempuan lain dalam rumah, memang aku terus kasi setepek 'bodoh' la. Memang tak baca novel melayu ke? hahahaha