Jump to ratings and reviews
Rate this book

Patah Untuk Tumbuh

Rate this book

197 pages, Paperback

Published April 1, 2022

8 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Faraa Musa

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (45%)
4 stars
31 (48%)
3 stars
4 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
June 11, 2022
Membaca buku ini ibarat memujuk hati kita yang patah. Walaupun patah tetap harus dicambah dengan nilai kekuatan agar bisa sembuh dan kembali tumbuh.
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
June 6, 2022
"Khabar buruk buat sang perfectionist: sempurna, bukan milik manusia"


This book is a bed of roses. Roses have beautiful red blossoms just like how this book is pregnant with assurances but it also has thorns just as this book is full of triggers for you to keep growing. It calls for acceptance and appreciation of normalcy and falling in life. Thank you Kak Faraa for writing this much-needed book.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
July 2, 2022
Buku ini berhasil menyentak kekalutan dan keributan emosi yang melanda saya saat ini. Saya belajar mengutip sisi-sisi kegagalan dan kelemahan lalu mencantumkan ia menjadi sebuah bingkai yang berfungsi untuk terus gagah memberi dan merefleksi.

Terima kasih penulis kerana bertungkus lumus memerah minda untuk saling berkongsi rasa dan jiwa. Yang mencari semangat untuk terus berbagi manfaat tapi terlalu mudah mengalah dengan kata-kata orang yang selalu menyekat dan menghambat– buku #PUT ini untuk anda. 🙂

Apakah kita sudah benar-benar bertumbuh?

Dari segala potret hidup yang membuatkan kita patah dan jatuh?

Berteman dengan aman saat gelisah dan sedang keluh.

Bertumbuh dengan baik saat retak datang merempuh.

Sungguh, dalam setiap yang patah itu akan bertumbuh 🌱

#safaread
#penasafasafwan
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 15, 2023
34 - 2023

Patah Untuk Tumbuh - Faraa Musa

Buku self healing kedua dari WhiteCoat. Seperti juga Tenang, Kamu Mampu, buku Patah Untuk Tumbuh juga memberi kesan pada pembacaan saya kali ini. Susunan kata yang indah sedikit sebanyak menjadikan pembacaan saya sebuah perjalanan mencari damai yang sangat menenangkan. Tahniah buat penulis untuk karya ini.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
July 29, 2022
Setiap manusia melalui fasa-fasa yang tersendiri dalam proses bertumbuh. Tidak perlu membuat perbandingan hidup dengan kehidupan orang lain terutama yang dipamerkan di media sosial. Jadikan saja ia sebagai satu inspirasi buat kita. Hidup ini bukanlah satu pentas pertandingan untuk menggapai kejayaan mengikut standard manusia, cukuplah kita tenang, senang dan bahagia dengan apa yang kita miliki.

Berdamai dengan diri untuk kita berdamai dengan takdir Tuhan. Ikhlas atas segala takdir yang ditulis buat diri kita kerana pasti Dia tahu apa yang terbaik buat setiap hamba-hambaNya walau ada sedikit kelainan dari permintaan kita.

Sesungguhnya penulis seperti sedang mengajak, apa jua keadaan kembalilah kepada dirimu kerana dia saja yang tidak pernah tinggalkan kita. Apa jua perasaan, lepaskan kerana emosi itu adalah kurniaan Tuhan yang perlu ekpresikan supaya kita tidak memendam. Kembali mencintai dirimu yang sudah lama ditinggalkan, kembali berterima kasih kepada diri yang sudah lama diabaikan dan kembali terima segala kelebihan dan kekurangan yang melengkapkan ketidaksempurnaan kehidupan.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
August 22, 2022
Jika mengenali penulis dengan jauh lebih dekat semestinya penulisan beliau akan meninggalkan impak yang lebih mendalam. Namun disebabkan saya mengenali beliau secara kasar dan pernah rajin mengikuti perkembangan perkongsian beliau di sosial media, penulisannya sedikit sebanyak memberikan suara hati yang baharu untuk diri ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Ibarat nasihat dari seorang kawan yang jauh.

Secara jujurnya, buku ini tiada perkara baharu atau unsur yang menyentuh jiwa sebab kebanyakan apa yang dibicarakan sudah saya dapati dari buku self help dan healing yang lain.

Jadi jika anda mencari sesuatu seperti sedemikian mungkin saya sarankan untuk tidak membaca buku ini kerana ia tidak akan memenuhi ekspetasi kalian. Boleh dibuat sebagai bacaan santai dan ringan2.
11 reviews
July 12, 2022
Title👉🏼Patah Untuk Tumbuh by Faraa Musa

Genre👉🏼 Self healing, self love

Rating👉🏼5⭐

Language 👉🏼 Malay

#Disclaimer
This review solely based on MY opinion. If you got other opinion, feel free to. I'm not gonna judge you and I'm very happy to accept it. Because you know, every person is different and have their own mind☺️ owh by the way, pardon my writing. There might be a lot of grammar mistakes and rojak language.

Back to our review,

This is debut book by this author. And if you guys have been following her before on Instagram knows that she love read and give reviews on non fiction books. So when I knew she released her own book, I'm immediately bought it. You guys can get it on Shopee Whitecoatbooks with RM30.

First, this book is all about self healing. I'm read in one sitting because the book are thin and easily to get through. And the style of language a bit baku and nice to understand.

When I read it, I'm just speechless and crying 😭 because everything she said in this book are ON POINT. Just related with our daily live. How struggling we are, how we influenced by social media and etc. And how we have to get out and be better. I think, this book is something I need when I'm at low point. Make me feel it's okay to have problem. It's okay if you're sad and crying. Just get up and settle it step by step. With your own pace and time. If you fail, try again. Learn again.

You have to read it. It's worth it. You will learn something for sure.

So that's all my piece of mind. Byeee👋
Profile Image for Nrlatqh.
23 reviews
August 17, 2022
Reading a good book is like taking a journey and this is an amazing journey, i would say. Bila baca buku yg best, selalunya kita akan jumpa ayat atau kata kata yg kita suka dan mungkin jugak asyik terngiang ngiang je dalam kepala walaupun dah habis baca kan? Oki, nak share sini my top three personal favourite lines dapati dari buku ni:

"Ketidaktahuan melorongkan rasa dan semangat ingin meneruskan apa saja yang kita usahakan dalam hidup ini, kerana kita percaya, akan tiba masanya untuk kita membuka hadiah kejutan kiriman Tuhan pada akhir segala ketidaktahuan dalam kehidupan ini."

"Pada akhirnya, kita menyedari bahawa langkah kita lebih banyak dihentikan oleh cakap-cakap ciptaan kita sendiri berbanding cakap-cakap orang di alam realiti. Ternyata, musuh terhebat kita adalah diri kita sendiri. Keraguan diri membunuh lebih banyak mimpi daripada kegagalan sebenar dalam hidup kita."

"Cerita sepanjang hidup manusia rupanya adalah cerita cinta. Bukan antara siapa-siapa, melainkan antara setiap daripada kita dengan Pencipta. Pasti tujuan ceritanya baik, pasti hujung ceritanya baik." ❤️ -Faraa Musa
Profile Image for BookLover8.
76 reviews
August 29, 2023
Byk2 buku self-healing, buku inilah yang paling dekat mewakili seluruh kata hati sendiri ,yang amat memerlukan semangat dan motivasi untuk kembali kuat. Terdapat beberapa mukasurat telah berjaya menyebabkan airmata gugur ke bumi ..Terima kasih saudari Faraa Musa, buku anda membuatkan saya mahu membacanya berkali-kali dan ia benar2 menyentuh kalbu dan bermanfaat .. 💛
Profile Image for amirah bazil.
26 reviews3 followers
July 7, 2022
Calming book with simple words regarding self healing.
16 reviews
September 13, 2022
A book that feels like a hug, thank you dear author I love you wholeheartedly.

Love,
A struggling soul
Profile Image for Raihanah Madihah.
6 reviews
December 7, 2022
Thanks sangat buat buku ni. Memang rasa semangat setelah membaca. Sangat membantu untuk orang yang takde semangat. Ingin bangkit. Slow but sure.
Profile Image for yanasazalli.
12 reviews
July 15, 2023
saya suka buku ni. bayangkan kita tgh sedih dan ingin bangun balik, dan ada orang datang memujuk. ha buku ni mcm tu lah. buku yg memujuk kita. terima kasih penulis!
Profile Image for FATIN NABILAH.
13 reviews
July 7, 2024
Saya suka sangat buku ini. Ia sebagai ubat bagi menghadapi masalah hidup saya yang sangat mencabar ketika itu.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.