Jump to ratings and reviews
Rate this book

Azal

Rate this book
Semua orang punya dosa. Tapi, tak semua orang rasa bagaimana dikejar dengan dosa-dosanya.

Kasyaf, pernah melalui zaman remaja yang gila.

Ponteng sekolah itu biasa. Buli orang, memang hobi dia. Hisap rokok, melepak dan segala masalah disiplin memang dia juara. Namanya tidak pernah turun daripada carta guru disiplin.

Tetapi, bab persahabatan, bab hormat orang tua, memang dipegang.
Pantang dia bila melihat sahabatnya dihentam. Ringan segala kaki dan tangan nak belasah orang.

Kalau bukan kerana sahabatnya – Mustakim, cuba menjadi hero, yang kemudiannya kecundang, tidaklah dia terlibat dengan gadis bisu bernama Mia.
Dan, kerana secebis budi ... dia diekori. Lalu, dihantui.

Belum selesai dengan roh Mia, muncul pula seorang budak perempuan dengan nama lelaki – Lan.

‘... namanya Helani. Tapi, disuruhnya aku dan mak, panggil dia, Lan.’

“Aku melihat kepincangan hidup orang. Aku cuba betulkan. Tetapi, ia hanya ilusi. Kepincangan sebenar adalah hidup aku. Aku yang kaku bila menyedari kepalsuan dan hakikat sebenar. Kehidupan aku hanya kekal pada satu titik.
AZAL.

Kekalan dalam masa lampau. Aku sebenarnya tidak pernah bermula.”
-Helani-

357 pages, Paperback

First published April 24, 2022

10 people want to read

About the author

Norsamila Samsudin

9 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (34%)
4 stars
11 (47%)
3 stars
2 (8%)
2 stars
2 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
December 29, 2022
Buku : AZAL (Kekekalan masa lampau) oleh Norsamila Samsudin.

Kisah seorang yang bernama Kasyaf. Hidupnya dihantui kekesalan dosa-dosanya pada masa lalu. Seorang yang melalui zaman remaja yang gila, namun tetap punya nilai baik dalam diri. Dia mula kesal dengan diri sendiri sejak kematian Mia.

Hadir Helani dari dunia lain untuk membantu Kasyaf. Maka, berlakulah pelbagai peristiwa yang membawa kasyaf untuk memperbaiki diri.

Kisah ini menggunakan konsep time travel. Terkadang pembaca pun bingung. Haha. Kemudian disulam plot twist yang tak dijangka.

Pada watak Kasyaf dan Helani mengajarkan kita untuk berdamai dengan takdir. Jangan membawa emosi masa lalu dalam kehidupan hari ini. Kita menempuh masa, hari ke hari untuk bergerak maju dan memperbaiki diri.

Masa lalu tidak dapat diubah dan dilupa. Itu bukan alasan untuk merendahkan diri sendiri. Sebenarnya tuhan mahu memberi ruang kepada kita mencari hikmah. Terus tumbuh menuju ke arah kehidupan yang lebih baik.

Syukur adalah menghargai apa yang kita ada di depan mata. Selepas mimpi dan fantasi yang ditempuh Kasyaf dan Helani, mereka bersyukur, menghargai orang sekeliling yang masih ada.

Kehidupan adalah perjuangan supaya kehidupan kita berterusan. Kehidupan bukan hanya berkaitan diri sendiri sahaja. Kehidupan kita memerlukan orang lain, kehidupan orang lain memerlukan kita.

" Seorang mencipta bencana, yang lain turut menerima bahana."

" Aku tak perlu sekadar hidup dengan apa yang aku ada, walaupan ia cukup. Aku perlu hidup untuk menjadi seseorang yang mencukupkan orang lain."

Akhirnya novel ini adalah motivasi hidup kepada untuk tidak putus asa walaupun kehidupan tidak seindah mimpi. Teruskan bermimpi, kejar mimpi tetapi jangan lupa realiti berpijak di bumi.

Pengajaran boleh diambil sebagai teguran kepada kita yang mungkin belum berdamai dengan takdir. Jadi, bacalah buku ini.

Saya suka kata-kata yang menjadi quotes dalam cerita ini

" Bukulah yang banyak tegur khilaf aku dan buat aku tersentap tanpa membenci dan terasa hati dengan tegurannya."
3 reviews
May 20, 2022
Novel Azal berkisar tentang watak utama, Kasyaf yg bergelut dgn masa lampaunya. Kasyaf dahulunya budak jahat, samseng. Dia berubah setelah bertemu Mia & Helani - dua watak yg menjadi persoalan besar dalam novel ini. Siapakah Mia & Helani? Dari manakah asal-usul mereka? Dan mengapa hidup Kasyaf boleh jadi tunggang terbalik disebabkan dua wanita ini?

Sbg pembaca (yg dah baca sinopsis tapi terlupa sewaktu pembacaan😅), pada mulanya saya menyangka ini kisah hijab terbuka. Sbb ada roh & kisah orang mati. Kemudian saya terfikir, adakah ini kisah adiwira? Watak Helani tiba-tiba muncul & lesap sesuka hati. Rupa-rupanya, novel ini tentang time travel. Penulis gabungkan elemen-elemen yg tak masuk akal. Suspen pun ada, pening pun ada. Berteka-teki yang mana satu realiti, mana satu fantasi. Semua ini membuatkan saya terus membaca. Saya mahu tahu siapakah Mia & Helani - dua wanita misteri yg membuatkan Kasyaf berubah 360 darjah.

Watak Kasyaf digarap dgn baik. Penulis novel ini, (Norsamila Samsudin) ialah seorang wanita. Oleh itu, saya harus memuji percubaan beliau yg menulis dari sudut pandang seorang lelaki. Bukan mudah utk menulis dari kaca mata jantina berlawanan. Apatah lagi beberapa novel sebelum ini menumpukan wanita sebagai watak utama.

Secara keseluruhan, novel ini tidak terlalu berat (mungkin kerana ada elemen time travel). Padat dengan nilai-nilai moral & ditulis dgn bahasa santai. Sejujurnya, saya baca sebahagian besar novel ini sebab tak boleh tidur. Akhirnya TER-baca sampai pukul 4 pagi😂😍 Saya suka! Recommended🔥🌻
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 4, 2022
Sebuah karya yang menarik, jalan ceritanya kemas, plot twist yang tak dijangka tapi mudah difahami.

Banyak pesanan diselitkan dalam kisah ini. Tentang kehidupan, tentang tingkah laku dan tentang hubungan sesama manusia.

Kisah Kasyaf, Helani dan Mia. Bagaimana mereka bertemu, apa hubungan mereka dan bagaimana hidup mereka saling berkait. Ini semua akan dirungkaikan satu persatu dalam novel AZAL.

"Siapa kata buku tak boleh menegur pembacanya." - Helani

Setuju dengan Helani, tulisan dalam sesebuah buku, memberi teguran kepada pembaca dengan cara yang tersendiri.
80 reviews1 follower
August 7, 2025
~ Azal maksudnya kekalan masa lampau, tidak pernah bermula dan sentiasa ada~

Solid 3🌟 for the whole story. Pada saya, ceritanya agak menarik dengan elemen rentas masa antara dunia Kasyaf dan Helani. Tapi, bila saya baca makin dalam, konsep cerita dia bukan macam time travel yang ada pintu gerbang masuk ke alam lain atau ada alat canggih yang bawa ke masa lampau pun🤣

Bab-bab terakhir saya akui saya pening nak cuba ikut rentak cerita. There's a twist, but it didn't excite me that much as soon as I knew the truth. Chemistry antara Kasyaf dan Helani pun kadang saya rasa tak cukup. There's too much repetitive stuff at certain parts, and there's an unimportant plot included (base on my own pov).

Banyak juga yang kita boleh renung-renungkan dalam Azal berkaitan perjuangan hidup di dunia, bila berdepan episod kehilangan dan berdepan dengan dosa masa silam. Ceritanya bukan tipikal, sebab ia tentang Kasyaf yang dapat tahu dia adalah sebuah watak dari buku novel yang dibawa Helani ke alamnya dan bagaimana dia memutuskan untuk belajar menjadi insan yang lebih berbudi kepada ayah dan adiknya selepas suatu tragedi menimpa.

Satu cubaan baik daripada penulis untuk ketengahkan cerita begini dalam bentuk tulisan.

Cerita Azal bukan hanya tentang misteri Mia dalam hidup Kasyaf, tapi juga antara kaitan Helani dan Kasyaf. Daripada keluarga Kasyaf juga, secara tak langsung, Helani belajar untuk lebih meluangkan masa dengan keluarga sendiri. Dan apa yang berlaku antara Kasyaf dan Helani bukan sekadar ilusi, tapi sebuah memori🌟.

🌟Keluarga, kadang tak selalu bersama tapi mereka akan selalu ada..
Profile Image for Bellerina.
6 reviews1 follower
August 21, 2025
Azal adalah karya pertama yang saya baca dari penulis ini. Bila baca novel ni teringat pulak kat Kasyaf lagenda budak setan. Bila sebut pasal setan, Kasyaf dalam novel ni memang setan pun pada zaman remaja dia. Dia tu kaki buli, hisap rokok dan sanggup pancitkan tayar motor cikgu dia. Tapi dia lakukan semua tu bila diganggu sahaja dan tidaklah sampai berdendam. Bila dia sudah dewasa, tiba-tiba muncul watak Helani yang agak misteri. Helani dari dunia yang berbeza! Rupanya dia ialah seorang.... yg tercampak ke dunia Kasyaf. selepas kehadiran Helani, satu per satu dosa Kasyaf pada zaman remaja dia dulu tu tersingkap kembali di layar memori menyebabkan Kasyaf insaf!

Di akhir Bab, Helani kena balik ke dunia dia semula. Bab akhir ni sungguh mencengkam hati saya. Sedih betul. Saya tak nak Helani dan Kasyaf berpisah. Kenapa mesti berpisah apabila hati sudah bersatu? Huhuhu... Saya rasa macam tak nak habiskan cerita ni..Biarlah sampai pada malam terakhir tu je. Tapi lepas Kasyaf bangun, semua dah jadi normal balik. Helani dah tak ada, Mia pun sama. (Mia ni ada sebelum kemunculan Helani lagi— asbab Helani muncul dalam dunia Kasyaf pun sebab Mia) Tapi sebenarnya keadaan tak berubahpun. Cuma 'terjadi kelainan' sedikit disebabkan Helani telah pergi.

Lepas Helani pergi, kisahnya tak tergantung. Penulis ada terangkan pasal Helani di akhir-akhir Bab. Kisah Helani dan Kasyaf di dunia reality.

Saya suka novel ni. Antara novel paling best saya baca pada tahun ni. Dan saya sangat puas hati.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 19, 2024
[eBOOK 31]

Azal by Norsamila Samsudin.
.

Bacaan bulan April.
.

Weh, buku ni best! Kalau korang ada Cereka, sila baca ya.
.

Lepas habis buku ni, baru aku google maksud Azal tu. Rupanya kekal pada masa lampau. Ooo no wonder lah, ceritanya macam ni.
.

Kasyaf, dulu budak nakal. Tapi sejak kematian Mia, dia berubah. Dan kelebihan Kasyaf ialah, dia nampak roh Mia. Kasyaf sorang je yang nampak.
.

‘Sebab ... ibu dan ayah Mia, reda. Tetapi, abang tak pernah reda. Abang selalu berharap dalam hati yang Mia tidak akan mati. Abang nak Mia hidup. Abang nak Mia ada dekat dengan abang. Ikut abang selalu seperti hari-hari sebelum kematian Mia. Abang berjanji pada diri abang, yang abang tidak akan menjauhi Mia lagi walaupun Mia ikut abang tanpa henti. Berkali-kali abang cakap macam itu. Sebab itu Mia tidak pergi. Sentiasa ada dekat dengan abang.’
.

Dan munculnya Helani entah dari mana, yang cuba untuk hilangkan bayangan Mia. Katanya, bila Kasyaf dah tak nampak Mia, baru dia pergi. Tapi Helani juga datang bersama sebuah buku. Buku dari masa depan. Kerana itu, Kasyaf bersungguh untuk mengubah takdir. Tapi, tidak semudah itu.
.

'Kenapa bila kita tahu orang yang kita sayang hendak diambil Tuhan, baru kita berani nak tunjukkan perasaan sebenar? Aku tak faham dengan diri aku. Atau, memang perasaan begini ada di dalam diri setiap anak?'
.

"Tetapi, aku lebih percayakan janji Allah. Kalau di dalam buku itu mengatakan ayah akan pergi , benar. Ayah benar-benar akan pergi . Tiada sangkalan. Sebab, di dalam al-Quran banyak sahaja ayat yang menyebut tentang kematian yang tidak diketahui bila dan bagaimana. Kita hanya perlu bersedia.
.

Kasyaf ni, kalau takde Helani, hidupnya sekadar pasrah menunggu mati je kot.
.

'Kasyaf, kalau hidup sekadar hidup, dan kau anggap ia satu perlakuan syukur; memang hidup kau sudah sampai di penghujung.
Kalau kau rasa dengan bernafas, dapat makan, ada tempat perlindungan, ada gaji setiap bulan itu cukup, dan kau sudah tidak mahu apa-apa lagi, kau sebenarnya sudah mati walau nadi berdenyut lagi.'
.

Buku ni best sebab time travel. Time travel yang nampak cam complicated, tapi okay je sebenarnya. Sync la antara scene tu.
.

Suka jugak macam mana penulis create endingnya.
.

Overall, best!
Profile Image for Wierna.
37 reviews
May 29, 2024
Karya yang bagus dibaca pelajar sekolah menengah. Sarat dengan mesej dan kata-kata motivasi. Jalan cerita tidak mendatar walaupun tidak melibatkan watak dan tempat yang banyak. Penggunaan tatabahasa dan ayat yang kemas buat saya tertanya-tanya sama ada penulis atau pembaca pruf punya ketelitian yang tinggi. Buat saya ingin tahu karya lain penulis dan penerbit.
Profile Image for Elle Houri.
82 reviews1 follower
October 21, 2025
Time travel theme. Cerita yang unik dan menarik, di hujung-hujung bab ada part complicated sikit, tapi hujungnya terlerai dengan baik. Cute juga endingnya. Puas hati sangat baca. Banyak quotes menarik. Pengajaran dalam cerita ni pun banyak.
Profile Image for Shahidatul Nadia.
6 reviews
April 28, 2024
jalan ceritanya memerlukan masa utk dihadam. bukan cerita tipikal tapi sedikit ala drama extraordinary you.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.