Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bercakap Dengan Jun #1 & 2

BERCAKAP DENGAN JUN: Edisi Kombo

Rate this book
Kematian, korupsi dan penindasan membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan diri meninggalkan bayinya bersama Jun.

Bayi itu disambut Jun dengan jiwa ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia. Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.

Buku kombo ini menggabungkan teks Bercakap Dengan Jun yang telah diubahsuai, bersama sekuelnya Bercakap Dengan Jun 2 yang terbit buat kali pertama – di mana kita ikuti kehidupan Jun dan Ranum semasa dewasa di kota.

408 pages, Paperback

Published June 1, 2022

13 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Hasrul Rizwan

22 books266 followers
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.

Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
72 (67%)
4 stars
27 (25%)
3 stars
7 (6%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
November 11, 2022
Sebuah lagi buku yang asyik menghantui hidup saya. Buku ini sering muncul di media sosial. Komen tentang buku ini pula amat misteri 😂 dan buatkan saya tertanya-tanya. Rasa ingin tahu tidak lagi mampu dibendung. Jadi buku dibeli ketika #pestabukumerdeka2022

Beli.Balik.Baca

Sebuah kisah yang ada bermacam-macam rasa dan warna kehidupan.

Kisah lelaki bernama Jun, seorang penyeluk saku. Dia tinggal di sebuah rumah jauh dari masyarakat sekeliling. Kawasan perumahan terbengkalai itu, sudah dilupakan orang.

Pengalaman hidup yang sukar sejak kecil membentuk siapa Jun hari ini. Dia sentiasa mencari mangsa, buat mereka yang leka anda mungkin menerima padahnya.

Dia tidak pernah terfikir untuk berhenti menjadi penyeluk saku kerana itulah kerjanya, tapi kehadiran Ranum mengubah segalanya.

Peristiwa malam itu, tidak dijangka. Jun mendengar jeritan seorang wanita berhampiran dengan rumah. Mula-mula dia ingatkan bukan manusia, rupanya memang betul manusia - menjerit kesakitan.

Edisi kombo ini merupakan gabungan dua buah buku. Memang ada sedikit perbezaan antara buku 1 dengan buku 2.

Buku 1, saya rasa lebih santai. Kisah diceritakan, satu persatu, takde plot yang terlalu cepat atau terlalu lambat. Kisah Jun dan Ranum ada masa bahagia dan ada masanya hiba. Salah satunya, ketika Ranum bertanya tentang ibunya. Walaupun apa yang Jun ceritakan pada Ranum nampak macam saat-saat bahagia, tapi saya(pembaca) yang tahu kebenaran akan rasa hiba.

Buku 2, lebih banyak aksi. Awalnya lebih tertumpu pada kisah Jun di penjara. Kemudian kehidupan Jun selepas dibebaskan. Pandangan masyarakat terhadap seorang bekas banduan. Jalan cerita lebih pantas dan beberapa plot twist yang menarik.

Secara keseluruhan, saya suka dengan buku ini, jalan ceritanya jelas, garapan dan susunan ayat yang sedap serta pengakhiran yang kemas.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
July 24, 2022
Aku tak expect vibe cerita ni macam ni tau sebenarnya sebab buku2 HR yg aku baca before this mostly action + comedy. Sekali bila baca buku macam ni terus rasa macam erhhhhh???? Naisu jugak erk

Bagi aku buku 1 lagi emotional daripada buku 2 tapi buku 2 pace lagi laju.

Buku 1 ni aku suka dengan cerita dia yg takde plot sangat tapi lebih kepada membaca diari kehidupan Jun. So kalau korang jenis boleh baca cerita slow, buku 1 akan jadi fav korang.

Buku 2 pace lebih laju dan ada banyak action so macam seronok jugekkk. Tapi aku tak puas hati dengan ending sebab dapat rasa macam terlampau rushing so dia jadi kurang emosi.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
June 7, 2024
Banyak kali juga cerita ni buat air mata bergenang. Hubungan kasih sayang bapa-anak sangat dalam ya, lebih dalam daripada Jurang Mariana. Penulis berjaya buat saya tertarik dengan watak Jun dari bab satu lagi. Karakter yang kompleks tapi menarik. Macam mana Jun yang dengan serba kekurangan, boleh menjadi lelaki yang sebaik itu? Saya jadi kagum dan begitu mengambil berat tentang kemaslahatan hidupnya. Saya nak Jun dapat happy ending. Dan saya happy.

Buku yang wajar dibaca sekali seumur hidup. Rasa macam buat keputusan yang tepat untuk beli edisi kombo ni instead baca masa buku ni baru-baru keluar. Terus dapat closure untuk semua watak. Puas!

4.5*
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
October 23, 2023
Bermacam-macam perasaan ada waktu baca buku ni.

Kisah kekeluargaan yang buat saya tersenyum, menangis, marah, sakit hati dan segala bagai.

Jun yang dipanggil gila oleh masyarakat, rupanya ada hati yang suci.
Walai diri tak punya apa, tetap dijaga Ranum seperti anak sendiri.
Saya menangis tengok betapa sayangnya Jun kepada Ranum 😭

Saya suka watak2 sampingan terutamanya Lily.
Lily yang cantik, yang baik, yang tak pandang hina kepada seorang Jun.
Suka sebab Lily punya watak sampai hujung cerita pun masih ada!

Terima kasih untuk naskah yang penuh pengajaran ini!
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
September 21, 2022
Bercakap dengan Jun mengisahkan tentang kasih sayang ayah kepada anaknya walaupun anak itu bukan anak kandungnya.

Jun bekerja sebagai penyeluk saku di KL. Dia tinggal di Cekur Manis, suatu penempatan yang lama telah ditinggalkan. Ramai yang mengatakannya gila kerana tinggal seorang diri di tempat begitu bersama seekor anjing, tak bergaul dengan sesiapa, taktau apa kerjanya. Suatu hari Jun terdengar seperti bunyi perempuan mengerang di cekur manis. Dia mendekati suara tersebut dan mendapati seorang perempuan sedang bertarung nyawa ingin melahirkan anak. Jun lantas menolong perempuan tersebut. Kali pertama dia melihat bayi perempuan tersebut dia menjadi sayang kepadanya. Malam itu, Jun menyuruh Mas, perempuan tadi untuk tidur dahulu bersama anaknya dirumah Jun. Jun sudah menghitung barangan bayi yang perlu dibelinya nanti.

Esok paginya Jun tersedar kerana Saigon, anjingnya menyalak dengan begitu kuat. Dilihatnya Mas telah melarikan diri meninggalkan bayi perempuannya di rumah Jun. Semenjak itu, hidup Jun terus berubah. Dia tidak lagi membuat kerja haram. Dia menjaga Ranum, bayi tersebut seperti anaknya sendiri.

-------

Pergh! Macam mana nak cakap eh? Cerita ni memang seriously best gila! Memang sedih sebab cerita pasal kasih ayah kepada anaknya. Dia sanggup buat apa je. Cuma.... Cerita ni tak mampu buat aku menangis. Huhu.

BDJ 1 - ceritanya seumpama diari.

Perjalanan cerita agak perlahan bagi aku. Buku ni besar tau.. tak macam saiz buku biasa. Buku ni start cerita pada muka surat 50. Kalau buku ni kecil sikit macam saiz buku biasa aku rasa mungkin muka surat 70 kot baru start cerita. Yang sebelum tu lebih kepada backstory Jun. Kenapa Jun tinggal di cekur manis, macam mana rupa cekur manis tu, macam mana jun jadi penyeluk saku etc.

Buku 1 ni agak slow bagi aku pada awalnya tapi lepas Ranum lahir, cerita jadi lebih menarik. Awal tu memang tak ada konflik sampai nak hujung² buku 1, aku mula stress.

Hahahah stress aku kenapa ada manusia macam ni wujud kat dunia. Paling aku sedih part Saigon. Aku lemah hati betul bila haiwan kena macam² ni.

BDJ 2 - Cerita lebih laju dari buku 1. Sebab motif, tujuan Jun ni dah nampak jelas. Dah tau apa yang dia cari. Buku 2 lagi berat, sarat dengan konflik lebih² lagi bila melibatkan pelacuran, mafia, bunuh².. Jun ni wataknya lembut je dalam buku 1. Dalam buku 2, dia macam harimau. Bagai mengejutkan harimau daripada tidur. Dia sanggup buat apa je demi Ranum.

Aku suka dengan pengakhiran cerita ni. Nasib baik happy ending walaupun ada persoalan... Bagaimana?! Tapi, still aku happy. Selagi tak tergantung ending dia, aku masih berpuas hati.

Kesimpulannya, aku suka gila cerita ni. Aku suka gila watak Jun. Ada je watak² lain. Tapi bagi aku yang lain tu watak dia tak sekuat Jun. Maka, sebab tu aku cerita pasal Jun je dalam ni. Nak tau watak lain, kena baca la buku ni. Tervvvvvvaeeeekkkk!!
Aku bagi 5⭐
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
September 16, 2022
Bercakap dengan Jun - Hasrul Rizwan

✦ Buku Pertama ✦

Buku Pertama mengisahkan seorang raja penyeluk saku yang tiba-tiba ditakdirkan menjadi bidan segera pada suatu malam. Sejak dari kejadian itu, kehidupan Jun berubah serta merta apabila gadis yang melahirkan bayi di kawasan rumahnya itu meninggalkan bayi itu pada keesokkan harinya disitu. Bayangkan macam mana daripada seorang raja penyeluk saku, dia berubah menjadi seorang bapa yang sangat bertanggungjawab seperti bapa kandung yang sayangkan anaknya!

Buku pertama ibarat kita membaca diari Jun. Setiap apa yang dilaluinya, akan dicatat dengan sempurna. Aku tak pernah lagi kecewa dengan penulisan Mat Gorn. Setiap bait-bait yang ditulis, mampu menyerap sampai ke hati. Kalau tidak, mana mungkin aku akan menangis macam orang baru lepas mati laki, kan? Bukan sekali dua pula tu!

Kisah Jun, Ranum dan juga seekor anjing hitam yang bernama Saigon sangat menyentuh hati & perasaan. Boleh kata kehidupan mereka bertiga agak realistik kerana manusia yang miskin dan berhati mulia memang masih wujud dalam dunia ni:- seperti Jun.

Selain itu, dengan bacanya buku pertama ni, aku dapat melihat POV seorang bapa yang hidup mati hanya untuk anaknya. Tak semua lelaki yang bergelar bapa mampu korbankan semua itu. Begitu mulia hati kau, Junaidi! 😭

Rating Buku Pertama: 10/5 🌟

✦ Buku Kedua ✦

Buku Kedua pula mengisahkan Jun yang meringkuk di dalam penjara gara-gara berlaku salah faham pada suatu malam. Akibat kejadian itu, mereka yang sepatutnya bersama terpisah dalam kegelapan malam. Sungguh berat ujian buat Jun. Berbelas-belas tahun meringkuk di dalam bilik yang sempit dan berjeriji, hanya Ranum yang dia fikirkan sepanjang masa.

Ranum, Ranum dan Ranum.

Untuk buku kedua agak berbeza kerana masing-masing sudah berginjak usia. Boleh kata, yang ini jalan ceritanya laju. Timeline dan POV cerita juga berbeza ikut bab tapi tidak memeningkan. Masih boleh faham cerita itu bila dan dimana.

Aksi pada buku kedua juga lagi menarik berbanding yang pertama. Dan itu membuatkan aku teringat pada drama yang seangkatan dengan Kdrama bertajuk One Ordinary Day. Pada aku ia masih menarik walaupun boleh jangka apa yang akan jadi.

Apa kesudahan Jun dan Ranum? Rahsia!

Rating Buku Kedua - 4.9/5 🌟

(Tolak 0.1 sebab ada sesuatu pasal Naurah yang aku terfikir tapi tak dapat sampai sekarang)

⚠️ PESANAN AKU BUAT KORANG, TOLONGLAH BACA! ⚠️

Sumpah buku ni best sangat! Sangat berbaloi kalau korang habiskan masa untuk baca BDJ ni. Penulisan HR memang smooth sangat. Segala benda yang aku terfikir masa baca semua akan dapat jawapan lepas tu. HR macam tahu-tahu je apa yang aku fikir masa tengah baca tu (kecuali pasal Naurah tapi boleh je assume sendiri hshshs). Aaaa sukaaaa!!!

Dan kalau korang rasa nak baca buku yang boleh buat menangis, haa inilah antara buku yang sesuai untuk korang!

Akhir kalam, RUGI SIAPA TAK BACA!
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
September 10, 2022
Gila cerita ni. Part 1, aku menangis tergugu gugu kot!!

Susah betol hidup si Jun neh. Ada je la yang menyusahkan dia sedangkan dia tak susahkan orang kot..! Bengang!

Part 2, ingat dah boleh bertenang. Eh! Ada lagi makhluk yang nak menyusahkan hidup dia. Aku dah frust bila dia tak dapat nak bersatu balik dengan Ranum. Rupanya.. okay, hilang bengang aku!

Best gilerrr!!

Buku aku ni macam belacan dah sebab si bunga sik laaaaaa menyambar dari tangan aku. Haipp!!
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
January 15, 2024
Berbaloi tunggu lama untuk keluar buku yg kedua. Sedap teruks! Puas hati!!! 😭😭😭
Profile Image for Ernah842.
35 reviews
June 20, 2022
Saya sudah memiliki BDJ yang terdahulu. Namun saya tetap membaca dari mula BDJ Edisi Kombo ini. Plot cerita yang semakin kemas. Setiap adegan sangat terperinci sehingga saya larut dalam bayangan seolah-olah Cekur Manis itu wujud.

Airmata masih menitis laju di akhir bacaan buku 1. Jun watak yang sangat kuat sekuat kasih sayangnya pada Ranum. Watak- watak lain juga sangat membantu mewarnai cerita. Banyak istilah yang baharu digunapakai.

Penampilan istimewa juga begitu istimewa dihati kami para peminat novel-novel HR. Novel ini perlu penghayatan yang tinggi. Saya baca tanpa mahu ada bunyi bising supaya saya dapat bercakap dengan Jun dan Ranum 😊

Tahniah untuk karya yang baik!!
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
July 9, 2022
Membaca Bercakap Dengan Jun ibarat membaca diari Junaidi. Kita macam mendengar Jun bercerita. Sedar tak sedar, kita larut dalam penceritaanya dengan segala kesusahan yang Jun hadapi dalam membesarkan Ranum sehingga dihukum meringkuk di balik tirai besi.

The first part not as emotionally gripping as how I first read it. Mungkin penulis dah ubah-ubah sikit kot(?) Tak pasti. But untuk orang yang first time read it, mungkin akan terasa la kesedihannya. Then second part was a bit draggy too at first. Macam ada part cerita-cerita kawan penjara tu macam sekadar filler je. But it's ok. Thats how penulis nak kembangkan cerita kot.

All in all, naskah ini masih lagi berjaya menghiburkan dan menyentuh perasaan pembaca. Semoga ada rumah penerbitan yang sudi adaptasikan novel ini ke kaca televisyen. Nak Remy Ishak atau Hasnul atau Namron jadi Junaidi :p
Profile Image for Haerasya.
5 reviews
June 9, 2022
Sebuah karya yang sangat hebat. Sebuah kisah yang menyentuhkan hati dan berjaya membuatkan saya menangis.

Syabas buat penulis.

Diharapkan karya ini dapat menarik minat penerbit drama untuk dijadikan sebuah karya yang ditayangkan di kaca televisyen. Pasti akan dapat sambutan yang hebat.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
September 3, 2022
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗹𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴, 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮
⚠️ 𝘁𝘄: 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗮𝘀𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗰 𝘃𝗶𝗼𝗹𝗲𝗻𝗰𝗲

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Jun mengharungi kehidupannya di tengah tengah kota raya sebagai seorang peneyeluk saku. Rumahnya terletak di sebuah taman perumahan terpencil yang terbiar, usang dan buruk hanya cukup cukup untuk kehidupan dia sebagai lelaki yang tidak cinta dan percaya dunia. Namun, siapa sangka di taman perumahan itu lah lahirnya seorang bayi yang masih merah yang ditinggalkan ibunya tanpa empati.

Jun menyambut bayi itu dengan jiwa yang takut namun senyuman bayi itu mengubah segalanya. Jun bertekad menjaga & mendidik, mengorbankan kehidupan lamanya demi membesarkan bayi itu & menjadi ayah yang terbaik kepadanya, Ranum.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 ✿
Now where do I start sebab I’m speechless macam mana nak tulis reviu buku ni. Oke kita bahagi 2 parts lah since both parts have different style

𝐏𝐚𝐫𝐭 𝟏 —
Plotwise cerita nya santai. The writing is beautifully written, tak melewah & buat kita rasa kita ni diserap masuk ke dalam dunia Jun ni. Slice of life style dia memang kena, kena, kena! 😩👍🏻

Pacing tak slow, pacing just nice for me sebab segala emosi time Jun nak besarkan Ranum tu sampai ke hati. Demi Ranum, segala pengorbanan Jun buat tu makes me feel terharu and sayu somehow (?) sampai menangis lah kita weh TT, rasa cam “𝚘𝚑 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖𝚗𝚒 𝚔𝚎 𝚜𝚎𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚢𝚊𝚑 𝚛𝚊𝚜𝚊?” rasa nakpi peluk ayah sendiri 😭🤍

Kalau cerita lain cerita pasal pengorbanan ayah yang bekerja balik lewat malam mencari rezki, buku ni bawa pendekatan yang lain. Bayangkan nak besarkan anak dengan kerja yang does not pay much, di taman perumahan terbiar tak berpagar sebelah hutan with limited resources yet he pushed through to give his daughter as much as other children fuh and on top of that, all by himself.

𝐂𝐚𝐧 𝐲𝐨𝐮? 𝐍𝐨? 𝐘𝐞𝐚𝐡, 𝐡𝐞 𝐝𝐢𝐝. 𝐉𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐝 𝐭𝐡𝐚𝐭 🥺🫶🏻

𝐏𝐚𝐫𝐭 𝟐 —
Plot kat sini agak bercampur sebab kisah semasa dengan flashbacks scene berselang seli by chapters. However, kita still boleh grip jalan cerita dengan baik. Pace dia laju ya, pembaca akan disogok with all the twists & turns 🥵📈
Ala - ala action movies lah sikit, expected but nice. Banyak watak baru yang muncul weh & sekecil kecil watak pun bagi impact kat main story ha, kita sampai buat mind map lah nak faham kaitan watak! (Takleh nak selit sini kang spoil hihu)

Overall, kita suka part 1 lagi dari part 2 sebab banyak emosi kita dapat rasa & rasa lagi dekat dengan characters dalam part 1 compare to part 2 yang lebih plot driven.

✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿
Over tak kalau kita cakap semua pembaca kena try? Dont sleep on this book and pick this up! ❤️‍🔥

_______________

“𝙺𝚎𝚗𝚊𝚙𝚊 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚋𝚊𝚑 𝚝𝚞? 𝙱𝚊𝚋𝚊𝚑 𝚓𝚊𝚝𝚞𝚑 𝚔𝚎𝚛 𝚍𝚞𝚕𝚞? 𝚂𝚊𝚔𝚒𝚝 𝚔𝚎𝚛? 𝚂𝚒𝚊𝚙𝚊 𝚋𝚞𝚊𝚝?”

“𝙿𝚊𝚛𝚞𝚝 𝚗𝚒 𝚔𝚎?”

𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙜𝙞𝙝- 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙞𝙝, 𝙘𝙪𝙗𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙠𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 𝙞𝙩𝙪. 𝙋𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠, 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙤𝙜𝙞𝙠 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙧𝙪𝙩 𝙞𝙩𝙪
𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙠𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙪𝙗𝙪𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙚𝙣𝙖𝙢 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙡𝙖𝙡𝙪, 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙍𝙖𝙣𝙪𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙖. 𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙢𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣. 𝙋𝙖𝙧𝙪𝙩 𝙞𝙣𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙜𝙞𝙜𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙞𝙗𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙝𝙪𝙡𝙪. 𝘿𝙞𝙜𝙞𝙜𝙞𝙩 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙚𝙠𝙪𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙞𝙗𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣, 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡.

“𝚁𝚊𝚗𝚞𝚖 𝚊𝚗𝚊𝚔 𝚋𝚊𝚋𝚊𝚑…”
“𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚁𝚊𝚗𝚞𝚖 𝚋𝚊𝚋𝚊𝚑”

4.5 🌟
_______________
Notes: ni buku first dari author ni yang kita baca and rata rata cakap buku ni lain dari lain, best believe kita akan try buku lain dari author ni even tahu maybe susah capai KPI Bercakap Dengan Jun 🥲
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
January 4, 2025
Karya pertama Hasrul Rizwan ataupun Mat Gorn yang saya baca adalah Murtad bertahun-tahun dulu. Dan, saya cuba membaca karyanya yang lain yang lebih cenderung ke arah jenaka-jenaka kehidupan namun ia tidak begitu diterima baik oleh isi kepala saya. Dan, saya pun memutuskan untuk tidak membaca karya Mat Gorn yang berkiblatkan kelucuan.

Berbeza dengan karya beliau yang ini, Bercakap Dengan Jun. Sudah lama saya berhasrat untuk membacanya. Sejak Edisi Kombo ini belum wujud lagi. Namun, hasrat itu seakan-akan terlupakan dan tenggelam dek kesibukan saya terhadap dunia yang fana. Sampailah pertengahan tahun lalu, saya mencari-cari kembali buku ini di dalam talian. Ternyata, ia sudah pun ada edisi kombo. Saya pun terus mendapatkannya. Sejujurnya, saya sudah lama tidak menjamah bahan bacaan daripada FIXI. Buku ini adalah yang buku pertama setelah bertahun-tahun saya tidak mengambil tahu tentang buku terbaru keluaran FIXI.

Saya mula baca 100 muka surat yang pertama. Ia agak perlahan. Mat Gorn memang juara dalam bertele-tele di dalam penulisannya. Sehabis 100 muka surat itu, saya letakkan buku ini kembali di rak buku untuk tempoh yang lama. Berkali-kali juga saya sempat menyapu habuk yang sempat singgah di atas buku ini. Sampailah Tuhan menggerakkan hati saya untuk kembali membuka helaian buku ini dan membacanya semula pada awal tahun 2025.

Dari 100, sampailah ke muka surat 300 saya hanyut dalam dunia Junaidi dan Ranum. Beberapa malam saya diuli emosi. Sesekali mata saya bergenang. Saya jadi tidak sabar untuk tahu penamatnya. Dan, malam ini saya berhasil menamatkan sebuah buku FIXI. Bercakap Dengan Jun, permulaannya agak perlahan. Namun, ia akan buat anda jadi gundah gulana pada pertengahan cerita sampailah ke akhir. Sebelum menghabiskan bacaan, saya sempat tertanya-tanya di manakah kisah tentang tiga biji batu yang dibuang Junaidi. Saya sempat menyangkakan bahwa Mat Gorn telah melupakan satu plot yang itu. Rupa-rupanya, tidak. Semua konflik dan sekecik-kecil kejadian menyatu membetuk sebuah perpaduan yang murni. Apalagi di dalam kisah ini ada cameo daripada buku Murtad.

Saya sempat menonton YouTube sekilas bagaimana rupanya drama Bercakap Dengan Jun yang telah dihasilkan Astro Ria. Melalui klip pendek itu, saya tahu ia ibarat langit dan bumi dengan apa yang saya baca. Ya, novel ini telah diadaptasi menjadi drama TV. Namun, drama yang terhasil di dalam kepala saya berdasarkan apa yang saya baca, amatlah berbeza dengan apa yang telah Astro Ria hasilkan. Ia boleh jadi drama TV yang amat padu di tangan pengarah yang tepat.

Saya harap akan ada lagi karya terbaru daripada Mat Gorn yang mampu menandingi Murtad atau melebihi Murtad. Bagi saya, Murtad adalah karya terbaik Mat Gorn. Setidak-tidaknya untuk saat ini.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
May 28, 2023
[eBOOK 53]

Bercakap Dengan Jun by Hasrul Rizwan.
.

Sedap giler weh buku ni! Patutlah asyik lalu lalang je kat wall IG aku.
.

Buku ni ada 2 bahagian, sebab edisi kombo. Dan tipikal seketul aku, yang menilai kesedapan buku berdasarkan majoriti rating dan review, tanpa betul-betul baca review, so, punyalah aku baca bahagian 1 buku ni, dengan duk memikirkan siapa Jun ni. hahahah. Bila masuk bahagian 2, baru aku baca blurb, dan tahu, rupanya Jun tu ialah 'Aku' tu la.
.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis baca buku penulis lelaki. Dan hakikatnya, aku nangis baca buku ni ya.
.

Bahagian 1 lebih santai dan slow. Tapi lebih menusuk hati.
.

Cerita tentang Jun, si penyeluk saku, yang tinggal keseorangan di dalam hutan terbiar yang merupakan tanah projek terbiar. Pada suatu hari, hidup Jun berubah.
.

Sewaktu menyeluk saku, dia ditegur oleh seorang wanita. Kegiatannya hampir kantoi. Dan bila pulang ke rumahnya, tetiba dia dengar jeritan seorang perempuan. Rupanya wanita tersebut bakal melahirkan seorang bayi. OMG. Jun ni la yang luka di tangan akibat gigitan wanita tersebut, dan Jun jualah yang menyambut kelahiran bayi comel tersebut.
.

Dan keesokan harinya, wanita tersebut melarikan diri, meninggalkan Ranum bersama Jun. Nama Ranum diberi bersempena kelahiran dia yang menyaksikan pokok mangga yang selama ini tidak pernah berbuah, akhirnya membuahkan hasil.
.

Dan ini cerita tentang bagaimana seorang penyeluk saku, berjaya membesarkan Ranum sehingga 6 tahun lamanya.
.

Dan tepat usia Ranum 6 tahun, tragedi menimpa yang memisahkan mereka.
.

"Kau tahu kan, Tuhan. Aku jaga anak ini sejak kecil. Kau jadikan dia orang yang tiada tempat bergantung lagi dan akulah penyelamatnya. Kenapa Kau akhiri kisah ini dengan perpisahan yang tidak mampu aku tanggung."
.

Bahagian 2 lebih laju dan thrilling.
.

Kisah Jun dalam penjara, keluar penjara demi mencari Ranum. Bila dah jumpa Ranum, banyak lagi perkara yang terjadi.
.

Rasa tak puas baca, sebab endingnya abrupt. Apa-apa pun, aku suka!
.

Suka part Jun membesarkan Ranum seadanya, tapi penuh kebahagiaan. Suka persahabatan mereka dengan Saigon. Suka part si ibu Ranum terbongkar, sehingga mata aku pun membulat. hahaha.
.

Overall, RECOMMENDED!
.

p/s: boleh tak aku nak cakap, padan muka, Sani! (kalau tak silap aku, Sani la kot nama jantan tak guna tu.)
Profile Image for Niya Adriane.
2 reviews3 followers
July 14, 2022
Pertama kali mengetahui yang hasrul sedang menyiapkan naskah ini, aku teruja dan sabar menunggu. Hingga akhirnya tarikh dijadualkan jualan. Aku sudah lama tidak ke pesta pesta buku, jadi pembelian online sahaja.

satu kata bila aku terima naskah BDJ kali ini, Tebal! aduh panjang ni nak kena baca. dan terselit juga poskad atau card, dan juga signanture dari hasrul / mat gorn.

Untuk bercakap dengan jun edisi pertama dahulu, cukup meninggalkan kesan di hati, seperti mana semua org tahu, Hasrul penulis yang serba boleh, tp kebanyakan tulisan beliau unsur komedi, tp tidak dengan BDJ. Aku melihat hasrul dari sudut yang berbeza untuk naskah BDJ. Kesedihan dan kebahagiaan, kekecewaan dirangkul jadi1 emosi.

BDJ Kombo, jangan skip buku pertama walaupun sudah di baca, banyak perkembangan watak dari buku lama, benarlah kata Hasrul yang buku kombo ini adalah naskah yang ditambah baik. Perkembangan watak Naurah, Muncul nya watak Lily yg sebelum ini tidak bernama dan lebih banyak detail dari buku pertama, PUAS hati. Tetaplah emosi yang sama ketika membaca buku pertama beberapa tahun dahulu.

Bahagian Ke-2, permulaan agak tegang dan ada beberapa flashback dr buku pertama, kehilangan dan pencarian, dan kesetiaan. Ranum membesar menjadi gadis tapi kehilangan identiti tp di sudut memori yang paling dalam, ranum masih ingat sedikit memori bersama jun dan saigon. Jun juga mengalami mimpi ngeri setiap malam, trauma. Bertemu kembali dengan Naurah, agak terkejut perubahan watak naurah, yang kekal hanyalah Lily. Seperti dijangka bahagian ke -2 lebih banyak flashback dan Jun bergelut mencari ranum, bergelut menahan rindu, sehinggalah bertemu kembali. Ini momen yang sangat bahagia. Bagaimana Ranum merasa dekat dengan Jun, tanpa mengetahui beliau adalah sosok lelaki yang dirindui . Kemudia setelah itu berlaku konflik, adakah ranum bakal kehilangan Jun?

Ending yang cukup cukup bahagia, mcm hindustan sikit. ahahahha.

overall puas hati, puas tunggu naskah ini. Jun akan jadi watak yang akan diingati selepas Kembar Murtad. BDJ sangat sangat berbeza dari naskah Hasrul yang lain, pada aku ini adalah sisi seorang AYAH. Kasih Sayang yg Tulus.

Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
July 29, 2022
Apa yang saya suka tentang buku ini ;

Bagi saya, penulisan Hasrul Rizwan tidak boleh disangkal lagi memang bagus. Setiap ayat, perkataan dan susunan katanya sangat cantik. Saya rasa diserap masuk ketika saya membaca baris pertama buku ini. Karakter-karakter yang ditulis pun semuanya menarik dan buat saya nak membaca lebih lagi. Saya suka buku pertama lebih daripada buku kedua kerana bagi saya ianya lebih heartwarming dan karakter tak begitu ramai membuatkan saya boleh fokus pada karakter Jun dan Ranum sahaja. (Kudos to Hasrul Rizwan because all his characters are just so human. Despite of being morally grey, I think they are very realistic.) Latar masa dan tempat juga sangat menenangkan. Walaupun lembaran terakhir buat saya menangis, lagi.

Mungkin penghakiman saya biased kerana saya sudah mengulang baca Bercakap Dengan Jun terbitan 2013 sebanyak lebih daripada 5 kali dan masih menangis pada lembaran terakhir buku ini.

Apa yang saya tidak suka tentang buku ini ;

Pada pendapat saya, saya sangat tidak suka cara Junaidi bercerita dan menggambarkan wanita. (Saya tak pasti jikalau Junaidi yang berfikiran sebegini, ataupun Hasrul Rizwan yang berfikiran sebegini haha) Tetapi saya rasa cara dia menulis tentang bentuk tubuh wanita sangatlah tidak menyenangkan, bahkan membuatkan saya rasa tidak mahu sambung membaca tetapi saya gagahkan juga kerana penulisan bahagian lain yang sangat cantik. Saya tidak suka cara Junaidi menganggap wanita seperti objek jikalau beliau tidak mengenali mereka.

Saya berharap perkara yang saya suka tentang buku ini boleh dikekalkan dan yang kurang saya suka boleh diperbaiki di masa akan datang. Kalau Hasrul Rizwan sedang membaca, terima kasih kerana menulis buku yang membuatkan saya bangun pagi-pagi dan tidur lewat malam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 27, 2022


“Kesunyian adalah hukuman yang paling menyakitkan.”

Aku tertarik untuk membaca buku ini disebabkan buku ni hype kat twitter selepas PBAKL. So, why not kan?

Ini kisah Jun yang tinggal sendirian di tempat yang jauh dari keramaian. Kerjanya sebagai penyeluk saki menemukan dia dengan Lily, si gadis manis dan kawasan tempat tinggalnya yang berada di taman perumahan lama, Cekur Manis menemukannya dengan Ranum, bayi yang ditinggalkan oleh ibunya selepas dia dilahirkan. Pada awalnya kehidupan mereka baik-baik saja tapi dek kerana baran seseorang, tali yang mengikat mereka putus begitu sahaja. Perjalanan hidup Jun tidak seindah lagi yang pernah dibayangkan. Tidak lagi seperti yang diharapkan. Manusia menghukum dia yang tidak menyakiti siapapun dan dunia bukan tempat untuk seseorang yang berhati mulia tinggal.

Aku baca edisi kombo dan ini buku pertama yang aku baca daripada penulis ini. Mengenal namanya sering disebut-sebut di laman twitter membuatkan aku terasa ingin mencuba membaca penulisan beliau. Jadi, aku gabungkan sahaja ulasan keduanya di sini.

Buku pertama sebenarnya agak sedikit kekok bila di baca. Penggunaan “saya” berbanding kebiasaan “aku” untuk watak POV pertama agak janggal pada aku. Ayat-ayat penulis juga agak puitis berbanding buku kedua. Tapi buku kedua, penulis menggunakan ganti nama “aku” dan bukan saya bagi menggambarkan posisi watak POV pertama.

Jalan cerita buku 1 agak slow dan melankolik. Aku agak terbuai dengan emosi dan perasaan. Boleh terbayang-bayang kehidupan bahagia Jun, Ranum dan Saigon (si anjing setia) di hutan itu sebelum di rampas oleh orang yang tidak sepatutnya.

Buku 2 pula, jalan ceritanya agak laju dan penuh dengan kejutan. Di selang seli dengan memori dahulu juga keadaan semasa, tidak menjadikan perjalanan cerita ini kelam kabut. Tapi sangatlah menggegarkan jantung dan bermain jua dengan emosi di hujung serta plot twist yang..hmm..entahlah..aku tak expect lah pulak😅Buku kedua lebih laju dan nampak bertujuan.

So far expectation aku kepada penulis mencapai. Buku ni best dan recommended sangat kat orang untuk baca..hehe..okay tu je..bye👋🏻

Rate : 5⭐️
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
August 10, 2022
Buku pertama kisah bagaimana seorang lelaki bernama Jun pada awalnya penyeluk saku kemudian menerima kehadiran seorang bayi dalam hidupnya secara tiba-tiba. Hal ini mengubah hidupnya 180° dari seorang penyeluk saku kepada seorang ayah yang penyayang. Setiap susunan ayat menceritakan betapa rapatnya hubungan mereka anak-beranak walaupun tiada hubungan darah. Bayi tersebut diberi nama Ranum dan membesar menjadi seorang gadis cilik yang lincah. Walau bagaimanapun setelah 6 tahun berlalu selepas bayi itu dilahirkan, terjadi suatu peristiwa berdarah yang mengubah kehidupan mereka berdua dalam satu malam. Pada penghujung cerita buku pertama, perasaan marah, geram dan sedih bercampur-baur seolah-olah dapat merasai sendiri perasaan Jun tatkala dirinya terperangkap dalam tuduhan yang tidak dilakukannya.

Dalam buku kedua, Jun kembali menjejak anaknya yang dirampas secara kejam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Buku kedua ni lebih banyak action kerana melibatkan kumpulan mafia. Jun boleh dikatakan sebagai harimau yang sedang tidur kerana jika terdesak dia sanggup mengotorkan tangannya demi menyelamatkan Ranum.

Jika buku pertama memberi rasa hangat dan menyenangkan namun berakhir dengan tragedi maka buku kedua pula memberi perasaan teruja dan closure diakhir cerita. Ya amat memuaskan hati bila semuanya berakhir.
Profile Image for Shafiqahsamin.
206 reviews4 followers
March 27, 2023
Emosi betul cerita ni. Tak pernah mengecewakan lah pendek kata.

Pada mulanya saya nak skip je book 1. Tak sabar nak baca sambungan lah kononnya. Tapi nasib baik saya ubah fikiran (Itu pun lepas baca sinopsis 2 3 kali). Memang jalan cerita dah diolah sikit dari cerita asal. Tapi sikit je. Akhir cerita masih macam tu. Masih menyakitkan. Saya baca dari hujung cerita buku 1 ke awal cerita buku 2 sambil nangis ya semua. Sedih betul. Dasar manusia durjana betul. Pengakhiran sebegitu memang tak patut untuk Jun.

Bila dah masuk buku kedua, Jun dah tukar kata ganti dari 'saya' ke 'aku'. Saya tafsirkan kehidupan tanpa Ranum dan Ranum yang dirampas darinya membuatkan dia marah dengan dunia. Tiada sebab lagi untuk dia bersopan. Penulis bercerita kehidupan dalam penjara dan selepas keluar bergilir-gilir. Itulah dia kehidupan dalam penjara, dia yang tak punya apa-apa, tak de musuh, tiba-tiba ada musuh. Kehidupan dia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Tapi sayangnya pada Ranum tak pernah pudar. Begitulah kasih seorang ayah yang sebenar-benarnya.

Bercampur baur sebenarnya perasaan saya sepanjang saya baca buku ni. Marah, sedih, kesian, semua ada. Emosi untuk setiap satu bab lain-lain.

p/s: Saya ada soft spot untuk matgorn.
Profile Image for izz4hx .
46 reviews
December 14, 2024
Tak pernah tak suka baca buku Hasrul Rizwan. Okay memang dari awai dah expect sedih, tapi memang sedih sungguhla mat kita sampai qeyau 🥹.

Buku 1:
Lelaki pelik bernama Jun yang membesaqkan anak pompuan hat taktau sapa mak pak dia dengan sekoq anjing. Dalam taman perumahan terbiaq. Aku suka betui buku 1 sebab plot dia yang easy flow and senang nak paham. Yang last tu sedih betui la part Saigon mati dengan Ranum kena ambik balik. Dalam ni paling naharammm sekali Naurah la.

Buku 2:
Pening sikit sebab dia main banyak latar tempat ngan masa tapi berbaloi la penin penin hang pon cerita seronokk. Tapi kesian betui la si Jun ni nak kena pi settle masalah si Naurah pulak. Dengan nak tambah pasal Akhbar lagi. Aku tak puaih hati sikit ngan ending dia hat macam rushing nak perabih tang tu. Kalau boleh nak ada lagi scene babah n Ranum bahagia ngan mak Lily ka 😂.

5 bintang sebab aku suka ada part cameo watak dari trio Murtad. Hang memang naharam punya gilaa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for anis ♡ (literatanist).
50 reviews11 followers
July 15, 2022
5 BINTANG LAH MAIN JIWA BETOI MAT GORN HAIH
buku 1 hati diremuk-remuk berderai💔 i dah la ada soft spot dekat S:,( sampainya hatimu reyau selak baca scene tu:((( buku 2 sangat sangat action packed! mak looove!
heheh HIGHLY RECOMMENDED!!! i ni jenih empty headed, so bila baca tak try nak solve or pikiaq apa pun. i recommend uols pun centu sebab the twists akan jadi lagi wow malatopz🔥 dan i rasa ni my most tabbed book lah. TW/CW: deaths, fights (quite graphic but not too gory) tu ja kot.
also, hati hati baca BDJ ni satgi auto lapaq ASDFGHJKL macam macam makanan sardin teloq dadar moi ikan bilih haih
(1) jangan tinggalkan Anum, babah
(2) aku ni, kawan kau. hei hei bangun
💔💔
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
August 18, 2022
naharam mat gorn naseb baik hang tak buat karekter jun mati hahaha..

overall memang terbaik novel ni.tiada keraguan novel mat gorn mmg sedap walaupun aq jangkakan elemen humor seperti novel bliau yg lain.

hanya sedikit kekurangan pada buku ke -2 iaitu penggunaan kata ganti diri jun.sekjap saya sekajap aku.tapi tak menjejaskan pun perjalanan novel.

semoga hasrul rizwan dikurnikan kesihatan dan idea yang melimpah ruah untuk beliau terus berkarya di masa hadapan!

*dapat jumpa MG masa pesta buku.mmber aq yg tak kenal die smua ckp die hnsem ketika mana die sudi mmbuka mask untuk berswafoto bersama aku.hg mmg segak noh..hahaha
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
August 21, 2022


"Kita tak boleh terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Sesuatu harus dilakukan. Kena berubah. "

Saya jatuh cinta dengan semua aspek buku ni. Dengan plot nya, dengan wataknya, gaya bahasa dan struktur ayatnya, hampir sempurna. Serta tema dan pengajaran yang terselit halus.

Kasih nya Babah dan Ranum begitu sampai dan dekat dengan hati pembaca.

It is full with perasaan overwhelming. Send my hugs to Jun, Ranum and Saigon. Kepada yang nak baca buku ni prepare tisu siap2 tau.. Kita tak nak buku rosak kena air mata 😂
Profile Image for Syazwan Razak.
73 reviews1 follower
June 9, 2022
setelah bertahun.. terjawab jugak persoalan yang bermain di minda.. I was expecting that Jun was gone for good.. but he isnt.. he came back dengan dendam yang berbelas tahun and got me cried at the ending.. walaupun starting(buku kedua) agak dragging tapi ending dia memang power! good job Mat Gorn!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
July 5, 2022
Tanpa teragak agak, saya berikan 5 bintang. Buku pertama yang bermula dengan gembira, berakhir dengan sedih. Saya menangis kerana seekor anjing. Memang gila. Buku kedua yang sedih, di tengahnya mendebarkan dan pengakhiran yang gembira. Cuma sebenarnya saya berharap ada cameo Adam dan Akhil di hujung. Tapi bapaknya pun jadi lah. Sangat seronok. Mungkin novel thriller paling seronok saya baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
January 20, 2023
Satu perkataan. WOW! Adrenalin laju betul sepanjang pembacaan. Aku boleh bayangkan setiap scene dalam kepala asbab kedetailan penceritaan penulis.

Betul² tragik dan tragis plot hidup si watak utama. Paling lawak bila dah dekat nak setengah buku baru aku tau nama hero, hareyyy betul LOL. Kudos author!
1 review
August 9, 2024
Noir. Tema yang tak dijangka boleh menjadi latar belakang untuk kisah tentang kasih sayang ayah dan anak. Penceritaan yang sangat kemas dan teliti bermula dari kehidupan Jun yang hidup sendiri hinggalah berjumpa dengan Ranum. Pembinaan cerita yang menggambarkan kegelapan kehidupan kota, dan sedikit cahaya kebebasan di hutan di tengah bandar. Plot twist dan konflik yang tak terlalu memaksa buatkan pembaca lebih mendalami jalan cerita.

Yang pastinya sangat emosi. Sila sediakan tisu.
4 reviews2 followers
June 20, 2022
Aku rasa ni sudut lain dari penulis. Berbeza dari genre noharom kelakar dan gila dalam buku2 dia yang lain. Dan watak Jun ni sangat sedih dan malang.
Syabas Matgorn!!
Boleh mula tulis buku baru pulak😅.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
October 28, 2022
Aku baca Bercakap Dengan Jun tahun 2014. So memang dah tak ingat sangat jalan ceritanya. Tapi aku ingat ni satu-satunya buku Hasruk Rizwan yang sedih. So aku mula balik dari awal, dan iya buku pertama tu masih sedih. Maka aku ada high expectation jugak dengan sequel nya. Malangnya aku ambil masa 5 bulan nak habiskan buku ni. Sebab entah sebab aku da baca banyak sangat buku Hasrul Rizwan yang kelakar ke apa sampai aku rasa jalan cerita dia macam boleh dijangka, and penutup dia ala kecewa.
Profile Image for Nor Mohd.
11 reviews
July 13, 2024
Ada buku 1 & 2 dlm edisi kombo kan..cerita ttg kasih sayang ayah dan anak perempuan yg mana bukan anak kandung dia..suka baca buku 1 lagi..masa ayah dia pisah dgn anak dia tu sedih wo..nasib la ending nya Jun ni tak mati..if not aku asyik baca novel watak utama mati jeeeeee 🙃
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.