Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Dunia

Kitab Tamadun Jepun

Rate this book
虎穴に入らずんば虎子を得ず。 (Koketsu ni irazunba koji wo ezu/Jika anda tidak memasuki gua harimau, anda tidak akan mendapat anaknya)

Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan aspek kemodenan bandar-bandarnya. Sebut sahaja Jepun, kita membayangkan anime yang mengusik jiwa sesiapa daripada siri Gundam hinggalah Naruto dan Bleach. Tetapi kita langsung tidak berminat dengan sejarah di sebalik negara yang dikenali dengan gelaran negara Matahari Terbit itu.

Kitab Tamadun Jepun menjemput anda menelusuri susur sejarah negara itu yang membentuk Jepun hari ini. Pelbagai rahsia tersembunyi yang tidak diketahui disingkap dan dipaparkan buat tatapan para pembaca yang dahagakan maklumat tentang dunia Timur Jauh itu. Dari situ, barulah kita memahami sebab dan pandangan alam masyarakat Jepun terhadap dunia hari ini.

世よの人ひとは我われを何なにとも言ゆわば言いえ。我わがなす事ことは我われのみぞ知しる。-坂本さかもと竜りょう馬 (Orang boleh saja berkata tentangku tetapi aku tahu apa yang aku lakukan) – Sakamoto Ryoma

346 pages, Paperback

Published April 1, 2022

10 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Fariz Fadzilah

2 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (43%)
4 stars
10 (22%)
3 stars
9 (20%)
2 stars
5 (11%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Rainy Rose.
300 reviews32 followers
January 3, 2024
Sebenarnya dari sudut pandangan aku, buku ini lebih banyak menyentuh mengenai sejarah permulaan politik di Jepun. Dari awal hingga ke permulaan, hampir 90% buku ini menceritakan mengenai pembentukan kerajaan, wilayah dan kawasan di Jepun, termasuk juga sejarah mengenai figura-figura penting dalam catatan sejarah Jepun.

Kalau ikutkan aku yang fanatik anime dulu, nama-nama samurai dalam era Sengoku dan sedikit sebanyak latar belakang mereka memang sudah tidak asing bagi aku. Buku ini menjadi sedikit bosan apabila perihal politik dan peperangan sahaja yang diceritakan. Aku berharap dapat membaca lebih banyak lagi mengenai lagenda-lagenda dan mitos Jepun yang popular, budaya dan adat-adat mereka, atau mungkin, keadaan dan kehidupan rakyat Jepun setelah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dengan lebih terperinci.

Buku ini okay bagi aku, penyampaiannya juga baik. Cuma masih banyak yang boleh ditambah baikkan ke dalam buku ini agar pembaca tidaklah bosan dengan hanya membaca tentang politik dan peperangan semata-mata.
Profile Image for Zahirah .
13 reviews
October 21, 2022
Saya tak pandai buat ulasan tapi saya cuba untuk pertama kali di sini. Maafkan saya kalau meleret. Buku ini bukan tidak bagus. Ini hanya pendapat peribadi saya semata mata.

Secara keseluruhan saya kurang berpuas hati dengan buku ni. Untuk sebuah buku yang dipanggil "kitab", saya rasa buku ni masih serba serbi kekurangan. Apabila bercakap tentang "kitab tamadun", saya berharap yang akan ada banyak penerangan tentang semua aspek budaya, sosial, agama dan lain lain, bukan hanya fokus politik atau kronologi kepimpinan mereka semata. Pada bab bab awal, ya sememangnya ada menyentuh perkara sedemikian walaupun hanya sedikit namun bermula pertengahan buku, perkara kebudayaan, seni bina, karya sastera, kehidupan sosial dll semakin kurang disebutkan sehinggalah sampai bab zaman Meiji, perkara sedemikian terus tidak disebut dan hanya kronologi peristiwa ditekankan. Saya rasa seperti membaca buku sejarah sekolah yang boleh membuai saya tidur. Agak mengecewakan sebenarnya. Timbul banyak persoalan seperti semasa perang bagaimana kehidupan rakyat? Evolusi pakaian mereka? Budaya? Adat adat mereka? Gaya hidup? Dll. Semua itu tidak diperincikan pun. Hanya sedikit disebut secara umum. Banyak kronologi sahaja jadi memang agak membosankan bila baca.


Selain itu, terdapat juga beberapa kesalahan ejaan yang saya kira tidak mengapalah. Lagi, ada satu kesalahan fakta yang saya rasa tak wajar terjadi di mana pada awalnya disebut maharaja Meiji memerintah selama 14 tahun tapi pada bahagian lain disebut 24 tahun. Saya juga tak berpuas hati apabila ada sebahagian nama tokoh ditulis last name+first name dulu kemudian ditulis first name+last name. Bagi saya kekalkan sahaja semua last+first seperti kebiasaan orang Jepun guna. Tapi majoriti nama yang lain ditulis dengan baik.

Bercakap pula tentang istilah istilah Jepun, saya rasa sepatutnya penulis patut letak tulisan Kanji dengan lebih banyak bagi setiap pertama kali istilah disebut tapi perkara ini hanya ada di bahagian bab bab awal sahaja, itupun sangat sedikit. Istilah Jepun yang selebihnya tak ada Kanjinya. Bagi saya agak penting untuk masukkan sekali Kanji supaya pembaca boleh la belajar sedikit sebanyak bahasa Jepun. Ada istilah yang diterangkan maksudnya ada sesetengah tidak; contohnya gelaran atau nama karya. Nama nama tokoh dan tempat pun saya rasa wajar tulis Kanjinya. Saya ambil contoh Kitab Tamadun Cina karya ARW yang sememangnya sangat rapi penyusunan, pengolahan, penulisan dan betul betul menggambarkan sebuah "kitab tamadun". Semua aspek diperincikan. Siap ada rajah pokok, jadual dan sebagainya. Nanti saya akan beri ulasannya di lain hari.

Gambar yang dimuatkan juga tidak banyak dan ada sesetengah itu tidak jelas cetakannya.

Saya rasa masih ada perkara yang ingin saya ulaskan tapi saya dah lupa sebab saya lupa catat semasa membaca T_T jikalau saya ingat saya akan edit semula pada masa hadapan.

Jadi besarlah harapan saya supaya kalau boleh buku ni ditambah baik dan dikemaskini untuk cetakan baru pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua penulis atas usaha keras untuk menulis buku ini!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for NaniM.
58 reviews24 followers
May 20, 2025
hmmm... berbeza betul dengan kitab tamadun cina yang lebih tersusun dan lengkap.

tamadun jepun ni penceritaan dia daripada satu zaman ke satu zaman. shogun A berperang dengan shogun B, pastu datang shogun C...... nonstop cerita perang.

kalau nak ikutkan kitab tamadun cina pun banyak cerita pasal dinasti ke satu dinasti. tapi dia ada bab berkenaan tulisan, budaya, pakaian dan macam mana setiap dinasti tu mempengaruhi perkembangan dan perubahan setiap benda.

jadi expectations aku adalah kitab tamadun jepun ni juga akan mengikut susunan yang sama. tapi sangat mengecewakan. sejarah setiap zaman tu boleh je diringkaskan dan tambah perkara2 kebudayaan yang lebih menarik perhatian pembaca.

itu pun masih aku tak kisah, sebab semua tu adalah ilmu yang boleh dihadam. tapi perkara paling utama yang menajdi masalah adalah cara susunan ayat oleh penulis buku. kalau kau tak baca dengan fokus memang kena ulang beberapa kali untuk faham. masalahnya kebanyakan jalan cerita dia membosankan, jadi susah nak fokus.


hmmmm.. entah lah.... aku ni memang sangat tertarik nak belajar lebih mendalam tentang sejarah dan kebudayaan jepun, sebab nya dari kecik baca manga dan tonton anime ahahahaha

harapannya adalah versi lain yang lebih padat dimasa akan datang.
35 reviews2 followers
January 3, 2026
Buku yang baik untuk menelusuri sejarah panjang ribuan tahun tamadun Jepun. Tidak terlalu terperinci sebab sasarannya adalah untuk pembaca kasual yang ingin mengenali bangsa Jepun dalam sebuah buku yang padat.

Buku ini mungkin akan jadi lebih menarik kalau menunjukkan lebih banyak gambar rajah. Terutamanya ketika memasuki zaman awal abad ke-20 di mana Jepun mula meluaskan kuasa ke negara-negara lain. Lebih membantu kalau dapat sediakan peta di mana setiap peluasan kuasa itu berlaku.

Memandangkan buku ini ditulis oleh tiga orang penulis, bagi saya lebih baik kalau setiap bab itu diletakkan siapa yang menulis. Sebab ada gaya penulisan yang saya suka, santai dan ada unsur humor sikit, tapi saya tak tahu siapa dia antara tiga penulis tersebut.
Profile Image for Azura Chan.
526 reviews7 followers
February 6, 2025
🖤 Buku ini mengupas tentang sejarah peradaban Jepun daripada zaman kuno sehinggalah ke zaman moden pemerintahannya. Susunan timelines buku ini sangat bagus sehinggakan pembaca dapat mengikuti bagaimana sejarah peradaban negara tersebut berkembang daripada peperangan, perluasan kuasa dan sistem pemerintahan. Selain daripada gaya bahasa yang terlalu santai dan kurang bersesuaian dengan konteks yang ingin diketengahkan, saya tidak mempunyai masalah lain untuk menghadam fakta-fakta yang terdapat di dalam buku ini. Cuma, pembaca perlu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang sejarah ataupun tokoh-tokoh Jepun (background knowledge) sebelum membaca buku ni.
Profile Image for Naluri.
10 reviews1 follower
February 10, 2025
Buku seperti ni kalau dikarang oleh penulis Ayman Rashdan Wong mungkin lebih difahami.

Saya terpaksa baca berulang kali untuk faham penulisan penulis. Penulis seharusnya mengambil contoh konten Kitab Tamadun Cina karangan Ayman Rashdan Wong kerana lebih details dan mudah difahami.
1 review
January 2, 2023
"Mak, Adik teringin nak baca buku Kitab Tamadun Jepun", ujar Adik kepada Mak.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.