Kerajaan-kerajaan Islam pernah didirikan di wilayah India selama lebih 700 tahun. Namun, sejarah ketamadunan ini jarang dikenang tidak sepertimana kerajaan Islam di wilayah lain. Kemudian, keruntuhan peradaban Islam di India diikuti pula dengan tumbangnya Daulah Khilafah yang selama ini memayungi umat Islam seluruh dunia pada tahun 1924. Kesatuan Islam dipecah-pecahkan. Umat diserang dari segenap sudut.
Para ulama sedaya upaya memelihara akidah umat melalui Turath Islami agar tidak diancam dek penjajahan dan modenisasi yang rosak. Pelbagai gerakan dakwah dibina dengan pelbagai uslub. Maulana Ilyas Kandhlawi, ulama daripada keturunan Bani Taim mengasaskan Jemaah Tabligh pada tahun 1926. Usaha dakwah beliau adalah sezaman dengan Syeikh Hassan al-Banna.
Kini, usia gerakan dakwah Jemaah Tabligh telah pun hampir 100 tahun lamanya. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka lakukan dalam usaha menyebarkan agama Islam. Karya ini didedikasikan sebagai tanda kekaguman dan penghargaan penulis buat mereka.
Aku teruja bila nak beli buku ini sebab ianya mengenai Islam dan India. Pengetahuan aku mengenai Islam di India adalah sedikit sangat.
Tetapi baca tak best bagi aku sebab hanya satu bab sahaja mengenai sejarah islam di India. Terlalu banyak fakta di sumbat di dalam perenggan. Serabut. Seolah-olah di tulis dengan tergesa-tergesa, aku tak dapat nak masuk di dalam setiap patah kata yang ditulis. Murung jap.
Tetapi banyak ilmu yang aku dapat melalui buku ini.
banyak pengkajian yang dikongsikan oleh Ibn Jawi di dalam buku ini.Ramai tokoh2 hebat yang ada di India sehinggakan mampu melawan British pada suatu ketika dulu dan tiada lagi kerajaan sekarang.Islam perlu di hebatkan kembali pada akhir zaman ini
Menelusuri sejarah Mughal adalah relevan untuk peminat Bollywood seperti saya 🤪.
Bila ada knowledge tentang sejarah Mughal (walaupun sikit), auto ada penghayatan bila tonton filem Bollywood yang berkaitan. Era Mughal ni merupakan zaman penting dalam sejarah India yang ditandai dengan pemerintahan maharaja Mughal. Antara tokoh yang pernah difilemkan seperti Sultan Akbar (filem Jodhaa Akbar), Sultan Alauddin Khalji (filem Padmaavat), dan scene di makan wali sufi Hazrat Nizamuddin Auliya dalam filem Bajrangi Bhaijaan.
Selain sejarah kedatangan Islam ke India dan tokoh-tokoh utamanya, buku ini menyusun kronologi gerakan Islam utama di India iaitu Deobandi, serta manhaj yang melibat mazhab fiqah, firqah akidah, dan tarekat tasawuf dengan baik. Sejarah jemaah tabligh dan usrah turut dijelaskan dalam buku ini.