Bermula dengan penemuan sebuah kitab lama dalam almari arwah ibunya, Zariq bersama tiga rakan karibnya terjebak dengan misteri kehilangan penduduk Kampung Tanjung Sabang di sungai berhampiran. Walaupun berasal dari kampung itu sendiri, Zariq tidak pernah suka duduk berlama-lama di rumah ibunya. Dia rasa seluruh kampung itu pelik. Dari jiran tetangga sehinggalah penduduk kampung itu, semuanya pelik. Kehilangan salah seorang penduduk kampung semasa keluar mengail udang juga seperti tidak dipedulikan sesiapa. Diasak rasa ingin tahu, Zariq, Hanna, Hafiy dan Manuel berusaha menyiasat kejadian kehilangan itu. Tanpa disangka, tindakan mereka masuk campur dalam urusan orang kampung akhirnya mengundang malapetaka. Apakah yang sebenarnya terjadi di kampung tersebut dan apakah kaitannya dengan kitab lama yang dijumpai Zariq itu?
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Bermula dari kitab lama yang dijumpai Zariq dalam almari arwah ibunya, dia & tiga rakannya merungkai misteri kehilangan penduduk Kampung Tanjung Sabang di sungai berhampiran.
Zariq tidak suka kampung itu kerana baginya, seluruh kampung itu aneh — Bala menimpa sesiapa yg berkahwin dengan orang luar, kehilangan penduduk kampung dilarang keras untuk dilapor ke pihak polis & kampung yg takpernah diserang buaya seolah ada penjaga yang melindungi. Pelik.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Hello, hello, buku ni best gila (?!) No wonder menang Sayembara Fixi! Saya approve! 😭👍🏻
As someone yang kurang cakna bab ni, kita boleh cakap budaya masyarakat Sarawak (kaum Iban) yang diketengahkan dalam ni, mantap! Bahasa dia, lenggok cerita, lifestyle, hikayat dia — sumpha overflowing infos fr like I learnt a lot from this book pasal budaya kaum Iban!! Kita dapat tahu diorang pakai tangkal gigi buaya as pelindung & ada budaya anyau (penggal kepala) as lambang kemegahan atau penyeri tiang rumah.
Kita suka lenggok bahasa dalam ni, boleh kata tak macam Fixi yang lain. Proper, terletak, maksud sampai even santai. Oh and misteri dia, non-stop beb! Kampung yang pelik + manusia toksik yg aneh? Truly a page-turner! The suspense?! Macam nak gila kita baca berkerut kerut dahi tapi gigih scroll, baca jugak even takut sebab thrill dia tu 🤌🏻✨
Pertama kali baca naskhah penceritaan semula mitos dan lagenda bujang senang dalam genre fiksyen begini. Agak menarik dan temanya pun aku suka. Misteri, mistikal dan agak sureal, gaya penulisan juga kemas walaupun naratif diisi dengan dua latar tapi penulis cermat susun eksposisi dan perjalanan plot setiap watak.
TUJUH bawa aku mengembara ke masa lampau tentang tragedi yang menimpa Nandong di tepi sungai Batang Lupar. Akibat aib dan perseteruan dua pahlawan Rumah Panjang Buan; Simalungun dan Empaling, perkampungan itu dikatakan terkena sumpahan dan dendam Simalungun yang mati bertarung dengan Empaling. Tujuh generasi berlalu dan Kampung Tanjung Sabang di tepi sungai Batang Lupar kini dilanda misteri kehilangan penduduk. Zariq yang tak betah dengan suasana pelik di kampung telah terjumpa kitab lama dan kalung berbentuk taring dalam almari arwah ibunya. Diasak rasa ingin tahu, Zariq cuba menyiasat dengan bantuan beberapa rakannya tanpa dia sedar yang perbuatannya bakal membuka pekung rahsia keluarga yang dia tidak pernah tahu.
Suka naratif Simalungun dan sahabatnya Belian; beralur klasik dan barangkali kerana berkait adat dan gaya hidup kaum Iban jadi babnya agak menarik bagi aku. Ada perinci tradisi ngayau yang agak mendebarkan juga sisipan lagenda 7 'pemuda kacak' yang mahir dalam seni bermukun. Kredit untuk penulis sebab selitkan beberapa terma bahasa Iban dalam penceritaan (glosari disertakan) dan sejarah tentang tulisan turai dan dunging yang digunakan oleh kaum Iban suatu masa dulu.
Keseluruhan plotnya berkait hal persahabatan dan keluarga, perihal janji yang dimungkiri sehingga membangkitkan kemarahan raja sungai juga tentang ritual mistik yang jauh terpesong semata kerana memuliakan adat. Naratif Zariq kadang agak serabut pada aku terutama pada bab akhir dengan tempo cerita lebih laju berbanding bab sebelumnya, namun aku gemar dengan binaan setiap karakternya yang menggugah misteri dan ada sisi aneh pada personaliti mereka yang sentiasa buat aku ingin tahu. 4 bintang untuk TUJUH!
Tahniah kepada penulis terpilih antara pemenang Sayembara FIXI Musim 3!
Cerita bertemakan cerita-cerita rakyat dulukala macam ni, jarang orang nak buat dan boleh buat. Tahniah pada penulis kerana berjaya, dan buat aku habis baca sekali duduk je.
Ada part yang draggy, tak perlu ada dan berulang-ulang. Tapi boleh dimaafkan sebab cerita dia tetap menarik minat sampai akhir. Nak kata cerita ni perfect, jauh lagi. Tapi cubaan yang sangat bagus. Harap ada keluar buku lagi lepas ni.
Kerana aku adalah sumpahan keramat yang akan menuntut dendam selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas ini tidak berhenti, selagi dendam belum terbalas.
Rasanya aku tak pernah lagi membaca buku yang berkisah negeri Sarawak kecuali subject Sejarah di sekolah. 😂 Penulis pandai menulis. Aku ingin tahu apa yang akan terjadi pada seterusnya. Tetapi ada juga beberapa scene seperti sedikit kaku dan seolah-olah tidak sampai ke jiwa.
Dua cerita di dalam karya ini, pada akhirnya terjadi satu cerita. Biasalah, nak tahu masa depan, kena tahu sejarah silam juga. Aku suka akan penulis yang menerapkan sejaran kaum Iban di dalam cerita ini. Terlalu dapat yang aku belajar daripada karya ini. Dan aku mahu tahu lagi dan lagi.
Plot twist dia memang tidak di sangka betul lah. Yang paling best aku dapat agak siapa bapak Lanang. Hahah.
Yang paling sekali bagi aku untuk karya ini adalah bab-bab terakhirnya. Semua hebat dan tersusun. Emosi ada. Semua kekuatan ada di situ. Sesungguhnya aku kagum betul dengan bab-bab terakhir ini. Salut.
Ending penat bebenornya. Malas nak tulis ke tu? Hahaha.
Kisah dua naratif yang bermula dengan watak utama menemukan seutas tangkal dan sebuah kitab lama peninggalan arwah ibunya. Watak utama kemudiannya merekrut bantuan kawan-kawannya untuk membongkar makna di sebalik penemuannya itu.
Kisah dalam naratif pertama bergerak seperti kisah misteri penyiasatan. Cuma penyiasatannya tidak begitu proaktif. Watak utama kebanyakannya menghabiskan masa merungut dan menyatakan kebenciannya terhadap kampungnya secara berulang kali. Kalau-kalau lupa, tiga empat bab kemudiannya akan diingatkan lagi kebencian terhadap kampungnya. Kampungnya yang tidak mengalu-alukan kehadiran orang asing dan seakan menyimpan rahsia. Dan sepanjang rungutannya, tiada contoh ketara yang kukuh menyokong kebenciannya. Hipokrit juga bagi watak utama yang merupakan kera sumbang di kampungnya sendiri dengan tidak bercampur apatah lagi begitu mengenali jiran-jirannya tidak menyukai pendirian jiran-jirannya yang lebih gemar menguruskan dan menjalani kehidupan tanpa campur tangan orang luar. Bersama kawan-kawannya pula mereka lebih banyak berpusing-pusing tanpa arah dan bercakap seperti mahu bertelagah daripada mencari petunjuk-petunjuk yang boleh membantu siasatan. Sebaliknya, petunjuk-petunjuk yang ada sama ada ditemui secara tidak sengaja atau diberikan dalam penjelasan secara panjang lebar oleh watak-watak sampingan lain. Dah macam buku PLATFORM, yang juga berada dalam kumpulan pemenang sayembara pada tahun yang sama — kisah penyiasatan di atas kerusi malas.
Dalam naratif kedua pula, kisah disampaikan seperti hikayat mengenai persaingan antara dua pemuda yang menjadi punca kewujudan buaya jadian. Lebih suka kisah dalam naratif kedua ini yang memasukkan budaya dan tradisi kaum Iban dalam kisahnya. Kalau dijadikan naratif tunggal pun lebih baik sebenarnya. Ada lebih ruang untuk menceritakan dengan lebih lanjut tradisi-tradisi kaum Iban seperti ngayau dan juga pemujaan dewa. Cumanya apabila naratif kedua ini mahu dikaitkan dengan naratif pertama, semakin lama semakin banyak pula pendedahan demi pendedahan yang barangkali ingin dijadikan sebagai putar belit cerita, tetapi sebaliknya lebih melemahkan jalan cerita yang sedia ada. Kebanyakan motivasi dan pendirian yang diceritakan pada awal cerita mula berubah menyebabkan hilangnya ketetapan dalam jalan cerita dan juga perwatakan watak-wataknya, baik dalam naratif pertama mahupun naratif kedua ini juga. Dan apabila naratif kedua berakhir dan tumpuan beralih ke naratif pertama pula, masih banyak persoalan yang dibiarkan tidak terjawab dan yang dijawab pula tidak diselesaikan dengan baik dan kemas sebelum segalanya ditinggalkan dengan penamat yang tidak memuaskan.
Sinopsis ; Buku ini memaparkan dua latar cerita.Pertama adalah mengenai kisah pertarungan antara Simalungun dan Empaling menyebabkan Simalungun tewas. Sebelum mati, dia telah menyumpah Empaling dan seluruh penduduk rumah Buan. Dan seterusnya berlarutan mengenai kisah Belian, Indai dan anak Nandong yang dijumpai.
Kedua adalah kisah Zariq dengan rakan rakannya (Hafiy, Manuel dan Hanna) menyiasat tentang sebuah kitab lama peninggalam ibunya. Mereka terjebak dengan misteri kehilangan penduduk Kampung Tanjung Sabang di sungai berhampiran. Walaupun berasal dari kampung itu sendiri, Zariq tidak pernah suka duduk disitu.Dia rasa seluruh kampung itu pelik. Kehilangan salah seorang penduduk kampung seperti tidak dipedulikan sesiapa. Diasak rasa ingin tahu, mereka berusaha menyiasat kejadian itu. Tanpa disangka, tindakan mereka masuk campur dalam urusan orang kampung akhirnya mengundang malapetaka.
Review; Sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca. Penulis membawa kita menyelami kisah penduduk Sarawak (kaum iban) zaman dahulu kala. Pertama kali Yan tau pasal aktiviti Ngayau tu dan ritual menyambut kelahiran anak. Penulis jugak telah menggunakan bahasa Iban beserta glossari. Sedikit sebanyak kita boleh belajar tentang bahasa dan budaya mereka disana.
Walaupun terdapat dua latar dalam buku ni, penulis menyusun jalan cerita dengan sangat baik. Ceritanya sangat mudah untuk difahami. Sepanjang pembacaan, teruja Yan sebab banyak benda baru yang diketahui. Buku ni antara buku pertama yang Yan baca mengenai suku kaum lain, so permulaan cerita tu memang teruja lebih la.
Pengakhirannya pun tak dijangka ya. Banyak betul berkait, memang kena baca dengan fokus kalau tak memang tak faham jalan cerita. Dah last last baru la tau apa perkaitan antara semua kisah tu. Korang kena baca buku ni tau, best sangat 👍
"Jangan buat sebarang perjanjian dengan syaitan." .
Love this book. .
Buku ni genre misteri, hikayat, mistik, sejarah camtu la kot. .
Kisahnya, selepas kematian ibunya, Zariq menemukan sebuah kitab lama dalam almari ibunya. Dalam tu, ada tulisan yang tidak difahami dan juga ada tangkal gigi buaya. Zariq ni rasa pelik la. Dahlah dia memang tak suka duk kat kampung tu. Sebab vibe nya agak misteri. Kampung tu tak suka orang luar masuk ke situ, especially kalau ada perkahwinan campur dengan orang luar. .
Dan kebetulannya, ada seseorang yang hilang di sungai sewaktu mengail udang. Dan yang peliknya, kehilangan penduduk itu bagaikan tidak dipedulikan oleh orang kampung. Mereka tidak dibenarkan untuk report polis oleh ketua kampung. .
Masa ni la, Zariq dan 3 kawannya tertarik untuk menyiasat misteri kehilangan tersebut. Tambah lagi, dengan kemunculan seorang bomoh yang sering mengganggu Zariq. .
Antara yang pelik lagi, penduduk yang dikatakan hilang itu, ialah orang luar yang kahwin dengan penduduk situ. Dan selepas itu, ada lagi yang dilaporkan hilang. Ingatkan dibaham buaya, tapi kampung mereka, satu-satunya kampung di Sarawak yang sungainya bebas tanpa buaya, bagaikan dilindungi. .
Dan selepas dikorek cerita daripada orang kampung, 27 tahun lepas, ada 7 orang yang hilang di sungai. Adakah sejarah bakal berulang? .
Ni cerita tentang dendam yang digalas berkurun lamanya. .
Aku suka sebab diceritakan tentang Bujang Senang yang dikatakan jelmaan seseorang. Dan tujuh itu, merujuk kepada buaya 7 ekor. Jadi apakah kaitannya dengan Zariq? Apakah petanda kalung gigi buaya itu dan kitab lama itu? .
Sebagai naskhah debut penulis, this is impressive. Aku suka penulisannya, aku boleh faham hujung pangkal ceritanya.
Starting with the discovery of an old book in his late mother's closet, Zariq along with three of his close friends are caught up in the mystery of the disappearance of the people of Kampung Tanjung Sabang in the nearby river. Despite coming from the village itself, Zariq never liked to stay long at his mother's house. He always thought that the whole village was strange. From the neighbours to the villagers, everything seems strange to Zariq. The loss of one of the villagers while out fishing for shrimp seems to be ignored by people from the village. Zariq, Hanna, Hafiy and Manuel were curious about the whole situation, so they set out to investigate the disappearance. Unexpectedly, their actions to interfere in the affairs of the villagers ended up inviting more trouble. . . First of all, I would like to say I love this book. I love how the author explored the tradition of the Iban people from Sarawak. I learned a lot of new terms by reading this book. The story was gripping from the start till the end. The author included the myth and legendary “Bujang Senang”, a tale of a giant white crocodile. which is said to have terrorised the waters of Batang Lupar, Sarawak. I like how the events are connected and there were no loose ends. I would like to congratulate Firdaus MFD for writing such a great book, looking forward to reading more from you soon, and not to forget Buku FIXI for continuously publishing great books.
1. Unik — Penulis sangat berjaya adunkan budaya, mitos dan sejarah masyarakat Iban dalam naratif. Apabila aku katakan berjaya, maksudnya SANGAT BERJAYA!! Itu punca utama kenapa aku tertambat kepada novel ini.
2. Bahasa — Sedap sangat. Nuansa setempat sangat terasa. Pada masa yang sama tak janggal di lidah Melayu lazim. Perihal dialog pula. Sangat lancar dan pembeza suara antara watak agak ketara. Dialog sangat memainkan peranan dalam menghidupkan dinamika antara watak dalam kedua-dua zaman. Hebat penulis ni.
3. Saspens plot — Awal cerita, sangat berkesan. Padahan misteri yang mengujakan. Terutamanya tentang kitab lama ibu Zariq dan kematian Nandong. Tapi sayang, momentum itu jatuh mendadak selepas Hanna dan Belian lari.
4. Pilin cerita — Boleh dimantapkan lagi. Jalinannya belum cukup. Perkaitan antara dua zaman itu tidak terlalu kemas. Serasa penulis sedang dikejar buaya sehingga tergesa-gesa untuk menjalinkan dan menyudahkan.
5. Padahan & Penyudah — Set-up pada permulaan cerita memang berjaya mewujudkan saspens. Malang, pay-off menghampakan. Belum cukup memuaskan hati.
Timbang tara, karya yang baik. 3.8 ⭐️ Wajar sangat menjadi pemenang Sayembara FIXI. Jika mengambil kira latar penulis sebagai pemula, karya ini sangat baik. Teruskan menulis wahai penulis. Aku nantikan karya mendatang. ⛅️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Khatam bacaan Tujuh dari Firdaus FMD melalui @cerekaapp
Jalan cerita sangat unik dan penceritaan yang buat kita tak senang duduk selagi tak sampai ke noktah terakhir. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab untuk kita korbankan 5 minit rehat minum air.
Penulis menengahkan dua timeline tanpa kita keliru, sangat jelas. Empaling dan Simalungun dua pahlawan terhandal yang menjadi harapan Tuai Ulu bagi mengantikan pimpinannya di Rumah Buan. Akibat cemburu membawa kepada perkhianatan Empaling bermain kotor dan membunuh Simalungun di sungai. Dasar insecure kamu Empaling!
Sebelum mati, Simalungun ni bersumpah akan membalas dendam terhadap semua yang mengkhianatinya. Bermula dari situ muncul la buaya gergasi di sungai yang menjadi punca rezeki dan kegunaan Rumah Buan.
Berpuluh-puluh tahun ke depan, Zariq seorang pemuda yang benci dengan kampungnya kerana ia menganggap kampungnya pelik. Dia selalu bermimpi tentang tujuh buaya ingin menyerangnya. Kehilangan orang kampung satu per satu secara misteri membuatkan dia ingin membongkar rahsia di sebalik kampung pelik ni.
Plot twist dia memang berputar habis sampai mental breakdown kyna 😂. Sangat cantik susunan cerita dia.
Simalungun tidak seperti yang kusangka Belian yang ku hormati ternyata kecundang Lanang...apa kau lupa sama apaimu?
Buku ini sangat unik kerana mengetengahkan tentang negeri Sarawak dan tradisi kaum Iban. Pertama kali membaca tentang aktiviti ngayau kerana baru tahu ia telah diharamkan sejak zaman penjajahan lagi.
Novel ini mengisahkan tentang Zariq yang menemukan sebuah kitab lama di dalam almari arwah ibunya dan cuba untuk merungkai misteri kitab tersebut. Dalam masa yang sama, kampung Zariq turut berdepan dengan kehilangan penduduk-penduduk Kampung Tanjung Sabang di sungai berhampiran. Terdapat konflik persahabatan dan kekeluargaan sepanjang perjalanan mencari jawapan disebalik apa yang berlaku.
Novel ini bergenre misteri dan horror cuma penceritaan yang laju menyebabkan konflik-konflik yang diketengahkan mudah untuk diagak dan diselesaikan. Pujian untuk penulis kerana penceritaannya tidak meleret dan tahniah untuk karya pertama beliau.
Novel pertama dari penulis. Tidak menghampakan, masih banyak boleh dibaiki tapi tidak bosan untuk dibaca. Debut yang baik!
Kelebihan - 1. Jalan cerita dari tengah sampai ke hujung agak menarik. Dengan timeline yang berbeza dalam cerita, penulisan agak kemas. 2. Ada sedikit kelainan dalam tema berbanding novel fixi yang lain. 3. Banyak menyentuh adat kaum Iban terdahulu. Sangat menarik dan jarang!
Kekurangan - 1. Terlalu banyak "tiba-tiba" terutama di awal dan tengah plot. Tidak ada elemen penyambungan yang cantik dalam penceritaan. 2. Kesan side character dalam cerita terlalu lemah dan bertukar-tukar. Tidak konsisten. 3. Gaya penulisan di awal agak sedikit pelik. Tetapi saya faham kerana penulis bukan berbahasa melayu semenanjung, sama macam saya sendiri.
Jalan cerita yang menarik dan 'rare'. Pertama kali membaca novel yang kisahnya berlatarkan negeri sarawak. Negeri Sarawak memang terkenal dengan kisah lagenda bujang senang. Menurut kepercayaan orang Iban Sarawak, buaya terbesar di dunia itu adalah jelmaan orang Iban yang bernama Simalungun di Sg.Batang Lupar. Penulis menggunakan kisah mitos ini sebagai konsep dan idea dalam penghasilan karya beliau. Novel ini sangat menarik. Setiap plot dan penulisan sangat bagus untuk novel sulung penulis. Cuma masih ada beberapa kekurangan dalam cara penulisan yang masih perlu dibaiki. Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada Saudara Firdaus MFD. Teruskan berkarya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita yang agak menarik dan very fast pace. Nasib baik ada glosari dekat depan so senang nak tengok balik. Firstly bila baca buku ni, confused sikit sebab ada dua watak dari zaman yang berbeza, Zariq dengan Belian. Mula² macam tak faham tapi lepas baca beberapa chapter yang terakhir, baru faham. Tak sangka sebenarnya siapa dalang disebalik kehilangan yang jadi tu adalah keturunan (redacted). Tapi baguslah pengajaran dekat akhir cerita ni memang spot on. Cerita menarik dan tak bosan. Elemen misteri dan seram pun ada sedikit la. Overall it's a 4 ⭐ read for me.
Sebagai peminat kisah2 mitos, lagenda dan sejarah aku suka naskhah ini. Tambah2 mitosnya yang berkait dengan negeri Sarawak yang mana jarang2 diangkat dalam novel. Ada kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Kalau dialog ditulis dalam dialek Melayu Sarawak aku rasa lagi umpph kut.
Apa-apapun untuk novel pertama penulis aku kira ni dah cukup bagus. Kalau tak buat research aku rasa tak senang juga nak tulis dan adun kisah mitos dalam fiksyen. Tahniah penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kehilangan beberapa orang penduduk kampung telah menyebabkan Zaria bersama tiga lagi rakannya Hanna, Hafiy dań Manuel berusaha untuk menyiasat. Tanpa mereka sangka, campur tangan meraka dalam urusan orang kampung tersebut telah membongkar misteri dan lagenda Simalungun si buaya jadian.
"Darahnya Lanang dicari berabad lama. Mampirlah dan telan keturunan ketujuh ini, biar terhapus segala sumpahan!"
Novel ini memberikan hala tuju misteri yang baik apabila ibu MC mati dan terjumpa kitab lama. Tapi lama kelamaan, ia tidak ke arah yang dirasakan dan rasa seperti downgrade apabila watak MC tak berkembang dengan baik.
Plot flashback pula lebih baik dan nampak lebih mengujakan walaupun di hujungnya, ada kompleks tentang bagaimana ini semua berlaku dan nak dikaitkan dengan garis masa sekarang.
Walau bagaimana pun, novel yang boleh dibaca dan tidak terlalu pening.
This entire review has been hidden because of spoilers.
#SayembaraFixi3 Buku 1. Tahniah kepada penulis. Sebuah novel debut yang agak baik. Cerita berselang antara dua era; Zariq dan Belian. Naratifnya kemas. Suka dengan idea penulis, dari sekadar mitos kepada cerita. Kalau Sabah ada Pengait, Sarawak ada ngayau. Ada seriau, misteri dan mistik. Cuma aku harap ada detail lebih tentang kitab lama tu.
one of the best purchased in 2024! randomly add too cart sbb nak claim coupon😛 plus, i hate hana so baddd! rude gila kau gali belakang rumah kawan hang pahtu boleh bla mcm tu je semata nak kaji sendiri☺️ kalau tak sebab minah kepo ni aku rasa buku ni boleh dapat 5/5, oh and the character kinda slowwwww, buat jalan cerita melerat and ulang balik benda samaa
Kisah yang sangat menakjubkan, penuh dengan misteri dan diakhiri dengan rasa puas hati kerana para penjahat berjaya ditewaskan! Btw, this is my first fiksi yang aku baca!
➥ "jangan buat sebarang perjanjian dengan syaitan"
kisah Zariq yang terjumpa kitab lama didalam almari ibunya, pelik dek kerana tulisan itu bukan lah datang dari zaman moden. Zariq dan tiga rakanya ikut sama dalam meyelesaikan satu misteri yang terjadi selepas Zariq membuka Kitab lama ibunya.
satu demi satu kebenaran yang ingin cuba untuk diselesaikan makin banyak gangguan yang datang. satu tangkal yang ada membuatkan lagi kehidupan Zariq menjadi sasaran seseorang. satu kejadian kehilangan lelaki secara misteri di sungai berhampiran kampunya menambahkan lagi sisi misteri kampung halamannya itu.
setiap 27 tahun dan 7 korban perlu dilakukan untuk memberi sesuatu yang ada didalam sungai itu dan dendam kesumat orang dahulu mangsa yang tidak berdosa menjadi korban. perjanjian yang telah terikat perlu dihapuskan dan kali ini Zariq tidak mahu ada yang menjadi korban dan pengikut syaitan.
━◦○◦━◦○◦━━◦○◦━◦○◦━━◦○◦━◦○◦━
➳ sejarah ➳ misteri ➳penyiasatan
➳ satu kombinasi yang sangat menarik sebab i dah lama tak baca tentang sejarah 'Bujang Senang' di sarawak, yg kita tahu tentang 'Bujang Senang' ni adalah jelamaan manusia yang terikat dgn perjanjian ataupun angkara dendam. bagi i setiap sejarah yang ditulis oleh penulis amatlah berguna.
➳ dalam ni juga pada i agak suka juga lah macam mana cara kawan Zariq menyiasat dalam cuba utk merungkai misteri kitab dan sejarah kampung tu, meraka ada kelebihan masing2 yang penulis describe. jadi meraka ini semua ada funtion juga lah walau sikit2 je muncul.
➳ ada juga character yang muncul di tengah hingga akhir, luckily i like that character very weel funtion and sangat membantu Zariq.
➳peralihan zaman dulu dan sekarang i'm sorry for me a lit bit confuse or else i yang not paying intention so much. i don' know.
➔ thing i don't like ... kawan2 Zariq ni more pada mengada or other words is banyak songeh. ada jer benda yang nak di complennya aduhai, dah korang yang nak tolongkan buat jer lah ni dah nak sampai tengah sebok nak blah .. sengal betul lah.
for me ok lah malau korang nak bace kisah lagenda Bujang Senang ok bye
Penemuan sebuah kitab lama yang tidak difahami isi kandungannya seolah-olah menjadi pemulaan kepada pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup Zariq. Beberapa penduduk kampung hilang tanpa jejak. Keanehan penduduk kampung itu yang seolah-olah merahsiakan apa yang terjadi. Di zaman lampau pula, kelicikan Empaling membuatkan ada yang berdendam. Ramai yang menjadi mangsa kepada sumpahan yang telah dilafazkan.
SH tidak pernah tahu bahawa kaum Iban suatu ketika dahulu mempunyai tulisan mereka tersendiri. Sayangnya ramai yang sudah tidak mengenali tulisan tersebut. Dan SH percaya di Malaysia ini sahaja ada banyak lagi tulisan/bahasa yang sudah dilupakan kerana tiada pengamalnya. Sayang sebenarnya sebab itu juga merupakan khazanah yang patut kita jaga.
SH jarang dapat membaca naskah yang berkisarkan buaya jadian. Kalau melibatkan manusia jadi-jadian ini, yang SH selalu baca adalah harimau jadian. Kalau naskah luar negara pula tentunya serigala jadian. Jadi ini adalah satu bacaan yang menarik buat SH.
Kerana tamakkan kekuasaan Empaling sanggup bermain taktik kotor yang akhirnya membawa petaka kepada penduduk kampungnya sendiri. Jadinya tak guna juga Empaling ni berebut kuasa kalau tiada siapa yang hidup apabila dia berkuasa. Padan muka Empaling. Mesti dia tidak sangka yang itu semua akan terjadi. Ketua tanpa anak buah sudah ibarat kampung tanpa penduduk. Kosong tiada makna.