Jump to ratings and reviews
Rate this book

RUMAH

Rate this book
Akmal jatuh pengsan sebaik mendapat berita bahawa ibu, ayah dan adiknya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sebaik sedar, dia tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sehingga menimbulkan kehairanan petugas hospital yang merawatnya. Anehnya, Akmal tak faham kenapa dia tiba-tiba ketawa. Dia juga tidak boleh menangis atau bersedih walaupun sudah kehilangan seluruh keluarganya.
Tiga tahun selepas kemalangan itu, Akmal menjadi seorang penyendiri yang tidak suka keluar rumah. Biasanya dia cuma akan keluar rumah dua kali sebulan. Masanya dihabiskan dengan bermain game dan menonton filem. Namun semuanya berubah selepas dia mengenali Jasmin, seorang guru muzik. Awalnya Akmal resah, kerana dia rimas dengan cerita Jasmin yang tak habis-habis, sampai ada masanya dia rasa nak tampal selotep dekat mulut Jasmin supaya perempuan itu berhenti bercakap.
Jasmin memaksanya keluar dari tempat persembunyiannya, dan mula kembali berhadapan dengan masyarakat. Perlahan-lahan, Akmal kembali mengenali dunia yang selama ini sudah lama dia tinggalkan.

288 pages, Paperback

Published June 3, 2022

23 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (51%)
4 stars
6 (16%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
3 (8%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
June 27, 2022
Aku tak nampak sangat masa depan plot RUMAH jadi sepanjang pembacaan memang fokus eksplorasi watak semata. Tak pasti Akmal ada Aspenger, depresi atau sindrom psikologi lain yang aku tak tahu sebab dia tak rasa kesedihan bila semua ahli keluarganya meninggal dunia, asyik jengkel dengan hal sosial dan hanya suka menyendiri. Waktu ke kedai muzik untuk beli tali gitar, Akmal berkenalan dengan Jasmin, seorang guru piano. Dari Jasmin, Akmal kenal Maya dan suaminya, Syaz. Dan hari-hari Akmal cuma berkisar tentang perbualan dan pertemuan dengan mereka ini di sekitar kedai muzik dan kafe milik Maya.

Konfliknya biasa saja dan penceritaannya lebih kepada perihal persahabatan Akmal dan Jasmin, tentang hidup Akmal yang sendiri dan Syaz dengan sesi stand-up comedy dan masalah rumahtangga dia dengan Maya. Terhibur juga dengan perbualan Akmal-Jasmin; seakan ada satu katalis yang mengikat setiap fragmen hidup Akmal kepada karakter Jasmin-- kesunyiannya yang makin hilang, ruang berkongsi emosi atau perhatian sehingga Akmal mula keluar dari perasaan terpaling nak hidup seorang diri.

Idea dan eksperimentasi psikologinya bagus, cuma eksposisi wataknya masih kurang pada aku; kisah Akmal tak begitu adiktif atau menyerlah dan walaupun aku dapat agak apa akan jadi pada Jasmin, kisah mereka tenggelam dalam kalut hal harian yang remeh; dilonggok segala pada setiap perenggan dengan humor yang tak perlu, kritik sosial dan budaya yang kadang meleret dan Syaz yang menjengkelkan. Mungkin sebab gaya penulisan dan laras bahasanya yang kemas buat aku terus mahu tahu. Garapan dialog pun tak janggal sangat bila bertembung deskripsi naratif jadi alur ceritanya sedap dibaca.

Ini lebih kepada jurnal harian Akmal sebenarnya. Babak selepas Jasmin yang sentimental dan mellow, dua kali juga Akmal kena hadap kehilangan. Suka dengan penamatnya yang berputar semula ke bab pertama, dan barangkali cara terbaik untuk melupakan adalah dengan mengingati(?). 2 bintang untuk naskhah ini.

Tahniah untuk RUMAH terpilih antara pemenang untuk Sayembara FIXI Musim 3!
Profile Image for Miss Fau.
4 reviews
June 10, 2022
Such a journey. Honest, poetic, intelligent, stern and silly, Akmal (the protagonist) narrates such a weird, but heart-breaking story that will make you "feel infinite". This book feels like some sort of melange between The Perks of Being a Wallflower by Stephen Chbosky and Laskar Pelangi by Andrea Hirata. Easily one of the best local book I've ever read. Although some issues presented might be too sensitive for some people to handle especially in a conservative country like us.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 12, 2022
Aku hampir DNF buku ini. Awal penceritaan rasa macam “Apa cerita merapu aku baca ni?” dengan watak yang aneh-aneh dan aku tak nampak hala tuju cerita ni ke mana.

Tapi the inner side of me suruh habiskan juga. Aku beli kut bukan dapat free. Haha. Takkanlah FIXI nak pilih cerita entah apa-apa jadi pemenang sayembara. Ya tak?

Towards the end, aku tak boleh nak letak buku ni. Terbawa-bawa emosi. Walaupun dialog dia agak kelakar dan merapu tapi mesej yang dibawa buat aku berfikir panjang.

Dah la baru lepas layan drama Tomorrow. So aku macam boleh relate apa yang watak-watak tu rasa dengan cerita tu. Sampai tak sedar mengalir air mata aku ni. Cengeng!

Apa-apapun tahniah dan terima kasih penulis untuk naskhah ini. Sorry sebab underestimate buku ni pada awalnya. Bagi aku masih berbaloi untuk dibaca. Keep it up.
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews
June 11, 2022
Storyline nmpk mcm slow, tapi sebenarnya penuh makna tersirat. Cuma kena sentiasa alert and fikir. Build-up dia lak mmg gila babi. Mengalir gaklah air mata jantan ni. Respect.
Profile Image for hana.
1 review
July 1, 2022
ok this book maybe bagi saya lain daripada yang lain. tak tahula pernah ada ke tak buku fixi yang plot dia macam ni. banyak cute scenes selalunya brutal je manjang tapi this one memang lain. dia punya plot ada iras movie i want to eat your pancreas. yang tahu tu faham faham la. akmal, a guy yang pesimis, pasif, boleh dikatakan selfish jugakla and i boleh dikatakan rasa nak tampar kalau i jumpa orang macam ni. thanks to jasmine sebab tamparkan dia untuk saya sebelum awak pergi buat selamanya. saya hampir nak drop bila dapat tahu jasmine bunuh diri. cerita ni kosong tanpa celoteh jasmine, bagi saya celoteh jasmine memang mengarut tapi lucu; penyeri cerita la. saya sanggup baca dialog dia yang panjang lebar daripada dialog syaz semasa buat stand up comedy membosankan. (same as akmal)

tertekan sebenarnya dengan personaliti akmal. susah sangat nak menangis, asyik bagi negative thoughts and lagi sakit bila dia reject jasmine. saya menyumpah seranah dah mc masa tu. jasmine, wanita periang dua tahun lebih tua daripada akmal. boleh dikatakan dia berbangsa cina, beragama kristian dan cantik. mula kenal dengan akmal setelah berkongsi cerita dengan akmal tentang kura kuranya yang telah mati. dari situ la akmal mula kenal ramai orang pelik selepas 3 tahun berkurung di rumah setelah keluarganya meninggal.

part resolution, selepas jasmine mati (dipendekkan), start dari tu la saya menangis. walaupun akmal tak berapa tunjuk dia punya perasaan, tapi saya tahu dia teramatlah sedih dan menyesal dengan permergian jasmine. dan saya gembira bila dia start menangis setelah bertahun lamanya jadi manusia heartless. dia menyesal selalu mengeluh jika jasmine ajak dia pergi supermarket, annoying dengar jasmine berceloteh, selfish, suka cakap ayat yang boleh buat orang terasa dengan muka tak rasa bersalah. lepas jasmine pergi, baru nak menyesal. betulla orang kata, bila dah mati baru nak hargai gitu.

boleh dikatakan akmal berubah, takdela berubah sangat tapi start bersosial dengan orang luar dan tak malas macam dulu. ok itu je. i expect happy ending tapi baru perasan ni buku fixi. lambert lagi nak happy ending ko.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 25, 2023
[eBOOK 43]

Rumah by Johan Malek.
.

Maaf, buku ni bukanlah secawan kopi yang aku suka biarpun berkali aku cuba.
.
Buku ni dah macam diari, menceritakan kisah hidup Akmal yang kehidupannya selama 3 tahun duk terperuk dalam rumah. Dan hidupnya mulai berubah bila dia mengenali Jasmin. Bermula dengan Jasmin la, dia mengenali Syaz, Maya dan yang lain. Dari situ dia mulai membiasakan diri dengan Jasmin yang talkative, Maya yang sopan dan Syaz yang suka buat stand-up comedy yang bagi aku, entah pape je.
.
Okaylah, mungkin aku je yang tak berapa nak faham apa yang buku ni cuba sampaikan. Tapi bila baca review orang lain, okay je sebenarnya.
.

Tambah lagi, bagi aku ceritanya slow. Tapi aku gagahkan diri baca sehingga ke akhirnya demi mendapatkan kepuasan seperti pembaca lain, namun malangnya aku tak jumpa. Mungkin aku patut berfikir di luar kotak.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
December 10, 2022
Selesai pembacaan, baru faham dengan maksud muka depan. Permulaannya agak perlahan dan mendatar, banyak babak merepek sedikit. Tapi semua tu mungkin sebagai persediaan untuk bahagian hujungnya yang agak .... Yang baru nak baca, bersedia ya. Terima kasih untuk naskhah ini. Yang 'itu' bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.
1 review
March 18, 2024
i've read this book last year but just want to leave a review sebab i wish i could read it for the first time again. i'm not a bookworm atau suka membaca tapi buku ni macam a movie that arwah Yasmin Ahmad would make adaptation WHICH I WANTED VERY BAD buku ni ada movie adaptasi. maaf jika review book ini tiada kena mengena. one of my favourite book so far
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 24, 2023
Kalau tak nak penat, jangan mulakan buku ini..
Isi dia.. terlalu kejam..
Profile Image for J.
8 reviews
May 19, 2024
such a good story.

- Sedih Jasmin dan Akmal tak dapat bersama.
- Cerita agak tergantung sebab penulis tak ceritakan dengan jelas punca Adam dan Jasmin bunuh diri
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.