Sebaik berjaya menamatkan game KABUS yang dibeli abangnya, Peanut menerima satu e-mel jemputan untuk menyertai sebuah pertandingan game yang hanya terbuka kepada pemain yang telah menamatkan game tersebut. Tertarik dengan hadiah tunai sebanyak RM400,000 yang ditawarkan, Peanut dan abangnya Smokey yang turut menerima e-mel yang sama telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran menarik itu. Malangnya, hadiah lumayan itu datang dengan syarat yang cukup ketat. Tiada jalan keluar dari permainan itu. Mereka perlu bermain secara avatar, yang bermaksud nyawa mereka menjadi taruhan. Mati dalam permainan itu bermakna mati selamanya. Bolehkah Peanut dan Smokey menempuhi cabaran yang menanti mereka dalam permainan maut itu?
Boleh ralit sampai lupa dunia realiti. Lama tak baca buku macam ni. So many interesting things happened. Fast paced. Suka bila boleh imagine macam cerita Netflix yang fast paced macam Alice in Borderland, atau Maze Runner
Suka dengan temanya yang gabungkan dunia game dan realiti dalam trope persaingan yang berlatar sureal dan futuristik. Kisah Peanut yang dapat undangan untuk sertai Permainan Survival: KABUS 1.0 dengan nilai kemenangan RM400,000 selepas dia jadi antara pemilik poin tertinggi untuk game virtual KABUS. Bila dapat tahu kembarnya Smokey juga dapat turut serta, Peanut jadi lebih teruja namun tanpa dia sedar gaya permainan KABUS 1.0 bukanlah seperti yang disangkakan.
"I thought it's a game. Like, literally a game." "Apa yang awak rasa, sentuh, lihat, bau dan dengar semuanya adalah benar. Mati dalam permainan, mati selamanya. Good luck."
66 pemain, 8 peringkat dengan misi yang agak mencabar, Peanut dan Smokey bergabung untuk cuba keluar dari dunia KABUS walaupun pada awalnya mereka terpisah dan harus bertarung sendiri. Perkembangan plot yang sangat teratur dan aku suka cara penulis kawal tempo cerita; tak rasa serabut walaupun penuh babak intens dan aksi. Pembinaan dunia KABUS juga agak menarik; setiap peringkat dengan latar alam dan cabaran yang berbeza; dari membuat pilihan tepat ke perihal fobia, ujian kekuatan, kecekapan dan kemahiran berfikir (paling suka peringat 3 dengan adegan pasar yang mengangkat isu pemerdagangan dan penjualan organ manusia, peringkat 4 bila mereka kena bertarung di alam mimpi dan babak pemburu sebelum dapat jumpa big boss).
Eksposisi dan dinamik watak-wataknya juga bagus walau kadang ada yang menjengkelkan-- panjang sungguh umur Dragon dan aku suka Rue; dia nampak ganas dan tak peduli orang tapi boleh dipercayai. Kisah Ruby yang agak sedih, Niji dan Hiro yang akhirnya dapat bertemu, juga Luke-- tentang 5 tahun kemudian yang buat aku ada kesimpulan sendiri tentang pertarungan akhir dia dan Dragon.
Pengakhirannya menjawab persoalan aku pasal game KABUS 1.0-- betul dah kata Aizat, sebelum nak setuju sertai apa-apa, sila baca T&C dulu. Dan epilog Smokey; dari awal pun dah agak watak dia yang agak perahsia. Licik sungguh! Mungkin boleh sambung KABUS 2 nanti (walaupun aku tak faham dunia kapitalis dan fetish orang-orang yang ada duit ni). 4.2 bintang untuk naskhah ini!
Tahniah KABUS terpilih antara pemenang Sayembara FIXI Musim 3!
Mana penulis buku ni? Nak high five sebab best sangatttt. Nasib baik dah prepare mental sampai setiap muka surat cakap “ah sapa mati pun mati je lah nak buat macam mana ajal”
Paling suka level 7. Simple tapi bermakna. Smokey ni memang licik betul la hahahaha
Lepasni nak beli physical book sebab tak puas baca ebook!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tersangat gila! Dan aku sukakannya! Buat pengemar siri Alice in Borderlands, Squid Game ataupun filem Escape Room, buku ini memang sesuai untuk dibaca. Dari bermain game depan PC, terus menjadi realiti. Penulis memang pandai bermain dengan plot, semua disusun dengan agak baik. Suka dengan kepelbagaian game level tu, menyentuh pelbagai isu. Sedih juga ada beberapa watak yang tak berjaya selamat hingga penghujung. Kena beringat dan baca T&C sebelum sign apa-apa agreement lepas ni.
Pergh!! Lain macam jalan cerita dia.. Sebagai pembaca Sha turut merasa debaran dan ketakutan Peanut.. Seperti kata Aizat, bila berseorangan daya untuk kekal hidup tu lain macam..
KABUS. Kita straight to the point terus, novel ni tak bosan!
Plot utama dia tentang watak utama yang termasuk dalam sebuah permainan yang melibatkan nyawa. Konsep yang tak jauh dengan Alice in the Borderland and Squid Game.
Pros : Storyline yang tak bosan. Phase novel ini agak laju dan tidak ada plot yang membuang masa. Agak berat dan boleh buat kita focus sampai tak ingat dunia realiti. Emosi dalam novel ini pun sampai. Pembaca sendiri dapat rasa marah dan sedih apabila watak utama kehilangan orang-orang yang di sekelilingnya. Also, watak Luke sangat memaikan peranan penting dalam novel ini dan menarik.
Warning : Spoiler >
Cons : 1. Permainan dalam story lebih banyak menggunakan action berbanding teka-teki kepada pembaca. 2. Scene tidak diguna sebaik mungkin untuk dijadikan sebagai plot twist. Contoh 1: Dylan sarung jacket sebelum masuk ke area bersalji. By right, sepatutnya diorang tak tahu pun bawah tangga tu area bersalji. Dylan ada potensi untuk jadi watak jahat. Contoh 2: Kunci daripada level selamatkan Sweet cuma satu, sepatutnya dapat dijadikan plot twist di klimaks di mana cuma Peanut yang boleh mara kerana yang lain tidak ada kunci. 3. Character jahat yang sia sia - Reza. I dont need to explain right? Watak yang tidak ada bagi impak kepada plot. 4. Tema yang hilang. Tema yang dimana kabus bermaksud ada orang jahat hilang begitu saja sebelum sampai mid novel lagi. Sedikit kecelaruan tema di situ.
Weh, gila buku ni. Buat aku nervous dan palpitation. .
Macam aku pulak yang join game ala-ala Squid Game. Kau perlu bertahan dan membunuh, untuk kekal hidup dan keluar dari game. .
Mulanya, Peanut main game Kabus kat laptop camtu je. Lepas dia menang, dia ditawarkan untuk competition yang menawarkan duit. Dia cam hesitate, tapi sebab kembarnya, Smokey join, so, dia ikut. .
Ingatkan ni another game yang macam main kat laptop camtu je. Rupanya tidak. Sebab Peanut sendiri ialah watak dalam game tu. Dia perlu bertahan sehingga ke akhirnya untuk keluar dari game tu. .
Ada 8 level. Siapa tak melepasi level, memang akan mati. .
Mulanya, Peanut join team dengan few other members. But end up, dorang terpisah dan Peanut jumpa dengan Smokey. .
Ya Allah, aku punya nervous, aku dah tak kisah dah apa nak jadi, asalkan si Peanut ni hidup. .
Kesian Peanut, lepas game berakhir pun, dia masih trauma. .
Suka part epilog, bila Peanut nampak Luke masih hidup. Tapi tu la, mereka bagaikan orang asing. Dan watak Smokey ni memang suspicious ya. Oh ya, kenapa manusia jahat yang suka tengok orang membunuh dan mati ni wujud eh?
Watak utama dalam novel ni- Peanut dan Smokey. Mereka berdua merupakan kembar tak seiras. Suka dengan watak mereka yang saling sayang menyayangi dengan cara mereka sendiri.
Watak-watak lain dalam novel ni termasuklah Luke, Niji, Ruby, Hiro dan lain-lain saling bekerjasama untuk keluar daripada game Kabus walaupun ada di antara mereka yang tak dapat bertahan.
Novel ni ada unsur saspen, sedih, gembira.dan sedikit humor. Penulis bijak menulis dialog dan menghuraikan setiap situasi dengan detail menjadikan perasaan seperti seolah-olah turut berada dalam game itu.
Bab pembunuhan pula memang agak ngeri lagi-lagi level bertemu dengan "pemburu".
Ada juga watak-watak yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan orang lain. Watak-watak macam ni sebenarnya wujud je dalam realiti sebenar.
Walaupun setiap level ada babak ngeri tapi masih ada nilai yang boleh dikutip oleh pembaca. -Jangan khianat, jangan pentingkan diri dan jangan mudah menilai dengan pandangan pertama.
nice one! aku suka jalan cerita dia,tersusun cantik plot. setiap cabaran yang dilalui pemain sumpah serius menarik. cerita dia tak laju dan tak perlahan. aku suka sangat.
Fast-paced and straight to the point, lurve ! An easy to guess plot tapi still super interesting and intriguing. Walaupun macam tau apa akan jadi, still nak continue to find out what happened
best! dah lama tak baca buku yang menarik mcm ni. sebagai peminat genre2 mcm game, buku ni sngt besttt tau amik masa sehari je untuk habiskan memang enjoy lah masa baca novel ni. kalau buat movie mesti gempak
Love the concept and plot. Rasa berdebar ya baca kisah peanut dalam survival game ni. Paling menarik game dekat level 3 dan level 7 sebab lain dari yang lain and dengan aku sekali rasa takut nak baca and habiskan😂 anyway a good read but still plot holes are here and there hmm hope for some sorts of details for other side character;need more clarification regarding their deaths 🥲