Jump to ratings and reviews
Rate this book

ANTAGONIS

Rate this book
Hisyam Ahmad telah bercita-cita untuk menjadi penulis novel sejak kecil lagi. Pun begitu, seperti mana dugaan seseorang untuk mencapai kejayaan, halangan terbesar sudah pastilah dirinya sendiri. Sikap selalu berlengah dan lebih suka bermain game berbanding menulis membuatkan impiannya tampak samar-samar untuk dicapai.
Namun pada suatu hari, dia terbangun dari tidur dan menyedari bahawa dia berada di dalam sebuah rumah agam yang asing. Menurut butlernya, Alfred, Hisyam baru terjaga dari koma selepas mengalami kemalangan beberapa bulan lalu. Akibat kemalangan itu, Hisyam langsung tidak ingat yang dia kini sudah bergelar penulis terkenal.
Hisyam cukup gembira kerana mimpinya sudah menjadi kenyataan. Namun apabila watak-watak dalam novel tulisannya mula muncul satu demi satu dan melakukan kemusnahan, Hisyam tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

300 pages, Paperback

8 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Irsyad Tarudin

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (15%)
4 stars
12 (30%)
3 stars
20 (50%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for hans.
1,170 reviews152 followers
July 18, 2022
Tertarik dengan blurbnya yang berkaitan penulis dan tentang buku, tak sangka juga tema awal ANTAGONIS yang semacam fiksyen fantasi dan misteri bercampur jadi fiksyen sains dan aksi kemudiannya.

Awal bab yang menarik, gemar dengan intonasi cerita dan kelok bahasanya yang bersahaja dan kemas-- selitan loghat utara dalam dialognya juga bagi impak realis dan penuh humor. Tempo dan alur penceritaannya agak laju dan di pertengahan cerita bila masuk babak aksi agak serabut sikit tapi aku suka dengan eksplorasi dan dinamik watak Hisyam dan Alfred. Cuplikan karya-karya Hisyam dalam naratif juga membantu dalam perkembangan plot; protaganis vs antagonis di dunia fiksyen yang akhirnya bertemu di realiti. Sebenarnya berharap juga penulis ambil serius dengan plot tulisan Hisyam sebab agak menarik kisah-kisahnya (aku paling suka Alpha) kalau benar-benar ditulis semula sebagai naskhah fiksyen.

Konflik dan motifnya tak berapa mengesankan pada aku-- hal cemburu yang buat aku jengkel dengan watak Hamzah dan Karim yang manipulatif (hati-hati penulis dengan penerbit kalian, harap tak dapat macam di Okami Publishers). Pelik juga bila Prof. Lokman mudah terpedaya-- barangkali penulis cuba nak selitkan kritik sinis yang orang bijak pun boleh kena scam(?). Babak percintaannya disisip seadanya (walau dialognya agak cringe), lebih kepada perasaan ralat dan rindu, dan dari awal dah dapat agak tentang Liyana jadi tak rasa terkejut sangat waktu tahu hal sebenar.

Walau agak keliru dengan misteri Hisyam sebelum dan selepas koma; antara mana satu realiti, sekadar mimpi atau cuma babak imbas semula namun pengakhirannya menutup persoalan aku. Hisyam akhirnya sedar dunia idaman tak selalunya seindah yang disangka dan 'pertemuan' akhir dia dengan Liyana buat aku sedikit terharu.

Naskhah debut yang agak bagus sebenarnya walau jalan ceritanya agak mudah diteka. 3.5 bintang untuk ANTAGONIS. Tahniah kepada penulis terpilih antara pemenang Sayembara FIXI Musim 3!
Profile Image for Belle.
46 reviews
July 19, 2022
Tahniah untuk karya sulung penulis, jalan cerita menarik plot twist mantap, setting novel boleh diimprovekan dan perjalan cerita dari point A ke point B juga menarik dan perlu dimmprobe overall ⭐️⭐️⭐️
23 reviews
June 9, 2022
A good start...jalan cerita tersusun...banyak lagi boleh improve terutamanya bahagian plot twist
Profile Image for Siti Hajar.
19 reviews
September 7, 2023
Percubaan yang bagus dan tahniah sebab menang sayembara! Saya suka idea yang penulis ni bawa. Fiksyen berubah ke realiti. Untuk pembaca macam kita, siapa je tak nak angan-angan fantasi bertukar ke realiti kan? Tapi, walaupun idea dia bagus, cuma jalan cerita dia ada lack sesuatu. Biasalah, buku mana je yang sempurna? Mesti ada cacat cela walaupun sikit.

1. Saya nak tahu apa sebenarnya peranan Datuk Alauddin yang sepatutnya bekerjasama dengan Hamzah and the gang ni sebenarnya? Bila dah sampai klimaks, watak dia ni macam lesap. Saya fikir dia akan tolong Hamzah ke apa daripada diberkas.

2. Liyana. Saya sedih sebab Liyana dah mati. Cuma, saya tak faham dari mana dia muncul. Saya tahu dia living hologram, but how dia jadi living hologram? Adakah itu percubaan pertama Prof Lokman menciptakan living hologram? Dan bila? Saya tak nampak exact time living hologram tu diwujudkan. Dia buat saya lebih curious untuk tau pasal dia lebih dalam lagi. Atau mungkin saya sendiri yang terlepas pandang.

3. Pengakhiran yang terlalu rushing. Time2 seronok baca, tup2 lahhh dah habis? Macam tu je dia habis. Saya expect kalau2 ada la part Prof Lokman matikan suis, Keon and the gang lawan the zombies, koboi2 tu lawan Hamzah and Salsabila. Tapi takde :( kecewa sikit saya.

4. Ni cuma pandangan peribadi saya, tapi saya expect lebih lagi pada watak utama. Saya rasa Hisyam ni tak terlalu ambik peranan sebagai hero citer ni. At the end, hero2 dia sendiri yang jadi hero😂 how ironic. Sebab dia just larikan diri, bagi cadangan yang agak 'bodoh' untuk jadi surrender. Just like that.

Sebenarnya penulis ni berbakat besar dalam cipta suatu cerita yang memerlukan imaginasi tinggi dan idea di luar kotak cam buku ni. Mungkin ada kekurangan, tapi percubaan untuk menghasilkannya sangat bagus. Saya rasa boleh je penulis expendkan cerita ni, bukan nak kasi meleret tapi sekadar kemaskan story.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
317 reviews5 followers
November 28, 2023
Walaupun bukan sesuatu yang baru, namun ia sebuah olahan idea yang agak baik dari penulis. Tentang Hisyam Ahmad seorang penulis novel terkenal, diancam watak-watak dari novelnya yang telah menjadi realiti. Aku tiada isu dengan gaya bahasa yang digunakan, agak santai. Cuma aku rasa terlalu banyak benda berlaku pada waktu yang sama. Aku harap ada sedikit penerangan tentang beberapa plot, yang bagi aku agak samar. Motif dari pihak satu lagi pun agak kurang jelas.
Profile Image for Clara.
5 reviews
April 14, 2025
dia punya sinopsis tu da menarik bagi saya but maybe bcs some part of this novel saya kurg suka iaitu bila Liyana & hisyam bergurau manja like bro (maybe bcs their relationship is not halal , so agak kureng la;( + hisyam , saya tak brp minat mc macam dia 😞 Im curious to know what gonna happen to the world after got attack by zombie ,, at the end .. agak hambar ? saya tak nangis or rasa sedih .. I think this novel is not for me , but seriously if you want to read , then go , 🙇
Profile Image for ⠀.
122 reviews35 followers
October 4, 2023
Baca sinopsis, ingatkan cerita macam filem Stranger than Fiction tetapi rupanya bukan; ingatkan kisah debar yang penuh saspens tetapi rupanya bukan; dan nak diingatkan ulasan ini mengandungi bocoran jalan cerita dan ini memang betul.

Antagonis atau kalau nak di-isekai-kan tajuknya, Berhajat Menjadi Penulis, Aku Terjaga ke Dunia di Mana Semua Watak Jahat Yang Ditulis Muncul Mengancam Keamanan dan Sebagai Penulis Yang Menulis Watak Jahat Yang Ditulis Aku Perlu Menyelamatkan Dunia! yang boleh juga dijadikan sebagai rumusan cerita buku ini.

Mula-mula cerita agak perlahan juga tetapi sesuatu yang dijangka berdasarkan sinopsis yang dibaca. Bersyarah, berfalsafah dan merapu perihal buku dan penulisan. Difikirkan barangkali ceritanya akan menyentuh hal kehidupan dan kewujudan sebelum diganggu dengan kehadiran watak-watak rekaan penulis. Tetapi konsep cerita bertukar setelah watak utama berhajat untuk menjadi penulis dan tersedar di realiti di mana hajatnya ditunaikan. Daripada cerita sastera fantasi bertukar kepada cereka sains dan aksi pula. Pertukaran ini hanya menjadi tanda tanya sebentar sahaja sebelum diabaikan dan tidak dijelaskan dengan baik di kemudian cerita. Tetapi, sekurang-kurangnya rentak cerita sudah mula bergerak lebih cepat. Cuma setelah habis baca, rasanya bahagian pertama cerita kalau tak ada pun tak mengapa.

Seterusnya, watak utama diperkenalkan identiti dirinya yang baru sebagai penulis laris dengan karya-karya terkenal. Sejujurnya, karya-karyanya seperti karya pop aksi yang biasa-biasa dan seperti filem-filem cereka sains aksi berbajet rendah je. Jadi, tak begitu meyakinkan sangat kehebatan identiti baru watak utama sebagai penulis terkenal. Cerita diteruskan dengan kemunculan watak jahat rekaan penulis muncul untuk mengancam nyawa penulis dan juga untuk menawan dunia. Apabila masuk bahagian ini ceritanya kalau nak petik ayat daripada halaman 282 baris ke-15 buku ini sendiri dah macam dengar budak hisap gam melalut pun ada. Cumalah satu idea untuk merumitkan jalan cerita yang sebenarnya amat ringkas.

Tidak pasti apa tujuan menggunakan watak jahat rekaan penulis untuk membunuh watak utama, sedangkan sekiranya buat sendiri pun lebih mudah dan cepat selesai. Dikatakan watak jahat dimunculkan bertujuan untuk menawan dunia dan akan diteruskan dengan dalang penjahat memasuki bidang farmasi untuk menjual vaksin. Tidak berapa meyakinkan bagaimana sebuah syarikat penerbitan buku mahu menceburi bidang farmasi secara nasional tanpa wang yang banyak dan terutama sekali pengaruh ahli politik kuat. Dan seorang saintis dengan obsesi terhadap karya pop aksi penulis sehingga sanggup mencipta mesin yang menjadi pemangkin memulakan cerita, atas sebab apa? Dan tanpa memikirkan kesan buruk ciptaannya? Terasa begitu sambalewa kemasukan wataknya. Saintis ini lebih bersesuaian jadi sasaran dibunuh supaya boleh mengambil alih mesin ciptaannya secara keseluruhan berbanding watak utama. Sebab kalau tak ada mesin ciptaan saintis, tak guna juga semuanya.

Sebagai cerita aksi pula cerita ketara kehilangan suasana saspens dan cemas yang boleh membuatkan pembacaan jadi lebih menarik. Terlalu banyak babak dirosakkan oleh lawak-lawak hambar dan paling merenyahkan untuk dibaca juga, gurauan bercanda dan ayat-ayat pikat antara pasangan watak utama. Tengah-tengah berlakunya serangan zombi, sempat pula nak gunakan seluruh halaman satu, dua dan tiga daripada buku kompilasi ayat-ayat pikat. Langsung tak kena dengan masa, tempat dan keadaan semasa.

Bagaimanapun, kalau mencari bahan bacaan ringan bergenre cereka sains yang penuh aksi tetapi tidak mendebarkan kerana kerisauan masalah jantung lemah yang tidak boleh menerima sebarang keterujaan, buku ini sesuai jugalah untuk dibaca. Mudah dihadam dan tidak perlu fikir banyak — dilarang terus berfikir!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,533 reviews1 follower
March 25, 2023
Perjalanan ceritamengenai Hisyam dan watak-watak dalam novel dia disampaikan dengan lancar.. Tahniah penulis untuk satu cerita yang mampu memberikan pelbagai perasaan pada saya yang membaca..
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.