Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empayar #3

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

Rate this book
Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.

Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.

“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!”

Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.

Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.

“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”

Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

490 pages, Paperback

First published May 1, 2022

79 people are currently reading
608 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,302 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
754 (77%)
4 stars
172 (17%)
3 stars
42 (4%)
2 stars
9 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 149 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
December 24, 2022
Hikayat diteruskan lagi 5 tahun selepas zaman Madrasah Taming Sari. Watak-wataknya semakin beranjak dewasa.

Dalam novel yang kedua, watak Andika sudah cukup membuat SH rasa geram dengan kedangkalan fikirannya. Namun untuk yang ketiga ini kegeraman bertambah. Rasa makin dangkal je otak si Andika ni.

Jejaka guni, jejaka misteri dengan kekuatan luar biasa. Hadir membantu rakyat jelata yang tertindas oleh kekejaman.

Sang Putera terus melarikan diri. Melarikan diri dari kemelut jiwa. Saka raja yang diwarisi dianggap sebagai satu sumpahan.

Kini Kesultanan Aradhanapura semakin goyah. Sultan yang gering tidak kunjung sembuh. Sang Putera pewaris tahta pula hilang entah ke mana. Para pembesar pusing kepala memikirkan hal ehwal negeri.

Sepanjang SH baca novel ketiga ni ada satu rasa menguasai diri. Geram. Pandai sungguh Teme mengarang cerita hingga memancing emosi SH. Geram dengan kelicikan akal manusia yang tamakkan kuasa. Geram dengan kedangkalan akal beberapa watak penting dalam novel ni. Geram dengan bangsa Romanum yang cuba memperkotak-katikkan orang Melayu. Pendek kata memang geramlah. Nasib baik tak ada darah tinggi, kalau tidak mau tumbang dek kegeraman.

Pembinaan cerita dari yang pertama membawa ke yang ketiga ini memberi impak yang sangat bagus untuk naskah ini. Yang ketiga ini lebih padat lebih mantap. Pace cerita makin mantap di naskah yang ketiga ni.

Segala jalan cerita dan plot twist dia memang terbaik. Ada saja pusingnya di mana. Tidak terjangka.

Dan apa yang SH boleh dapat dalam naskah ni adalah kepentingan maklumat. Dan maklumat tu kenalah didapatkan dari sumber yang benar dan secara sepenuhnya. Bila dapat separuh inilah yang akan mendatangkan masalah. Boleh jadi salah faham, boleh jadi fitnah, boleh jadi macam-macam. Dan maklumat yang didapati itu kena dicernakan dengan akal yang celik tanpa sebarang pra sangka.

Pengakhirannya ada rasa sedikit tak puas hati. Rasa macam masih banyak persoalan belum terlerai. Akan adakah Empayar 4?? Kalau ada memang dinantikan.

Untuk korang yang sukakan novel fantasi ala classis futuristic ni korang memang patut baca ketiga-tiga naskah Empayar ni. Memang best.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
June 10, 2022
Sebenarnya boleh je habiskan dalam masa sehari tapi aku sengaja lengahkan sebab tak mau bagi habis cepat sangat 😂

Bagi aku, Empayar 3 kali ni sungguh mengujakan. Kisah Putera Aradhana Sastra ni juga buat aku sebak. Baru tahu kenapa dia melarikan diri dari istana. Dan terbongkar juga 'saka' yang kononnya ada dalam diri sang putera tu.

Suka penyampaian cerita klasik daripada Teme ni. Ada banyak perkataan, peribahasa dan hadis yang aku tahu dan belajar dalam E3. Penggunaan gobek api dan keris di zaman melayu dahulu juga menarik minat aku. For me, tak sia-sia menunggu E3 ni walaupun masih ada persoalan yang tak terungkap lagi mengenai Abu Aiman dan apa jadi dengan Andika. Dan lagi satu aku teruja nak tahu apa itu rentaka. Hopefully dalam Empayar 4 nanti Teme bongkarkan. 😁
Profile Image for Glow.
81 reviews
May 4, 2023
4.8 star.

Teme ada idea yg menarik. Watak utama juga ada karakter development yang menjadi, dan buat perasaan kita rasa turun naik bila dia berhadapan dengan konflik dirinya sendiri. World building pula diceritakan dengan lancar serta teratur. Tapi rasanya part ni masih boleh dimantapkan lagi.

Plus thumbs up juga sebab Teme berani menulis dalam bahasa klasik, sangat wow di situ. Cuma untuk next karya, kalau boleh jangan terlalu panjang jumlah ayat dalam satu naratif tau? Sebab kadang-kadang terasa lelah dan pening sikit waktu nak baca tu.

Overall aku puas hati even ada beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Mungkin jawapan pada persoalan tu ada di siri empayar yg seterusnya. Apapun all the best Teme!

To be honest, bila baca karya ni aku kagum dgn Teme. Kelemahan yg diceritakan dalam arkitek jalanan ternyata mampu diatasi jika seseorang itu gigih berusaha dan ada tekad yang jitu. Syabas!

Tabik spring dekat Teme. I proud with you.
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
June 12, 2022
Seseorang manusia mudah diperdaya dalam keadaan jahil. Langkah pertama seorang hamba memahami hakikat kekuasaan Allah adalah dengan mengenal dirinya sendiri.

Inilah ayat yang paling aku suka di dalam buku ini. Buku ini ialah siri ketiga daripada siri Empayar tulisan saudara Teme. Kali ini lebih memfokuskan kepada Sastra sebagai watak dan cerita utama keseluruhan buku ini. Banyak hikmah, pengetahuan baru (seperti keris dan gobek api) dan penggunaan sesetengah perkataan Melayu klasik juga diselitkan bersama jalan cerita yang membuatkan ia lebih menarik lagi. Aku rasa setakat tiga siri Empayar, siri yang ini yang paling seronok bagi aku. Cuma persoalan daripada siri kedua belum lagi dirungkaikan, ditambahkan pula dengan persoalan di hujung siri yang ini. Ada sambungan kan? Tolonglah, biar ada sambungan jangan biarkan daku terpinga-pinga disini haha 😂.

PS: Secara keseluruhan, buku ini ok. Cuma pendapat akulah, ada baiknya nota akhir dibelakang buku ini diselit sebagai nota kaki. Diletak dibawah muka surat yang sepatutnya. Tak perlu nak belek-belek ke belakang setiap kali hehe. Ini pendapat aku sahajalah 😊.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
June 12, 2022
Judul buku: Empayar 3
Penulis: Teme Abdullah
Terbitan: Iman Publication
Cetakan / Tahun terbitan: Cetakan pertama / Mei 2022
Tempoh baca: 31 Mei 2022 ~ 01 Jun 2022
Pengulas: Norsamila Samsudin

Ulasan:
Judulnya sahaja sudah cukup besar untuk ditafsir akan isinya. Dengan angka tiga, ternyata ia cerita bersiri yang pastinya banyak untuk diteroka. Empayar 3 merupakan siri Empayar karya Teme Abdullah yang memperihalkan pewaris tunggal takhta kerajaan Aradhanapura yang hilang. Kehilangan yang bukan sahaja menjadi tanda tanya, malah membuatkan sebuah empayar bergolak dengan ketiadaannya.
.
Manusia mampu membicarakan kehidupan orang dengan sewenang-wenangnya walaupun tanpa tahu keadaan hidup seseorang itu bagaimana. Menjadi seorang putera raja bukan hanya gah pada nama, pada harta, pada segala, tetapi turut gah pada beratnya tanggungjawab yang diletakkan pada pundaknya.
.
Teme Abdullah berjaya mengocak jiwa bila luahan hati sang putera benar-benar menusuk dada. Sedih, bila mengetahui kisah sewaktu kecil sang putera.
.
Lebih tajam rasa sebak bila dewasanya dia, ditombak dengan fitnah dan tohmah yang kehidupannya sebagai anak raja itu bahagia di atas derita rakyat jelata. Malah, mewarisi saka jurai keturunan yang menyekutukan Tuhan. Sedangkan, jiwa kecil itu meronta, berusaha dalam kosong jiwa akibat tiada bonda, tanpa bimbingan ayahanda untuk memberi yang terbaik kepada empayar jurai keturunannya dengan berpasakkan akidah islamiah.
.
Penulisan yang merayapi jiwa seorang putera sewaktu kecil ini sangat benar-benar menjadi. Membuka mata hati kita agar tidak hanya melihat yang indah sahaja di sebalik hidup manusia. Di sebalik yang indah itu, ada ujian yang tersirna. Yang berat ujian itu, belum tentu kita mampu menanganinya jika kita berada di tempat dia, sebagai seorang anak gahara, pewaris tunggal sebuah empayar.

Cerita ini tidak berputar pada diri sang putera sahaja tetapi pembangunan ceritanya turut membangunkan agama. Ada banyak babak yang menyentuh perihal akidah, amalan doa, lafaz istirja, lafaz istighfar dalam kehidupan watak-wataknya. Malah, ada beberapa hadis sahih yang turut dimuatnaik sesuai dengan babak.
.
Ia juga mengetengahkan tentang beberapa adab sebagai pengingat kepada yang membaca. Bukan sekadar baca untuk leka, tetapi baca untuk pengisian minda dan jiwa. Di antara adab yang dapat saya cungkil keluar daripada Empayar 3 adalah:
1) Adab berguru / menuntut ilmu
2) Adab dengan orang tua dalam berbicara
3) Adab bertandang ke tempat orang

Adab berguru, boleh dilihat pada babak pertemuan Sastra si putera, dengan nenek kebayan di dalam gua Kawah Lumpur. Iaitu ketika Sastra ingin tahu tentang kerisnya yang dikatakan memiliki saka. Sastra ingin tahu kebenarannya kerana dirinya tidak suka akan perkara yang mensyirikkan Allah. Maka, dia memerlukan penjelasan daripada seseorang. Tetapi, rasa ingin tahu, rasa ingin mengenal akan warisan dirinya itu (keris), terselit rasa ragu. Maka, ditanya syarat untuk tahu.
.
Saya menganggap bila kita bertanya, dan ada seseorang yang sudi menjelaskannya, ia sebagai perkara menuntut ilmu walaupun di dalam Empayar 3 ini tidak dikatakan yang Sastra itu sedang menuntut ilmu. Ketika sang putera bertanya akan pengeras yang perlu dibayar, di atas pertanyaannya, nenek kebayan berkata dalam bahasa halus, sekaligus menegur sang putera melalui syarat mudah, tetapi dalam makna,
.
“Mudah … Majulah ke hadapan. Duduk, dan dengar …. Itu sahaja.”
.
Dialog ini nampak biasa. Tampak mudah dan bersahaja. Seolah-olah tiada apa. Tetapi, ia satu teguran membina adab dalam menuntut ilmu. Seseorang yang bertanya, yang inginkan sesuatu pengetahuan, seharusnya datang kepada guru yang ingin menceritakan perihal pertanyaan. Bukannya guru yang perlu datang kepada dia yang bertanya walaupun dia itu seorang anak raja.
.
Teguran Teme Abdullah bukan sahaja dibina dalam perbualan biasa watak-wataknya, tetapi perbualan itu cukup bermakna dan penting isinya agar mendapat berkat daripada sebuah hikayat.
.
Dan, pada babak yang sama, untuk adab dengan orang tua, ditegur agar jangan mencelah / menyampuk. Biar orang tua habis bicara, barulah bertanya. Sang putera berdarah muda, tidak sabar dan tidak percaya. Mencelah, tanpa merasakan bahawa tindakannya itu satu perkara pelanggaran adab.
.
Juga, ia mengingatkan saya kepada peristiwa di dalam surah al-Kahfi, di mana Nabi Musa mengikuti pengembaraan Nabi Khidir. Sudah dipesan agar diam dan menyimpan segala pertanyaan sehingga tamat perjalanan, tetapi Nabi Musa ingkar kerana tidak sabar. Maka, perjalanan dan pembelajaran itu terhenti kerana syarat guru, gagal dipatuhi. Sama seperti yang diketengahkan di dalam Empayar 3.
.
Agama, bahasa dan maruah bangsa dijulang setinggi-tingginya di dalam Empayar 3. Andai kita generasi baru tidak mampu menyelak buku-buku bukan fiksyen, terutamanya buku sejarah, untuk mendapat rasa cintakan agama, adat bangsa dan jurai keturunan bangsa kita, bacalah Empayar 3. Jiwa saya rasa terbakar, bergetar, apabila watak jahat di dalam Empayar 3 bukan sahaja muncul sebagai penipu yang merampas takhta, tetapi turut menggadai empayar! Rasa nak menyumpah bila tanah milik anak bangsa digadai hanya kerana kepentingan peribadi. Orang asing bukan sahaja sewenang-wenang dijemput menjejak kaki ke tanah bertuah Aradhanapura, tetapi diberi pula hak, harta, milik rakyat jelata! Jiwa rasa menggelegak dengan perangai pengkhianat bangsa yang tak jejak rasa cintakan negara, melainkan cintakan nafsu untuk berkuasa lebih daripada segala.
.
Khazanah bangsa dicuri di hadapan mata, bahasa ibunda dicela, dihina sedangkan mereka (si penjajah) tidak pernah tahu bagaimana bahasa itu tercipta. Apa peristiwa dan bagaimana menuturkannya dalam pelbagai situasi berbeza. Teme Abdullah bukan sahaja menghidangkan cerita anak gahara, sang putera, tetapi juga menghidangkan rahsia bahasa milik anak bangsa dalam santai bicara watak-wataknya. Nyata, penulis ini membuat kajian rinci untuk menghasilkan sebuah Empayar 3.
.
Perincian lain yang membuatkan pembaca tidak kelip mata membaca, bila rahsia keris dan tanjak diketengahkannya. Keris bukan sebarang keris, melainkan ada makna pada setiap lok ciptaannya. Pada pamor, pada hulu dan pada unsur binaannya Malah, Teme Abdullah dengan ilmu lukis kurniaan Allah telah melukisnya dengan terperinci, menerang dalam bentuk ilustrasi pada setiap tubuh keris. Juga, cerita tanjak yang cara pemakaian dan karangannya juga punya makna. Setiap makna boleh mengubah suasana – bersahabat, bermusuh, bertempur, atau menyokong terhadap satu-satu perkara.
.
Selain keris dan tanjak, gobek api barangan yang jarang diketahui ini turut dirakam di dalam Empayar 3 sebagai khazanah bangsa untuk dikenali oleh generasi muda. Ada gambarannya, ada penjelasannya.
.
Tidak cukup rasanya jika hendak mengulas Empayar 3 yang punya segala rasa membakar jiwa, melonjak semangat untuk mengoreksi khazanah bangsa. Malah, lebih terbakar rasa ini bila mempertahankan sebuah empayar itu sama seperti mempertahankan agama. Kecanduan kita terhadap gahnya bangsa luar itu amat berbahaya. Hakikat sebenar yang dirungkai di dalam Empayar 3 membuka mata bahawa kitalah bangsa yang lebih berjaya berbanding mereka, bangsa penjajah. Kita, rumpun Melayu, memiliki semua teknologi dan ketamadunan terdahulu berbanding mereka. Cuma, ia tenggelam atau lebih tepat, ditenggelamkan oleh mereka demi memudahkan mereka memanipulasi pemikiran dan jiwa merdeka anak bangsa.
.
Mereka mengangkat kehebatan bangsa mereka yang hakikatnya mereka sendiri sedar tidak sehebat ketamadunan bangsa kita. Empayar 3 mendedahkan semua kepalsuan dan permainan licik bangsa asing. Suka saya memetik serangkap pantun daripada Empayar 3 sebelum menutup ulasan yang sudah panjang berjela,

Adat di atas tumbuh,
Pusaka di atas tempat
Jauhari selongkang menyuluh
Manikam palsu diangkat.

Ada dua perkara yang ingin disampaikan oleh Teme Abdullah di dalam pantun serangkap ini.
Satu, pada perkataan ‘tempat’, iaitu pada pembayang di baris kedua. Teme Abdullah meletakkan tanda rujukan nota kaki bernombor, yang menjelaskan ‘tempat’ di dalam pantun ini merujuk kepada,
‘Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal-usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.’

Yang kedua, saya ingin memfokuskan kepada pemaksud.

Jauhari bermaksud – tukang permata / cerdik pandai / ahli
Selongkang bermaksud – tidak tulen, palsu, tiruan
Manikam bermaksud – batu permata, intan

Apa yang boleh difahami di sini, ada penipuan berlaku (merujuk kepada teks babak). Kita mungkin melihat seseorang itu tahu dan memilih yang terbaik untuk kita, tetapi hakikatnya orang itu hanya memusingkan cerita. Kerana tahu, kerana kenal dan faham situasi yang melanda, si watak antagonis yang dianggap oleh sang putera sebagai seorang jauhari yang dipercayai, telah menipu sepanjang kepercayaan diberi. Dikatakan manikam asli yang terbaik buat jurai diraja, tetapi hakikatnya, ia palsu semata. Manikam yang dirujuk di dalam pantun ini adalah satu simbol yang merujuk kepada satu watak sampingan yang dihadirkan oleh watak orang kepercayaan sang putera. Watak yang memberi impak kepada pemikiran sang putera sehingga baginda lari meninggalkan istana bila percaya.
.
Kehalusan dan indah bahasa yang berlapis membuatkan cerita ini boleh dihayati dalam dua cara. Menelusuri cerita sebagai hiburan. Juga, menelusuri cerita dengan analisis dan perasaan mendalam untuk membangun kecintaan kepada agama dan adat warisan bangsa. Malah, kecintaan untuk menjaga tanah air tercinta daripada perpecahan kerana perpecahan itu adalah sumpahan tercela dalam kehidupan. Perpecahan yang akan membuka ruang kepada bangsa luar masuk dan merampas segala-galanya. Lalu impaknya, kita diperhamba di tanah ibunda.
.
Banyak lagi hendak dibicara, tetapi lebih enak jika membaca dan resap apa yang dicerita itu sendiri. Setiap pembaca akan melihat dan mendalami melalui perspektif diri masing-masing Tetapi, saya percaya, jika anda masih seorang anak bangsa yang mencintai jiwa merdeka, yang punya asas agama, anda akan dapat merasai apa yang saya rasa.
.
Adat, warisan bangsa Melayu itu hebat. Kehebatan yang tidak pernah mampu disangkal. Tidak pernah hilang walau zaman berputar. Ia hanya dilenyapkan oleh tindihan milik bangsa asing yang tidak mahu kita berbangga dengan empayar bangsa milik kita. Membaca Empayar 3 meluapkan rasa, lalu kembali mengoreksi apa yang kita punya dan melahirkan rasa ingin menjulang ia di mata dunia.
.
Empayar 3, ada cerita suka, duka, darah dan air mata. Perjuangan mempertahan akidah dalam jiwa anak bangsa, pengekalan warisan bangsa daripada sebuah EMPAYAR


#empayar3temeabdullah
#temeabdullah
#siriempayarteme
#imanpublication
#ulasanbuku
#bookstagrammer
#booktuber
#penulispengulas
#norsamilasamsudin
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
October 14, 2022
I give 4 ⭐️ lah

Reading slump are not good for booklovers, dan saya pilih buku yang salah untuk hilangkan reading slump ni 🙂.

Stress.

Saya stress baca buku ni, rasa macam nak tumbuk semua watak dalam buku ni.

Karakter yang paling saya nantikan setiap kali baca siri Empayar, watak putera raja yang bernama Sastra dan dalam buku ini Teme akhirnya munculkan Sastra kembali setelah Empayar 2 tidak nampak langsung bayang Sastra dalam buku tersebut.

Tapiiiiiiiii......

Selak dari satu halaman ke halaman lain, saya jadi macam ehh mana pergi putera idaman kalbu yang aku suka waktu Empayar 1 dulu? Mana pergi putera yang rasional tu? Emosi sungguh bila perangai sebenar Sastra terserlah dengan lebih terperinci, hilang terus ketenangan yang ada cumalah perasaan memberontak seorang putera yang mahukan jawapan. Dalam kepala ni dah menjerit, hang sabaq sat boleh dak Sastra?

Lepastu kemunculan watak Andika dalam buku ni merupakan plot twist yang tak dijangka langsung. Meremang bulu roma, sampai tertutup buku dan termenung sebentar memikirkan nasib diri membaca buku ini. Apa lagi plot twist yang patut dijangkakan? Semua tak terjangka, saya perlu beri tepukan gemuruh untuk plot twist di dalam buku ini. Plot twist dalam buku ini boleh saya katakan semuanya berjaya.

Fokus Empayar 3 sebenarnya untuk merungkai salasilah keluarga Kesultanan Aradhanapura, dan bagi saya satu demi satu telah terungkai dengan baik tanpa ada yang tertinggal tetapi semakin banyak pula perkara lain yang timbul. Saya jangkakan untuk siri Empayar seterusnya perihal mufti baharu dan juga soal Tok Ayah bakal difokuskan.

Gaya penulisan Teme yang sebenarnya banyak ingin memberi nasihat dan peringatan kepada pembaca pada saya berjaya disampaikan, kerana pembaca tidak perlu pening kepala untuk berfikir panjang memikirkan apa yang sebenarnya Teme cuba beritahu kepada pembaca. Semuanya diberikan secara terus, tanpa perlu dihadam.

Boleh tak lepas ni Teme tambah watak baharu yang wataknya berjantina perempuan 🤝? Teringin sangat sebenarnya nak ada watak srikandi di dalam siri Empayar ni.

Okay cop 🤌 ini cadangan je 😆

But the real mvp dalam buku ni sebenarnya Anding 😆 harap sangat screentime dia lagi banyak selepas ni hahaha.

Overall capai expectation saya walaupun geram sedikit dengan Sastra dan juga Andika 🙂
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
June 16, 2022
Secara keseluruhannya, saya amat tertarik dengan keindahan dan kecantikan Bahasa Melayu dalam novel ini. Sejak dari novel Empayar lagi, Teme banyak menggunakan kosa kata, simpulan bahasa serta perumpamaan yang agak jarang saya dengari. Ini membuatkan perasaan ingin tahu dalam diri saya semakin meninggi untuk lebih mengenali keindahan bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Jalan cerita dan plot kali ini agak tegang kerana genre Empayar 3 lebih kepada semangat juang yang tinggi dalam diri rakyat yang ingin mempertahankan maruah tanah air serta berlaku beberapa salah faham antara watak. Di hujung cerita pula terdapat putar belit plot yang menarik untuk diketahui pembaca. Mungkin di novel Empayar 4 nanti banyak perkara yang pembaca ternanti-nanti akan dirungkaikan oleh penulis? Ia bergantung kepada imaginasi penulis.
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
October 10, 2024
Empayar 3 ni best tak best pun banyak yang buat aku rasa kosong di hati. Impaknya tak seperti buku Empayar 1 dan 2.

SASTRA
Empayar 1 menunjukkan dia seorang yang berfikiran matang, terpelajar dan penuh dengan ilmu. Tapi Empayar 3 ni, Sastra macam orang lain. Agak kurang fikir secara rasional dan kurang sabar. Degil pun ye. Mungkin sebab buku 1 Sastra digambarkan sebagai orang yang dikagumi ramai. Jadi bila buku 3 ni menunjukkan sisi lain wataknya, aku rasa janggal sikit.

ANDIKA DAN KAI
Apa yg jauh benar plot twistnya. Kenapalah terjebak dengan Puak Rubah pula ni? Lepas tu, Kai pula mati mcm tu je ke? Alahai. Sedihnya. Andika pun macam tak berfikiran betul. Buku 2 bukan main benci dengan keturunan sendiri sebab kononnya amalkan syirik dan merompak harta org. Tapi buku 3, dia pula memakai khadam dan jadi samseng. Apakah? Berubah mendadak.

DATUK BENDAHARA
Sayang seribu kali sayang. Muncul watak yang berpengaruh kuat malah sebagai wanita lagi tapi sekejap saja mati. Terasa wataknya dibazirkan begitu je.

KERAJAAN ROMANUM
Memang perlu ke plot dijajah oleh org Romanum. Dah macam baca buku sejarah pun ye. Entahlah, rasa pelik. Hahahaha. Surat Romanum tulis lagilah rasa pelik. Mengangkat wanita sama bijak dengan lelaki dan boleh hidup bebas dianggap menzalimi wanita? Huh?

PERISTIWA RUMAH GUDANG
Memang satu dunia ke terus jadi mundur, terkebelakang selepas Rumah Gudang? Faham beribu tahun telah berlalu tapi satu catatan pun tak ada tentang zaman sebelum Rumah Gudang? Sampai kenderaan besi pun dianggap bunian. Sampai negara Romanum pun tak ada lampu dan hanya guna lilin? Betul-betul lupus selupusnya ni, tapi adat dan bahasa melayu lama kukuh pula? Ini ke yang dikatakan 'takkan melayu hilang di dunia'?

Perkara yang menarik pula ialah Jurai keturunan Badang dan bekas Sultan yang hidup lama. Cerita bagaimana fitnah saka bermula pun seronok dibaca. Betul lah sekecil kecil fitnah membawa binasa. Inikan pula fitnah dituduh syirik. Kesian Sastra bukan takut api sebab saka tapi sebab trauma.

Daeng Anding 🫶

Kali ni tiada kelibat 1636. Abu Aiman pun disebut nama saja.
Watak Tok Ayah tu sesuatu sangat. Mungkin memainkan peranan yg besar di buku 4 nanti. Menanti Empayar 4 pula.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ai.
72 reviews1 follower
November 2, 2025
3.5 stars rounded down because initially I wanted to give 4 but I got more tense as I write the review.

okay so straight off the bat, this book was not as good as its predecessors. It took such a frustratingly long time to build up when it should not have because we had 2 previous books already. Yes, those two previous books was not entirely focused on Sastra's POV as a runaway but there were enough for readers to make a sound and logical perception on Sastra's thought process. This is my main critique for Teme Abdullah's writing. Everything is written on the nose. As a reader, you're not just getting spelled out to, you're getting spoonfed.

There were also too many fillers which does not contribute to the plot and character development of Sastra until like 65% of the book. Also, sorry not sorry but Sastra is probably Teme's worst MC. Aria (KTDD) yang tak pernah sekolah, diperbodohkan hidup hidup dengan Vanessa + semua golongan suci pun boleh buat simple logical induction reasoning, Latif kena scam bertahun tahun dengan member pun boleh figure out tapi mak aiii it takes like what 70% of the book (?) for Sastra to actually make a connection and tu pun kena spell out. Bodo nak mam kenapa kau kena jadi Robin Hood to take care of the people when you HAVE the power to actually reform the system? "ta-ta-tapi macam mana dengan temenggung dengan laksamana.." kau putera mahkota?? BAPAK KAU SULTAN??????? kisah apa dengan orang tua kerepot tu humban la dia masuk penjara?? pastu kau ingat tikam lidah dengan mat Salleh selesai ke masalah that KAU secara tak langsung enable to happen because of your absence?? It was never about being pengecut it is about being irresponsible. weh kalau aku orang Aradhanapura aku #1 dalam hate club dia, setiap hari aku lepak warung kutuk dia. kalau aku jadi nenek dia (yang slay asf iykyk) aku sumpah malu gila nak mampos camtu je kau lari sebab fikir perasaan kau bapak selfish GILA lepastu acah bela rakyat to feel good when you could've done it from the inside and actually do something good for the people.

Ending of the book still made me sakit hati because the what-ifs questions aren't solved. tapi Teme seems to have great affection for open endings so it's something to be expected.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
March 17, 2023
Putera Tanpa Nama kembali lagi. Lebih banyak aksi dari buku sebelum ini. Kali ini lebih fokus tentang Sang Putera dalam pencariannya merungkai misteri saka raja. Gaya penulisan pun dah lain sedikit, makin bertambah baik. Pujian untuk Teme dengan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu yang pelbagai. Selain menjawab beberapa persoalan buku sebelumnya, buku kali ini juga menambah persoalan baru. Dan saya faham dan boleh bayangkan apa yang Sastra nampak di Kawah Lumpur tu. Hehe.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
July 22, 2023
Nampak gaya, there will be a fourth book? Yeehee
1 review1 follower
December 22, 2022
Bagi saya, ketiga-tiga siri empayar ini menarik dengan cara tersendiri.
Tetapi antara ketiga-tiga buku ini, saya paling suka ialah buku ketiga. Kerana jalan ceritanya lebih meluas berbanding buku pertama (berfokuskan konflik dalam madrasah) dan buku kedua (soal madrasah ditawan kumpulan ajaran sesat). Banyak persoalan yang tak terungkai di buku 1 dan 2, dirungkaikan di buku 3 (kawah lumpur, keris bergetar, mengapa 8492 lari dari istana dan madrasah, etc)

Bila saya baca buku ni, lahirnya rasa sayang saya pada adat, bangsa dan negara kerana bila saya baca saya menggambarkan kerajaan Aradhanapura seperti kerajaan Melayu Melaka dahulu dan sayangnya apabila ia jatuh ke tangan pengkhianat bangsa.

Antara scene dalam buku 3 yang saya tak boleh lupa ialah di mana Sastra mematahkan hujah orang romanum soal kesenian bahasa Melayu. Dan tak lupa juga scene Daeng Anding dan Sastra bertemu setelah lama Daeng Anding mencarinya. Scene ni sedih😭 bertambah sedih bila mana Daeng Anding terpaksa menerima titah Sastra untuk patuh pada pemerintahan baru.

Oh ye, tak lupa juga Kai. Firasat saya kuat mengatakan yang Kai tak mati lagi. Dan saya berharap, Andika tu sedar khilafnya.

Apapun, karya Teme ini sangat kena dengan jiwa saya. Saya harap sangat empayar 4 release secepatnya sebab saya dah tak sabar nak tahu apa sambungannya😤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
September 7, 2023
Wahhh.. turning page betul karya yang ketiga ini. Tidak macam buku pertama dan kedua nya. Aku memang nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Ketagih betul.

Bahasa ada, jiwa dan emosi ada.

Ada dua scene yang membuatkan aku terkagum.

Pertama ; Saat Jagoh tidak mahu melepaskan Sastra pergi. Sastra melepaskan semua apa yang dia pendam selama ini. Aku macam “woaw”, dua kali aku baca scene ini. Memang berkesan di hati.

Kedua ; Saat Orang Kaya Daeng Anding bertemu dengan Sastra. Dan Sastra mahu Daeng melepaskan dia pergi. Hampir mahu menitik air mata ku membaca scene tersebut.

Teme memang pandai menulis. Bahasa nya sungguh indah. Tetapi kata-kata itu sungguh panjang ya. Penat nak habiskan.

Aku suka plot twist mengenai Nenek Kebayan itu. 😉
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 3, 2024
70/2024

-Empayar 3
-Teme Abdullah

Tidak mahu menulis banyak. Yang saya tahu cerita ini bagus dan saya menanti Teme buat pengumuman di akaun instagrammnya, 'EMPAYAR 4 SUDAH BOLEH DIBELI'. 😂😂
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
April 23, 2024
Aku ingat Empayar ni trilogy, so beli la tiga2 buku masa offer. Rupanya tak 😂

Kisah kali ini penulis dah berjaya kurangkan plot hole berbanding buku 2 menjadikan penceritaannya lebih kemas. Kisah kali ini lebih menggambarkan 'Empayar' berbanding buku sebelum ni.

Anyhow, I gave 3 stars also to Empayar 3 because:

1. Plot sama yang dengan E1 & E2 telah di'recycle':
i. main antagonis gila nak jadi ketua (Pelatih 1636 (E1), Imam Abu Aswad (E2), Datuk Temeggung (E3)), dikelilingi pengampu. Orang bijak pandai jadi pak turut. Tak ada nak lawan kepelikan antagonis secara bersungguh.
ii. Watak yang sokong protagonis mati sebelum laksana perancangan untuk bantu protagonis (Pengetua (E1), Muallim Jawa (E2), Datuk Bendahara (E3)),
iii. protagonis yang reluctant untuk jadi ketua (Sastra & Andika) dari E1 - E3. pada aku, protagonis ni boleh ada rasa reluctant untuk lead tapi cukupla setakat buku 1. buku 2 dan seterusnya dia memang dah ready untuk jadi ketua sebab isu 'reluctant' tu dah selesai pada buku pertama.

Aku rasa besar kemungkinan Teme akan guna formula yang sama dalam buku ke-4 (jika ada)

2. Macam tak ada kesinambungan antara E1-E3. Apa guna codename madrasah sbb dlm E3 ni jadi mcm trivia je? Dalam E1 & E2 tak detail pasal system/organisasi masyarakat setempat, baru nak introduce dalam E3? Sastra dalam E1 seorang yang berhati2, fikir dulu sebelum bertindak, tenang tapi dalam E3 jadi seorang yang gopoh & emo? Tiba2 dalam E3 ada pantun? Dalam E1 & E2 fokus pada satu kawasan kecil (Madrasah Taming SAri), sekali dalam E3 terus keluar sampai ke peringkat antarabangsa? Dalam E1 & E2 tak ditunjukkan pasal sihir & ilmu hitam (kecuali hint pada ending E2) tapi dalam E3, topic sihir & ilmu hitam antara perkara yang cuba ditonjolkan? biasanya perkara ni diperkenalkan seawal buku 1 supaya orang dapat gambaran keseluruhan kisah ini tentang apa.

3. Ada benda yang aku rasa tak perlu ulang banyak kali mcm tentang dialog dalaman sastra tentang amalan ilmu hitam keluarga diraja

4. Ada beberapa perkara yang tak berapa logic seperti diceritakan pawang/tabib yang merawat sultan adalah orang upahan oleh temenggung, takkan dah 6 tahun tak ada yang usahakan untuk cuba tabib lain? keturunan keluarga diraja dari Badang tak ramai orang yang tahu walaupun keluarga diraja memerintah lama? Apa peranan Datuk Bendahara sebab kurang spotlight kepada peranan dia. watak ni tak wujud pun tak apa & terus tukar main antagonis kepada Datuk Bendahara pun ok juga.

5. E3 lebih panjang berbanding E1 & E2 kerana terlalu banyak 'bunga-bunga' yang menyebabkan cerita ini nampak meleret. Instead of bagi pendetailan kepada perkara remeh dan ulang perkara yang sama berkali-kali, lebih baik fokus kepada worldbuilding supaya pembaca boleh dapat gambaran yang lebih meluas.

Tu je la kot yang pada aku menjadikan E3 ni kurang menarik berbanding E2.
This entire review has been hidden because of spoilers.
16 reviews1 follower
December 19, 2024
Empayar 3
Rating : 5 star.
Hi,Assalamualaikum and welcome back to review with Aqish.🤭
*🚫ADA SPOILER SIKIT*
So first of All....Aqish nk citer dari segi karakter.Disebabkan kesemua karakter utama kita dah keluar dari MTS so drg ni dah pakai nama sebenar.Sastra yg tadinya lari rupanya berteduh di Kawah Lumpur, sebuah kawasan larangan dan kadang2 keluar membantu orang menggunakan "Saka Raja".Dekat sini..sebenarnya ada satu persoalan buat aqish..Kalau tiada siapa yang mampu tinggal di Kawah Lumpur kec kerabat diraja...Mcm mana boleh ada penuntut yg berasal dari sana di Empayar 1? 🤨🧐Agk plothole disitu.Andika yg telah berubah 360° pun membuatkan aqish geram ya...Dia macam tiba2 ja nk benci Sastra.🤧Aqish rasa watak2 geng Rubah ni just nk berterusan salahkan Sastra n ayah dia atas kesengsaraan diorang WALAUPUN Dah terbongkar kebenaran nya.Padahal kebahagiaan dan kemewahan diraja tu ada bayaran dia.Menangis aqish bila baca kisah hidup Si Sastra dari kecik dijadikan boneka utk rakyat,demi rakyat but rakyat senang2 ja benci dia.Andika asyik2 cari slh Sastra.Faham kematiaan Kai tu mmg menyedihkan but bukan ke benda tu takkan berlaku kalau bukan sebab Andika heret budak tu ke jln yg salah? Karakter tambahan baru seperti Mak Nanga dan belalang pula menyerikan jalan citer ni.Ada lah jugak lawak dan buatkan kita tersenyum.(Karakter belalang yg ceria dan hyper comel sgttt) Mak Nanga ni mmg sentiasa positive walau mcm2 dugaan ditempuhi...Karakter "nenek kebayan" tu mmg plot twist giler..Tak sangka watak dia sepenting dan sekuat tu.😦🤯Daeng Anding pulak gagah perkasa sepanjang citer..Memang dapat diharapkan dan aqish agak sedih mengenangkan reaksi dia kalau dapat tahu apa adik dia dah buat..Or,Sebenarnya dia dah tahu? 🤔Sbb dia kan anggota askar rahsia...Entah lah.Kerajaan Romanun pulak mmg pandai buat org rasa nak pitam and cekik sekor2..Jahat dan kejam dengan orang kita.Lepastu ada hati nak buat kita rasa jijik dengan budaya kita sendiri.eh Helloooo....😒🙄Rasa macam sejarah terulang dua kali disebabkan ketamakan pembesar Dato Temenggung tu.Dato Bendahara pula kesian..Mmg aqish dah agak jangan dipercayakan si Temenggung tu sbb takkan lah baik tiba2 pulak kan...🙄..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Chlorisarose.
27 reviews
June 13, 2022
"Hanya Allah yang mengetahui takdir dan asbab sesuatu... Tiada yang lebih mengetahui hakikat di dalam pembuluh darah manusia melainkan Allah."

Dalam beberapa karya Teme yang sudah pernah saya baca sebelum ini, Empayar 3 merupakan karya yang membuatkan saya terkedu dan terpaku.

Sedih, marah, gembira, terkesima serta beribu lagi emosi yang tidak dapat dijelaskan melalui tutur kata telah saya alami ketika membaca karya ini. Sudah sedia maklum, bahawa Teme merupakan penulis yang hebat, namun Empayar 3 benar-benar menunjukkan peningkatan Teme dalam bidang penulisan terutama dari segi penggunaan bahasa-bahasa klasik dan bahasa istana.

Buku ini mengandungi topik-topik yang agak berat namun Teme dapat membuatkan pembaca tidak berasa terlalu tertekan dengan menyelitkan beberapa jenaka melalui watak Belalang serta surat daripada Duta Romanum.

Namun siapalah Teme Abdullah jika tidak memutar belitkan plot cerita. Satu demi satu demi satu... Hampir kesemuanya berjaya membuatkan lidah saya kelu tanpa kata-kata. Ada yang dapat saya agak melalui naluri, namun ada juga yang muncul tanpa angin dan ribut lalu terus menghampas tepat di muka dengan kejutan. (Okay, itu hiperbola. Saja je letak)

Konklusinya, Empayar 3 merupakan salah satu karya yang akan sentiasa mempunyai tempat istimewa di dalam jiwa saya. Saya tidak pasti sama ada Teme akan menyambung Empayar 4, namun, pengharapan itu tidak pernah salah untuk seseorang insan.

"... Diburu syaitan, diburu manusia! Aku tidak memilih untuk lahir menjadi putera!"
Profile Image for Izma Normaizatul.
8 reviews
July 11, 2023
Satu je saya nak buku empayar 4 keluar cepat cepat. Semoga teme dikurniakan ilham untuk lancar penulisan dan pengeluaran buku empayar 4. Tak sabar nak tau apa jadi dkt sastra, anding, azra enggang, andika, abu aiman. Nak tahu apa jadi lepas tu. 😭 apa apa pun. Apalah teme makan yaa boleh menjana ayat dan cerita sedemikian rupa 😆
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
May 5, 2023
Terus terang, ketika membaca ini saya beranggapan Empayar 3 adalah buku terakhir, jadi saya membaca dengan sabar dan hairan dengan perincian Empayar 3 yang bagi saya agak detail. Menunggu-nunggu kesinambungan Abu Aiman dan Pahlawan 1636 yang sebelum ini memonopoli hampir keseluruhan Empayar 2, yang masih tak kunjung tiba meski sudah hampir ke suku terakhir buku.

Tapi buku ini memang sangat bertambah baik dari dua buku sebelumnya. Seperti Teme telah mendapat rentak dan tulisanya mula berjalan dengan gah dan lancar.

Cuma saya terfikir-fikir, bagaimana jika buku 1 dan 2 tak wujud? Terasa buku-buku sebelum ini (Empayar 1 terutamanya) agak meleweh dan terlalu panjang untuk dijadikan sebagai pengenalan dan pengukuhan watak. Empayar 2 mungkin lebih make sense, tapi rasanya tanpa mereka Empayar 3 masih boleh berdiri sendiri.
Profile Image for Mohd Noor.
31 reviews
July 15, 2025
Novel EMPAYAR 3 : HIKAYAT SAKA KETURUNAN RAJA.
Bilangan Halaman : 484 Halaman.
Mula Dibaca : Ahad, 25 Zulhijjah 1446 Hijrah, 22 Jun 2025.
Tamat Dibaca : Khamis, 14 Muharam 1447 Hijrah, 10 Julai 2025.

Sebenarnya aku tak berminat mahu mencuba mana-mana novel yang ada banyak siri. Memandangkan siri novel Empayar ini tidak bersambung secara langsung maka aku cuba membaca novel ketiga dari siri novel yang menjadi kegilaan para pembaca khususnya perempuan.

Walaupun Empayar membawa tema epik fantasi tetapi secara tidak langsung ia masuk dalam kategori fiksyen sains. Garis masa Empayar bermula ribuan tahun selepas kemusnahan ketamadunan manusia akibat perang nuklear. Lokasi Kawah Lumpur adalah Kuala Lumpur ribuan tahun yang lalu kerana penulis menggambarkan terdapat tinggalan dua menara tinggi yang menjulang ke langit dan disambungkan dengan jambatan. Tidak lain tidak bukan, itu adalah Menara Berkembar Petronas!

Memandangkan aku pernah ternampak ilustrasi garis masa yang menyambungkan novel-novel tulisan penulis, jadi aku perasan penulis memberi petunjuk bahawa kapal misteri berbentuk sfera yang terdampar sekian lama di Kawah Lumpur adalah kapal yang sama dari siri novel Kapal Terakhir Dia Dunia. Aku tidak pasti apakah namanya. Bogor rasanya. Boleh jadi penulis merancang untuk menulis pengembaraan watak-watak dari Empayar untuk meneroka kapal tersebut.

Sangkaan awal aku, plot novel ini akan berjalan seperti mana-mana produk hiburan fiksyen yang lain. Cliche. Watak utama datang menyelamatkan warga tua dan anak kecil yang tidak berdaya. Tetapi itu semua cuma bahagian yang sangat kecil dari novel ini, ibarat putik yang belum masak sepenuhnya menjadi buah yang ranum.

Watak Mak Nanga bukan tipikal watak mak cik bawang yang hidupnya penuh drama tetapi dia sebagai simbol wanita besi yang ampuh mendepani sekian banyak ujian hidup. Mak Nanga berusaha sendiri menafkahi hidup dan menyara anak kecil melalui jalan perniagaan yang sudah pastinya penuh liku. Apa saja yang dia tidak hadapi? Penghinaan dari pelanggan, ancaman penyangak dan kezaliman pemerintah.

Malah Mak Nanga memberi sumbangan besar dalam perkembangan watak Sastra dalam kembaranya mengenal diri sendiri. Nasihat Mak Nanga berjaya meleraikan simpulan yang sekian lama membelenggu potensi diri Sastra yang keliru siapa dirinya yang sebenar. Orang alim itu tidak semestinya datang dalam imej Islamik tetapi kita tidak tahu, boleh jadi orang kebanyakan di sekeliling kita adalah orang yang dekat dengan Allah. Terasa sebak membaca rangkap demi rangkap yang menjelaskan mimpi Mak Nanga. Moga aku dan kita semua direzekikan oleh Allah untuk bermimpi sedemikian, Aamiin.

Empayar 3 penuh dengan sindiran terhadap sistem dan pemikiran masyarakat Melayu khususnya. Kisah-kisah ribuan tahun silam dianggap dongeng semata-mata. Perang nuklear yang melanda dunia dahulu digambarkan dalam hikayat lembing gergasi berterbangan di udara manakala pesawat digambarkan melalui hikayat besi dari kayangan yang mampu terbang. Sastra sendiri pun ragu-ragu mengenai hikayat turun-temurun masyarakat Melayu pada zamannya. Dia cuba mencari di mana logiknya besi boleh terbang? Kemudian Sastra cuba berteori sendiri bahawa yang disebut besi dari kayangan itu mungkin cuma burung gergasi.

Begitulah dengan sebahagian dari kita juga. Adakah kita percaya bahawa umat-umat terdahulu mampu membina ketamadunan yang jauh lebih canggih berbanding hari ini atau kita menolak mentah-mentah, kononnya ia sekadar teori konspirasi sahaja? Tidak semestinya perkara yang tiada bukti jelas itu tidak logik. Mungkin ia jauh melangkaui batas pemikiran kita. Mungkin catatan terhadap bukti itu lenyap ditelan masa atau memang sengaja dilenyapkan pihak-pihak yang ada kepentingan peribadi.

Perkara yang belum difahami logik di sebaliknya akan begitu mudah dicop sebagai perkara mistik. Kadangkala label 'mistik' ini akan dimainkan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam usaha menjatuhkan orang lain. Sebar saja perkara mistik, maka begitu mudah masyarakat yang kurang ilmu akan percaya mentah-mentah.

Kebolehan luar biasa Sastra dicanang sebagai saka manakala Datuk Temenggung menjual cerita bahawa Jurai Aradhana mengamalkan ilmu hitam semata-mata demi menjatuhkan keturunan kerabat diraja itu. Tanpa ilmu yang jelas, maka garis sempadan antara logik dan mistik menjadi samar-samar. Begitulah yang dialami Sastra pada peringkat awal kembara mengenal diri. Percaya bulat-bulat terhadap fitnah ke atas keturunannya tanpa ada usaha mencari kebenaran di sebaliknya. Sebab itu dalam usaha mencari ilmu, perlu ada mentor atau pembimbing yang benar.

Begitulah sikap segelintir orang kita hari ini. Segala produk yang dijual atas nama 'hantu', seram atau mistik sangat laku dijual. Novel seram lebih laris jualan berbanding bahan bacaan ilmiah. Sanggup bakar duit menonton filem seram di panggung wayang padahal jalan ceritanya kerap dikitar semula. Anak-anak kecil menjadi pengecut kerana sering dimomokkan dengan hantu. Kita sengaja melemahkan jiwa dengan menakut-nakutkan diri sendiri terhadap imaginasi mistik.

Suka untuk aku bahagikan Empayar 3 kepada dua bahagian dan secara peribadi aku lebih gemar dengan bahagian pertama. Bermacam perasaan yang hadir saat membaca kelicikan Datuk Temenggung Azra Enggang bermain politik hingga tumbangnya Datuk Bendahara yang jauh lebih berpengalaman dan tidak kurang besar pengaruhnya di kalangan raja-raja wilayah lingkaran pertama. Ibarat menggerakkan bidak-bidak di atas papan catur, begitulah halusnya permainan Azra Enggang demi merampas kuasa kesultanan.

Ternyata watak antagonis ini begitu bijak memanipulasi sesiapa sahaja tanpa membawa kesan sampingan terhadap dirinya kembali. Seperti bermain catur, ada watak yang sudah 'dimatikan' atau 'checkmate' sejak awal. Tidak ubah seperti bermain catur juga, ada bidak yang akan menjadi korban untuk mencapai tujuan.

Azra Enggang ini juga yang mencipta dan menyebarkan naratif jahat ke seluruh Kepulauan Melayu bahawa Jurai Aradhana mengamalkan ilmu hitam. Lebih parah, Sastra yang masih naif pada masa itu diperdaya hingga putera itu sendiri yang memfitnah keluarganya secara rasmi.

Kerana kemaruk kuasa, Azra Enggang sanggup menghinakan diri di hadapan kerajaan Romanum. Di mata rakyat, Azra Enggang adalah maharaja yang sah tetapi sebenarnya pelantikan itu sendiri tidak sah mengikut adat Nusantara. Hanya raja yang boleh menobatkan raja. Status Azra Enggang sangat rapuh dan boleh dicabar apatah lagi waris sultan yang sah masih hidup. Sebab itu, Datuk Bendahara perlu disingkirkan kerana dia cukup faham berkenaan adat diraja.

Jika Azra Enggang bijak mencatur, anaknya Buang Enggang pula bodoh. Begitu mudah dia dipermainkan oleh Andika. Jika Sastra dihina kononnya hidup bersenang lenang di istana dan cuma tahu menghabiskan perbendaharaan negara, sebenarnya keburukan itu lebih layak jatuh kepada Buang. Semasa membaca babak pelantikan Azra Enggang sebagai maharaja dan sikap Buang yang boros mengumpul aset-aset mewah, tiba-tiba aku terfikir, seolah-olah penulis sedang menyindir......

Tidak perlu aku tulis di sini. Kebebasan bersuara hanya di atas kertas. Realitinya tidak begitu.

Babak silat lidah antara Sastra dengan pedagang Romanum itu mengajar kita betapa pentingnya menimba dan menguasai ilmu. Ilmu itu diperolehi dengan membaca. Pembacaan pula bukan sekadar melalui buku fizikal tetapi melalui penelitian terhadap situasi semasa, pemerhatian terhadap alam dan karakter manusia di sekeliling kita.

Menguasai ilmu bukan untuk berdebat, bukan untuk melabel orang lain semua salah dan yang benar itu kita sahaja, tetapi supaya kita tidak mudah diperbodohkan oleh pihak lain yang membawa agenda jahat. Orang yang kurang berilmu akan mudah terpedaya dengan apa saja naratif yang dibawa tanpa mengetahui bagaimana mahu menyaring maklumat atau membalas dan menyeimbangkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lawan.

Kita kena ingat, kebenaran yang tidak bersistem akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem.

Lihat saja suasana politik hari ini, betapa segelintir dari kita mudah tertipu dengan janji-janji terlalu indah yang ditabur politikus. Rakyat mudah tertipu dengan tohmahan-tohmahan jahat terhadap lawan politik. Mungkin memang ada pihak yang tidak mahu rakyat menjadi bijak kerana orang bijak mampu berfikiran kritikal dan tidak mudah digula-gulakan tetapi itu bukan alasan untuk kita terus berada dalam kejahilan.

Bahagian kedua novel pula menyaksikan Sastra yang sudah mengenal potensi diri dan babak dia bangkit memimpin perlawanan terhadap kezaliman. Orang Melayu sifatnya terlalu lembut, kepada ditunjal ratusan kali pun masih menunduk. Tetapi apabila ada yang datang meniup api perjuangan, Melayu akan bangkit seperti harimau yang dikejutkan dari tidur.

Untuk babak peperangan, ada bahagian yang aku suka dan ada yang aku rasa rugi kerana kurang dikembangkan. Aku suka membaca babak Sastra menyusun atur orang-orang kampung dan askar orang laut dengan pelbagai bentuk tugas. Semuanya dilaksanakan dengan kemas dan pantas. Boleh dikatakan tiada warga yang cuma duduk meratapi nasib menunggu mati. Tiada yang cuma duduk memeluk lutut mengharapkan belas ihsan orang. Semuanya menyumbang kemahiran mengikut kemampuan. Kaum lelaki ikut berjuang, yang perempuan pula menyediakan bekalan makanan dan persalinan perang.

Cuma agak rugi apabila babak peperangan kurang disertakan dengan strategi. Mungkin boleh masukkan babak warga Wilayah Kepayahan menggembleng tenaga membina parit mengelilingi kota untuk memperlahankan kemaraan bala tentera Kerajaan Kepayangan. Keseluruhan novel ini pun memang kurang aksi. Kedua-dua pasukan tentera pun cuma berbalas serangan anak panah tetapi aku tidak ada masalah kerana aku suka menikmati kekuatan plot.

Lagipun, begitulah pertempuran yang bersifat realistik. Seboleh-bolehnya kurangkan kecederaan, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Memandangkan penulis sudah menetap bertahun-tahun di negara Eropah, tidak mustahil sikap orang Barat yang memandang rendah orang Asia turut menjadi inspirasi penulis dalam menggambarkan sifat kerajaan Romanum di samping catatan sejarah tentang kerajaan-kerajaan Barat yang memang tidak senang dengan kekuasaan dunia Islam suatu masa dahulu.

Pada zahir, kerajaan Romanum adalah sahabat kepada kerajaan Enggang tetapi sebenarnya kerajaan yang tidak sah itu cuma batu loncatan untuk orang putih mengaut hasil bumi Tanah Melayu dan agenda utama mereka sudah pastinya melemahkan umat Islam dari akar umbi. Sebarkan kekeliruan kononnya Melayu itu lemah dan mundur padahal orang putih sendiri terlopong melihat kemajuan seni bina Melayu.

Candu di dalam Empayar 3 adalah simbolik kepada rokok, vape, dadah dan seangkatan dengannya. Ia adalah bahan haram yang merosakkan fungsi akal seterusnya melemahkan umat Islam. Cakaplah apa saja pun, bahan-bahan itu tetap tidak ada faedah. Masa terbuang, duit pula dibazirkan begitu saja.

Siri Empayar sepertinya banyak lagi yang berpotensi untuk diterokai. Menarik juga jika penulis membina kisah berkaitan Badang sebagai prekuel kepada pengembaraan Putera Aradhana Sastra. Sejarah kesultanan Melayu juga kaya dengan permainan politik dan perebutan kuasa. Aku lihat siri Empayar sebagai instrumen yang dapat mengangkat sejarah ini ke dalam bentuk fiksyen. Jika orang luar mampu membina Game Of Thrones atau Shogun, kita juga mampu buat lebih baik dari mereka. Mungkin siri Empayar adalah pemacunya.

Jika benar Abu Aiman itu adalah Tok Ayah yang menghilangkan diri, mungkin konflik selepas ini akan lebih rumit ditambah maharaja gila kuasa pula sedang ketagih candu. Macam-macam perkara merepek dia boleh titahkan nanti. Anak-anaknya yang lain yang tidak sebodoh Buang juga belum didedahkan. Mungkin akan menjadi antara halangan besar bagi Sastra merampas kembali takhtanya sebagai waris kesultanan yang sah.

Sepanjang pembacaan novel ini, aku seperti merasakan penulis menulis watak Sastra sebagai alter ego kepada dirinya sendiri.

Moga Allah kurniakan ilham dan kelapangan buat penulis untuk terus mengembangkan semesta Empayar, Aamiin.

#mohdnoorbuku
#mohdnoor
Profile Image for Fathnin Alyea.
80 reviews
June 17, 2022
Setelah tiga tahun menunggu akhirnya siri Empayar kembali dengan bukunya yang ketiga. Penantian yang amat berbaloi kerana pada saya ini adalah buku yang terbaik antara siri Empayar.


Buku ketiga ini, ia merupakan kesinambungan kepada kisah pelatih dan putera kesayangan ramai iaitu Putera Aradhna Sastra, setelah melarikan diri daripada Madrasah Taming Sari.

Pada pendapat saya, buku ketiga ini ialah buku yang terbaik antara ketiga2 buku dalam siri Empayar. Dalam buku yang ketiga ini, kita diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang Sastra, kemelut dalam dirinya dan juga keadaan Kesultanan Aradhnapura yang kehilangan pemerintah yang sah. Kita juga mendapat penerangan yang lebih jelas tentang selok belok serta kawasan-kawasan di Tanah Melayu 2.0.


Saya suka perkembangan watak-watak dalam kisah kali ini, terutamanya Sastra. Di mana kita lihat bahawa dia juga hanyalah manusia biasa. Dalam Empayar 1 kita melihat kebolehannya, kecekapannya dalam menyelesaikan masalah. Jarang sekali dia menunjukkan kelemahan. Tetapi kali ini, kita dapat melihat sisi yang lain. Sisinya yang lemah, yang menunjukkan yang dia juga hanyalah manusia biasa, mempunyai perasaan, mempunyai akal yang terhad. Ia mengetengahkan peringatan bahawa manusia tidak sempurna dan semua tidak lari daripada buat silap. Baik yang baik atau jahat. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata .

Beberapa kali juga saya hampir mencampak buku kerana geram akan seorang sahabat itu. Jika sebelum ini kita rasa geram dengan seorang pelatih itu, kini muncul pula seorang sahabat lama yang secara tiba-tiba menjadi bengap dan buta hati.Tetapi demi Sastra saya teruskan juga baca.

Perjalanan Sastra dari satu tempat ke satu tempat membuatkan saya tidak bosan membaca. Penuh dengan pengembaraan!Jika selama ini kita hanya terperap dalam kawasan Madrsah, kali jni kita dapat melihat/membayangkan kawasan Tanah Melayu 2.0. Kaitan setiap tempat dengan tempat moden membuatkan latar belakang siri ini lebih menarik.


A solid 5 from me! Expecting more for the next book and hope it'll be out soon with more answers and wonderful adventures!❤
1 review
June 19, 2022
Siri ketiga yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua. Siri Empayar ini diinspirasikan dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, pastilah kerajaannya hebat, kaya dengan adat budaya, bahasanya ialah bahasa antarabangsa dan pengkhinatan. Keindahan budaya Melayu tu yang ramai tak sedar sebab dah dilenyapkan dan semakin terkubur. Ada sejarah yang dipadam hampir secara keseluruhan seperti Kota Melaka sendiri.

Siri kali ini, Teme mengajak kita untuk mengenal diri sebagaimana watak utama yang hilang punca dan tertanya-tanya tentang identiti diri sendiri. Kadang-kadang manusia kan begitu, ada masa kita 'lost.' Realitinya tak semua putera raja hidup bersenang-lenang. Ada yang juga yang memikirkan tanggungjawab dan sebagainya, beratlah bahu yang memikul. Lambang kesatuan itu utama.

Saka yang dikisahkan ni pun digarap dari kisah dongeng rakyat. Kalau nak tahu tentang saka tu boleh baca di ms 355. Jauh betul cliffhanger Teme ni kan.

Bila baca buku Empayar ni automatik akan cuba kaitkan dengan sejarah kita. Geram pula rasa bila orang yang berpengaruh ni hanya memikirkan tembolok masing-masing. Salah faham atas salah faham, andaian atas andaian yang akhirnya memecahbelahkan tapi kalau akan memburuk kalau ada campur tangan luar.

Paling suka dengan lenggok bahasa buku ni. Banyak bahasa lama yang digunakan dan sampai ada yang kena buka prpm (laman web DBP) untuk semak. Gaya bahasa tu macam bahasa pasar zaman klasik tapi santai dan mudah difahami.

Cerita ni akan ada sambungan lagi. Teme ni ma shaa Allah bukan saja hebat melukis tapi penulisan juga. Memang jadi style Harry Potter dan Marvel.



Pesanan buat Teme: Nota kaki lebih bersesuaian. Kami tunggu Empayar 4 tahun depan.
Profile Image for Didi.
87 reviews5 followers
September 22, 2022
Empayar series is the BEST fiction from Teme Abdullah, in my preference.

His mind is truly brilliant and I never ever regret being his fan since 2018. Maybe kinda disappointed with KKTD (but only with the ending) but this one regain my trust to wait for the sequel.

Empayar is such a precious book (not for me only, but I think for the author too, cause this is his first fiction after he wrote Jalanan series) and I do respect how Teme write the series in a long time interval. I waited long enough and I am satisfied!

Empayar 3 do live the expectations (MY EXPECTATIONS). It started small, set up only in a small place, Madrasah Taming Sari. Then, in a second book, we been exposed more about the kingdom. And the Empayar 3, we dive into the world of Kesultanan Aradhanapura. And we the readers can learn how to connect the dotes between the three books.

Please, if you are a Muslim, and a Malay, (not trying to be biased here but) please, I am begging you to read these. I want all Malays in Malaysia out there to be more open-minded and stop living in dark. Orang Melayu sekarang terlalu terikat dengan masa silam dan terlalu selesa. Dan buatkan kita susah maju ke hadapan dan mundur. Melayu dengki dengan bangsa sendiri. Berbalah, menjatuhkan sesama kita, (sis taknak masuk bab politik lagi, panjang pula nanti). Kalau filem Mat Kilau kita tonton baru rasa semangat tu ada, jadi InshaAllah you will love this series.
*sorry terlebih rant pulak dekat sini!*
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
November 26, 2022
Ini kisah dongeng masa hadapan.

Sastra - berasal dari istana tapi tak betah tinggal di sana. Diangkat menjadi pemimpin Nusantara ketika umur 10 tahun tanpa rela. Lalu Sastra larikan diri dari istana kerana tak mahu berkait dengan ilmu hitam warisan keturunannya.

Tapi, ketika Wilayah Kepayang dalam bahaya, takhta mutlak Nusantara direbut pembesar, ada campur tangan kuasa asing- baru Sastra sedar, rakyat perlukan dia.

Waktu itu, Sastra kembali untuk membela nasib bangsa. Tapi bukan sebagai seorang putera raja. Hanya sebagai rakyat biasa tanpa kuasa.

Baca Empayar 3 waktu baru lepas PRU ni membuka mata dalam banyak perkara. Terutama pasal bangsa dan tanah air.

Perebutan kuasa dalam kalangan pembesar di tampuk pemerintahan akhirnya menyebabkan rakyat sendiri menderita, tanah air sendiri tergadai.

Hakikatnya, hanya kayu yang akan memotong kayu

Cerita ni...ending dia- mcm ending KTDD gitu. Ada ketidakpuasan hati ya... Tengah2 syok, tetiba, TAMAT.

Aduhai... 🥺

Regardless that, Empayar 3 is still a master piece. 🙌🏼
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
December 29, 2022
Empayar 3 ini, bahasanya sederhana, namun cukup indah dengan keelokan gaya bahasa Melayu zaman dahulu. Babaknya jelas, susunan plotnya kemas, perkembangan karakternya juga tidak terlalu sukar untuk didalami.

Cuma penjelasan punca dilema Sastra itu saja yang pada saya agak lambat diketengahkan, membuatkan saya terasa jengkel dengan Sastra pada permulaannya kerana hidupnya hanya penuh dengan sangka-sangka. Sungguh lemah sebagai seorang kerabat raja. Tetapi, rasa empati saya timbul selepas dia meluahkan segalanya di hadapan puak Rubah. Saat itu, tahulah kita siapa sebenarnya punca.

Selain elemen kemelayuan, elemen Islam juga diterapkan dengan baik sekali. Saya kira banyak kita boleh belajar daripada novel ini.

Tak banyak yang saya boleh katakan, kecuali buku ini berbaloi untuk dibeli dan dibaca.
Profile Image for nurul aqilah.
12 reviews
June 18, 2022
wow... i have no idea how many times i goosebump reading this masterpiece omggg hebat gila teme mana dia dapat idea to have such imagination and to create all the tiny deets in this story wow *chefkithhh btw i used to prefer the series from kapal yang terakhir rather than this one but empayar 3 truly changed my perspective, ALSO ENDING DIA TAK FRUSTRATED AT ALL COMPARED TO OTHER TEME'S SERIES😭🤝🏻 hence why i decide to like this one the most!!!! go grab the empayar 1,2 and 3!!!!!!! you won't regret it at all👍🏻
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 1, 2022
Akhirnya persoalan tentang mengapa sang putera melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa terjawab. Ternyata untuk menjatuhkan kesultanan Aradhanapura itu memakan masa puluhan tahun juga. Mendalam jugak plan yang diatur untuk menjatuhkan jurai Aradhana.
Tapi rasanya masih ada persoalan tentang rentaka. Teme please jangan biarkan kami tertanya-tanya terlalu lama ye!
Profile Image for little dork.
11 reviews
June 11, 2023
Paling best antara trilogi Empayar! Jikalau dalam siri 2 tiada langsung perihal 8492 si watak utamanya, haa dalam siri 3 inilah baru terungkai, mungkin 50%, latar belakang Putera Aradhana Sastra.

Penceritaannya empat ke lima tahun selepas buku ke-2, tentang kehidupan Putera Aradhana Sastra sebagai pelarian, kisah latar belakang keluarganya, kekusutan politik dalam pentadbiran kerajaan, keruntuhan Kesultanan Aradhanapura, pembinaan kerajaan baru, penglibatan Andika dalam kongsi gelap dan kebangkitan semula Putera Sastra.

Beremosi betul laa baca buku ni 😭😤😮‍💨🤧😡🥺
1. Kesian betul dekat Sastra sebab dia mengalami kekeliruan dan kebencian dekat diri sendiri berpunca daripada muslihat dan tipu daya orang yang dia percayai. Orang dewasa yang berakal (dan haloba) sanggup memanipulasi budak kecil sampai dia hilang kepercayaan dekat diri sendiri, sungguh kejam!

2. Dalam kesian tu marah laa jugak dekat si Sastra ni sebab tak buat apa-apa untuk pertahankan kerajaan dia daripada runtuh mula-mula tu. Tapi, fahamlah, trauma dan penat perlu ruang sementara untuk pulih dahulu sebelum seseorang ada kekuatan untuk bangkit semula. Nasib dia bangun balikkk haih!!! Haa sini banyak beremosi ni, rasa nak masuk aje dalam buku kasi ceramah motivasi dekat Sastra ni 😂

3. Jalan penceritaan tentang jatuh dan bangkitnya kerajaan baru ni sangat membuka minda dan hati untuk menjiwai balik sejarah masa sekolah menengah dulu. Aku rasa penghuraian penulis untuk aspek ini sangat memberi impak. Boleh rasa sangat marah, jijik, sedih, geram bila bayangkan betapa tertindasnya dan rosaknya orang Melayu sebab muslihat keji bangsa sendiri (ditambah pula orang asing yang ambil kesempatan).

4. Kekecawaan dalam buku ni... Andika! Aku tau Andika ni lembut hati dan lurus akalnya, mudah dibentuk. Tapi, sayangnya jatuh ke tangan orang yang salah. Patah hati betul dengan watak Andika ni haih. Macam mana laa kalau abang dia tau nanti 😢😞

5. Penggunaan bahasa Melayu, sangat indah. Pantunnya, penggunaan kata lamanya, sangat cantik! Juga pengetengahan adab orang Melayu sesama meraka dan terhadap pemerintah, orang Melayu yang sopan, baik, tinggi hormat, berakhlak. Buku ni akan buatkan pembaca Melayu sedar betapa moleknya dan sopannya bahasa ibunda dan adat kita. Juga, buatkan aku teringat cikgu bahasa melayu aku masa menengah atas dulu... Seorang yang sangat tegas dan memperjuangkan kesenian bahasa melayu. Dia selalu pesan tentang keindahan dan kesenian melayu. Jadi, bila aku baca buku ni, aku jadi sebak sebab aku sedar aku rindu orang ingatkan aku tentang ketinggian martabat bahasa dan bangsa sendiri.

6. Walaupun banyak tanda tanya terungkai sebelum bertemu kulit belakang buku, banyak jugak lagi persoalan yang belum terjawab (dan baru muncul), dan penceritaan watak-watak yang belum dirungkai. Masih banyak yang harus diceritakan. Jadi, pengharapan tinggi untuk Empayar seterusnya lebih epik dan mengisi lopong-lopong cerita hehe 🤠

Yang belum baca, silalah baca! Tiada penyesalan hehe :)
>>> Mau Empayar 4!!! <<<
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
September 16, 2022
Lepas dapat kejutan dalam Empayar 2, dengan sepantas kilat aku buka buku ni. Dan tak sampai lima saat, aku tutup semula. Haha, font yang diguna berbeza dengan abang-abang, lepastu agak kecil. Dua hari jugalah aku buka tutup, nak kasi mata biasa dengan size font tu.

Peristiwa/babak akhir letak tepi dulu, kita fokus pada si putera. Kini, beberapa tahun berlalu selepas dia lari daripada Madrasah Taming Sari dan beberapa tahun selepas madrasah itu diselamatkan. Plot cerita siri Empayar ni jadi makin menarik bila kisah Sastra, si putera sedikit demi sedikit diceritakan. Tentang dirinya yang melarikan diri daripada istana, tentang dia yang menyembunyikan diri daripada 'musuh' dan tentang dia yang jijik dengan keturunannya. Juga mengenai pihak yang berusaha untuk menguasai Kesultanan Aradhanapura.

Kehadiran Sastra di Kota Kepayangan membawa kita berkenalan dengan Puak Rubah. Satu puak yang bagi aku berada di pihak yang jahat. Dan... aku terkecewa. Aku kecewa dengan ketua atau ayahanda puak Rubah untuk Wilayah Kepayangan ni. Walaupun identitinya hanya terdedah saat dia bertemu mata dengan Sastra, aku boleh mengagak dan bila tekaan itu benar, kecewa dia aduh. Tak terkata. Pahit rasa di tekak. Terkilan sangat aku dengan apa yang berlaku pada dia sehingga dia berubah ke arah itu.

Penyusunan dari satu babak ke satu babak teratur kemas. Menjadikan ceritanya lebih mengasyikkan. Aku sangat suka cara penulis mendedahkan cerita di sebalik Jurai Aradhana yang dikatakan membela saka untuk kekal berkuasa sekaligus menjawab tentang keadaan diri Sastra.

Empayar 3 banyak menggunakan kosa kata yang aku tak tahu, timbul pulak rasa nak letak kamus dewan dekat sebelah masa membaca. Tapi sebab kamus tu disimpan dalam almari berkunci (sebab anak buah gemar main buku dan koyakkan) so aku malas nak menyusahkan diri. Selak ajela ke belakang untuk tengok end note. Tapi aku lebih suka dengan penggunaan perkataan-perkataan lama sebab lagi feel nak baca.

Buku ketiga ni umpama satu reunion. Berjumpa dengan rakan-rakan lama, yang satu ketika dulu bersama-sama dengan kau untuk menggapai matlamat yang sama. Tapi lepas bertahun tak jumpa, mereka bukan lagi orang yang sama macam yang bertahun dulu. Reunion, untuk aku sering memberikan rasa yang bercampur. Satu saat aku bangga dengan apa yang kawan aku lakukan sekarang dan satu saat yang lain, aku kecewa dengan seorang kawan yang lain. Inilah perasaan aku. Jumpa Sastra, aku happy and rasa bangga dengan dia. Jumpa ayahanda, aku terkilan sangat. He had so much ahead tapi haih... Berharap dia terima la nasihat Sastra yang terakhir tu.

Harapan aku satu je, moga buku seterusnya keluar next year (memaksa ke ni hehe). Aku punya hang up dengan dunia Empayar ni, dua tiga hari juga la asyik teringat-ingat. Susah la kalau terlalu invested ni. Macam-macam soalan aku ada tapi semau belum terjawab.
Displaying 1 - 30 of 149 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.