Terimalah surat dari semesta Sebagai suatu cara untuk kamu Terus berdiri dan berjalan Untuk kamu bangkit dan terus kedepan Kerana setiap dari kita Berhak untuk bahagia Cuma masih belum waktunya Tapi akan tetap ada waktunya
[Buku 32 | 2022] Solid 5/5 ⭐️ Setiap bait puisi yang tertulis tidak terlalu straight-forward dan tidak juga terlalu berbunga sehingga sukar untuk difahami.
Semasa pembacaan, saya rasa seperti sedang dipujuk dan suprisingly… saya terpujuk 🥹
Penulis memang ada bakat dalam menulis puisi. Antara banyak-banyak buku puisi saya baca, this one antara yang terbaik.
Dengar cerita, buku ni dah sold out dekat PBAKL. Nasib baik cepat-cepat beli 🫶🏻
Memerlukan bacaan ringan jadi aku memilih buku puisi Surat Dari Semesta :)
Jujur aku katakan yang aku membeli buku ini hanya kerana kulit buku yang berwarna pink. Sungguh kelihatan cantik menarik menawan hati ye. Aku lemah dengan kulit buku lawa 🙈 Lagi pula, aku kurang gemar membaca buku puisi. Jadi, kulit buku biasanya memainkan peranan dalam pembelian buku puisi 🤭
Buku yang mengandungi 187 halaman ini menggunakan konsep keindahan alam semesta yang dibentangkan bersama kata-kata yang sedap dibaca. Setiap bait puisi tidaklah sukar untuk difahami dan aku paling suka puisi yang menggunakan semesta (langit, hujan, bintang, sunrise, sunset) . Halaman 34 paling favourite, sudut pandang berbeza mengenai hujan 💞
Tema puisinya ada pelbagai dan bersifat umum. Ada mengenai kehidupan, kekecewaan, putus asa, putus cinta, cinta, kebahagiaan, dan sebagainya. Yang menjadi pilihan dan kesukaan aku semestinya puisi mengenai kehidupan sebab bahagian ini aku lebih mudah untuk relate.
Kepelbagaian tema menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. Pasti akan ada puisi yang disukai dan tepat mengenai diri, yang akan dibaca semula pada bila-bila masa nanti. Cuma, satu hal saja yang buatkan aku memberi buku ini 4🌟 iaitu penyusunan puisi yang menurutku agak berterabur. Secara peribadi, aku mungkin lebih menyukai buku puisi ini sekiranya puisi disusun teratur mengikut tema.
Walau bagaimanapun, buku ini tetap menjadi salah satu buku puisi kesukaan aku. Banyak sticky tag pada buku, tandanya banyak puisi yang membuat aku rasa dipujuk dan terpujuk ❤️ Terima kasih penulis kerana berkongsi rasa bersama pembaca :)
Puisi tulisan Sofia Roses yang bertajuk Surat Dari Semesta ini merupakan buku ketiga yang saya pilih untuk baca dari buku-buku yang dibeli dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022. Saya pun tidak tahu saya ini sesuaikah untuk membaca buku puisi. Tambahan pula puisi perihal cinta dan perasaan yang ditulis oleh perempuan. Kerana saya banyak membaca hal-hal yang berbentuk logikal, rasional, dan faktual, ini membuatkan deria minda saya terkadang begitu tumpul pada hal-hal jiwa dan perasaan. Membaca fakta-fakta sahaja membuatkan jiwa terasa kering, perasaan susah terkesan, dan puisi menjadi satu bacaan yang sering kali tidak menjadi pilihan.
Tetapi saya sebenarnya memaksa diri, untuk keluar dari bahan bacaan yang saya suka. Memetik buku dan makalah yang saya tidak kenali dan minati. Kerana saya kira melalui hal seperti ini sahaja pembacaan kita boleh berkembang. Jika tidak, kita akan tersepit, bacaan kita semakin lama semakin sempit. Hanya memilih apa yang hati kita rasa tidak sulit. Oleh sebab itu saya memilih buku ini, yang dijual di reruai jiran semasa PBAKL. Saya mahu membaca buku penulis baharu, yang saya tidak kenal dan tidak rancang untuk baca. Walaupun saya bukan seorang pembaca puisi yang tegar, namun saya suka menulis puisi. Saya pernah menerbitkan puisi bersama teman-teman dalam naskah yang bertajuk Maka Kitab Itu Pun Menyanyi.
Puisi-puisi Sofia menurut saya banyak berlegar dalam tema percintaan, kerinduan, kekecewaan dan juga motivasi agar bangkit kembali selepas kecewa. Walaupun pada mulanya saya mengagak bahawa ia mungkin merupakan puisi-puisi tipikal hijabista nan berchenta, tapi lama kelamaan, apabila semakin dalam saya membacanya, saya merasakan ada juga puisi-puisinya yang punya kekuatan. Tidak hanya meliuk-liuk dalam melankoli percintaan. Ada bait yang punya kekuatan bahasa dan ritma, ada juga yang punya makna yang tidak biasa. Bagi saya, puisi yang kuat adalah puisi yang dapat menyentuh jiwa kita yang paling dalam, dalam masa yang sama ia terbuka untuk tafsiran yang berbeza. Dalam kata lain, satu bait yang membawa kita faham akan satu makna, dalam masa yang sama kita merasakan bahawa ia boleh juga dimaknakan dengan makna yang berbeza. Ada unsur misteri tafsiran.
Sofia banyak berpuisi akan renungannya pada langit, yang baginya setia mendamaikan manusia dalam setiap warnanya. Dan beliau tidak memilih-milih warna, baginya setiap warna itu adalah hadiah yang berbeza namun membahagiakan sama sahaja. Saya kira langit ini adalah anugerah Tuhan yang Maha Besar. Ianya mudah sahaja mencairkan kegundahan di hati manusia. Saya begitu suka dengan puisi-puisi yang mengambil inspirasi dari alam, yang cuba menggubah makna dari awan, bintang dan langit. Untuk itu, pada puisi-puisi seperti ini, saya berikan Sofia markah lebih.
Buku ini tiada ISBN! Ini bagi saya merupakan sesuatu yang malang. Saya tidak pasti sama ada memang tiada ISBN atau ia tidak sempat didaftarkan sebelum PBAKL. Bukanlah menjadi dosa menerbitkan buku tanpa International Standard Book Number (ISBN), tetapi bagi saya ianya perlu bagi menjaga khazanah penulisan tanah air. Apabila didaftarkan, rekodnya disimpan. Manusia sifatnya sementara dan singkat hidupnya, jadi adalah lebih terjaga jika karya itu dipelihara oleh institusi yang hayatnya lebih panjang dari manusia. Tetapi tidaklah bermakna institusi itu tidak bersifat sementara, cuma dari segi fitrahnya ia lebih lama berada di muka bumi. Apabila didaftar, direkod dan dikatalog, ia lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang. Harapnya segeralah ia didaftarkan dengan Perpustakaan Negara.
Moga-moga ulasan ini akan membantu memperkenalkan lagi puisi dalam menu bacaan masyarakat kita. Dan moga, dalam doa dan dalam usaha, kita dapat membaca lagi puisi-puisi generasi akan datang. Dalam simpulan puisi itu, terikat khazanah keilmuan dan pemikiran bangsa yang bermutu.
Alhamdulillah antara pembaca dan pembeli terawal. Sejujurnya saya kurang meminati buku berbentuk puisi, saya beli kerana muka depannya yang cantik. Tapi lepas saya baca setiap halaman, saya jatuh cinta dengan buku ini. Sungguh isi 'surat' ini sangat calming. Dan saya suka semua puisi di dalamnya. Puisinya bersifat umum, ada yang tentang jatuh cinta, putus cinta, motivasi untuk hidup dan lain-lain. Tahniah penulis sebab berjaya hasilkan surat indah ini. Tak rugi kalian beli buku ini
Buku puisi yang bagus cuma saya rasa ianya tak sesuai dengan saya. Cara penulisan puisi yang sama digunakan banyak kali membuatkan saya rasa bosan dan tidak seronok untuk baca. Terlalu banyak ruangan kosong dalam satu muka surat. Terlalu klise.
Cadangan: 1) pelbagaikan variasi penulisan puisi, elakkan pengulangan kata yang terlalu bnyk. 2) jika target penulisan puisi itu adalah puisi pendek, digalakkan untuk dibukukan dalam saiz yang kecil/sederhana. Supaya tak membazir kertas.
I love so much this book . Buku ni banyak mengajar tentang kesabaran , bahagia dan more to dekatkan diri kepada Allah . Such a great book for me . Beri kesedaran kepada saya . Thabk you writer. Such amazing book .
Pertama kali nampak cover buku ni, saya tertarik dengan artwork nya. Bila mula membaca, bahasa puisinya bersahaja dan calming seolah-olah kita berada atau pernah mengalami situasi yang sama. Recommended 💕
Ada yang saya dapat hayati. Ada yang saya setuju, dan ada yang saya tidak setuju. Tapi saya sangat suka bila penulis kaitkan dengan alam semesta. Terutamanya langit. 🤍
Kulit buku yang berwarna pink telah menarik minat saya untuk membelinya. Walaupun design yang simple tapi cantik dan nampak aesthetic. Bacaan ringan kedua untuk bulan Januari dimana tema puisi ini adalah pelbagai dan bersifat umum. Misalnya, tentang kehidupan, percintaan, ketuhanan, kekecewaan, kerinduan dan motivasi yang memberi semangat kepada pembaca untuk bangkit kembali dari rasa putus asa.
Setiap bait yang dilontarkan memberi makna dan menyentuh jiwa ini yang pernah kecewa dengan kehidupan dan percintaan yang dialami. Halaman 83 adalah kegemaran saya soal cinta. Jadilah wanita yang tahu menilai harga diri dan berikan cinta pada yang selayaknya.
Penulis juga banyak menggambarkan alam semesta yang mampu mendamaikan jiwa manusia ketika melihat alam yang dicipta indah ini. Kadangkala manusia ini bila hati sedang gusar, mereka akan kembali kepada alam bagi menenangkan jiwa dan itulah apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
Bagi saya agak kurang sedikit dengan cara penyusunan puisi yang agak berterabur tidak mengikut tema. Keseluruhannya, puisi yang bersifat umum ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan.
Buku ni adalah buku puisi-puisi indah. Bahan bacaan yg sgt ringan dan sesuai di baca sewaktu santai-santai dan sewaktu anda baru habis bacaan novel berat
Big shout-out to my friend, who lend me this book of her. Mulanya aku ragu ragu untuk checkout buku ni di shopee. Tapi selepas membaca buku ini sendiri, I'll surely get my own copy if stumble upon it in bookstore.
Apa bila aku membaca buku ni, aku rasa didengari. This book is seriously heartwarming. Rasa sedu sedih terasa semua ada. Suka dengan beberapa puisi yang mempunyai 'maksud tersirat' disebaliknya.
Also, I found a lot of poems about sky, sunset, sunrise whatsoever. I think the author likes sky very much 🌃🌌🌆🌇
Tak faham kenapa ramai cakap ini buku puisi. Bagi saya buku ni cuma banyak tulisan isi hati (thoughts) penulis yang ditaip dengan jarak enter yang banyak dan berulang jadi ruang dalam buku ni banyak yang kosong. Mungkin nak nampak aesthetic 🤷🏻♀️
To those yang belum baca, its more like a compilation of facebook/twitter quotes. This book has no chapters or anything. Dia macam random kejap ayat broken kejap ayat bahagia kejap galau kejap sendu. Ada sedikit typo juga. I finished this book in less than an hour.
The only thing that I like about this book is the cute cover (and the smell haha).
Saya tak tahu baca puisi yang cantik dari segi bahasa dan penulisan . Tapi apa yang saya baca dan faham itu sudah memadai untuk penulis membuat saya ingin membaca puisi lagi lagi dan lagi .
Puisi yang tidak la terlalu agung kan lelaki atau perempuan . Kerana kita hanya ada Dia . Dan Dia sahajalah yang layak diberi kata kata Agung .
Dan ada kata kata untuk si pujangga . Dan sesuai untuk dibaca jika mahu mula mmbaca puisi . ⭐⭐⭐⭐
Buku ni buat minda kita dalam relaxing sewaktu membacanya. banyak kata2 semangat dan buat kita sedar yang kita ni adalah seseorang yang berguna. Jangan sia siakan masa yang ada untuk bersedih.. bangkit melawan perasaan yang sakit.
Finish in one sitting. Good book. Bahasa yang puitis and banyak cute “cinta” quotes. Ada 2 typo yang berjaya dikesan. And great for langit lover sebab banyak puisi tentang langit.