Bayang Sudah Pandai Mengejek mengumpulkan 14 cerpen seputar pelbagai watak dan identiti dalam mendepani bayang-bayang mereka. Rafilus yang memilih untuk membunuh lembaga di ruang tamunya; Omar yang membangunkan raksasa dalam tubuh isterinya Eva; Jin yang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan menjadikan manusia gila; atau Dr. Azy yang menjalankan sesi terapi kepada pesakitnya secara senyap-senyap, menyelinap dalam gelap malam.
Memanfaatkan kepakaran bidang psikiatri ke dalam fiksyen, Zul Azlin menerokai dunia jiwa dan psike manusia yang aneh, misteri, mendebarkan, serta mengujakan.
--
Zul Azlin menulis pelbagai buku bukan fiksyen, antaranya siri Aku Dijangkiti Kehidupan dan siri Himpunan Kes yang Tak Terlupakan bersama Kata-Pilar Books Novelnya berjudul Majnun memenangi Sayembara Novel Fixi 2020.
One of the reasons why I picked this book up during PBAKL was when my friend told me that the author is a practicing psychiatrist.
And this book, really made me ... well.. comforted, dumbfounded and most of all liking almost every story in this book!
Personal Ratings : 4.5🌟
Bayang Sudah Pandai Mengejek merupakan koleksi 14 cerpen yang bertemakan tentang masalah kesihatan mental. Salah satu sebab saya rasa tertarik dengan buku ini adalah, pada setiap pengakhiran cerita, penulis telah memberi sort-of a "general's doctor note".14 cerpen dalam buku ini mengisahkan tentang beberapa jenis penyakit dan konidisi yang dihadapi dan jenis-jenis penyakit dan kondisi sakit mental yang ada.
Personal Thoughts Ini adalah buku pertama yang saya baca daripada penulis ini, dan saya jamin buku ini bukanlah buku terakhir yang akan saya baca. Penulisannya sangat ringkas, padat dan tidak meleret. Boleh dikatakan, koleksi 14 cerpen yang dihimpunkan dalam buku ini sangat kohesif, dan bersepadu dan selaras dengan tema yang dibawa oleh penulis.
Terdapat beberapa cerita yang saya rate 5 bintang, dan salah satu sebab kenapa buku ini akan jadi sebuah buku yang close to my heart adalah disebabkan naratif yang dibawa oleh penulis itu sendiri. Penulis bersifat terbuka dan memberikan kesedaran secara tidak langsung terhadap jenis-jenis penyakit dan kondisi sakit mental yang ada. Malahan, "General Note" pada setiap pengakhiran cerita memberi input dan konteks kepada penyakit tersebut, dan secara tak langsung, menunjukkan bahawa, perkataan "Normal" itu hanyalah satu stigma yang telah diletak oleh masyarakat.
Antara cerita yang mendapat 5 bintang adalah : - Mambang di Kandang - Surat Dwikutub - Gemuruh Seorang Tetamu
Another reason why I liked the book was how experimental the author is. Dalam 14 cerpen di dalam buku ini, ada beberapa cerita yang ada unsur sci-fi dan dystopian. Tema kesuluruhannya masih sama tetapi saya kira, boleh nampak betapa penulis sangat eksperimental di dalam ceritanya. It adds some interest to the story and the pacing was just good enough , that it hit feels at certain stories, makes you triggered (for me) at some, and most of all, comforted you in the best way. Buku ini somehow reminded me of How High We Go in the Dark, dalam segi aspek penulis tidak stick to just one genre.
Highly recommended! Pembelian pertama saya di PBAKL 2022 dan sangat memuaskan hati :)
︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘ Buku ini menghimpunkan 14 buah cerpen yang berkisar tentang “gambaran” bagaimana pemikiran pesakit mental berfungsi dan juga kisah faktor faktor luaran yang berkemungkinan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit mental.
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀︒✿ཾ∘ Dulu waktu sekolah rendah, kita cuma faham penyakit mental ni sebagai “gila” tapi as time goes by, nowadays people lebih open and terima penyakit mental ni seperti penyakit fizikal yang lain juga and as orang yang memang zero knowledge, buku ni sesuai lah untuk kita yang nak tahu and faham penyakit & pesakit mental serba sedikit 👩🏼⚕️🗒
✨ᴄᴇʀᴘᴇɴ ᴋᴇꜱᴜᴋᴀᴀɴ - “ᴍᴀᴍʙᴀɴɢ ᴅɪ ᴋᴀɴᴅᴀɴɢ” ✨ Kisah Jin yang dihakimi kononnya dia lah punca anak dara bernama Wati selalu diserang sawan padahal Wati menghidap penyakit “𝙚𝙥𝙞𝙡𝙚𝙥𝙨𝙞” (serangan sawan) dan boleh dirawat dengan ubat yang sepatutnya namun masyarakat sekeliling menutup mata & sebulat suara yakin Wati dirasuk dan menjadi gil angkara jin semata 💢
Kita suka macam mana author sentuh isu sesetengah masyarakat terlalu taksub & terburu buru, suka betul assume segala penyakit pelik pelik itu datangnya dari makhluk halus dan perubatan Islam terhad kepada Ruqyah sahaja sedangkan perubatan Islam dan ilmu-Nya sangat luas termasuklah ilmu psikologi yang harus kita ambil kira dan terima kewujudannya dalam diri manusia 🩺
Ada 2-3 cerpen yang more to discuss current issues so seakan tak kena sikit dengan tema buku ni tapi takpelah the others dah cover dah banyak hehe 😚🤚🏻
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘ Pembaca yang nak bacaan ringan tapi sekaligus memberi ilmu, ini untuk kamu 🍟 _______________ “𝚁𝚊𝚠𝚊𝚝𝚊𝚗 𝙸𝚜𝚕𝚊𝚖𝚒𝚔 𝚒𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚛𝚊𝚠𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚛𝚊𝚜𝚒𝚘𝚗𝚊𝚕 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚜𝚊𝚜𝚔𝚊𝚗 𝚒𝚕𝚖𝚞 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚙𝚊𝚝 & 𝚋𝚞𝚔𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚑𝚒𝚑 𝚜𝚎𝚕𝚊𝚐𝚒 𝚝𝚊𝚔 𝚖𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚐𝚊𝚛 𝚜𝚢𝚊𝚛𝚒𝚊𝚝. 𝚁𝚊𝚠𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚍𝚒 𝚑𝚘𝚜𝚙𝚒𝚝𝚊𝚕 𝚓𝚞𝚐𝚊 𝚒𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚛𝚊𝚠𝚊𝚝𝚊𝚗 𝙸𝚜𝚕𝚊𝚖𝚒𝚔” - 𝙿𝚎𝚐𝚞𝚊𝚖𝚋𝚎𝚕𝚊
4 🌟 _______________ Notes: terima kasih banyak kepada staff @katapilar sebab berjaya hasut kita beli buku ni hihu! Now orang lain pulak terhasut pleaseee.
Hampir tak bagi 5 bintang, sebab tak gemar cerpen Liga Juara-Juara (maaf bukan peminat bola sepak). Tapi cerpen-cerpen lain sememangnya lazat. Pembacaan setiap satu mencetuskan pelbagai emosi yang boleh jadi menjengkelkan, menyedarkan, menyedihkan dan menginsafkan. Bertemakan psikiatri dan kesihatan mental, penulis bijak memasukkan unsur-unsur bidang ke dalam penceritaan tanpa rasa ‘diajar’, ‘diceramah’ atau ‘disumbat’ dengan maklumat. Penulisan kumcer sebegini harus diperbanyakkan sebagai salah satu medium untuk berkongsi maklumat dan memberi kesedaran kepada pembaca.
rasa macam buku ni a must read book la. sebab macam ada sedikit pendedahan berkaitan mental health. unsur spiritual/ketuhanan pun ada sikit. yang penting, aku suka buku ni dan definitely will recommend with no doubt.
apa yang aku suka: - gaya penulisan dan laras bahasa yang menarik - cerpen yang insightful - ada nota author for each cerpen
apa yang aku tak suka: - cerpen 'liga juara-juara'. semasa baca, asyik fikir 'bila nak habis cerpen ni?'
Tamat pembacaan. Bahasa yang bombastik. Sampai terkadang boleh membuat hilang fokus.
Apa yang membuatkan saya masih meneruskan bacaan adalah kerana Dr Zul Azlin berupaya menerangkan istilah2 medik dan psikiatri dengan bahasa lebih mudah.
Dan ianya sangat membantu bakal perawat psikiatri dan pesakit sendiri dalam menerangkan kepada orang lain tentang penyakit mereka alami
Bacaan menarik yang memberi kesedaran tentang penyakit mental. Koleksi cerpen yang amat menarik cuma, hampir sampai ke penghujung, saya tidak begitu faham kaitan cerpen bola sepak dengan penyakit mental. Apa-apa pun, penulisan yang memikat dan buku yang amat memberi impak. Harap lebih ramai yang baca buku ini dan harap penulis keluarkan lebih banyak buku yang membuka mata mengenai penyakit mental.
Sebuah kumcer yang menarik. Tiada satu pun cerpen yang sempat membuat aku rasa bosan. Tiap satunya hadir dengan kekuatan dan keunikan sendiri. Paling aku gemari ialah Khianat.
Biarpun sebuah fiksyen tetapi cerpen-cerpen ini sebenarnya membawa kita untuk lebih memahami tentang penyakit dan pesakit mental. Kebanyakan cerpen yang aku baca melarutkan aku dalam emosi sedih dan simpati yang berbaur.
Aku kenal penulis dari buku Majnun. Ini buku kedua beliau yang aku baca. Semestinya akan memburu karya-karya beliau yang lain juga. Apa-apapun tahniah dan terima kasih untuk naskhah ini.
Mengandungi koleksi cerpen berkaitan kesihatan mental. Ada banyak buku berkaitan kesihatan mental di luar sana. Tetapi yang ini antara yang saya betul-betul suka mainly because of the literature/flowery-like language and POVs .
Cerpen pertama pun sudah melekat di hati iaitu kisah sakit mental dari pandangan penyakit itu sendiri. Kebiasaannya kita akan dihidangkan kisah penyakit mental dari perspektif pesakit, doktor dan penjaga. Tetapi untuk cerpen pertama, ia datang dari perspektif watak halusinasi itu sendiri. Halusinasi itu bersedih apabila pesakit cuba memutuskan hubungan cinta mereka dengan mengambil ubat.
Ada cerpen yang lain pula menggunakan perspektif seekor jin yang selalu dipersalahkan sebagai punca sakit mental - sampai jin pun meluat dan fed-up dengan manusia. Cerpennya betul-betul menarik dan lain daripada yang lain.
Namun, saya dapat rasakan momentum bacaan kurang apabila menghampiri muka surat akhir. Cerpen terakhir yang menggunakan dialog (yang panjang) tidak begitu saya minati. Jadi, saya tak baca yang itu.
Walaubagaimanapun, saya tetap akan beli buku fizikal untuk dijadikan koleksi untuk bacaan ahli keluarga kecil saya.
Aku beli buku ni masa pbakl. Terbeli tau.. memang langsung tak masuk plan pun nak beli. Tapi terbeli bila promoter cakap penulisnya adalah psychiatrist. So... Aku pun beli.
Well, buku ni menarik sebab penulis menulis koleksi cerpen yang menceritakan perihal pesakit mental illness ni. Cerita tak panjang pun. Berapa pages je. Aku suka part note yang penulis tulis di hujung setiap cerita.
Banyak juga aku belajar antaranya apa itu psychosis.. beza halusinasi dan delusi.. beza tantrum dan meltdown. Ada juga beberapa cerita yg buat aku sedih.
Overall, buku ni menarik. Part aku tak minat bila ada cerita² yang aku tak faham correlation antara buku dan mental illness. Atau mungkin aku je yang tak berapa nak laju dan tangkap maksud tersirat penulis. Entah.. 😁
Dari segi penulisan, aku suka penulisan penulis yang santai. Adakalanya penulisannya buat aku terfikir sejenak. Ada bahagian yang aku rasa macam epiphany.
Buku ni tak tebal pun. Less than 200. Memang boleh habiskan dalam masa sehari. Info dalam ni padat.
Cerita yang aku rasakan menarik adalah; Pengembara fugue Lelaki, suami dan... Lilis Surat dwikutub Gemuruh seorang tetamu
1. Khianat: Pertelingkahan di antara Rafilus dengan "aku" yang mana berakhir dengan kekalahan di pihak .... (sila baca untuk tahu).
2. Pengembaraan Fugue: Watak Hafizah@Eyzie = watak Cha Do Hyun dalam Kill Me, Heal Me. (cuma dalam kisah ini hanya dinyatakan satu sahaja alter ego).
3. Mambang di Kandang: Berlatarkan mahkamah manusia namun jin yang turut serta dibicara. Perubatan islam vs perubatan moden??
4. Lelaki, Suami dan ...: Krisis alam perkahwinan terjadi kerana kurangnya komunikasi dua hala--tidak berterus terang dan tidak menjadi pendengar yang baik. Ditambah pula dengan ancaman gajet. Suri rumah tangga walaupun tidak akan mengalami tekanan di tempat kerja tetapi banyak faktor penyumbang ke arah mengalami tekanan. Lebih-lebih lagi apabila eskapisme turut disekat seperti apa yang telah Omar buat kepada Eva. Jadi, tidak hairan Omar telah mencipta "raksasa" dalam diri Eva. #cerpenkegemaran
5. Intervensi: Seorang doktor membunuh pencetus demi menyelamatkan pesakitnya = terapi intervensi = tidak wujud kerana primum non norce;first, do not harm.
Mungkin ini hanya imaginasi seorang doktor yang terlalu cakna terhadap pesakitnya.
6. Lilis: Ibu bapa yang menjaga anak-anak istimewa mesti mempunyai kesiapsiagaan mental yang kuat. Menjaga anak-anak syurga bukan mudah.
7. Surat Dwikutub: Kadangkala stigma itu lebih teruk menjahanamkan daripada penyakit itu sendiri (halaman 91).
Lagi memedihkan apabila orang yang paling rapat turut menjadi racun ahli sihir.
8. Di Persimpangan: Antara #cerpenkegemaran walaupun berkisarkan hal sensitif dan kontroversi.
9. Kita Jaga. Kita ... "Betapa mudah mencapai kepuasan jika keinginan seseorang itu tidak terlalu diperbesar"--Pak Samad. #cerpenkegemaran
10. Ruaingga yang Merdeka: Kisah misi kemanusiaan di Bangladesh. Turut menjadi #cerpenkegemaran. Ada mesej lain terselit.
11. Liga Juara-juara: Bukan peminat bola sepak jadi kurang pasti apa yang penulis hendak sampaikan.
12. Tuhan Mafia: Usai membaca timbul juga rasa sangsi mengapa cerita ini boleh ada di sini tapi selepas baca nota daripada penulis baru aku faham--maha besarnya nikmat islam.
13. Gemuruh Seorang Tetamu: Kisah pesakit panic disorder yang dalam perjalanan mengerjakan ibadah haji.
14. Kultus Harapan: Dan apa yang kau sanggup lakukan untuk dapatkan ubat yang akan buat kau sentiasa ada harapan?--N
🏷️ Penggunaan bahasa yang bombastik membuatkan bacaan aku banyak kali terhenti. Dah lama tak gigih cari maksud perkataan dekat laman web dbp 😇
This entire review has been hidden because of spoilers.
tammat dalam sekali duduk. koleksi cerpen yang menarik. overall saya bagi 4 ⭐️ tapi extra satu sebab sy suka cover buku hehe.
dalam 14 cerpen oleh penulis, saya sort out top 4 (tak dapat pilih yang ke-5 sebab hujung2 tak jumpa mana lagi yang saya suka).
Khianat seusai tajuk pertama, saya teruskan pembacaan dek faktor penulisan yang sangat menarik. tajuk ni jugak dekat dengan diri saya & keluarga suami sebab ia dialami oleh salah seorang abang suami saya. memang apa yang ditunjukkan dalam buku ni & yang dialami boleh dikatakan hampir sama. dari segi percakapan, perbuatan (cuma abg ipar saya makan ubat ikut jadual - kakak ipar garang hehe).
Lelaki, Suami, dan... apa yang dialami Eva memang "hits home" omputih cakap. battling with that almost my whole adult life memang tak mudah. saya bernasib baik dikurniakan suami yang baik dan memahami. saya sangat sedih dengan Eva (walaupun cuma watak fiksi - walaupun di dunia nyata wujud), rasa sebak dengan apa yang Eva rasa. rasa "aku tidak bersyukur" seringkali saya ucap suatu ketika dahulu. tapi apa saya boleh buat? saya tahu saya ada semua, saya tahu saya kena bersyukur tapi saya juga sakit. Eva, jika kamu ada diluar sana, saya harap kamu tabah & terus lawan. kamu kuat.
Surat Dwikutub tengok tajuk saja dah tahu apa penyakit yang dialami oleh watak di cerpen ini. akhir tahun lepas atau awal tahun ini baru saya cakna dengan "completed suicide". kalau dulu kita sering nampak "suicide attempt" - cubaan bunuh diri. tapi bila mereka akhirnya ambil langkah terakhir, kita tak panggil as "committed suicide"; tapi kita sebut sebagai "completed suicide" untuk elakkan masyarakat berfikir yang bunuh diri tu satu benda yang orang komited untuk buat. jadi bila saya baca bab ni, saya jadi tersentuh dengan surat-surat si Ayah.
Kita Jaga. Kita... saya mula membaca semula akhir 2021, masa ni saya memang takda hala tuju hidup (sekarang pun masih sama haha). saya pun tak ingat dah apa yang membuatkan saya ambil buku semula, yang saya ingat buku tersebut. buku yang saya baca ialah Hotel K - Kathryn Bonella & Kitty Genovese - Catherine Pelonero. saya memang dari dulu suka membaca buku bukan fiksi. tapi saya buka minda untuk cuba buku fiksi & buku pertama saya baca selepas saya "kembali" membaca ialah Convenience Store Women - Sayaka Murata & saya amat tertarik dengan cara penulis. saya membayangkan buku-buku fiksi semuanya santai-santai begini. jadi saya "dapat" kembali minat membaca. saya juga suka buku-buku thriller, psychological thriller. pada pemikiran saya, saya lebih teruja dengan gaya penceritaan & saya tertunggu-tunggu dengan "plot twist" yang akan hadir samada di tengah atau di akhir buku. so, kita serupaaaa, Encik Zul Azlin hehe.
cerpen lain juga tak kurang menarik tapi saya memang suka 4 cerpen ni. saya suka pendekatan penulis di Mambang di Kandang, saya juga terfikir adakah memang sudah ada Kultus Harapan & berapa harga yang sanggup kita bayar untuk sebuah "Harapan". dan paling saya suka, petikan Carl Jung di prakata & juga lirik lagu romantis Edwin McCain.
saya sangat berterima kasih dengan penulis kerana wujudkan buku ni. sangat membuka mata & minda walaupun hanya watak-watak fiksi semata. bravo untuk buku Bayang Sudah Pandai Mengejek, solid 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️!
Kurang satu bintang barangkali kerana ada certain cerita yamg agak berat untuk saya hadam, tetapi secara keseluruhan ia merupakan sebuah naskhah yang padat dgn info/ situasi tentang masalah mental, highly recommended
Saya sebenarnya tertarik nak baca buku ini disebabkan tajuknya. Mula-mula saya fikirkan buku ini seperti buku puisi tapi saya salah. Ia penuh dengan cerita pendek yang berkisarkan tentang penyakit mental.
Ceritanya tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Di setiap akhir cerita, penulis akan bercerita tentang penyakit yang dialami watak. Saya sebenarnya kagum bila penulis boleh sertakan sekali jenis ubat dan mg nya. Rupa-rupanya penulis sendiri adalah seorang doktor!
Bagi saya, untuk memahami penyakit mental ini susah. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham dengan apa yang orang sekeliling saya alami dan yang saya sendiri alami. Untuk sembuh bukan perkara yang mudah tapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk sembuh. Kadang-kadang juga kita rasa apa yang kita alami itu normal, barangkali terkena gangguan jin dan sebagainya tapi rupanya ia berkaitan dengan penyakit mental.
Saya cuma harap sesiapa pun yang menderita dengan penyakit ini kembali sembuh semula☺️
Sudah expect tapi masih terkejut. Terkejut dengan betapa dekatnya aku rasa cerita ni dengan aku. Semua cerpen aku boleh relate dan banyak kali "yess yess, damn.." Dalam banyak-banyak buku yang tersadai dalam rak, buku ni paling takkan lupa.
So what's the deal? Kau baca la mukasurat pertama dia. Terdiam aku. Sedap sungguh bahasa penulisan. Lepastu aku baca cerpen Khianat tu sampai habis. Terus aku tutup buku sebab aku taknak tempoh aku menikmati buku ni singkat. Aku gemar akan plot unik yang macam ni. plot twist dia mengghairahkan aku. Semua watak dalam cerpen memang berasas dan mampu difahami kenapa akhirnya begitu. Lawak yang ada memang high class: lawak abah-abah dan mengikuti trend. Aku tak jumpa cacat dalam buku ni.
Untuk konten, betullah penulisan dari hati memang akan sampai ke hati. Penulis mengetengahkan isu psikiatri dan dinamik sosial. Ada yang pasal penyakit, pasal penghalang pesakit dapatkan rawatan, perspektif orang lain-lain dan banyak lagi. Semestinya aku akan cadangkan buku ini untuk orang lain.
Pertama kali melihat Bayang Sudah Pandai Mengejek ini lalu-lalang di Twitter, membuatkan aku terpikat setelah melihat rata-rata meletakkan satu tanda aras yang tinggi bagi buku ini. Ia menimbulkan satu rasa gelojak di dalam hati saat pembaca-pembaca lain membangkitkan yang buku ini mengetengahkan unsur-unsur kesihatan mental di dalam cerpen-cerpen.
Bagi aku, kumpulan cerpen (kumcer) yang terdiri daripada 14 buah cerpen ini satu mengujakan bagi ditelusuri hal-hal yang terkait dengan isu kesihatan mental. 14 cerita, 14 jenis masalah yang sering menjadi isu-isu yang dilihat di dalam dunia psikiatri. Dari pengamatan lain, kumcer ini boleh dikatakan suatu nukilan dan pengamatan penulis berada di dalam bidang psikiatri dan melampiaskan kritikan-kritikan sosial mengenai isu kesihatan mental yang dipandang enteng oleh masyarakat.
Terdapat beberapa cerpen yang menarik untuk ditekuni isinya:
1. Khianat 2. Lilis 3. Penggembara Fague
Khianat mengisahkan Rafilus yang terpaksa menghadap bayang-bayangnya sendiri. Lilis mengisahkan kisah tekanan ibu bapa yang menghadapi kematian anak mereka dan dalam masa yang sama terpaksa mengharungi onak duri anak mereka yang menghidap Autism. Selain itu, penggembara Fague mengisahkan seorang perempuan yang mempunyai pelbagai watak di dalam hidupnya dan mempunyai simptom ‘Fague’.
Secara keseluruhannya, ia sebuah kumcer yang sangat baik. Bahkan, menongkah arus dalam arena kumpulan cerpen. Hal ini kerana, diselitkan di penghujung cerita nota kaki penulis mengenai penyakit-penyakit mental yang selalu dihujani di bahagian Psikiatri. Namun, ada beberapa cerpen antaranta Liga Juara-Juara yang aku tidak memahami dan konteks mengenai isi, tema dan naratif yang penulis ingin jelmakan di dalam cerpen tersebut.
Cerpen cerpen pendek dan mudah faham. Berkisarkan tentang kesihatan mental. Jika stigma individu yang mempunyai masalah mental ni sebagai 'gila', buku ini menerangkan kategori kategori gila itu dengan lebih terperinci. Yang paling menarik, di akhir setiap cerpen fiksyen akan disediakan nota ringkas berkenaan jenis 'gila' tersebut. Mudah faham untuk basic reading sebelum melangkah ke bacaan yang lebih susah. Apa pun, sekiranya anda rasa anda mempunyai masalah masalah terutamanya sedih berpanjangan, kemurungan, bad vibes sekeliling diri silalah mencari yang pakar untuk mengubatinya. Jangan self diagnose. It will be a very long journey to find the why, be patient dan berkongsilah dengan yang fasih mendengar.
Membaca prakata sahaja sudah membuatkan saya suka akan buku ini. Tulisan Dr. Zul Azlin sangat lazat dan mengenyangkan. Pertama kali baca karya beliau dan saya terus jatuh suka serta memasang impian untuk membaca semua buku yang beliau tulis.
"Marah dan resah kerana dia risaukan kejumudan makhluk bergelar manusia yang perasan sentiasa di pihak yang benar. Mendabik dada sebagai khalifah Allah tapi kebodohan yang tergambar. Kontradiksi yang sukar dijabar."
Bayang Sudah Pandai Mengejek, sebuah kumpulan cerpen bergenre realisme/seriau/fiksyen sains, mengumpulkan kisah manusia dengan pergelutan masing-masing. Di mana pergelutan tersebut secara berterusan membayangi hingga pada satu masa hampir melemaskan mereka. Antara cerpen yang menjadi kegemaran ialah Mambang di Kandang.
Mambang di Kandang mengisahkan seekor jin yang didakwa menjadi punca kepada seorang gadis bernama Wati seolah-olah kerasukan. Cerpen ini berjaya membawa keunikan dalam karya berlatarkan drama sidang mahkamah dengan menjadikan sebuah entiti ghaib menjadi yang tertuduh. Dari situ pembaca akan mendalami monolog jin itu yang mengkritik kecetekan akal manusia dalam sesuatu perkara. Seringkali terjadi pada masyarakat sekarang yang menolak penjelasan saintifik dan lebih mempercayai pada penjelasan tahyul lalu menjadikan perkara ini agak ironik kerana sebahagian mereka merupakan agamawan. Potongan hadis beserta rujukannya yang diselitkan penulis menjadikan kritikan dalam cerpen ini lebih konkrit dan berasas. Kekurangan ketara pada cerpen ini boleh dikatakan tiada kerana penyampaian mesejnya yang jelas dan susunan plotnya yang kompak menjadikan cerpen ini begitu menarik serta mendebarkan. Antara perihal yang disentuh ialah kepentingan tabayyun dan bahana bermegah diri.
Secara keseluruhannya, kumpulan cerpen ini harus dibaca oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya yang kurang terdedah dengan isu kesihatan mental. Ini kerana penulis berjaya mengetengahkan isu kesihatan mental menjadi teras utama setiap cerpen dan disampaikan dengan olahan cerita yang menarik merangkumi pelbagai genre. Selain itu, penambahan nota akhir pada setiap cerpen sememangnya suatu langkah yang bagus bagi memberikan pencerahan kepada pembaca. Boleh dikatakan kumpulan cerpen ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan stigma negatif masyarakat terhadap para pejuang yang sedang bergelut dengan kesihatan mental masing-masing di luar sana. Sememangnya usaha penulis juga sebagai seorang ahli psikiatri yang berusaha mendidik masyarakat berkaitan kesihatan mental melalui karyanya harus dipuji.
Bayang Sudah Pandai Mengejek mengandungi 14 buah cerpen yang berkisah kehidupan dan kesihatan mental. Setiap cerpen cuba mengetengahkan isu-isu berbeza. Dan… kebanyakan isu yang dibawa boleh dikatakan agak berat dan perlu pemahaman tingkat sederhana untuk memahaminya. Ini bukanlah satu bahan bacaan santai, tapi lebih kepada pembacaan ilmiah yang disampaikan dengan cara yang santai. Kita akan dapat sesuatu yang lebih daripada rasa ‘senang hati’. Buku ini akan buat kita berfikir dan merenung. Bahasa yang digunakan juga agak bombastik. Ada sesekali saya perlu Google perkataan-perkataan tertentu. Tapi tidaklah terlalu bombastik sampai mengganggu pembacaan. Apa yang saya suka tentang buku ini ialah ia membawa masalah-masalah taboo dan berat tanpa menyinggung mana-mana pihak. Penulis pandai bina satu situasi atau watak yang mana kita tahu benda yang dibuat itu salah, tapi kita boleh faham kenapa dan mengapa perkara itu berlaku. Untuk buat watak yang begitu agak susah. Watak begini lebih terasa ‘manusia’ dan ‘hidup’. Lebih mudah untuk cipta watak yang terang-terangan polarize. Jahat, jahat betul. Baik, baik betul. Sedangkan pada hakikatnya tak ramai manusia yang begitu. Mungkin kerana penulis adalah seorang doktor psikiatri, jadi dia lebih terdedah dengan pelbagai ragam manusia. Kesimpulannya 4.5/5 bintang. Oh, ya! Ada sedikit mencarut, tapi tak banyak dan ada sedikit isu-isu taboo dalam masyarakat.
"Aku percaya tuhan itu baik. Pengasih. Pengampun."
Bayang Sudah Pandai Mengejek mengangkat isu psikiatri dan kesihatan mental sebagai tema utama. Terdapat 14 cerpen semuanya yang membincangkan setiap satu jenis masalah mental yang biasa kita dengar pada masa kini -- kemurungan, tekanan perasaan, ADHD, Bipolar, MDD, dan sebagainya.
Daripada 14 macam cerpen dalam naskah ini, ada beberapa yang mendapat tempat di hati saya antaranya ialah Lelaki, Suami dan..., Ruaingga Yang Merdeka, Gemuruh Seorang Tetamu dan Surat Dwikutub.
3.5 bintang untuk koleksi cerpen Bayang Sudah Pandai Mengejek tulisan Dr Zul Azlin. Ada beberapa cerpen yang agak meh dan tak kena dengan selera (baca: tak faham). Tapi secara keseluruhannya masih lagi sebuah naskah yang baik.
Gila betul buku ni. Penulis betul-betul pandai memainkan dimensi yang berlainan in each story. Definitely a rollercoaster ride. Mencabar daya otak berfikir and the fact penulis memang seorang pakar psikiatri buat this book more appealing! 5 stars!
The first 7 cerpen are really mind-blowing. Opening my eyes for the wide spectrum of mental disorders and the people who live with it. But ada a few cerpen yg I thought like "why is this here?"
But overall, I just love how the arrangement of words is such a beautiful way.