Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seluruh Alam dalam Sebutir Debu

Rate this book
"...Keindahan ada dalam luka, dalam kehalusan benda-benda yang terbiar dipinggirkan. Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga. Tuhan memang wujud dalam keindahan jalur pelangi, tetapi Dia juga wujud dalam titis air yang membentuk pelangi itu. Kita boleh melihat seluruh alam dalam sebutir debu. Dan dalam sebutir debu lantai yang halus tidak dipedulikan itu, ada Tuhan.”

13 buah cerpen karya Saharil Hasrin Sanin dalam naskhah ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera, dan membuktikan bahawa beliau kekal seorang tukang cerita yang ampuh. Dari kisah gerai penjaja alusmitai sehinggalah cinta ratusan batu di dasar Al-Aqsa, buku ini bakal membawa kita menjelajah ke pelusuk rencam rasa: bahagia, dan luka.

204 pages, Paperback

Published June 3, 2022

4 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Saharil Hasrin Sanin

17 books113 followers
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (40%)
4 stars
35 (41%)
3 stars
13 (15%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Hadi Muss.
148 reviews20 followers
June 13, 2022
Lama tak reviu buku sebenarnya, tak tahu nak mula dari mana. Langgar sajalah.

Kumpulan cerpen kali ini sememangnya menyajikan cerita-cerita yang kita dapat hanya dari seorang Saharil; unik, tak disangka-sangka dan ada rasa seronok dalam sederhana penulisannya. Disebabkan ianya kumpulan cerpen barangkali ada yang mungkin biasa-biasa, ada yang jalan ceritanya bergantung kepada imaginasi pembaca dan ada yang rasa macam pernah baca; tapi tak pernah. Entah yang akhir tu aku sendiri tak tau nak terangkan macam mana.

Oh ya satu lagi yang aku perasan (dan suka) adalah Saharil tulis dengan teliti, dan aku hargai cerita yang punya perincian walau sekecil-kecil benda. Macam kalau nak cerita tentang nak buat nasi lemak, bukan sekadar kongsi resepi tapi dia akan cerita dalam santan ada sebatian kimia apa yang membuatkan nasi + santan + rempah jadi nasi lemak yang sedap kita makan. Tak lah dia cerita perihal nasi lemak dalam buku ni tapi itulah kesimpulannya nak faham apa yang aku maksudkan, kena baca.

Yang paling penting adalah keseluruhan pengalaman pembacaan buku ni. Seronok, banyak cerita yang mengujakan dan termasuk dalam kategori buku yang aku suka (duhh, rating 5 bintang kan?).

Cerpen top 3; Gapi, Gulali-Walla dan Air Mata Orang Kaya.

Rating akhir: 4.5 bintang.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
July 18, 2022
Sebuah kumcer yang bagus, cuma secara peribadi bukan untuk saya. Bagi saya secara keseluruhan kumcer ini ‘berat’, maka cuba elakkan daripada membaca sekaligus. Membaca 1-2 cerpen dalam satu-satu masa adalah ideal. Ada 3 cerpen yang mengesankan untuk saya iaitu Cinta antara Api Al-Quds, Gapi dan Air Mata Orang Kaya. Ini karya penulis yang pertama saya baca. Memandangkan ramai pembaca mencadangkan karya-karya Saharil, saya akan cuba baca yang lain pula.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
614 reviews425 followers
December 20, 2022
Tahun ini, aku telah disajikan dan lebih mendalami dunia Kumpulan cerpen, dan Seluruh Alam Daripada Sebutir Debu daripada Saharil Hasrin ini boleh diletakkan antara Top 10 Best short stories collection I've read this year.

Buku pertama aku daripada penulis ini, dan aku sangat looking forward untuk membaca Dentang juga, lebih-lebih lagi selepas menghabiskan kumpulan cerpen ini. Aku tak tahu aku expect apa ketika memulakan pembacaan aku, tetapi yang pastinya, unsur Agama dan Ketuhanan amat dititik-beratkan oleh penulis dalam buku ini.

I think its one of those books that I thought it would lean more on being emotional, but I love that I was taken by surprised by the closeness of God and religion that had been written by the author.

Aku boleh katakan, aku sangat berpuas hati dengan semua cerpen yang ada di dalam buku ini. Ada cerita yang membuatkan aku ternganga, ada yang membuatkan aku termenung sejenak, memikirkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. That's the beauty of collection of short stories, is that, not all stories needs to make sense. Its whether the stories had left an impression after finishing is the most important.

Penulisan Saharil bagi aku sangat teliti dan aksaranya cukup indah. It has a bit of wittiness in the stories but its packed with life advices to carry on forward with living.

Antara top 2 cerita kegemaran aku dalam kumcer ini:

Gapi
Yall. This story left me just......... staring into space for quite some time. I love the concept but also, never play with a woman that is scorned cause lord :') It also touches on how Science can make or break a society.

Sepuluh Sayap
Sebuah cerita yang eksperimental tetapi, aku rasakan impak selepas membaca cerita ini membuatkan aku tersenyum sendiri. Dalam sebuah kumcer, akan ada elemen sci-fi yang akan dicuba oleh penulis, dan honestly aku yakin, kalau penulis nak keluarkan buku Sci-Fi , aku akan membacanya. Love the setting, the concept and the whole message that the author wanted to portray. Its heartwarming and also leaving you with a heartache

Secara kesulurahannya, aku sangat suka dengan kumcer ini. Highly recommended. Dari segi pacing , aku boleh katakan, kumcer ini agak berat, namun, boleh dibaca mengikut pacing masing-masing. Again, highly recommended and looking forward to read more from the author!
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
December 13, 2023
Apa lagi yang boleh dikatakan selepas membaca (yang mengambil masa yang lama) naskhah ini. Sebanyak 13 buah cerpen menawarkan pelbagai bentuk cerita, tema, genre dan tentunya 'sesuatu' yang perlu difahami, dipelajari dan diambil manfaatnya.

Tiga cerpen pertama membawa saya ke Palestin, ke Gaza, negara yang tersiat oleh kezaliman. Bertahun-tahun Palestin menderita dan cerpen-cerpen awal dalam naskhah ini mengembalikan ingatan kepada saya betapa hidup ini penuh kesia-siaan berbanding rakyat Palestin yang terzalimi.

cerpen-cerpen seterusnya memahamkan saya bahawa cerpen itu bentuknya amat bebas; ada yang pendek, ada yang panjang - namun harus disampaikan dengan seimbang. Tiada cerpen yang paling saya suka kerana semua saya suka dan memaksa saya mendakap realiti kehidupan - ada suka, ada duka. Cerpen Gapi misalnya membawa analogi tabiat manusia yang mendambakan kecantikan pasangan dan tidak setia. Sebuah fiksyen yang bersalut fakta saintifik - yang membuatkan kita percaya, itulah dia, punca manusia berkelakuan aneh sehingga kini.

Saharil membawa pembaca ke dalam diri, keluar dari diri dan melihat seluruh alam ini bagai sebutir debu.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
June 27, 2022
Untuk kumcer kali ini, ia lebih kepada cerita cerita ketuhanan dan islamik. (Yang bukan gaya Hilal Asyraf). Saya rasa ada yang kurang daripada cerita cerita dalam buku ini. Macam kurang wow. Satu satunya cerita yang wow dan saya suka gila adalah cerita pertama iaitu Ops Akliah. Biasanya Saharil akan menulis dengan satu fakta atau trivia, macam cerita tentang sejarah. Contohnya daripada buku Cerpen Patah Hati, tentang bunga orkid dan sejarah valentine. Dan saya suka gila dengan cara itu. Kali ini, kebanyakan cerpen bermain dengan fakta dan sejarah dalam Islam dan zaman kegemilangannya. Dan juga ikan gapi. Dan tak lupa juga, seperti biasa, kumpulan cerpen Saharil akan ada cerpen yang recycle, dan pernah terbit dalam buku sebelum ini. Untuk kumcer ini, saya perasan cerita Pasu. Dan saya ingatkan cerpen Gulali-Walla pernah terbit dalam kumcer Underground kolaborasi bersama Faisal Tehrani. Tetapi rupanya cerpen dalam naskhah itu milik Faisal Tehrani. Cuma ada beberapa persamaan. Masih kumcer yang enak dan nikmat dibaca, cuma saya secara personalnya lebih minat kumpulan cerpen sebelum sebelum ini.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 14, 2024
My all time favorite ialah Gapi, pernah baca dalam kumcer penulis yang lain. Boleh jadi premis untuk watak supervillain origin. Boleh juga dikembangkan lagi dengan pengenalan watak baik yang baru yang cuba mengembalikan semula alam kepada fitrahnya. Mesti menarik haha.

Sebuah lagi cerpen yang saya suka adalah Sepuluh Sayap yang memberi gambaran dunia ke arah bencana. Epistolari + scifi.

Selain itu ada beberapa cerpen yang menggunakan konflik di Timur Tengah (cth: Israel-Palestin) yang sangat relevan dibaca untuk dibaca semula.
Profile Image for Miyuke.
200 reviews3 followers
September 13, 2022
13 karya oleh penulis termuat di dalam naskah ini. Betapa banyaknya perkataan hyperbola yang digunakan sehingga tidak terhitung.

Tekunilah cerpen Gapi jika inginkan plot twist di pengakhiran cerita.

Rujuklah Budak Dalam Sampan dan Pasu jika inginkan bacaan yang ringkas namun bermakna.

Pelbagai kisah mengaitkan kehidupan, tempat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di seantero dunia digabungkan di dalam naskah ini.

NOTA :
Pada akhir pembacaan, saya menyimpulkan bahawa naskah nipis inilah yang merujuk kepada sebutir debu yang mengandungi seluruh alam di dalamnya memandangkan betapa agak saratnya jalinan ilmu (dunia dan akhirat) yang ada pada setiap helaiannya.

Setiap cerita dipenuhi dengan tak kurang dari satu ilmu baharu.

Syabas Penulis!!
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
May 15, 2023
Saharil seperti biasa membuat aku terkesan dengan sudut pandangnya.

Tiga cerpen yang menjadi pilihan:
1)Gapi
2)Pasu
3)Air Mata Orang Kaya

Keseluruhan, 3.5⭐️ untuk kumcer ini.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 19, 2023
Selalu kagum dengan penulis. Cara penulisan dan jalan cerita yg x terjangkau dek akal. Cuma ada beberapa cerpen yg agak berat utk dihadam atau terlalu mengelirukan aku. Aku jelahhh kot yg rasa camtu sbb kapasiti otak aku terlalu limited untuk art berat hahaha
65 reviews2 followers
June 13, 2023
Meskipun banyak tabbings disematkan pada perenggan-perenggan menarik atau menyentuh hati, secara keseluruhan aku okay saja dengan kumpulan cerpen oleh penulis ini. Membeli naskhah di PBAKL 2022, aku masih ingat perasaan teragak-agak untuk mencapainya dari rak di reruai Kata-Pilar. Dua daripada cerpen dalam buku ini telah aku baca daripada kumpulan cerpen lain dan maklum balas aku hanyalah "biasa-biasa". Maka, wajarkah aku membeli sebuah koleksi yang hanya menampilkan karya daripada penulis yang sama?

Oh well, aku beli juga. Dan Alhamdulillah, aku tak rugi. Sementara sebahagian cerpen hanya suam-suam kuku, sebahagian lainnya aku cukup suka dan meninggalkan kesan.

Ops Akliah (favourite)
Gerakan memperjuang hak-hak keilmuan Islam yang terkambus sejak zaman kegemilangannya.
"Islam tidak cuma sekadar agama, Islam ialah cara hidup, seni dalam berfikir, saraf orang berilmu."

Hati Bukan Kertas
Bukanlah cerpen terbaik, namun, jika cinta terhadap buku boleh digambarkan sebagai seorang manusia, dia sedang melihat tajam kepada aku. Membaca cerpen ini rasanya seperti diperhatikan.
"Bercinta memang payah. Tapi saya ada buku."

Gapi
Cerpen penuh ekspektasi dek kerana ulasan-ulasan lain yang memuji. Ternyata, ia sehebat yang dihebahkan. Cerpen ini mengingatkan aku kepada satu tweet yang melontarkan idea rawak tentang kemungkinan kes depresi dan anxiety yang mencanak masa kini berpunca daripada hasil kerja jahat/cuai saintis yang menyebarkan penyakit melalui udara. Fenomena logik, bagi aku. Buktinya, Gapi terhasil. Buktinya, Train to Busan terhasil, filem darurat serangan zombie di bumi Korea Selatan kerana kecuaian projek bioteknologi.

Sepuluh Sayap
Narator dari masa depan menghantar surat kepada pembaca di hari ini, mengaitkan tragedi tsunami Aceh dalam penceritaan hari-hari terakhir hidupnya di bumi sebelum asteroid menghentam dan meranapkan seluruh kehidupan.
"Ya, semua orang akan mati, satu hari nanti. Tetapi, walau bernafas, tidak semua orang hidup."

Air Mata Orang Kaya (juga favourite)
Salah faham seorang Tan Sri yang menghidap epifora, sejenis penyakit mata, tentang kekayaannya yang melambung dan kefakiran Rasulullah. Tangisan keimanan berusulkan cinta untuk hidup bersunnah.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
July 14, 2022
📚 Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu
🖋 @saharilhasrinsanin @saharilconteng
🏠 @katapilarbooks

“𝙆𝙚𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙡𝙪𝙠𝙖, 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙝𝙖𝙡𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙣𝙙𝙖-𝙗𝙚𝙣𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙞𝙖𝙧 𝙙𝙞𝙥𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣. 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣 𝙠𝙚 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙖𝙡𝙖𝙢, 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙞𝙠 𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞, 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙧 𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣, 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙘𝙚𝙗𝙞𝙨 𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝, 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙗𝙞𝙣𝙩𝙞𝙡 𝙙𝙚𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖. 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙬𝙪𝙟𝙪𝙙 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙡𝙪𝙧 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙞, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝘿𝙞𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙬𝙪𝙟𝙪𝙙 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙩𝙞𝙩𝙞𝙨 𝙖𝙞𝙧 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙞 𝙞𝙩𝙪. 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩𝙞𝙧 𝙙𝙚𝙗𝙪. 𝘿𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩𝙞𝙧 𝙙𝙚𝙗𝙪 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙡𝙪𝙨 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙙𝙪𝙡𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪, 𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣.”

13 kumpulan cerpen yang berbeza yang mengisahkan pelbagai tema. Namun, tema besar bagi kumpulan cerpen ini bertunjangkan nilai-nilai Islamik.

Jika diamati dengan lebih mendalam, setiap cerpen ada keunikannya tersendiri daripada cerpen Ops Akliah sehingga cerpen terakhir, Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu. Malah, jalan penceritaan seolah-olah Saharil berada di sebelah mengungkapkan segala jalan penceritaan yang tersemat di dalam kumpulan cerpen tersebut.

Malah, rasa kagum terhadap segala fakta yang dicurahkan di dalam kumcer (kumpulan cerpen) ini, terus mengekalkan rasa kekaguman aku terhadap idea dan nilai fahaman Saharil bagi memahamkan pembaca juga.

Cerpen Gapi jika tidak salah pernah tersiar di dalam kumpulan cerpen, yakni karya lain yang ditulis oleh Saharil sendiri. Malah, apa yang aku perasan adalah ada penambahbaikan daripada sudut informasi dan perkembangan jalan cerita cerpen Gapi tersebut.

Saharil juga seperti biasa mengarang secara tenang dan setiap perkataan yang ditulis olehnya mengetuk hati pembaca sepertiku seolah-olah memunculkan semula nilai kemanusiaan yang kian hilang dalam masyarakat sejagat. Malah, watak-watak yang diwujudkan itu seolah-olah watak hidup yang datang ingin meninggalkan kesan kepada pembaca.

Apapun, elemen-elemen islamik sama ada nilai yang membangunkan spiritual mahupun nilai-nilai manusiawi menjadi tunjang kepada pergerakan setiap kumcer.
Profile Image for Jejaka Buku.
116 reviews5 followers
April 12, 2023
"Biar sehebat mana pun bencana dan malapetaka yang menghurung diri kita, biar sehitam mana pun tragedi yang menimpa, tetap ada manis yang Tuhan sembunyikan."

Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu, sebuah kumpulan cerpen mengandungi 13 cerpen yang menyentuh pelbagai perihal hidup serta emosi manusia yang setiap satunya mempunyai rencam tersendiri. Antara cerpen yang menjadi kegemaran ialah Dunia Badang.

Dunia Badang mengisahkan seorang model bernama Razak yang bekerja di bawah agensi Dunia Badang. Kerjayanya sebagai seorang model berada di takat yang mengancam nyawa apabila dirinya hancur kerana menjadi mangsa pengeboman. Sepanjang cerpen ini, pembaca akan menelusuri naratif Razak yang separa sedar ketika dirinya sedang diselamatkan para doktor pada masa yang sama mempersoalkan keputusan agensinya melanggar ketentuan dan kekuasaan Tuhan atas usaha menyelamatkannya. Secara amnya, cerpen ini ingin mengajak pembaca berfikir secara meluas dan tidak terkongkong pada ssatu sumber sahaja. Pada masa yang sama memberi gambaran bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang jumud serta dapat bergerak seiring dengan sains demi kemaslahatan manusia. Dialog Razak dan si Mesin Basuh secara tidak langsung memberi perspektif baru kepada pembaca untuk memandang suatu masalah pada sudut berbeza dan diteliti secara menyeluruh untuk penyelesaian yang dapat menguntungkan pelbagai pihak.

Secara keseluruhannya, setiap cerpen ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan kadang unik serta dihiasi jenaka yang menjadikan pembacaan tidaklah membosankan. Walaupun ada beberapa cerita yang dirasakan biasa sahaja, tetapi pada masa yang sama penulis tidak lokek berkongsi ilmu kerana penulis bijak menyulam fakta-fakta menarik dalam naratif cerita menjadikannya bukanlah cerita kosong semata-mata.


4.25🌟/5🌟
Profile Image for Alusmitai.
17 reviews1 follower
June 11, 2022
Buku ni merupakan himpunan cerpen karya saudara Saharil Hasrin Sanin. Ini merupakan karya kedua yang saya baca selepas Dentang. Ya, agak terlambat saya mengenali karya beliau.

Setiap cerpen yang terkandung dalam buku ini, penuh dengan makna tersirat dan jangan dilupakan informasi-informasi ilmiah yang beliau sampaikan terutamanya berkaitan sains dan sejarah.

Bermula dengan cerpen yang awal, beliau telah memberitahu cara dinamit dihasilkan. Juga sejarah-sejarah dan tokok-tokoh Islam turut diceritakan. Setiap cerpen seolah-olah sebuah tarbiah kepada pembaca. Saya akan termenung setiap kali selesai setiap cerpen dalam buku ini.

Hampir semua cerpen saya suka, tapi yang paling menarik perhatian saya “Gapi”. Ia membuatkan saya makin mahu membaca dan mencari kajian berkaitan ikan gapi ini.

Tahniah saudara Saharil! Bila dilihat semula latar belakang pendidikan beliau, tidak dinafikan ia juga memainkan peranan dalam menghasilkan karya bermutu seperti ini.

Secara rasminya saudara Saharil Hasrin Sanin telah menjadi penulis kegemaran saya.
Profile Image for Ira Nadhirah.
610 reviews
June 24, 2022
Sentiasa menunggu buku-buku Saharil. Sejak membaca Dentang, saya sudah jatuh cinta akan penulisannya.

Saharil dan ketenangan berpisah tiada. Even cerita perang dan kemusnahan dunia pun kita masih akan merasakan tenang. Mungkin kerana ada elemen elemen ketuhanan atau mungkin penggunaan bahasa itu sendiri yang membuatkan kita tenang.

Untuk koleksi cerpen kali ini, saya memilih Gapi sebagai nombor satu dalam carta. Sains dan agama bergabung di dalam satu cerita yang amat dekat di hati, iaitu tentang kemusnahan rumahtangga akibat dari pihak ketiga.

Yang kedua, Budak dalam Sampan. Pendek dan ringkas tetapi meninggalkan kita dengan 1001 perasaan.

Disebabkan i am not really a fan of sci-fi, maka saya ambil masa agak lama untum habiskan Dunia Badang dan Sepuluh Sayap.

Secara keseluruhan, saya masih sukakan penulisan Saharil dan berharap beliau akan menulis sampai bila-bila.

'Kita ini mainan di tangan masa, menari pada muzik yang bukan kepunyaan kita' - Khalilullah Khalili.

ps: i wish i have extra time to reread Dentang.
Profile Image for farahxreads.
722 reviews262 followers
September 2, 2023
Tak ingat bila kali terakhir saya hadam tulisan tulisan Saharil. 2017-2018 rasanya. Apa yang saya ingat cerita-ceritanya segar dan tidak klise. Diperelok lagi dengan lenggok bahasa yang kemas dan bersahaja.

13 buah cerpen yang beragam. Dari hal peribadi yang menarasi kisah famili, perasaan dan soal hidup mati; ke bab sosial yang menyentuh perbezaan kelas dan hubungan antara ras; sehingga soal politikal yang merangkum kisah perang, kolonial, dan teknologi masa depan. Seperti corak penulisannya yang lepas, Saharil banyak menyisip topik-topik menarik dalam koleksi cerpen ini. Seronok baca pasal ikan gapi yang ada kecenderungan curang, pergeseran politik di negara-negara lain, kemungkinan alat rentas masa dan koloni di Marikh. Ada juga diajar cara membuat dinamit. Berbanding koleksi lepas yang bernada agak riang dan nakal, Seluruh Alam lebih rumit dan serius nadanya. Tak sangka banyak juga mesej-mesej keagamaan yang diselitkan. Tapi ia masih kekal pop dan santai.

Cerpen kegemaran: Semuanya saya suka tapi yang paling wow gitu ialah Gapi dan Sepuluh Sayap.
Profile Image for el ♡.
117 reviews4 followers
January 4, 2023
solid 4 ⭐

agak terlambat saya terjumpa buku ni (walaupun pada hemat saya, tiada istilah terlambat dalam membaca) tetapi alangkah girang jiwa saya jika bertemu buku ini lebih awal.

ada beberapa perkara yang saya amat gemar dalam buku ini:
1) cover buku yang pada saya amat menarik, kombinasi warna & tulisannya cukup padan.

2) tajuk buku ini sendiri: Seluruh Alam dalam Sebutir Debu.
fuh, amat euforia bila kita baca berulang kali.

3) kandungan buku ini yang rata-rata perjalanan manusia di bumi Al-Quds.

4) quote yang paling menyentuh hati saya;
"walau bernafas, tidak semua orang hidup," - Sepuluh Sayap.

kudos untuk penulis, saya amat meminati buku cover Ikan anda. teruskan menulis untuk anak bangsa.
Profile Image for Miem’s.
317 reviews2 followers
July 9, 2022
Rupanya ini bukan buku pertama hasil tulisan Tuan Saharil yang saya pernah baca.

Tapi buku ini pada saya semacam satu pengalaman baharu yang tak pernah saya rasakan sebelum ini dalam mana-mana bacaan lain.

Cerpen kegemaran saya tentunya Gapi. Saya tergamam lepas habis membaca cerpen ini, dalam kepala rasa kosong, terkaku sekejap lepas habis pembacaan. Tapi saya puas dengan penamat cerita. Lari daripada pengakhiran yang saya jangkakan.

Keseluruhannya pengajaran yang saya terima daripada bacaan kali ini terlalu banyak. Walaupun ada koleksi cerpen yang bukan genre kesukaan saya (sains fiksyen dan futuristik), tapi saya masih cuba hadamkan dan hayati. Kudos to the author.
Profile Image for Tia Hamden.
19 reviews
August 9, 2025
192pages ; 13cerpen oleh seorang penulis Saharil Hasrin Sanin

"Ya, semua orang akan mati, satu hari nanti. Tetapi, walau bernafas, tidak semua orang hidup." m/s:174

Firstime baca hasil karya Saharil Hasrin Sanin.
Kumcer yang aku rasa menarik. Seronok baca susunan perkataan dalam ayat. Penulis selitkan fakta2 sebagai input untuk pembaca.

Cinta di Dasar Al Aqsa: aku lurve!
Budak dalam sampan: ringkas tapi deep!
Gapi: plot twist yang menarik kat ending!
Gulali walla: mesej paling bermakna!
Seluruh Alam dalam Sebutir Debu: cerpen last, menyedarkan aku yang hakikat sebenar seluruh alam ada walau dalam sebutir debu.

Terima kasih penulis.
Goodjob! 💪🏼
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
June 28, 2022
Sebuah kumcer hasil tulisan Saharil. Ada cerpen yang pernah baca tapi dimasukkan ke dalam kumcer ini juga. Ada cerpen yang saya suka, ada yang buat saya speechless. Mungkin kapasiti otak saya terlalu kecil untuk faham mesej disebalik cerita yang disampaikan. Hmm.

Banyak input dan ilmu yang Saharil cuba masukkan dalam cerpen-cerpennya. Bukan sekadar cerita kosong. Dan untuk SADSD ini, temanya lebih berat ke arah agama, sejarah, dan sains.
Profile Image for Amira.
14 reviews
June 17, 2024
Kumpulan cerpen yang indah tulisannya. Ini karya penulis pertama yang saya baca. Setelah membaca buku ini, saya dapat rasakan penulis bukan calang-calang orang. Ilmunya dalam bidang saintifik dan lenggok bahasanya terasa bukan seperti orang kebiasaan.

Recommended.
Profile Image for Ariza.
98 reviews27 followers
Read
June 10, 2022
Tragedi, harapan dan keindahan.

Profile Image for Fahmi Kashfi.
12 reviews2 followers
August 15, 2022
Sahril seperti biasa hadir dengan cerpen-cerpen yang luar biasa. Antara cerpen kegemaran semestinya Gapi, Cinta Api Al-Quds dan Cinta di dasar Al-Aqsa.
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
September 3, 2023
Begitulah saharil, sentiasa lain, sentiasa berisi, sentiasa menyentuh hati. Setiap cereka yang ditulis seperti benar belaka.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews377 followers
August 15, 2025
Dalam kumcer ini, Saharil Hasrin Sanin mempersembahkan 13 cerpen yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera yang menjadi bukti bahawa dia seorang tukang cerita yang ampuh dan berani.

Kumcer ini boleh dikatakan sebuah eksplorasi estetik dan falsafah tentang keindahan yang tersembunyi dalam luka, dalam benda - benda yang terbiar dan dipinggirkan, dalam debu yang tidak dipedulikan. Cerpen - cerpen ini membawa aku menyusuri pelbagai lanskap emosi dan geografi — dari gerai penjaja alusmitai hingga ke cinta yang tenggelam di dasar Al-Aqsa — dengan satu benang merah: pencarian makna dalam yang kecil, yang halus, yang sering kita abaikan.

Watak-watak dalam cerpen Saharil bukan jenis hero yang menuntut simpati atau kekaguman. Dorang ni adalah serpihan manusia yang terpecah, yang kadangkala tidak bernama, tapi hidup. Dorang adalah golongan penjaja, pencinta, pengembara, pengamat, dan kadangkala hanya bayang - bayang yang melintas dalam naratif. Namun, kekuatan dorang terletak pada kejujuran dan kerentanan yang ditulis dengan penuh empati. Dorang tak dijadikan wira, dorang orang kebiasaan - dengan segala kekuatan dan kekurangan yang nyata.

Gaya bahasa Saharil dalam buku ini adalah antara yang paling puitis dan reflektif dalam semua karyanya yang pernah aku baca. Dia menulis dengan kehalusan yang jarang ditemui, memadukan falsafah, spiritualiti dan sensualiti dalam satu jalur naratif yang tak berlebihan.

"Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga" kuat betul metaforanya, aku boleh melihat semula dunia dengan mata yang lebih dalam. Gaya ini sangat serasi dengan aku, dan menerusi buku inilah aku mula bergelumang dengan buku - bukunya.

Falsafah utama yang mengikat kumcer ini aku rasa adalah idea bahawa Tuhan dan makna wujud dalam yang terpinggir, yang terbiar, yang tak diberi perhatian - menolak naratif besar yang mendominasi sastera dan kehidupan - satu penghormatan kepada yang kerdil, yang halus, yang debu. Berhenti sejenk untuk melihat, nescaya kau akan merasa.

Ini adalah karya yang kaya dari segi pemikiran. Ia menguji kepekaan aku, menuntut renungan, dan membuka ruang tafsir yang luas. Kalau kau penggemar naratif linear atau konflik dramatik yang jelas, buku ini amat slow-paced dan kontemplatif. Tapi kalau kau menghargai sastera sebagai medan pemikiran dan perasaan, Seluruh Alam dalam Sebutir Debu akan menyebabkan kau jatuh cinta kepada penulis yang sangat low profile ni.

Aku melihat buku ini sebagai satu peringatan bahawa keindahan tak selalu hadir dalam bentuk yang besar dan gemilang. Adakalanya, ia hadir dalam sebutir debu di lantai yang tidak dipedulikan. Dalam debu itu, ada bukti ketuhanan, ada makna, ada sastera yang hidup.

5 / 5 stars
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.