-Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T- Sebagai anak tani, itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran.
Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada.
-Lahuma dijemput menghadap ILAHI- Hidup mesti diteruskan! Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah padi perlu menguning. Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.
Ranjau Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan.
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.
Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.
Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).
Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.
Novel ini adalah sebuah monumen kesusasteraan yang dibina di atas lumpur dan air mata, merakam perjuangan abadi seorang anak tani. Premisnya nampak sederhana, tapi ia menyimpan kekayaan emosi dan falsafah yang luar biasa. Sebab itulah kot karya agong ini terus kekal relevan dan berdenyut dalam jiwa pembaca.
Novel ini mengisahkan Lahuma dan Jeha, sepasang suami isteri dengan 7 orang anak perempuan, yang menongkah arus kehidupan dengan hanya bergantung pada 14 relung sawah. Padi, bagi dorang, bukan sekadar tanaman, ia adalah nadi, nyawa, dan maruah. Perjuangan hidup dorang digambarkan sebagai satu siri "ranjau" yang tak putus - putus. Dari kemarau, banjir, hingga serangan haiwan perosak.
Titik puncaknya pula, adalah tragedi yang melumpuhkan si suami, Lahuma akibat tercucuk duri nibung, yang membawa kepada kematiannya yang tragis. Kemudiannya menjerumuskan Jeha ke dalam derita penyakit mental yang serius, hingga akhirnya menuntut anak-anak dorang yang masih muda remaja untuk memikul tanggungjawab berat. Naratif SNSA yang deskriptif dan penuh perincian selalu membuatkan aku baca, letak semula, baca, kemudian letak semula. Aku bebetul boleh merasa sakitnya Lahuma dan Jeha.
SNSA adalah seorang maestro kata, gaya bahasanya tinggi dan terus terang, bukan senang untuk difahami. Teknik penceritaan beliau bagai pukulan ombak, beralun dan berasah, terutama apabila menjelasan kegelisahan Lahuma, aku rasa SNSA berjaya mencipta tekanan yang berterusan, memindahkan beban emosi watak direct ke dalam hati aku sehingga mencetuskan perkongsian jiwa yang membolehkan aku merasai lelah Lahuma.
Karya ini, terus terang aku katakan - banyak kali memaksa aku untuk ChatGPT maksud diksi bahasa Melayu lama yang aku tak pernah jumpa. Tapi aku puas sebab belajar kosa kata baru. Ia menyusahkan tapi tak menghalang pemahaman. Aku akui yang kejituan pemilihan diksi SNSA sebenarnya menambah keaslian dan keklasikan novel ni. Ia adalah bukti bahawa keindahan dan kekuatan sebuah novel juga terletak pada kemampuan penulis untuk membina "suasana" dan "emosi" yang hidup menerusi penguasaan kosa kata, lebih daripada sekadar "berkata - kata".
Novel ini sarat dengan tema yang melangkaui kisah kekeluargaan.
Selain tentang perjuangan petani melawan alam, novel ini juga melawan kebobrokan masyarakat sekeliling. Isu ketua kampung yang berkira dan layanan masyarakat terhadap masalah kesihatan mental Jeha - adalah kritikan sosial yang pedih, yang menunjukkan bahawa penderitaan mereka bukan hanya kerana takdir, tetapi juga kerana sikap individualistik sesetengah pihak. Walaupun Jeha digambarkan wanita lemah sebab sakit mental selepas menjanda, SNSA mengimbangi naratif ini dengan menaikkan watak Sanah, si anak sulung Jeha. Dia matang, dan kemudiannya menjadi simbol kekuatan seorang wanita muda dalam menongkah arus. Dia adalah bukti bahawa wanita mampu bangkit dan memimpin, walaupun dalam keadaan yang paling getir.
Above all, aku rasa tema utama yang mengikat semua elemen ini adalah tawakal dan keteguhan iman. Lahuma dan keluarganya tak pernah berhenti bersyukur dan berserah kepada Tuhan walaupun ditimpa bermacam musibah. Ia memberi kita satu cermin untuk melihat bahawa kebahagiaan dan kekuatan bukan bergantung pada harta atau kesenangan, tetapi pada "kebiasaan hidup" dan keyakinan teguh pada Tuhan. Ia mengajar kita bahawa perjuangan adalah sebahagian daripada takdir, dan tugas manusia hanyalah untuk berusaha.
Sebagai seorang Millennial, novel ini adalah sebuah portal ke masa lalu yang penting. Aku pernah lihat kesusahan ayah dan ibu aku, tapi bukan generasi nenek dan datuk aku (generai pendudukan Jepun), yang pastinya jauh lagi susah. Jadi novel ini memberi refleksi kehidupan dan realiti yang tak pernah dapat aku bayangkan, apatah lagi generasi yang membesar dengan kemudahan, terumanya Gen Z dan Gen Alpha. Aku harap Gen Z dan Gen Alpha dapat merenung isu-isu besar seperti kemiskinan, takdir, dan peranan iman dalam kehidupan.
Ini adalah sebuah novel Melayu yang patut dibaca sekali seumur hidup. Usaha Jiwa untuk menerbitkannya semula adalah satu khidmat mulia kepada dunia sastera kita. Good job.
Fear. Body-sapping hard work from dawn until dusk, day after day, year after year. Ignorance, superstition, envy, the narrowest of horizons. And fear.
Welcome to the life of the poor Asian rice farmer, in fact, the life of most of humankind until relatively recently.
Shahnon Ahmad (b. 1933) was born and grew up in the Malaysian village that is the setting of Ranjau Sepanjang Jalan (Traps Along the Way - 1966) before he received a university education in Australia (but not until 1971), was elected member of parliament and became an important author (the most important, according to some sources) in his home country of Malaysia. And so, in this story of a small rice farmer and his family, Ahmad is writing straight from the heart.
Yes, this portrait of the struggles of the small, nay, miniscule farmer against the insects, weeds, giant leeches, white crabs, rats, birds, cobras, boars, weather and other men who continually threaten the sole means with which he can keep his wife and seven children alive is so distant and irrelevant to the lives of Goodreaders that I hesitate to bring it to your attention. This man, who can barely read, who lives in a bamboo two-room hut and sleeps with his entire family on a grass mat on the floor, who knows of nothing outside of his village, and who, in order to attempt to master his constant fears, continually tells himself that it is all in Allah's hands - this man could almost seem to be of another species.
Except that Ahmad, with exactly the right tone, with exactly the right distance, with exactly the right sensitivity, with exactly the right perspective, makes that man and his family the center of the reader's hopes and cares. The very few matters of importance in their lives arise again and again, a chant of few words repeated infinitely often. A chant that breaks bodies and spirits.
An intense, excruciating read.
(*) Dato' Haji Shahnon bin Ahmad, to give him all of his titles.
Tertarik dengan temanya yang berkisar isu sosial, kekeluargaan dan pertanian tentang keluarga Lahuma, seorang petani yang menampung hidup dari hasil penanaman padi di 14 relung tanah sawahnya dengan bantuan Jeha, isterinya dan 7 anak perempuan mereka.
Berlatar kehidupan desa di Kampung Banggul Derdap, plotnya sangat bermain emosi namun aku suka cara penulis perincikan watak Lahuma dari awal dengan karakterisasinya yang gigih, kuat semangat dan taat pegangan agama. Penceritaannya padat dengan usaha seorang petani dalam menghadap kesempitan hidup yang hanya mampu memilih kaedah penanaman tradisional dan kepayahan bertarung dengan musim menanam yang kadang diganggu bencana alam dan makhluk perosak. Tragedi menimpa sehingga Jeha pula terpaksa menjadi ketua keluarga buat sementara, menyambung kudrat Lahuma meneruskan kerja menanam dan menjaga pokok-pokok padi sehingga tiba musim menuai.
Diksi dan efisiensi bahasanya cermat dan mudah dihadam. Mungkin sebab aku dah pernah baca karya-karya Shahnon Ahmad sebelum ini jadi dah terbiasa dengan tabiat penulis yang gemar mengulang frasa dan perspektif yang sama daripada watak-wataknya. Suka dengan naratif pertengahannya yang menggugah simpati dan empati tentang masalah kesihatan mental bila Jeha diseret ke Tanjung Rambutan kerana depresi dan masalah halusinasi yang melampau.
Dinamik watak-wataknya bagus terutamanya Sanah, anak sulung Lahuma yang bijak menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya sambil meneruskan kerja-kerja tanaman dan menuai padi selepas ketiadaan Jeha. Selitan kritik sosial (ketua kampung yang berkira dan lokek membantu) dan hal moralitinya (layanan orang kampung dengan masalah kesihatan mental Jeha) juga sarat pengajaran. Sebuah naskhah dengan refleksi kehidupan dan realiti yang menarik bagi aku. Sehingga akhirnya, seperti yakin dan taatnya Lahuma dengan pegangan hidupnya; nasib dan rezeki tetap terserah saja dan kekal mengikut takdir Tuhan. 4 bintang untuk naskhah ini!
Kisah suka duka perjalanan hidup Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh orang anak mereka. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, mengusahakan relung bendang pusaka keluarga. Permulaan plot novel yang menampakkan segalanya akan berakhir dengan penamat yang gembira kerana Lahuma seorang yang optimistik dan selalu bertawakal kepada ALLAH setelah berusaha sehabis tenaga. Ternyata tekaan salah. Sungguh menyayat hati dan tragis sekali nasib Lahuma di tengah-tengah jalan cerita sehinggalah penghujungnya termasuklah nasib yang dialami isterinya.
SN Shanon Ahmad berjaya membuatkan pembaca hanyut dengan ranjau-ranjau yang berliku, terpaksa ditempuhi oleh keluarga Lahuma, sesuai dengan tajuk novelnya, RANJAU SEPANJANG JALAN, disulami bahasa-bahasa sastera yang indah dan puitis serta jarang-jarang dijumpai.
Berlatarbelakangkan suasana kehidupan masyarakat kampung dan bendang yang indah, kekuatan novel ini juga ada pada hubungan kekeluargaan yang setia bersama mengharungi susah payah dan tolong menolong antara satu sama lain daripada Lahuma sehinggalah kepada anaknya yang paling kecil yang seakan-akan memahami keadaan keluarga mereka tanpa ada timbul rasa putus asa yang wajar dicontohi setiap keluarga. Lepas membaca kisah susah payah petani ini mengusahakan tanaman mereka, terasa insaf pula hendak membazirkan nasi.
Novel yang tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sesuai dibaca sepanjang zaman dan semua peringkat umur.
Novel nukilan Sasterawan Negara ini tipis sahaja. Namun, isi yang terkandung sepanjang pembacaan novel ini cukup sarat, bermain dengan emosi.
Berkisar tentang keluarga Lahuma dan Jeha yang menjadikan padi sebagai sumber hidup. Padi adalah kehidupan. Andai tiada padi, matilah anak-anak yang perlu dibesarkan. Musim menyawah telah tiba. Semangat Lahuma yang tidak luntur walaupun dugaan itu sudah pasti ada, membuatkan Jeha juga sama seperti suaminya.
Namun, aturan Allah itu tidak dapat disangkal. Peristiwa tragis yang menimpa Lahuma membuatkan kitaran hidup keluarga itu berubah sepenuhnya. Janji pada suami membuatkan Jeha tidak pernah lumpuh semangat untuk terus memastikan padi yang terhasil mampu memberikan sinar di hari depan. Apakah akan ada penamat yang bahagia buat keluarga ini?
Bersesuaian dengan tajuknya, Ranjau Sepanjang Jalan tidak akan membiarkan pembaca duduk senang. Satu demi satu dugaan dilakarkan dengan penuh teliti membuatkan kita turut sama merasai sakitnya seorang Lahuma, kentalnya seorang Jeha, tabahnya ketujuh-tujuh anak Lahuma dan Jeha.
Kesimpulannya, novel Ranjau Sepanjang Jalan merupakan novel malar segar yang saya kira akan terus mekar dalam jiwa pembaca. Usaha Jejak Tarbiah x Jiwa dalam menerbitkan kembali karya ini sedikit sebanyak mampu menarik kembali minat generasi kini dengan karya klasik agung penulis. Juga dapat merasai jerih perih kehidupan pesawah yang sebenar.
kemudian menjadi gila kerana menimbang bimbang yang maha.
apa lagi dugaan yang lebih hebat yang akan datang?
saya fikir, shahnon benar-benar 'kejam' dalam setiap ceritanya. kerana setiap cerekanya membawa pembaca ke satu alam yang tidak indah, penuh penderitaan.
Membaca Ranjau Sepanjang Jalan (1966) karya SN Shahnon Ahmad benar-benar membawa saya kedunia yang lain. Mengubah cara saya melihat kehidupan disamping bersyukur dengan kesenangan yang ada pada harini. Novel ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri, Lahuma dan Jeha, serta tujuh orang anaknya, Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah yang mengharungi kehidupan yang sukar demi mencari sesuap nasi.
Latar bertempatkan suasana kampung, sawah padi, dan keadaan sosial masyarakat agraria desa yang bertarung dengan kehidupan menggiatkan tanaman padi yang mencabar. Keluarga Lahuma dan Jeha menjadi subjek utama plot penceritaan novel ini. Ia menggambarkan kecekalan Lahuma dan isterinya mencari rezeki walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi membuncitkan perut ketujuh-tujuh anaknya sehingga besar.
Kekuatan pegangan pada qada' dan qadar ALLAH s.w.t membuatkan mereka sekeluarga tetap terus berusaha demi membuahkan tanaman padi oleh kerana itulah datang punca rezeki mereka. Tiada padi tiada makan, tiada makan tiada hidup. Derita mereka sekelurga bertambah saat Lahuma selaku ketua keluarga meninggal akibat terkena bisa duri nibong. Tinggal Jeha bersama anak-anaknya tujuh orang membanting tulang mengusahakan padi empat belas relung itu.
Tidak lama kemudian, ibu mereka Jeha pula berubah menjadi kurang siuman akibat terlalu merindukan arwah suaminya, Lahuma dan kesan terlalu memikirkan keadaan tanaman padi mereka yang diuji dengan ratusan ketam-ketam, ujian banjir, serangan burung tiak, dan sebagainya. Disini, Sanah anak sulungnya pula diuji untuk menjaga adik-adiknya enam orang bersama ibunya yang gila. Diceritakan juga monolog dalaman Sanah yang merenung akan kesusahan kehidupan mereka sekeluarga yang amat mematangkan umurnya.
Dalam pengalaman saya membaca novel-novel Melayu, ini karya yang terbaik setakat ini. Ia amat wajar dibaca oleh semua kelompok masyarakat kaya miskin, tua muda, senang ataupun susah dek kerana nilai-nilai yang diterapkan didalam novel ini teramatlah bernilai dalam menyampaikan ilmu pendidikan supaya tidak mudah berputus asa kepada masyarakat yang menjalani kehidupan sehari-hari.
Lebih adil kiranya untuk kita mengenal sosok penulis terlebih dahulu sebelum menilai penulisan yang menterjemahkan pemikirannya. Saya masih berpendapat bahawa pemikiran yang tulen hanya diperoleh melalui tulisan, sedangkan pengenalan latar belakang hanya mewajarkan kualiti penulisan.
Mudahnya, andai seseorang itu bukan guru sekalipun, namun ketajaman aqalnya dalam mengamati kekacauan dalam pendidikan, lebih wajar diangkat berbanding penulisan yang memperihalkan pendidikan diterima kerana penulisnya itu seorang guru. Hasil, lebih utama berbanding sosok tubuh itu sendiri. Namun, tiadalah pula masalah andai kita memerhatikan juga latar seseorang itu. Sekurang-kurangnya, dapatlah difahami akan punca atau sebab yang mendorongnya bertindak menulis sedemikian.
Maka, dalam perkara ini, Shahnon Ahmad merupakan seorang sasterawan negara (SN) kedua (diterima pada pada tahun 1982) yang mesra dengan penulisan berkisarkan masyarakat. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini ialah novel kedua beliau yang saya baca sesudah Seluang Menodak Baung. Saya sendiri tidak begitu pasti, novel mana dahulukah yang ditulis oleh beliau, tetapi novel ini lebih berkesan ceritanya.
Keseluruhan penceritaan novel ini ‘hidup’ dengan padi. Ia menjadi paksi berkembangnya cerita. Padi dan tragedi silih berganti. Dari ular, tertusuk onak nibung, kematian Lahuma, sawah padi diserang ketam dan tiak, banjir melanda Kampung Banggol Dedap, Leha menjadi gila, hasil padi banyak tidak menjadi dan gila Leha yang tidak boleh diubati.
Saya berpendapat, seandainya pembaca benar-benar menghayati cerita dengan setiap bait kata, akan merasai juga keperitan yang dialami oleh watak-watak yang dipertaruhkan. Tragedi demi tragedi yang dihidangkan buat pembaca berterusan mengasak hingga tiada ruang buat pembaca untuk menarik nafas lega. Sekalipun ada, hanya sebentar cuma. Agak menyayat hati juga, apabila Senah, anak sulung mereka barangkali akan mengikut jejak langkah ibunya juga: menjadi gila. (Cerita berakhir dengan babak ini)
Kekuatan novel ini ialah kemampuan Shahnon menggambarkan secara rinci akan kehidupan para petani yang menjadikan padi sebagai sumber rezeki. Setiap tajak dan selut lumpur, seolah-olah penulis sendiri yang berkubang dalam relung sawah itu. Setiap babak berkait dengan padi diceritakan dengan begitu teliti, terperinci dan mampu dirasai.
Cuma, saya kurang gemar akan penggunaan ayat-ayat yang terlalu kontot dan pengulangan yang terlalu kerap. Barangkali kerana saya sudah terbiasa membaca teks-teks yang begitu panjang. Namun, pada pandangan sebahagian pembaca, mungkin bentuk ini lebih memudahkan mereka untuk menghayati jalan cerita. Akhirnya, dalam menilai sesuatu seni yang tidak berpasakkan satu hal yang mutlak, ianya terpulang kepada citarasa pembaca.
Sebuah novel yang bagus untuk dibaca, tapi buat saya, memadailah sekali sahaja.
Lahuma dan Jeha mempunyai tujuh orang. Kehidupan keluarga ini ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Namun, Lahuma begitu komited terhadap pekerjaannya mengusahakan sawah padi seluas empat belas relung. Ketika membajak, Lahuma terpijak duri nibung yang menambah pada keperitan keluarga yang besar ini apabila ia melarat kesakitan itu ke seluruh tubuhnya lalu dia meninggal dunia. Tinggallah Jeha sebagai ibu tunggal menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka di samping mengusahakan sawah padi demi mencari sesuap nasi setiap hari.
Akibat penderitaan yang melampau itu, Jeha telah dilanda kurang siuman dek terlalu tertekan dan mula merayau-rayau keliling kampung sehinggalah pada suatu hari dia ke rumah Tok Penghulu dengan berkelakuan tidak sopan, yang menyebabkan dia dikurung di rumahnya di dalam sebuah kurungan sebelum dihantar ke rumah sakit jiwa di Tanjung Rambutan oleh Tok Penghulu agar dia kembali sembuh.
Tinggallah Senah, anak sulung, yang berusia 16 tahun menggalas tanggungjawab baharu membesarkan adik-adiknya sambil mengusahakan sawah padi mereka. Bermacam-macam ujian juga dihadapi oleh Senah dan adik-adiknya tetapi dia berjaya mengatasinya.
* * *
Ini antara koleksi arwah abah. Jarang saya baca buku arwah sebab rasa macam sacred pula. Tapi saya ambil juga dua tiga buah sekadar nak tahu. Bak kata Oscar Wilde, "You are what you read." Majoriti buku arwah memang masuk kategori klasik dan diangkat sebagai karya hebat, termasuklah RSJ ni.
Lepas baca buku ni saya rasa macam kosong. Macam 'what is the meaning of life?' gitu. Rasa macam robot pun ya juga. Buku berunsur tragedi ni selalunya akan buat fikiran saya menerawang dengan 'what if'. What if Lahuma buat macam ni dan bukan macam tu. What if Jeha buat macam ni dan bukan macam tu.
Karya ni buat saya tertanya-tanya adakah petani di tahun 60-an majoritinya begitu. Beza sungguh dengan petani sekarang yang ramai sudah kaya-raya dengan hasil pertanian. Kalau Lahuma menerima unsur pemodenan, adakah nasibnya juga akan berbeza?
This novel is unlike any that I've read before. A novel depicting the agricultural life in Malaysia, No Harvest But a Thorn is a cycle of prayers, plagues, and traditions that Lahuma and his family cannot break free from physically, but have triumphed over spiritually. Though gruesome, it is a necessary aspect to the novel. It shows how the story is truly rooted to the soil, and how the struggles of the characters are devastating yet enlightening to the modern reader.
tragis gila hidup diorang bagai jauth ditimpa tangga
lahuma nak tanam padi jeha onzzz lahuma fikir 14 relung sawah nak bahagi pada 7 anak perempuan cukup ke tidak sampai cucu cicit
then masa in progress ... jeha kena attack ular tedung jantan sebab ular tedung betina tengah bertelur lahuma save the day tapi jeha pula trauma
then timpa bala si lahuma kena duri onar dah habis infection ... so faham jer la bila infection takde hospital bagai
jeha teruskan usaha tanam padi diajak semua anak-anak dah habis tanam ... laaaaa jeha pula depress ... sakit mental tuk penghulu .. hantar ke tanjung rambutan bila sihat entah tak tahu
then anak sulung dan lelain sambung hidup sebagai pesawah padi masa dulu tak senang macam sekarang so faham sendiri dengan musuh-musuh semulajadi banjir, kemarau, ketam dan burung
Ini kali pertama seumur hidup saya membaca buku salah seorang Sasterawan Negara.
Apa yang paling saya suka tentang novel sastera ialah, 'roh' kehidupan yang sangat hidup dalam cerita. Ia sangat membumikan diri.
Khusus untuk novel ini, ada masa tenaga saya luruh membaca disebabkan bahasa yang lewah. Tapi, saya pernah terbaca komen seorang pembaca di X: gaya bahasa Shahnon Ahmad ielah lewah. Saya setuju dengan kicauan itu.
Cerita ni bermula dengan sudut pandang Lahuma - ketua keluarga, diikuti Jeha - si isteri, dan akhir sekali Sanah - si anak sulung.
Membaca cerita ni, seolah-olah membaca cerita bergenre cebisan hidup (slice of life) dalam laras dan gaya sastera.
Saya tersentuh dengan kerendahan hati ketiga-tiga watak utama itu. Ia banyak mengajar diri saya sendiri juga, terutama dalam bab bertawakal.
Kisah keluarga Lahuma & Jeha yg mempunyai tujuh org anak perempuan bekerja keras memperjuangkan padi seperti memperjuangkan hidup. Padi umpama nadi mereka. Tanpa nadi, kuburlah tempatnya. Buku ini membawa kita meranjau kecekalan anak tani dalam mengharungi tanggungjawab, musibat dan merasai secebis harapan. Tak terlintas pula aku akan baca liku-liku seorang petani yg kudrat dan jiwa hanya untuk padi.
Lahuma ni ada sifat mcm terbuka dan optimis dgn apa yg keluarga dia tengah hadapi. Dia tahu dia susah. Jadi bila kesusahan atau kesenangan itu dtg, Lahuma ni takpernah lupa untuk bersyukur dan bergantung harap kpd Tuhan. Itu yg aku suka dgn Lahuma. Lepas tu, kita tahu cuaca main peranan dlm penyemaian padi, tapi kita juga lupa yg binatang juga boleh membinasakan tanaman tu. Jadi, walaupun banjir, kemarau, ketam atau burung tiak beribu mendatang pun, mereka sekeluarga masih teguh menyelamatkan padi-padi yg ada.
Namun, Lahuma diuji lagi dgn dirinya yg tercucuk duri nibung. Disusuri dgn Jeha yg hilang pertimbangan. Akhirnya, anak-anak perempuannya turun ke sawah walaupun mereka tahu apa lah sgt tenaga yg ada untuk mengusahakan 14 relung sawah tanpa ada alatan moden seperti traktor. Tiada kesudahan.
Siapa sangka dgn nukilan sebegini boleh buat aku sedih juga sebenarnya. Ada momen tragik, sedih yg jadi dkt Lahuma anak-beranak. Pain level taktahu lah tahap berapa. Bila libat kehidupan mereka sebagai seorang anak tani, aku boleh cakap kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada. Buku ni banyak refleks tentang erti syukur, tanggungjawab. Mungkin, buku ini bacaan terbaik untuk dibaca seumur hidup.
Ceritanya mudah. Tentang Lahuma (suami) dan Jeha (isteri) menanam padi untuk menyara hidup mereka serta tujuh orang anak perempuan. Yang bagusnya, penulis memberi gambaran yang jelas sehinggakan penat aku nak bayangkan. Boleh rasa sakitnya bila Lahuma memotong isi daging kakinya dengan pisau untuk mengeluarkan nanah kesan terpijak duri rebung sehingga berdarah tanpa henti dan nanah merebak sehingga seluruh badan seterusnya menyebabkan busung. Nanah dan cecair kuning pekat likat yang busuk keluar dari setiap rongga badan Lahuma sehingga dia meninggal dunia.
Awal-awal ceritanya mudah, sehinggalah Lahuma meninggal ceritanya makin mencabar. Jeha terpaksa bekerja keras mengerjakan tanah sawah sebanyak 14 relung dan melawan serangan lintah, ketam demi memberi makan kepada 7 orang anak perempuannya. Jeha stress, Jeha berjalan mengelilingi kampung tetapi orang kampung memanggilnya 'janda gila anak ramai mahukan tok penghulu.' Memandangkan kata-kata itu doa, akhirnya, Jeha menjadi betul-betul gila. Jeha berhalusinasi akan suaminya masih hidup dan pada suatu hari, Jeha mendukung anaknya 'terjun' dalam sawah malam-malam buta.
Akibat Jeha tidak boleh dikawal, orang kampung terpaksa membina penjara dalam rumah untuk Jeha. Sawah itu kemudian dijaga oleh anak sulung serta adik-adiknya yang masih lembut tulangnya. Mereka ditimpa malapetaka banjir yang menenggelamkan padi dan serangan burung tiak yang tiada belas kasihan memakan padi mereka. Sedih jugalah cerita dia, nasib baik cerita ini hanyalah fiksi. Kalaulah kisah ini benar, ya Allah susahnya hidup.
Satu benda aku belajar tentang cerita ini, kena ada back-up plan. Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Rasanya kehidupan akan lebih baik sekiranya disamping menanam padi, mereka juga menternak ayam itik dan mengambil upah menjahit dan mengajar anak-anak perempuan mereka menjahit sebagai persediaan sekiranya padi tak menjadi.
“...kaum tani seperti mereka memang telah diwajibkan menempuh bermacam-macam penderitaan.”
Berlatar belakangkan Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah, kita bakal dibawa menulusuri jerih perih kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha beserta 7 orang anak perempuannya dalam mengerjakan 14 relung sawah milik mereka. Kehidupan mereka hanyalah seputar sawah bendang, padi dan nasi. Itulah keutamaan mereka. Malah, keutamaan semua petani di kampung itu.
Bertepatan dengan tajuk novel ini, mendapatkan sebutir nasi itu bukanlah semudah menyuap nasi ke mulut, kerana pelbagai liku hidup dan bencana harus ditempuhi. Lintah gajah yang menempel di kaki, banjir yang menghenyak semaian, ketam dan burung tiak yang merosakkan padi, batang menerung dan bulu landak, juga ular tedung dan onak nibung yang membunuh. Namun tiada satu pon bencana yang membuatkan mereka goyah.
Karya Pak Shahnon yang penuh pengulangan sememangnya membawa rasa hiba pada hati membaca. Betapa itu sajalah kehidupan mereka. Betapa pentingnya sawah padi yang menguning sehingga apa sahaja sanggup dilakukan. Walaupun jalan cerita agak perlahan, peralihan naratif daripada Lahuma kepada Jeha seterusnya kepada Sanah, anak mereka, cukup membekas di hati. Amat terasa kehilangan Lahuma apabila dia pergi menghadap Ilahi, juga kehilangan Jeha apabila dia dibawa pergi. Sungguh, terlalu banyak pengajaran dalam novel ini walau hanya seputar sawah dan bendang. Ini juga adalah rangkuman kisah benar yang dikarang penulis berdasarkan pengamatannya sebagai anak jati kelahiran kampung ini. Kasih sayang, kegigihan, sifat syukur, dan reda atas ketentuan Allah menyulami segala ranjau kehidupan mereka.
Naskah ini memaparkan proses-proses penanaman padi sehinggalah butiran beras menjadi nasi di pinggan - yang diselang-seli dengan peristiwa-peristiwa kehidupan keluarga pesawah.
Hiba hati selepas membaca naskah ini. Mula bersyukur atas seteruk-teruk tekanan tugas di pejabat, ada yang terpaksa membanting tulang, menggadaikan nyawa demi sesuap nasi. Secara tidak langsung, naskah ini mengajak pembacanya menginsafi diri.
Lahuma pada awalnya merupakan watak utama. Suami yang digantung harap oleh Jeha isterinya serta tujuh lagi anak-anak gadisnya - Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan si bongsu Kiah.
Kembali kepada fitrah, Lahuma menghembuskan nafasnya dan watak utama diganti pula kepada Jeha. Watak Jeha lebih perit dan tragis, tatkala suami bertarung nyawa dengan kesakitan, Jeha terpaksa berhempas pulas mengerjakan sawah dan berperang dengan keinginan untuk menjaga suaminya yang uzur.
Keadaan menjadi semakin tidak terkawal sehingga memaksa Sanah berperanan sebagai watak utama yang terjun menerajui keluarga setelah bapa dan ibunya ditimpa musibah.
Kita hanya mampu merancang; selebihnya Allah Yang Maha Berkuasa menentukan. Tidaklah pula Allah dipersalahkan atas takdir yang tidak terduga menimpa.
Nota :
Mula membelek naskah ini lebih kurang pada jam 9.30 malam 31 Ogos 2022 dan menamatkan pembacaan pada jam 2.07 petang 01 Sept 2022 (kurang 24 jam)
Seandainya wujud SANAH di dunia yang nyata, ketahuilah bahawa kamu seorang yang kuat dan cekal!
Novel terakhir karya Shahnon Ahmad yang dapat saya telusuri dengan penuh perasaan adalah TIVI. TIVI pun watak-wataknya orang hulu, petani, otak dibasuh kotor dek pengaruh kotak bercakap. Berbanding TIVI, Ranjau Sepanjang Jalan 100kali lebih sadis. Now, betul kah gitu? Sedih memang tak dapat dinafi, amarah juga merimbun... marah terhadap apa, siapa? Lintah gajah? Tiak beribu? Hujan banjir? Nibung berduri? Tok Penghulu yang tiada ehsan? Kawan sekampung yang sendiri-sendiri? Jiran handai yang riuh hanya bila petaka melanda? Orang gomen yang tak hirau menjenguk? Mana klinik, hospital, JKK, orang kebajikan masyarakat, pegawai daerah? Tak ada ke masa tu? Mana perginya semua orang? Pedihnya awal hidup anak-anak petani. Letihnya hidup isteri petani. Deritanya hidup seorang petani. Tidur, jaga, mati, hanya ingatkan perut keluarga, nak bagi makan, nak beli baju, nak ganti bumbung rumah. Sadis.
Buku Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Abdullah juga cerita mengenai obsession petani terhadap sawah bendangnya, sama dengan Ranjau Sepanjang Jalan. Namun, banyak lainnya. Ranjau Sepanjang Jalan sebuah karya hebat, diulang-ulang detik derita, dijulang pedih letih si petani melawan musuh padinya, dilambung geram, ditoreh hati pembaca biar berdarah bernanah membusuk tak habis-habis sampai ke tanah juga berakhirnya. Pembacaan yang menyesakkan dada.
Buku Ranjau Sepanjang Negara ini adalah karya malar yang dihasilkan pada tahun 1966 berkisar tentang keadaan petani-petani sawah padi di Kedah sekitar tahun 1960an. Kehidupan petani di kampung yang miskin dan hanya bergantung penuh pada hasil padi dan serahan sepenuhnya terhadap qada dan qadar dari Allah.
Penulis juga mengambarkan keperitan sakit yang dialami Lahuma akibat duri nibung dengan sangat jelas sehingga sakit dan saya sendiri rasa ngilu apabila Lahuma membelah kaki untuk cuba mengeluarkan duri namun tidak berjaya.
Inilah realiti yang ditempuh oleh para petani di kampung dulu-dulu. Mati, hidup, susah, senang, jatuh dan bangun segalanya dicurahkan demi padi. Segala dugaan dan cabaran dalam perjalanan menanam padi, dihadapi oleh Lahuma sekeluarga tanpa sedikit pun keluh kesah dan penyesalan. Ular tedung, duri nibung, ketam, banjir dan burung tiak dihadapi dengan kuat dan berani. Walau hasilnya adakala menjadi, adakalanya sekadar jadi tetapi mereka tetap tabah dan bersyukur dengan hidup yang tenang di kampung sebagai petani ketika keadaan ketika itu serba serbi belum moden dan tanpa kemudahan hospital terdekat. Jika pusat kesihatan ada berhampiran atau pegawai-pegawai kerajaan ada menjenguk serta bertanya khabar para petani di kampung, mungkin Lahuma mampu hidup 10 atau 20 tahun lagi mengusahakan 14 relung bendangnya?
Aku ambil masa untuk mula membaca karya ini kerana aku tahu ceritanya tragis. Shahnon Ahmad memang diakui seorang pencerita yang deskriptif sehinggakan aku yang tak pernah memijak bendang dan berselut pun dapat merasai dunia pesawah. Ditambah dengan keadaan negara dan isu beras sekarang. Sangat tepat kurasakan untuk mengulit naskhah ini.
Ada masa aku dapat rasakan nafasku tercungap-cungap mengikut sekali lelah watak-wataknya mengutip ketam dan menghalau burung tiak yang merosakkan padi. Belum kira beban yang tak terkandung oleh Jeha yang membuatnya jadi gila. Terseksa sungguh kurasakan.
Begitulah kehidupan keluarga Lahuma dan penduduk Kampung Banggul Derdap. Sukar dan hitam bagaimana pun jalannya, mereka perlu teruskan hidup.
"Hidup mereka semenjak Lahuma dulu pun tidak berubah apa-apa bagaikan disedarinya bahawa kaum tani seperti mereka memang telah diwajibkan menempuh berbagai-bagai penderitaan."
Dalam hidup ini tidak adanya yang senang. Selagi mana namanya manusia, bukan Pencipta, pelbagai ranjau, perit jerih, cabaran, onak duri perlu ditempuh. Ini digambarkan dalam watak keluarga Lahuma yang menempuh pelbagai ranjau dalam mencari rezeki di bendang. Sedih bukan kepalang apabila melihat Lahuma dan isterinya Jeha diuji dengan bermacam ujian dengan serangan haiwan di bendang, kesakitan berpanjangan yang tiada penawar dll.
Kagum dengan semangat Lahuma, walaupun dalam kesakitan tetap berusaha sedaya upaya untuk turun ke bendang demi keluarganya. Jiwa kental Lahuma dan Jeha dalam mecari sesuap nasi untuk keluarga boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada kita juga dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini yang makin mencabar. Dan yang paling penting sekali menanam padi tidak semudah makan nasi. Jerit payah mereka belum tentu mampu kita galasi. Teringat iklan di televisyen di suatu masa dahulu "Sebutir beras ibarat setitik peluh petani".
It is truly heartbreaking to imagine how hard it was living in a village where we have to fully depend on our own effort for a mouthful of rice. When the rice fields are their only hope to fill their stomach, they were protected with all their might. However, Allah the Almighty know best and gave them a tough test. The trust in the power of Allah is amazing despite of all their stumbled to be alive. Although the novel had been translated but the meaning is remained and deeply touch our heart but the original version is still the best. The language is meaningful and beautiful in their own way.
sebelum membacanya lagi saya sudah skeptikal; adakah buku ini bagus? adakah buku ini menepati karya agung? adakah buku ini memperkecilkan emosi wanita (seperti yang saya dengar)?
siapalah saya untuk memberi komentar buku daripada sasterawan Malaysia ini. saya cuba baca beberapa artikel berkenaan RSJ agar ulasan saya tidaklah nampak dangkal ataupun sekurang-kurangnya punya isi, tapi apakan daya tidak sampai ke tahap itu.
jadi ulasan saya hanya berkisar apa yang saya rasa sepanjang pembacaan. ceritanya bagi saya sungguh sedih sekali. ujian yang menimpa keluarga Lahuma tidak putus-putus. dan mungkin betul pendapat sesetengah orang bahawa tindakan Shahnon Ahmad meletakkan watak perempuan seperti menambahkan lagi beban sengsara keluarga ini, seperti cuba memberitahu bahawa letak duduk wanita yang sentiasa lemah dan tidak akan berhasil tanpa kehadiran suami disisi. tak terbayang Jeha janda yang ditinggalkan Lahuma harus memikul tanggungjawab memelihara 7 anak gadis dan menjaga 14 relung padi.
mungkin femenis tegar sedikit marah dengan susun atur cerita ini apatah lagi bila Jeha akhir tewas mental dan kewarasan ketika diuji sebegitu berat sekali. tapi bagi saya Shahnon Ahmad tetap adil dalam membuat perhitungan dengan menaikkan watak Sanah, anak gadis sulung Lahuma-Jeha yang berkembang sangat baik kematangannya sepanjang cerita.
tak dinafikan Shahnon Ahmad hanya cuba menyampaikan kisah perit jerih golongan petani yang dia sendiri membesar di dalamnya. sesuai dengan teori konseptual kata kunci Mokhtar Abu Hassan bahawa pengarang menulis karya berdasarkan konsepsi yang terhasil daripada banyak faktor yang mempengaruhi pengarang seperti latar belakang, latar masyarakat dan juga latar budaya.
justeru adalah sedih untuk membayangkan pengalaman yang dilalui Lahuma, Jeha dan anak-anaknya adalah refleksi masyarakat petani pada zaman karya ini ditulis; begitu jerih, begitu penuh dengan pergelutan dan survival hidup.
Novel kedua Shahnon Ahmad yang dapat saya telusuri selepas TIVI.
Saya tidak menyangka gaya penulisan berulang-ulang beliau kali ini, meninggalkan kesan yang mendalam sehingga saya menangis kesenduan. Teknik pengulangan tersebut mencetuskan perkongsian jiwa pada saya dan watak-watak khususnya Lahuma. Bayangkan bila hampir setiap helaian novel ini sarat dengan kegelisahan Lahuma terhadap masa depan keluarga dan sawah padinya. Tekanan tersebut tanpa sedar membuatkan watak-watak itu hidup dalam minda dan emosi saya. _____________________ Ramai gelarkan novel ini sebagai gambaran kecekalan golongan petani tradisional. Memang benar sekali, dan novel ini juga membawakan pertalian derita petani dari generasi ke generasi yakni hasil dari ketidakpedulian dan sifat berkepentingan diri masyarakat sekeliling. Tidak mungkin pengarang memberikan tumpuan kepada keluarga Lahuma semata-mata. Cuba kita heret pandangan kita pada landskap keseluruhan penduduk Kampung Banggul Derdap.
RSJ juga membuahkan satu kontradiksi kepada saya. Teras sikap tawakal Lahuma pada awalnya cukup kukuh, namun ia semakin memudar selepas dia diuji kesakitan. Begitu juga pada Jeha dan Sanah yang akhirnya obses pada pesanan dan harapan Lahuma. Jika saya merujuk kembali kepada keseluruhan novel ini, terdapat banyak isu yang cuba dibangkitkan tentang persoalan masalah kemiskinan. Orang kekal miskin sebab tak nak berubah? Miskin sebab sikap fatalisme? Miskin kerana bebanan dan ketidakdilan ekonomi? Isu dan persoalan yang masih menjadi perseteruan ramai. _____________________ Sejak TIVI lagi saya percaya Shahnon Ahmad akan memberi fesyen aneh dan kasar pada penceritaannya. Reaksi pelik dan liar hanya cuma terjadi pada pembaca yang terpedaya dengan ilusi kebahagiaan sejagat. Hakikatnya dalam kesenangan dan kekenyang kita dengan nasi, ia hasil dari kepayahan orang lain.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan memberi pengalaman bacaan yang mampu membolak-balikkan antara tipu daya emosi dan pendirian rasional.
Lahuma dan Jeha. Watak besar membangun dalam novel SN Shahnon Ahmad. Pelukisan kisah hidup suami isteri ini mempertahankan sumber rezeki mereka sekeluarga. Lahuma kental tidak mahu menyerah kalah walaupun kakinya hampir hancur dimamah duri nibung yang bernanah di dalam tubuhnya. Pemergian Lahuma, memberi tamparan kepada Jeha dan tujuh orang puterinya. Namun, amanah itu digalas. Sedikit pun tidak menyerah kalah.
Jiwa kental penulis melukiskan gambaran kehidupan petani kepada suatu kehidupan yang lebih baik masa kini. Semuanya sebagai pedoman dan panduan kepada kita untuk menghargai jasa para petani dan erti kehidupan dengan sesuap nasi.