Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hujan Pagi

Rate this book
Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.

Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri. Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.

Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.

418 pages, Paperback

First published January 1, 1987

55 people are currently reading
920 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
155 (52%)
4 stars
86 (29%)
3 stars
47 (15%)
2 stars
5 (1%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
February 3, 2017
Hujan Pagi, kekal akan menjadi novel Pak Samad yang terbaik, jauh meninggalkan Salina yang tidak lebih rakaman sejarah, meskipun penting dan genting itu.

Ia bukan saja dekat dengan dunia yang saya berada sekarang, bahkan ia mewakili sebahagian sejarah penting pembentukan negara moden, iaitu media massa - the third estate - yang sangat direbutkan bukan saja oleh pemilik kuasa, bahkan pembekal kuasa - korporat - sehingga menjadikan manusia di dalamnya sama ada pemangsa atau mangsa atau kedua-dua sekaligus.

Saya beruntung kerana sempat mewawancara Pak Samad, bertanyakan serba-sedikit mengenai pengalaman hidupnya, baik ketika menjadi wartawan yang menghidupkan akhbar atau pengarang kumpulan yang memimpin sebuah pacu atau mungkin palu kuasa.

Hujan Pagi akan menjadi rakaman sejarah media Malaysia yang terpaksa dibuat secara kreatif kerana tidak ramai pemimpin editorial akhbar yang menumpahkan pengalaman menuani kerusi panas itu..

Bagaimanapun, karya Pak Samad ini tidak boleh dijadikan tukul hakim yang menghukumkan senario media semasa atau mutakhir. Ia boleh dijadikan teladan tetapi bukan sebagai penentu mutlak kerana landskapnya sudah jauh berubah, malah masuk ke dalam ruang baharu yang sangat kompleks dan tidak mustahil lebih intrigue.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
March 1, 2023
Baru menamatkan Hujan Pagi oleh A Sam ad Said. Sukar untuk aku tafsirkan perasaan yang membelenggu sebaik menghabiskan pembacaan.

Benarlah tulisan sebuah blogger di internet semasa mengulas naskhah ini

"Membaca Hujan Pagi memerlukan banyak kesabaran dan daya tahan. Jika tidak, kita akan terus berhenti, tanpa menghabiskan untuk menikmati novel ini. Urutan ceritanya lambat, melompat-lompat dan tidak teratur. Hujan Pagi bukan sekadar untuk dibaca. Hujan Pagi mesti ditelaah dengan teliti. Tanpa mentelaah, pembaca akan keliru di mana dia (pembaca) berada. Puluhan watak dikemukakan dalam novel ini. Novel ini berkisar tentang alam nyata dan sekejap-sekejap pula berpindah ke alam tidak nyata.

Hujan Pagi adalah novel intelektual, novel yang penuh dengan ilmu, saranan dan falsafah.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
February 1, 2019
Dalam banyak-banyak karya Pak Samad, saya secara peribadi menganggap Hujan Pagi adalah karya terbaik Pak Samad. Kisah dunia kewartawanan dalam dua zaman. Segala-galanya tentang prinsip hidup, perjuangan bangsa dan bahasa. Saya dapat merasakan keluh kesah, jerih payah, gelora hidup seorang wartawan.

Satu demi satu watak-watak penulis dan wartawan akan terbayang di mata, apabila membaca buku ini. Usman Awang, A Samad Ismail, Said Zahari, Ahmad Boestamam, Pak Sako. Saya terkenangkan penulis-penulis ASAS 50.

Buku ini memberi kesan kepada saya walaupun sudah lama menutup helaian terakhir buku ini.

Antara buku yang saya akan baca semula. Mungkin baca yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris berjudul Morning Post. Moga akan diterbitkan semula dalam edisi mewah yang lebih mahal dan bergaya.


Karya yang hebat. Mesti dimiliki dan dibaca oleh peminat A Samad Said.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews339 followers
September 24, 2025
Lokman, lelaki beruban dengan mata yang redup ini menyimpan seribu kisah. Dulu suaranya lantang mengetuai laungan kemerdekaan di jalanan kini hanya duduk di meja redaksi akhbar "Sinar Pagi", rasa terasing menusuk kalbunya. Dia seperti fosil dinosaur yang tersesat di muzium futuristik, dikelilingi teknologi canggih yang tak difahaminya.

Dunia kewartawanan yang dulu Lokman kenal, mendaulatkan kebenaran dan keadilan, sekarang semuanya dah berubah. Berita diubah suai menjadi bahan hiburan murahan, dihiasi tajuk sensasi yang menjerit - jerit untuk mengejar rating. Di sebalik pintu tertutup, perebutan kuasa dan kepentingan diri bermaharajalela di kalangan orang atasan. Lokman, dengan prinsip jurnalistik lama yang terpahat kukuh dalam jiwanya, rasa sangat terasing dan hampa. Dia melihat nilai - nilai yang dulu diperjuangkannya kini ditendang ke tepi, dilupakan demi mengejar keuntungan semata-mata.

Kekecewaan itu perlahan - lahan meracuni minda Lokman. Dia mula terjebak dalam halusinasi yang samar - samar. Di sana, dia mencipta dunianya sendiri untuk melarikan diri dari realiti pahit. Dia wujudkan majalah Hujan Pagi, ruang baginya untuk kembali menjadi wartawan idealis. Di halaman - halaman majalah fiksyen itu, Lokman menulis berita penyiasatan yang tajam dan berani, bebas dari kongkongan sensor dan kepentingan.

Jadi adakah Hujan Pagi ni sekadar khayalan semata - mata? Atau ada gema masa lalu yang cuba dihidupkan kembali oleh Lokman? Mungkinkah ia manifestasi kerinduan terhadap zaman kegemilangan kewartawanan yang mementingkan kebenaran?

Novel ini adalah kritikan yang amat pedas terhadap industri media massa yang asyik mengejar keuntungan sehingga terlupa tanggungjawab sosialnya pada ketika itu (juga ketika ini). Pak Samad seolah-olah berbisik kepada kita, "Hei, ke mana perginya kewartawanan yang dulu kita banggakan? Yang menjadi suara untuk rakyat dan berani memperjuangkan kebenaran?"

Novel ini juga tamparan buat kita yang mabuk dengan budaya materialisme. Orang sekarang begitu ghairah mengejar harta benda sehingga alpa akan nilai - nilai kemanusiaan dan persaudaraan. Lokman, yang turut terhanyut dalam arus ini, hilang pegangan dan tujuan hidup. Dia keliru, tertanya-tanya apakah erti sebenar kejayaan.

Beberapa mesej mesej yang berjaya aku petik dari novel ni, terutamanya yang bercita-cita menjadi wartawan:

1. Dunia boleh berubah dengan pesat, namun prinsip tak boleh dikompromi. Lokman, walaupun terumbang-ambing dalam perubahan zaman, enggan menggadaikan idealismenya. Kita ada tugas untuk perjuangkan kebenaran dan keadilan walaupun dunia menawarkan jalan mudah yang bermoral rendah.
2. Memburu harta benda memang menggoda, tapi jangan sampai kita lupa perkara lain yang lebih penting. Prihatin terhadap nasib orang lain dan menjaga alam sekitar. Ingatlah, kebahagiaan sejati tidak semestinya datang daripada kekayaan.
3. Pernah rasa keliru dan hilang arah seperti Lokman itu normal. Tapi jangan berdiam diri. Teruskan penjelajahan mencari jati diri dan apa yang membuatkan hidup kita bermakna. Terokai minat dan bakat baru, siapa tahu jawapannya terletak di sana.
4. Dunia fantasi ciptaan Lokman, Hujan Pagi, mungkin khayalan. Tapi ia boleh menjadi titik mula kepada sesuatu yang luar biasa. Kreativiti dan imaginasi mampu membantu kita mengatasi masalah dan mengejar impian. Siapa tahu, Hujan Pagi boleh menjadi inspirasi terlahirnya media baharu yang menjunjung tinggi idealisme jurnalistik.

Ini kisah tentang idealisme yang terasing, tentang pencarian jati diri, dan tentang harapan yang tidak boleh padam walaupun dunia terasa kelabu. Ini adalah seruan untuk kita merenung kembali nilai - nilai penting dalam hidup, dan terus berjuang untuk mewujudkannya.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
March 21, 2011
Saya kira, sehingga kini, novel inilah karya A.Samad Said yang paling besar. Walaupun Pak Samad lebih dikenali melalui Salina, namun Hujan Pagilah yang memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan beliau sebagai sasterawan negara.

Membaca novel ini ialah membaca pergolakan yang berlaku dalam dunia akhbar di Malaysia dalam dekad-dekad 60an. Lokman, seorang wartawan veteran di Akhbar Sinar Pagi menderita sakit kejiwaan akibat berlaku pertembungan antara keperluan mencari rezeki dan idealisme sebagai wartawan. Dalam situasi di mana tugas wartawan hanyalah sebagai pelapor berita yang telah diformulasikan oleh pihak berkuasa, Lokman merindui dunia ideal seorang wartawan; kebebasan menulis dan berjuang.

Bagi memenuhi keperluan emosinya itu, secara halusinasi, Lokman mencipta dunianya tersendiri, dunia dia dan kawan-kawannya sebagai wartawan Akhbar Hujan Pagi. Di dunia itulah pembaca dibawa kembali kepada perjuangan wartawan-wartawan menentang tekanan penjajah dalam usaha mereka membangunkan minda penduduk Tanah Melayu Menuntut Kemerdekaan.

Dengan pelbagai teknik penceritaan (malah terdapat elemen realisma magis)yang digunakan, pembentukan watak yang kuat dan mendalam, simpang-siur plot yang membangkitkan rasa ingin tahu pembaca serta nilai falsafah yang dikandungkan dalam karya, saya kira Hujan Pagi ialah antara pencapaian terbaik sastera Melayu sehingga kini.

Wajib baca!
Profile Image for Sufia Safri.
35 reviews1 follower
January 22, 2021
There's an interesting exploration of racial (Malay) and personal histories - and how it determines our identity and purpose. The characters use memories as something to retreat into and as a reason to avoid progress. Yet, hope appears for those who are aware of this and choose to learn from this 'history'.

The author manages to create a meaningful storylines for a wide cast of characters. Relationships are used as the main way to indicate character conflict and growth. At worst, some minor characters can lack depth (though there is effort to make them more endearing).

With regards to the writing, it's hard to judge something that's held as the benchmark of Malay literature (at least as someone who lacks the expertise). Still, even when the writing can be unnatural (or overly formal) it isn't stilted. It's approachable and engaging.

Even overlooking the literary value, it's an easy enough read if you just want a good drama / romance.

Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
February 23, 2022
Baca kali kedua.

Kali pertama baca, saya tertarik dengan watak Lokman, pengarang akhbar Hujan Pagi.

Kali kedua baca, saya tertarik dengan watak Lajis adik Lokman.

Terkeliru siapa sebenarnya yang berada dalam dunia halusinasi. Lokman atau Lajis. Atau kita yang membaca yang berada di dalam ruang kita sendiri?
Profile Image for Rebecca.
Author 16 books155 followers
July 13, 2013
Saya menyukai novel ini kerana pemaparan konflik ideologi wartawan-wartawan Melayu pada dekad-dekad awal selepas Merdeka sebagai tema utama. Persimpangan yang dilalui oleh Lokman, Musir Ali dan Mahmood Bey sememangnya berlegar-legar di kepala saya sejak beberapa lama. Justeru, peluang untuk memahami pilihan peribadi mereka apabila berakhirnya zaman kegemilangan mereka sebagai wartawan perjuangan adalah pengalaman yang mengasyikkan.

Namun, saya terpaksa memberi buku ini tiga bintang sahaja kerana beberapa perkara yang menganggu.

Pertama adalah pemaparan episod-episod cinta platonik Lajis dengan sekian ramai perempuan; barangkali subplot ini dibina untuk menghubungkan halusinasi dengan arkeologi, dengan sejarah, dengan manusia yang diperangkap oleh masa lalu. Sungguh pun begitu saya kira itu tidak perlu, memadailah dengan misteri asal-usul Lajis itu sendiri untuk menderanya.

Kedua, novel ini diperkenalkan kepada saya sebagai novel realisme magis Melayu. Mungkin kerana mengenali realisme magis melalui acuan sastera Amerika Latin, saya berasa janggal apabila peristiwa-peristiwa magis yang dilalui serta berlaku ke atas Lokman diwajarkan secara saintifik (baca: halusinasi kerana tekanan jiwa).

Profile Image for YuSRuL.
18 reviews
February 10, 2017
Hujan Pagi – Pak Samad seperti mahu pembaca melihat peranan dan hala tuju akhbar kita yang dibelenggu oleh kongkongan politik pemerintah. Keresahan ini diterjemahkan melalui watak Lokman seorang wartawan veteran yang ingin melihat akhbar sebuah media mendidik dan memajukan masyarakat tanpa dinafikan kebebasannya. Tapi Lokman dipaksa tunduk kepada kehendak zaman dan politik semasa hingga memberi tekanan hebat yang membawa kepada siri-siri halusinasinya sebagai ketua pengarang Hujan Pagi pada pra kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam masa yang sama adiknya Lajis berusaha menyembuhkannya dan menyelami masalah yang membawa kepada konflik jiwa Lokman. Membaca novel ini memerlukan kesabaran dan daya tahan kerana ia padat dengan idea, falsafah, psikologi dan sejarah untuk kita fikirkan.
Profile Image for Shira Baharin.
44 reviews3 followers
September 15, 2021
A layered examination of Malay identity, and finding the balance between learning from history and getting lost in it. Far from being dry though, the book is also entertaining without being melodramatic or saccharine, and the language is approachable for the average Malaysian reader. I feel like I might revisit this one day to get a firmer grasp on the nuances of the social commentary.
Profile Image for Erni .
288 reviews4 followers
July 28, 2017
Akhbar bukan hanya sekadar laporan, perlu ada analisa, fakta dan "hati" nya. Niat murni Lokman itu menyebabkan dia menghadapi tekanan. Tekanan itu akhirnya membawa Lokman ke lembah halusinasi Hujan Pagi. Hujan Pagi adalah dunia ideal, di mana Lokman seorang yang mantap, berguna, berjuang menentang penjajah. Namun dalam dunia nyata, Sinar Pagi hanyalah akhbar yang sudah merasai zaman gemilangnya dan kini diketepikan.

Dalam novel ini, pengarang banyak memberi kritikan terhadap masyarakat pada zaman tersebut. Masalah rasuah, pemimpin haloba dan menabur janji pada masa pilihan raya sahaja. Bila difikirkan, kebanyakan kritikan pada zaman itu boleh digunapakai lagi sekarang. Ironi sungguh, berpuluh tahun telah berlalu tapi negara kita masih di takuk lama.

Terdapat juga teguran terhadap generasi muda, yang tidak pernah merasai kesusahan selepas zaman merdeka. Mereka berada di zon selesa, tidak mahu bangkit mengubah kemungkaran yang berleluasa di depan mata.

Saya rasa pengarang ingin menggambarkan tentang ciri-ciri akhbar tulen akan menunjukkan pemimpin yang tulen. Rakyat perlu bersuara, menerusi akhbar ini, bukan hanya mengundi semata-mata. Pemimpin perlu dengar suara rakyat, kerana mereka bekerja bukan hanya untuk memenuhi sepenggal 4-5 tahun sahaja, tapi perlu memikirkan masa depan juga.

Saya dapati novel ini banyak isu-isu penting yang ingin diketengahkan. Tentang ketelusan akhbar, tentang pemimpin, tentang hak rakyat, feminisme, berdemonstrasi, pendidikan mahasiswa dan sebagainya. Saya kagum dengan penulis yang saya rasakan sangat terkedepan pemikirannya, way ahead of its time. Patutlah mendapat gelaran sasterawan negara itu.

Overall, I'm impressed. Every young people in this country should read this and learn from it.
Profile Image for Syima Misrin.
30 reviews
September 13, 2022
Hujan Pagi adalah novel yang sarat dengan ilmu sastera, falsafah, dunia psikologi dan sejarah serta lagenda. Buku ini memerlukan kesabaran dan keazaman untuk memahami plot setiap watak dalam bab-bab yang berbeza. Sebuah karya paling berat dan terasa bijak seketika kerana mampu untuk menghabiskan dan mengurai setiap bab dalam buku ini walaupun saya bukanlah orang sastera. Walaupun ‘berat’, namun ia sangat menarik kerana ia bukan novel biasa.
Profile Image for Kelly.
155 reviews24 followers
Read
February 13, 2019
After 150 pages, I'm throwing in the towel on this book. It might be a fantastic novel but I have no way of telling, because the translation was so bad as to render it almost unreadable. I know it's the translation, and not the writing, that's the problem because there is no way even the most talented translator could intentionally preserve such a grammatical mish-mash across languages, with sentences so poorly structured as to be nonsensical. A quarter of the way through the book, I had very little idea what was happening, and I didn't care. Maybe someday another translator will tackle this (or maybe I'll learn Malay) and I'll give it another go, but for now I'm admitting defeat.
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books42 followers
January 22, 2008
gelombang baru untuk sastera melayu
8 reviews1 follower
December 6, 2010
Sebuah buku yg mengkagumkan, sedikit sebanyak bermain dgn pysikologi manusia.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
July 6, 2022
Tekanan demi tekanan. Sekatan demi sekatan. Pantang demi pantang. Kasta demi kasta.

Segalanya dihempuk bertalu-talu dalam corak kerjayanya sebagai wartawan akhbar, hingga akhirnya Lokman mencipta dunia halusinasinya tersendiri, yang "memberi ruang" buatnya bersuara dan segala macam kebobrokan korupsi. Dia terbuai-buai dengan dunia halusinasi akhbarnya yang bernama Hujan Pagi kerana di situ, dia memiliki peranan dan pekerja-pekerjanya yang setia berjuang bersama-samanya.

Hakikatnya......di realiti, dia tidak sebegitu. Pekerja-pekerjanya tidak sama seperti dalam dunia Hujan Pagi. Biarpun nama akhbar di dunia realitinya bernama Sinar Pagi, tetapi hidupnya dipenjara dan disekat daripada menunjukkan keadilan. Dia murung, terasa terkurung, suaranya tersekat, hingga dia terjerumus ke dunia halusinasi yang dia mahukan.

Aku agak faham dengan keserabutan dua dunia yang dihadapi. Waktu membacanya, secara tak sedar sudah berada di dunia Hujan Pagi. Tidak lama selepas itu, dunia Sinar Pagi pula mengambil alih. Semakin membaca, semakin aku memahami perasaan sebenar seseorang yang mengalami halusinasi. Di alam halusinasinya dia seorang waras, tetapi di alam realitinya dia tidak dapat dikawal.

Aku agak bersyukur tatkala adiknya, Lajis, sungguh memahami kesengsaraan abangnya, Lokman. Dia seorang terpelajar, jadi dia tahu bahawa Lokman sedang sakit di jiwa. Dia berusaha mencari jalan demi memulihkan akal Lokman. Dia tidak segan silu mencari kesemua orang yang sering berurusan dengan abangnya untuk mencari punca munculnya halusinasi itu. Kegigihannya mengaut ikhtiar itu secara tidak langsung menyalakan kembali tekanan perasaannya yang disimpan sejak pemergian tunangnya. Dari sini, kita boleh lihat bagaimana Lajis diserang beberapa suara hati yang sedang memprovok dirinya, tetapi Lajis dapat menangkis suara-suara jahat itu dengan baik, tidak seperti Lokman yang sudah 100% leka dengan dunia Hujan Pagi.

Cuma aku masih kurang faham ayat Lokman berbunyi: "Jangan jadi manusia yang kiri dalam tulisan, kanan dalam kehidupan." Mungkin ada fokus yang aku tercicir kerana aku terlalu fokuskan kesengsaraan mental Lokman dan kegawatan dunia kewartawanan. Perit sungguh saat tujuan kita untuk menunjukkan kebenaran itu disekat habis-habisan gara-gara "orang kayangan" punya angkara.

Ah....sepatutnya novel Hujan Pagi ini di tangga teratas sebelum novel Salina. Bagi mereka yang mahukan cabaran dalam pembacaan, aku sangat sarankan membaca novel ini. Aku membacanya agak lama kerana isi kandungannya sungguh enak dihadam perlahan-lahan.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
August 18, 2017
Saya baru selesai baca Hujan Pagi. First half of the book, rasa sangat teruja dan terkesan. Kupasan sejarah secara tidak langsung sangat bernilai untuk saya. Abdullah Munsyi, kapal The Fate & The Eagle yang dibakar dan tenggelam bersama khazanah Melayu, kisah Temenggong yang tersorong-sorong cuba menarik hati Raffles, banyak lagi... Sama ada semuanya benar atau fiksyen nampaknya perlu saya kaji juga satu hari nanti. Namun terus terang, saya rasa terkilan dengan begitu banyak cerita dari mata Norisah, mengapa wataknya semacam begitu penting dalam buku ini sedangkan tak berkait dengan dunia Lokman? Kisah Lajis saya fikir patut intertwined dengan Lokman walaupun tak banyak atau mungkin tak ada langsung sumbangannya terhadap Sinar Pagi mahupun Hujan Pagi. Tautan Dr Ahmad Dio dengan S. Narsia dan Lone Ranger dan Gafruddin yang mementingkan darjat itu juga saya fikir sesuai diberi highlight pada akhir buku. Norisah - Lajis - Mandir? Dan saya masih tak jelas penyebab Lajis tewas kepada stroke. Gazis pula akhirnya semacam watak sampingan. Apapun, berbanding Salina, buku ini amat tinggi nilainya dan pasti saya tak akan jual.
Profile Image for Mohd Fadzil Yusof.
28 reviews2 followers
January 23, 2019
Antara novel yang awal dibaca, di bilik di kolej mahallah, di PJ Pusat Matrikulasi. Buku ini dibeli dekat UM, kedai buku.
Saya membacanya ketika it sebagai seorang yang keluar sedikit Dari kepompong yang pengap, hari hari yang mungkin terasa terasing. Membacanya dengan tak berapa faham. Kemudian dibantu buku Kreativiti dalam Karya Sastera oleh Hizairi Othman, yang menganalisis karya ini. Lalu saya katakan, oh begitu rupanya.
Namun kemudian saya membacanya sendiri, mungkin kedua dan ketiga kali. Antara yang says suka ialah bahasanya yang tepu melukis watak, plot dan percakapan yang mungkin tidak biasa, namun sebegitulah karya sastera. Lalu buku in menjadi bacaan saya yang aneh dan peneman yang juga aneh. Selepas tak berapa lama saya baca pula Daerah Zeni yang turut menyonsongkan deru keanehannya yang tersendiri.
7 reviews
March 8, 2019
Novel Hujan Pagi karya Pak Samad nyata bukan satu novel yang mudah untuk dihadam bagi pembaca biasa. Ia memerlukan fokus dan tahap kesedaran intelek yang agak tinggi untuk memahami apa yg Pak Samad cuba sampaikan. Is bukan karya sastera yang berlandaskan kepada kekuatan cerita tapi kepada mesej yang ingin disampaikan. Sehingga ke muka surat terakhir saya masih tercari-cari kesudahan kisah Lokman tapi dibiarkan tergantung sahaja. Malah bagi saya terlalu banyak watak yang ditampilkan di sini sehingga sukar untuk menjejaki plot semuanya. Seolah-olah Pak Samad sengaja agar pembaca tidak menumpukan pada cerita tapi pada sasteranya. Ia sebuah karya yang tinggi sastera tetapi rendah cerita. Bukan novel biasa-biasa untuk orang yang biasa-biasa.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
February 26, 2019
Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
August 17, 2019
Memang saya akui saya membaca perlahan-lahan buku ini. Agak berat untuk 'dihadam' sekaligus. Sambil membaca novel ini, sering terbayang lintasan tentang senario dunia akhbar di Malaysia mutahir ini terutama apa yang berlaku kepada akhbar Utusan Melayu. Akhbar yang menjadi lidah kepada wacana pemikiran menjadi suatu objek rebutan dan ancaman. Terngiang-ngiang dialog "Hidup akhbar."
Profile Image for Jun Az.
5 reviews
January 13, 2018
This is definitely Pak Samad's magnum opus. Could be one of the best book with magical realism in Malysia along with Anwar Ridhwan's, Sufian Abas , Roslan Jomel and Zainal Rashid.
1 review
July 13, 2019
Good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zul Azlin.
Author 12 books26 followers
April 17, 2020
Harus (akan sebenarnya) dijadikan kajian dan kertas kerja daripada perspektif perubatan psikiatri
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.