Jump to ratings and reviews
Rate this book

Amok-Imago

Rate this book
Kata Szago, “Siapa sangka, ada bayang-bayang yang masih rindukan jasadnya di rahang gua? Sedangkan roti tidak berkulat, susu pun tidak basi di dalam sebuah binaan rekaan seorang arkitek buta. Kerana ada igauan dari dalam gaung yang akan terus-menerus mengganggumu sehingga setengah mati. Sehingga setelah mati."

Kata George Town, “Belum lagi. Ingin kuingatkan kembali: jangan gatal tangan hendak sentuh kerja seni di galeri! Sediakan kamera, untuk menemukan sinema di dalam mata seekor anjing. Kerana akhirnya, ada cerita yang perlu kita gali dan lekas-lekas keluarkan daripada dalam tanah. Ada cerita yang perlu kita biarkan sahaja dikambus hidup-hidup!"

AMOK-IMAGO mengumpulkan 13 cerpen daripada kehilangan 13 kerja seni—menjadi katalog mimpi dan memori. Bagaimana untuk sesebuah kumpulan cerpen membangunkan sebuah galeri sekali gus pamerannya yang tersendiri? Kunjungi Amok-Imago untuk tatap dan alami kesemua 13 ketiadaan ini. Moga kembali.

122 pages, Paperback

First published June 1, 2022

4 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Azrin Fauzi

19 books45 followers
Azrin Fauzi (b. 1992) is a Penang-born writer and curator based in Kuala Lumpur, Malaysia. He is the author of three short story collections: Urban (2015), Metaskandal (2018), Amok-Imago (2022); and an essay collection: Otopsi, dengan Degupan "&" (2025). His short stories and essays have been published in Mekong Review, Samovar, ArtsEquator, and other Malaysian anthologies, journals, literary magazines, and newspapers. Azrin was a recipient of the Selangor Literary Prize in 2017, 2018, 2019, and 2021 for his short stories and essay. He received the Penang State Literary Prize in 2023 for Amok-Imago, for “an exploration of a new style that floats reality in the space between existence and nothingness”; and in 2025 for his microfictions. He was selected to represent Malaysia in the 2019 MASTERA Writing Programme: Essay in Bandung, Indonesia, organised by the Southeast Asia Literary Council (MASTERA). In 2024, he was also selected to represent Malaysia in the International Writers Dialogue at Liangzhu Forum in Hangzhou, China. Other than writing, he loves watching slow cinema.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (50%)
4 stars
7 (31%)
3 stars
4 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Hadi Nor.
Author 11 books56 followers
July 20, 2022
Eksperimental dan meditative. Walaupun form cerpen-cerpen ni eksperimental, bahasanya puitis dan old school. Saya juga suka personifications yang Azrin guna. “Hiperbola bergolek ke kakinya.” “Sesekali menjentik-jentik pendengaran kau”, dsb. Sedap.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
September 5, 2022
Rasanya ini kali pertama aku baca buku (kumpulan cerpen) semacam ini (entah aku pun tak tahu genre apa). Absurd, kalau baca review orang lain 'experimental'- dan automatik dalam kepala aku sebut "setuju". Mungkin itu perkataan yang cocok, entahlah aku pun tak tahu.

Jujurnya, aku tak faham sangat apa yang penulis cuba gambarkan dalam eksplorasi 13 cerpen yang melambangkan 13 kerja seni yang hilang bertajuk Amuk Imago ni. A lot of things doesn't make sense in my head, gitu. Sebab? Ada yang aku cuba Google tak jumpa jawapan. Semacam adakah aku baca karya fiksyen? bukan fiksyen? Hybrid?

Tapi apa yang aku suka adalah nuasa bahasa yang penulis guna. Jarang jumpa orang yang menulis dengan puitis yang tak dipaksa-paksa dalam struktur cerpen yang konkrit.

3.5 bintang. Kalau aku baca semula dan faham, mungkin 4+ bintang.
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews428 followers
November 27, 2022
Kumcer ini membuatkan aku ternganga sebentar, terutamanya cerita terakhir daripada buku ini.

Ini adalah karya pertama aku daripada Azrin Fauzi, dan pastinya bukan karya yang terakhir. Sebuah kumpulan cerpen yang aku kira sangat ahead of its time dan ia mempunyai keunikannya kepada setiap cerita itu sendiri. What I felt while reading the book, was just PURE RESPECT to the author.

Kumpulan cerpen yang membawa kisah seni yang hilang pada tahun 2011 di Georgetown, 13 lukisan daripada Basuki Basri yang tiada ketika pamerannya. Sebuah koleksi yang membawa konsep seakan 'katalog' kepada lukisan-lukisan yang mungkin ada dan mungkin tiada. Cerpen-cerpennya menjangkau batas fikiran manusia, dan mempunyai unsur dystopian dan magical realism yang aku kira sangat menambat hati.

Antara 13 cerpen dalam koleksi ini, antara TOP 3 cerita yang sangat menambat hati aku adalah:

1) Sinemata (Cerpen ke-4)
"Kita bukannya mahu mempersoal realiti, tetapi lebih kepada bertanya kembali: Apa itu fiksyen?

Kerana dengan kaburnya sempadan realiti dan fiksyen, secara tidak langsung menjadikan hidup (realiti) dan seni (fiksyen) itu dapat disatukan."


Cerita yang paling aku gemari dalam kumcer ini. Vibenya seperti melihat lansa daripada filem hitam-putih yang menjadikan ia unik, dan relatable dengan apa yang aku rasakan sekarang.

"Seumur hidupku, yang hampir setiap masa bermimipi, aku sering merasakan mimpiku tidak pernah bewarna - segalanya hitam-putih. Juga tidak pernah berbunyi - segalanya sepi sunyi. Mimpiku persis filem bisu hitam-putih yang memutarkan mimpi."


2) Ceritanah (Cerpen ke-13)
Buku ini mengingatkan aku tentang buku Cursed Bunny karya Bora Chung yang aku baca beberapa bulan lepas. Vibe-nya unhinged and it left me feeling just....... shocked

3) Konkritual (Cerpen ke-2)

Phenomenal.
Brain is fried but lord this is good

Persoalan antara keperluan idea menjadi sebuah benda yang konkrit dan fisikal untuk ia dianggap seni.

The perception of art is through its beholder; and this+footnotes is a bloody masterpiece.

Konklusinya? Buku ini sangatlah recommended!
Sebuah kumpulan cerpen yang aku kira sangat unik, dan cara penulis mengaitkan tajuk dengan isi ceritanya membuatkan aku kagum dengan prosa dan penulisannya.

Would personally recommend this collection of short stories if you are a fan of Asian Literature, especially Japanese Literatures. Its bloody amazing, and the appreciation towards art? Abstract and fantastic. An extremely well-curated collection.

Overall Ratings : 4.5🌟
Profile Image for Sheera.
9 reviews
July 15, 2022
bertemu dengan serpihan diri Azrin menerusi cerpen-cerpen dalam kumcer terbarunya ini.
Walau sukar untuk faham kesemuanya kerana tentulah pemahaman Azrin tentang hal-hal terkait seni visual, seni bina, filem itu lebih mendalam, saya masih boleh menikmatinya.

Paling suka Ceritanah & Malamaya!
Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
December 29, 2022
13 Karya Basuki Basri hilang – menurut Francis Ng sang kurator galeri. Tanjong Terbit melapurkan pada 14 Disember 2011.

Amok Imago merupakan siri catan Basuki Basri, diangkat jadi titik tumpu pada penceritaan 13 cerita pendek dari Azrin Fauzi, yang akhirnya kembali bersoal apa benar ia lenyap? Atau sememangnya siri tersebut tidak wujud?

Buku 120 mukasurat ini sarat dengan susunan kata dan resah jiwa kembara artisan Basuki Basri, digantung pada bahu sang penulis. Penulis pula penuh bijaksana berkisah secara terbuka akan cerita, lokasi, rasa, keliru dan apa sahaja. Prakata dan Kata Pengatar, bagai catatan katalog pameran lukisan hebat.

Pembaca jadi terbuai akan teknik Azrin berfiksyen. Susun dan pilihan kata begitu elegan sepanjang entah penceritaan atau suara hati Basuki Basri. Fiksi perihal lokasi, kisah dan urutan kembara mahu tidak mahu mengerut dahi saat membaca dan membayang. Saya begitu terpikat pada cerpen Konkritual yang lengkap dengan nota kaki dari Francis Ng. Begitu juga nota kaki dalam cerpen terakhir Ceritanah.

“Diam diam aku melipat risalah pelancongan Pulau Szago, memasukkannya ke dalam saku jaket. Engkau dan Raden sedang rancak berbual di hadapan. Sesekali kauhembus asap keretek ke luar tingkap. Dan Opel Rekord merah yang kita naiki semakin meluncur laju di bibir Szago.”

Jika ada anak anak dari kelompok sastera bertanya akan teknik teknik penulisan, saya tidak mahu bercakap banyak – fiksyen Amok Imago akan disogok.

“This is how you should write, it’s so elegant! It has no intention to please anyone but letting the readers wonder!”

Nota: Amok Imago diluncurkan sewaktu GTLF2022 sewaktu perbicangan tentang BINATANG dalam fiksyen. Binatang dalam fiksyen ini ‘Anjing Telomian’ disisip dalam salah satu cerpen. Penceritaannya luar biasa.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
January 26, 2023
Antologi cerpen yang agak besar unsur eksperimentalnya, memerlukan daya imaginasi dan kefahaman seni halus yang tinggi apabila hendak membaca buku ini. Persoalan utama saya ketika membaca cerpen pertamanya adalah: "Benarkah Basuki Basri wujud, atau sekadar watak fiksyen?" Apabila membelek semula bahagian kata pengantar, saya terkejut ada keratan akhbar tertulis "GEORGETOWN: 13 Karya Lenyap di Galeri Gerhana."

Ini bermakna, kesemua 13 cerpen ini ibarat katalog karya Basuki Basri yang hilang. Ia seperti "artist statement" untuk karya seni artis bernama Basuki Basri tetapi berbentuk kisah cerpen. Pada mulanya, saya kurang memahami jalan ceritanya. Setelah mengulangi pembacaan dengan mengumpulkan kembali memori-memori berkaitan seni halus, entah mengapa setiap satu cerpen ini telah membawa saya "menonton galeri seni di dalam mimpi." Maksud saya, sayalah yang membayangkan karya-karya itu sendiri.

Setiap satu karya tidak ada di Internet, apatah lagi nama artisnya. Itu suatu perkara yang sangat misteri dan menguatkan kefahaman saya bahawa buku ini semacam bentuk katalog muzium/galeri seni yang tiada karya fizikal yang boleh ditatap, tetapi pembaca sendiri yang perlu membayangkan bentuk karya itu di dalam kepala.

Antologi cerpen yang agak unik, tambah-tambah pula susunan ayat penulis Azrin Fauzi sungguh puitis, bombastik dan indah. Hiperbola dan personifikasi yang digunakan juga tiada satupun dirasakan seperti berpura-pura. Keseluruhan penulisan beliau amat bersifat alamiah. Penulis sangat menghayati sisi jiwa Basuki Basri hingga tiada satupun yang terkurang.

Jujur, saya suka baca antologi cerpen yang lain daripada yang lain sebegini. Terima kasih buat mereka yang terlibat dalam buku ini.
Profile Image for Abim.
25 reviews1 follower
September 27, 2025
Aku tidak tahu mahu kata apa perihal kumcer ini. Ia umpama satu pengalaman yang aneh seperti fragmen yang terputus-putus antara satu babak ke babak yang lain maka susah untuk kau garap keseluruhan cerpen. Kau tertanya-tanya apa yang sedang disampaikan oleh penulis sebenarnya. Kalau berdasarkan prakata dan kata pengantar di awal, kumcer ini tentang 13 karya seni Basuki Basri (adakah benar-benar wujud persona ini?) yang hilang. Jadi, penulis menggunakan puisi tapi diolah menjadi cerpen untuk mengambarkan setiap karya yang hilang itu tadi. Dalam buku Dua Sayap Ilmu karya Syed Ahmad Fathi, ada bicarakan bahawa puisi adalah wahana untuk mengatakan sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan satu kata menurutku. Atau kita boleh katakan bahawa puisi itu seni mentiadakan yang ada. Benarkah?

Barangkali aku juga sedang mentiadakan yang ada dengan penulisan ku ini.
1 review
July 30, 2023
Daya imaginasi sang penulis yang diterjemahkan dalam bentuk coreran ini amat tinggi yang seharusny diberi penghargaan dan tabik atas hasil yang membanggakan. Syabas!
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.