"Itu bukan telefon lama aku ke? Yang aku pakai untuk dengar lagu? Sejak bila kau curi ni?" - Akim
"Kau sengaja cari pasal ke apa ni? Kau lah yang suruh aku simpan hari tu, tuduh-tuduh aku curi pula!" - Awa
Awa dan Akim. Selalu berbalah tapi masing-masing saling mengaku bersahabat. Orang sekeliling tidak percaya langsung yang mereka berdua akan jadi sahabat sahaja sampai bila-bila. Pasti ada salah seorang dari mereka yang akan jatuh hati, dan tidak mustahil dalam diam masing-masing saling memendam perasaan.
Atau memang betul mereka hanya sahabat sampai akhir hayat?
"Kau dengar apa tu?" - Akim
"Playlist kau." -Awa
"Kau jangan delete pula playlist tu bila aku jalan esok." - Akim
Omg😭😭😭.. Kenapa rasa tak mahu berhenti air mata ni!! Writter jahat! Writter kejam nak mampus! Kenapa buat cerita mcm ni??? Tak lawak okay!
Mmg bukan klise. Tak sangka rasa terbuai dgn sikap Akim yg maha protective tu akhirnya berkesudahan dgn air mata. Awa, kuatlah Awa. Buktikan pada Akim yg Awa boleh kuat. Yang Awa boleh mulakan segala impian yg tidak pernah terfikir olehnya!