Hidup ialah metamorfosis. Seperti rama-rama, metamorfosis telah mengubah hidupnya.
Dulunya dipandang hina kerana kesilapan dan sejarah disleksia, kini dia bangkit!
Permainan lama masih belum tamat! Malang terus mengejar. Segala-galanya berubah setelah dia ditugaskan untuk melindungi Qais Izman daripada gangguan lelaki yang didakwa telah mati 10 tahun lalu.
Insiden demi insiden berlaku akhirnya menemukan mereka dengan Zachary de Alves, pemilik Phantom yang baharu.
“Apa semua ni? Apa yang kau nak sebenarnya? Kenapa kau sorokkan aku?” – AISH SAKINAH
“Untuk jauhkan kau daripada Qais. I have my own reasons. All I want is you to trust me.” – ZACHARY DE ALVES
Melindungi dan dilindungi pada masa yang sama, adalah sesuatu yang tak dijangka oleh Aish Sakinah. Siapakah sebenarnya Zachary de Alves?
Apakah kaitan antara lelaki itu dengan dalang di sebalik gangguan yang menimpa Qais Izman?
“To actually kidnap someone and breaking the law just to protect that someone is another level of protective instinct. Even a real bodyguard like you won’t do the same.” - KENICHI
Ada teka-teki lama yang masih tidak berjawab. Kematian yang dirancang rupa-rupanya berkait dengan penyembah iblis!
Ibarat malam mengejar siang, konflik yang berlaku terus merantai pergerakan mereka.
Misteri yang melingkari kematian pemilik sebenar Phantom, siapakah dalang sebenarnya?
Permainan sudah lama dimulakan, namun penamatnya masih bayangan. Malang yang mengejar tidak berbau kerana hakikat realiti tidak semanis impian yang menyapa.
Bagaimana bila kau terpilih menjadi korban untuk golongan pemuja syaitan?
Aish Sakinah, dia diuji pabila dia menghidap disleksia. Tak mampu menamatkan sekolah. Dihina oleh kakaknya sendiri. Mujur ada Napi, cucu Tok Kadim yang sudi membantunya dan berkawan dengannya. Namun, Aish diuji pabila Nafi meninggal dunia. Demi meneruskan kehidupan dan melupakan Nafi dia menjalani latihan di sebuah kem .
Zachary, pemilik syarikat Phantom yang baru yang dulunya dimiliki oleh Khair Rehan. Namun Khair Rehan telah meninggal dunia ketika menjalani hukuman penjara akibat tuduhan membunuh kedua ibu bapanya. Phantom diambil alih oleh Zachary de Alves. Jejaka berasal dari Brazil .
Kisah dimulai dengan amalan pemujaan syaitan. Dan satu demi satu watak dipertonjolkan oleh penulis. Untuk permulaan cerita, penulis mewujudkan watak Weyda Ayana, Khair Rehan dan Qais Izman. Setelah tamat kisah antara mereka bertiga, wujud pulak kisah Aish Sakinah yang pada dasarnya, watak utama. Dan aku sendiri tertanya, apa sebenarnya perkaitan antara amalan pemujaan syaitan dengan kisah Aish serta Weyda Ayana, Khair Rehan dan Qais Izman .
Lebih separuh perjalanan, baru ku jumpa perkaitan di antara watak2 yang wujud. Penulis mewujudkan kumpulan The Sinner, diketuai oleh Prince Amon kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat. Mereka mengorbankan wanita serta bayi. Amalan mereka dengan menghisap darah2 mangsa demi mendapat kekuatan .
Eisheth, dia sanggup mengorbankan keluarganya sendiri demi mendapat pangkat yang tinggi serta kekuatan dalam kumpulan The Sinner. Watak Eisheth ni memang sangat menyakitkan hati. Dia sanggup hilang keluarga demi diri sendiri .
Tahniah buat penulis atas kelahiran novel ini. Byk sgt improvement yg dilakukan berbanding novel beliau sebelum ni. Tambah2 topik yg dibawa kalini agak lain drpd yg lain, dan ianya diceritakan dgn baik. Thumbs up. Buat korang yg sukakan novel bergenre misteri+mistik+psiko, aku sarankan sgt utk korang baca. Memang tak rugi .
mystery pyschothriller, supernatural, ritual canibal cult, secret organization, found family, he protects her with his life, metamorfosis concept🦋
📜Aish Sakinah, seorang gadis yang mengalami disleksia dan sering dipandang hina kerana kekurangannya. Membesar pula dengan bapa yang sentiasa melebihkan kakaknya. Nafi, kawan yang memahami dan melindungi Aish yang buat Aish sedar dia perlu jadi lebih kuat dan berdikari. Sosok Nafi beri impak besar dalam hidup Aish. Situasi menjadi lebih rumit apabila dia ditugaskan untuk melindungi Qais Izman daripada gangguan seorang lelaki yang dikatakan telah mati 10 tahun lalu. Apa kebenaran di sebalik kejadian-kejadian misteri yang berlaku, termasuk kaitan Nafi, Zachary dan organisasi Phantom?
Plot — menarik and kreatif gila??! jangan tertipu dengan tajuk macam romance kan tapi tidakkk HAHAHA imagine hidup kau diburu oleh sebuah cult penyembahan syaitan yang makan daging dan minum darah manusia untuk kekal muda. Pembawakan cerita yang buat i sangat impress, setiap detail yang diceritakan buat plot rasa hidup. i cant imagine the time and efforts untuk tulis cerita ni sangat lah woww
Watak — cerita ni tak fokus romance tapii suka deeper connection yang ada antara Aish dan Nafi. boleh rasa attachment antara each other🥹 author did a great job for Aish character, consistent and likable, suka lagi lagi bila dia cakap loghat utagha🤣 on the other side Nafi and Zachary arghh i cant choose which one hshshs Nafi gives me comfort but Zachary thoo😮💨
what i wish could be better — pendedahan plot twist yang lebih kemas. cerita ni banyak plot twist yang buat i macam EHH WHAT??! tapi penyampaian tu agak out of nowhere bila elemen atau execution sebelum the reveal tu tak dikembangkan. still the twist is twisting🤯
pacing cerita yang lebih seimbang. sejujurnya sampai tengah cerita i tak tahu cerita ni nak bawak i ke mana tapi bila dah separuh cerita baru buat i hooked! macam baru nampak oh so this is how the plot was builded! bahagian awal agak slow tapi pertengahan sampai akhir memang mendebarkan sungguh! towards the end rasa agak rushing sebab semua benda macam sumbat sekali gus.
lebih mendalam backstory pasal villain cult penyembahan syaitan. serius dah menarik gila idea cerita ni tapi backstory villain hanya diberitahu pada certain chapters thus so much waste potential to make it creepier and more mindblown cuz lack of villain's side.
perkembangan watak terutamanya pasal Tok Kadim, Weyda and Khair tu. i wish author buat deeper lagi apa jadi dengan Weyda and Khair ni sebab watak diorang ni boleh dikatakan penting untuk plot tapi apa yang jadi pada diorang tak banyak yang diceritakan. agak loophole la untuk kedua dua watak ni sebab ada few yang buat i wonder and tak puas hati, i wish for more.
kenapa bahagia dia secoet je??? i need more Aish and her man moment sedih tauu sikit sangat😭😭
overall, still this book left a strong impression on me cuz how good bahasa penulis and idea yang ada, sangat gempak build up plot dia💪🏻recommended for those mystery enthusiast!
First sekali, tahniah penulis untuk buku baru ni. Disebabkan saya ni jarang/tak pernah mungkin baca tema macam ni sebab lebih banyak dengar2 tentang perkara ni sebelumnya, jadi macam wow sangat bila baca tu and saya suka plot untuk buku ni.
buku ni lebih ketengahkan isu-isu berkaitan perbuatan syirik. Nak2 bila baru2 ni tular video tentang satu pertubuhan ajaran sesat tu ye. Tapi untuk buku ni, yang mereka lakukan adalah perbuatan menyembah iblis untuk kekal awet muda oleh kumpulan The Sinners ni. Fuh!!Jadi terbayang betul bila diorang minum darah tu.
Bagi saya, mungkin kurang feel untuk watak lelaki psiko tu. Dan bila diriku ini sejenis suka belek ending, macam…’ouh,dia nilah lelaki psiko tu’ tapi bila ada twist sikit tu, terus kujadi confuse😂
Banyak perkara baru yang saya dapat tahu dari buku ni termasuklah yang berkaitan dengan coding punya jargon tu ye, adrenochrome dan juga perkara tersirat atau falsafah yang dikaitkan dengan lambang company Phantom iaitu rama-rama yang berkait dengan metamorphosis. Sangat best baca perkara ni yang membuatkan saya sedar, seorang penulis memang memerlukan perancangan plot dan pemilihan untuk perkataan atau perbuatan next step yang perlu dilakukan oleh watak tu,perlu berkait.
Apa yang saya boleh simpulkan, semuanya kerana dendam, trauma, kegilaan dan juga kuasa semua perkara tu terjadi. Cuma, takde diberitahu kenapa si dia tu bencikan keluarganya kan?atau saya terlepas pandang😅
p/s:bila membaca ni, ada lokasi yang diberitahu di bawah beberapa bab baharu, jadi kene alert untuk tahu peralihan tempat tu di mana kejadian begini atau begitu berlaku😄 Dan juga, seciput je kisah cinta tau. jadi, memang takde sweet2 tu
Cerita ini tersangat lah okey di permulaannya. Dari segi idea, storyline, ilmu, falsafah, kata-kata, aku bagi A++
Masa mula-mula baca, aku ingatkan Aish ni baru berumur 10 tahun. Nafi pulak dalam 12 ke 14 macam tu. Rupanya ehh dah 18 tahun. Nafi pulak tua 6 tahun. Haha masa tu aku gelak. Awat jauh sangat aku bayang. Nak dijadikan cerita, agak susah aku move on dari umur 10 tahun ke 18 tahun. Tapi tak lama sebab pergerakan cerita bergerak dengan pantas.
Masa Nafi meninggal tu memang terasa betul sedihnya sebab Nafi pergi tiba-tiba. Dah lah watak fav. Sedih tau. Bila Zachary muncul, aku tak tahu kenapa, aku terus rasa dia ni Nafi dan aku berharap sangat dia memang Nafi. And yes, dia Nafi. Berbunga terus hati aku🤭
Overall best dan aku sangat sukakannya. Buku yang bombastic macam ni susah nak cari. Cuma bahagian pergulungan agak tergesa-gesa. Aku teringin nak tahu respons Aish lepas tahu Zachary tu Nafi dan apalah pengakhiran hubungan persaudaraan Aish, Qais, Teja dan Khair? Mereka buat hal masing-masing atau sebaliknya.
Apapun.. Keep it up! Akan sentiasa menanti karya luar biasa dari penulis ini ❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
sheeshh one of underrated book yang aku tak pernah expect akan jadi one of my best read of this year. this book issoo damn goodd omaigawd😭 this is my first time baca karya tiey anam and sumpah aku random je beli buku ni sebab blurb dia menarik.
ok tbh, awal awal tu aku tak berapa faham dengan setting cerita sebab ada khutbah iblis yada yada pastu memula cam pening la sikit tapi— aku dah start hooked setiap kali setting cerita kat kampung aish and misteri pasal family weyda. at first aku ingat buku ni dia ada dua cerita(?) tapi bila start nafi meninggal and aish pergi sambung belajar, aku mula dapat rentak dengan jalan cerita and aku mula faham. misteri demi misteri dalam cerita ni sumpah smooth gila like— aku tak boleh nak expect siapa yang jahat, siapa yang baik. watak memasing unexpected tau so sampai dah nak ending, terus ternganga dengan plot twistnya. like bro— buku ni sumpah buat aku rasa macam kena game habis. *but aku mmg dah boleh agak siapa zachary tu😌*
ngl i lervv every characters in this book. sakit dan trauma yang zachary hadap, kehilangan orang kesayangan aish, aku nangis beb. emotional damage bro. aku suka idea dan plot dalam buku ni. sumpah mindblown teruk sedap namampss. the plot twist? the ending? chefkith nokk. this genre memang makanan aku la hahah
5⭐😭 Buku ni bahagian depan sedih yg amat😭 menangis nangis aku. Pastu bila part Aish pergi belajar tu dh thrilled. Hah, datang pulak plot twist. Aish ckp kedah seronoknya dgr. Apa" pun buku ni best giler lh
Nice story. Cuma part kemuncak untuk selesaikan konflik tu macam kurang feel. Part saspens pun 50-50, tak berapa nak rasa sangat sebenarnya. Apapun garapan watak menarik. Chemistry hero dan heroin pun comel je.
Yeayyy..my very first of December 2022. Sengaja pilih buku ni sebab nipis. Dan memang berbaloi yakmat, sebab sedap gila. .
Mula-mula baca, aku confused la jugak. Ni cerita tentang penyembahan berhala ke apa, setting cerita ni macam bukan kat Malaysia je? Tapi sebab sedap, proceed juga baca, tapi kena fokus la. .
Aish Sakinah ialah penghidap disleksia. Keluarganya dah fed up ngan perangai Aish yang dikatakan malas dan lebih suka melepak bersama kawan lelaki. Yang bertahan ialah Nafi, cucu Tok Kadim, yang sentiasa bersemangat mengajar dan melindungi Aish. Tapi semangat Aish pudar bila Nafi meninggal dunia. .
Lepas tu, Aish dihantar ke kem. Dia dilatih dengan seni mempertahankan diri. Lepas tamat latihan, dia ditugaskan untuk melindungi Qais Izman yang dikatakan diburu oleh seseorang yang telah mati 10 tahun lepas. .
Dan muncullah watak Zachary yang suspicious jugak tu. So, boleh dikatakan, separuh pertama buku, lebih ditekankan kepada pengenalan semua watak yang ramai gila tu. Bila dah masuk separuh kedua, barulah boleh nampak apa kaitan pemujaan dan penyembahan syaitan tu dengan kesemua watak tersebut. .
Aku suka sebab ceritanya nicely written walaupun watak ramai dan cabang plot tu bersimpang siur. Dah macam baca English book. .
Rasa tak puas baca sebab hampir keseluruhan cerita duk adrenaline rush. Tapi part bahagia secoet ngat. Aku suka moment Nafi dan Aish. Rasa sangat jujur, suci gitu. .
"Dendam lama masih bersisa...dan takkan puas sehingga dia melunaskannya"
Aish Sakinah, si penghidap disleksia. Lembab, bodoh itu sudah biasa meniti di mulut org sekeliling. Dibezakan kasih sayang juga penyebab dia berperangai liar. Namun, terjadi peristiwa menyayat hati yg mengubah karakter seorang Aish Sakinah.
Bertahun berlalu, Aish ditugaskan sbg bodyguard kpd Qais Izman yg menjadi sasaran Eisheth & The Sinners. Malangnya, dlm satu serang hendap, Aish dan Qais terpisah. Sebaik sedar, Aish menjadi tawanan seseorang.
"Apa semua ni? Apa yg kau nak sebenarnya? Kenapa kau sorokkan aku" - Aish Sakinah
"Untuk jauhkan kau drpd Qais. I have my own reason. All I want is you to trust me" - Zachary De Alves
Identiti Zachary De Alves, pemuda kacukan Brazil yg tiba2 muncul sebagai pemilik baru Phantom setelah 'kematian' Khair Rehan menimbulkan tanda tanya. Siapa Khair Rehan & kaitannya dgn Phantom? Kenapa pula dia menculik Aish dari terus melindungi Qais Izman. Antara meneruskan misinya atau mencari jawapan, Aish harus cari jwpn.
Sifatnya yg tamak, Eisheth semakin terdesak utk memburu Qais sbg tanda taatnya kpd Prince Amon. Berjayakah Eisheth membunuh Qais? Bagaimana pulak nasib Qais Izman, berjayakah dia melarikan diri dr terus menjadi buruan si wanita kejam itu?
Orite, ini adalah buku pertama dr penulis ini yg aku bca. Aish Sakinah, korang akn rasa sgt kesian dgn wataknya. Bodoh bendul, siapa saja yg tak rasa sedih (aku prnh kongsikan page yg buat aku tersedu sedan). Namun, wataknya berkembang semakin matang sesuai plot.
Watak hero pula, aku bermain teka-teki ttg siapa sebenarnya hero krn semua yg ada dlm kisah Aish adalah hero yg ingin melindunginya.
Bagi peminat genre yg agak 'dark' ala2 supernatural mcm ni, buku ini boleh jd pilihan. Misi seorang lelaki dlm mencari Tuhannya, matlamat Eisheth yg tdk masuk dek akal & kegigihan seorg gadis melindungi keluarganya. Aku tertarik dgn sesi dialog antara Carl Kafka Abraham dgn seorg paderi yg bunyinya begini... "Tuhan berada di mana, paderi?" - Carl Kafka Abraham.
Oh ya, knp tajuknya 8doa ada terselit dlm satu perenggan & aku spt.."oh, ini sebabnya tajuk 8doa.."