Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Terbelah di Laut Merah

Rate this book
Antara rasional dan emosi.
CTDLM mengisahkan perjalanan seharian Sevgil dan Shihab, sepasang mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu tahun pasca revolusi. Sebuah buku bergenre roman yang cuba mengetengahkan isu-isu yang relevan dengan anak muda hari ini seperti kemelut dalam percintaan, ideologi, persahabatan, kesihatan mental dan falsafah hidup.

372 pages, Paperback

First published June 1, 2022

25 people are currently reading
141 people want to read

About the author

Ilham Mazalan

7 books75 followers
An author who wants to write about everything

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (52%)
4 stars
67 (35%)
3 stars
21 (11%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 81 reviews
Profile Image for Tiya-Mö.
1 review1 follower
June 17, 2022
Buku yang bagus. One word: Intriguing. Jarang jumpa novel cinta yang ada karakter sekompleks CTDLM. Buku yang buat kita rasa makin pandai lepas baca. Banyak philosophical values. Tapi tak boring macam buku ilmiah sebab cara penulis sampaikan mesej tu sangat relate able. Banyak pengajaran dan perkara yang thought provoking. Bahasa sangat cantik. Sangat puitis. Great work.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
June 23, 2022
—Full review coming soon.

Aku dah baca lama dah novel yang satu ni. Tapi baru sekarang baru nak catat dekat sini.

Catatan:
Apa yang menarik tentang buku ini adalah jalan ceritanya yang boleh dikatakan amat relatable, gaya bahasanya yang amat puitis tetapi masih boleh difahami menunjukkan bahawa penulis memang hebat dalam mengolah ayat. Selain itu, aku suka dengan buku ini kerana jalan ceritanya yang bermain dengan perasaan kita juga, dalam kata lain, sungguh relatable.

Tak pernah lagi aku baca novel romantik sebagus ini, lagi-lagilah ianya ditulis penuh menggunakan pov watak utama Sev: membuatkan aku dapat memahami pemikiran lelaki terhadap definasi cinta dan wataknya tersangatlah realistik!

Tambahan, aku dapat banyak info-info menarik yang tak pernah aku ketahui sebelum ini. Novel ini juga membuatkan aku merasa seperti aku sendiri yang sedang berjalan di bumi Mesir. Akhir sekali, boleh aku katakan, novel ini antara novel Melayu romantik yang terbaik aku pernah baca seumur hidup aku. Kudos to the author!
Profile Image for Em.
285 reviews12 followers
September 14, 2022
I always hesitate to review a locally published book that aren’t 4 or 5 star to my liking or bila buku tu still new in the market just because- 😭

anyway,

’Aku manusia yang hidup di sudut gelap. Manusia yang damai dalam gelita. Berpura-pura tenang menghayati derita dunia, biarpun taringnya perlahan-lahan mencengkam dada.’

I have a whole list of messy/malaise/complex/insufferable reads (whatever you want to call it) featuring woman as the main character on my Goodreads’ bookshelf, if you’re a fan of any of those books, I’d highly recommend you to read Cinta Terbelah Di Laut Merah by Ilham Mazalan, except, it’s pretty much obvious that the main character in this book is a man, not a woman. It’s also interesting to dive into a theme that I’d constantly read these days but looking entirely from the opposite gender.

The writing is poetic and full with similes and purple proses, while these are inviting, I do however feel like they can be a little too much to my liking. I’d personally prefer it to tone down because there are certain lines throughout the book where I feel like they are sus and don’t fit into the context. Sometimes too much proses will diverge my attention towards its plot, so I rasa macam penat ah nak baca.

Due to its setting where Sevgil is a medical student studying in Egypt, there are certain parts inside the book where most of the conversations happening in Arabic language (and they are realistic anyway). Unfortunately, it’s me, I’m the problem. I have no idea what they mean and I’d like the author to spoon feed me with translations or you know, make me understand what these characters are saying 🥹🥹. I ain’t have the time to google translate or ask people or the author himself about the meaning, I have 583828282 other books to catch up and I also feel sorry to myself because I’m a lazy reader.

So again, my ride here with this book isn’t entirely a smooth journey, it’s bumpy with a few more reasoning I kind of forgot on what I was about to complain about. Tapi dari segi plot, konflik yang diketengahkan, memang lain dari yang lain, the book definitely runs away from the clicheness I’d usually encountered when I read Malay books.

At the end of the day, I mostly save my 4-5 ratings to books that leave an impact for me or the one that could possibly stay with me for quite some time. Not going to lie here, in this version where I’m updating this review (about 2 weeks after I read), I’d shamelessly admit that I entirely forgot how Cinta Terbelah Di Laut Merah ends.

But one thing for sure, although the title and its cover art are suggesting that this is just another book with romance as its main plot, it really goes beyond that. It’s the kind of the one that would give you ‘he’s not feeling good at all’ vibes.

i look forward to reading more books from the author.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews61 followers
August 19, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲, 𝘀𝗲𝗹𝗳 𝗵𝗲𝗹𝗽
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗟𝗚𝗕𝗧, 𝗮𝘂𝘁𝗶𝘀𝗺, 𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵, 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸,
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗺𝗶𝗻𝗼𝗿 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝗱𝗲𝗽𝗿𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻

︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘
Kisah percintaan antara Sev dan Shihab, yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Sev, gemar menyoal tentang peraturan hidup dan sentiasa mencari jawapan baru manakala Shihab, seorang yang sangat by the book and principled.

Percintaan mereka menelusuri pelbagai konflik melibatkan manusia pelbagai latar belakang dan juga isu semasa seperti LGBT, falsafah ketuhanan dan politik sekaligus menguji menguji cinta mereka terhadap satu sama lain.

︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾︒✿ཾ∘
𝗧𝗶𝗴𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 — tiga hari kita baca, tapi seminggu lebih kita spam snippets CTDLM kat igstory. Yup, itu lah impak buku ni kat kita — betapa tak move on nya saya! 😩

Ok jom!

Almost semua reviu cakap cemni, yes bahasa dia sangat 𝙥𝙪𝙞𝙩𝙞𝙨, 𝙥𝙝𝙞𝙡𝙤𝙨𝙤𝙥𝙝𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙖𝙣𝙙 𝙠𝙞𝙣𝙙 𝙤𝙛 … 𝙥𝙧𝙤𝙫𝙤𝙠𝙞𝙣𝙜 (?) Takpernah lagi kita baca buku yang buat kita reflect diri sendiri along the way semasa pembacaan. Habis je baca buku ni, kita rasa lebih pandai & matang in some way HAHAHA but eventually open a new pov that love is definitely more than just two persons loving each other 💓

Buku ni plot dia santai. Dia macam 30% plot, 70% characters bagi kita hahah let me tell you why — Buku lain mungkin akan move arc by arc tapi bukan buku ni, buku ni bawa readers kenal each characters and how one character gave impact to another.

Oh I loveee how complex but relatable all the characters are. Theme ‘𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙣𝙞 𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙖𝙣𝙚𝙠𝙖 𝙧𝙖𝙜𝙖𝙢’ succesfully shown by the author in this book. Selalunya bila baca buku kita akan rasa relatable dengan satu watak je kan? Tak beb, buku ni buat kita rasa relatable dengan semua watak! Takrasa macam diorang ni characters pun, tapi kawan sebab diorang ni ‘hidup’.

Frankly speaking, buku ni ada study environment & trigger yang sangat relatable dengan kita. I cried twice 🥵 —
nak tahu part mana satu boleh baca okie 😚

Ibrah terbesar kita dapat from this book maybe ada dua.
⊛ Satu, mengenal cinta tu sentiasa berbalik kepada dua — Tuhan & diri sendiri.
⊛ Dua, di mana pun kita berada, kita seorang je bertanggungjawab terhadap siapa kita nak jadi — sama ada tumpas dengan arus & pengaruh semasa, atau berpegang teguh dengan apa yang kita belajar.


︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓬𝓼︒✿ཾ∘
Pembaca romance and self help, ni untuk awak. Baca lah, untuk kenal lebih dalam apa itu cinta 🤍

_______________
“𝙉𝙖𝙢𝙪𝙣, 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙖𝙠𝙝𝙡𝙪𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙢𝙖𝙝. 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙄𝙡𝙖𝙝𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙨𝙚𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙉𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙠𝙞𝙩𝙖. 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙨 𝙞𝙝𝙨𝙖𝙣𝙉𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙗𝙞𝙣𝙜, 𝘿𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙚𝙢𝙖𝙣 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖. 𝙃𝙖𝙟𝙖𝙩𝙉𝙮𝙖 𝙣𝙮𝙖𝙩𝙖. 𝘼𝙜𝙖𝙧 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝘿𝙞𝙖” - 𝙎𝙚𝙫

4.5 🌟
_______________
Notes: tahniah penulis sebab buat kita nangis, susah tau — this book is the third that make me cried, twice pulaktu 🥲
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
March 10, 2024
Buku ini ada TW, bacalah dengan penuh berhemah.

Dear Ilham Mazalan,

Can we have an open table to talk about this book?

Sincerely,
Najwa yang berfikir.

Buku ni berat, sangat sarat ke-beratan-nya. Memang berkisah tentang cinta, tetapi cinta yang dikisahkan dari sudut pandang seorang Sevgil ini penuh falsafah, bercampur dengan ilmu kesufian.

Sejujurnya saya tidaklah begitu arif tentang kesufian, sebab bahasa dan fahamannya terlalu tinggi untuk orang-orang awam seperti saya. Tetapi untuk buku ini, saya serahkan hati saya untuk terbuka luas menerima dan menghadam apa sahaja yang diceritakan Sevgil.

Buku ini juga sebenarnya terasa begitu dekat dengan saya, bila bercerita tentang jemaah (haha nak gelak je rasa) saya juga berpengalaman dengan perkara tersebut. Kumpulan-kumpulan ini ada di mana sahaja, dan saya juga masih mentah ingin mencari apa makna kehidupan beragama. Dan saya rasa, saya juga seperti Sevgil bila membantah pendekatan-pendekatan mereka. Mungkin nama saya juga disebut antara yang paling tidak gemar sistem yang dibawa mereka, dan sayangnya saya sendiri membawa diri dan ditolak untuk menyertai mereka.

Masjid universiti tu tunggang utama saya mengenal Tuhan, kadangkala saya rasa mereka dangkal tetapi hormat tetaplah ada. Semoga Allah merahmati usaha-usaha mereka.

Tulisan buku ini buatkan saya berfikir, politik tu memang ruji kehidupan saya bila berbual dengan seorang teman. Teman yang saya hormat walaupun kami berdua berbeza jalan politik. Saya sayang dia sebab dialah yang teman saya menangis di universiti dahulu.

Dan cinta, hanya ini sajalah yang saya tidak pernah kenali dengan benar berbanding Sevgil. Sevgil bertuah bertemu Shihab, dan cinta sering disebut-sebut di dalam buku ini. Bagi saya cinta itu membodohkan manusia jika melibatkan emosi, sebab saya tidak pernah faham kehendak hati orang-orang yang bercinta. Patah hati mungkin pernah saya alami, tetapi cinta berbalas tidaklah pernah saya rasai.

Saya ini orangnya hopeless romantic, dan buku ini membentangkan realiti cinta yang sebenar. Besar makna cinta yang dibawa Sevgil, dan cinta hakiki itu hanya milik Yang Maha Pencipta.

Watak-watak sampingan dalam buku ini bagi saya membentangkan sisi pemikiran orang sekeliling kita. Dan saya bersyukur cara Ilham bentangkan kisah LGBT penuh berhikmah (bimbang sungguh saya jika kisah LGBT ini ditulis untuk advocate pembaca, kita perlu terima mereka tanpa usaha nak membawa mereka ke jalan sebenar). Masalah sosial yang disebut-sebut di dalam buku ini juga benda lazim yang terjadi dalam kehidupan universiti, hanya saja kita tidak bercampur dengan mereka atau kita sendiri yang butakan mata untuk tidak melihat masalah yang dihadapi mereka.

Jika orang lain anggap buku ini tentang cinta, saya pula menganggapnya tentang buku pemikiran. Agama sering menyuruh kita untuk berfikir, tidak tuli dan menilai kehidupan dengan keimanan. Cinta itu atas belas kasihan Tuhan kepada kita, dan manusia harus berbelas kasihanlah kepada orang lain. Itu tanda diri ini bersyukur.

Sabar itu ertinya percaya dan memberi masa kepada Tuhan, diri sendiri dan orang lain. Agar dapat menyingkap sehelai takdir setiap hari.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
June 22, 2022
Tema buku ini adalah cinta. Cinta yang bagaimana? Cinta kepada-Nya, cinta dalam percintaan, persahabatan, negara, ciptaan-Nya, dan yang paling perlu untuk mampu mencintai semua ini, cinta kepada diri sendiri.
“Hanya dengan memaafkan diri sendiri, kita berupaya memaafkan dan mencintai orang lain.”

Menggunakan bahasa yang berbunga-bunga pada awal cerita membuatkan Saya selesa tanpa menyangka semakin lama isu yang dibawa semakin berat. Bermula dengan kisah percintaan antara Sevgil dan Shihab, kemudian timbul pelbagai konflik hubungan, ideologi dan ciri watak yang pelbagai menjadikan cerita ini begitu kompleks.

Sevgil mengalami masalah kesihatan mental, tidak berupaya memahami emosi manusia. Perasaan simpati dan menyebelahi Sevgil adalah normal bagi Saya, kerana kita membaca dari sudut pandang beliau. Pemikiran Sevgil agak rumit dan mendalam, adakala seperti tidak mempunyai perasaan. Agak sukar bagi Saya memahami beliau.

Sevgil mencintai Shihab dan mempunyai seorang kawan perempuan bernama Marsha, keduanya ada kepentingan sendiri bagi Sevgil.
“Tanpa Shihab, hatiku tidak berteman. Tanpa Marsha, hidupku sunyi daripada fikiran yang tajam.”

Bagi Saya wajar bagi Shihab bersikap demikian kerana dia amat mengenali Sevgil, kematian ayahnya dan ketidakupayaan Sevgil dalam memahami manusia lain secara normal membuatkan Shihab tiada pilihan selain meluahkan rasa dengan cara yang begitu.

Sepertimana Shihab, tindakan Marsha juga mampu difahami. Bukan mudah bagi kita menidakkan sesuatu yang sentiasa ada.

Persahabatan, penting bagi kita memilih sahabat yang baik demi menjaga diri kita dari tersilap langkah.
Terdapat juga sedikit kritikan halus terhadap budaya dan amalan masyarakat yang beragama Islam.

Keputusan untuk membaca CTDLM bermakna siap menerima pelbagai perasaan yang bakal terbit, siap menjadi terbuka dan siap memaafkan. Kerana setelah tamat sahaja buku ini, apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah hidup ini tentang memaafkan dan menerima seadanya. Ketidaksempurnaan watak menjadikan buku ini seolah-olah kisah nyata, dan menjadikan watak-watak tersebut “manusia”.

Sekadar peringatan mesra bagi yang teringin membaca CTDLM, terdapat unsur LGBTQ, isu ketuhanan, dan juga pemikiran yang agak “tidak berperasaan”. Namun, ia tidak mengganggu bacaan bagi saya, bacalah secara perlahan-lahan, cubalah tahan perasaan ingin menilai, boleh jadi kita belajar sesuatu selepas itu. Selamat membaca!

Note : Asperger's Syndrome, a form of Autism Spectrum Disorder, is a developmental disorder. Young people with Asperger's Syndrome have a difficult time relating to others socially and their behavior and thinking patterns can be rigid and repetitive.

Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
August 31, 2022
Dua perkara yang buat saya tertarik untuk membaca novel ini:

1. Nama peneraju cerita - Sevgil dan Shihab. Ia memberi gambaran kisah cinta yang unik, seperti Laksamana Sunan dan Ratu, atau Cinta dan Rangga. Terlalu unik juga kadang tak membantu. Tapi dua nama ini sangat kena dengan latar cerita.

2. Bahasa yang cantik dan romantis. Usaha penulis muda ini buat saya kagum. Ketelitian beliau dalam penulisannya untuk memberi kepuasan kepada pembaca, amat saya hargai.

Watak Sevgil pada awalnya buat saya meluat dan rimas. Hairan saya bagaimana Shihab boleh jatuh hati. Tak ada sesiapa yang suka Mr/Ms Know-It-All, yang ada jawapan untuk semua perkara, yang memperkecil isu yang penting bagi kita dengan mengatakan, 'Lihat, di sana ada masalah dunia yang lebih besar dan lebih penting.'

Pun begitu, menjelang akhir cerita, lapisan watak Sevgil tersingkap. Saya semakin memahami dan saya sedikit simpati. Saya kemudian bersorak untuk Sevgil agar beliau berjaya mencari apa yang dihajati. Agar dia dan Shihab bahagia, saling melengkapi.

Sevgil mewakili watak aspie yang agak berbeza dengan yang pernah saya baca dan tonton sebelum ini. Soal ketepatan, saya tak pasti. Tetapi ia boleh dijadikan rujukan/bandingan untuk novel-novel berwatak aspie yang bakal ditulis pada masa akan datang.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
August 3, 2023
Aku rasa bila baca buku ni macam annoyed gila dengan Sev dia acah2 mr know it all pastu aku fikir balik, ehhhhh aku pun camtu anjirrrrr 😭😭😭

Aku suka watak Sev ni sebab dia jiwa dan fikiran dia kompleks, dan bertambah menarik sebab cerita ni bergerak melalui lensa Sev. Bermaksud, reader = Sev.

Ditambah dengan bahasa yg puitis, aku veri lurve dengan cerita ni.

Cuma aku tak puas hati dengan penghujung cerita yg aku rasa macam bergerak agak laju.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 16, 2023
Watak sevgil adalah watak seorang pemikir. Dari lensa sevgil, kita dapat memahami apa yg sevgil risaukan, fikirkan. Buku ni agak berat. Menyentuh segala aspek. Tapi pada akhirnya, ianya berpusat pada pencarian diri. Cintai diri.

Pelbagai watak² yg diketengahkan dalam buku ni. Watak yg 'normal' kerana mengikut arus, watak yg 'x normal' kerana bercanggah dari kebiasaan. Tp akhirnya mampu semeja dengan semua.

Untuk mereka yg nak cuba baca buku yg agak berat, buku yg membuat kita berfikir, then buku ni is for you.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews320 followers
December 11, 2025
Updated:

Ulasan buku Cinta Terbelah di Laut Merah (Edisi Kemas Kini + Bab Bonus) oleh Ilham Mazalan.

Novel ini mengisahkan kehidupan 2 mahasiswa Malaysia, Sevgil dan Shihab, di Mesir pascarevolusi 2011, iaitu selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak dalam gelombang Arab Spring. Revolusi ini menggulingkan rejim Hosni Mubarak selepas lebih 30 tahun berkuasa. Tempoh pascarevolusi menyaksikan ketidakstabilan politik dan sosial, pertembungan ideologi antara golongan Islamis, sekular, dan tentera serta ketegangan dalam kalangan mahasiswa, terutamanya pelajar asing seperti dari Malaysia.

Suasana pascarevolusi digambarkan dengan konteks yang luas dan agak mendalam, bukan sekadar latar hiasan dalam novel ini. This is quote surprising. Tak sangka penulis muda ini, Ilham Mazalan berani malah berjaya menggunakan latar sejarah yang menarik ini sebagai kerangka utama untuk membina konflik, emosi, dan falsafah dalam novelnya.

Ceritanya berpaksikan konflik cinta, di samping cabaran ideologi, politik mahasiswa, agama, dan mental health. Yang menarik bagi aku adalah watak utamanya Sevgil - dia bergelut dengan masalah rendah EQ (kecerdasan emotional intelligence yang lemah) iaitu ketidakupayaannya memahami emosi manusia, (senang cerita tak faham bahasa) yang menyukarkan dia berkawan serta menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya. Ini merupakan salah satu highlight utama dan menjadi teras kepada konflik dalaman watak dan tema falsafah novel ini.

Sebenarnya Sevgil ni seorang mahasiswa perubatan yang rasional dan analitik, tapi sangat tak berempati dalam hubungan sosial. Ditambah dengan tekanan emosi, kemurungan dan kekeliruan identiti, watak dia menjadi sangat tak likeable. Yang lebih mengeruhkan keadaan ialah - dia ni terperangkap antara idealisme dan realiti, terutama dalam cinta, agama, dan politik. Ini pertama kali aku berpeluang mendalami serba sedikit psikologi mahasiswa dalam situasi yang serba - serbi mencabar dan kacau bilau begini.

Jadi Sevgil boleh dilihat sebagai simbol kepada generasi yang celik ilmu tetapi buta emosi - yang tahu banyak perkara tetapi gagal memahami perkara basic - emosi manusia. Melalui watak ini, Ilham Mazalan mengangkat persoalan falsafah seperti: Apakah cinta tanpa empati? Bolehkah seseorang yang tak memahami manusia, mencintai dengan tulus? Adakah agama dan ideologi cukup untuk menyelamatkan jiwa yang kosong?

Keseluruhan plotnya kemas, berlapis dan dinamik, dipadukan dengan characters yang real dan berkesan, berjaya menghanyutkan aku dalam world-building yang dicipta. Aku suka cara watak Sevgil ni dibentuk, tapi aku tak suka dia - sangat annoying dan poyo, dengan Shihab bukan main lagi menjaga halal gap sebab ketegasan Shihab, dengan Marsha dia lupa pula halal haram sebab orang jemput meratah lauk. Tapi secara rasionalnya, aku finally boleh berempati dengan dia - merantau di bumi asing, tekanan study, konflik batinnya yang antara lain disebabkan oleh perbezaan pandangan dengan Shihab, serta pergolakan politik di Mesir - sebab musabab ini menjadikan masalah dia valid bagi aku. Sevgil adalah sisi kemanusiaan yang tak sempurna - nama pun manusia.

Novel ini mengangkat tema - tema yang kompleks dengan cara yang mudah dipahami. Isu - isu krisis identiti, kepercayaan, cinta, LGBT dan makna kehidupan diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui dialog dan monolog Sevgil dan Shihab. Gaya bahasa Ilham Mazalan yang puitis dan kaya dengan metafora juga berjaya menciptakan atmosfer yang kuat. Deskripsi - deskripsi yang indah dan tepat tentang Mesir dan karakter - karakternya membuat aku percaya dengan Sevgil dan cabaran yang dipukul di bahunya. Ini dikuatkan lagi dengan latar belakang sejarah Mesir pasca revolusi yang dipilih - memberi dimensi segar pada cerita. Ternyata Ilham Mazalan tak kurang gali dalam proses menyapkan naskah ini.

This is a high quality read. Ia membuka fikiran aku tentang beberapa isu penting melibatkan jemaah dan memberi perspektif baru terhadap kolompok ini.

Edisi kemas kini ini disertakan bab bonus yang menjawab segala persoalan yang tak dijawab dalam versi sebelumnya. Aku sebenarnya OK je dengan open-ended ending novel ini, tapi disebabkan sebab nak juga tahu Ilham’s take on his work, versi ini aku grab juga on my second visit to SIBF2025.

Highly recommended.

4.5 / 5 stars

Dapatkan di The Bibliophile Bookshop.
Profile Image for Ilham Mazalan.
Author 7 books75 followers
January 18, 2023
Ini laman Goodreads rasmi untuk Cinta Terbelah Di Laut Merah terbitan Mahakarya/Patriots Publishing.
Selamat membaca.
Buat makluman cerita ini agak slowburn. Namun saya percaya pembaca yang sudah sampai bab 'Buku Hitam' akan tertarik dengan perjalanan ceritanya.
Profile Image for Nur Asma'.
34 reviews
March 1, 2023
4.5/5 ⭐

Lega untuk Sev ❤️ Semoga kita semua dapat sembuh dari luka-luka seperti Sevgil. Semoga hari-hari yang mendatang diredai Tuhan. Semoga Tuhan juga kurniakan kita semua cinta yang diimpikan ✨
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
May 8, 2023
Awalnya buku ini diterbitkan, saya tidak begitu berhajat untuk membacanya walaupun semakin banyak ulasan-ulasan luar biasa yang saya baca mengenai buku ini. Sehinggalah kakak saya sendiri membelinya, saya mulai membelek beberapa halaman pertama. Takjub!

Buku ini mengetengahkan kritikan sosial secara bersahaja. Kagum dengan penulis yang mampu memuatkan isu-isu seputar politik, ketuhanan, sejarah, cinta, etika, depresi, agama, ideologi, dan fitrah manusia dalam sebuah cerita. Walau bertunjangkan cinta sebagai tema utama, semua perkara yang melatari cerita diadun dengan baik sekali. Saya kira tidak perlu dihuraikan secara terperinci kerana kalian sendiri yang perlu baca dan nikmati.

Satu perkara menarik yang saya perhatikan, betapa penulis dengan begitu cermat meletakkan watak utama sebagai penggerak cerita; begitu asli! Seolah-olah Sevgil itu wujud dan hidup bersama kita. Ya, barangkali Sevgil itu kita, dan Shihab itu mereka. Sevgil, manusia biasa yang meletakkan Tuhan pada puncak kehidupan, namun kadang rebah dalam pertelingkahan antara akal dan nafsu. Dalam dunia utopia, barangkali aneh melihat manusia yang begitu faham akan dzat Tuhan, tapi masih memilih untuk mengingkari-Nya. Tapi Sevgil tidak! Ya, kita tidak. Meladeni dunia yang realis, manusia masih terdedah dengan dosa dan kerana itu pintu keampunan Tuhan dibuka seluas-luasnya.

Setiap watak diolah dengan begitu baik. Entahlah, saya kira cerita ini cerita sebenar yang sekadar dikemaskan semula agar dapat dibaca oleh semua. Manalah tahu?

Buat penggemar politik kotor dan badan-badan agama, seharusnya buku ini juga berada dalam genggaman mereka. Mereka yang masih mencari erti dan makna diri, hadamlah juga buku ini. Semoga kita semua dipertemukan dengan jalan kebenaran. Terima kasih saudara Ilham Mazalan. Teruskan berkarya! Semoga Allah merahmatimu.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 17, 2022
Tulisan dan susunan kata yang sangat indah. Ya Tuhan, sangat indah. Bahasanya. Penyampaiannya. Punya unsur kelakar tanpa dirancang yang boleh buat kita tergelak kecil kadangkala. Terasa santai di situ.

Namun dari segi lain, penulis mengetengahkan isu politik, isu agama, isu moral manusiawi iaitu LGBT dan isu kesihatan mental yang buatkan kita banyak berfikir. Bukan semata hanya menyelami kisah cinta antara Sevgil dan Shihab.

Btw, suka baca ulasan Amal dan Syerah. Setuju dengan kritikan yang diberi oleh Syerah. Setidaknya, berilah gambaran pendek macam mana mereka dapat berbaik kembali. Terlalu cepat penamatnya. Hanya ingin menekankan kisah Rumi dan Shihab sahaja di akhirnya sedangkan watak Rumi tak sebanyak dan sekerap watak Harris. Kan?

Sebenarnya sentiasa menunggu watak dan babak Rumi tapi terlalu sedikit dan kurang puas. Mungkin sebab suka dengan namanya? Haha. Watak Harris, kawan baik Rumi pula seakan belum cukup sempurna.

Apapun, buku ini sangat baik dan membuka mata. Juga memberi sisi yang berlainan. Membuatkan kita lebih terbuka minda dan banyakkan mengambil cakna banyak perkara. Tidak rugi membeli dan membacanya. Tahniah kepada penulisnya.
Profile Image for Abdul Mas'ud Misani.
1 review1 follower
June 14, 2022
Kejap saya suka watak ni, kemudian saya suka watak lain. Kejap sayang kejap kagum kejap benci kejap faham. Wataknya sangat realistik.
Bab awal agak meresahkan bila saya keliru Sev ni sakit apa. Sampai bab orang gila kena langgar baru saya boleh nampak permainan naratif penulis.
Ini novel yang sangat kompleks. Tahniah. Cuma endingnya agak abrupt, utamanya membabitkan Harris dan Marsha. Mungkin sebab mereka bukan watak utama. Saya harap ada sambungan.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
June 20, 2023
Buku ini adalah berlian tersembunyi disebalik sampul buku yang oldschool dan tajuknya yang keju. Saya tak ambil buku ini waktu kali pertama di Selangor International Book Fair 2022.

Syukur zaman sekarang ada Goodreads!

Sukar untuk merumuskan betapa kompleks Sevgil pada saya. Sudah terhidu kejanggalan Sevgil, cuma saya terfikir-fikir apakah gejala yang sedang Sevgil alami. Mulanya saya hanya menebak Sevgil seorang INFJ, yang mana personaliti ini terlalu mahu jadi mediator terhadap semua masalah dunia, yang mana setiap masalah dunia adalah masalahnya selain punya kecerdasan pada bahasa. Ya, jadi saya simpulkan Sevgil adalah seorang INFJ. Namun rupanya masalah Sevgil lebih berat daripada itu.

Secara personal. tiap kali penulis bermain dengan watak-watak 'bahaya' seperti Harris, Marsha dan Syed, saya jadi berdebar. Debaran yang memandu adrenalin saya; takut, tapi teruja.

Di dunia sebenar, kita akan lebih suka Rumi, Fateh dan Amir, kerana mereka 100% teman yang selamat dan tidak berisiko. Manakala Harris, Marsha dan Syed adalah watak-watak di dunia sebenar yang akan dihakimi oleh polis masyarakat sehingga kita tak berpeluang untuk mendekati dan menyelami mereka kerana kita adalah seperti seorang Shihab; terlalu takut pada tabu dan judmentasi manusia lain.

Cuma saya rasa pengakhiran buku ini terlalu indah. Bagaimana mungkin Marsha, Harris, Fateh, Syed, Rumi, dan Sevgil boleh duduk semeja? Setiap daripada mereka adalah bercanggah dan sesi makan perpisahan tidak cukup menjadi alasan untuk mereka meluangkan masa bersama. Atau adakah ini hanya berlaku dalam minda Sevgil? Kerana hanya seorang yang berpaksi rasional sahaja mampu berada di situasi itu. Ego dan emosi kebiasaannya tidak membenarkan perkara ini terjadi. Dan entah kenapa, saya ada masalah dengan Sevgil, saya lebih memihak Rumi untuk bersama Shihab. Sevgil dan Shihab adalah seperti dua garis parallel, mereka lurus di landas masing-masing tanpa didestinasikan bertindih.

Saya betul-betul menikmati CTDLM. Bacaan yang sangat intimasi melalui POV Sevgil. Banyak ayat-ayatnya saya ulang baca kerana terlalu cantik tersusun dan terasa berat untuk berpisah di muka surat terakhir, membayangkan perasaan begini sangat jarang dialami. Gembira bila jumpa penulis muda yang ada vibe begini. Semoga waktu-waktu yang mendatang akan memberi lebih ilham dan semangat untuk Ilham Mazalan menghasilkan karya-karya yang jika tak sebaik ini, lebih hebat.
Profile Image for Aina.
2 reviews5 followers
June 16, 2022
Bukan cerita cinta klise!

Pada mulanya saya anggap buku ini sekadar mengisahkan tentang konflik percintaan Sev dan Shihab but it's way beyond that! Gaya bahasa yang indah, berbunga-bunga cinta layu di pusara tapi tak keterlaluan sampai menyimpang dari main point cerita.


It's been a while since I picked a Malay romance book but this one is worthwhile reading.
Profile Image for Syazrul Aqram.
26 reviews4 followers
June 24, 2022
Dah lama tak baca novel cinta sejak novel Cecelia Ahern - How to Fall in Love dalam 5 tahun lepas.

Tertarik dengan bab pertama, terus habiskan baca CTDLM ini.

Great works!

Profile Image for Natasha Mazya.
16 reviews1 follower
September 30, 2022
Sebuah karya yang bagi saya cukup rencah dan rasanya. Watak-watak yang penuh dengan flaws, menjadikan mereka relatable dan manusia. Sevgil cukup kompleks. Menyakitkan hati sikit di awal dan pertengahan cerita, tapi perkembangan wataknya buatkan saya rasa "he needs to be protected at all costs." As the story goes, saya mulai faham dengan struggles dia, yang dia sebenarnya mencuba. Mencuba untuk jadi manusia demi orang yang dia sayang.

Naskhah ini bagi saya bukan saja menyampaikan cerita, tapi ia seperti sebuah buku healing. Banyak kata-kata yang memujuk hati, sedang saya sendiri pun memerlukannya. Terima kasih, encik penulis. Semoga dengan berkat kata-kata baik dan tulus yang dikarang, menjadi saham akhirat untuk ke Syurga kelak.

Ada satu kritikan yang saya harap penulis tambah baik, iaitu untuk meletakkan terjemahan untuk setiap dialog bahasa asing yang digunakan. Maaf encik penulis, tak semua orang faham Bahasa Arab. Hehe. Harapnya lepas ni andai ada penggunaan bahasa asing dalam karya berikutnya, penulis boleh sertakan terjemahannya sekali ya.

Semoga Ilham terus sukses. Saya menantikan Mencari Mendam Berahi.

P.S: Walaupun cerita dah habis, saya masih tak gemarkan Marsha. Ampun!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
January 17, 2024
Sudah lama rasanya tidak membaca cerita macam ni -- cerita yang perlu dibaca dengan perlahan untuk dapat dihadam dengan berkesan; cerita yang mencetuskan pemikiran yang dalam pada minda; cerita yang buat kita lupa sementara pada kejadian keadaan di sekeliling dan tenggelam dalam alur perjalanan kisahnya dan olahan katanya. Buku ini mencipta satu ruang khas untuknya dalam kalangan buku-buku yang sudah saya baca bahkan mungkin untuk buku yang akan dibaca pada masa mendatang -- satu penulisan yang mengangkat standard bacaan saya kepada satu aras lebih tinggi daripada sebelum ini, juga satu buku yang mungkin ingin dibaca lagi untuk menghadam dapatan berbeza kalau dibaca pada waktu, emosi, dan fikiran berbeza pula.

Ps. Ada ulasan lagi panjang dalam kepala, kalau rajin nanti jadilah ia dalam bentuk perkataan dan ayat -- kalau lol
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
August 16, 2022
Cukup cantik dan puitis sungguh ayat-ayat yang dibawa oleh penulis. Cara penulis menyampaikan kisah hidup watak utama sungguh memukaukan. Beberapa kali saya membaca dan memahami bait-bait ayat dari hasil tulisan beliau, mesti saya akan berhenti sebentar untuk menikmati keindahan karangan penulis. Buku ini juga saya galakkan bagi mereka yang ingin memahami erti cinta dan sayang akan diri sendiri. Penulis ada sentuh juga beberapa topik mengenai LGBTQ, Islamis, Jemaah dan Athies.
Profile Image for Rabi Ridzuwan (dafishisgoingon).
22 reviews
July 12, 2022
You know what? I'm falling hard. Setiap helaian penuh dengan bait indah mengulas buah fikiran dan suara hati seorang Sev terhadap dunia. Kompleks dan unik. Sesuatu di luar kebiasaan untuk saya.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
July 23, 2022

Kata Sev, Tuhan dan Shihab memiliki sesuatu yang dia tiada.

Kata Rumi, cinta itu maksudnya keterikatan.

Shihab dan Sevgil adalah pasangan kekasih yang menyulam cinta dari awal mereka menjadi seorang pelajar di bumi Mesir. Meskipun sebuah hubungan yang tidak direstui oleh kawan-kawan yang islamis, tapi itu bukanlah suatu yang perlu jadi kepedulian. Tapi, bagaimana mahu setia mencintai jika yang dicintai itu juga tidak punyai rasa dan hati? Tidak saling memahami dan takut berkongsi rasa bersembunyi di kamar hati.

Perjalanan Sev mencari jawapan kepada persoalan dunia menjerat dirinya perlahan-lahan. Dia yang tidak membenarkan orang untuk memahami dirinya, serta trauma yang telah membawa dia ke satu sisi kehidupan yang rumit dan berat.

Buku setebal lebih kurang 300 muka surat ini sarat dengan pelbagai kisah dan tema. Kisah cinta, LGBT, fahaman politik, psikologi serta keindahan bumi Mesir dan sebagainya. Watak utama (Sevgil) itu sendiri memainkan peranan yang sangat banyak kepada orang-orang yang terlibat di cabang yang berbeza. Fahamannya tentang dunia juga berbeza. Pandangannya juga berbeza. Rasa hati dan cara hidupnya juga berbeza.

Penulis membawakan buah fikiran yang berat dan sarat. Aku dapat lihat sisi pandangan penulis terhadap dunia politik. Tentang cinta. Tentang kehidupan dunia. Bagi aku garapannya agak berat tetapi penuh dengan isi. Aku suka perlahankan pembacaan aku bagi memahami apa yang ditulis penulis. Ya, ada yang aku faham dan ada juga yang tidak sebab aku tidak ada ilmu dalam bidang tersebut.

Penulis juga ada mengkritik tentang persatuan islam yang memilih jalan dakwah yang mudah. Sesiapa yang tidak sefikrah akan dicemuh dan disisihkan. Mereka juga selalu mengelak apabila dijemput untuk perbahasan dan perbincangan. Seolah-olah takut untuk menyuarakan pendapat di khalayak dan lebih suka bersembunyi di belakang meja persatuan.

Bagi yang sukakan ayat-ayat yang puitis dan indah, buku ini menawarkan ayat-ayat yang sebegitu. Pembukanya sahaja sebenarnya telah menggamit perhatian aku dan teruja dengan intipati yang bukan klise. Nampaknya buku debut penulis ini telah membuatkan aku ternanti-nanti dengan buku-buku penulis yang lain selepas ini.

Kesimpulan, dalam mencari jawapan kehidupan, adakala kita tidak menemuinya bersendirian. Boleh jadi kita menemuinya dengan cara kita bersahabat dan berkenalan dengan orang lain. Boleh jadi, tika mana kita membuka ruang buat diri untuk mencuba hal lain, Tuhan akan memberikan jawapan yang kita idamkan. Yang penting, setiap rasa cinta itu perlulah seiring dengan kepercayaan kepada Tuhan dan keteguhan iman sendiri.


Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
July 29, 2022
Buku ini umpama laut, terbentang luas tentang konsep cinta, agama, politik, persaudaraan dan cerita alam kedewasaan para remaja.

Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat mengenali watak Sevgil yang unik. Dia mengajar saya tentang banyak perkara dan idea yang kadang kita sendiri terbatas untuk ungkapkan.

Sevgil membawa saya kembara mendekati insan-insan yang mungkin mustahil untuk kita dekati kerana prasangka. Ahhh! Betapa bingungnya saya bila sedar dalam putar belit plot oleh insan-insan ini. Tapi puas!

Saya tak nak ulas panjang tentang novel ini. Risau akan menulis spoiler pula. Sebab buku ini segalanya..umpama cinta dan agama yang melibatkan segalanya.

Usai membaca buku ini saya berikan tepukan gemuruh pada penulis! Garapan yang cukup menyentuh hati, tersusun, indah dan berani.

Ia bukan cerita cinta angan-angan, ia cerita realiti, cerita yang kita hadapi hari-hari.

Tahniah kepada penulis! Ya..saya menanti jika akan ada lagi buah tangan baru dari penulis. Semoga terus sukses 💫
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
June 5, 2024
"Tuhan itu pengarang takdir. Setiap bab yg disusun, sama ada baik atau buruk pasti ada pengajarannya. Sabar itu ertinya membaca helaian-helaian buku Tuhan satu per satu. Mengambil teladan dengan ikhlas. Dan dengan cermat, memerhatikan perancanganNya"

Fuhhh berjaya habiskan. Novel yang berat, kompleks, rumit tetapi indah. Susunan katanya indah, penuh dengan idea-idea dan pemikiran unik.
Bermula dengan kisah Sev dan Iha yang sangat slow burn. Jika kamu sukakan novel kisah cinta romantis,cringe, indah-indah belaka ini bukan buku yang tepat. Buku ini lebih kepada menyingkap pemikiran seseorang yang mencari makna cinta, sabar, kehidupan, hubungan, percaya dan persahabatan.

Novel kedua dari penulis yang aku baca. Seperti biasa, penulis suka menyentuh tentang isu yang kompleks. Tapi seronok sebab minda terbuka untuk benda yang baru. Pemikiran yang segar, diadun dengan kata-kata indah.

Kudos!
2 reviews1 follower
October 12, 2022
Par excellence novel of this generation, although I’m more accustomed to those of shahnon ahmad, a. samad, and Amir Hamzah, I believe this novel is a must read to all. Great characters (especially sevgil as I know him personally), impressive style of writings, very good choice of words, although the plot can be constructed in better ways.

My favourite is of course the philosophical questions arise, especially from marsha- the question of theodicy . From metaphysical point of view, evil exist because the world is separated from the absolute good, which is God. Only god can be the absolute good and perfect, we are not absolute good, this allowing possibility of evil. (read ibrahim kalim on theodicy by mulla sadra)

Lastly one could not but to be bothered by the elephant in the room, as we both now why exactly HAMKA wrote his epic novel TKVWD.

Looking foward for your next writing .
15 reviews
September 28, 2022
apa yang dikata tentang buku ini? tajuknya mungkin tidak begitu memanggil untuk pembaca yang mengelak dari genre roman.

namun begitu, walaupun cinta adalah motif utama novel ini, ianya bukanlah cinta yang sempit tafsirannya. bolehlah dikatakan mesej cinta yang dibawa merangkumi keseluruhan cinta yang perlu ada dalam hidup manusia untuk jadi bahagia. garapan dan olah ayat yang kemas menyebabkan mesej berat dan biasanya jadi pantang larang disampaikan dengan baik. mudah difahami dan senang dipersetujui.

satu persoalan cuma. apakah yang memberi inspirasi kepada ibu bapa Sev untuk menamakan dia sedemikian? pasti sesuatu yang penting dan besar juga berlaku kepada mereka.

semoga terus berjaya berkarya.
20 reviews2 followers
December 7, 2022
Cerita yang unexpected. Di luar jangkaan saya . Buku yang banyak mngajarkn saya erti cinta . Serius saya suka sgt cara penulis mengarang buku ni, sungguh berpuitis . Susunan ayat yang bila dibaca terasa nyaman . Ayat yang berpuitis dan sarat dengan ilmu . Tahniah penuliss . Banyak bnda yang saya belajr terutama tentng penyakit mental . Tak menyesal beli . Ada plot twist yang pening jugak tapi penulis berjaya buat jalan cerita yang agak easy utk faham .

Saya suka , harap penulis boleh buat another buku , tntng penyakit mental yang lain ?

⭐⭐⭐⭐⭐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hadiah.
6 reviews3 followers
July 13, 2022
cinta.
kita hidup tak lari dari berkata soal cinta. harini kita hidup pun kerana rahmat dan kasih sayang Tuhan. justeru itu kenal betul-betul lah apa itu cinta agar kita tidak terseksa dalam persoalan cinta yang sering dipersoalkan jiwa anak muda. samarnya definisi cinta itu sendiri merosak maknanya lalu menjadi sempit pada pandangan mata apatah lagi di jiwa.

suka dengan sebaris ayat dalam CTDLM "bercintalah sebagaimana seorang ibu mengasihi setiap anaknya."

terima kasih penulis buku :)
Profile Image for Bieyanaa.
23 reviews
August 22, 2022
Wow, unik. Pembacaan yang santai tapi penuh dengan emosi. Watak-watak dgn emosi yg mematikan namun penuh kata-kata yang memberi kehidupan.

Best!!! Idk what to say. This is a sign for you to read this book!! 🫶🏻
Displaying 1 - 30 of 81 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.