“Saya selalu nampak makhluk hitam menyerupai bayang-bayang. Makhluk tu berjari tajam macam pisau dan cuba menikam saya, bang,” cerita Ajin.
“Ini makhluk bayang-bayang yang sama yang kamu kata bawa lari Tam?” tanya Ehsan.
“Ya….” Ajin mengangguk.
“Makhluk tu yang muncul dalam mimpi kau?” tanya Ehsan.
“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.
“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.
* * *
Ajin dan abangnya, Aloy melarikan diri daripada ibu kandung serta ayah tiri mereka yang selalu mendera mereka. Sewaktu meninggalkan rumah ibunya, Ajin melihat kelibat bayang-bayang hitam. Sejak dari itu, makhluk itu sering menunjukkan diri di hadapan Ajin. Dan setiap kali ia muncul, pasti akan ada orang-orang yang rapat dengannya mati.
Setelah beberapa tahun berlalu, Ajin hidup bergelandangan dan bersahabat dengan Tam. Suatu malam, bayang-bayang hitam itu muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri. Dan dalam masa yang sama, Tam pula hilang.
Ehsan, seorang pemuda yang baru dikenali cuba membantu Ajin. Namun siasatan Ehsan telah membongkar rahsia di sebalik kemunculan bayang-bayang hitam itu dan juga kejadian bunuh yang sering berlaku dalam kalangan orang-orang yang rapat dengan Ajin.
Dalam masa yang sama, muncul Maimunah yang kematian anak lelakinya, Aril yang sebaya dengan Ajin. Maimunah memerlukan pertolongan Ehsan, yang melibatkan Ajin. Apakah rahsia di sebalik bayang-bayang hitam itu dan apakah agenda sebenar Maimunah?
Kalau sudah membaca naskah yang sebelumnya mesti anda sudah mengenal nama Ajin. Dan naskah ini lebih menumpukan kisah Ajin. Bagaimana dia dan abangnya melarikan diri daripada bapa tiri mereka yang sering mendera mereka. Dan sepanjang perjalanan Ajin, dia sering meliha bayang-bayang hitam membunuh mereka yang berada di sekelilingnya.
Ceritanya menarik cuma SH rasakan agak lambat panas. Lambat menambat perhatian SH. Tetapi semakin menuju ke penghujung cerita, ia menjadi semakin menarik.
Plot twist di hujung tu sangat menarik dan membuatkan SH rasa kasihan terhadap Ajin. Sedari kanak-kanak dia telah mengharungi pelbagai dugaan hingga menjadi sedemikian rupa. Seorang anak kecil terpaksa bertahan hidup dalam situasi yang sungguh menekan dan menyedihkan.
Aku ingatkan hantu misi akan jadi buku kegemaran aku dalam siri ini tapi tidak. Aku lebih sukakan shadow people sebab watak dan karakter dalam buku ni tak terlalu banyak macam previous books.
Yang ni memang fokus cerita tentang Ajin sahaja dan karakter dalam buku ni pun semua karakter yang aku dah familiar.
Aku dgn rela hati rate 5🌟 sbb yg kalini punya kisah tu best daripada yg sebelum ni. Mungkin aku tertarik dgn naratif yg susunan ceritanya kemas dan terperinci pada setiap babak.
Kalau previous buku, Ajin masih lagi misteri dan aku masih blur dgn apa yg penulis nak tonjolkan sebenarnya. Tapi, bila dah settle baca Shadow People, dia kasi sekali pakej mindblown dkt kita 🤯 kena kutip otak juga lah 💨
Taktahu lah nak kata mcm mana dgn buku ni tapi rasa mcm dah cukup perencah. Semua karakter dlm cerita ni aku suka walaupun baik atau jahat. Kalau aku nak reread balik, mungkin buku ke-4 ini pilihan terbaik untuk bacaan semula sbb kisah Ajin dalam ni agak sedih dan tragik 🥲 Walaupun ada watak baru, jalan cerita dibuku ke-3 tidak menjejaskan untuk dikaitkan dgn buku ke-4.
Tapi, apa yg aku boleh cakap, kisah Ajin ada throwback sikit untuk buat kita lagi clear tentang apa yg terjadi. Masih lagi tersusun cantik! Past and present story tu cun sangat. Aku ingatkan penulis mahu fokus tentang makhluk halus / seram scene- TIDAK SAMA SEKALI. Khairul Nizam ni kasi tusukan dkt jantung sampai aku EMO.
Aku emo dgn Ehsan (baca: marah). Ajin tu dah mmg aku emosi sbb kisah dia sedih weh masa kecik. Ini tambah lagi emosi bila ada manusia yg ambil kesempatan dkt Ajin dgn keadaan dia mcm tu 🚩 Korang akan faham once baca kisah Ajin tu nanti. Tak pasti Ajin punya kes akan terhenti disini ataupun tidak, tapi yg pasti aku tak sabar nak tunggu next keluaran: Kilang Lama 👀
︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘ Ajin selalu nampak bayang-bayang hitam ke mana saja dia pergi — di rumah nya sendiri, dalam mimpinya mahupun di luar dan setiap kali bayang bayang itu muncul, pasti orang terdekat dengannya akan mati. Kerisauan Ajin memuncak apabila Tam, rakan karibnya hilang akibat diculik bayang-bayang hitam itu mengikut firasat mimpinya.
Ehsan yang membantu Ajin mencari Tam ternyata ada udang di sebalik batu apabila dia mempunyai rancangan lain melibatkan Ajin dengan Maimunah yang baru lepas kematian anak lelakinya.
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀︒✿ཾ∘ Ingat tak sebelum ni kita cakap antara semua siri Kru Paranormal, buku ke-3 (Imaginary Friend) was my favourite? Naurrr it’s not, Shadow People it is! Aaaaa series ni makin lama makin menarik && makin hooked 😭🫶🏻
Kita expect buku ni akan ada penambahan watak tapi tak, dia cuma ceritakan pasal childhood Ajin. Kita dah biasa dengan beberapa watak dari buku ke-3 jadi tak pening sangat bila baca pasal mereka dalam buku ni. Sedih sebenarnya childhood dia tapi sebab ni buku misteri, kita tak lah tahap menangis 😂
Macam biasa, kita dah expect akan ada plot twist sebab begitu lah trend buku ni dari siri 1, setiap buku mesti ada plot twist. Tapi tapi tapi, plot twist kalini memang the best! “𝙷𝚊𝚑?” — tu je beb yang terkeluar, no more or less sebab otak kita tengah brain plot twist yang tengah deliver 😭✋🏻
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘ Pembaca yang suka misteri berbelit belit, ini untuk awak. Peminat kmovie yang berbelit macam Forgotten, ini untuk awak jugak! 😏 _______________
Tak tidur malam kalau tak sambung baca siri Kru Paranormal yang ke empat ini. Saya suka dengan kulit buku Shadow People dan siri yang lain. Sentiasa kagum dengan hasil kerja pereka kulit buku siri ini. Thumbs up 👍🏻
Jadi, Shadow People keseluruhannya mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ajin yang ada dalam previous book -- Imaginary Friend. Tapi masih terdapat sangkut paut dengan watak Maimunah iaitu ibu kepada Aril. Adakah saya patut kasihan dengan watak Aril? Sebab jika tidak silap dia juga sudah melakukan jenayah yang besar sebelum kejadian itu kan? Hukuman dunia buat Aril kah? Tapi lebih malang kerana dia menjadi mangsa orang yang tersayang.
Mengenangkan kisah Ajin yang hidupnya tunggang terbalik. Memang menyayat hati. Budak sekecil itu terdera emosi sehingga membuatkan dia bertindak jauh dek fikiran akal. Tambah malang apabila ditemukan dengan orang yang salah dan mengambil kesempatan atas kesempitan hidupnya. Sudahlah keluarga porak peranda. Hidup terumbang ambing. Dipergunakan pula.
Ketika diceritakan mengenai kisah Aloy & Ajin. Ada masanya terasa laju jalan cerita ada masa rasa drag pula. Tapi kemuncaknya, tidak sia sia saya tunggu. Tapi bila baca ending dia punya twist macam wuu . 🫢
Dalam Shadow People. Kita akan tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beberapa watak dalam siri lepas dan siri SP ini. Lega bila akhirnya persoalan terjawab. Penulis susun cerita dengan baik. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Plot twist yang baik. Untuk siri ke 4 ini lebih kepada suspen instead of seram. Entah apa lagi agaknya yang penulis akan berikan untuk siri seterusnya : Kilang Lama. Saya tak sabar menantikan.
Just finished reading Kru Paranormal: Shadow People. Mind-blown! 😱 Kisah makin dalam, twist dia memang tak sangka langsung - pendedahan kepada rangkaian rahsia yang sudah lama terpendam. Syabas kepada penulis!
Ajin dan abangnya, Aloy melarikan diri daripada ibu kandung dan bapa tirinya yang selalu mendera mereka. Mereka berusaha mencari bapa kandung mereka, bagaimanapun mereka tetap tidak diterima. .
Pada masa yang sama, Ajin nampak bayang-bayang hitam yang selalu mengekorinya. Setiap kali bayang-bayang tersebut muncul, pasti ada kematian yang mengekori. .
Begitu juga dengan Tam, kawan Ajin yang bersama-samanya di gelandangan. .
Sehinggalah munculnya Ehsan yang membantu menempatkan Ajin di rumah perlindungan di sebuah kilang terbiar. Di rumah tersebut, ada beberapa kanak-kanak lain dan seorang wanita yang menjaga mereka. .
Bagaimanapun, bayang-bayang tersebut tetap muncul, mengakibatkan rumah perlindungan tersebut terbakar dan Ajin melarikan diri. .
Pada masa yang sama, Maimunah (dalam buku 3) memerlukan pengganti anaknya, Khairil yang telah mati. .
So, macam biasa, permulaan cerita, akan rasa itulah mangsa, rupanya ialah pemangsa. .
Jadinyaaaa, Khairil ori tu ke baphomet. Memula memang ragu-ragu dengan Ehsan. Tapi rupanya takde ihsan betul dia ni. Tapi tak rasa Khairil spicy tu hanya tekanan perasaan sebab kenapa pulak bayang hitam tu duk ikut-ikut dia. Betul ke perasaan bersalah. Ke memang dirasuk. Kalau Dr Kim boleh tanam identiti baru dalam Khairil spicy, tak mustahil Dr Kim boleh tipu kata tu perasaan bersalah. Tapi buat masa ni, takyah fikir banyak. Layan jee cerita. Dah sampai habis nanti tahulah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ke-4 dari siri Kru Paranormal. Kali ini kita dibawa lebih jauh ke belakang, ke permulaan watak Ajin. Walaupun aku rasa plot kali ini agak perlahan (agak tenang, sebab buku 2 dan 3 dah laju), tapi cukup untuk terangkan apa yang telah terjadi pada tahun ketiadaan Aril tu. Maimunah memang tak berhati perut. Kali ini tiada si kambing tu dengan "Kebencian itu realiti.."
The series gets better. Fast paced. Backstory watak Ajin menarik. Kisah dia dan abangnya melarikan diri dari rumah disebabkan mak dan bapa tiri yang mendera mereka. Plot twist power. Okay boleh sambung next book
Awal cerita ni sedih betul baca 😭 Tapi untuk buku kali ni, tak banyak sangat elemen penyiasatan. Lebih kepada kita ikut watak utama dari buku sebelum ni dan tengok apa yang berlaku pada dia.
Saya enjoy je baca, cuma ending dia macam hmm… kureng sikit.
Ranking setakat ni: 1. Hantu Misi 2. Imaginary Friend 3. Baphomet 4. Shadow People
Ajin dan Aloy (abang), tekad nak larikan diri daripada ibu kandung dan ayah tirinya. Sebab apa? Sebab asyik kena dera. Itu sahaja ke? Tidak. Tapi Ajin selalu nampak bayang-bayang hitam. Apa tu?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Buku ni sambungan lebih terperinci untuk watak Ajin dari buku 'Imaginary Friend'. Bila baca ni baru Ad macam. Wow. Tapi wow yang kaku 😲 kenapa? Sebab cerita kali ni lagi buat Ad gila. Bunyi macam over tapi tidak.. yang baca terus faham maksud Ad 🫥
Macam tu je penulis pusing cerita ni.. Ad macam "eh rupanya..." 😳 Ad langsung tak jangka plot twist dia macam tu.. rasa kena ejek pon ada ni. Sebab rasa kena tipu. Which for me, that's the best feeling when it comes tu genre sebegini. Saya suka sangat 🫶🏻
Sebab Ad memang nak pesan kat sesiapa yang nak baca, tak payah nak cuba-cuba main teka-teki, buat teori sendiri.. di hujung muka surat? Korang akan tercenggang & termenung. Macam siapa tu? Haa tulah ciri-ciri seorang Add sekarang ni... 🫠 ha ada lagi satu pesanan dari Ad, kalau nak baca siri ni, tak payah baca blurb belakang buku tau. Sebab bagi Ad blurb dia macam dah cerita half of the books. Jadi baca blindly je muchhh much better and impactful 😍
Besttt ye tolonglah baca. Byee nak baca next buku pulak 🤭
SHADOW PEOPLE ni dikategorikan sebagai prekuel kepada IMAGINARY FRIEND yang akan bawa kita berpatah balik puluhan tahun ke belakang di mana semua jawapan sedia ternanti untuk penutup IMAGINARY FRIEND yang tergantung sepi.
Segala tentang buku ni revolved around Ajin Ajin dan Ajin saja, jadi kita akan menelusuri betapa tragiknya kisah hidup insan bernama Ajin ni demi survival untuk terus bertahan hidup.
Pendapat aku, mungkin buku ni pun sesuai jugak kalau dinamakan IMAGINARY FRIEND berbanding buku yang lepas sebab ada twist disebalik hidup seharian Ajin.
Apapun kisah hidup tragik kanak-kanak bernama Ajin selayaknya dapat bintang penuh.
👣Ajin sering diganggu bayang-bayang hitam yang membawa nasib malang, hidupnya menjadi gelandangan setelah melarikan diri dari masalah keluarga. Bayang-bayang ini muncul sebelum kematian orang-orang terdekat dengannya.
👣Ketika sahabatnya, Tam, hilang secara misteri, Ehsan, seorang pemuda, membantu Ajin menyiasat. Maimunah, yang kehilangan anaknya, juga meminta bantuan Ehsan, menambah kompleks kepada misteri bayang-bayang hitam dan agenda tersembunyinya.
👣Kalau buku yang sebelum ni watak Ajin ni macam samar-samar je tapi buku kalini fokus pada backstory Ajin. Sedih lah jugak bila baca chillhood si Ajin ni') Tapi buku kalini memang plot twist sangat dia buat kita takleh brain yee 🤯
Terbaik jalan penceritaan siri Kru Paranormal ini. Bila dah lengkap semua siri, baru kena ulang baca semula dari awal sehingga akhir, baru dpt sambungkan setiap penceritaan dari buku pertama ke buku terakhir nukilan Khairul Nizam Khairani ini.