Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ever After #1-2

Hikayat Allerednic

Rate this book
✿ HIKAYAT ALLEREDNIC ✿

She’s a forbidden apple. And that apple is mine.

Seperti Cinderella, dia juga mempunyai keluarga ‘tiri’ yang kejam dan dijadikan hamba di dalam rumahnya sendiri.

Tetapi, si gadis tidak selamanya begini…
Dia, Nafella. Bukan Cinderella yang mahu menjadi lemah lagi. Sehingga satu saat, dia menjadi seorang Allerednic, the reverse of Cinderella. Dirinya menyimpan satu ‘kegelapan’
di sebalik air mata dan kelemahan.

Kegelapan yang aneh dan bahaya…

“I don’t like you in a romantic way. And I have no intention to feel about you that way.”- Nafella, seorang Cinderella.

“Oh yeah? Well, at least we have the same thing in common.” – Luqman, seorang fairy godfather.

‘Kaktus untuk Cinderella saya. Telefon saya kalau saya diperlukan, ya! Nanti saya datang
bawa kuda putih untuk selamatkan Cinderella!’ - Shah, Prince Charming.

Seorang ‘fairy godfather’ yang bermulut longkang dan mukanya masam.

Seorang lagi,
‘Prince Charming’ yang baik hati dan tersenyum manis dua puluh empat jam.

Seorang Cinderella, hanya mahu terbang bebas seperti kupu-kupu , tetapi payah dan dia tak mampu.

Jiwanya tertanya, sampai bila?

Mampukah seorang Cinderella ini mencari ‘happy ever after’ seperti dalam kisah dongeng?

‘Cinderella if you give your heart a chance, it will lead you to a kingdom of romance. There you’ll see your dreams unfold, in the sweetest story ever told.’- Hikayat Allerednic.

Maka, tenggelamlah setiap aksara hikayat ini, di dalam khayalan yang penuh dengan riwayat kesengsaraan seorang Cinderella.

868 pages, Paperback

First published June 1, 2022

35 people are currently reading
598 people want to read

About the author

Elvroseth

18 books356 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
285 (62%)
4 stars
108 (23%)
3 stars
36 (7%)
2 stars
16 (3%)
1 star
8 (1%)
Displaying 1 - 30 of 80 reviews
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
June 11, 2024
Wow akhirnya dapat juga habiskan.

Sejujurnya aku suka permulaan cerita sampailah rahsia Jaja terbongkar. Lepas tu mood pembacaan aku terus jatuh sampai ke jurang paling dalam. Susah nak recover tapi aku cuba baca sampai habis.

Tak sangka 1st person POV kali ni memang tak kena dengan jiwa. Macam aku tengah baca diari seorang remaja (Bab Luqman balik ke Msia & seterusnya).

Aku betul-betul tak boleh 'masuk' dengan conversation between mom & daughter. Cringey gila scene dengan Luqman (mungkin faktor umur kenapa aku jadi mcm ni idk) HAHAHA.

Antara contoh kenapa aku nak minat writing style macam ni;

Sweet Fella. Beautiful Fella. Soft Fella.

Dia pakai losen apa ya? Lembut betul kulit dia. Tak guna punya losen! Nanti aku saman owner losen ini. Otak aku dah mula tak betul.

???????

"Don't be stupid, papa. Mommy hates stupid man. Mommy loves a bulky muscle and charming man, papa. Papa is handsome. Papa got one point for that but don't be a useless man, papa. No offence, you do look like one, papa..."

Macam ni ke cara anak bercakap dengan ayah?

"Papa?! Mommy?!"
Kenapabudaknimunculwaktumacamini?! What is this??

"Miss Fella, tak semua orang yang baik itu lahir daripada keluarga yang baik-baik. Dulu bos saya ini banyak buat kesilapan dalam hidupnya, jadi dia rasa dia tak boleh maafkan diri sendiri. Itu sebabnya dia selalu bantu orang supaya dia dapat ringankan beban orang lain."

Eh Kejap kejap siapa je yang kongsi hal peribadi pada orang yang kita tak/baru kenal apatah lagi kongsi 'hal buruk/kesilapan' bos sendiri.

Overused phrases;

Morpho Menelaus menendang perutku dengan sayapnya.

Morpho Menelaus dalam perut naik mengepak hingga ke dada.

Akhir sekali, bila penulis dedah pekerjaan sebenar Luqman, aku tak rasa terkejut ke kagum ke apa, mendatar saja. I was like hmmm okay, go on...

Penghujung tu agak tergesa-gesa....
lari, masuk hutan, rumah usang..... ?

Kalau lah penulis fokus pada elemen misteri/kerja luqman/pak aqib mungkin cerita ni akan jadi lebih menarik.

Tetapi penulis lebih tertumpu pada Luqman cuba tackle janda dia balik.

So aku mampu bagi 3 bintang je.
Profile Image for Beelah.
312 reviews18 followers
February 7, 2025
Maaf ye penulis, saya bagi ulasan yang mungkin buat penulis tak suka.

Awalan cerita agak meleret. Cerita berulang2. Penceritaan jadi berulang2 sebab ianya datang dari 2 sudut berbeza iaitu sisi Nafella dan sisi Luke. Pendapat saya, tak perlu la kot buat macam tu untuk scene yang sama.

Saya tak suka watak Luke, seorang yang kuat merokok, minum arak dan selalu mencela orang, kononnya buat benda jahat kat luar tapi dalam hati baik. Urgh, tolongla.

Sebenarnya saya tak habis baca pun. Saya langkau terus ke bab akhir. Saya agak Luke sudah berubah perangainya, baguslah kalau macam tu. Sekurang kurangnya ada juga nilai baik dalam cerita ni. Berubah ke arah kebaikan.

Saya hairan dengan novel genre cinta. Kalau nak nampak megah, memang kena speaking ke? Sangat klise. Cakap bahasa melayu standard pun boleh nampak megah asalkan ianya berilmiah dan berkualiti.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 30, 2022
Finally buku cik penulis yang akan ku jadikan novel peti besiku sbb nya sebelum2 ni novel dia aku takleh go bila baca sbb too red flag!

Tahniah. And goodluck untuk novel2 seterusnya.

Cerita dari -300 ms terlalu meleret. Dan aku for sure semua orang akan menyampah dengan karakter si pembuli.

Bagi aku, Luq tak red flag pun. Sweet je! Haha. Best. Aku terhibur baca. Thumbs up cik penulis.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 20, 2023
Okay, here it is, guys. My full review coming through:-

cw/tw: Physical & mental abuse

The beginning of the plot had me in a lot of questions. Like, a question after another, and it kept going on for a while. At one point, I agree that the early parts of the book feels draggy. One thing I hated was how weak the FL was. LIKE SUPER WEAK. Ughhh come on! And the ML? Goodness gracious. This is the first morally grey character I've ever encountered. The combination of these two? Oh dear.



I was confident this would be a three-star read. Confidence matters, no? Heh.

Then, after 300+ pages, the book takes you to a roller coaster ride. Revelations by revelations came into the picture. Fella was still a weakling, but we're slowly seeing Luq's character development here. These two still play push and pull like it's their everyday meal. The tension? Like hello?? A little help here, anyone?!



Things started to get super wild at 50% of the book. The rage, the irritation I felt.. Ugh. I just wanted to punch these irritating characters at this point. They have really crossed the line. Because of that, Fella started to change, she began to retaliate against everyone, including Luq. I understood her pain, her actions. I was somewhat hurting for her as well.

Luq, who realized his true feelings a little too late, had no choice but to respect Fella's decision. He wanted her, but he wanted her to be free as well. And he was willing to sacrifice his needs for the sake of Fella's happiness. Oh my, my heart ;~; How do I not get teary everytime I think about this?



Fast forward, they met again after three years. Fella, who is now able to stand with her own feet, thrives on her anger against everyone who had wronged her in the past. She was too focused and dwelled in her own pain and misery, that she failed to see Luq also had his own silent battles. Luq, who is now a changed man, knows that he still loves her. He made it so clear that he was trying so hard to get back to her, but at the same time, he did not want to make her feel cornered and forced by his intention. He still respected her boundaries.

Despite being independent, Fella was still haunted by her anger and past. Slowly, she learned to let go of her long-time grudge.

“Hati yang tenang, hati yang memaafkan.”

“Yang paling jauh itu, masa lalu.”


It's not easy to let things go when it was too painful to bear. Some more when it kept going on for as long as you can remember. I understand Fella in this sense. What did she do to deserve everything that had happened to her in the past? Just because people asks for forgiveness, doesn't make the pain go away. The ones inflicting the pain would never understand this. The axe forgets, the tree remembers. Reading Fella's process of letting things go, was really heart-wrenching.

But do you know what broke me the most? The part where the book tells about the future. The part where the diary was read. Oh daaaang, my weak heart just could not handle that. AND THE LETTER???!!!




Okay, enough about the plot! Let's talk about something else.


I appreciate the fact that this was written in dual POV. You rarely see this in the local writing industry.

Some scenes... are cringe. Yes, I totally agree with this. And the conversations with a child? Did not feel like everything came from a child aged less than 5? Side eye 👀

Not really a fan of the writing style. Repetitive descriptions and sentences -
Nafas kami bersatu; dia menunduk dan aku mendongak, kaki kami bersentuhan. - Okay, we get it.

English grammatical mistakes -
Tips of you toes; Make her feels butterfly; Your face remind me of; He didn't care about you because he didn't loves you;. He just want you body; You always make me feels butterfly; Listens here; Who hurts you; If Luq let you go there, is empty space in my heart - these are just some of many others that I spotted. I got too lazy to pay attention to them at one point.

Typing error - tempo hari- it should be tempoh hari, tempo is a music beat.

Again, FP editors, what have you been doing all this while? SMH.


But overall, it was a good read. I've been contemplating how many stars this should get... But since it made me bawl until the end, I'm giving this a 4.5 ⭐
Profile Image for Nisya.
79 reviews3 followers
March 15, 2023
Bila habis membaca buku ini, barulah saya faham kenapa kadangkala pada review, ada yang bagi ♾⭐️.

Penulisan yang menggunakan POV banyak watak sememangnya kegemaran saya kerana kadangkala boleh jadi apa yang dikatakan oleh satu watak tidak seiring dengan apa yang difikirkan oleh satu pihak lagi.

Cerita yang bermula dengan penemuan sebuah diari oleh Qaisar yang rupa-rupanya hikayat yang ditulis oleh kedua ibu bapanya.

Kisah Nafella yang mempunyai kebolehan turun-temurun yang membantu dia untuk melihat apa yang tidak diketahuinya. Siapa sangka rahsia di sebalik kelahirannya.

Allerednic. The reverse of Cinderella. Begitulah yang terjadi pada Nafella setelah dilukai berkali-kali oleh mama, Sara dan Luqman. Dalam bengis seorang Luqman, siapa sangka dia menjadi Fairy Godfather seorang Fella. Dijodohkan pula sehingga terhasil sebuah rahsia yang sangat perlu dilindungi. Dari rahsia itu, bila terbongkar dan terjadinya sesuatu yang tidak diingini menyebabkan berubahnya seorang Fella untuk bangkit. Namun, rahsia itu juga penghubung untuk kemaafan, untuk melepaskan dan untuk merapatkan kembali sebuah hubungan.

Tebal tapi dari awal saya sukakannya. Bagaimana dari jahil tentang pelbagai perkara, ada character development seorang Luq menjadi individu yang lebih baik. Bila ditulis juga dari sudut pandang seorang Luq, sangat membantu untuk memahami isi hatinya yang turut mempunyai kisah dan perspektif tersendiri. Orang nampak dia jahat, dia juga ada strugglenya.

Yang jauh itu masa lalu. Diulang banyak kali dan memberi impak juga kepada saya sebagai seorang pembaca untuk berfikir. Masa lalu itu boleh dilepaskan, tetapi sukar dilupakan bagi menjadi peringatan dalam meniti masa sekarang dan masa hadapan.

Saya sukakan pengakhirannya. Saya suka penulis selitkan surat pada akhir cerita tersebut. Sedih dan mendalam. Cinta yang mendalam. Kerinduan seorang suami pada isterinya. Walau dikatakan Luq obses terhadap Fella, saya tak nampak dia keterlaluan memandangkan dia mengawalnya sentiasa. Bila dia sanggup juga melupakannya andai cintanya kerana nafsu.

Tahniah dan terima kasih penulis atas karya yang tersangat best ini.
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
November 30, 2024
Mula² F rasa cam dragged. Tapi kalau takda cerita itu, cam tak lengkap pulak.

Emotional betul baca buku ni. Penderaan fizikal dan mental buat F geram je dengan mulut² puaka ni. Tangan depa pun tak dok diam. Laju sangat angkat tangan.

Cinderella ni tak naif ya.. Fella ada dark side yang kita tak sangka sampai F pun senyum sinis.

Bukan mudah nak maafkan orang² yang berlaku tak adil pada kita tapi bila kita let go.. indah pengakhirannya.
Profile Image for LovelyJ.
5 reviews9 followers
June 26, 2022
4/5

PERLU BACA BUKU NI! SEBAB SAYA TAK TIDUR NAK HABISKAN BUKU NI!

BTW aku sangat sangat suka buku ni untuk 600 mukasurat pertama. Cerita dia lain macam. Mukasurat 200 pertama tu terlampau draggy. Dia best tapi draggy dia melampau-lampau sampai sakit otak baca. Kalau pernah baca A Love To Kill tu macam tulah lebih kurang cerita dia. Plot twist dia bikin sakit otak. Bagi aku buku ni kalau 600 mukasurat dah cukup. Sebab dengan tiba-tiba macam novel King Haidar. Aku macam otak aku jatuh nak kutip balik tu hilang otak aku😭 Aku memang suka novel yang jalan cerita tak logik dek akal tapi berpada-pada. 200 mukasurat terakhir tu macam tak perlu ada. Aku lagi suka kalau buku ni ringkaskan sikit. Tak perlu ada yang part 200 mukasurat terakhir tu sebab apa aku boleh cakap 200 mukasurat terakhir tu remain me to King Haidar. Lepas tu Joseph aku dah agak dah dia Yousuf hahahahhaha. Takleh move on dgn khayalan blue and ada scene Zulaikha juga tapi lebih kepada umi dan abi. Btw buku ni best sangat tapi tulah 🌚 sejujurnya sampai mukasurat 600 aku baca, aku nak bagi 5/5🌟 tapi bila masuk 200 mukasurat terakhir tu dia jadi merapu. Otak aku pun jem. Too King Haidar for me but lebih toksik & red flag. Aku suka watak Luq sebenarnya tapi hmmmmm. Ada scene yang buat aku tak suka tapi betul manusia tak sempurna kalau tulis watak sempurna tulis buku sendiri 😅 Fella ni aku suka juga watak dia tapi hujung2 cerita jadi sakit pula otak aku. Btw kak el dah warning pasal buku ni tapi aku sangat suka karya kak el jadi aku tetap beli. Cerita ni best tapi draggy & a bit King Haidar 2.0. Maaf spoiler aku melampau-lampau. Tapi aku sedikit tak puas hati dengan novel ni sebab 200 mukasurat pertama dan terakhir. Itu jelah. Kalau buku ni ringkas sikit aku rasa okay. Karya kak el ni unik di mata aku. Tapi aku tak suka bila aku baca aku jadi terfikir buku lain. Maaf ya kalau review saya menyakitkan mana2 pihak tapi saya rasa nak bersuara. Dan.... yang pasal umur Luq yang 18 tahun dan fella 12 tahun tu. Aku seram sikit baca part tu walaupun Luq cakap berulang kali dalam novel yang dia bukan pedo. Hmmm tu jelah. Saya minta maaf sekali lagi pada kak el untuk review saya ni🙏
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
June 26, 2023
"𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞𝐥𝐟 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐭𝐨𝐩 𝐛𝐞𝐢𝐧𝐠 𝐚 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞𝐫 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐂𝐢𝐧𝐝𝐞𝐫𝐞𝐥𝐥𝐚."

Hidup Cinderella & Nafella sama which dorang ada family 'tiri' yg zalim & dijadikan hamba abdi dalam rumah sendiri. Tapi sabarnya seseorang pasti ada limit kan? Sampai satu tahap Nafella jadi Allerednic, the reverse of Cinderella. Rupanya disebalik diam sabar itu dia menyimpan satu 'dendam' yg ramai tidak sedar😣 How side dark Nafella?Siapa Luqman ni pada Nafella? Dapat ke Nafella capai 'happily ever after' macam dalam Cinderella?

"𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐞𝐬𝐭 𝐫𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 𝐢𝐬 𝐬𝐦𝐢𝐥𝐞, 𝐥𝐚𝐮𝐠𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐜𝐭 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐧𝐨𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧."
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Luqman, hadirnya dia buat Ad tertanya-tanya dia ni green ke red flag? Tak pernah Ad simp character ml macam ni tapi Luqman or should i called him by his German's name? ohoi🤭okay awal chapter Ad dh syok kat Luq BUT Luq 'berubah' punya version ehem TRIPLE HOT babe🔥penat baca bila Luq bagi banyak nickname kat Fella😌 My Nutella? Cherry? Aachenputtel?🙈His feeling towards Fella? reads until the end, iykyk🤍

Nafella ni bila Ad tau full story family dia sedihnya😭 membesar kena abuse mental physical arghh! We can see how berdendamnya character dia. Ad suka sangat. Puas gila😏Jangan dibuat main dengan sabar si penyabar ni. Version 'berubah' Fella? She became heartless, ego, kejam? guess🤫and should i say Alpha Female? LOVE SANGAT very sassy😎

Btw ni first read Ad from kak El. Cliche? not at all. Journey both characters nak happy tu sangat mencabar😦plot twist dia ada one part Ad boleh predict tapi the rest langsung tk boleh. Banyak ye plot dia. The pain? 10/10 tanpa fikir panjang. Banyak kena emotional attack baca ni. Tah berapa kali nangis penat kita. Also, banyak moral yg Ad dapat. The ending? part surat? MEMANG TAK BAIK. Banjir weh. Sangat recommend this book. Memang the definition of 'reverse cinderella'😫

"𝐘𝐨𝐮 𝐜𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐛𝐞 𝐚 𝐟𝐫𝐞𝐞 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐢𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐜𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐥𝐞𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐟𝐥𝐲 𝐟𝐫𝐞𝐞."
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
January 24, 2025
2.5 ⭐

Hate to admit, but first DNF of the year. Yeah, too early to be true. Just managed to read about quarter of it. Rating is based on pages read.

God, please guide me not to involve in something that's not worth my money, my energy, and my precious time, anymore.
Profile Image for Deeyana.
33 reviews
July 22, 2023
the scene between luqman and fella always got me cringe😭😭(the overused phrases also)
There is a lot of scene yg tak make a sense dan mengarut yg buatkan rasa mcm nak dnf buku ni. Contoh character si jaja.
Keduanya agak draggy.aku rasa kalau buang yg longgar2 tu novel ni tak akan setebal ni.

Novel ni mcm cerita wattpad tapi version v.i.p ha gitu.
Boleh la kalau nak baca buat ghaso2


[It's doesn't met my expectation ...since this book goes viral on tiktok i do put high expectation on this book.]

Apa apa pon goodjob author!
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
October 27, 2022
Suka baca buku ni, ayat dia sedap dan puitis. Saya belajar banyak kosa kata baru daripada buku ini. Kurang suka dengan plot yang meleret, watak heronya (ini personal taste masing-masing, ramai je pembaca suka dengan Luq), serta ayat yang berulang-ulang. Overall, tetap bagi 4.5 bintang sebab dah lama jatuh cinta dengan penulisan Elvroseth.
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
February 25, 2024
Rate : 8.8/10 🌟

*Latte pegang kepala sambil review* This story is soooooooooo damn crazy 😭😭 Rasa nak pecah otak menghadap jalan cerita buku ni. Tersangatlah tinggi tahap pemikirannya sampai rasa nak migrain dibuatnya 🥲🥲 sungguhlah penulis ini dikurniakan ilham yang bikin seketul Latte speechless. Subhanallah... Tak reti nak rebiu macam mana sebab takut tak cukup ruang. I try my best then 🥶🤚

Kisah Qurratun Nafella yang hidupnya tersangatlah tragis. Satu per satu tragedi yang berlaku dalam hidupnya. Tersangatlah misteri dan penuh dengan rahsia. Hidupnya bagaikan Cinderella versi Malaysia yang duduk sebumbung dengan mak dan adik tiri serta 'abang tiri'. Ada masa Latte rasa nak masuk dalam buku dan goncang Si Nafella ni bagi dia sedar. Ada masa Latte cuba letak diri Latte dalam diri dan memahami kenapa dia duk di takuk itu meskipun diseksa sebegitu. Subhanallah. Kental hati kau, Fella. Walaupun mental health kau tak berapa clear, kau cuba survive juga sehingga ke pengakhiran 😭

Luqman Al Fareel, katanya abang tiri Fella. Perangai.... dari awal sampai tengah-tengah, Latte rasa nak 🤬 tapi kena sabar. Bila tahu plot twist by plot twist Latte sebak baca luahan Luqman yang terpendam. Part dia meluah kat Fella tu, srs Latte nak nangis. Latte pernah rasa apa yang Luqman rasa. Bila seseorang turut menjadi mangsa keadaan tapi tak boleh nak luah. Yang sorang lagi jadi mangsa keadaan tu fikir dialah yang paling tersakiti. Walhal mereka sama-sama tersakiti asbab manusia yang tamak haloba dan berhati busuk 😌😌

Latte baca buku ni kepala Latte jadi 'gila' kejap. Serabut kepala otak dengan konflik-konfliknya. Fuh! Cenggini 👍👍👍 sampai tak tahu nak tetapkan emosi apa bila baca novel ni.

Watak yang paling Latte suka, si Qurratun Najjah. Siapa tu? Mana boleh bagitau. Rahcia 🤪 even dia bossy dan perangai ikut darah dagingnya but for me she is so cute. Lagi² dia speaking.

Rasanya cukup situ saja Latte cerita. Takut tak muat ruang dan terspoiler even dh banyak spoiler di merata medsos. But I am not the one of them 🤚

Kelemahan novel ni part typo tu ada juga, ada sesetengah bab tu macam thiber dan fast pace serta ada sedikit unsur 'itu' walaupun halus.
Profile Image for nins.
1 review
July 10, 2022
bagi saya, this story is so beautiful. saya suka storyline cerita ni. serious worth to read. cerita memang agak draggy tapi saya tak skip la HAHA cuma saya ambik masa yang agak lama untuk habiskan novel setebal itu berbanding novel lain yang sama tebal. main banyak emosi ye waktu baca ni, tapi yang penting bila part sweet bukan fella je tapi dengan saya sekali rasa morpho menalaus tu yee HAHAHA and luq sangat hot HAHAHA. honestly, ada beberapa benda laa dalam novel ni yang saya rasa sakit hati sangat tapi nak buat cane kann dah jalan cerita centuu 😭😭 overall, i love this novel karya elvroseth 🫶🏻 cukup manis masin masam tawar pedas 😂 lastly, surat luq yang last tu hm sedih ya amat 😭 macam air terjun air mata ni. bagi saya bila novel ni boleh bagi saya gelak, senyum, marah, nangis, sedih dan kecewa tu dah cukup dahhh hehe okay dah nah mini love 🫰🏻
Profile Image for zara.
13 reviews
February 5, 2023
luqman al-farrel dan qurratun nafella

the sweetest story ive ever read. banyak pengajaran yang boleh dapat dalam cerita ni. cerita ni buatkan saya rasa saya nak lelaki mcm luq but at the same time i dont want it. entah la saya pun bingung. memang menangis banyak kali baca buku ni walaupun banyak part sedit tapi banyak juga yg kelakar saya suka saya suka.

imo this book is worth purchased 🫶🏻
Profile Image for aspoonfuloffairytale.
19 reviews6 followers
September 11, 2022
Nafella, Nutella, Umbrella, my Belahan Jiwa and my butterfly… would you marry me again and choose me if we meet in another life? - Luqman Al-Farrel


Do you wanna know something? Fella suka abang sejak dulu sebab abang kasar, tapi abang sweet walaupun kepala abang sewel kadang-kadang. - Qurratun Nafella


Sebuah kisah tentang dendam yang meragut ketenangan hati dan sebuah kemaafan yang menenangkan jiwa. Allerednic, kalau diterbalikkan jadi Cinderella. Nafella hidup seakan2 seorang Cinderella dgn bertahun dia tahan and terima je apa yg family tiri dia buat dekat dia. Tp every person, even the most patient man, akan ada break point. Nafella simpan dendam dan sakit yang dia lalui selama bertahun-tahun and she became Allerednic, the one who seek revenge.

Nafella, my Nutella. Comel je. Everything about Fella seriously buat sy terkejut. The real story tentang her family and her life buatkan sy macam OMG kesian dekat dia. She was naive. Ye la kalau dri kecil dah kena abuse physically and mentally kan apa laa yg kau expect. Dia terima je every cacian makian and penderaan drpd family tiri dia. Heyy berapi ne hati ni everytime si Maria tu dtg. Rasa mcm kalau depan mata dah kena tampar agaknya. Tp what I love is that Fella ni spesis yg diam2 ubi berisi gituhh. Bila dia dah start tunjuk her dark side kan, I was mesmerised by her. Tp seriously 500 pages depan tu saya rasa very2 dark and emotional lah for me. Ada a few parts yg buat saya sebak gila smpai tarik selimut lap mata🥲

Apa yg lebih mengejutkan is how dia berubah juga after 3 years. She became unbreakable tapi penuh dengan dendam. She became a woman, a mother, and I respect with how she bangkit smula untuk anak dia. Sy agak kesian dekat Fella time ni. Hidup dia still dibelenggu masa lalu dia and dendam dlm hati. Susah untuk dia let go past dia tp sy adore how dia boleh move on at the end. And OH MY GOSH! Anak dorang so cute tau tak??!! And cheeky! Sassy! Geram je sy yg baca ni. Nak cubit pipi Jaja

Serious. Baca buku2 Elvroseth buat saya sedar that I actually have a soft spot for red flag guy who actually not really a red flag kinda guy? Like every thing he did was for the girl but she didn’t know. For me watak mcm ni mcm more terkesan for me. Cuba you all bayangkan, senang ke you nak pretend you don’t like someone with all your heart and do all the kejam things to her, tp you sebenarnya cinta mati dekat dia? Tapi bgitulah seorang Luqman Al-Farrel. Kalau awl tu sy mcm okay I like Luq tp the Luqman after 3 years later betul2 made me fall in love dgn dia. The moment he changed to be a better man for his Cinderella. Dia berubah from a villain to Prince Charming.

The ending. I cried so hard. Surat Luqman to his wife. Surat yang tak sampai. Scratch that, I didn’t cry, I was bawling my eyes out. Bayangkan to be loved by seseorang sampai kehujung nyawa dia. Dia tak pernah berhenti daripada being obsessed dengan his butterfly. Jealous tau dengan Fella because she got someone yang sayang dia smpai mcm tu.
1 review
December 25, 2022
Saya dah baca 3 version of this book. Pertama, versi blog, kedua versi ebook and lastly, versi novel. Ketiga-tiga versi mmg best. I really love the character developement of fella and luq. They learn how to forgive and let it go walau seteruk manapun diorang lalui dalam fasa tersebut. Paling kesian dengan luq sbb dia nampak tersepit sangat ii nak pilih antara fella atau mama and adik dia. Rasa puas jugak bila fella dah tak selemah macam dia yang dulu. Gerammm je tengok semua yang buat fella sakit. Overall mmg worth gila utk baca. I cried, smiled, angry sepanjang baca buku ni but at the same time, i felt warm in my heart. Good job author👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
January 13, 2023
My first novel that i buy from this author

First of all surat yang akhir tu sedih gila 🙂 cerita ni for me banyak sakit hati dari happy and masa mula mula bab banyak meleret but masuk tengah dah best... I really like the English word that use in this book and I actually hate luq so much (p/s: don't hate me) i don't know mungkin tak suka dia punya watak... But overall ayat tersusun dengan cantik and surat last sekali tu tak boleh sedih lagi ke😭
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
February 7, 2023
ML: Luqman Al-Farrel (Luq) / Luke Tristan
FL: Qurratun Nafella (Fella)

Wehhhh buku ni 1000/10! Best sangat! Tak boleh move on. Even berhenti kejap baca (sebab ada benda kena buat) still terbayang-bayang kisah watak dalam buku ni.

Pain? Sedih? Heartbreak? 1000000000/10 🔪💔❤️‍🩹😭💦
Cinta? 100/10 💙🦋
Comel? 100/10 👧🏻

Wallahi aku suka sangat buku ni. Memang akan selalu direkomendasikan pada orang lain untuk baca. Aku teringat, buku last aku baca yang sampai teresak teruk adalah buku Siti Rosmizah (long time ago), dan Hikayat Allerednic buat aku kalah lagi. Pedih sangat hati ni. Sangat sangat.

Plot dalam cerita ni perghhhhhhhhhh banyak gila. Tapi make sense and tak mengarut. Personally, buku ni tak meleret. Setiap point dicerita dan disampaikan dengan sangat baik. Banyak kosa kata baru dalam BM dan BI. Pengajaran juga bersepah.

(Aku kena tulis sikit spoiler kat sini untuk diri aku sendiri, sebab kadang otak ni tak ingat buku ni pasal apa, so aku boleh refer di review aku ni) ⛔️

Fella merupakan adik tiri (lain mak dan lain bapa) kepada Luqman. Luq telah jatuh cinta pandang pertama dengan adik tirinya sejak Fella berusia 8 tahun. Perasaan itu tidak hilang sehinggalah dia meningkat tua. Di dalam rumah agamnya, Fella tinggal bersama Sara (adik tirinya - adik kandung Luq) dan mamanya (mama kandung tapi tidak mengaku dirinya adalah anaknya). Fella dilayan sebiji kisah Cinderella. Hidupnya dan masa depannya dimusnahkan oleh keluarganya sendiri. Tepat usianya 18, mama paksa Luq untuk berkahwin dengan Fella sebab nak kaut harta Fella. Mereka berkahwin, tapi cuma atas kertas. Luq tinggalkan Fella sekalipun ketika itu Fella telah berbadan 2, dia perlu ke Jerman untuk sambung belajar (disuruh mamanya). Sejalannya waktu, Fella selamat bersalin tapi anaknya sudah 'tiada'. Beberapa tahun kemudian, keadaan jadi seperti sediakala. Luq pulang ke Malaysia dan terus mendekati Fella. Sekalipun perasaannya terhadap 'isterinya' semakin berbuak-buak, setiap kali Fella dimarah, ditengking, dipukul oleh mamanya, Luq cuma berdiam diri tidak membela nasib Fella. Dalam masa yang sama, Luq sangat baik dan 'keras' dan sebaiknya membuatkan Fella tersenyum. Dia jaga Fella dengan caranya sendiri. Bukan dengan kata-kata manis tapi kata-kata sinisnya. Itu Luqman. Apabila kebahagian berleluasa dalam hidup mereka, waktu itulah Fella tahu ternyata anaknya masih hidup. Tidak lama bersama, anaknya meninggal kerana disantau oleh si penyondol yang sok sok alim tapi puaka! Si Leyna! Luq kenal Leyna sewaktu mereka study di Jerman. Dipendekkan cerita, Luq perlu berkahwin dengan Leyna atas perjanjian kedua belah keluarga (sebab mamanya tamakkan harta). Luq tak mahu. Tapi Fella paksa Luq kahwin juga dengan Leyna. TAPI TAPI TAPI ADA AGENDA YANG FELLA RANCANG BERSAMA LUQ. Luq rela untuk ikut rancangan tersebut sebab rasa bersalahnya 'sorokkan' anaknya selama hampir 4 tahun. Hmmm. Rupanya-rupanya sekalipun banyak yang Luq lakukan untuk terima kemaafan dari Fella, tapi Fella tidak boleh terima Luq lagi. Fella minta diceraikan dan ya mereka berpisah selepas Fella melahirkan anak keduanya (yang Luq tuduh itu bukan anaknya kerana ada satu hari Luq nampak Abang Shah dalam bilik Fella dalam keadaan mencurigakan, sedangkan Abang Shah cuma selamatkan Fella dari dirogol oleh orang suruhan mamanya. Fella dijual oleh mamanya pada orang jahat). Bermula dari ini, Luq buat keputusan untuk ke Jerman dan Fella membesarkan anaknya sendirian.

((Kisah mereka tidak henti di sini, masuk fasa 2 buku ini merupakan kebangkitan dan perubahan dari kedua watak. Perubahan yanh baik dan mematangkan. Kalau tak ingat, pergi baca buku ni balik!😁))
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzaty.
3 reviews1 follower
March 4, 2023
Hikayat Allerednic by @elvrosethrone 🦋



•5/5 ⭐️

“𝓨𝓸𝓾’𝓻𝓮 𝓶𝔂 𝓜𝓸𝓻𝓹𝓱𝓸 𝓜𝓮𝓷𝓮𝓵𝓪𝓾𝓼, 𝓝𝓪𝓯𝓮𝓵𝓵𝓪.”

Trope: Forbidden love
Love languages: Love letter, words of affirmation, giving gifts & physical touch

Kehidupannya seperti kisah dongeng bertajuk “Cinderella”. Dia mempunyai ibu ‘tiri’, adik tiri dan abang tiri. Dari kecil dia dilayan seperti binatang oleh keluarga tirinya. Hanya ada seorang saja dalam keluarga tersebut yang layan dia dengan baik. Itu pun tengok mood lelaki tu heh. Kalau nak cari pasal tu, ada jer yang nak menyakat si Nafella, haih Nafella apalah nasib kau.
.______________________________________.
> Pertama sekali, Zaty nak ucapkan tahniah dekat akak elprozed hehe sebab berjaya cipta karya yang WOW macam HA ni. Im so proud of you lah akak 🥹!

> Kak elprozed ni pandai betul ya main dengan emosi pembaca. Bila baca, rasa macam kau tengah naik roller coaster tau! Air mata kita sampai bertakung jadi tempat jentik ii… eh ? Izzaty ! Alright, back to the review..

> Luqman Al-Farrel: Weh mula ii pening betol nak kategorikan dia as apa. Red flag dia Masyallah! Tapi at the same time Green flag dia Subhanallah! HAHAHA. Luqmannnn, mulut tu manis betol eh. Cair readers tau 🫠.

> Qurratun Nafella; She’s soooooo strong lah. Tapi en, sejak dia jadi Allerednic terus Zaty rindu dekat Fella yang lama. Bak kata Luq, “Fella yang manis, Fella yang sopan, Fella yang baik.” Tapi, dalam hidup kita tak boleh jadi terlalu baik, kena berpada pada.

> Qurratun Najjah; Zaty miss Jaja so much 🥹. Eyy budak kecik tu mulut dia ada jerrr nak jawab. Cepuk kang.

> Penggunaan bahasa penulis yang sangat santai membolehkan Zaty membayang apa yang characters tu hadap. Tapi en, pandai betul kak elprozed kita twist kita punya emotion tau! Semua ada. Ada scene seram jugak HAHAHA ytjt 😭.

> Menyesal sangat ii tak buat annotation huaaa! Yang penting, this book has a special place in my heart ❤️.

Moral of the story;
Jadilah seorang yang pemaaf. Sesungguhnya orang yang kuat & hebat itu adalah orang sering memaafkan kesalahan orang lain. 🤍
Profile Image for matchastroberi.
178 reviews29 followers
July 14, 2022
This book is beautifully written even mostly cakap agak draggy but for me logik sebab kalau fast pace cerita jadi tak kena and tak feel. Their journey through the healing phase to learn self-appreciation, self-forgiveness, self-acceptance, forgiving people and letting go the past was so beautiful.

Qurratun Nafella, I adore her so much shes so strong rasa mcm kalau jumpa dia i want to hug her and tell her that she did great and thankyou for surviving<3 tapi serius puas hati bila dark side Fella akhirnya keluar and dia balas dendam dekat orang-orang yang anaiya dia selama ni haha. love gila dengan attitude sassy Fella yang dia tak perlukan lelaki dalam hidup dia yes girlboss habiss

Luqman Al-Farrel aka Luke Tristan not a typical hero yang perfect dari awal which make I fall in love with him more, his character development is chefkiss. For me no hes not a red flag dia cuma tersepit dengan keadaan sekeliling. The effort when he tried his best to be better and fix himself, sebak sangat bila dapat tahu point of view Luq dalam berkorban and bila baca his last letter for Fella huaaa. Cuma awal tu je la geram sebab Luq suka main tarik tali buat Fella and even himself confuse dengan perasaan sendiri adoii. Suka tengok effort dia protect and kejar Fella balik and ofcourse how hes so in love with his own wife fuhhh hot yaaa

Untuk watak anak diorang Jaja, author pandai tulis and describe character budak yang lovely and cuteness overload behavior where you cant help but to love them! Overall for me its a good story banyak nilai yang boleh kita belajar and ambil iktibar some might feel cliche but to heal together with them, this book made my Morpho Menelaus cant stay still🦋
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
August 21, 2023
My thoughts?

1. Ini buku first Elvroseth yang aku suka character developmentnya. Aku suka Nafella yang berubah dari damsel in distress kepada badass female lead. Dan bukan mudah untuk Luqman pujuk balik. You go girl! Slayyy

2. Luqman al Farrel. I have a love hate relationship with this guy. Nasib baik red flag bertukar green flag in the end. Aku selalu aku ada love hate relationship dengan hero2 penulis, don't know why 😂 tapi aku belum baca Kaf, so jangan gelabah tetek.

3. Plot twist cerita ni tak rilek ye. There's a lot to process towards the ending. Aku macam eh eh kejap kenapa macam ni 😂 And yes cerita ni memang pain, especially part Jaja sedih siot 😭

Spice level: 🌶️🌶️
Personal rating:
🌟🌟🌟🌟/5
Profile Image for n__la.
13 reviews
July 20, 2022
Assalamualaikum , saya baru aje habis baca buku hikayat allerednic . Indah , manis , masam seperti ketiak luq dan pahit . Semuanya ada , cukup rasa betul buku ini . eh? Hahaha .

Apa pun saya suka buku ni ! pertama kali saya baca di Wattpad :) memang dari bab 1 saya dah terfalling in love gila dengan cerita ni hihi .. and then bila dapat tahu daripada wattpad cerita ini dijadikan pula ke ebook 🤩 pastu tahu tahu takde angin , dia tiba-tiba pula jadi buku awh ! Saya suka ! For those yang dah pernah baca di ebook/wattpad , saya sarankan anda untuk baca semula versi buku ini . Sebab? Versi buku punya lagi sedih .. saya tak tahu bila saya baca versi ebook , sedih itu ada tapi air mata tak keluar ?!? Bila baca versi buku pula , air mata saya jadi air terjun ?!? And daripada jalan cerita dia masih sama , cuma ada penambahan dan pembuangan scenes plus lebih tersusun kemas . Ini kalau daripada saya lah , tak semua pendapat kita sama :) but this book is very highly recommend !!

Cerita ini mengajar si 'pembaca' untuk jadi seorang yang pemaaf dan melepaskan. paling suka ayat 'yang paling jauh itu masa lalu' . Maaf saya tak pandai review , tapi nak bagitahu juga buku ni best sangat! Ayat2 kak el sungguh indah dan memotivasikan saya . Moga kak el terus berkarya dan berjaya di dunia juga di akhirat !

Salam sayang dari saya pembaca yang mahu jadi pemaaf dan kuat seperti watak2 yang ada di hikayat allerednic. Peace yoo
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
July 13, 2023
agak meleret and unnecessary plot. tapi after jaja’s scene things got better.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
February 12, 2024
Aku geram dgn penggunaan ayat dia. Tunggang langgang. Pastu typo bersepah. Dah klu dari fajar pakeer ni mmg dpt pakej sekali dgn typo bila beli novel 🙄 tapi part last tu hmm buat aku nangis 😭
Profile Image for bat.
6 reviews
July 15, 2022
10/10
Mmg worth it gila buku ni sumpah! Jalan cerita dia mmg tiptop! Sampai lebam mata ni dibuatnya HAAHAHAHAA
Profile Image for fify.
2 reviews
August 18, 2023
Cerita mengisahkan tentang gadis bernama Nafella yang didera oleh ibu dan adik tirinya.. Hidup Fella cukup menderita.. umurnya masih muda tetapi dia dipaksa berkahwin dengan abang tirinya, Luqman.. Bermula dari situ cinta mula berputik.. pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi.. Sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar.. Hubungan mereka mula goyah tatkala anak pertama mereka menghembuskan nafas terakhir.. Mereka bercerai dan membawa diri mengikut haluan masing-masing.. Namun, tidak semudah itu Luqman melupakan perempuan itu.. Tidak kira bagaimana sekalipun dia tetap akan pertahankan cinta mereka.. Tapi berjayakah dia menghangatkan hati Fella yg sedingin salju itu?

1. Sejujurnya cerita ini memang menarik. Tapi penggunaan bahasa inggeris terlalu banyak. Setakat ayat pendek xpelh. But! Hampir dua muka surat, semua dipenuhi bahasa inggeris yg ayatnya sangatlh panjang.. Saya tak kisah kalau nk guna bahasa inggeris sekalipun, tapi tolong jangan terlalu banyak.. dia buatkan saya rasa hilang fokus untuk membaca.. lagipun ini novel melayu.. please gunakan bahasa kita..

2. Diingatkan novel ini menggunakan POV bagi keseluruhan cerita.. yang bermaksud setiap bab akan dibahagikan kepada watak hero dan heroin.. walaubagaimanapun, bagi saya ianya sangat unik.. jarang untuk saya baca novel yg menggunakan sisi POV macam ni.. saya suka.. idea yg sangat menarik.. langsung tak bosan bila baca dan ditambah pula scene kelakar.. Ya, memang menarik!

3. Paling saya tak suka! bila ada beberapa perkataan yg bagi saya tidak patut ditulis dalam sebuah buku.. contoh seperti mencarut dan perkataan yg tidak elok.. terlalu banyak sebenarnya.. Bagi saya kalau tak tulis pun xpe.. ia langsung tak mempengaruhi jalan cerita..

4. Cerita ni bukan sekadar cinta semata-mata.. tapi banyak pengajaran.. Paling penting sediakan tisu sebelum membaca.. boleh dikatakan buku ni mmg pain.. lagi2 bila scene anaknya mati.. pedih sngt2..

5. Buku ni jadi lebih menarik bila ada sesuatu rahsia yg belum terbongkar.. tentang siapa suaminya yg sebenar.. tentang ayah kandungnya yg belum mati.. siapa Jaja.. Di pengakhiran cerita terdapat scene tumbuk menumbuk, menembak dan sebagainya.. memang best!
6 reviews
February 27, 2023
Tak tahulah kenapa klu novel Elvroseth je anak si heroin tu mesti mati mcm TKH,TSL or watak2 yg rapat dengan dia..I sebenarkan akan menangis teruk klu baca novel² elvroseth yg sentiasa dekat dengan jiwa hati I(so dramatic hehehe)..but cerita hikayat allerednic betul² menghayat hati pembaca bermula dari Fella yg didera oleh ibu kandungnya sendiri tetapi pada akhirnya dia tetap memaafkan kesalahan ibunya..banyak pengajaran² yg dpt kita perolehi dlm novel ni..tahniah elvroseth kerana dpt menghasilkan karya yg terbaik ni..semoga elvroseth berjaya menghasilkan banyak karya² yg best lagi..love u!
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
August 27, 2023
Tak jauh beza sgt dgn ebook.Cerita romance yg berliku liku,nama pun hikayat allerdnic kan.Apapun cerita ni best la jugak
Displaying 1 - 30 of 80 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.