Benci dan sayang terkadang hanya dipisahkan dengan sehelai kertas nipis.
Sejauh mana rasa benci itu, kita tidak tahu apa yang akan merubahnya pada masa akan datang.
Itulah yang dilalui Harraz dan Amanda. Amanda pernah sukakan Harraz dan menaruh perasaan kepada lelaki itu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Tapi, satu peristiwa membuatkan Amanda tidak berani lagi menaruh hati.
“Apa salah aku pada kau? Kau ni tak betul gamaknya! Benci orang tanpa sebab.” – AMANDA
“Dengar, Amanda. Disebabkan kau anak tiri Tan Sri Khairil, tak akan ada istilah suka dalam diri aku untuk kau. Tapi benci.” – HARRAZ
“Kenapa kalau aku anak tiri dia?” – AMANDA
“Sebab aku anak kandung dia.” – HARRAZ
Hanya itu kata-kata terakhir mereka sebelum Amanda menghilangkan diri daripada pandangan mata Harraz.
Bertahun berlalu, pertemuan semula… Kesumat Harraz tidak pernah padam. Apa yang dilakukan mama Amanda kepada arwah ibunya dianggap kejam. Hanya Amanda orang yang paling layak menerima segala amarahnya.
Kemuncaknya, gaun Destiny yang dipakai Amanda terbakar. Nekad Amanda berubah 100%. Dendam harus dibalas dengan dendam.
Namun, satu demi satu perkara terbongkar membuatkan Amanda terdesak melakukan apa pun untuk menghentikan amukan Harraz. Dia pasrah dalam luka.
Penyesalan menjadi percaturan takdir,. Apakah masih wujud rasa benci di antara mereka?
Mampukah nyawa kecil yang wujud itu membesar dengan kasih yang selayaknya?
Kala cinta mengalahkan ego, sesal membunuh kebencian, kala hati merangkai mimpi, jiwa memburu harapan.
Ya Allah comel gila Hiyaz dalam ni. 😤 Boleh dia tanya bila adik dia nak datang kat keluarga dia, eeeee 😂 ikut siapa la perangai kalau bukan papa dia, Harraz tuu!!
Buku ni macam roller coaster sikit tapi cerita dia tak meleret! Tak cepat bosan langsung! Memang best gilaaa. 🤩🤩
Paling tak suka si Anis tu!!! Eeee tak malu ke merayu kat isteri orang yang kau sanggup jadi madu dia?? Where is your dignity?? 😒 Sama je dengan mak ayah, macam la kau orang tu baik sangat takde dosa.
Tapi, Harraz ni dia kinda red flag thought tapiiii dia hot ARGHHHH. Okay dia memang berdendam dengan Amanda, tapi dia LARANG Amanda dari gugurkan kandungan. Biasa la gaduh-gaduh macam perang dunia kedua then berbaik...
Sampai hati Kak Hasya dengar tuduhan Anis sampai sanggup halau Amanda pergi dari hidup Harraz 😔 orang tu dah elok nak berbahagia kau kacau daun pulak.
Nasib baiklah happy ending. 🙂
Korang bacalah sendiri. 😌
Oh, thanks for Lollysnow for making a good kind of story like this. ❤️
Aku sangat suka buku sebab jalan cerita dia best tak melampau-lampau sampai memeningkan kepala. Straight to the point and lagi suka buku ni dari Moonlight. Hopefully dapat baca lagi karya baru dari Lollysnow
Sungguh roller coaster membaca cerita ni. Lagi-lagi masa awal dan pertengahan cerita. Amanda ni jatuh cinta dengan Harraz sejak dari mereka 17 tahun lagi. Tapi Amanda je beriya lebih sedangkan Harraz tu benci gila kat dia. Sampailah suatu hari ni terjadi sesuatu antara mereka sehingga membuatkan Amanda takut dan sentiasa jauhkan diri dari Harraz.
10 tahun kemudian, takdir 'menemukan' mereka kembali. Amanda ingat dia dah berjaya larikan diri dari Harraz. Namun sangkaannya jauh meleset. Kini Harraz makin menghantui hidup sehingga mengikat dia seumur hidup.
Harraz ni gila betul dia punya benci sampai berdendam tu. Dia buat Amanda rasa seolah-seolah tak layak untuk hidup. Amanda perlu menanggung dosa yang orang lain buat.
Plot twist demi plot twist. Berdebar gila wei nak tahu siapa dalangnya? Apa puncanya? Kenapa jadi macam tu. Fuh! Speechless.
Overall saya sangat suka dengan jalan cerita ni. Rasa macam dah lama pulak tak baca novel sampai rasa dan jadi hooked gini. Dahlah first time cuba baca karya Lollysnow. Now I'm eager nak baca her next book pulak. 😆
"Sebab kau anak kepada perempuan yang dah bunuh ibu aku". - Harraz Nuqman .
Amanda - Hanya kerana dia anak tiri kpd Tan Sri Khairil, dia dibenci oleh seorang lelaki yang amat disukai olehnya .
Kerana satu peristiwa di dalam hutan ketika mereka mengikuti aktiviti perkhemahan, Amanda tidak lagi muncul di depan Harraz. Bertahun berlalu, Amanda berjaya menempa nama dalam bidang fesyen yang dibantu oleh sahabat baiknya, Jane .
Amanda telah meng'offer' Harraz sesuatu, demi menyelamatkan mamanya dr dipenjara setelah kematian Tan Sri Khairil. Namun keadaan menjadi makin teruk pabila, Puan Sri Haliza dibunuh pada hari Amanda dan Harraz bernikah di Thailand .
Siapa yang berdendam dengan Amanda? Adakah Harraz membunuh mama Amanda demi melunaskan dendam? Atau ada orang lain yang mempunyai niat tertentu? .
Dalam novel aku pelajari sesuatu, orang yang nampak baik, jangan kita fikir dia baik. Perlu ada rasa sangsi. Sebab kadang2 mereka menutup kejahatan mereka dengan berpura baik .
Aku sukakan semangat setiakawan antara Amanda dan Jane. Sangat kukuh. How i wish aku ada seorang sahabat seperti Jane .
Benci kurindu. Daripada benci tumbuh perasaan sayang yang menjadi rasa rindu membuak2 di dalam hati Harraz terhadap Amanda .
Overall cerita ini sangat best. Cuma ada la part romantik antara Harraz dan Amanda yang sedikit meleret. Yang lain2 ok. Recomended .
I wasn't that really excited when I started this. It was tolerable. Okay, maybe it's just me, but I kind of expected something more. More angst. More pain. It was still a decent read, nonetheless.
Although, at some parts felt quite draggy, and some felt rushed and hanging. I believe the author could improve more, I'd like to see the author's progress in her writing.
I just want to highlight one thing, and this is fully on editors' expense. Proof-reading was clearly not done properly. I spotted numerous random capital letters in the middle of the sentences, I'll list down some:
Pg21 - Tidak cukupkaH, ...bila karma Itu tiba
I also noticed spacing errors in several parts of the book.
FP editors really need to stop ruining authors' works fgs.
Saya decide untuk beli novel ni lepas baca E-book Treat You Better dari penulis. Sebelum ni saya dah pernah baca few E-book daripada penulis dan saya rasa banyak improvement dalam Treat You Better. I totally love it. So saya mengharapkan yang sama untuk BKR.
But, people said high expectations always lead to disappointments. Kesilapan saya bila meletakkan expectations yang tinggi pada novel ni. It wasn't too bad actually sebab saya berjaya untuk habiskan novel ni.
Entahlah, mungkin saya tak suka sebab Harraz cepat sangat cool down. Berbelas tahun benci dan simpan dendam tapi dendam tu macam tak seberapa pun. Cepat sangat dia cair dengan Amanda.
Bab bab awal dalam novel ni berjaya buatkan saya rasa nak teruskan membaca, sampailah selepas Amanda dan Harraz berkahwin. Saya mula rasa penceritaan selepas tu agak kurang "kick", kurang kemas dan kurang emosi. Ada scene yang terkadang saya rasa macam tiba tiba dan tak perlu yang menyebabkan saya terus skip. Especially scene Jane dan Atif pada penghujung cerita.
Amanda ni memang crush teruk dekat Harraz tau, okay kalau tuan punya badan tak suka biasa je & faham tapi cara Harraz ni sampai tahap tunjuk benci dia dekat Amanda. Why?😕apa Amanda buat yg sampai Harraz benci dia sangat tu?
Kejam! after a few years pun Harraz still with his revenge dekat Amanda. memang red flag habis Harraz ni awal-awal😤Harraz tak habis kata punca kebencian ni hadir disebabkan oleh mama Amanda. Apa yg mama Amanda buat?🤔and then something jadi buatkan Amanda pun create dengan prinsip '𝘥𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘶𝘴 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮'😓penat betul rasa marah while baca tau😪dalam pada dorang berbalas dendam, satu-satu rahsia terbongkar buatkan Amanda desperate buat apa je untuk stopkan dendam Harraz. Apa jadi? Ha pening kan? Ad pun tergamam ni. But Harraz version without revenge ehem hot ye🤫very care & protective💪🏻 malulah🙈
Overall, memang 🎢 baca BKR ni. Bila part pain dia wow pain, bila part benci dia wow sangat benci, bila part plot twist dia Ad speechless nganga tau😳and bila part sweet okay tersengih🤭why Ad kurang a few points for rating tu sebab ada certain scene Ad rasa macam nak jerit whyyy Amanda buat decision macam tu! ha begitu. But Ad enjoy the storyline & the plot😍senang fahamm and fast paced😋siapa nak feeling mood swing dialu-alukan😎selamat mencari, membeli, membaca🤍
Ini buku first Lollysnow yang aku baca dan tak mengecewakan 👏
Aku suka betapa lajunya permulaan buku ni. Tak meleret and terus kepada main point yang penting untuk storyline.
Kisah keluarga Amanda dan Harraz memang bersimpang siur sampaikan aku tak tahu nak percayakan siapa pada permulaan cerita. Betul ke orang yang aku sangka jahat sememangnya jahat dan yang baik itu baik? Tapi cara penulis olah jalan cerita novel ini memang aku suka sangat. Selain kisah Amanda-Harraz yang jadi tonggak utama bagi novel Benci Kurindu ini, hati aku juga dah terpaut pada watak sampingan iaitu Jane dan Inspektor Atif.
Satu sahaja kekurangan novel ini bagi aku ialah aku sangat annoyed dengan perkataan 'tsk' untuk menggambarkan watak itu sedang menangis. Rasa macam kenapa kena tulis macam tu. Aku bukanlah seorang penulis, tapi sebagai seorang pembaca aku ada hak untuk rasa macam ni. Maybe next novel penulis boleh tukarkan penggunaan 'tsk' itu. Selain daripada itu, tak ada perkara lain yang buatkan aku tak suka dalam novel ini. Keep it up!
Btw aku tak pernah baca lagi buku Moonlight tapi mungkin Ammar dalam Benci Kurindu adalah Ammar yang sama dalam Moonlight? 🤔
best!..ini novel ke-2 penulis yg aku baca..patutnya baca yg ni sebelum Moonlight sbb ini permulaan kisah keluarga Ammar dlm Moonlight. Amanda-Harraz-Hasya-Ammar-Jane-Atif saling berkait dan punca kebencian dalam keluarga mereka..watak jahat dlm novel ni sangat la bikin aku menyampah..watak Anis yg aduhaiii licik sangat..puhhhh! yang bestnya Amanda wlpn ada side yg lembik tapi bila berdepan dgn masalah sangat awesome..plot twist bikin hati x sabar baca hingga ke TAMAT!!! Tahniah Penulis..sabar menunggu hasil yang seterusnya..
sejujurnya saya tak pernah terfikir langsung begini tragisnya kisah mereka sebab semasa baca moonlight mereka nampak bahagia. sebuah kisah yang menarik yang mampu membuatkan air mata saya mengalir berkali kali.
pada mulanya saya fikirkan kehidupan amanda ni bahagia kerana ibunya berjaya merampas tan sri khairil dari marisa. rupanya kisah amanda dari kecil tidak la se’bahagia’ yang saya fikirkan di pukul, di caci hamun dengan ibunya tapi dia tetap memaafkan dan menagih kasih sayang daripada ibunya. dia juga sanggup bekerja keras demi memberikan kekayaan kepada ibunya.
dendam harraz ni sangat menakutkan sehingga sanggup mengsabotaj event amanda. seram betul siap rasa tak bersalah dan tak puas sepenuhnya pula tu. tapi bila dah sayang memang dia sayang sangat sangat.
zaki ni memang rasa something dgn dia tapi tak sangka rupanya dia terpaksa dan ikhlas cintakan amanda paling tak sangka rupanya ibu dan abangnya yang jahat dan paksa dia. dia sanggup berkorban demi amanda mesti dalam betul cintanya pada amanda
geramnya dekat anis ingatkan mmg dah takkan wujud sekali hmm siap sanggup nak jadi bini kedua mmg dah takde ke lelaki lain dalam dunia ni sampai sanggup begitu sekali?
cerita ni memang best tapi walaupun ini buku kedua lollysnow tapi saya cadangkan baca yang ni dahulu. sbb yg ni ada kisah sebelum ammar lahir. boleh je nak baca moonlight dulu tapi mcm tak best pula sbb amanda dan harraz dah bahagia di sana tanpa kita tahu perit kehidupan mereka sebelum menemui bahagia tu
since dh baca ebook punya version sblm,sy boleh katakan dia adjust sikit je jalan cerita,yang lain tu adalah sikit-sikit,tak ketara sangat. Hm Harraz ni macam biasa benci gila-gila lama" terbitlah rasa sayang tu dekat Amanda.Konflik dia sederhana nk kata berat sangat pun tak. Dalam cerita Amanda lah yang paling derita rasanya,semua pakat dok tunding kesalahan mak dia pada dia.Macam lah dia yang bersalah huhh🙂 Lepastu,Jane dan Athif memang lah menaikkan suasana dlm cerita ni.Love story diorang pun not bad.
Nak bagi infinity boleh tak? First book dari Wattpad yang tak menghampakan saya. Both leads memang ada great chemistry. Sorang attack sorang defense. To start off, memang miserable sangat hidup seorang Amanda, tapi apa yang buat saya suka Amanda ni sebabnya she tries to stand on her own and yess she did it even dia tak rasa dia boleh buat semua sendiri. Best sebab dia tak jadi bodoh sebab cinta, dalam mengalah dia tu sebenarnya ibarat ada udang disebalik batu. Harraz, sepatutnya kena benci la kan ml ni sebab dendam dia sampai almost membunuh fl, tp tah i feel kesian dkt dia, dia mcm mangsa keadaan just like Amanda. But I can see dia seorang penyanyang even dalam benci-benci dia. Lama-lama abe Harraz berubah to his old version. Memang best sangat la, 100000% w my tea. senang cerita saya fall for Harraz but fall harder for Amanda. Yasss! + Ammar damn this guy is a lurve
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak ada yang menarik sangat bagi aku, biasa saja. Fokus utama novel ni semestinya benci & dendam. Orang yang rapat dengan kita tak semestinya baik, mereka mungkin hanya mengambil kesempatan. Kisah² dendam antara keluarga yang menyebabkan Amanda menderita. Ibu Amanda pula tanpa segan silu mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.
Benci antara Amanda & Harraz hanya 20 - 30 % saja selebihnya rindu, momen manis. Kisah Jane juga agak pincang. Tiba-tiba jadi begitu, terlalu pendek dan tak ada backstory yang menarik.
Plot cerita di permulaannya sangatlah laju. Memang tak sempat nak berhenti baca. Masuk pertengahan, dah start slow. Tapi makin lama makin laju balik. Haha macam roller coaster.
Jalan cerita ok, best. Watak perwatakan pun ok walaupun kadang-kadang rasa geram dengan Harraz. Watak paling fav mestilah Hiyaz yang comel tu🤭 tapi aku perasan sesuatu bila baca cerita ni. Aku tertunggu-tunggu bila watak Ammar muncul. Aku suka Ammar dalam ni berbanding dalam Moonlight. Dia lebih comel. Maybe sebab masa ni dia muda lagi😂
tak boring buku ni. every plot tu ada yg menarik kita nak baca lg. haha i really enjoyed this book. tp aku lagi suka if part atif dan jane tu ada story dia. haha hiyaz cute betulllll dlm ni. eee geram betol
best dia tu sumpah nak mampos punya best 😭❤ all the emotions are there. memang bawak naik turun rollercoaster ye emosinye.
amanda is the strongest female i've ever known. love her very much. amanda punya watak boleh dikatakan sangat dekat dengan saya. macam watak amanda tu is my own reflection. sumpah love and adore her very very much 🥺💗
harraz pula. masa awal ii tu memang red flag. geram gile dengan harraz ni. nak je aku celup kepala dia ni dalam sambal sebelanga. sebaik kene tamparan invisible amanda. the recorder. baru naik turun iman ko kan ?
lepas diorang kahwin, hidup tak semudah disangka. harraz tetap dengan dendamnya. tapi, i should say lepas diorang kahwin dan amanda mengandung, harraz mula ragu ii dengan pemikiran otaknya. mula la dia ni kadang green kadang red. traffic light bergerak jadinye harraz ni. malu tapi mahu abang ammar sorang ni.
we talk about ammar! loveee gila bila ammar ni panggil orang lebih tuanya dengan gelaran akak, abang. very respectful. dah bila dia dah masuk air ngan harraz, penat la amanda melayan HAHAHAH. dah tiba ii harraz yang penat layan merajuk amanda HAHAHA COMELL.
amanda kalau wujud real life, sumpah saya nak kawan ngan dia. jeles aku ngan jane.
hiyaz idhamm!! ini kecomelan tahap tembus langit punya orang. sukaa hiyaz sorang ni. perangai mengada, keras kepala macam bapak dia. perangai hiyaz ikut bapaknya lebih. sebab tu pening amanda nak jaga harraz version mini ni. hiyaz with his kira ii. "papa, bila nak call adik ?" ya Allah comell.
ANIS. ANIS NI HA. MENYIRAP AKU BULAN II PUASA NI BACA SCENE II YANG ADA NAMA KO. dasar perempuann. heh takleh aku la minah ni. sampai ke akhir tu tak sedar ii diri. terpaling play victim. nyampah benor aku hish.
buku ni, is a masterpiece. saya boleh cakap, saya ni jenis yang susah jugak la nak menangis. but this book ( read : amanda ) buat saya nangis banyak kali. with her thoughts. semoga amanda lebih pentingkan diri sendiri lepasni.
kita taknak cakap pasal atif ngan jane. sebab kita demand story dorang cemana dorang boleh kahwin. ngan atif tu tingtong nye lagi tak reti nak bercakap HAHAHAHHA
I love this book. Fast paced and not too draggy. At first, aku benci Harraz. Dia terlalu kejam and menghukum orang yang tak bersalah. Amanda pulak awal-awal dah crush dengan si Harraz even mamat tu tak layan dia. Rupanya, mereka step-siblings. Harraz kata Amanda keturunan perampas. Ok fast forward, hidup Amanda ni menyedihkan. Even mama dia kahwin dengan tan sri tapi life dia tak seindah yang orang lain sangkakan. Dia hanyalah seorang anak yang menagih kasih sayang mak sendiri. Tapi bagusnya Amanda, dia still sayang mama dia. Buku ni banyak minor plot like aku tak tahu siapa villain pada awalnya. Apa yang aku suka? Watak Jane, best friend Amanda. How I wish I could have a best friend like that. Dia sangat baik. Lagi watak Ammar, which is adik Amanda & Harraz. Anak hasil perkahwinan mama Amanda n Papa Harraz. Dia matang even dia muda lagi. Ok banyak lagi watak best haa pastu si Hiyaz anak dorang. Ehh budak kecik ni, cute betul. Gitu je merajuk sebab nak adik. Papepun best, bacala korang. I nak sambung buku Ammar pulak 😉
This entire review has been hidden because of spoilers.
Few chapters di permulaan cerita mmg banyak buat kita mengalir air mata. Mmg emosi gila tp ending best. Cerita best tak draggy and tak meleret2 tak tentu hala, ada sense of humour yg cukup, dan setiap watak dlm cerita ni ada function.
Watak harraz yg ref flag sampai pertengahan cerita, dan watak Amanda yg tak lemah and pathetic lagi buatkan citer ni best. Aku cukup benci betul kalau novel dgn watak perempuan yg lembik dan hanya menyerah.
As usual, citer Lollysnow memang best dan tak menghampakan. Baik di wattpad atau pun novel.
Jalan cerita best, tidak mengecewakan. Amanda dari zaman sekolah sudah sukakan Harraz. Harraz pulak adik-beradik tiri belah ayah tiri Amanda. Bila Amanda dapat tahu, terus dia buang jauh2 persaan sayang. Amanda jual badan ke Harraz, atas sebab nak selamatkan Puan Linda mak Amanda. Sampaikan bila Amanda nak kahwin dgn Zaki, Harraz ugut Amanda utk kahwin dgn dia. Sehingga la Amanda mengandung anak Harraz. Penghujung twist dia memang best. Kena baca sampai habis nak tahu ending.
Pada aku story nya biasa2 je. Aku pun slh sorang yg minat karya2 lollysnow, kbyakan ebook die aku beli, story die dkt wtpd pun aku baca jugak kadang2 suka reread. Sebab baca review dkt gr, aku yakinkn beli. Tapi kali ni BKR xmenepati citarasa aku kot. Maafff
P/s : tch tu ape? Bile terbaca perkataan tu, mencacatkan pembacaan aku. Sori mungkin aku dah tua kot, xfaham singkatan mcmtu 🙈
First time baca buku cik lollysnow ni. saya suka gaya penulisannya. straight forward, plot tak draggy. Pain level moderate yg hampir ke hard jugaklaa. beria yaa saya nangis baca kisah amanda nii. aaa yg penting anak dorang comel cute gilerrrrrrrr. berbaloi saya beli pengaruh bookstagram semua tuu hahahaa.
I LOVE THIS BOOK SO MUCH!!! and harraz ohmy i like him ehehehhehe. Buku ni kalau dah baca dia akan rasa nak sambung baca and keep going macam tak boleh henti. My friend cakap macam apa i cakap. The story line was perfect 👌🏻 i like!