Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jejaka Blue, Gadis Hazel

Rate this book
✿ JEJAKA BLUE, GADIS HAZEL ✿

Harta, kuasa, darjat… semua di hujung jarinya. Nampak gah pada zahir, namun batinnya memendam rasa yang kelam.

Ada bahagia, tetapi tiada ketenangan di jiwa, sehinggalah seseorang mengusik pandangan mata birunya…

"Awak jangan curiga pasal saya. Saya bukan gengster. Saya manusia biasa juga" - ARYAN FROY LOUISE

Dia hanya seorang gadis polos yang cantik dan masih mencari hala tuju hidup.

Tetapi, dia terlalu jual mahal sehingga tidak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki, kecuali dia...

"Please... Awak jangan fikir awak handsome, awak boleh dapat apa yang awak nak. Dengan perempuan lain maybe ya, tapi tidak dengan saya. Saya warning awak ya, jangan pernah cuba untuk cuba. Did you get it?" - QUIN AVRIN

Perkenalan ringkas, namun terbias. Niat untuk berkawan akhirnya menjadi kenyataan.

"I don't kill people" - ARYAN FROY LOUISE

"But I do" - ARIQ FRANDY LOUISE

Bermandikan darah umpama perkara biasa. Bermain senjata api memang hobinya. Kematian dan semua itu dianggap percuma selagi namanya manusia.

Tetapi, manusia sepertinya jua perlukan cinta.

Layakkah seorang lelaki sepertinya memberi bunga indah kepada si mata hazel?

Atau si mata hazel hanya mampu merasa detak tanpa tahu siapa sebenarnya jejaka blue itu?

Antara suka dan duka, yang mana melingkari hidup mereka?

Belajar daripada kehilangan, membawa penyesalan. Belajar daripada kehidupan, membawa kebenaran.

Paperback

First published June 1, 2022

56 people are currently reading
534 people want to read

About the author

Ariaseva

3 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
189 (45%)
4 stars
60 (14%)
3 stars
58 (13%)
2 stars
30 (7%)
1 star
79 (18%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for LovelyJ.
5 reviews9 followers
July 17, 2022
Baru je baca page 60. Turn off dengan penulisan Ariaseva. Jalan cerita dia okaylah tapi bahasa dalam novel ni tak sesuai untuk novel sesuai untuk Wattpad je. Untuk yang biasa baca novel melayu akan turn off sebab really straight forward dan dalam perenggan yang bukan dialog pun guna english. Padahal novel melayu kalau dekat Wattpad boleh terima tau.

Saya tak nampak effort penulis untuk tulis dengan lebih cantik dari segi bahasa. Saya cadangkan penulis baca novel melayu banyak2 untuk ubah cara penulisan yang buat orang turn off. Ariaseva ni ramai peminat jadi memang banyak peluang untuk pergi jauh saya cadangkan masuk bengkel penulisan atau baca novel melayu dan serap bahasa dan gaya penulisan yang diorang guna.

Untuk penerbit, editor macam tak buat kerja! Banyak kesalahan bahasa dan ejaan. Sakit mata baca tugas penulis hantar manuskrip yang ada salah-salah tu patutnya editor betulkan tapi tak jalankan tugas sepenuhnya. Macam rushing je nak terbitkan buku. Memang nak untung tapi peminat beli dengan duit tau! Tunjuk sikit effort.

Tengah baca lagi setiap page mesti ada perkataan 'The Heck' dalam perenggan pun. Sumpah tak boleh go.
6 reviews6 followers
July 18, 2022
Jalan cerita best.

Ada benda sikit nak komen. Ada part aku baca tu rasa macam ermm. Part ni 👇
m/s 153. Perenggan last sekali, "Simpan badan awak elok-elok, saya nak rasmi dulu nanti,"...
Part tu je yang buat aku rasa turn off dengan hero. Belum kahwin lagi, baru bertunang, dia cakap macam tu. Kalau aku la jadi tunang hero tu, aku tinggal dah.
Banyak lagi part macam tu, tapi tak nak cakap banyak sebab dorang dah kahwin 😌.
Cerita ni buat aku fikir yang lelaki ni kalau tengok perempuan mesti dengan pandangan bernafsu🙂😶. Dekat public pun nak raba-raba bini. Memangla tak ada CCTV dekat situ. Haih... tahlah malas nak cakap.
Readers yang masih di awal remaja, dorang akan cakap benda tu biasa je. Yelah umur-umur macam tu, tengah dok menggeletis lagi. Faham! Aku pun macam tu DULU.

Satu lagi aku nak komen, jangan banyak carut sangat eh dalam novel Melayu. Orang nak memartabatkan bahasa Melayu, author merendah-rendahkan bahasa Melayu. Mafia rempit kot. HAHAHAHA!!! Editor makan gaji buta ke apa?

Jujur cakap, aku minat dengan author, sporting, kelakar. Suka sangat. Tapi nak nasihat sikit, buku-buku lepas ni, please kurangkan part yang boleh buat reader turn off dengan hero. Ada banyak lagi cara nak tunjuk hero tu sweet. Jangan buat aku turn off dengan Ariq pulak. Kesayangan para gadis tu.

Edited: Bila aku baca balik. Macam tak patut bagi 4 star. HAHAHAHA. Sorry, aku bagi 2 star je. Sebenarnya aku tak suka dah cerita berkaitan mafia ni. Dia macam bodo je. Cerita ni pernah menghiburkan aku di wattpad suatu masa dahulu. So aku decide untuk beli. 🙂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
September 19, 2022
In solidarity with 'katakan tidak pada karya lucah'.

Low class novel.

A waste of time, effort and money.

Dalam kategori buku 'buy-and-bakar'.
Profile Image for Skyfall.
19 reviews3 followers
September 15, 2022
How can remaja belia yg tulis benda mcm ni.. And why FakarPakeer boleh terbit kan karya mcm ni. If desperate sgt nak terbit kan juga spttny letak lebel KHAS PEMBACA MATANG. ni dah mcm baca buku porn. Dah la mostly yang baca gologan remaja.
Profile Image for Sakura Lemon.
3 reviews1 follower
September 21, 2022
Cerita sampah dan akan dipersampahkan dalam tong sampah. Bangga ye tulis raped jokes? Rasa savage? Rasa cool?? Hello, penulis. Awak kaum hawa ke tak? Awak islam ke tak? Awak dah matang ke tak?

Plot caca merba, watak bodoh-bodoh especially the hero, heroin lemah dan bodoh, belum lagi geng2 nya yang lain. Belum lagi tatabahasa err malas nak ulas. Dia macam ni, nak tulis genre mafia tu boleh. Tapi aku tengok macam tak ada rupa mafia pulak watak2 dalam ni. Nak buat cerita mafia kena ada research. Tulis dengan otak kosong memang tak menjadi lah! Awak boleh rujuk penulis yang berpengalaman contohnya, SARA AISHA. sejujurnya, cerita ni cukup saja terkubur dalam wattpad. Tak sesuai untuk diterbitkan. Penerbit memanglah nak untung tapi awak, author bangga ke menulis benda-benda lucah? Softporn? Mencarut?


Jangan jadi penulis low class.
Awak jadi penulis bukan saja menghiburkan orang tapi memberi ilmu kepada orang. Apa yang awak tulis tu akan dipersoalkan kelak. Faham?
Profile Image for Hani Halim.
6 reviews7 followers
September 19, 2022
Entah lah. Bukan sbb banyak unsur porn saja tp cara penulisan pun tak kena dgn selera. Macam buku diterbitkan asal boleh je. Asal boleh jual. Buku ni terbit tanpa editor ke? Cover dah cun tp itulah.

Pada penulis, sudah-sudahlah ya. As penulis baru, belajarlah dari kesilapan. Cukup-cukuplah rasa awak terpaling betul dalam isu ni. Cukuplah awak rasa awak dihentam sebab awak penulis wattpad. Ramai je penulis wattpad yang berjaya terbitkan buku tanpa isu. Dan cukup-cukuplah dengan mengatakan isu ni timbul sebab kejayaan buku awak tu. Terlalu ego. Diam itu lebih baik.

Kalau awak marah bila orang bercakap penulisan awak tak bagus, jadi buktikan awak boleh menulis dengan lebih baik selepas ni. Bukan dengan membalas, penulisan awak ni santai-santai untuk bacaan di wattpad.

Cukup-cukuplah cuba bermain dengan victim card. Belajar lah merenung segala teguran. Itu pun kalau awak nak lama dalam bidang penulisan.

Tapi, kalau awak rasa karya awak terpaling bagus dan terpaling popular jadi segala teguran semua ini tak menjejaskan awak. Terpulang.

Tepuk dada, tanya selera.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 6, 2022
Rate: 1.5⭐

I must admit, the cover was the main factor why I decided to get this book.

While the first two chapters were promising, the progress slowly felt like it was written by somebody else.

The setting of the plot was good, both main characters are filthy rich - I have no issue with that.

The author might have huge interest naming the characters starting with "A", and at times I get heavily confused of who is who. A little variety won't harm, in my opinion.

The word "sial" was frequently used. If it was used in a dialogue, it's fine but not when it comes to elaborating. It's quite vulgar and unnecessary in my opinion. Don't get me started with the conversation between the male characters, it felt like I was reading book about street gangsters and comedians wannabe.

I hope this review is not misconstrued as a condemnation, but rather as constructive feedback for improvement. Congratulations on publishing your first book.
Profile Image for Nrsyazlina.
2 reviews
December 23, 2022
Sorry author, but please. I can't even stand to read it more than 100 pages. Turn off yang tersangat. Maybe novel wattpad like this should stay in wattpad je. haih
Profile Image for imiss nana.
18 reviews1 follower
October 19, 2022
DNF.
Reason? sama macam mereka yang bagi 1 star.
Tak tahu watak2 yang dicipta ni untuk apa.
Publisher kena alert lah untuk scene2 yang hot ni. Untuk penulis, fikir2 kan saham akhirat.
Profile Image for sofeaa.
10 reviews
July 4, 2023
Satu benda kepada orang yang keep on recommending this book
Therapist
Profile Image for Umai.
8 reviews1 follower
September 19, 2022
Dnf. First time lah baca buku yang turn off macam ni. Penggunaan bahasa yang sangat macam budak-budak and banyak sangat grammar mistake. Saya tak tau lah macam mana publisher boleh lepaskan untuk jual novel ni sebab terlalu banyak scene softporn & abusive sampai saya naik geli nak baca
5 reviews1 follower
September 15, 2022
DNF.
Cover lawa gila. Tapi cerita dia...Adoi. penulis ni matang ke tak matang? Dah level lucah aku baca.
Serius rasa duit burn gitu je. Menyesal.
3 reviews
September 18, 2022
Katakan tidak kepada babak lucah.
Katakan tidak kepada usaha menormalisasi babak lucah.

Kepada penulis,
Walaupun awak dah minta maaf dan akui kesalahan awak, tapi awak sepertinya cuba tegakkan benang basah dengan mengatakan karya awak bukan dengan tujuan menyebarkan ilmu. Awak kata awak menulis untuk menghiburkan hari pembaca. Adakah itu bermaksud, babak-babak lucah seperti itu yang disukai dan mampu menghiburkan pembaca anda? Ya, itulah hakikatnya. Anda boleh cuba menafikan tetapi segala nombor tidak menipu (hasil bacaan di wattpad, undian, jumlah jualan). Anda nampak sekarang? Itu yang menjadi kebimbangan serta yang menjadi pertikaian orang ramai. Anda menulis untuk pembaca dan bilamana pembaca sukakan babak-babak sedemikian, anda pula terus-terusan menulis sebegitu “demi pembaca”. Pembaca dan penulis menegur bukan kerana mereka jaki tetapi kerana hal ini sangat membimbangkan.
Jangan samakan novel terbitan syarikat ini dengan Fixi. Kedua-duanya berbeza. Latar belakang, sasaran pembaca dan genre kedua-duanya tidak sama. Jika anda mahu menulis gaya Fixi, cuba hantar manuskrip ke Fixi dan lihat jika mereka bersetuju untuk terbitkan.
Sudah-sudahlah cuba menegakkan benang basah dengan berkongsi semua kata-kata sokongan dari pembaca anda. Itu hanya menunjukkan anda ego dan masih tidak mengakui kesalahan sendiri.
Kalau anda masih berbangga diri mengatakan ini rezeki anda, saya sarankan cari apa maksud istidraj.
Anda masih muda. Anda masih baru. Perjalanan anda masih jauh dan masih banyak ruang untuk anda perbaiki diri sendiri. Jangan menyerah kalah. Yang salah takkan selamanya menjadi salah. Anda hanya perlu berusaha sedikit untuk menjadi lebih baik.

Kepada penerbit,
Berhenti juga menegakkan benang basah. Jangan berpura-pura menjadi mangsa dengan memuat naik hantaran yang memetik petikan agama. Apa yang kamu buat sudah terang lagi bersuluh salah di sisi agama. Sekarang mahu gunakan agama pula?
Buku-buku terbitan kamu termasuk dalam terbitan arus perdana dan boleh diakses oleh orang awam. Budak-budak muda juga boleh mendapatkannya. Itu yang kamu mahu? Mengajar budak-budak muda hal-hal yang tidak baik?
Pilihlah manuskrip yang baik-baik untuk diterbitkan. Lakukan penilaian dan suntingan dengan adil dan baik. Jangan cuma mengejar jualan yang banyak. Kamu juga akan dipertanggungjawabkan kelak.

Kepada pembaca,
Berpada-pada dalam menyokong. Kebanyakan dari kamu masih muda. Tak faham apa yang menjadi pertikaian. Kamu cuma fikir pembaca dan penulis lain cemburu dengan jualan sebanyak itu, sedangkan yang menjadi pertikaian adalah babak-babak yang tak sepatutnya di dalam novel arus perdana Bahasa Melayu. Jangan bandingkan dengan novel Bahasa Inggeris. Ingat agama. Islam atau tidak? Mahu ikut ajaran Islam atau budaya orang bukan Islam? Jangan khuatir. Novel ini bukan satu-satunya novel yang ditegur secara umum. Sebelum ini sudah banyak kali perkara sama dibangkitkan, tetapi anda yang tak pernah tahu.
Kamu pukul rata kata tak nak baca novel melayu lain selain kisah mafia ini kerana semua hanya fokus pada kisah menantu dan mentua. Pernahkah kamu baca karya Dhiya Zafira, Anna Lee, Sara Aisha dan Mazni Aznita? Atau Hilal Asyraf dan RAM? Jika tidak pernah, jangan sesekali merendahkan novel tempatan. Kamu sedang menghina hasil usaha keras penulis lain yang cuba menulis dengan baik dan bersih.
Akui saja apa yang dilakukan penulis kesayangan kamu itu ialah satu kesalahan. Jangan pula menyerang kami semua yang cuba membetulkan apa yang salah. Sekarang kamu tak faham apa yang kami cuba lakukan tapi tunggulah bila kamu ada anak-anak nanti. Waktu itu, kamu akan mengerti.

Semoga ini menjadi pengajaran buat semua penulis, penerbit dan pembaca. Andai ada kekasaran bahasa dari saya, saya mohon maaf.
23 reviews2 followers
August 14, 2023
hadir atas solidariti katakan tidak pada writing style begini.
Saya tak baca buku ni tapi saya baca buku kedua karya penulis.
Bahasa yang caca marba, kasar, penuh mencarut.
berdasarkan komen, penulis tidak memperbaiki mutu tulisan.
Profile Image for ohriyeo.
45 reviews
January 31, 2024
this is not it. stop romanticising abuse and rape violence dalam novel melayu. we had enough already and we don't need more. colleen hoover melayu type of books. this shouldn't be published at first and should've stay in the forsaken wattpad app.
Profile Image for el.
5 reviews
October 12, 2022
it's kinda cringe tho 🐧

(not my book)
Profile Image for bat.
6 reviews
March 29, 2024
nampak macam lambat sangat aku ni but anywayss. nak tanya lah ek rempit mana yg tulis buku ni ye? dan sape yg pandai2 luluskan buku ni supaya diterbitkan? cover dah okay dah tapi isi dia tu boleh campak jauh2. jijik. mindset characters ni semua rempit nak mati. harap je islam tapi perangai macam takde agama semua watak2 dalam ni. nak buat cite mafia yg perangai macam anak haram pon rasanya tak payah kot buat diorang ada title 'muslim' tu. daripada cite dorg ni, sampai ke buku 4 kat wp tu pon takde character development.

kepada author, sebelum hantar manuscript tu, tak ada baca dulu ke cerita nya? we're losing trees hanya untuk sampah macam apa ni dipublishkan? seriously sis? apa function kau buat cerita macam ni? dah macam level2 coho aku tgk. normalise kan benda yg tak patut. jalan cerita bersepah. you had one job tau penulis. penulisan pon buat dah buat aku turn off. too many ["........" kata ......] . geli la. used to like this book when I was 14/15. and aku jijik dengan diri sendiri sbb suka buku ni dulu. tengok balik, tertanya kat diri sendiri, apa benda la yang aku baca ni. nasib time tu kat wattpad lagi bukunya. author, if u don't want to improve your writing and jalan cerita, stop writing. please. I beg you.

bagi 1 star pon sebab cover je. salam.
1 review
July 24, 2022
the best one !!yah maybe penulisan this author tak sesuai untuk novel . Yela dari wattpad kan ?tapi takdela teruk .penulisan dia santai . I suka je .if you wattpaders this for you . citarasa lain lain kan ? ikut suka la . for me the bestt laa !!!
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
September 29, 2022
🔺I tried to read this book and cari kebaikan dia sebab baca sinopsis utk belajar kehilangan dan kebenaran.

🔺Perkenalan antara karakter masa 1st jumpa tak nampak natural, nampak sangat kita tengah baca ‘buku’. Karakter kedua2 nya tak realistic, tulisan dan perbualan in repeated sentences, ada beberapa bahasa vulgar mcm bi*ch, bab* , bod*h, even in friendly way but saya tak rasa apa perlunya sebutan tu dalam buku ni, apa mesej atau ciri2 yg cuba disampaikan melalui perkataan carut itu? I don’t get the point of this writing.

🔺Tulisan nya memang ada gaya wattpad. Bahasa dan pergaulan antara watak utama pun agak tidak berlapik, boleh masuk bilik even belum kahwin, usik2 pasal “merasmikan” dulu sebelum nikah🫤 control yourself anak2..

🔺The story is all over the place, buku ni macam nak tekan kan hidup seorang Avrin dan Aryn aje, nothing and no one is matter in this book😂. Asyik tulis Aryn buat suara menggoda, masalahnya saya takde rasa apa2 aura menggoda pun disitu🤔 Aryn pun dok ulang terpesona dgn senyuman Avrin, senyuman nya tak di describe kan macam mana, dan nafsu lelaki nya asyik bergejolak aje😅 Pelik bin ajaib, saya rasa penulis tak pilih perkataan dgn baik sehingga mesej yg disampaikan kurang atau melencong.

🔺I don’t see any love sparks or chemistry between them, hanya NAFSU semata2. Or kalau kedengaran kasar buat anda, cinta mereka kosong. The only karakter that i love is Ariq, tanpa dia bosan buku ni 😂 he’s like a malaikat maut comel bermata biru rambut perang + coklat. And he likes killing 👍🏻 tapi, where is the message of this book? Nak kata luc*h sangat, tidak.

Cuma macam baca buku remaja yg tengah kemaruk cinta,bahasa sgt mentah dan kebudak-budakan. I don’t know how many times “the heck” disebut dlm ni 😂 sebab Avryn macam rebellious girl instead of 23y/o women. Asyik snap, mendengus. I mean, nothing is realistic about them. Nama hero heroin pun hampir2 sme ya Allah bila baca tu pening sungguh, tertukar kadang 😂

🔺However i pray for your success Miss Ariaseva, anda berani menulis bermakna anda minat bidang penulisan. Cuma, nasihat sy ikhlas sebagai pembaca, penuhi dada dgn ilmu dulu sebelum menulis, bukan shj ilmu penulisan tapi dari semua segi. Sebab penulisan meninggalkan kesan, sama ada baik/ buruk. Applause for your effort,semoga terus bangkit dgn karya yg lebih membina Miss.
Profile Image for Lydia H.
5 reviews2 followers
October 26, 2022
Banyak novel yg bagus dengan jalan cerita menarik TANPA ada babak £##&£_+

Semoga penulis penerbit editor bermuhasabah berjemaah.
Profile Image for Hafizuddin Ghazali.
19 reviews1 follower
January 1, 2026
Perjalanan kisah novel ini laju. Sebuah kisah mafia US yang mempunyai darah Malaysia. Jalan cerita agak menarik tapi banyak benda boleh disentuh dalam novel ni. Dialog seperti budak sekolah tengah bercinta, banyak ayat caci maki, mafia US yang suka buat lawak bodoh (mafia tak matang), watak Aryan-Avrin yang asyik-asyik nak french kiss dan melucah. Typo bersepah. Ramai giler kembar dalam cerita ni. Dan aku terganggu dengan perkataan "basak". Apa tu?
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
April 6, 2025
Buku ni mengisahkan tentang Avrin yang diburu oleh sahabat karibnya sendiri yang bernama Erin atas dendam lama yang tidak diketahui. Jadi Avrin dibantu oleh Aryan dan ahli keluarganya untuk menentang Erin dan konco-konconya.

Review yang saya buat sebelum ni agak terlalu kasar. Masa tu baru jer habis baca jadi masa review tu emosi tengah baran.

Untuk bab 1 sampai 30 saya baca kat wattpad sebab masa saya bandingkan wattpad ngan novel, macam takde beza pun. Lepas masuk bab 31, saya proceed baca novel dia.

Buku ni ada satu watak yang saya tak boleh nak suka....Avrin. Kalau sesiapa duduk kat tempat Avrin, korang mesti pelik kan kenapa childhood bestie sanggup nak bunuh dia? Jadi mestilah kena siasat secara terperinci, bagi flashback, tunjuk scene main character siasat background history Erin.

TAK, tiada. Yang menyiasat adalah orang luar (no spoiler) Aryan ngan anak buah dia sendiri yang siasat. Lepas dah dapat info baru, masa tulah Avrin nak bagitau yang Erin ni ada ni ada tu. Like (???)

Avrin ni tak unik, bosan, tawar karakternya. Dia kaya, lawa, baik dan suka tolong orang. Rasanya flaw dia hanyalah dia ni kurang common sense.

Part yang saya paling benci adalah scene yang Aryan suruh Avrin berhenti sambung belajar kursus fashion designer and jadi isteri sepenuh masa. Like hello??? "Abang tak suka orang ramai tengok sayang" Hello??? Boleh jer jadi private fashion designer buka butik peribadi. Misogynistic bai male lead.

Ye protective faham jer. But ada jer alternatif lain yang boleh digunakan untuk sambung study. Diorang kan kaya, gitu.

Buku ni bergenre action romance tapi more kepada romance ah. Action ada jer. Tapi banyak scene romance. Saya baca sepintas lalu jer scene romance. Saya rasa macam relationship diorang tak natural. Tu yang saya tak attached sangat.

I mean, character introduction pun tak natural juga. But baru buku pertama. Saya belum usha buku latest dia, maybe adalah improvement dekat current book.

Saya rasa previous review saya macam tak adil ah, ni baru buku pertama, mestilah takkan perfect macam orang yang dah tulis berpuluh-puluh buku. Tak adillah.

Saya ni mudah nak attached ngan sesuatu meskipun benda tu cam tak berkualiti dan remeh.

Dan dalam buku ni, saya attached ngan watak kakak sulung Aryan, Arisha Fancy Louise. Aku suka Arisha sebab watak dia independent single woman yang berumur 29 tahun.

Saya ada beli buku latest dia. And no saya malas nak follow urutan buku, saya tak minat sangat pun ngan plot buku bersambungan. Sekadar nak tengok kalau ada improvement ke tak.

Rating tetap sama, tapi sekurang-kurangnya saya dah boleh expect apa yang ada dalam penulisan dia. And peminat dia pun dah cakap dah yang dia ni jenis penulisan santai.

Tapi ada jer buku yang penulisan santai tapi plot dia mantap, watak dia menarik dan jalan cerita dia tersusun rapi. tapi buku ni plot dia all over the place.

I think writer ni patut cuba join Fixi ah sebab Fixi memang jujur cakap buku dia majoriti penulisan santai dan plot cerita yang liar dan extreme. Sesuai dengan genre mafia yang berkait dengan aktiviti membunuh.

Sebab membunuh tu dalam kategori horror and thriller juga kalau dia ditulis dengan betul. Just my opinion.

But still ada bahagian yang saya enjoy dari buku ni. Tak tipu. Saya suka dinamik antara Aryan dan family and pekerja dia. Ada beberapa scene jenaka yang buat saya terhibur.

Seteruk manapun, at least buku ni entertaining sedikit. (bare minimum)
1 review
November 14, 2022
Sorry Penulis I have to be honest with this book.

Firstly I bought this book at the bookstore and my first thought ialah ingatkan cerita ni bestlah but when dah masuk pertengahan bab I really really disgust with the storylines. Banyak sangat unsur lucah ni I yang baru umur nak mencecah 18 rasa menyesal pun ada beli buku ni. Lepastu ada juga perkataan yang banyak penulis guna dan ulang perkataan yang sama , turn off mood nak membaca. Tak sesuai untuk bawah umur baca buku ni. Dalam banyak- banyak novel yang I beli ini adalah my 1st kecaman untuk novel yang berunsur romance macam ni. Cepat bosan dan tak best kalau nak ulang semula baca novel ni.
Karakter org islam but why lucah sangat? I pun ada lah baca novel lain but lucah dia tu sikit je pun tkde lah sampai setiap bab dalam novel ni nak kaitkan unsur unsur macam tu.
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
December 16, 2022
Jejaka Blue Gadis Hazel | Ariaseva
Rate ---> 3✨

Debor nak review buku ni. Haha taktau nak jujur ke nak tipu tipu je review. Jujur jela tapi sebelum tu nak mintak maaf dulu kat penulis kalo apa yang kutulis ni agak bitter. Ku cuma nak jujur je. Jalan cerita okey la nice la,tapi fuhh apeni apeni sana sini ada perkataan the h***, b*b* weh apeni !! Serius cakap, bila ada perkataan tu semua, SANGAT mengganggu pembacaanku ya. Niat hati nak DNF tapi takpe la baca la jugak sampai habis. Sayang duit dah beli memahal kan.

Kenapa ye hero dia begitu? Kenapa nampak macam pervert sangat ? Apeni nak rasmi sana rasmi sini. Padahal baru bertunang kan? Dari situ, membuatkan sis jadi tak suka watak ML ni. Jarang sekali ya sis tak suka hero. Sis lebih prefer Ariq yang ganas yang umpama malaikat maut comel tu. Biarlah dia bunuh org pon, janji dia nampak herlokkk sikit 😌

Ada satu page tu, ayat tak sensored langsung mak aii. Seram baca. Bacaan matang ya, penulis pon ada mention kan kat dalam Wattpad. Lagi satu tak berapa minat dengan cara penulis menyampaikan cerita. Macam Wattpad sangat maybe? Ni buku kan, so bila buku dia macam nak kena ada pengubahsuaian dari segi ayat ayat tu.

Lagi satu, kenapa part perjumpaan dan start percintaan ML-FL tu macam rushing sgt. Eh macam tak real. Tiber dah nak ditunangkan, Tiber dah nak dikahwinkan. Hmm kenapa eh? Pastu perjalanan dari satu part ke satu part tu macam fenin sikit nak memahamkannya. Cepat benor 😅

Haa dah laa sebelum banyak lagi ku tulis, sebelum banyak lagi yang ku review tak puas hati, stop dlu la. Ku bagi 3 bintang sebab ku masih hargai effort penulis menulis. Ku tau susah nak menulis ni, lagi nak habiskan satu buku tu kan. Tapi mungkin penulis kena lebih berhati hati lepas ni dalam menulis. Cuba keluarkan word yang tak cantik tu. Yang part menulis mengolah cerita tu masih boleh dimaafkan lagi. Mungkin boleh banyakkan baca buku penulis lain untuk belajar bagaimana mengolah cerita dengan lebih baik.

Pasal cover novel ni memang cun habis. Perfect 💯 Sis dah tau review novel ni agak low sikit tapi sis beli jugak sebab covernya yang cantik. Dalam ada orang review tak elok, ku tetap nak baca jugak sebab nak tau apa yang tak elok tu. Tahap inkuiri ku agak tinggi jugak ya. Selagi tak baca selagi tu la tak aman hidupku 😆 Okbai
Profile Image for Zahra-Chan.
8 reviews
September 22, 2022
I have to pay my baby sister RM60 (double the price!!) for her to promise not to read this book until she's old enough. She's 14. Then I took a peek at this book and I think I want to throw it away.
Profile Image for yuyue.
20 reviews
July 9, 2022
“𝗧𝗼𝘂𝗰𝗵 𝗵𝗲𝗿 𝗮𝗻𝗱 𝗜'𝗹𝗹 𝗸𝗶𝗹𝗹 𝘆𝗼𝘂”

Aku ingat lagi, aku pernah baca cerita ni di wattpad masa 2018. Boleh dikatakan, aku salah satu readers yang paling terawal Ariaseva. Hehe✌️. Dan dari situ, aku mula sambung baca siri yang ke seterusnya.

Cerita ini sweet, tersengih bak kerang busuk itu pasti dan lawak😂. Semua karakter sengal dan celaka lagi-lagi Ariq ye. Dan Hayden😩😩💓💓💓 Favourite karakter🤙

Cuma aku kurang sikit penulisan dia. Boleh diperbaiki lagi. Dan aku agak turn-off dan tak kenan bila lelaki dalam buku ni sexualised girls. Tak berapa kenan bila Aryan talk sexually kepada Avrin sebelum mereka kahwin. Rasa macam... kahwin untuk buat benda tu aje ke?

Dan ada satu part di mana geng Aryan sexualised/bercakap tentang body Avrin yang 'mantap'. Dan Aryan di situ join gelak sekali. To be honest, aku geram sebab Aryan boleh join gelak dan siap setuju weh! Kalau aku di situ, aku tampor si Aryan sebab tak defend dan biarkan lelaki lain bercakap tentang badan isteri sendiri. Memang kalau aku, terus turn off dan aku tinggalkan aje laki tu. Haha. Ini hanyalah pendapat aku ya.

Apa-apa pun, tak sabar untuk story Ariq yang seterusnya✌️!!! By the way, tahniah author untuk debut novel!!!
2 reviews
July 18, 2022
okay seriously i enjoyed the story and it was fun!character dia semua masuk air belaka tapi ada certain part yang agak turn off but issokay.majority of us know yang this story ni daripada wattpad so author just write it for fun je,so kita tak boleh letak expectation dia sama macam story yang khas ditulis untuk novel so thats whyla cara penulisan dia just santai santai je🫰🏻so overall i give 3.7/5 so bundarkan akan jadi 4 star hehe
Profile Image for nurinathirrah.
3 reviews
September 17, 2022
3.75/5
Mula mula baca memang bosan, ayat tak matang. Mula mula taknak habiskan tapi push jugak.Dah masuk bab 20 ke atas bagi saya better. Action scene mantap memang bermain lah mini movie dalam kepala. Bab bab belakang dah semakin okay dengan watak ariq yang kelakar nyaa. Mengekek gelak. 3bintang bagi saya buku ni natural sikit lagi boleh masuk 4 bintang.
1 review
February 10, 2024
DNF.
story macam ni patutnya stay dalam wattpad je. Beli sebab nampak cover cantik. patutnya baca reviews sebelum beli. storyline sangat lah immature ya.

‘aku akan menjaga keluarga kau’
‘jangan tanya, percaya je aku’


akuu takkpahamm lahh kenapaa aku boleh beli novel ni
Profile Image for Far.
13 reviews
September 3, 2022
I know cerita ni dari Wattpad and I am one of them , who love US Family

Bila repeat balik cerita ni dia mcm eh- kau kenapa Aryan ?. Terlalu ‘meaning’.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.