Novel ini adalah sebuah monumen kesusasteraan yang dibina di atas lumpur dan air mata, merakam perjuangan abadi seorang anak tani. Premisnya nampak sederhana, tapi ia menyimpan kekayaan emosi dan falsafah yang luar biasa. Sebab itulah kot karya agong ini terus kekal relevan dan berdenyut dalam jiwa pembaca.
Novel ini mengisahkan Lahuma dan Jeha, sepasang suami isteri dengan 7 orang anak perempuan, yang menongkah arus kehidupan dengan hanya bergantung pada 14 relung sawah. Padi, bagi dorang, bukan sekadar tanaman, ia adalah nadi, nyawa, dan maruah. Perjuangan hidup dorang digambarkan sebagai satu siri "ranjau" yang tak putus - putus. Dari kemarau, banjir, hingga serangan haiwan perosak.
Titik puncaknya pula, adalah tragedi yang melumpuhkan si suami, Lahuma akibat tercucuk duri nibung, yang membawa kepada kematiannya yang tragis. Kemudiannya menjerumuskan Jeha ke dalam derita penyakit mental yang serius, hingga akhirnya menuntut anak-anak dorang yang masih muda remaja untuk memikul tanggungjawab berat. Naratif SNSA yang deskriptif dan penuh perincian selalu membuatkan aku baca, letak semula, baca, kemudian letak semula. Aku bebetul boleh merasa sakitnya Lahuma dan Jeha.
SNSA adalah seorang maestro kata, gaya bahasanya tinggi dan terus terang, bukan senang untuk difahami. Teknik penceritaan beliau bagai pukulan ombak, beralun dan berasah, terutama apabila menjelasan kegelisahan Lahuma, aku rasa SNSA berjaya mencipta tekanan yang berterusan, memindahkan beban emosi watak direct ke dalam hati aku sehingga mencetuskan perkongsian jiwa yang membolehkan aku merasai lelah Lahuma.
Karya ini, terus terang aku katakan - banyak kali memaksa aku untuk ChatGPT maksud diksi bahasa Melayu lama yang aku tak pernah jumpa. Tapi aku puas sebab belajar kosa kata baru. Ia menyusahkan tapi tak menghalang pemahaman. Aku akui yang kejituan pemilihan diksi SNSA sebenarnya menambah keaslian dan keklasikan novel ni. Ia adalah bukti bahawa keindahan dan kekuatan sebuah novel juga terletak pada kemampuan penulis untuk membina "suasana" dan "emosi" yang hidup menerusi penguasaan kosa kata, lebih daripada sekadar "berkata - kata".
Novel ini sarat dengan tema yang melangkaui kisah kekeluargaan.
Selain tentang perjuangan petani melawan alam, novel ini juga melawan kebobrokan masyarakat sekeliling. Isu ketua kampung yang berkira dan layanan masyarakat terhadap masalah kesihatan mental Jeha - adalah kritikan sosial yang pedih, yang menunjukkan bahawa penderitaan mereka bukan hanya kerana takdir, tetapi juga kerana sikap individualistik sesetengah pihak. Walaupun Jeha digambarkan wanita lemah sebab sakit mental selepas menjanda, SNSA mengimbangi naratif ini dengan menaikkan watak Sanah, si anak sulung Jeha. Dia matang, dan kemudiannya menjadi simbol kekuatan seorang wanita muda dalam menongkah arus. Dia adalah bukti bahawa wanita mampu bangkit dan memimpin, walaupun dalam keadaan yang paling getir.
Above all, aku rasa tema utama yang mengikat semua elemen ini adalah tawakal dan keteguhan iman. Lahuma dan keluarganya tak pernah berhenti bersyukur dan berserah kepada Tuhan walaupun ditimpa bermacam musibah. Ia memberi kita satu cermin untuk melihat bahawa kebahagiaan dan kekuatan bukan bergantung pada harta atau kesenangan, tetapi pada "kebiasaan hidup" dan keyakinan teguh pada Tuhan. Ia mengajar kita bahawa perjuangan adalah sebahagian daripada takdir, dan tugas manusia hanyalah untuk berusaha.
Sebagai seorang Millennial, novel ini adalah sebuah portal ke masa lalu yang penting. Aku pernah lihat kesusahan ayah dan ibu aku, tapi bukan generasi nenek dan datuk aku (generai pendudukan Jepun), yang pastinya jauh lagi susah. Jadi novel ini memberi refleksi kehidupan dan realiti yang tak pernah dapat aku bayangkan, apatah lagi generasi yang membesar dengan kemudahan, terumanya Gen Z dan Gen Alpha. Aku harap Gen Z dan Gen Alpha dapat merenung isu-isu besar seperti kemiskinan, takdir, dan peranan iman dalam kehidupan.
Ini adalah sebuah novel Melayu yang patut dibaca sekali seumur hidup. Usaha Jiwa untuk menerbitkannya semula adalah satu khidmat mulia kepada dunia sastera kita. Good job.
5 / 5 stars