Kedewasaan ialah perjalanan yang misteri dan membingungkan.
Ada hal yang tak pernah kita bayang, urusan yang tak pernah kita pinta, dan keadaan yang tak mampu kita kawal – dan tak dilupakan, kita juga akan bertemu dengan beberapa bentuk kegagalan yang tak pernah kita jangkakan.
Namun semua itu hanyalah sebuah perjalanan. Kita harus terus bergerak. Mengutip apa yang ada, membuang apa yang tak perlu. Biar semakin kecil lingkaran hidup, tetapi semakin bererti.
Cintailah diri secukupnya. Akui bahawa dalam hidup ini akan ada yang terpaksa kita lepaskan, walau tak mampu kita lupakan.
Tentang Melepaskan merakam bait-bait kata Hafizul Faiz. Seperti biasa, beliau sering mengajak kita untuk mencintai masa lalu dengan cara melepaskan, sebelum memujuk kita untuk terus teguh dengan harapan yang masa hadapan tawarkan. Sederhana sebegitu? Ya, sesederhana itu.
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).
Suka dan tertarik dengan kata-kata penulis tentang luka:
“Bukan hidup namanya kalau tak rasa terluka dan sakit”
Buku yang sangat tepat untuk sesiapa yang sedang berjuang untuk sembuh dan sedang berada dalam fasa patah dan terluka akibat ujian hidup yang datang dalam bermacam bentuk. Juga sangat memujuk orang yang sedang patah hati dan dikecewakan.
Suka dengan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis yang begitu ringkas tapi masih puitis dan tepat menusuk ke hati.
Akan diulang baca apabila perlu. Salah satu buku yang saya amat rekomendasi bagi sesiapa yang memerlukan bacaan swacinta dan self-healing.
Bukan penggemar buku puisi pada asalnya. Namun, dek kerana tular di TikTok, saya turut menyertai keterujaan yang lain. Awalnya, tidak meletakkan apa-apa harapan tinggi untuk buku ini. Tetapi, usai sahaja menamatkan naskhah ini, air mata tanpa sedar menitis juga.
Apa yang boleh saya simpulkan, naskhah tipis ini wajib dibaca oleh semua terutama buat mereka yang sedang mencari jalan untuk bangkit dari rasa terluka. Tahniah buat penulis!
“Bila kita terlalu banyak memberi pada orang lain, kita akan terlupa untuk memberi pada diri sendiri” hit me the most. I rarely read poetry book, but this book was a good one, especially when you’re in that darkest hole.
Membaca buku tentang perasaan ini subjektif. Interpretasi makna dicerminkan oleh diri kita sendiri.
Sekiranya anda ada kisah-kisah terpendam yang sulit dilepaskan, buku ini ditulis untuk anda. Jika tiada, anda juga boleh baca tetapi kata-kata sekadar mengisi masa dan terasa seperti angin sepoi sahaja.
Namun, buku ini sesuai untuk diulang baca dan setiap kali akan meneroka sisi perasaan kita yang berbeza.
First time baca macam x hit ke lubuk hati sebab tak merasa nak melepaskan. Sekarang baca 2nd time, everything makes sense. Rasa macam nak highlight semua page.
Walaupun sudah 'melepaskan', buku ini mash sedap dibaca. Membuatkan bangga kepada diri sendiri. Terlalu banyak kata pembangun jiwa di dalamnya. . Tak nafikan, awalnya rasa rugi beli sebab buku ini kecil sahaja. Sebesar tapak tangan. Tapi isinya padat dan berilustrasi. Rupanya, buku yg sebesar tapak tangan itulah yang memudahkan aku bawa buku ini kemana-mana sahaja — dan membacanya tanpa mengira masa. Buku sebesar tapak tangan itulah yang menjadi rehat ketika penat.
Sebuah buku yang saat aku memulakan bacaan, terlalu banyak ayat yang membuatkan hati tersentap dan merasakan setiap satunya adalah kebenaran yang terungkap. Walau ia memberi impak pada jiwa yang dalam namun tetap bukanlah sesuatu yang menyakitkan akan tetapi menyedarkan. Buku ini juga menjadi salah satu senarai dalam kategori buku-buku terpantas dibaca. Ya, walaupun helaian muka suratnya mencecah ratusan nombor tetapi kerana ia barangkali mengena jiwa, terus menerus aku terbuai dalam bacaan tanpa henti.
Jika diperlihatkan secara kasar, buku ini semestinya mengikut kefahaman aku ia berkisahkan soal cinta - sama ada untuk terus dipegang erat atau dilepaskan berat. Namun, sekiranya diteliti setiap satu penyampaian kata-kata mahupun puisi-puisi yang tertulis, apa yang tersirat itu adalah mengenai bagaimana untuk memelihara jiwa sendiri dan mempraktikkan satu perkara yang selalu tidak dipedulikan - swacinta. Benarlah, swacinta atau dalam bahasa Inggerisnya "self-love" merupakan satu kepentingan buat setiap individu bagi menzahirkannya. Ia bukan sekadar mengenai hanya tahu menjaga penampilan luaran semata-mata akan tetapi penjagaan dalaman jiwa yang punya seribu satu rasa yang terkadang sukar diluah dengan kata-kata.
Ketika dalam perjalanan pembacaan aku tentang buku ini, hal yang sememangnya perlu dilakukan adalah berdamai dengan diri sendiri. Tidak dinafikan aku sendiri juga seorang yang kadang-kala terlalu memikirkan perihal orang lain tidak kira sama ada ingin membahagiakan atau memuaskan hati mereka. Disebabkan sikap yang acap kali "bermusuh" dengan diri sendiri, aku lupa bahawa yang paling memerlukan kasih sayang dan perhatian adalah aku, bukan siapa-siapa. Terdapat kata-kata yang membuatkan aku tersentak saat membacanya dan melekat dalam ingatan aku setelah selesai menghayati buku ini,
Sudahlah. Berhenti menjadi "mungkin" di sisi orang lain. Jatuhlah cinta pada diri sendiri dahulu sebelum jatuh cinta pada orang lain.
🧁Hal aku tersedar dalam buku ini berkenaan apa itu 'melepaskan'. Hal yang baik namun tidak seiring maksudnya.Kerna tiada kata lepas yang pasti awalnya membawa perasaan baik. Ia turut membawa kepada waktu yang berganding sama menuju baik. Melepaskan turut bersama tentang waktu. Melepaskan juga adalah satu peraturan hidup yang manusia lalui yang kita gelarkan 'pilihan'.
🧁Sekilas baca catatan & puisi ini menuju pada siapa pembacanya. Jika pembaca dalam fasa patah soal cinta maka bermaksud begitu. Jika pembaca sedang berbalah tentang diri maka rasanya begitulah. Jika pembaca sedang remuk kerna kaum kerabat maka tujunya begitu. Jika sedang rapuh tentang kawan dan orang sekeliling maka maksudnya sampai begitu. Ia bakal bertemu pada pembaca sesuai keadaan rasa kita.
🧁Bukunya ringkas dan sederhana. Sederhana membawa kita tembusi fikiran yang tidak lagi sederhana. Mengajar kita yang teralpa ada hal yang tidak mampu dikawal tapi kita sering berlawan untuk simpan.
🧁Naskah buat aku termenung, untuk hidup kita perlu berdamai dengan diri dan meraikan luka yang menjanjikan apa itu maksud dewasa. Luka sebahagian jalan tuju dewasa. Terima kasih @mhafizulfaiz untuk ayat swacinta kepada semua yang lalui graf jiwa merundum.
🧁Antara sebahagian ayat aku amat suka (m/s 118) Benar, Ada lagi yang lebih perit daripada membuat keputusan untuk pergi. Iaitu hidup dengan keputusan itu selepasnya dan bergelut pula untuk tidak menyes dengannya.
Untuk sebuah buku kecil, isinya amat penting dan berat. Tetapi gaya bahasa yang mudah, ringan dan menyentuh jiwa membuatkan pembacaan terasa amat dekat di hati.
Saya bukan seorang yang puitis. Malahan ada ayat² puisi yang susah untuk saya hadam. Tetapi ayat² puitis dalam buku ini begitu mudah untuk saya terima dan hayati. Ayat² nya pendek tapi sangat deep!
Saya perasan setiap orang yang membacanya, pasti akan ada interpretasi yang berbeza. Sebab apa? Sebab kisah kita berbeza. Tapi akhirnya, kita bertemu di titik yg sama iaitu, tak bisa melepaskan. Pada saya, ianya bukan saja ditujukan buat pasangan yang ditinggal patah hati tapi juga untuk kita yang masih berharap pada sesuatu yang entah bila akan tiba.
Ada perkara, walau kita sayang macam mana pun, walau setinggi mana pun harapan kita, sampai masanya, kita tetap kena belajar lepaskannya. Sebab boleh jadi dengan masih berpaut, membuatkan kita payah melangkah ke hadapan. Malah kadang² kita tak mampu nak sayangi diri sendiri secukupnya kerana perkara itu seolah-olah mengikat dan merantai jiwa kita.
Buku ini banyak buat saya termenung menghargai keindahan bahasa puitisnya yang mudah dan menghayati jalan dan pilihan hidup ini.
Selain itu, saya juga sangat suka dengan 'line artwork' yang menghiasi buku ini, sesuai dengan konsep minimalistik.
Mengapa setiap dari kita yang membaca buku Tentang Melepaskan ini, memberikan interpretasi yang berbeza?
"𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮."
Kamu dengan jalan ceritamu, aku dengan kisah hidupku.
Namun, ada satu perkara yang pasti dalam cerita hidup kita semua, iaitu 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮.
Bagaimana kita akan hidup bahagia, andai kita masih memeluk derita?
Bagaimana kita hendak menuju ke cahaya di hujung terowong, jika kita masih berpaut pada kesedihan?
Bagaimana kita hendak sembuh, sekiranya luka masih dibiarkan menghiris?
Jika kita masih terikat dengan sakitnya kecewa, mana mungkin kita akan bertatih menuju bahagia.
Buku ini tentang melepaskan kesedihan jiwa, meleraikan kepedihan hati dan pengharapan dari sebuah 'kesakitan dalam kehidupan'.
Kita perlu bangkit dan sembuh daripada kesakitan itu dengan mencintai diri sendiri.
Saya sangat sarankan buku viral Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 ini agar dibaca oleh kita yang sedang bergelut untuk bangkit dari kesedihan.
Tentang Melepaskan oleh Hafizul Faiz Terbitan Jiwa (2022)
Terbahagi kepada 8 bahagian: -tentang percintaan -tentang diri -tentang melepaskan -tentang kesakitan -tentang menerima -tentang sembuh -tentang hidup -tentang bahagia
Jika boleh disimpulkan, ianya semua TENTANG KITA. Tidak boleh dibaca secara terburu-buru kerana membacanya memerlukan sepenuh jiwa untuk menikmati rasa di setiap bait katanya. Benar kata penulis, buku ini tidak ada sebarang peraturan, boleh dibaca pada bila - bila waktu yang memerlukan walaupun tidak dapat menghilangkan beban yang ada namun, buku ini boleh menjadi peneman yang mampu mendamaikan hati lara atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kita untuk memahami diri sendiri.
Aku suka setiap kata-kata yang terzahir dalam buku ini, baik puisi ataupun catatan. Banyak perkara yang sangat sederhana , jarang menangkap perhatian kita kerana kita ditenggelami perkara besar dan hebat yang pada kebanyakan waktunya menyeksa diri sendiri. Aku sangat suka bila penulis selitkan bagaimana pengaruh media sosial yang boleh membunuh kepercayaan pada diri sendiri, masa, dan tanggungjawab kepada yang sepatutnya. Membawa para pembaca untuk lebih peduli diri, perjuangkan kebahagiaan diri, dan memaknai hidup walau dengan perkara-perkara sederhana di sekeliling kita.
Reading this book I always thought of him and how I wish he read the same book as me but I remember the excerpt from this book
"Kamu tak perlu takut kehilangan seseorang. Yang kamu perlu takut ialah kehilangan dirimu sendiri, hanya kerana ingin memastikan seseorang itu kekal di sisi."
Buku ini memujuk sedikit sebanyak perasaan yang hadir tanpa diundang.
"Perasaan bukan seperti barang tempahan online. Ia hadir tidak diundang, pergi tidak diusir. Jadi usahlah bermusuh dengan perasaan sendiri"
Yang hanya perlu aku lakukan ialah berdamai dengan perasaanku sendiri. Kadangkala aku tertanya kenapa ia wujud?
"Perasaan yang membenih dalam diri kita, adakalanya hanya buat kita. Cukup buat kita. Barangkali ia tak layak utk tercampak jatuh di taman perasaan orang lain. Barangkali iklim di sana berbeza. Semua ini sebesar manapun tapak tangan kita, ia bukan dalam kawalan kita. Ia kuasa semesta. Ada Dia Yang Maha Teliti pada segalanya. Dan mungkin, ia juga sebuah perjalanan untuk mendewasakan kita."
Ternyata mencintai itu tidak harus memiliki.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Seperti karya yang lalu, penulis tidak pernah mengecewakan pembaca.
Adakalahnya pesan-pesan swacinta tanpa kita sedari kita membutuhkannya bukan untuk larut dalam perasaan, tetapi justeru bangkit dari kegusaran, kegagalan ketidaksempurnaan rasa yang menenggelamkan diri sendiri.
kata penulis pada halaman 79,
"Kesementaraan ini sememangnya mewah dan manis. Ingatlah, lagi manis madu yang kita hirup, lagi samarlah tenang yang kita cari. Lagi rakus kita dibelai materi, lagi hanyutlah kita dengan dambaan nafsu dan emosi. Tidak boleh disangkal mewah itu membahagiakan tetapi ia tidak pernah mampu menandingi sebuah kebaikan. Orang yang setia dengan kebaikannya biar apa pun yang melanda ialah orang paling tenang dan reda".
Halaman 81,
"Sampai waktu, kita harus belajar untuk berhenti.
Kalau dia sudah beredar, Seharusnya engkau sedar.
Bukan mengejar".
Bacalah naskhah ini tanpa perlu mengejar masa sekadar suka-suka ingin mengisi masa terluang, mungkin ada satu halaman kata-kata yang sesuai sehingga di baca berulang-ulang kali tanpa bosan. Kerana begitulah saya selaku seorang pembaca.
Saya selesai membaca buku ini dalam masa sehari sahaja. Bagi saya, saya lebih suka membaca hantaran penulis di laman media sosial berbanding di dalam buku ini. Hantaran penulis di laman sosial lebih panjang penulisannya dan lebih kena pada jiwa dan bahasa lebih puitis.
Yang saya suka dalam buku ini adalah pada bahagian catatan. Penulis sebegini yang lebih menyentuh jiwa saya berbanding ayat-ayat serangkap dua.
"Tuhan. Yang ini tak usah diganti. Ia lebih daripada cukup."
Melepaskan tidak pernah mudah, apatah lagi bila sudah terikat lama.
Puisi yang ringkas dan terbahagi kepada 8 bab. Banyak puisi pendek-pendek dan bersambung. Jadi pembacaan jadi laju dan agak menikmati bila mana digandingkan dengan beberapa lagu pilihan. Kebiasaan puisi akan ada banyaknya ayat yang memujuk dan memijakkan kita kepada nyata.
Ya, memilih untuk pergi dan melepaskan banyak hal tidak akan pernah mudah. Walaupun yang ditinggalkan selalu menganggap, yang meninggalkan tidak merasa sakitnya.
Saya suka bagaimana ia dibahagikan kpd beberapa bahagian. Dan saya suka bagaimana ia menyeru kita untuk memeluk luka, kekecewaan dan masa lalu untuk terus melangkah. Kerana, banyaknya hal yang kita cuba buat untuk keluar dari kesedihan, kadang terlupa bahawa langkah pertama adalah: MEMELUK PERASAAN.
Memeluk, dan akhirnya melepaskan.
Buku yang seronok untuk dibaca dalam masa yang singkat.
Buku kecil ini bukan saja tentang melepaskan tapi juga tentang percintaan, tentang diri, tentang kesakitan, tentang menerima, tentang sembuh, tentang hidup juga tentang bahagia. Tentang melepaskan; tentang menerima akan segala yang pernah kita ada tak selamanya menemani kita sampai akhir perjalanan. Semuanya mempunyai tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Buku kecil ini seakan memahami luka, bacalah andai kamu sedang stuck ditengah-tengah ketidakpastian. Duduklah sekejap membacanya untuk kamu ambil tahu sedalam mana luka yang ada pada kamu yang telah kamu abai.
— Suka cara penulis susun flow tentang swacinta. Bermula dari mencintai seseorang sehingga melepaskan diri. As far this one is my fav buku puisi. — Saiz yang comel dan compact untuk simpan dalam handbag. Bawak baca dalam train sambil mainkan lagu di earphone is another level penghayatan. — Di sepanjang saya membaca saya terasa seperti dibawa terowong masa. Mula terimbau segala kenangan tentang seseorang yang saya pernah gelar 'rumah'.
Tentang Melepaskan adalah cerita hati dan diri. Melepaskan segalanya adalah sebuah kekuatan. Melepaskan adalah tanda cinta. Melepaskan juga adalah bukti swacinta.
Melepaskan tidak bermakna melupakan. Melepaskan tidak bermakna hilang.
Ada watak yang hanya akan hidup sebagai singgah dan ingatan bukan kenyataan.
Maka, belajarlah untuk melepaskan. Belajarlah untuk ikhlaskan pemergiannya.
Sudah lama pembacaan buku ini ditamatkan, tapi lupa dikemaskini di Goodreads. Buku yang sesuai untuk mereka yang merasa kecewa dengan kehidupan —terutamanya berkaitan dengan perhubungan. Sungguh, buku ini 'magis' [hanya] kepada mereka yang masih meratapi kehilangan, tapi tidak kepada sebahagian lagi yang mangli dengan manusia yang datang dan pergi.
Buku yang patut dibaca semua orang. Setiap kata-kata dan catatan boleh relate dengan diri. Ternyata menempuh alam dewasa memerlukan kita melalui jalan-jalan luka.