Kenapa ejaan nama orang Cina Malaysia dan orang China berbeza?
Kenapa wujud perbezaan tulisan Cina tradisional dan ringkas?
Apakah sebenarnya makhluk yang dikenali sebagai naga?
Apakah hubungan antara tamadun Cina, Korea dan Jepun?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah antara aspek tamadun dan budaya Cina yang akan diterangkan dalam buku ini. Ia ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah dibaca dan senang difaham. Buku ini diharapkan dapat memupuk persefahaman antara budaya yang menjadi warisan bersama negara.
Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri.
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Ini baru betul KITAB TAMADUN! Bermula dengan asal usul dan berakhir dengan pewarisan Tamadun. Selain tu, details tentang pakaian, makanan, minuman, budaya, agama dan seni & politik. Tahniah saudara Ayman untuk buku yang serba lengkap ini.
Cuma terlalu banyak typo dalam buku ni. Team TP kena improvekan part kesalahan ejaan ni. Sayanglah buku yang bagus, spoil sebab kesalahan ejaan.
Penulis berjaya menyampaikan fakta dan ilmu sejarah dengan bahasa yang mudah difahami. Susunan tajuk mengikut bidang seperti budaya, bahasa, seni, politik dan lain-lain memudahkan untuk dirujuk oleh pembaca.
Pembangunan dalam Tamadun Cina sememangnya berlaku, namun bergantung kepada tahap pemikiran dan wawasan pemerintah yang mentadbir.
Kita diajar pentingnya mencatat sejarah — kemenangan dan kekalahan — sebagai panduan masa depan.
Setiap pembaharuan yang dilakukan mencetuskan impak besar, bukan sahaja dalam negara, tetapi juga ke peringkat serantau.
Menariknya, setiap hasil seni, tulisan dan teknologi dalam tamadun ini dilakukan dengan niat dan makna tersendiri.
Buku ini menghimpunkan rekod kerajaan, perkembangan bahasa, sains, teknologi serta hubungan Tamadun Cina dengan negara sekeliling.
Penulisan Ayman Rashdan Wong sangat ‘mengenyangkan’. Jika anda pernah terkesan dengan Dunia Tanpa Tembok 1, 2 dan 3 — buku ini menyambung rasa itu. Penuh teliti, membuka ruang untuk kita merenung dan memperbaiki diri.
"Bagi rakyat, soal makan adalah sebesar langit" - ungkapan orang Cina.
Terasa sebak dengan ungkapan ini lagi-lagi dalam keadaan Malaysia hari ini di mana harga makanan keperluan meningkat gila-gila dan memberi kesan kepada rakyat marhaein.
"Semiskin mana pun, jangan miskin pendidikan"
Dalam pada den membaca buku ini, mantan Perdana Menteri iaitu Shinzo Abe mati ditembak semasa sedang berucap di Nara. Ada yang musykil kenapa ada di kalangan rakyat negara China yang seolah-olah meraikan kematian beliau. Ianya berkaitan dengan pendirian Abe terhadap jenayah perang oleh Jepun semasa Second Sino-Japanese War pada 1937. Boleh google Nanking Massacre. Ada kisahnya disentuh sedikit di dalam buku Kitab Tamadun Islam ini.
Kewujudan semua empat (4) tamadun tertua di dunia adalah China (1600 SM), Mesir (3150 SM), Lembah Sungai Indus (3300 SM) dan Mesopotamia (4000 SM) adalah daripada lembah sungai yang digelar sebagai buaian tamadun (cradle of civilization) kerana fungsinya yang sangat penting.
China (Sungai Kuning), Mesir (Sungai Nil), Lembah Indus (Sungai Indus) dan Mesopotamia (Sungai Tigris dan Eufrat)
So mengkome sila la bersama-sama menjaga molek sungai-sungai kita ye tidak kira apa warna pun sungai kita.
Sungai yang warna-warni in sya Allah tetap bisa dipulihara dengan menggunakan pelbagai tekonologi pada kos yang sangat mahal tetapi kalau sungai telah tiada, apa pun tidak bisa membantu.
'Kegagalan mewujudkan Kerajaan yang kuat dan kuasa ketenteraan yang mantap menyebabkan dinasti, tamadun dan empayar hancur'
Kalau Malaysia pernah gempar dengan Kerajaan Langit Ayah Pin pada , China ada Taiping Tian Guo (Kerajaan Langit Yang Aman) pada 1851. Walaupun kedua entiti ini adalah ajaran sesat tetapi Kerajaan Langit di China ini berjaya menakluk Nanjing pada 1853 daripada Kerajaan Qing. Hebat kan?
Jika buku ini dibaca dengan mata hati, Malaysia adalah satu-satunya Negara yang menerima kedatangan/kemasukan orang Cina dari tanah besar secara berlapang dada pada tempoh yang berkenaan.
Cuba baca tentang penerimaan Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand terhadap orang Cina pada ketika itu. Ngeri oooo.
Buku karya Ayman Rashdan Wong yang satu ini merupakan buku paling tebal yang beliau pernah tulis. Memang menarik tetapi den tetap berkenan dooh dengan buku Dunia Tanpa Tembok I.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Another genius writing from Ayman Rashdan Wong who simply doing what he does best. Geopolitics.
This book basically explains to us about Cina and China itself. Daripada kemunculan sebuah kerajaan ke sebuah tamadun kepada pembentukan sebuah empayar dan dinasti setiap pemerintah sehinggalah bagaimana bangsa Cina berkembang ke seluruh dunia.
Bermula dengan pembentukan negara yang kini dipanggil China, konflik dan pergolakan yang membawa kejatuhan satu dinasti kepada dinasti yang lain dan sistem pemerintahan setiap satu dinasti.
Seterusnya, penulis menceritakan adat resam budaya masyarakat di negara China, agama dan kepercayaan dan bagaimana asas kebudayaan berkembang hasil pengaruh pemerintahan.
Perkara melibatkan keagamaan, keilmuan dan falsafah are amongst the major attraction of this book sebab penulis yang menerangkan tentang Confucianism, Taoism yang somehow menjadi pegangan dan teras masyarakat yang juga menganuti agama Buddha kebanyakannya dan assimilasi satu terhadap yang lain. Bila berbicara tentang ilmu, sastera juga muncul with the fact that Sastera Cina that itself is very profound. However it’s very interesting to understand that kerana terlalu mementingkan falsahah dan fikiran, bahagian practical tidak diketengahkan, curiosity not supported by development that science and technologies weren’t prominent back then in China.
And finally, penyebaran tamadun that really provoke the curiosity inside me because this is how it affect and includes the negara in SEA, and how one country is related to one another and how the Chinese community in these countries Malaysia existed.
The best part of each chapter is how penulis make things to make it easier for the readers to understand and comprehend, and how the author concludes his writings so that the author can relate it easier.
Intipati yang sangat menarik dan tersusun mengikut kategori. Jadi bila baca tu mudah sangat kita nak faham. Bila baca jadual, tengok imej peta yang berubah ubah yang kemungkinan besar ayman buat sendiri, carta dan sebagainya membuatkan saya terfikir berapa lama masa yang beliau ambil untuk siapkan buku ni? Tapi saya tak boleh bagi 5 bintang sebab ada juga kekurangan buku ni. Apa dia? Terlalu banyak kesalahan ejaan. Saya tulis setiap muka surat yang ada kesalahan ejaan bermula muka surat 29 hingga 254 lepastu berhenti sebab jenuh la banyak sangat 😭ada juga beberapa frasa yang berulang, terbalik dan ayat tergantung. Untuk cetakan seterusnya adalah baik kalau team TP semak semula sebab buku sebaik ni tak sepatutnya ada terlalu banyak kesalahan macam tu. Selain daripada itu, buku ni memang pembuka mata untuk seseorang yang cetek ilmu macam saya
Buku yang bagus sebagai asas pengenalan tamadun cina. Sarat dengan info, fakta dan huraian yang membantu proses pemahaman.
Bagi 4 bintang sebab banyak typo, struktur ayat tergantung. Penerbit perlu teliti isu ini. Kalau tak ada orang yang nak proof read sebelum terbit, bagi je kat aku…aku boleh tolong baca & semak..haha
Penulis pandai membahagikan setiap informasi bedasarkan kategori dan memudahkan pembacaan dengan terperinci. Semua berkaitan dengan sejarah China ada di sini.
Namun bagi pembaca yang suka menggambarkan garis masa, mungkin ini akan mengelirukan pembaca. Hakikatnya Tamadun China merangkumi masa yang lama, jadi senang keliru dengan semua informasi, nama dan tamadun.
Namun, buku ini terdapat banyak kesalahan ejaan. Mungkin untuk cetakan seterusnya boleh dibetulkan semula.
Saya memulai buku ini dengan Bab III berkenaan agama dan kepercayaan dalam ketamadunan Cina. Itu berlaku pada hujung February 2023. Satu bab itu tamat. Yang lain hanya disambung dan dikhatamkan pada awal February 2024 😆.
Meneroka tamadun China meluaskan perspektif, menggalakkan empati dan pemikiran kritis dengan mengkaji norma budaya, nilai dan struktur masyarakat yang berbeza. Lebih2 lagi kepada saya yang berada dalam circle yang majoritinya beretnik Tionghoa.
Kitab setebal 658 muka urat ini mencatat evolusi tamadun, budaya dan resam, agama dan kepercayaan, politikus dan masyarakat, kesusasteraan dan kesenian, stains dan teknologi, penyebaran tamadun, dan pewarisan tamadun Cina dengan begitu detail. Hampir menyerupai sebuah thesis.
Dalam banyak2 kandungan kitab ini, yang menarik perhatian saya adalah pandangan penulis tentang budaya orang Cina yang menjadi kan pendidikan sebagai alat untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa, berbanding untuk mengejar ilmu atau memenuhi sifat ingin tahu. Sejarah ketamadunan Cina membuktikan bahawa mentaliti mengejar kejayaan dalam peperiksaan bagi memiliki prospek pekerjaan yang baik telah menjadi punca kejatuhan China sebagai pusat tamadun pada kurun ke-19.
Meskipun pernah melalui arus pembaratan dan evolusi budaya yang hampir menghilangkan identiti etnik Tionghoa (terutama di luar Tanah Besar), sebahagian besar etnik Tionghoa sedang dan telah menjalani 'pencinaan' semula, sekaligus menyambung tamadun yang telah berusia lebih 5000 tahun.