Jump to ratings and reviews
Rate this book

Genesis #2

Genesis II: Sapien & Neo-Manusia

Rate this book
Sejarah manusia terbahagi kepada 5 fasa. Fasa pertama berlaku sejak 300,000 tahun lalu. Fasa pertama adalah fasa munculnya manusia (Homo Sapien) di atas muka bumi dan merupakan fasa manusia paling primitif. Fasa kedua berlaku sekitar 70,000 hingga 50,000 tahu lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif. Fasa ini merupakan fasa keupayaan kognitif manusia berevolusi.

Manusia mula mahir berfikir secara abstrak, mahir berteori tentang alam di sekelilingnya, imaginasinya semakin luas, dapat menceritakan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat dan dengari, pandai bermain musik, melakar seni dan mewariskan pengetahuan.

Fasa ketiga berlaku sekitar 12,000 tahun lalu iaitu fasa berlakunya Revolusi Pertanian. Manusia mula bercucuk tanam dan hidup menetap. Ilmu dan teknologi berkembang pesat serta lahirnya tamadun. Manusia di seluruh dunia tinggal berasingan antara satu sama lain. Tekanan persekitaran semula jadi, gaya hidup dan strategi kemandirian yang berbeza telah menyebabkan rupa fizikal manusia di seluruh dunia menjadi berbeza antara satu sama lain.

Secara longgar, lahirnya bangsa. Fasa keempat berlaku sekitar 200 tahun yang lalui iaitu tercetusnya Revolus Industri. Manusia mengubah persekitarannya sehinggakan hampir lenyap tekanan alam semula jadi. Di sekeliling manusia hari ini banyak produk ciptaan manusia berbanding alam semula jadi. Ramai orang yang sakit kronik dan mempunyai kecelaruan genetik dapat hidup lama dan membiak seperti orang lain kerana kemajuan teknologi dan persekitaran. Manusia tidak perlu lagi bergantung pada kekuatan genetik untuk bermandiri.

Buat pertama kalinya, persekitaran perlu tunduk kepada manusia. Fasa kelima mungkin berlaku sekitar 100 tahun akan datang iaitu Revolusi Transhumanism. Fasa kelima merupakan fasa manusia memperkasakan dirinya menjadi spesies yang lebih baik melalui teknologi nano, kecerdasan buatan dan penyuntingan genom.

Pada hari ini pun, kita telah menyaksikan beberapa individu telah melalui proses ini untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada kita semua. Karya ini menyajikan sejarah manusia yang panjang daripada gagasan dan perspektif evolusi. Ia menyentuh daripada bagaimana manusia primitif yang hampir pupus dapat menjadi penguasa dan pengubah dunia.

350 pages, Paperback

Published June 1, 2022

7 people are currently reading
68 people want to read

About the author

Zamir Mohyedin

9 books142 followers
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification. 

Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.​

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (58%)
4 stars
19 (30%)
3 stars
7 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
June 17, 2022
This book is the continuation of the first Genesis by the same author. While the first focused on the macrocosmos (i.e physics and celestial laws), the second focused on the microcosmos; it is basically a book about us.

Perhaps inspired by Thomas Kuhn’s scientific paradigms, the author laid out his grand scheme of human history into 5 phases, with revolutions or paradigms in between.

The origin of Sapien 1.0, the most primitive man or hominids are not offered by the author. Perhaps this is the best lest it extinguished the kindling sense of wonder among the people gained so preciously in recent times. Sapien 2.0 emerged after the so-called Cognitive Revolution allowing man with more complex skills and tools. Self-domestication or selection as shown by Belyaev’s experiments with his foxes are suggested to incite this revolution.

Man able to advance to such complexity because he able to utilize the cultural tool readily present in so many species. Human advancement is really intensification and specification of the cultural transmission. And the hallmark of this intensification that is specific to man is language. Language is thoughts externalized, a sign of man ready to direct his toils outwards and to further master and manipulate his environment. Language also helps to compound knowledge transmission both vertically and horizontally.

Sapien 3.0 and subsequently 5.0 prospers under Agricultural, Industrial and Digital Revolutions. Most of the book focused on the theory of artificial inteligence and transhumanism, of the future.

Good read.
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
October 18, 2023
'Sebenarnya kelangsungan hidup yang paling kuat ialah terjemahan yang paling tidak sesuai bagi "survival of the fittest" kerana bukan semestinya yang paling kuat, malah bukan semestinya yang paling bijak dapat melangsungkan hidup tetapi yang berkeupayaan menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan persekitaran yang dapat bermandiri.'
.
Genesis II : Sapien & Neo-Manusia adalah karya nukilan Dr Zamir Mohyedin, seorang penulis yang sering berkongsi sekali gus mengajar masyarakat tentang ilmu sains, fizik, falsafah dan sebagainya. Begitu juga dengan buku ini, yang terbahagi kepada 5 bahagian dan sarat tentang fakta-fakta yang mungkin pernah kita pelajari di bangku sekolah namun tidak secara terperinci. Dari jalur masa lalu, masa kini dan masa hadapan, pembaca didedahkan tentang asal-usul manusia, identiti dan tamadun, dunia siber, AI dan transhumanisme.
.
Antara topik yang saya rasa menarik adalah 'selective breeding' ataupun pembiakan terpilih. Menerusi eksperimen yang dijalankan oleh pakar genetik Dmitry Belyaev, serigala telah dijinakkan menjadi anjing dengan cara mengasingkan serigala yang jinak dan liar. Kemudian, pembiakan diteruskan dengan memilih serigala yang jinak sahaja. Kesimpulannya, serigala bukan sahaja berjaya dijinakkan seperti anjing, malah fizikal serigala juga berubah seakan-akan anjing.
.
Eksperimen penjinakan ini membuktikan bahawa kebangkitan kita - homosapien - juga berpunca dari penjinakan kendiri (self-domestication). Homosapien berevolusi menjadi kurang agresif, lebih bijak dan mempunyai sifat kerjasama yang membolehkan kita melangsungkan hidup secara bermasyarakat berbanding leluhur kita. Namun begitu, evolusi dan revolusi membawa risiko pada keamanan sejagat kerana seiring dengan kemajuan persekitaran, pembangunan dan teknologi, muncul juga perebutan kuasa di antara satu sama lain atas sifat tabii manusia sendiri. Tidak terkecuali wabak penyakit yang menular ke seluruh dunia dan mengorbankan begitu banyak nyawa meskipun kita belajar beradaptasi dengannya.
.
Topik tentang kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) adalah topik yang dekat dengan jalur masa kini kerana kita sedang berhadapan dengan kebangkitan AI yang membantu memudahkan urusan harian manusia. Bukan hanya menerusi filem-filem distopia di televisyen, kini kemajuan AI dapat dilihat di hadapan mata, menerusi telefon bimbit, komputer riba, Internet mahupun kereta.
.
Menariknya, walaupun AI jauh lebih pintar dari manusia, ia tidak dapat menggantikan kita kerana setiap keputusan dan resolusi yang diambil adalah berdasarkan pemerhatian dan pembelajaran terhadap tingkah laku, pemikiran dan perlakuan manusia. AI tidak mempunyai hati dan perasaan seperti kita, kepintaran AI hanya berpandukan logik, fakta dan pembelajaran semata-mata. Meskipun begitu, saintis sedang berinovasi untuk membangunkan AI yang mampu menggunakan emosi dan teori minda seperti manusia.
.
Kesimpulannya, Genesis II membawa pembaca mendekati sejarah leluhur manusia, memahami kegunaan teknologi siber yang semakin membangun pada masa kini dan bersiap sedia untuk berhadapan seterusnya beradaptasi dengan pelbagai bentuk kemajuan di masa akan datang.
.
🌟4/5. Buku yang sarat dengan ilmu yang menarik sekali gus menggalakkan pembaca membuat 'further reading' tentang pelbagai perkara.
35 reviews2 followers
August 17, 2022
Macam biasa, tulisan Zamir Mohyedin tak pernah mengecewakan.

Terlalu banyak fakta sains baharu yang aku dapat dari buku ini terutamanya yang berkaitan sejarah evolusi manusia.

Perkongsian tentang kronologi perkembangan teknologi juga amat bermanfaat. Banyak yang mengejutkan aku tentang teknologi yang manusia telah capai pada hari ini.

Tapi ada sedikit kesilapan ejaan & istilah digunakan yang kadangkala boleh mengelirukan bacaan, yanf telah diakui sendiri oleh penulis.

Apa-apa pun aku tetap kasi 5/5 bintang.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
September 20, 2022
1. Fakta yang diadun dengan kemas lengkap dengan penjelasan.
2. Genesis II membawa pembaca kepada aliran zaman dan disusun bagi memudahkan pemahaman pembaca.
3. Konsep dalam buku ini meliputi esei Sains yang dibentuk dengan struktur pencambahan idea.
4. Banyak juga fakta menarik yang tidak diketahui telah dimasukkan secara berhati-hati (tanpa mengikut format 'Tahukah anda?'
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
July 19, 2023
Terasa macam baca buku terjemahan Yuval Noah Harari. Bukan bermaksud tidak bagus, cuma aku dah baca buku tu so aku rasa macam repetitive sedikit (untuk aku)

Tambah lagi dalam ni ada beberapa typo yg membuatkan aku sedikit kecewa sebab ye la aku paid for this and the editors boleh terlepas pandang?

Anyway, untuk sesiapa yg sukakan sejarah, sangat rekemen utk baca buku ni.
Profile Image for Fai.
30 reviews
January 14, 2023
Tak pernah mengecewakan. Kali ini tentang revolusi manusia sejak berjuta tahun dahulu sehingga saat ini. Mungkin sewaktu subjek sejarah atau geografi di sekolah dulu ada sedikit sebanyak yang kita tahu tempat dan tamadun² yang disebut di dalam buku ini. Buku ini dapat 'link' kan apa yang dipelajari dahulu. Tentang teknologi pula dapat kita lihat perubahan mengikut zaman. Ciri-ciri teknologi yang berubah mengikut zaman dan situasi.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
94 reviews
July 31, 2024
Bila baca buku ini dan melihat kepada kemajuan bangsa manusia dari dulu sehingga sekarang, terdetik untuk fikir, apa yang akan jadi pada masa depan. Jika kita lihat pada anime jepun atau cerita barat, kebanyakkannya dah terus ke konsep cyber punk dan ada juga dystopian world. Boleh jadi kita akan hidup bersama dengan kepintaran. Bahaya juga untuk tajuk terakhir. Tetapi di tajuk AI vs Dendi tu. Aku agak terkejut sebab Dendi kalah lawan AI dalam DOTA. Dan ini agak memeranjatkan aku kerana OpenAIFive hanya pakar dalam satu perkara sahaja. Namun ini merupakan tanda kita akan ke dunia cyborg.
Profile Image for Luna.
38 reviews
January 4, 2024
Sedikit kecewa kerana pendekatan yang diambil untuk menghuraikan manusia tidak berbeza dari buku-buku dengan topik yang sama yang ditulis dari perspektif Barat.
Apa yang berbeza, buku ini ditulis dalam bahasa melayu.
Apa-apa pun, usaha yang bagus untuk memandaikan masyarakat Malaysia.
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
November 16, 2022
sedang dan selepas membaca buku ni, aku jadi banyak benda boleh bercerita dengan kawan-kawan tentang spesis manusia dan perkembangan manusia dan teknologi.
Profile Image for Afiqah.
4 reviews
August 14, 2023
Banyak fakta baru tahu. Tapi kesalahan ejaan masih banyak walaupun cetakan yang kedua
Profile Image for Mukhriz Fathi.
2 reviews
September 17, 2023
This book make me realise that we are the best creature of the time. Also this book make us using 101% of our brain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Naluri.
10 reviews1 follower
June 2, 2025
Worth reading 👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
December 18, 2023
Sedikit terkejut bila ayat pertama bab pertama dipetik daripada bible. Nasib baik tak petik sampai hujung ayat, jadi masih selari dengan Al-Quran haha.

Jujur, saya langkau bab pertama sebab tak suka sejarah 😂 tapi tak jadi masalah sebab penulis banyak mengulang maklumat daripada bab-bab sebelumnya, menjadikan sesuatu bahagian itu boleh dibaca secara berdiri sendiri.

Hujung-hujung buku yang menerangkan jangkaan kewujudan neo-manusia beberapa kurun akan datang terasa seperti cerita sains fiksyen. Ternyata ia satu realiti yang lebih dekat daripada yang kita sangka. Penulis banyak berkongsi tentang kewujudan teknologi dan eksperimen yang saya tak tahu pun penciptaannya sebelum ini serta potensi besar teknologi dalam kehidupan manusia. Pada saya mungkin lebih menarik jika diseimbangkan juga dengan jangkaan cabaran atau dilema yang bakal dihadapi.

Melalui buku ini, saya menjadi lebih faham evolusi manusia dari sudut pandang sains yang melihat jauh beribu-ribu tahun akan datang berbanding golongan yang percaya kiamat akan berlaku sedekad lagi.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.