Bila kali terakhir kamu memberi peluang untuk dirimu didengari?
Atau sebenarnya kamu telah menutup segenap ruang kerana merasakan tiada siapa yang sanggup untuk menadahkan telinga?
Tidak mengapa. Aku ada.
Merayakan Luka adalah himpunan kata-kata damai dan pesan ikhlas A. Syafiq yang akan menemani anda apabila terhimpit dengan bebanan rindu yang tak berbalas, cinta yang hadir sekadar pernah dan kepercayaan yang diramas renyuk.
Ingatlah, saat kamu mengangkat tangan berdoa untuk bahagia, sentiasa ada mereka yang akan amin-kan paling serius.
Kebahagiaan itu seperti rezeki. Ia tidak akan hadir bergolek lalu mengetuk pintu kehidupan. Ia perlu diusahakan dengan jiwa, raga dan pengorbanan. Bukan sekadar mengutar kata yang menari di bibir melafaz, "Aku ingin bahagia."
Satu naskhah dari teman buat teman yang sedang bergolak dengan emosi. Pujukan demi pujukan agar kita mampu menguruskan emosi yang datang dalam diri. Tidak mengapa jika kita terluka, tidak mengapa jika kita bersedih, tidak mengapa jika kita lelah. Setiap perkara yang didatangkan oleh Tuhan adalah untuk kita belajar. Belajar supaya tidak terburu-buru. Belajar agar tidak meletakkan harapan yang setinggi gunung. Kerana lahirnya manusia tiada yang sempurna.
Kesempurnaan itu dilengkapi dengan ketidaksempurnaan dunia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu tidak mengecewakan, Allah hadirkan rasa cinta bukan untuk kita kecewa tetapi harapan manusia itu yang mengecewakan. Terima kekurangan, belajar mencintai apa yang kurang agar kita dapat cintakan mereka tanpa sebarang syarat.
Usah dibandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Corak kehidupan yang Allah aturkan buat kita adalah yang paling terbaik. Suatu hari, Allah pasti akan beri manusia yang lebih baik dari masa lalu tepat pada waktu menurut waktuNya.
Buku yang sesuai sebagai 'light read'. I love how the writer use 'teman' in this book. It feel like you are talking to your friend. I also love how the writer like saying that 'it is okay if you're hurt'. It is like validate that you are hurt and you deserve to be sad about it. You also can cry. But that is life. You can be sad but you also need to move on. From the 'luka' you will become stronger. Suka dengan susunan perkataan dan ayat penulis.
Bahagian yang saya suka "Aku ingin menjadi seperti senja dengan satu tujuan iaitu melakar keindahan di setiap ruangan hatimu. Biarpun dengan satu warna iaitu hanya warna jingga seperti senja" (pg 33)
"Jika kamu telah berhenti membandingkan dirimu dengan orang yang lebih daripadamu, maka kamu telah membuka salah satu pintu-pintu kebahagiaan" (pg 139)
Kita pernah luka dan sembuh. Proses sembuh bukan singkat. Selepas sembuh kita terus tumbuh. Namun, ada yang luka, tak sembuh, tak tumbuh, terus lumpuh.
Buku ni merayakan dan meraikan luka-luka dalam hidup. Menerima luka tersebut dengan hati yang terbuka adalah sebuah kebahagiaan. Mengharap bahagia tanpa menerima luka bahkan itu menambah luka sedia ada.
Membaca susun atur kata ini sesekali dapat menenangkan jiwa dan fikiran.
Kita manusia. Ada waktu perlu dinding untuk bersandar, perlu bahu untuk menangis. Tetapi ingatlah, jika tiada dinding dan bahu, kita sentiasa ada lantai untuk bersujud.
Kata nabi ﷺ saat paling hampir kita kepada Tuhan, adalah ketika sujud.
"Kamu harus tahu, pohon-pohon kebahagiaan itu, seringkali tumbuh daripada benih kekecewaan yang disirami air mata kelukaan"
🩹 Adakala aku katakan, "hai, datanglah biar aku jadi pendengar mu, datanglah seberusahanya aku sedekahkan telinga,kerna faham apa itu rasa tak didengari". Buku saudara @ashafiqq ini, mengenai pesan ikhlas dan kata damai buat si pencari buku yang menyuarakan kata lembut layani proses sembuh. Kerna lelah, menutup hati pada manusia dengar suara kita. Buku ini seperti berkata² seakan serasa.
🩹Bicara soal luka, tiada manusia normal tiada perasaan sakit dan sedih kerna ia fitrah manusia. Buku ini seakan teman yang melayani waktu jatuh dan air mata. Teman yang tak mahu melihat kita jatuh tapi bangkit setelah sesama merawat luka. Teman yang mengajar bangun tanpa paksa bersama lirih suara alam tentang senja, siang-malam, hujan dan warna alam.
🩹Ia mengajar untuk aku renung dan soalkan diri. Dari mana datangnya luka? Boleh jadi orang asing, kawan,orang istimewa,keluarga dan salah diri.Yang mana paling sukar move on? Jawab aku, 'diri sendiri'. Kerna yang lain kita pernah menjadi 'raksasa' tutupi sakit dengan menunding jari pada orang tapi ada khilaf yang sakit, datang dari kita. Cuba tunding jari pada yang lain tetap sakit juga,kerna kita dititik terjujur untuk nafikan kita tak salah. Buku seakan bisikkan, damailah, maafkan diri seikhlasnya dan mulakan yang baru. Payah berurusan soal hati sendiri tapi demi ketemu damai dan seruan Tuhan untuk tak putus asa.Kita wajib buat!
🩹Di akhir² buku langsung aku pegun saat ayat ini dilontarkan: "tatkala kamu telah meminta kebahagiaan dengan amin yang paling serius kepada Tuhan Yang Maha Mendengar.Tiada lagi kelukaan yang akan membuat kamu tersungkur. Segalanya akan menjadi mudah dan tenang".
Serius mana amin kita selama ini?🥲
🩹Sesiapa mencari buku healing dan terasa tiada siapa fahami dan mendengar kalian, selain buka Al-Kitab kita boleh juga baca ayat² dalam ini.Kamu akan berkongsi rasa itu seakan ia bersuara untuk membalas suara hati mu😊
Sebuah buku yang setiap susunan kata-katanya sangat lembut bagi aku sebagai nasihat untuk memujuk hati yang sedang mengalami kelukaan. Tidak dapat dinafikan lagi buku seperti ini sering kali mengena jiwa lalu secara tidak langsung menenggelamkan aku dalam pelayaran pembacaan yang tanpa sedar membuatkan aku selesai membaca dengan pantas. Tidak puas, itu yang sentiasa aku bisikkan pada hati kecil kerana ketamakan yang mahu membaca lagi dan lagi.
Bagi aku, buku ini bagaikan mengerti setiap bicara hati yang terpendam dan bersembunyi daripada pengetahuan luar. Setiap lirik lagu penulisan dirasakan sedang menenangkan dengan bait-bait kata yang kadang-kala aku tahu setiap keterangan itu namun tetap ingin mendengar ia diperkatakan oleh pihak yang lain - mungkin sebagai suatu kepastian. Ia bukan sahaja memperkatakan tentang cinta yang bagaimana untuk tumbuh setelah patah, akan tetapi ada juga mengenai perjalanan kehidupan tertutamanya perihal mencari kebahagiaan.
Tiada pesan lain yang baru untuk didengari kerana seperti buku yang aku telah baca sebelum ini, juga mengingatkan supaya berdamailah dengan diri sendiri, berjabat dan berbaik dengan masa lalu. Mengapa? - cuma sebab yang satu seperti kata penulis: "Setiap kenangan pahit, manis, sedih, gembira, duka dan bahagia pada masa lalumu, kamu tidak boleh ubah kembali. Kamu hanya ada peluang berdamai dengan semua kenangan itu". Selain itu, terdapat juga pesanan yang bagi aku semua orang boleh ambil ia sebagai satu peringatan iaitu kembalilah mencari dan tunduk menghadap Tuhan diiringi seikhlas pohon dengan amin yang serius. Jangan meletakkan pemilik ketenangan sebagai jalan terakhir saat ingin menjemput kebahagiaan.
A light read. I love how the author words sails smoothly along the pages. It's not like with the bombastic kind of writings but you just felt calm and related to how he expressed the feelings and how you try to fight for making peace within yourself. Something that you can relate to makes it just love to read it.
Merayakan Luka is a group of words that reconcile and a message that makes us realize that everything we feel is true. There is no need to deny that feeling.
In accordance with the title, the wounds that have been present in this life are not present just for that. But teach us the meaning of life and strengthen ourselves to continue.
Alhamdulillah baru saja saya tamatkan bacaan ini. Pesan-pesan yang sangat baik dan membantu lah. Bila baca, terasa seolah didengari. Terima kasih abg Shafiq krn sudi menghasilkan kata2 yg indah, yg dapat menaikkan lagi semangat dlm diri. In shaa Allah.
Can relate. Saya dapat apa yang ingin disampaikan. Barisan-barisan aksara yang tertulis sepertinya mewakilkan hati dan perasaan saya. It's one of my comfort books now.
Terima kasih kerana menulis buku ini. Dan terima kasih kepada sis Afi sebab mengesyorkan buku ini terhadap saya masa PBAKL. Kalau tidak, rugi saya kerana melepaskan satu karya yang hebat ini. :D
Bacaan kali ke dua. Kali ini utk memahami. Ada beberapa pesanan dalam ni yg bagi kesan pada aku ketika ini. Seakan aku dah dapat jawapan bg persoalan aku.