“Jangan takut. Abang tak makan orang… hehehe… siapa nama adik,” ulangnya kembali pertanyaan yang masih belum dijawap. “Ru…Rusydi.” “Nak masuk bengkel baru abang? Hehehe…”
Budak lelaki bernama Rusydi menggeleng sambil membimbit kemas begnya. Matanya tertancap pada pintu bengkel yang sedikit terbuka. Ada kepala manusia sedang telentang menjengah matanya. Melihat kesan darah di tangan lelaki depannya, dia yakin ada tragedi ngeri telah berlaku.
Misteri kehilangan kanak-kanak menjadi buah mulut satu kampung. Sama ada diculik, dijual atau dibunuh… tiada siapa dapat menekanya. Apabila adiknya tiba-tiba hilang, Mina nekad mencarinya. Berjayakah dia merungkai setiap sat perangkap bersama rakan lain?
Memang dah boleh agak jalan cerita mekanik Abang Dee ni tapi watak2 lain tak disangka ada plot twist. Penulis menyimpan kemas hingga saat akhir. Bagi aku, perasaan, susunan, perkataan dan keseimbangan karakter ditata rias cantik oleh penulis berbakat Asraf Shaari ni.
Semoga lebih banyak karya sebegini akan datang untuk Magic Bean & Kadokawa Gempak Starz!
Adoilah.. Psiko betul novel ini.. Awal-awal lagi penulis dah bagi tahu Abang Dee tu penjahat cuma rakan sekutu dia je akan buat pembaca tertanya-tanya.. Semuanya kerana wang dan tekanan sampaikan budak kecil diculik untuk dijual organnya.. Bermula dengan kehilangan Fuad, penemuan rangka budak, Amri turut diculik dan kemuncaknya bila Mina dan rakan-rakannya hilang..
Antara novel ringan Magic Bean terbaik in my opinion. Plot twist dia did surprise me. Genre misteri & penyiasatan, tapi diselit juga dengan elemen persahabatan, kekeluargaan, cinta & muzikal! Tak menyesal beli & tak rugi baca.
Kehilangan seorang budak lelaki bernama Fuad di kampung itu membuatkan Mina iaitu jiran Fuad. Ingin menyiasat akan kehilangan Fuad. Namun idea Mina dihalang oleh rakan-rakannya kerana dianggap mengganggu kerja polis. Hanya Danny saja yang sudi membantu Mina untuk melakukan misi itu. Mana tidaknya, mereka berdua ada hubungan istimewa. 😏 Itu yang sudi tolong tu. Berjayakah Mina & Danny dalam misi itu? Kemanakah Fuad menghilang?
Abang Dee--seorang mekanik yang suka mengusik budak-budak yang lalu lalang di hadapan bengkelnya. Adakalanya disergah dan muncul secara tiba-tiba. Budak mana yang tak cuak? . Appearance Abang Dee yang tidak terurus itu menambahkan lagi perasaan takut. Setiap kali bercakap hujung mesti hehehe. Eh seremlah mat.
Mina mengesyaki Abang Dee atas kehilangan Fuad kerana Fuad hilang ketika dalam perjalanan pulang dari mengaji. Ramai orang kampung akan lalu jalan ke bengkel Abang Dee sebab hanya itu jalan yang selamat digunakan. Tapi bukti apa yang di ada?. Bertambah berkobar-kobar Mina bila adiknya Amat pula hilang.
MENTAL ILLNESS & ORGAN TRADE.
Dalam Perangkap Psiko memang sudah terang-terangan penulis beritahu yang Abang Dee memang seorang pembunuh & mempunyai masalah mental. Buktinya kalian boleh baca macam starting Abang Dee bunuh mangsa-mangsanya. Muka baik tapi psiko. DAN Abang Dee ada rakan subahat juga ya ‼️ Cuma penulis akan kaburi mata pembaca dengan jadikan karakter lain sebagai tertuduh.
Aku tidak setuju dengan tindakan Mina & rakan-rakannya selepas mereka berjaya melepaskan diri dari telaga tu. Itu namanya kerja bodoh. Walaupun rasa berani lebih dari perasaan takut. Ramai belum tentu berjaya tumbangkan sorang manusia yang pernah membunuh orang. Perbuatan melulu bertindak tidak mendatangkan apa-apa faedah.
------------------------------
Tapi kan-- memang betul. Apa saja yang masih belum terjadi dan kena dekat batang hidung kita sendiri memang kita tak akan faham akan sesuatu situasi tu. Kita boleh nak comfort orang tapi dalam masa yang sama kita juga kena faham adakalanya ayat comfort kita tu boleh membuatkan orang rimas dan annoyed. HANYA MASA saja yang akan buatkan orang tu terima kenyataan sedia ada.
Cerita ni lebih kepada misteri yang mild sahaja. Kita cuma nak tahu apa yang terjadi pada mangsa. Mati ke hidup ke? Dan siapa dalang disebalik kehilangan budak di kampung itu. Atas motif apakah penculikan?. Satu percubaan yang baik dari penulis. Cerita yang boleh dibaca oleh semua golongan sebab tak ada scene kejam yang hardcore.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I decided to buy this book because of the title. Or maybe it's just because I'm attracted to thriller genre 😀
I had hopes for this novel and it DIDN'T disappoints me. Sepanjang masa baca, the most emotion I feel are suspense and tension. The plot? It's amazing. The plot twist? BABE YOUR JAW WOULD BE ON THE FLOOR! Takde sapa akan jangka plot twist sebegitu. The story isn't so complicated to understand so it's suitable for everyone. It's hard for me to explain using words you should get the whole book and you'll understand
- ABOUT THE BOOK - Abang Dee is a man who suffers from a mental issue and now is a psychopath who kills people with no sympathy. He plans on kidnapping, killing and sells children's organs for a living. It's also about at girl named Mina and her boyfriend. One day Mina's brother got kidnapped and she wants to save his brother no matter what it takes. And that's basically how this book started. How did the rescue mission go? Did she saved his brother? Is his brother still alive? What happened to Abang Dee? Go get the book to get the answer.
Dalam cerita ni, antagonisnya - Dee digambarkan sebagai seorang lelaki yang fizikal dia memang teruk sangat. Kusut-masai, berbau, rongak, kurus kering & sentiasa kotor. Pendek kata, segala yang negatif pada fizikal manusia ada kat dia ni.
Sebab tu pembaca akan pelik... Siapa mamat hensem kat kulit novel ni...? Ha!
Dari awal cerita Dee ni terang-terang dah reveal dia memang jahat, pembunuh apa semua. So part tu kita tak terperanjat dah. Tapi rupanya ada karakter lain yang buat plot twist kat hujung. Kalau orang yang dah biasa baca novel thriller, mungkin macam dah boleh agak dengan plot twist dia. Tapi sejujurnya, plot twist dia not bad.
Okay yang ni pulak, pendapat aku personally. Aku agak cringe dengan cara panulis menggambarkan couple tu terlampau lovey-dovey & describe each other as 'pujaan hati' apa semua (agaknya aku yang tak biasa berkasih-sayang...)
DNF about 30% in. It just wasn’t making much sense, and using lame stereotypes like how boys shouldn’t cry, girls should always be protected and can’t stand up for themselves, or annoying ex-boyfriends (who dumped you) now wanting to be together again in a very toxic way. I completely gave up when something supposedly terrifying happened but it turned out to be a dream sequence. Did it need to span 2 chapters and 20 something pages? Definitely not.