Jump to ratings and reviews
Rate this book

Netizen

Rate this book
“Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lima jam ditinggalkan di dalam kereta ibunya...”

Satu tindakan ‘tak sengaja’ daripada Lynda telah membuatkan dia kehilangan anak buat selama-lamanya. Dibuang suami, dicaci di media sosial, membuatkan dia hampir menamatkan riwayatnya sendiri.

“Bukan I yang bunuh anak kita, Lynda, tapi you! So, beritahu I, kenapa I tak boleh salahkan you?”

Sesuatu terjadi dan Lynda pasti kejadian ‘tak sengaja’ itu bukan berpunca daripadanya. Muncul ASP Iman yang tiba-tiba membelanya. Muncul juga pembunuhan-pembunuhan baru dan dia dituduh sebagai puncanya.

“Kalau dilihat daripada jari yang dipotong oleh suspek, kes ini memang ada kena-mengena dengan Lynda.”
“Apa kaitannya, tuan?”
“Jari. Dengan jarilah manusia menaip pelbagai kata-kata kesat.”


Lynda buntu. Siapa yang ingin dia merana? Siapa yang tinggalkan anaknya di dalam kereta dan siapa pula pembunuh pemain-pemain aksara luka itu?

279 pages, Paperback

Published January 1, 2022

23 people want to read

About the author

Illa Shanahila

34 books31 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (51%)
4 stars
15 (36%)
3 stars
5 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
July 1, 2022
3.75 bintang

Apa-apa karya dari Illa Shanahila, saya memang tak sabar untuk miliki dan hayati. Penulis favorite saya ni.

Saya amat teruja untuk membaca novel ni. Maklumlah, genre thriller kan. Tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada Lynda yang menyebabkan kematian anaknya.

Jalan cerita yang menarik, plot twist pun boleh tahan mengejutkan. Smooth transition dari plot ke plot sehingga akhirnya membongkar segala kejadian.

Cuma, pada pandangan saya masih banyak lompong yang perlu diisi untuk menjadikan cerita ini thriller yang melekat di hati. Walaupun terjadi banyak pembunuhan, tapi perasan cuak, takut atau ngeri itu tidak begitu terasa. Dan netizen2 di luar sana pun tidak takut langsung untuk terus mengecam walaupun setelah sedar kaitan pembunuhan dan kes Lynda. Makin galak pun ada rasanya. Seolah2 ancaman dibunuh pun masih tak mampu untuk mengekang tindakan mereka. Keras hati betul!

Antara pet peeves saya (terutamanya bagi novel thriller) ialah kes itu selesai sendiri bilamana pelaku sendiri yang mengaku sedangkan pihak penyiasat masih buntu. Geram betul saya sebab seolah2 buang masa jer ikut menyiasat ke sana sini. Dan kredibiliti pegawai penyiasat tu pun tak ke mana huhu.

Untuk karekter yang melibatkan 'government service', rasanya research yang lebih teliti diperlukan. Pangkat jawatan, panggilan hormat dan paling utama prosedur kerja. Rasa macam lost pulak bila suasana kerja digambarkan seadanya. Sebenarnya yang paling saya rasa janggal tu panggilan tak formal antara Inspector Iman dan Lynda la. Kalau memang kenal dah lama tu lain la, tapi ni baru kenal dengan hubungan mangsa dan IO yang menguruskan kes. Saya recommend Siri Inspector Mislan sebagai panduan untuk police procedural.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 29, 2022
blank juga mula-mula baca, blur jap. lepas tu ada rasa seriau. sebab akak selagi boleh memang nak jauhkan baca kisah-kisah anak tertinggal dalam kereta ni tak sangka kali ini penulis bawakan topik ini. dan paling sukar untuk akak lalui bila baca perasaan si emak yang kehilangan anak dan dia dituduh cuai.

kesiannya lynda!

tambah bila suami sendiri tak ada belas langsung pada isteri. siap ashman ceraikan lynda dengan alasan dia tak boleh terima kesalahan isterinya itu. ya Allah... kejamnya seorang suami.

topik cerita tambah menarik dengan adanya pembunuhan yang jari semuanya bagai dikerat. terdetik dalam hati, entah-entah ini semua cyber troopers yang suka mencela di medsos. betul rupanya! cuma tertanya, siapa yang punya angkara?

tambah rumit, bila lynda dituduh bersengkongkol dengan pembunuh. suami sendiri ada skandal. yang menagih cinta lamanya muncul kembali dan polis yang cuba menyiasat kesnya walaupun fail sudah ditutup!

suka cerita begini. walaupun saspens thrillernya ada kata seakan boleh diagak atau tak cukup rencah, tapi bagi akak penulis sudah beri yang secukupnya. kadang ada saja pembaca yang mahukan kisah begini, berfikir tapi tak terlalu berat, saspens tapi tak terlalu mencabar minda. sedang-sedang sedap untuk dihayati.

topiknya pun sangat menarik. memang ada, ramai, dikalangan masyarakat yang suka jadi pembuli cyber. pantang nampak salah sikit, ada saja yang hendak dibahaskan, hendak dikutuk dikata tanpa ambil peduli perasaan manusia lain.

hati manusia ni tetap rapuh. kesabaran manusia tetap boleh tercabar.

usah mencela dan menyakiti, boleh?
Profile Image for Oteh.
29 reviews1 follower
July 7, 2022
Anaknya mati di dalam kereta kerana ditinggalkan berpanas terlalu lama. Masalahnya Lynda sendiri tidak ingat apa yang berlaku sebelum kejadian itu berlaku. Adakah dia memang bawa anaknya bersama ke kampus atau dia patah balik ke rumah, ambil anaknya dan kembali ke kampus?

Selepas kejadian itu, Lynda menjadi murung kerana sering dikecam oleh netizen. Dan sejak itu jugalah, beberapa netizen dibunuh kemudian kesemua jari mereka dipotong. Jari-jari tersebut pula akan dihadiahkan kepada Lynda (okay I like it! Picasso!) 🙂

Olum. Dialah "saviour" Lynda. Tapi kenapa Olum bertindak sedemikian? 🙂

P/s: Hati-hati ya bila tinggalkan komen di media sosial. Jangan seronok sangat kecam orang sana sini. Dan jangan terkejut pula kalau ada yang balas komen anda dengan "=)" 😉
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
March 25, 2024
Ketajaman kata-kata menyeksa jiwa. Melekat dan mungkin kekal sampai bila-bila.
.

Recommended untuk yang baru berjinak dengan thriller and mystery genre.

Fast paced story.

Dari permulaan hingga ke akhir, semuanya fast paced. Boleh baca in one sit. The plot is interesting, tapi twist dia tak twist sangat. Mudah dijangka. Tapi saya teruskan juga pembacaan untuk tahu macam mana kebenaran terbongkar. Penulisan penulis tak perlu disangkal lagi, memang layan.

Gambaran pembunuhan saviour tu pada saya, kurang dark dan seram. Macam biasa sangat. Lebih menarik jika penulis tambah gambaran yang lebih tragis, sadistik dan kejam.

Hmmm perkembangan hubungan Lyn dan Iman okay je. Takdelah macam tiba-tiba sangat, cuma tak kukuh. Macam ada lompong. Tapi i loike cara Iman yang sangat rational tu, sangat realistik sebagai seorang anggota polis.

Saya suka watak Lyn yang tak lembab, lembik dan lemah. Dia masih cuba untuk teruskan hidup, walaupun hidup dia sudah musnah. Kuasa viral ni memang bahaya, lebih bahaya jika yang diviralkan itu sebenarnya adalah fitnah.

Watak Helmi dan Aniza sebagai watak sampingan mungkin lebih memberikan impak kalau mereka diberikan lebih banyak babak-babak yang berfungsi. Babak yang sekarang ni ibaratnya kalau mereka takde pun takpe, cerita masih jalan.

Pengajaran yang penulis nak gambarkan sebenarnya mudah saja, berhati-hatilah dengan setiap yang ditaip di dalam medsos. Termasuklah saya yang menulis review ini. Segala apa yang terpampang di medsos, atau di kaca tv, bukanlah 100% benar, kebanyakannya ditokok tambah.

Kesimpulannya, Ashman yang paling jahat anatara semua watak dalam ni.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 8, 2022
Novel ni mampu dihabiskan in one sitting, sebab kita nak tau apa yang sebenarnya berlaku kepada Lynda. Benarkah akibat kecuaiannya sendiri menyebabkan anaknya meninggal?
.

Netizen. Serius sekarang ini netizen sangat2 bahaya. Kata2 kecaman mereka tu mampu membunuh jiwa orang lain, bahkan menyebabkan kematian
.

Lynda. Dia dikecam akibat kecuaian meninggalkan Dania dalam kereta selama 5 jam dan mengakibatkan kematian Dania. Tapi ada hal yang meragukan. Lynda menyatakan pada ASP Iman bahawa pd hari berkenaan dia meninggalkan Dania dengan suaminya, Ashman. Disitu timbul keraguan. Adakah benar Lynda memang meninggalkan Dania dengan Ashman atau dia sebenarnya lupa bahawa dia memang membawa Dania keluar
.

Hidup Lynda kucar kacir. Pembelajarannya dengan Dr. Rafael agak terganggu disebabkan kes tu. Ashman menceraikan dia. Dan muncul Khalil, kenangan masa lalunya
.

Kes Lynda bertambah berat, bila adanya beberapa kes pembunuhan lain. Mangsa yang dibunuh merupakan 'netizen' yang telah mengecam Lynda. 'Savior' Lynda muncul demi membalas dendam. Mangsa dibunuh dengan kejam dan jari-jarinya dipotong,lalu dihantar ke rumah Lynda. Siapa sebenarnya savior Lynda? Apa yang dia cuba buktikan?
.

Serius korang takkan mampu letak novel ni sampai korang jumpa jawapan. Aku sememangnya suka kisah2 yang melibatkan kes2 jenayah. Crime thriller. My favourite genre. Sebab aku suka bila ia melibatkan penyiasatan demi mencari sebuah jawapan
.

Tahniah penulis atas kelahiran naskah ini. Benarla spt naskah ini, Netizen sekarang sangat bahaya. Tambah2 bila jari jemari mereka menekan keyboard untuk menulis sebuah kecaman. Fuhhh..Dorang pulak jd hakim, menghukum tanpa usul periksa.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
July 10, 2022
Nitizen. Kes yg nyata berlaku sekarang ini. Lebih² lagi di dlm media sosial. Lelaki, perempuan, yg muda atau tua tidak lagi malu² utk memberi komen yg kadang kala sangat lancang. Komen berani dan panas itu jugalah yg kadang kala menjadi satu tekanan kepada mangsa dan sehingga boleh membunuh diri kerana cyber bully.

Namun dgn adanya Saviour Lynda Ali, segala kata² kecaman yg ditujukan kpd Lynda akan membawa padah dan berakhir dgn kematian. Puncanya kerana Lynda suspect kepada kematian Dania, iaitu anaknya yg berusia 4 tahun yg mati ditinggalkan dlm kereta dlm jangka masa yg agak lama.

Pegawai polis yg bertugas, Iman dpt rasakan yg kes kematian Dania itu agak meragukan. Kerana itu dia cuba menyiasat dan mencungkil segala pengetahuannya utk membuktikan yg Lynda tidak salah. Tapi disini, Iman kadang kala tidak bersikap professional kerana bhs panggilan yg diubah dan juga rasa 'cinta' yg mula ada menyebabkan terkait juga emosinya di situ.

Plot yg tersusun dan jln cerita yg smooth membuatkan kita rasa teruja utk mengetahui siapa sebenarnya pembunuh Dania. Dan siapa pula Saviour yg menyebabkan kematian demi kematian hanya kerana mangsa mengecam akan kisah Lynda? Tapi yg pasti, sedikit pun saya tidak rasa kasihan terhadap mangsa yg terbunuh. Kerana mulut bdn binasa. Tetapi sekarang bkn shj mulut, tangan yg menaip juga boleh menjadi satu padah jika tidak dikawal!

Cuma satu yg saya rasa sgt geram. Kenapa eh nitizen yg mengecam ni tak takut mati? Sedangkan umum sudah mengetahui, siapa yg mencela Lynda, pasti kematian pengakhirannya. Adakah nitizen sekarang ini terlebih berani atau sukakan cabaran? Atau mmg sikap buruk itu sudah jd satu normalisasi dlm masyarakat? 🤷‍♀️

Part ending yg plg saya suka. Sbb adanya plot twist. Huh mati² kuingatkan si K, rupanya ermmm. Dan Ashman, mmg lelaki celaka. Aishh dia penjahat sebenar. Kalau bukan dari olah dia, takkan semua ini berlaku! Iman? Of course la hero terhebat. Kalau tak, takkan Saviour boleh menaruhkan segala kepercayaan kepadanya bukan?

* Nak cerita Dr Rafael boleh? Boleh tak ku cop dia sebenarnya hero dlm cerita ini? 🙊🏃‍♀️🏃‍♀️🏃‍♀️🏃‍♀️
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
July 17, 2025
Kehilangan anaknya akibat tertinggal di dalam kereta sangat menyeksa jiwa Lynda. Apatah lagi dia tidak mampu mengingati apa yang sebenarnya terjadi. Baginya dia tidak pernah langsung membawa Dania ke kampusnya. Namun disebabkan tragedi itu, Lynda dikecam habis-habisan di media sosial.

Kasihan dengan nasib Lynda. Sudahlah kehilangan anak tersayang. Dibuang pula oleh suaminya. Sepatutnya di masa-masa begitu, suami isteri harusnya saling menyokong di antara satu sama lain.

Ashman ni memang puncalah. Kerana tindakan dia Lynda kemurungan. Kerana tindakan dia Ella membuat pilihan yang salah. Lepas tu bertindak seolah-olah dialah mangsa. Seolah-olah hanya dia yang kehilangan. Geram betul. Kalau ada depan mata SH ni memang kena tenyeh. Baru padan muka dia.

Sebagai pembaca yang juga sering melayari media sosial, SH rasa naskah ini sangat dekat di hati dan boleh dihubungkaitkan dengan apa yang sering terjadi sekarang. Pahalawan papan kekunci selalu sahaja meninggalkan komen yang impaknya sangat besar kepada si penerima. Dan kadang-kala cerita baru dapat dari sebelah pihak, namun mereka sudah bertindak. Tetapi rupanya khabar itu tidak benar. Namun apakan daya tulisan yang mereka tinggalkan sudah pun menusuk hati pihak yang berkenaan. Malahan sehingga ada yang mengakhiri nyawa sendiri dek kerana tertekan dengan segala komen yang telah ditulis tanpa ada batasan.

Biasanya orang kata kerana lidah badan binasa, tapi dalam naskah ini badan binasa dek kerana jari yang mengetik tanpa mengira dosa dan pahala. Memang seronok agaknya meninggalkan komen di media sosial kerana tiada siapa yang tahu insan di sebalik papan kekunci. Namun mereka tidak sedar jejak mereka masih lagi mampu dikesan oleh orang yang punyai kepakaran.

Kita biasa dengar orang kata ala aku cakap je, ala aku komen je. Tetapi kita jarang sedar bahawa satu perkataan pun kadang-kala membawa impak kepada pendengar atau penerimanya. Jika baik perkataan yang terkeluar mungkin menjadi asbab orang senyum sepanjang hari. Jika sebaliknya pula, mungkin ada yang murung tak berseri dek kata-kata kita. Jadi apalah salahnya kalau kita cuba menjaga lisan dan jari kita daripada perkataan yang tidak menyenangkan.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
February 21, 2023
Bila baca buku ni aku terbayangkan Criminal Minds/CSI. ASP Iman mengetuai kes yang melibatkan Lynda. Helmi dan Aniza adalah pegawai polis yang membantu menyelesaikan kes yang sama.


-SPOILER ALERT-

Plot twist Lynda dan Ashman aku tak sangka jadi macam tu. Ashman menjadi punca keretakan rumah tangga dan kematian Dania. Selepas apa yang dah berlaku dia senang-senang menagih kembali 'cinta' dari Lynda?

Berbalik kepada pembunuh 'saviour', penulis menjadikan orang yang paling rapat sebagai ancaman utama dalam buku ni. Dengan menggunakan 'scapegoat' yang paling senang dimanipulasi, pembunuh berjaya mengaburi mata pembaca.

Syabas kepada penulis. Jika penulis perincikan lagi 'scene saviour' mungkin akan lebih menarik dan suspen. Scene agak mendatar bagi aku, bila pembaca hanya dapat baca 'penemuan mayat baru'.

ASP Iman cuma membiarkan pembunuh lari di depan mata sendiri? Dia sendiri diancam pembunuh jika tidak menjaga Lynda dengan baik?

Agaknya penulis sengaja membiarkan pembunuh terlepas kali ni.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
May 21, 2024
[BOOK 36]

Netizen by Illa Shanahila.
.

Ni antara buku yang aku dah lama aim nak baca.
.

Bayangkan, seorang ibu yang tanpa sengaja tertinggal anak dalam kereta, sehingga mengakibatkan kematian. Hakikat yang sangat pedih untuk diterima. Hidup dalam rasa bersalah.
.

Inilah yang Linda rasakan. Bukan setakat itu, dia juga diceraikan oleh suaminya, dikecam oleh netizen. Tapi lagi sedih, bila Linda lupa memori yang dia bawa anaknya ke tempat kerja, dan anaknya tertinggal dalam kereta. Dia masih tidak percaya yang dia bersalah.
.

Ataupun sebenarnya, adakah bukan Linda yang sengaja meninggalkan anak tersebut dalam kereta? Apakah sebenarnya yang terjadi pada hari kejadian?
.

So ASP Iman antara orang yang gigih cuba menyelesaikan misteri tersebut.
.

Pada masa yang sama, negara digemparkan dengan pembunuhan beberapa orang yang menggunakan modus operandi yang sama. Jari mereka dipotong.
.

Apakah kaitannya kes tersebut dengan Linda?
.

Okay, first half buku ni, aku suka. sebab aku rasa macam misteri. Tak sabar nak siasat apa sebenarnya yang terjadi pada hari anak tu mati.
.

Tapi, bila masuk part pembunuhan tu, graf pembacaan aku sedikit mendatar. Mungkin tak cukup thrill bagi aku. Despite of ramai yang dah mati, netizen ni masih tak takut. Mungkin kalau part pembunuhan tu lagi detailed, lagi best kot.
.

Apa-apa pun, untuk ibu bapa yang kehilangan anak akibat 'kecuaian' sendiri, pasti rasa peritnya seumur hidup. Maka, kita yang sekadar memandang, sebaiknya diam sahaja.
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
August 28, 2022
Dari awal dah misteri dan suspen, macam ada perancangan dari awal. Pembawaan cerita yang bagus dan pembaca terbawa2 dengan emosi dan jalan cerita itu sendiri, the way writer withholding information from the reader so they know as much as, or less than, the protagonist make me eager . the deadline on the main character’s mission is shorten so they must accomplish their goal sooner than planned or something bad will happen. Their chemistry? OMG, so sweet and terasa manis di hati walaupun tiada interaction other than ‘thank you’ and smile. Their sparked romance doesn’t even bother the story, malah ia nya complemented the story even more 😭♥️

Okay pandai dia main tarik tali, dari suku buku tu macam dah syak tapi syak sampingan shj and then penulis bawa ke cerita lain yang menutup syak ku ini pada pelaku sebenar. Even dah syak tapi jalan cerita dan plot dia tetap kita ternanti-nanti like “why and how?” Manusia ni memang kejam, terus terang ikut panas hati rasa memang layak depa semua dibunuh untuk dihentikan kekejaman dan keangkuhan manusia yang diberi oleh Allah ﷻ tapi tiada kesalahan dapat dihapuskan dengan kesalahan. Kalau semua orang ambil cara ni, dunia ni dah tak ada tempat aman.
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
June 28, 2025
Genre : thriller, psychological horror, chain murder mystery, psychopath stalker

Tag : suami curang, pembunuh bersiri

Buku ni mengisahkan Lynda yang dicaci oleh netizen kerana tindakan "kecuaiannya" meninggalkan anak perempuannya di dalam kereta sehingga mati.

Sejak daripada itu, Lynda diceraikan dan dapat tau yang suami dia curang dengan Rosella Malik aka Ella.

Pada masa yang sama, telah berlaku beberapa pembunuhan di mana setiap mangsa dipotong sepuluh jari tangan mereka. Dan jari-jari itu telah dihantar kepada Lynda?

Secara tak langsung, Lynda ada kaitan dengan kes tersebut kerana semua mangsa yang terlibat adalah mereka yang menghamburkan kata-kata kesat dan ugutan kepada Lynda di sosial media. Saviour Lynda.

Jadi, siapakah sebenarnya pembunuh itu?

Sangat bagus. Bukunya nipis tapi cukup lengkap ceritanya. Saya hampir dapat teka pembunuhnya, tapi penulis lagi cekap haha. Saya suka buku ni. Cara mangsa dibunuh tidak dijelaskan dengan terperinci, jadi buku ni sesuai untuk mereka yang nak buku light "murder gore".

Pembunuh dalam buku ni pun hebat juga haha. Secara keseluruhan, buku ni okay bagi saya. Sekejap jer saya habiskan. Tak sampai sehari. Kudos kepada penulis 👍🏻✨
Profile Image for Mohd Ashmunir.
176 reviews3 followers
March 24, 2024
Kerana mulut badan binasa… Krn jari… akhirnya mati… actually this time around penulis membawakan topik yg boleh dianggap viral sejak bbpa thn nie iaitu tinggal anak dlm kereta shgga anak mati… dan itulah yg dilalui Lynda pabila anak nya Dania meninggal dlm kereta gara2 strok haba… semua kesalahan ditundingkan kpd dia… diceraikan suami dan dipulaukan keluarga… kesian

Then lpas tue kta dihidangkan pula dgn pembunuhan bersiri di mana mangsa nya adalah org2 yg tlh menyakitkan hati Lynda di media sosial. Sorg demi sorg mati… hadiah nya pula iaitu jari mgsa dihntr plak kpd Lynda… dari situ bermulalah aksi kejar mengejar dan cubaan utk menangkap si pembunuh…

Honestly pembunuh tueee sya x jgka lgsg wpun bca review pembaca lain ckp bab 11 dh dpt agak siapa… maaf lah… sya x dpt plak nk tgkap siapa… hehehe

Overall buku nie fast pace and kta jd x sabar nk tau sapa pembunuh dia… and ending dia tue agak umphhh… mcm bleh buat sequel or mini cerpen ke… cdgn je lah…hehe
Profile Image for Kiantan Kiambang.
19 reviews3 followers
September 21, 2022
Kali pertama saya membaca hasil tulisan penulis Illa Shanahila..apa yg saya boleh cakap (tulis!) saya suka buku ni..buat saya tak sabar nak tau penghujung nya..

saya habiskan pembacaan dlm beberapa jam jek sebab jalan cerita yg tak bosan..penceritaan yg btl2 buat saya nak tau..siapa pesalah..tapi dalam masa yg sama..buat saya hati saya sebak..kalau situasi tertinggal anak tanpa sedar berlaku pada saya..tak mustahil..

good job writer 👍
168 reviews2 followers
January 19, 2025
Mula baca dari last year tp baru habis baca this year.

A good read. Intriguing although I could already guess who’s the Saviour. Kinda geram with the ending but then again, ig it’d be cliche if they were going the typical ending. Some mistakes & errors here and there, but it’s not that bad.

p/s: I’m getting annoyed with all those secret codes everytime I’m signing in. GR, you messed with my mood
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hermione Granger.
19 reviews
December 28, 2023
Memang Tak menyesal beli👍 habiskan dalam satu malam ja. Aku suka watak Iman tu dengan Lynda. I mean,betapa comel diorang even jatuh cinta dalam keadaan kucar kacir. Pastu,Khalil. Apa jadi dengan dia? Dia kena tangkap? Watak Khalil pun menarik,dia baik cuma maybe terlalu obsessed I think. Ashman tu kalau boleh nak kerat jari dia jugak!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Gina.
Author 11 books97 followers
December 16, 2022
This was one of the novels that I picked up at the bookstore, read the synopsis and wanted to give it a go. No regrets. Quite well written, a bit predictable with a 'way too short moment' climax. But other than that, compared to what is out there in the local scene, this is a winner.
Profile Image for Aika.
5 reviews
June 18, 2022
4.5*

Actually, i need more Iman x Lynda scene. But its okay since this not love story. Still good try.
Profile Image for Nur Amira.
9 reviews
August 6, 2022
Sesuai untuk bacaan santai , plot twist adaa . A good happy ending but kalau boleh penulis boleh buat moreeeee thriller and moree kes . Will be more misteri . But .. apa apa pon good book author .
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
September 29, 2023
Saya suka idea plot yang dirangka. Susun atur ayat penulis pun kemas. Cuma saya rasa masih boleh diperkemaskan lagi.

Bahagian yg boleh diperkemaskan ialah:-

- siasatan jenayah polis. Mungkin penulis boleh buat lagi byk research tentang ini. Ini jenayah berat. Jenayah pembunuhan. Ada byk lompong yg boleh diperkemaskan lagi.
- ending penjenayah. Untuk kes sebegini berat rasanya mcm tak sesuai ending persalah tu mcm tu kan. Nampak macam longgar sangat badan beruniform mcm tu kan.

Saya suka bila penulis fokus pada netizen kerana itulah masalah kita zaman sekarang ni penuh dgn netizen sebegitu. Dan saya juga suka bila kisah Lyn-Insp Iman tidak terlalu manis, just nice je.

Teruskan menulis genre macam ni. Penulis ada bakat. Cuma kena lebihkan lagi research macam mana Polis siasatan jenayah bekerja sahaja utk karya akan datang, jika masih mahu menulis genre seperti ini. All the best.

Profile Image for Baca buku.
22 reviews3 followers
December 16, 2025
Suka sangattt! Waktu baca buku ni, dalam bab 11 tu macam dah boleh agak siapa pembunuhnya, cuma cara penceritaan penulis buatkan semua orang nampak macam suspek! Memang tak boleh letak lama-lama sebab nak tahu sangat siapa yang menyebabkan Dania meninggal dan siapa pembunuh netizen² tu. 5 bintang! (Err lagi satu, design kulit buku ni lawaaa sangatttt 😆)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.