Takdir itu sangat kejam dan penuh rahmat dalam masa yang sama.
Perjalanan empat sekawan, vigilante psikopat bertopeng, gadis mangsa culik dan ketua kumpulan kongsi gelap berjerait antara satu sama lain, dan akan berakhir dalam pertemuan yang penuh aksi dan kematian hanya dalam satu malam sahaja.
Siva dan kawan baiknya diheret ke dalam konspirasi dunia jenayah yang penuh dengan darah, pembunuhan dan pengkhianatan. Christine diculik dan menjadi mangsa rancangan jahat musuh-musuh ayahnya. Daniel, waris tunggal kepada ketua kongsi gelap yang paling digeruni di KL mempunyai rancangan besar untuk empayarnya, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Topeng Hitam, seorang vigilante psikopat nekad untuk memburu dan menghukum perompak, pembunuh dan perogol tanpa rasa belas kasihan.
Untuk terus hidup, mereka perlu menipu, bertempur dan membunuh. Adakah mereka semua akan terselamat sebelum menjelangnya waktu pagi?
Sebuah cerita crime thriller sekitar watak vigilante yang memburu penjenayah sampai mengheret dia ke dalam konspirasi perebutan kuasa antara kongsi gelap.
Bagi saya novel ni ditulis dengan baik, misterinya dirungkai dengan pacing yang just nice buat orang keep on reading. Babak aksi ditulis dengan baik, saya enjoy baca. Nampaklah penulis pun buat research senjata api dengan baik.
Sampai sekarang saya impressed macam mana novel ni sampai ke sudah saya tak tahu nama protagonis utama tapi berjaya menarik saya baca sampai habis ceritanya.
Saya suka la endingnya yg agak bittersweet.
Overall saya enjoy baca buku ni, saya habis baca in one sitting walaupun bukan my cup of tea sangat. Kudos to author 👍
Apa yang saya rasa kurang dalam novel ni (p/s: ini just preferance saya sebagai pembaca) (SPOILER) ialah:
Pertama, babak emosi dan momen yg mana watak utamanya rasa sakit dengan hal traumanya, saya tak rasa umph / kurang sampai sikit emosinya. Sama juga bila babak mak anita menangis merayu tu saya rasa macam tiba2 sikit kemudian itu sahaja momennya.
Kedua, saya suka character development Siva ni tapi dah belakang2 tu wataknya macam hilang signifikan dan tamat begitu saja ceritanya. Bagi saya watak ni dah dengan pembaca lama, tapi agak abruptly ended closure dia, sayang betul.
*** Ini saja review daripada saya. Harap penulis hasilkan cerita2 crime thriller lagi di masa akan datang✌️
TW : Pembunuhan, Dadah, Cubaan Merogol, Senjata api & senjata tajam, Darah.
Kisah satu malam yang panjang. Siva & David yang memerlukan wang, Christine yang mahu pulang ke pangkuan ayahnya, Topeng Hitam yang mencari ketenangan melalui cara “menyelamatkan” mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusiaan, dan Daniel yang menjadi semakin tamak dalam perniagaan haram.
Cubaan menipu 4 sekawan telah diketahui lebih awal dari perancangan asal mereka, semua yang diatur telah menjadi kucar-kacir. Mereka perlu bersembunyi dan melarikan diri dari beberapa geng kongsi gelap yang telah kehilangan wang, anak dan sahabat. Semuanya perlu berakhir pada malam tersebut. Adakah mereka semua terselamat daripada buruan geng kongsi gelap yang ingin mendapatkan kembali wang mereka? Dapatkah Christine pulang ke pangkuan ayahnya? Dapatkah Topeng Hitam memuaskan hati sendiri setelah apa yang dilakukan? Berjayakah Daniel dalam usaha meluaskan lagi empayarnya?
Buku yang agak menarik, ada vibes Venom. Apa yang pasti, kejahatan akan membawa kemusnahan.
👉Novel ini menceritakan empat kejadian yang berlaku di dalam satu malam dan akan menjadi kaitan antara satu sama lain. Vigilante yang digelar sebagai ‘Topeng Hitam’ menjadi penghukum kepada orang yang menyakiti orang tidak bersalah,Siva dan rakan-rakan menjual kokain kepada kongsi gelap digeruni,Christine diculik oleh musuh ayahnya,dan Daniel seorang anak gangster yang mahu mengembangkan empayarnya.
👉Secara jujur, saya sangat baru di dalam pembacaan novel.Jadi ini novel pertama yang saya berjaya habiskan dan reviu.Antara sebab saya suka novel ini, dialog yang penulis masukkan sangat kena dengan situasi dan tidak canggung.Penyusunan cerita sangat menarik,walaupun kejadiannya berlaku satu malam saya sebagai pembaca tidak perlu untuk membelek muka surat awal untuk mengetahui ‘timeline’ setiap situasi yang berlaku di dalam novel ini. Babak aksi ditengahkan oleh penulis juga sangat best untuk saya imaginasikan bagaimana pergaduhan Topeng Hitam dengan penjenayah lain di tambah pula dengan rencah ‘violence’ di dalam pergaduhan itu membuatkan saya juga terasa dihenyak dengan Topeng Hitam.
👉Seterusnya, saya suka cara penulis membuat kehidupan ‘orang-orang bangsawan’ dengan menunjukkan kehidupan social seperti arak dan seks yang sangat sebati dengan kehidupan realiti di masa kini. Tambah lagi, saya harus memuji penulis membuat babak emosi ‘flashback’ mengapa Topeng Hitam menjadi Topeng Hitam kerana saya sebagai pembaca sangat merasai apa yang Topeng Hitam rasa dan membuatkan saya berasa sedih seketika dan tutup buku itu sebentar sebelum menyambung kembali membaca.
⭐P/S Bagi saya kalau anda peminat cerita violence seperti ‘The Raid 1@2’, ‘Wanted’, atau ‘Divine Move’.Saya syorkan anda baca novel ini.
Siva dengan berat hati mengikuti rakannya David beserta 2 orang lagi rakan mereka dalam menjalankan satu urusniaga. Namun akhirnya urusniaga itu membuatkan mereka terjebak dalam urusan antara kongsi gelap. Kemunculan Si Topeng Hitam yang banyak membantu wanita-wanita yang menjadi mangsa jenayah juga semakin berleluasa.
4 orang pemuda ni bala lalu dibawa singgah. Sudahlah menjual barang haram, menipu pula tu. Lepas tu orang yang cba ditipu mereka pula bukan calang-calang. Memang mengundang bala. Nak jadi kaya nak ada duit sendiri usahalah lebih sikit. Jangan guna jalan yang nampak mudah sebab yang nampak mudah belum tentu selamat.
Sebuah tragedi mampu merubah manusia. Hati yang bersalut dendam akan mudah untuk mendengar segala bisikan hitam dalam hati untuk melampiaskan rasa dendam tersebut.
Mencari rakan dan lingkungan yang baik itu sebenarnya sangat perlu. Apatah lagi kalau kita tahu betapa mudahnya kita untuk terpengaruh dengan seorang kawan. Kalau tidak jadilah seperti Siva. Huru-hara hidupnya angkara menurut ajakan David.
SH memang sakit hati betul dengan mereka yang menyebabkan orang lain turut menerima kesan daripada tindakan kurang bijak mereka ni. Disebabkan David, Siva dan juga ahli keluarganya sendiri hampir terkorban. Nak buat jahat biar diri sendiri yang terima akibatnya. Jangan libatkan orang lain. Jadi kalau masih teringin nak buat hal sila fikirkan orang tersayang yang masih ada di sekeliling kita. Baik keluarga mahupun teman.
A story of what happens in the darkness of night as the darkness of a man's heart bears its fangs to bite the life of unsuspecting victims. May it be lust or greed, the reality is that man will always find ways to prey on the weak.
Aku meneruskan bacaan aku dengan sebuah lagi karya oleh Rizal Ramli. Walaupun berlainan tema, Sabotaj sama ganas seperti Frekuensi, cuma lebih banyak aksi. Ada vigilante psikopat, gangster muda yang tamak, budak-budak muda bodoh yang tak berfikiran panjang, dan adik-beradik penjual DVD haram. Semuanya berlaku pada malam yang sama. Apa yang aku boleh bayangkan tentang Sabotaj ni adalah seperti aku menonton siri KL Gangster Underground, The Punisher, dan filem The Raid secara serentak. Babak paling gila dan paling aku suka adalah semasa si Topeng Hitam beraksi di ruang sempit di rumah merah - persis satu babak dalam Daredevil, segala aksinya ditulis dengan sangat baik.
Action, fighting, drugs, bloodshed, violence, cursing, betrayal and rape attempt.
Cahaya, Kegelapan dan Kekacauan.
Cahaya bersinar menghulur tangan dikala harapan hampir direnggut pergi.
Kegelapan malam tidurkan belas simpati lalu membangkit iblis manusiawi.
Kekacauan menyeru catur bernyawa berpenjuru ke medan permainan penuh kematian.
Jarang sebenarnya genre macam ni menjadi pilihan untuk bacaan aku, tapi aku sangat suka konsep kejadian satu malam buku ni, walaupun semuanya berlaku serentak tapi tak ada yang overpowered dalam setiap kisah dan ianya betul-betul action-packed.
Secara peribadi, penggunaan bahasa dan dialog mungkin boleh dikemaskan lagi sebab untuk jalan cerita yang cukup gempak dan WOW macam ni, pada aku agak kurang sedikit variasi dari segi bahasa.
Malang betul bakal raja Daniel, dia individu paling berkuasa dalam kisah ni tapi aku kurang dapat impak dari watak Daniel ni. Sebab dia mastermind kah? mungkin.
Our Vigilante, Topeng Hitam. Aku agak adore watak yang mempunyai ideology sebegini, killing for the sake of justice.
Satu benda yang mengganggu aku adalah aku tetap harap yang identiti our Vigilante ni lebih misterius pada pandangan umum memandangkan nama dia sendiri kekal misteri hingga ke hujung. Agak spoil sebenarnya bila our Vigilante revealed dia punya identiti dekat Anita tu.
Lovebirds survivors, Siva dan Christine. Nothing can't stop them dari awal hingga ke akhir. Their love to each other have cheat death several times in a single night.
Fuh puas hati dengan naskhah ni. Sebuah kisah yang padat dengan aksi. Segala babak pertempuran digambarkan dengan cukup jelas, langsung takde yang buatkan saya sebagai pembaca keliru dengan segala tingkah watak-watak dalam Sabotaj ni. Bermakna penulis menulis dengan cukup baik, hampir sempurna pada saya. Laras bahasanya sangat kemas, di samping banyak kosa kata baharu yang saya dapati dari naskhah ni.
Walaubagaimanapun, saya rasa this story deserves an epilogue, sebab saya nak tengok aftermath untuk watak Siva dan David. Hence kurangnya point untuk bintang. But oh well, this story started with Topeng Hitam, so it's understandable if author decided to end it with Topeng Hitam as well.
Tapi apa-apa pun, saya puas hati dengan apa yang menimpa watak-watak antagonis dalam ni. Definitely will buy the author's next works. Tahniah untuk naskhah yang cemerlang ni 🎉