Sri Melati. Nama yang cukup indah, tetapi tidak seindah nasib kampung empunya nama itu. Kejadian hitam yang menimpa Kampung Sri Melati mengubah segalanya. Tatkala ketakutan menjelma, manusia mula menzahirkan tuduhan.
Siti, anak kepada penghulu Kampung Sri Melati menjadi mangsa pertama dalam kejadian hitam itu. Mayatnya yang dijumpai di kampung itu mula meninggalkan seribu satu persoalan terhadap orang kampung. Bukti dan motif pembunuhan itu tidak jelas.
Amir, bekas banduan yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di Kampung Sri Melati menjadi suspek pembunuhan Siti. Keadaan menjadi kacau-bilau. Inspektor Azman cuba untuk merungkai misteri-misteri pembunuhan yang terjadi di kampung itu. Akan tetapi, setiap petunjuk yang dijumpai menambahkan lagi persoalannya.
Dapatkah polis muda itu menyelesaikan kes-kes yang menyelubungi kampung itu? Siapakah pembunuh sebenar Siti dan mangsa-mangsa lain? Berjayakah pembunuh itu ditangkap?
Kampung Sri Melati bagaikan ditimpa musibah. Satu per satu kematian berlaku di kampung itu namun pembunuhnya masih belum ditemui oleh pihak polis.
Penceritaan agak perlahan tapi kejutan demi kejutan diberikan oleh penulis seiring dengan cerita. Setiap phase ada sahaja kejadiannya.
Walaupun SH dapat meneka dalangnya namun tujuan dan motif masih lagi samar-samar. Walaupun begitu SH puas hati dengan perjalanan ceritanya. Lancar dan tersusun.
Geram betul dengan perangai orang kampung yang bermulut puaka. Mengalahkan makcik bawang. Bercakap ikut nafsu tanpa difikirkan mangsa yang dituduh. Tetapi babak bergosip di kedai kopi ni memang sinonim dengan orang kita. Di kampung-kampung, kedai kopi menjadi pusat penyebaran maklumat @ gosip.
Dan dadah sememangnya sangat merosakkan. Dan paling geram pada pengedar yang bukan penagih. Mereka rela merosakkan anak bangsa demi kesenangan. Namun tidak pula rela merosakkan diri sendiri. Tahu pula takut dengan kebinasaan yang dibawa oleh dadah.
SH kasihan dengan watak Amir. Menjadi tempat orang kampung lemparkan tuduhan cuma gara-gara dia bekas banduan. Baru hendak berbunga hati, insan tersayang direnggut pergi. Nasib baiklah ada insan berjiwa tulus seperti Awang.
Tahniah kepada penulis atas kelahiran naskhah ini! Bagi saya, Tangisan Sri Melati ni sebuah karya slow burn thriller. Thrillnya tak diberi kebabom begitu sebaliknya ia datang merangkak sikit demi sikit.
Sejujurnya slow burn thriller bukanlah preference saya, kerana saya lebih gemarkan thriller yang boleh buatkan saya rasa berdebar but hey, this one is not bad!
Saya suka cara penulis gambarkan ambien/suasana alam di Kampung Sri Melati tu. Ini kekuatan penulis. Beliau pandai menggambarkan keindahan alam hanya dengan tulisan. Di samping itu, nasihat yang diberikan dalam cereka ini juga jelas dan menusuk ke hati. Terima kasih kerana menulis sesuatu yang boleh dijadikan pedoman.
Walaubagaimanapun, ada beberapa aspek di dalam novel ini yang mengganggu pembacaan saya. Sepanjang pembacaan, kadangkala saya merasakan seperti saya membaca sebuah cereka slice of life orang-orang kampung. Berulang-ulang kali diceritakan perihal kerja Awang dan Buyung di laut selaku nelayan, tentang Inspektor Azman di balai polis yang tertekan hendak menyelesaikan kes, orang-orang tua kampung yang asyik melepak di warung, dan macam-macam lagi. Saya faham bahawa ini semua rutin orang kampung, namun pada hemat saya, kepelbagaian dari segi apa yang berlaku dalam setiap rutin mereka akan membuatkan karya ini menjadi lebih menarik.
Mungkin saya terlalu petty atau cerewet, tetapi watak-watak yang terlalu banyak mengeluh sedikit sebanyak buatkan saya rasa jengkel. Ada banyak lagi gesture untuk menunjukkan rasa tidak senang/putus harap/apa-apa yang berkaitan, bukan sekadar melepaskan keluhan saja. Harapnya penulis mempelbagaikan gesture watak-wataknya di karya akan datang.
Apart from the critics, bagi saya Tangisan Sri Melati masih sedap dibaca dan disyorkan kepada peminat-peminat slow burn thriller. Semoga penulis terus menghasilkan karya yang bagus! Saya menanti karya yang seterusnya :D
Watak pembunuh sebenar memang mengejutkan. Kalau nak ikutkan, dia bukan lagi kategori binatang, malah lebih teruk daripada itu. Sepanjang cerita, kita disuruh menyangka si A ialah pembunuh utama, rupa-rupanya si Z yang berada di sebalik semuanya.
Dalam novel ini ada tiga pembunuh. Seorang daripadanya agak mudah diteka, tetapi dua lagi memang langsung tidak terlintas di fikiran. Plot twist yang diberikan memang menjadi.
Isu pengedaran dadah dan siapa taikun di belakang kegiatan itu sebenarnya tidak begitu sukar untuk dikenal pasti. Namun, identiti pembunuh sebenar benar-benar mengejutkan. Kesian dua beranak yang menjadi mangsa.
Cuma, untuk sampai ke penghujung cerita, jalan cerita dipertengahan terasa sedikit dragging. Ada beberapa perkara yang diulang berkali-kali sehingga membuatkan aku geram. Kadang-kadang rasa macam, boleh tak fokus pada kes pembunuhan yang sedang berlaku? Tak perlu terlalu banyak "iklan" atau pengulangan yang tidak menambah apa-apa kepada cerita. 🥱
Watak Inspektor Azman pula agak mengecewakan. Terlalu cepat membuat kesimpulan dan pihak polis sibuk mahu segera menutup kes berdasarkan apa yang dituduh oleh penduduk kampung. Sepatutnya siasat dahulu sebelum terus menuduh orang. Perkara ini berulang beberapa kali dan agak memenatkan untuk dibaca. 😮💨
Akhirnya, Amir juga yang menjadi watak penting dalam menyelesaikan segala persoalan. Melalui dialah satu demi satu rahsia terbongkar dan segala persoalan yang bermain dalam kepala pembaca terjawab.
Secara keseluruhannya, novel ini boleh dibaca dan misterinya memang menarik. Namun, bahagian pertengahan cerita terasa sedikit perlahan dengan beberapa babak yang berulang. Aku bertahan sampai habis semata-mata mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Dan ya, selepas habis membaca, aku rasa tajuk memang sesuai iaitu "Tangisan Sri Melati". 🤭
Oh ya, ini bukan kisah seram seperti yang aku sangkakan. 😅🤣 Salah sendiri sebab ambil buku berdasarkan tajuk dan kulit depan yang agak misleading ke arah cerita seram tanpa membaca sinopsis di belakang terlebih dahulu.
🍬 Kampung Sri Melati kecoh apabila Siti - anak Tok Penghulu dilaporkan hilang & mayatnya ditemui tanpa seurat benang di hujung paya. Amir, banduan yang baru dua bulan dibebaskan menjadi mangsa tuduhan orang kampung atas kematian Siti.
🍬 Keaadan bertambah parah apabila Che Semah - isteri Tok Penghulu pula menjadi mangsa pembunuhan. Cikgu Azrul disyaki sebagai suspek. Ingatkan bila tahan Cikgu Azrul boleh nampak jalan penyelesaian, rupanya tak.
🍬 Tak lama lepas ditahan, Cikgu Azrul pula ditemui mati tergantung di rumahnya bersama sepucuk surat pengakuan. Entah kenapa kat sini rasa musykil 🤔
🍬 Makin lama makin serabut bila satu persatu orang kampung dibunuh. Keaadan bertambah kelam kabut apabila Tok Penghulu seakan-akan tidak peduli dengan keadaan kampung ketika itu.
“𝐀𝐤𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐥𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐫𝐢.“ - 𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠
🍬 At this point, dah boleh agak sapa yang ada musuh, sapa pembunuh tapi jalan cerita yang terlalu slow buat aku rasa nak skip banyak bab tapi untungnya tak terjadi 😂 tittle Ins tu elok bagi kat Awang jala, polis yang sedia ada pun kemain lambat 😮💨
Jujurnya buku ini hampir masuk ke list Did Not Finish. Plot terlalu draggy. Tapi pada masa yang sama hati meronta nak tahu apa sebenarnya berlaku dan siapa dalang di sebalik pembunuhan Siti.
Ahh.. berbolak balik hati nak teruskan bacaan atau nak stop je.
Walaupun genre thriller tapi slow burn. Banyak scene yang aku rasa boring dan aku banyak skip pembacaan.
At least apa yang buat aku hook untuk habiskan bacaan ialah rasa ingin tahu yang menebal dalam diri.
Penulisan agak kemas. Aku puji part yang ni. Stail penulisan bagus. Penulis juga berjaya menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Yang ni aku suka.
Banyak nasihat berguna dalam ni. Dialog dia memang kena dengan watak para penduduk kampung. Suasana kampung yang dibayangkan penulis pun sesuai dengan jalan cerita.
Pace dia semakin baik dan laju apabila makin ke penghujung cerita. Ada banyak plot twist juga. Time ni aku dah rasa excited dan happy nak habiskan baca.
And finally dapat jugak aku habiskan buku ni. Kalau nak tahu siapa pembunuh Siti, korang bacalah buku ni. Memang takkan sangka benda tu dan pelakunya.
Jalan cerita saya berpuas hati, tetapi nama karakter sedikit keliru seperti azman & rahman. Saya juga perasan yang banyak nama karakter bermula dengan huruf A, lagi bagus kalau ada kelainan. Secara umumnya, saya suka novel ni.
Alhamdullilah selesai sudah pembacaan aku untuk novel ini. aku baca novel ini pun sebab cover dia nampak menarik! 😻
Novel ini lebih kepada isu dalam kampung berbanding apa aku sangkakan. aku ingatkan pasal hantu rupanya...
Tapi ini pendapat aku:
♡ novel ini sedikit draggy dan membuatkan aku sedikit bosan apabila membaca kerana terlampau banyak words building tapi masih buat aku tertanya apa sebenarnya terjadi?
♡ Buku ini sedikit sebanyak menyentuh isu persahabatan. Paling suka Awang layan Amir. Tapi kesian juga dengan Amir. Bila aku baca luahan dia, aku rasa valid apa dia rasa tapi aku tak setuju dengan cara dia (not spoiler okies).
♡ aku tak terkejut sangat bila reveal siapa pembunuh sebab aku dah agak cuma tak sangka si dia yang buat. Nak kata binatang pun, binatang pun tak macam dia 🥺
- Mangsa sebenar adalah Ali, Siti dan ibu siti. Bagi aku, diorang bertiga deserve better.
Jangan ambil dadah anak-anak. Hanya memakan diri sendiri akhirnya.
Oh korang boleh baca novel ini dekat Cereka okay.. 🥰
Saya serius sangat suka ambience kampung dalam novel ni. Mungkin pembaca lain rasa ianya repetisi yang melewah dan membosankan, tapi bagi saya ia sangat memberikan gambaran kampung yang autentik! I used to live in kampung so somehow the vibes dia tu sangat dapat rasa! (minus the murders of course)
Tapi sedikit hairan kenapa nama Awang tidak diletak dalam blurb buku ni, sedangkan pada pembacaan saya, Awang merupakan watak utama dalam novel ini. Atau ianya interchangeable dengan watak Azman. Btw, plot twist di penghujung cerita sangat tidak terjangka, although terfikir jugak do people really do that for drugs? Tak tau, tak penah isap dadah.
However, I think the plot twist lagi satu involving Cikgu Azrul macam perlu tak perlu and Amir ada skizofrenia kepada his evil side pun rasanya tak diexplore dengan lagi mendalam. Mungkin ramai tak suka dengan slow burn mystery thriller but for me saya sangat suka!
Permulaan cerita agak perlahan membuatkan saya hampir putus asa nak baca sampai habis.
Tetapi bila sampai kisah tragis ketiga, itu yang membuatkan saya terus membaca perjalanan cerita yang selanjutnya.
Dah boleh agak siapa yang menjadi dalang utama di sebalik pencipta kisah-kisah tangisan di kampung Sri Melati ni, tetapi tdak dapat nak kukuhkan tanpa bukti yang jelas.
Alhamdulillah akhirnya cerita ini dapat ditamatkan seperti yang diharapkan oleh kebanyakan pembaca.