Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.
Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.
Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan
Aku perasan yang novel ni tak dipromosikan sangat oleh the patriots macam novel The Insect, tapi aku tetap beli sebab jarang malaysia terjemahkan novel2 korea sejak DBP, banyak novel barat sahaja diterjemahkan.
Novel ini agak perlahan dan membosankan sebenarnya, kisah kehidupan pelarian korea utara di Korea Selatan. Ada banyak watak dalam ni dan boleh dikatakan semuanya berkait. Boleh dikatakan novel ini bergenre "kisah kehidupan seharian" atau "slice of life" (genre manga jepun), yang aku rasa lebih elok diterjemahkan kepada "secubit rasa kehidupan".
Aku banyak kali rasa nak berhenti baca novel ini dan "unfin"kan sahaja, tapi penulis tetap pandai buat kita tertanya-tanya apa yang akan jadi seterusnya sebab walaupun perlahan tetap ada konflik untuk setiap watak.
Aku banyak tonton filem2 korea selatan tentang korea utara yang majoritinya menunjukkan sisi negatif sahaja namun ada je filem2 korea selatan yang memanusiakan orang2 korea utara seperti "Confidential Assignment", "Commitment", "Secretly Greatly", "JSA" dan "As One".
Nak tahu serba sedikit tentang orang korea utara yang dipandang negatif oleh satu dunia boleh la cuba baca novel ni. Walaupun penulis mengaku di akhir cerita bahawa cerita ini adalah fiksyen tapi tetap diinspirasikan daripada sahabat2 korea utara beliau.
Novel ini bukanlah seperti novel-novel lain yang akan menghuru-harakan perasaan.
Kisahnya dihidupkan dalam naratif penceritaan. Tiada klimaks tetapi mempunyai momentum yang menarik, membuatkan aku meneruskan pembacaan.
Pengakhirannya pula hampir membuatkan aku nak marah tapi tak jadi bila apa yang dipersoalan dijawab sendiri oleh penulis.
"Adakah kisah ini sudah berakhir?"
Menceritakan kehidupan rakyat Korea Utara selepas melarikan diri ke Korea Selatan. Tanggapan pertama mereka, Korea Selatan adalah syurga.
Mereka melarikan diri atas pelbagai alasan. Ada yang inginkan kebebasan, mencari pekerjaan, ingin keluar dari kesukaran hidup dan ada juga kerana mencari ilmu.
Bagaimana mereka masuk ke Korea Selatan? Melalui broker dan mereka ditempatkan di rumah perlindungan (Yuniwon). Mereka diberikan latihan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Ada banyak watak yang akan kita temui dalam cerita ini dan akhirnya kita sedar kehidupan mereka saling berkait antara satu sama lain.
Suji, Changju, Byung Uk, Seon Ju, Myung Hoon, Geum Hyang, adalah watak-watak yang menyimpan bermacam kisah suka dan duka. Suji merindui ibubapanya, Changju kehilangan semangat untuk menjadi pemain bola sepak, Byung Uk ingin pulang semula ke Korea Utara.
Aku tak berapa berkenan dengan watak Ko. Dia baik ada makna. Tapi tulah, watak ni memang wujud dalam kehidupan.
Begitu banyak dilema dan stigma terpaksa mereka lalui. Berpisah dengan keluarga, penerimaan masyarakat umum dan kesenangan yang masih jauh untuk digapai.
Syurga yang didambakan itu, kelihatan dekat tetapi tidak dapat disentuh. Seolah-olah ada lapisan lutsinar yang menjadi penghalang.
Aku rasa novel ini masuk kategori slice of life. Tiada pengakhiran kerana kehidupan perlu diteruskan.
Novel ini bukanlah macam novel-novel lain yang ada plot penceritaan klimaks dan penutup tetapi memang fokus kepada penceritaan tentang bagaimana rakyat Korea Utara meninggalkan negara sendiri dan melarikan diri ke Korea Selatan melalui bantuan broker.
Mereka ini membayangkan pada awalnya Korea Selatan seperti "syurga" , namun realitinya hanyalah indah khabar dari rupa. Ada yang dipergunakan untuk agenda politik, diskriminasi fizikal, dipandang sinis dll. Kebanyakan mereka ini berpindah atas sebab2 tertentu seperti inginkan kebebasan bersuara, capai cita2, ekonomi, politik dll.
Bagi aku, kisah hidup pelarian Korea Utara ini sama lah jugak yang dihadapi pelarian2 dari negara2 lain seperti Rohingya, Myanmar dll yang terpaksa meninggalkan negara sendiri atas sebab kacau bilau dalam negara sendiri. Namun begitu, perkara ini akan menjadi masalah pulak kepada negara yang dituju iaitu wujudnya lambakan pelarian. Apapun, bila mengetahui kisah2 sebenar pelarian ini, sekurang2nya dapat elakkan diri kita untuk terus menghukum mereka walaupun ada jugak dalam kalangan mereka yang mempunyai niat yang tidak baik seperti watak Ko dalam novel ini.
Terjemahan yang baik oleh penulis.Penulis menterjemah dialog Korea dalam bahasa pasar dengan slanga Melayu yang tepat.Aura Korea tetap terasa walaupun penulis menyesuaikan bahasa pasar Korea dengan slanga bahasa Melayu.Jalan cerita yang menarik untuk dibaca bagi menyelami perasaan pelarian Korea Utara di Korea Selatan.
🏷️Judul buku awalnya aku tertanya apa kiasan lumpur pada golongan migrasi. Sehabis di baca, aku terbayang lumpur basah atau kering itu tetap kotor. Melangkah di bumi ginseng ke mana pelosok pun tetap di pandang buruk. Jalan cerita perlahan,mendatar, tiada konflik yang ada konsepnya naratif dan luahan para migrasi.
🏷️Watak utamanya, Ju Yeong. Selepas beberapa kerja dilakukan,dia ditawarkan oleh Ko untuk bekerja di Yuniwon (Pusat Sokongan Penyelesaian untuk Pelarian Korea Utara).Tugasnya adalah kaunselor dan guru kelas penulisan.Tempat tersebut tak ubah seperti di kem askar, banyak peraturan dan CCTV untuk kawal pergerakan penghuni di sana. Biasanya penempatan ini dihuni selama 3 bulan untuk pelarian KU belajar dan biasakan diri dengan sistem di KS,sebelum mereka keluar bermasyarakat dengan penduduk asal.
🏷️Ju Yeong, temui beberapa alasan dan kisah para penghuni di Yuniwon yang sanggup bergadai nyawa, tahan rindu pada keluarga untuk mencari sekelumit makna hidup di bumi Korea Selatan.Watak² yang diceritakan ada berkait. Antara mampu tengok kisah² pelarian Korea Utara ini seperti. Mi Sun kerna masalah keluarga, Kiho cari adiknya hilang, Si gadis Suji yang datang mahukan kebebasan, Chang Ju mahu bermain bola kerna dapat tahu dengan main bola mampu buat duit dan Byung Uk dihantar untuk misi revolusi.
🏷️ Pelarian KU umpama menempah tiket sehala. Untuk lari ke tempat asal menjadi keputusan berani mati! KS bagi mereka hanya syurga dunia dalam beberapa tempoh, selepasnya adalah perjuangan kalah mati. Kerna diskriminasi, pemulauan, hidup dipandang jengkel, syak wasangka.Walau ada institusi yang sentiasa jaga kebajikan mereka namun untuk hidup ditengah masyarakat yang disumbat sejak kecil hal rejim Korea Utara dan segala keburukannya sentiasa hantui hidup warga KS. Yang jadi mangsa perpecahan politik paling sedih adalah warga Korea Utara yang tak berdosa. Hidup tersepit.
🏷️Kisah fiksyen sejarah namun berdasarkan inspirasi dari teman² Korea Utara penulis. Kisah tiada penamat, yang ada hidup perlu diteruskan dengan piliham yang dah dibuat. Melahirkan rasa empati buat pelarian di bumi Tuhan.
"Kalau diorang tak takut dengan kau, nanti senang diorang pijak kepala kau." - Migrasi Yang Berlumpur, 161.
Migrasi yang Berlumpur, sebuah novel bergenre realisme, mengisahkan seorang gadis bernama Ju Yeong yang ditawarkan kerja oleh ejen Perisikan Nasional Ko. Ju Yeong menerima tawaran tersebut sebagai seorang pendidik di UNIWON, sebuah organisasi pendidikan penempatan semula bagi pelarian dari Korea Utara. Maka terungkaplah kisah berlatarkan diskriminasi politik yang dihadapi pelarian tersebut di tanah yang mereka anggap sebagai syurga selama ini perlahan-lahan menjadi neraka.
Novel ini bermula dengan pertemuan awal Ju Yeong dengan Ejen Ko. Bermula sebagai seorang pejuang papan kekunci sempena pilihan raya yang berlangsung kemudian menerima kerja sebagai pendidik di UNIWON. Plot utama novel ini kemudian berubah kepada kisah-kisah pelarian Korea Utara yang mengfokuskan kepada penderitaan mereka melalui perspektif berbeza yang merangkumi pelbagai lapisan umur. Cara bagaimana penulis menggambarkan setiap penindasan yang mereka hadapi ditulis dengan baik hingga dapat memberi kesan emosi kepada pembaca. Walaupun begitu, perlahan-lahan penceritaan beralih fokus kepada watak Suji yang dikembangkan lebih baik berbanding watak Ju Yeong. Kekurangan ketara dalam novel ini pada susunan plotnya yang agak mengelirukan dan membosankan di mana kebanyakannya dirasakan berulang lalu menjadikannya lewah. Tambahan pula, pengembangan plot secara keseluruhannya yang kurang matang, di mana setiap plot karakter yang saling berkait tidak diikat kemas menjadikan novel ini perlukan rombakan semula. Antara perihal yang disentuh ialah penindasan politik yang kejam dan bahana xenofobia yang melampau.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya menggambarkan kesengsaraan menjadi seorang pelarian yang perlu berkorban banyak demi secebis kebebasan, tetapi gagal untuk dilengkapkan penceritaannya dengan baik. Namun begitu, tema yang disampaikan serta mesej utama jelas dipersembahkan bagi membuka mata pembaca. Sekurang-kurangnya novel ini dapat mendedahkan kepada pembaca akan setiap yang kelihatan baik itu mesti ada sisi buruknya juga.
Sebuah novel Korea yang mengisahkan tentang kehidupan rakyat Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan dan cuba menyesuaikan diri dan beradaptasi untuk meneruskan kehidupan di Korea Selatan.
Mereka diberi penempatan khas untuk belajar tentang budaya dan kehidupan di Korea Selatan, etc.
Banyak keperitan yang dilalui oleh pelarian dari Korea Utara ini.
Di Korea Selatan, mereka digelar northern refugees atau new settlers.
Mereka merindukan keluarga yang ditinggalkan di Korea Utara dan pada masa yang sama merekat tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat Korea Selatan.
Kerajaan Korea Selatan membuat pengawasan ke atas mereka kerana berhati-hati sekiranya mereka adalah pengintip Korea Utara.
Segelintir masyarakat Korea Selatan merasakan cukai yang mereka bayar digunakan untuk memberikan kemudahan kepada pelarian Korea Utara yang bermastautin di Korea Selatan.
Seorang gadis bernama Ju Yeong ditawarkan kerja oleh ejen Perisikan Nasional Ko. Ju Yeong menerima tawaran tersebut sebagai seorang pendidik di UNIWON, sebuah organisasi pendidikan penempatan semula bagi pelarian dari Korea Utara.
Buku yang tergantung penangakhirannya kerana adaptasi kehidupan di Korea Selatan adalah proses yang berpanjangan dan berterusan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Satu bahan bacaan yang menarik. Kita dapat melihat perspektif orang Korea Utara terhadap orang Korea Selatan dan begitu juga sebaliknya. Kemudian, kita dapat melihat setiap watak itu punya impian dan harapan yang unik. Sangat menarik. Plot dia agak slow dan nama-nama watak boleh jadi sedikit mengelirukan. Tapi jalan cerita tu amat membantu untuk kita kenal watak. Cerita yang ini siapa punya. Yang ini siapa punya. Saya suka bila sebahagian nama makanan atau acara itu dikekalkan dalam bahasa asalnya untuk kita cari tahu sendiri. Ia ada identitinya sendirilah senang cerita dan tak terus hilang dalam transliterasi. Nice! Kudos untuk penulis dan penterjemah.
For the story line, for me, it is a bit long but this book is best for people who don't value family and people who are not really grateful because in this book they have to separate With their families to find freedom or just find a golden opportunity to help the family in the village even though that will not come true.