Menjejaki negara dua benua ini meninggalkan kesan di sanubari. Betapa negara ini pernah dijulang namanya atas kegemilangan empayar Islam.
Turki – sebuah negara yang wajar dijejaki bagi umat Islam untuk anda mengenali dan melihat sejarah peninggalan kegemilangan empayar Uthmaniyah dan mempelajari kepimpinan terkini Turki.
Gunaydin! Selamat Pagi, Turki! bukan sekadar catatan perjalanan tetapi satu kompilasi catatan sejarah Turki secara ringkas untuk rujukan dan panduan anda. Ia adalah travelog kembara 5 sekeluarga menjelajah dan mengembara ke beberapa tempat unik di Turki.
Sebanyak 15 buah bab disajikan dengan pilihan gambar menarik. Pastinya buku ini mengujakan anda untuk mengenali Turki!
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan semula.” Al-Mulk (15)
Setiap tempat ada info yang dikongsi, bukan sekadar melancong. Walaupun tak secara detail tapi sangat membantu saya melancong bersama ketika membaca 😉 melancong dengan anak kecil tak mudah tapi penulis jadikannya nampak cool. Jangan berhenti menulis dan kongsikan tempat menarik dan sejarah tempat tersebut.
Travelog yang penuh dengan informasi, ditulis dan disampaikan dengan cermat serta kemas.
Saya amat seronok membaca travelog ini, hingga tidak ingin menemui penamatnya 😁.
Penulis berpeluang ke Turkiye sebelum dunia dikunci. Ya, sebelum Covid-19, menyekat semua pergerakan dan kita terkunci.
Penulis mengembara bersama keluarganya (suami dan tiga orang anak kecil). Kembara mereka menelusuri sejarah kegemilangan Islam di negara ini. Satu demi satu tempat mereka singgahi dan cerita tersembunyi disebalik setiap tinggalan mereka tekuni.
Melalui travelog ini, banyak maklumat baru saya perolehi. Antaranya:
➡️ Edirgir, Slow City : sebuah bandar yang dikenali sebagai bandar siput (Cittaslow). Hasil Google, saya temui di Turkiye terdapat 21 bandar yang merupakan ahli Cittaslow. Inisiatif ini bermula pada Oct 1999 di Italy.
➡️ Ukuran ketinggian menara di masjid. Ketinggian menara salah satu masjid yang mereka lawati, membawa maksud yang tersendiri. 107.1 meter, bermaksud tahun 1071. Ada sejarah disebalik tahun tersebut.
➡️ Jambatan Golden Horn : salah satu laluan yang dikawal ketat oleh Kerajaan Byzantine, yang pernah dipasang rantai besi untuk menyekat kemaraan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh.
➡️Pemerintah Empayar Uthmaniyah, sultan memakai serban besar di atas kepala. Rupanya, ada fungsi dan maksud kain serban tersebut. Itu merupakan kain kapan untuk diri mereka sendiri. Juga peringatan dan persediaan tentang kematian.
➡️ Terdapat banyak bandar yang dilawati dan setiap bandar tersebut mempunyai tarikan dan keunikan. Antaranya, Ankara, Konya, Bursa, Canakkale, Izmir, Istanbul. Di bandar Canakkale, tarikan uniknya adalah replika kuda Trojan kayu yang membintangi filem Troy (2004).
➡️ Masjid-masjid di sana, menyediakan meja batu di luar masjid, ditempatkan di kawasan yang lapang bagi menguruskan jenazah.
Seperti peribahasa, "jauh perjalanan, luas pemandangan". Begitulah kembara mereka. Banyak lagi perkara menarik yang dikongsikan penulis. Memang tak rugi baca travelog ini 😁.