Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengap

Rate this book
Menerusi "Pengap" dan 19 cerita lain dalam naskhah ini, Lokman Hakim membentangkan pembaca dengan kisah rencam persoalan, merentas masa, muncah latar dan suasana. Gaya kepengarangannya yang deskriptif namun bersahaja - sesekali menjentik - memungkinkan beliau disenarai pendek bagi Hadiah Cerpen Komanwel musim 2019 yang lalu.

189 pages, Paperback

First published May 1, 2022

7 people want to read

About the author

Lokman Hakim

63 books123 followers
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.

His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.

His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.

An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
7 (50%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
1 (7%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
June 15, 2022
Sebuah lagi kumpulan cerpen (kumcer) yang baik daripada Lokman Hakim. Bagi mereka yang mengenali dan pernah membaca kumcer Lokman, pasti sedia maklum akan gaya penulisan dan isu yang menjadi fokus beliau. Lokman bijak bermain kata dan menggunakan simbol serta perlambangan dalam penceritaan kumcer-kumcer. Karya yang pendek namun bersirat mesejnya yang harus dibaca dengan cermat dan teliti. Boleh jadi karya beliau agak tinggi bahasa dan mesejnya bagi pembaca biasa, namun pelbagaian jenis bahan bacaan dalam pasaran buku negara merupakan perkembangan yang positif bagi mencabar minda pembaca untuk meningkatkan keupayaan diri untuk mengenali dan memahami pelbagai jenis disiplin ilmu. Pengap harus dibaca oleh peminat kumcer.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
128 reviews21 followers
January 9, 2023
Saya suka kumcer yang didokumentasikan masa; bila cerpen itu ditukang dan di mana ia disiar. Cerpen-cerpen Lokman Hakim semakin hidup; mencabar kita berfikir di luar kasus pemikiran.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 26, 2022
Kumcer yang diisi dengan cerpen cerpen yang pernah terbit di pelbagai platform oleh Lokman Hakim. Antara kegemaran saya, Gelisah, Manikin, Pengap dan Perempuan Yang Tidak Ada.
Profile Image for Jejaka Buku.
116 reviews5 followers
February 29, 2024
"Kebenaran juga amat menakutkan. Lebih menakutkan daripada duduk bersuara dalam gelap, sambil menabur cerita yang kesahihannya merewang antara kebenaran dan kebatilan."

Pengap, sebuah kumpulan cerpen bergenre fiksyen spekulatif, menghimpunkan cerita yang meneroka sudut imaginasi tidak terbatas. Setiap satu ceritanya mampu meniruskan garisan yang membezakan realiti dan fantasi serta mencabar logik akal. Cerpen yang menjadi kegemaran ialah Gelisah.

Gelisah mengisahkan 'aku' yang mempercayai dirinya merupakan makhluk terakhir di atas muka bumi. Namun itulah apa yang dia percayai selama ini di dunia yang berlatarbelakangkan pascakiamat, hinggalah suatu ketukan di pintu mula menggugah kewarasannya. Walaupun premis cerpen ini ringkas yang mengfokuskan pada kegusaran 'aku' untuk merungkai siapakah individu di balik ketukan itu, penulis berjaya menerapkan keresahan 'aku' terhadap pembaca melalui naratifnya yang cukup menggambarkan keseraman di balik dunia penuh keheningan itu. Unsur debaran dalam cerpen ini juga berjaya bermain dengan perasaan ingin tahu pembaca terhadap penamat yang penuh enigma. Kekurangan ketara bagi kumpulan cerpen ini boleh dikatakan tiada walaupun ada sebahagiannya mempunyai penamat yang agak longgar, tetapi cara bagaimana penulis membawa pembaca hanyut dalam naratif fiksyennya mampu mengatasi kekurangan tersebut. Antara tema utama dalam kumpulan cerpen ini ialah kerakusan manusia dan kepupusan sifat manusiawi.

Secara keseluruhannya, kumpulan cerpen ini untuk mereka yang inginkan kelainan dalam bahan bacaan mereka. Penulis berkebolehan membawa pembaca ke sebuah alam fiksyen unik di mana cerita-ceritanya menyajikan pengalaman pembacaan serba baharu. Rasanya masih lagi tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan cerpen Pengap berjaya disenaraipendekkan dalam Cerpen Komanwel 2019 yang menjadi satu lagi tanda karya fiksyen Malaysia mampu mekar hingga ke peringkat antarabangsa.

4.5🌟/5🌟
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
267 reviews56 followers
August 13, 2023
Buku ni tiada cacat cela (mungkin). Mungkin otak aku je yg tak boleh fokus bila baca cerpen membuatkan aku tak fully enjoy cerpen.

Bila tak fokus, aku tak boleh fully immersed dalam penceritaan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.