Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terima Kasih Allah, Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Rate this book
" Puan, kami akan tidurkan puan sckalt lagi ya
seperti yang dibuat tempol hari.,.
Sakit, senak, ngeri dan menakutican, Rukn
ini berkongsi
pengalaman Norm Oman
sebagai pesakit COVID-19 tahap limmay, kesaka
berdepan ujian paling kritikal, Bagpisoun
beliau diuji debar getar pukulam sal maril
maut, bergelut dan bertarumng rasyarsxat alailauon
keadaan seakan telah mati.
Detik itu, sebelah kaki scolah-olut sudain
tertanam di barzakh, pasrah dan nuemyeran,
menunggu seluruh jasad tiba Manaco, adla
sesuatu yang menghalang,
Dalam kelam antara tidur dam moatt, dalamn
komanya, Norni bagai terdemgar suara- guara
merintih serta meminta..
yang keroudian
membawanya bersujud kepada Allan SW1,
merayu supaya dipulangkan nyawanya untuk
mereka.
Sesungguhnya, buku ini bukan sekadar
perkongsian, tetapi hakikatnya peringatan.

295 pages, Paperback

First published January 1, 2022

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Norni Osman

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (57%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
October 24, 2022
Disaat manusia tidak mampu untuk memberikan kita harapan, pada Allah jualah kita bergantung sepenuhnya akan hidup ini.

Apa yang dirasai penulis, sama seperti saya. Sentiasa berjaga-jaga ketika wabak Covid menyerang dunia. Bukan itu sahaja, tidak lekang di bibir memesan perkara sama pada suami, anak dan keluarga. Akhirnya, diri sendiri yang sentiasa berjaga-jaga dan sering meninggalkan pesan ini jugalah yang menderitai diri.

Tahun ini sahaja, sudah dua kali saya mendapat covid. Syukur, dengan apa yang dilalui masih dalam kawalan.

Apabila membaca buku ini, saya tidak boleh duduk diam. Dari helaian pertama ke helaian seterusnya dan terakhir membuatkan saya ingin terus mengetahui apa yang berlaku. Jika bersambung untuk membuat kerja lain, sudah pasti saya akan mencuri masa hatta 2-3 minit untuk menunggu roti bakar di air fryer masak.

Pelbagai prosedur yang tidak saya ketahui diceritakan di sini terutamanya apabila ingin mendaftar masuk ke Pusat Covid di Serdang. Jika sebelum ini saya hanya mendengar dari rakan-rakan mengenai suasana di sana, kali ini saya membacanya sendiri dan mula membayangkan persekitaran di sana.

Penulis juga membawa saya bagaimana prosedur pesakit tahap 5 ditidurkan untuk beberapa hari bergantung pada ketahanan tubuh melawan penyakit. Ketika ditidurkan, pesakit perlu berselawat terlebih dahulu kerana peluang untuk hidup bergantung pada mesin. Berdebar saya membacanya dan terbayangkan diri sendiri pula pada saat itu. Ya Allah, kerdilnya diri ini jika apabila tiba-tiba diuji sedemikian dengan kekurangan bekal ke akhirat ketika ini. Sungguh saya insaf!

Bukan sekali penulis ditidurkan, malah dua kali! Sepanjang koma, penulis mampu mendengar bual bicara orang sekeliling. Penulis juga mampu menggambarkan bagaimana sibuknya frontliners kita berusaha untuk menyelamatkan beratus nyawa sehingga tidak menang tangan. Ingin membersihkan mulut penulis dan menukar lampin pun tidak ada masa, inikan pula pesakit lain! Ya, tidak dapat saya gambarkan bagaimana huru-haranya keadaan di Hospital Sungai Buloh ketika itu.

Keajaiban demi keajaiban diberikan kepada penulis. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani. Di saat seluruh ahli keluarga, sahabat handai bahkan diri sendiri merasai tiada peluang untuk hidup selepas dua kali ditidurkan, di saat inilah Allah memberikan peluang kepada hambaNya.

Jadi, banyaklah pengajaran yang boleh diambil. Tidak semua orang yang rapat dengan kita itu ikhlas dengan apa yang mereka buat, dan yang jauh itulah yang sebenar-benar prihatin dan bukan sekadar menunjukkan apa yang dibuat. Ini telah membuka mata penulis untuk menilai ketika beliau sedang diuji. Ya, saya sebagai pembaca membenarkan apa yang ditulis oleh beliau kerana saya sendiri juga merasai pengalaman yang sama. Mata hati dibuka untuk melihat dan menilai apabila diri diuji.
Profile Image for Mohd Nordin Che Omar.
213 reviews8 followers
January 17, 2023
Sebuah karya yang perlu dibaca oleh setiap insan bagi menginsafkan bahawasanya kita tidak mempuanyai apa2 kecuali segala kuasa adalah milik ALLAH sbt. Dia yang mengidupkan dan mematikan dan menentukan segalanya buat kita hambanya yang kerdil.

Sebagai bekas pesakit Covid-19, pengalaman penulis jauh lebih teruk daripada apa yang saya alami. Karya ini menyedarkan kita bahawa dunia ini tidak kekal dan semuanya dalam perjalanan ke negara abadi.
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
March 29, 2023
Buku ini merupakan sebuah memoir dari Datin Norni yang begitu "inspiring". Beliau berkongsi pengalaman dari kaca mata sendiri mengenai perjalanan beliau menjadi pesakit Covid-19 tahap kritikal yang hampir-hampir tiada harapan untuk pulih bahkan dirawat dengan kaedah intubasi sebanyak 2 kali.

Penulisan beliau telus dan dalam banyak keadaan berjaya mengungkapkan perasaan dan pandangan beliau terhadap sesuatu peristiwa. Beliau juga memberi bayangan dengan baik akan kecelaruan dan "struggle" yang dialami sebagai pesakit Covid.

Beliau juga telah menukilkan dengan baik pengajaran-pengajaran khusus dan umum yang boleh diambil iktibar oleh semua. Sebagai pembaca, saya juga amat tersentuh dengan nasihat dan pengajaran dari beliau untuk mensyukuri nikmat nyawa dan kehidupan dan berusaha hidup dalam ketaatan kepada Allah. Beliau juga berpesan agar menghargai orang-orang sekeliling terutama keluarga dan perlunya kita mengutamakan keluarga mengatasi urusan lain.

Selain itu, saya amat meminati pantun-pantun yang diungkapkan di hujung setiap bab. Ianya amat kreatif dan menepati tema bab tersebut.
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
June 3, 2024
Seorang wanita yang bergelar ibu, isteri,kawan dan pekerja mempunyai pelbagai agenda dan hal untuk di rancang dan dibuat. Namun demikian, apabila diserang Covid 19 semuanya harus dilupakan dan berserah pada Allah swt.
Kisah Benar yang penuh insafan dengan pengajaran serta bagi saya amat berkesan ialah BERSYUKUR dan berterima kasih kepada Allah Azza Wajalla.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.