KATA ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.
“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh
“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kesah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah
Khalifh telah meminta wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali membuka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.
Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap antara cinta dan budi.
Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.
“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah
“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh
Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?
OMG..another epic read! Kisah Khalif dan Khalifah; dan sebuah hati yang dikongsi; literally sharing the same liver! Walaupun Rehan kata ini penulisan yang santai2 saja (maybe sebab buku pun agak nipis), tapi cerita sangat best! Ayat ringkas, tidak meleret, tidak membosankan dan pace agak laju.
...(stop sekejap..sambung review lagi....) Okay now sambung review lagi. Yang paling interesting tu (beware spoiler..), ingatkan kahwin dengan bos dia si Fendy tu..so i was thinking, eh takkanlah!...buku dah sampai hujung ni. But tipah tertipu! Fendy hanya pengapit saja tapi the way it was described in the preceding chapter tu membuatkan kita ingat dia kahwin dengan bos dia. Walaupun tau yang happy ending dengan Khalif (sebab intai ending!), but still terkena kat chapter tu...Grrr...Pandai RM trick pembaca. Or was it unintentionally?
Suka this kind of read. Rasanya every page tu RM sprinkle gula sampailah ke hujung mukasurat!
Walaupun dapat agak jalan ceritanya tapi saya suka…
Tuah tidak mahu khalifh terima dia kerana budi. Apa yang Tuah mahu khalifh ikhlas terima dia kerana cinta dan sayang.
Suka dengan usaha khalifh dalam menjejak kawan baru dan penderma sebahagian hatinya. Aduh memang fall in love dengan watak Tuah dan khalifh…
“Boleh jadi sebab awak ada banyak payung. Sebab tu awak tak nak saya pulang. Tapi, awak hanya ada satu hati. Itu pun dah dibahagi dua. Saya tak dapat pulang balik. Saya cuma nak hati tu dekat. Melampau ke harapan saya ni?”
Jika awak di tempat dia. Apakah jawapan awak Tuah?”
Part ni memang buat saya turut berdebar soalan yang Khalifh tanya dekat Tuah.
the first thing i think of lepas habis novel ni, "oh, another couple like Nel dan El" kejap! baca habis dulu ayat saya! bukan perangai, bukan jalan cerita, tapi frustration i felt semasa baca. masyaallah, betul menguji ya. tapi! tapiiii, buku ni sangatttt comel, 🥹🫶🏼🫶🏼
Khalifh, sakitnya tiada ubat. sudah dia relakan diri untuk pergi, tetapi dengan kasih sayang ibunya, dia berjaya teruskan hidup. sebelum sihat, amboi lembut gigi dari lidah. lepas sihat, fuh, ayat yang keluar sangat merisaukan. apa apa pun, saya pasrah dengan lelaki ini.
Tuah, si dia yang meminjamkan sebahagian diri. si dia yang selalu menemani. pada mulanya, ingat nak teman sekejap, lah, teman sampai mati terus 👀 tuah ni, sangat sangatlah comel 🥹 dia gunakan 'kita-awak' tahu 🥹 comel sangat.
Nama mereka, sangat dekat. Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh, maka hati juga dekat, eh?
to conclude, tidak, saya tak nangis (fuh, sangat jarang) tapi bergenang air mata tu wajiblah, novel kak Rehan.
apa apa pun, saya tetap tidak minat Fendi. tapi saya suka la juga awak sikit. sikittttlah.
Dah lama aku tak baca novel drpd RM. Last novelnya, Sugar. What can i say about this book? Tak puas aku nak menghayati kisah antara Tuah dan Khalifh. Terasa macam nipis sangat .
Tuah Nur Khalifah. Seorang Barista. Dia sanggup belajar buat kopi di Itali sebab terlalu minat. Dia bekerja di cafe milik Fendy yang digelar RefresHO .
Nik Khalifh. Dia diuji pabila dia menghidap Barah Hati dan memerlukan penderma dengan segera. Keadaan dia agak teruk hingga membataskan penglihatannya .
Pertemuan tanpa sengaja antara ibu Khalifh dan Tuah menjadi titik permulaan bagi Tuah pabila dia diminta membantu Khalifh dan Tuah rela mendermakan sebahagian dr hatinya. Dengan syarat, identitinya perlu dirahsiakan kpd Khalifh, sebab dia taknak Khalifh mencarinya disebabkan budi yg ditaburkan .
Kisah dalam novel ni santai je. Takde konflik2 yang memberatkan. Sesuai untuk mereka yang mencari bacaan ringan .
Bagaimana agaknya pengakhiran kisah Tuah dan Khalifh? Bagaimana dia nak mencari pemilik hatinya, jika dia sendiri tak mengenali, walaupon sepatah nama? .
Okay first, agak mengganggu pandangan saya juga bila baca nama Tuah jadi Tuan kat bahagian sinopsis belakang buku. Ada typo juga kat dalam buku, not a big deal sebab saya masih ada pensel untuk saya coret dan betulkan ejaan tu.
Okay move to best part! Tak sangka cerita ni best gila! The real of "Hati yang Kau Pinjamkan", sebab mereka berkongsi satu organ penting yang sama iaitu hati. Tuah sanggup mendermakan hatinya pada seorang lelaki asing pada dirinya yang dia baru jumpa beberapa hari sebelum membuat keputusan itu. Sebelum hari pembedahan, setiap hari Tuah akan ke hospital untuk menjaga Khalifh, yang awalnya untuk memperkenankan keinginan mommy dan abah Khalifh, tetapi lama kelamaan, rasa ikhlas dan bahagia berada di samping Khalifh mula hadir dalam hati. Begitu juga dengan Khalif, sejak terpandang susuk tubuh Tuah dalam biliknya di hospital bersama mommy nya, dia sudah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu. Sekalipun pandangannya saat itu kabur, tapi dia selalu mengesan kehadiran gadis itu di biliknya hanya dengan haruman yang hadir dari Tuah. Niat Tuah memberikan separuh hatinya juga adalah ikhlas, untuk membantu agar Khalifh mampu teruskan hidup di samping keluarganya.
Tuah berniat dari awal, selepas proses transplant selesai, dia akan jauhkan diri dari Khalifh atas sebab taknak lelaki itu terhutang budi padanya. Dan biarlah kebenaran itu dirahsiakan selamanya. Biarlah suatu hari nanti, andai Khalifh ingin mencari 'kawan'nya yang selalu menemaninya setiap hari di hospital dan mencari penderma hati buatnya, bukan atas sebab termakan budi. Tuah nak Khalifh hadir sebab perasaan indah pada dirinya saja, bukan kerana budi.
Okay paling best sekali, masa nak hujung-hujung novel tu, aduhai dia punya kebenaran dalam menyatukan pemilik-pemilik satu hati tu, HAHAHAHAHA sampai aku pun berdebar tau. Cerita yang santai tapi mampu membuatkan kita terleka dengan jalan ceritanya. Best!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Peleraian cerita agak hambar sebab macam nak create anticipation tapi sbb dah baca and jumpa few books yang guna peleraian yg lebih kurang sama so tak terkejut sangat pun instead dah kinda expected akan jd lagu gitu. Cumanya mengharapkan Khalifh dgn Tuah ni ada conversation yg lg deep between them, cerita deme ni mmg sgt straightforward, rse mcm sekejap sangat.
Kalau pasal karya Rehan Makhtar aku memang bias sikit sebab boleh dikatakan RM lah menarik balik minat aku untuk membaca novel melayu. Buku Rehan Makhtar lah antara buku yang kalau boleh aku nak baca selambat yang mungkin sebab aku tak sabar nak tunggu karya seterusnya daripada RM.
Kisah ini sangat simple dan santai. Mengenai Tuah Nur Khalifah yang mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian hati dia untuk Nik Khalifh atas sebab sebab yang tertentu dengan syarat kedua ibu bapa Khalifh tak boleh mendedahkan kepada Khalifh yang dia lah penderma hati itu.
Selepas Khalifh sedar daripada pembedahan dan dah sihat sepenuhnya, dia mengambil keputusan untuk mencari siapa yang menyelamatkan nyawa dia dengan mendermakan hati ketika diperlukan.
Secara jujurnya memang cerita ini ringkas dan watak pun tak banyak tapi aku sangat suka dengan gaya penulisan RM. Ayat dia memang boleh buat aku berbunga bunga. Watak sampingan macam Fendy dan Rozie pun aku suka sebab mereka ni memainkan peranan yang penting.
Overall bagi aku best especially kalau korang tengah cari bacaan yang santai dan tak berat
This is the first book I read written by Rehan Makhtar. It’s such a light read with only 356 pages. Honestly I would’ve finished it in one go but I purposely took my sweet time to enjoy it. This book has no antagonist and that’s one of the reasons why I like about it.
While the theme of book is romance, it also showcases about loving your parents, how important it is to keep having faith in life and humanity, making sacrifices/ good deeds without expecting for anything in return and most importantly, to be thankful.
That’s all for my review. I can’t to read RM’s other works 😍✨
Sebab saya nak baca buku ni pd sinopsis dia. Saya hairan dan mcm mana benda tu boleh jadi? Sy rasa tak logic dgn keputusan Tuah, klu didunia nyata bukan semudah itu,
Jika seseorang datang melamar buat kebahagiaan anak nya yg sudah nazak utk kali terakhir, will you accept the proposal?
however jalan cerita nya pendek dan padat, tak bosan cuma agak normal for me that i skim 70% of the book, believe me dh 30% tu plot dah masuk, sy mcm OMG not this plot, anything but this 😭🤌 sebab terlalu romantik & indah 💐
Pertemuan dan kisah mereka terlalu indah dan romantik, sgt istimewa. Penyerahan separuh hati dan jiwa Tuah utk Khalif tu memperindahkan lagi cinta mereka. Perjuangan cinta mereka dan rindu yg menggebu, mereka mungkin berbeza tp at the end they both still shared the same heart. ——————————————-
Khalifh - senyuman nya lembut, sikap nya pun lemah lembut, senyum dgn tautan mata nya bertemu Tuah, mungkin Tuah yg membawa tuah dan harapan dlm hidup nya? Khalifh ada lesung pipit ♥️
first time lah fall in love dgn soft spoken man mcm ni, Khalifh SANGAT ROMANTIK
Perangai kuat mengusik dan loyar buruk ke loyal? Haha
Fendy ni mcm Fahmi pulak dh (if you’ve read Dheo you know, and he can speak Italy) ——————————————-
But there’s something in kaq Rehan punya novel, watak perempuan semua agak complicated suka pendam sendiri memandai fikir sendiri sedih sendiri, semua sendiri 🤣 dan bahasakan diri ‘kita’
Fuhhh 😵 Penuh keluh kesah yeee sepanjang aku baca cerita ni :').
Kisah Tuah yang medermakan separuh hati dia untuk Khalifh meneruskan kehidupan. Copp kalini mmg betul derma hati yee bukan yg 'derma hati ku padamu' pickupline tu hahaha.
Biasalah kalau buku kak Rehan kann mmg tak pernah takde pain laaa. Yg ni punya level pain bearable guyss so no worry! Sbb kat sini semua org perangai baik² cuma situasi je yg buat kita sesak dada...
Nasib bila nak menuju ending tu boleh tarik senyum dah HAHAHA. LEPASTUUU i never thought kita-awak would be this cuteee!! Padahal circle aku selalu je guna kita-awak ni tapi x pernah pulak aku rasa comel 🤣
Cerita ni kelakar gak wehh HAHAHAH tang part monologue Tuah adoii ada jeee ragam.
Cerita RM, mana pernah tak best. Best, macam selalu. Cuma cerita ni tak berat sangat, selalu RM buat cerita berat, sedih, sarat dengan emosi. Ni ada lar, tapi tak banyak, boleh handle lagi.
Khalifh - setia, pegang pada janji, sweet, bagus apa yang dia buat kat Tuah tu. Baru padan muka Tuah tu, dok bagi hint pun blur lagi.
Tuah - baik, sangat baik, terlebih baik sampai ke satu tahap ni, tak kena tempat bila dia boleh husnuzon je dengan assumption dia, pastu bagi Rozie plak ganti tempat dia. Urgh! Part tu geram sangat dengan Tuah, kenapa lar sampai macam tu. Nasib baik Khalifh tu bijak okay!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Okay. Buku ni? Light je. Best pun best. Nak kata ada conflict tu ada but not really heavy. Ha sebab apa? Itu you guys kena baca.
Nik Khalifh yang hadir dalam hidup Tuah Nur Khalifah secara tiba-tiba. Datangnya Tuah di hospital kerana ingin merawat dirinya, alih-alih dirinya yang diminta tolong orang lain. Dia bukanlah jururawat mahupun doktor, dia tak mampu menolong apa-apa pada lelaki itu.
Minda kata pergi, hati meminta datang. Siapakah kawan yang sentiasa menemani Khalifh saat dia terlantar lemah? Siapakah pula orang yang memberi separuh hati padanya?
Waktu zu baca buku ni, zu rasa geram sangat sebab apa yang lambat sangat dorang berdua ni bercinta? nak kenal each other? meronta hati nyah 🤣 Tertanya juga, boleh ke terjadi macam ni? Is it possible? And kat blurp tu memang typo eh? 😅
Kalau you guys baca, korang dah boleh agak dah storylinenya macam mana sebab dari awal lagi memang dah tunjuk point penting dalam buku ni.
The key is ✨ communication ✨ Nak kata recommend tu boleh lah kalau nak baca buku nipis 👌🏻
novel ni macam quite cute je.eleh tgh main tarik tali pulak yg sorang tu,cakap je lh suka🧚🏻♀️ walaupun cerita ni agak pendek,tp sgt padat dan mampat pengolahannya. hm cumanya baik sungguh ye FL,sanggup kasi sebahagian hati dia,hm cinta pandang pertama ni.Tapi sy suka la dgn FL,ikhlas dan tk mengharapkan apa" balasan dan kalau boleh dia tknk ML thu pun dialah penderma yang baik hati.tp nk ke penghujung tu suspens ye,igt kwn dia backstab dia🥲
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini kisah Tuah Nur Khalifah seorang barista kerja buat kopi yang dermakan separuh daripada hatinya kepada Nik Khalifh seorang pesakit kanser hati yang tidak dikenalinya. Mereka bertemu dan dianugerahkan oleh ALLAH rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Tuah sembunyikan diri kerana tidak mahu Khalifh rasa kasih dan terhutang budi kepadanya.
Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Aku suka dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa memang comel dan manis ini. Aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila pencarian Khalifh berakhir dan dapat bersatu dengan separuh lagi pemilik cinta hatinya.
Bolehla, tapi tak sebest sugar dgn SUA. Mungkin jugak sbb novel ni sebenarnya dah lama dikarang. Sejak 2013. Cuma diubah dan ditambah lagi banyak scene. Conversation dalam ni, honestly... agak hambar. Tak macam sugar yg kadang tu mudah betul nak naik emosi... kejap sengih, kejap stress, kejap sedih.
Kalau macam novel ni, tak tahula nak kata emosi tu macam mana. Nak kata takde, ada je. Nak kata ada, macam takde. Mungkin jugak sebab guna POV1, tak dapat nak rasa apa yg Khalifh rasa. And sometimes, rasa annoyed dgn Tuah. Asyik nak berahsia je. Last but not least, S tak berapa nak enjoy baca novel ni. Sad
Tuah ni memang baik sampai sanggup dermakan hati pada orang yang baru kenal tapi itulah lurus sangat. geram betul.. banyak kali Khalifh bagi hint sampai kesudah tak dapat tangkap. overall, bestlah baca sebab konflik dia tak berat sangat. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2...
Kata ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia dikatakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi meneruskan urusan hidup&mati dlm hidupnya?
-"Tolong dia. Dialah satu-satunya anak yg aunty ada. Tolong dia.."-
Mula2 baca buku ni eh eh ni dah kenapa ni, tahu2 dekat hospital, tangan terluka, tiba2 dtg pulak entah siapa menangis2, terkejut juga baca, mcm saya terskip beberapa chapter ke?🤣
Btw, saya suka character Tuah dlm buku ni, hati dia baik sgt, bayangkan kau rela bagi sesuatu yg sgt penting dekat stranger tanpa sebarang balasan, tahniah kepada parents Tuah atas didikan kalian , walaupun saya rasa Tuah ni agak pesimis sbb dia awal2 dh fikir mcm mana kalau Khalifh nak dekat dia just untuk balas budi, tapi saya faham apa yg Tuah rasa, dia nak Khalifh terima Tuah sebagai Tuah sendiri bukan semata utk balas budi. Dibuatnya Khalifh tu berjodoh dengan orang lain, dah satu masalah pula. Part Khalifh first time jumpa Tuah dekat cafe tu mcm dah boleh agak Khalifh tahu Tuah tu orang yg dia cari selama ni, bila baca balik, mmg byk hint2 yg Khalifh bagi, lagipun masa Khalifh sakit+penglihatan kabur pun boleh kenal Tuah apatah lagi masa sihat walafiat.
Kadang2 terfikir, mcm mana kalau Khalifh tak akan pernah jumpa orang yg dia cari2 selama ni, adakah dia akan putus asa atau sebaliknya?Yelah setahun mencari merata2. Tapi perancangan Tuhan tu cantik sangat sebab tulah Dia hadirkan Fendy sebagai pengantara.
Tajuk buku, cover buku memainkan peranan yg penting ye dalam cerita ni, bila dah baca tu macam " ohh, sebab ni ke ..."
🌟🌟🌟🌟/5 sbb geram bila sampai keakhir Tuah tak bagitahu hal sebenar, lepastu nak pulak "kahwin" dgn Fendy, konon biar orang lain bahagia tapi sendiri merana (jgn buat mcm ni ye, sbb at the end semua pihak akan terluka)tu pun kalau Khalifh tak tahu sendiri, mmg Tuah takkan pernah bgthu, & boleh pulak dia sokong kalau Rozie dgn Khalifh berpasangan😑
✨ Disclaimer: this imho, tak berkaitan dgn yg hidup dan yg mati
Ku salah faham tentang jantina kerana kesalahan blurb di belakang 😆 tapi tidak mengapa kuberjaya habiskan juga ceritanya.
🔑Kisah Tuah seorang perempuan yang bekerja sebagai barista mengalami kecederaan ringan dan pergi ke hospital untuk mendapat rawatan. Dan... Satu kejadian unik terjadi pada Tuah. Kenapa unik? Jarang sangat berlaku situasi begini. Kiranya Tuah yang bertuah kerana dipilih oleh Tuhan untuk membantu nyawa seseorang yang sudah sampai tahap kritikalnya. Seorang wanita yang meraung bagai nak rak sehingga mengajukan cadangan yang sangat menggegarkan hidup Tuah.
🔑Tuah dalam dilema nak tolong ke tidak. Jadi dia meluah dan meminta pada Puan Khaisara, ibunda kesayangan. Mak siapa yang setuju dengan permintaan anak yang sangat mengejutkan. Lagi pula melibatkan nyawa. Dan separuh organ anaknya akan diambil. Mustahil terus setuju. Tapi disebabkan dia bangga dengan satu-satunya anak perempuan itu. Perlahan-lahan dia cuba reda dan beri peluang pada Tuah untuk bantu insan tersebut.
Hah, nah! Bermula episod mengejar cinta yang tak habis habis menyorok entah celah mana nak menyoroknya. Susah betul!
Setahun selepas itu, Tuah ingat dia boleh hidup bebas seperti biasa. Tapi dia silap... Khalifh tetap memburui dia walau apa jua caranya. Tapi lagi, Fendy juga sedang menunggu dia. Lah pulak, ada dua lelaki yang tunggu dia. Hanya hati Tuah saja yang tahu apa pilihan Tuah 😉
Jalan cerita ini menggunakan POV 1 - Favourite POV Latte dan pada Latte jalan ceritanya santai. Tiada konflik. Tiada nak emosi lebih-lebih. Tak ada nak stress. Overall, okay 👍 Bukunya pun nipis. Ada 300 lebih muka surat. Sesuai untuk reader seperti Latte 🤪
Yang suka novel nipis, santai dan nak cepat habis baca boleh grab novel ni ✅
bahagia rasa kalau bertemu manusia sebaik tuah ini. rasa macam nak ikut, nak contohi segala kebaikan yang dia buat. dan puan penulis, suka dengan cara dia membahasakan diri dia. memang nampak jelas watak dia lembut dan manja.
hati tuah nur khalifah ini pun, aduhai... tipulah kata tak cemburu. walaupun kawannya tak ramai, tapi yang ada sekelilingnya pun sangat menyenangkan. sebab hati dia, tak pandang buruk manusia lain. ikhlas dia, sukar hendak sebut bagaimana.
masa kan tidak, rayuan aunty as itu mampu buat tuah rasa jasadnya itu pun hanya pinjaman. lalu tak salah kalau dia mahu berkongsi hati. hinggakan mama dia sendiri tahu, anak bertuahnya itu walaupun dihalang tetap akan cuba membantu. mama tuah pun manusia yang berjiwa sangat mulia. mana tak tumpahnya kuah, kan?
tapi, tindakan tuah mahu meninggalkan khalifh selepas pembedahan selesai itu rasanya tak patut. dia yang datang pada khalifh sebagai kawan, kenapa kemudian nak tinggalkan lelaki yang terkedang sakit itu? alasan tak mahu khalifh berasa terhutang budi bila tahu dialah penderma hati.
tapi naluri manusia takkan salah. itu satu perasaan yang Allah kurnia istimewa buat manusia. tapi kadang manusia sendiri tersilap menterjemah atau tak pedulikan apa yang terdetik.
watak fendy pula, taklah menonjol mana tapi tetap perlu ada. begitu juga watak rozie. sahabat yang baik pun adalah anugerah.
suka topik yang puan penulis bawakan kali ini. kisah penyakit hati yang dibawa walaupun tak secara detail tapi penyampaian itu mampu buat pembaca faham apa yang hendak disampaikan.
🌹Khalifh dan Khalifah. "Ingatkan nama je compatible, hati pun sama" . Ye, mula² baca buku ni srsly tak expect yang diorg betul² berkongsi hati yang sama. (Bila korang dah baca mesti korang terkejut)
🌹Storyline buku ni pun singkat, padat dan straightforward.Tak de konflik yg heavy langsung. Boleh dikatakan light read jugak la tapi even though buku ni nipis, still ada part yang "agak sedih" jugak. Well, as we all know, buku RM tak sah klau xde part yg sedih kan. 🥺😭 If you want to read a light read, and comforting book, this book is a must. 🤍
🌹 Walaupun buku ni nipis, tapi kita suka buku ni. Dia mcm kita baca kisah cinta seseorang yang innocent tau tak. Ini semua sbb Tuah, btw (Tuah ni watak perempuan) dia bahasakan diri dia "kita-awak" dengan semua org. Comel gilaaaaaaa. 🥺🤧
🌹Khalifh pulak, Ya Allah dia tersangatlah soft spoken and green. Mana nk jumpa lelaki mcm Khalifh ni. Hopefully jumpa one day. Eh eh eh. 🤧 Dia pun bahasakan diri dia "awak-saya" dengan Tuah. Nampak tak kecomelan diorang tu? HSHSHSH 🦋🦋🦋
🌹Kesian jugak la dekat Khalifh. Dia terpaksa cari dua orang insan yang dinantikan dalam masa yang agak lama tanpa dia sedar bahawa orang itu adalah insan yang sama. Insan yang jauh dimata tapi dekat dihati. 🥺
🌹Buku ni tersangatlah recommended! Kita sendiri pun tak expect yang kita suka buku ni. Mula² saje je beli ended up best pulak.
buku ni for me sangat ralat ye. jalan ceritanya sangat mendatar. takde naik turun sangat baca buku ni. sorry to say. but this is me je. lain orang lain citarasa
tak suka love triangle yang ada dalam buku ni. lagi ii sebab dua ii ml green. saya macam, nak pilih yang mana ni ? nak sokong sape ni ? and tuah pun jenis menyerah segala. saya cepat ii habiskan buku ni walaupun dah tau dia end up ngan khalifh, tapi masih bermain teka teki dengan fendy. semua pun play along je 😌
tambahan lagi rozie masuk campur jadi love square pulak dah. i dah lose hope dah dengan cerita ni masa ni. masa ending tu pun saya cam still takleh terima tuah dah kahwin dengan khalifh. sampai part dorang tukar panggilan "abang" tu slowly saya terima
buku kalini memang ending rushing saya tak nafikan. tiba ii tuah dah pregnant ? belum pape lagi hm. ni first buku kak rehan yang tak berapa kene dengan tekak saya. but its okay. ni cuma for me je yang tak suka trope love triangle. mungkin orang diluar sana suka trope ni. kak rehan tak salah apa ii pun, saya yang masalah
keep going ye kak rehan. fly higherr
This entire review has been hidden because of spoilers.
Semuanya serba pantas dan cepat. Macam mana Tuah ditemukan dengan keluarga asing. Tuah terima andai takdir itu telah tertulis oleh Maha Kuasa dengan bersebab jadi Tuah berlapang dada melakukan pengorbanan yang tak pernah terfikir dek akalnya.
Cuma selepas tu sedikit slow bila si Tuah main tarik tali dengan Khalifh. Rasa nak ketuk je kepala Tuah supaya dia jujur je. Tak habis2 dengan terkenang budi tu. Geram! Haha Tapi geram tu sentiasa diredakan dengan sikap suka mengusik dari Khalifh. Tak habis2 sis sengih dan gelak sorang2🤭.
Kesian Khalifh mencari si separuh hati rupanya ada depan mata je. Dah bagi hint pun si empunya tu tak nampak! Ya ampun😌 Watak2 lain pun tak kurang hebat. Si Fendy patut bagi full respect sebab baik dan sabar sungguh! Tak memaksa dan sangat caring🥰.
Tuah tak bertuah kalini bila tangan kena air panas & terjumpa pasangan suami isteri yang tiba-tiba minta tolong dia untuk selamatkan anak nya di hospital.
Tuah punya karakter ni memang kita love. Jenis yang tetap dengan keputusan tapi dalam masa yang sama dia hormat keputusan mak dia. Terlalu baik untuk tolong orang yang tak kenal. Tapi terlalu pentingkan kebahagiaan orang sekeliling daripada kebahagiaan sendiri. Nasib baik ada Ma yang selalu bagi nasihat.
Khalifh ni dia punya usaha nak cari balik siapa kawan & penderma dia masa sakit dulu memang on top! Dia cari sampai dapat walaupun tak tahu nama atau apa-apa pasal Tuah. Tapi berpandukan bau & suara dia usaha jugak walaupun tahu mustahil.
Kita suka plot yang tak berat tapi sarat dengan mesej yang baik. Contoh macam mana Khalifh dah redha dengan penyakit nya. Tuah pulak dengan sifat yang suka bantu orang yang tak semua orang mampu la buat keputusan untuk derma sebahagian hati dekat ‘stranger’.
Cerita ni agak predictable & ada skip masa. Tapi tak mencacatkan plot pun. Cumanya mungkin sebab novel ni nipis, peratus untuk nangis pun beberapa persen je.
Nik Khalifh & Tuah Nur Khalifah. Bukan setakat nama je yang sesuai tapi juga hati sehingga menyebabkan kongsi pelbagai rasa.
Kisah Tuah yang pinjamkan hatinya kepada Khalifh, Kisah Tuah yang melarikan diri dan bersembunyi daripada orang yang dia pinjamkan hatinya, Kisah Khalifh yang setia mencari dan menanti kawan dan pemilik separuh hatinya
Another masterpiece from Rehan makhtar. Karya RM tak pernah tidak membuatkan saya teruja ketika membaca. Pelbagai emosi dapat dirasakan ketika membaca naskah ini. Jalan cerita yang tidak meleret, tidak slow pacing dan yang paling penting penggunaan kata ganti nama diri "kita - awak" tersangat lah comel 🥺🥺🥺.
Kita suka sangat tuah dgn khalifh. Hihi~ cerita kalini mmg santai buku nipis ja. Mmg tkdk conflict org ketiga atau apa2. Actually i ada baca jugak story ni dekat blog. I like that one better. But yang dlm buku ni pon mmg best, but idk i cuma rasa ada certain plot yg boleh ditambahbaik.
Btw kwn tuah dgn bos tuah tu mmg kawan dan bos yg baik. Utk khalifh and khalifah.
Kita tk reti nk explain pepanjang so that all from me~ till next time
okay this book very light,simple dan santai (sesuai la utk org yg bru lepas baca buku yg pain)
cerita ni agak unik ye khalifh dan tuah berkongsi hati yang samaa! comel ye tuah bahasakan diri dia "kita" ..this story tak mendatar langsung and buku ni dia nipis je dlm 385 page je andd dia pnya storyline laju dan x mendatar ..buku ji aku hbiskan dlm masa 1 hari je sbb dia nipis gila antara buku paling nipis yg aku ada .. plot twist ofc ada rehan pnya buku mana xda plot twist
kene scam ye part tuah nk kawin n fendy tu HHAHAHA