Terima kasih penulis sebab tulis buku ini, semoga Allah merahmati usaha saudara dalam memberi input kepada orang awam seperti saya.
Saya suka muka depan buku ini, semasa buku ini diterbitkan dua tahun lalu, banyak kali buku ini lalu di laman sosial saya dan betapa cantiknya setiap kali saya lihat buku ini.
Pendekatan penulis dalam menulis isi-isi di dalam Al-Quran sangat sesuai untuk saya sebagai orang awam. Setiap surah dibahagikan mengikut juzuk Al-Quran, diikuti dengan Nama Surah, Sebab Penurunan Surah, Kelebihan Surah dan Sinopsis Surah.
Melihat kepada penyusunan bahagian dalam menerangkan setiap surah, saya rasakan ia sebenarnya amat membantu untuk pemula yang mahu mentadabbur Al-Quran. Sebab itu, tema buku ini ditulis ialah sinopsis 30 Juzuk al-Quran, untuk kita baca dan dalami makna setiap ayat sebagai permulaan dan beri semangat untuk kita sebagai Muslim.
Ada juga ilustrasi dalam setiap bab untuk mencatikkan perhatian kita, cumanya saya lebih mengharapkan ilustrasi ini lebih profesional sesuainya tema buku ini yang bersifat Islamik. Mungkin boleh letakkan kesenian Islam, jawi atau sebagainya dalam buku ini.
Saya baca buku ini bersama podcast penulis ini sendiri yang sama-sama memberi penerangan tentang ayat-ayat Al-Quran. Saya suka usaha ini, dan sesungguhnya ia amat membantu saya untuk lebih memahami dan juga ada ilmu baharu yang disebut penulis yang tidak ditulis di dalam buku ini. Cuma sayangnya bukan semua surah yang menjadi pilihan penulis semasa sesi podcast live penulis sewaktu bulan Ramadan dua tahun lepas.
Maka saya mengharapkan penulis diberi kelapangan masa dan kekuatan untuk mulakan semula sesi podcast berkenaan Fa Inni Qarib tetapi versi lengkap.
Sayang rasanya sebab sudah ada bukunya, jadi saya harapkan ada sesi yang lengkap dari penulis dalam menghuraikan penulisan-penulisan beliau dalam buku ini.
A good book for a starter, termasuklah saya orang awam yang mahukan continuous learning tentang Al-Quran.