Mesir begitu tertanam di hati Hamka. Kecintaannya terhadap Negeri Piramida itu ditanamkan oleh ayahnya sejak kecil, tumbuh tekad kuat untuk mendatangi negeri itu. Impiannya terwujud pada tahun 1950, Hamka menginjakkan kakinya di Mesir setelah melaksanakan ibadah haji. Disusurinya negeri itu dengan penuh kekaguman, setiap sudut kotanya penuh daya tarik bagi Hamka. Piramida, spinks, masjid-masjid agung, hingga jalan-jalan kota yang penuh sejarah.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Jauh bezanya kembara seorang yang kaya ilmu dengan kembara orang kebanyakan. Dari sebuah Sphinx sahaja, HAMKA dapat memintal sejarah panjang Mesir sejak sebelum Iskandar Macedonia hingga zaman Pasha.
Setiap objek, kejadian dan hal yang berlaku sepanjang perjalanan kembara HAMKA, diulas dari perspektifnya yang padat dengan ilmu. Semua perkara lantas menimbulkan keinsafan, hatta yang dilihat ialah kebejatan.
Kaherah memang sebuah kota luar biasa, dan apabila catatan tentang kota ini ditulis pula oleh tokoh Nusantara yang luar biasa, maka ia pantas saja menyerap ke jiwa.
Ziarah HAMKA bertemu para ilmuwan dan pemimpin Mesir, lawatan ke tempat pelancongan, pemerhatiannya tentang kebudayaan dan sejarah Mesir serta binaan-binaannya ialah rencah penting yang bergabung dalam buku yang mengujakan ini. Dan sudah tentu, seperti karya-karya beliau yang lain, penceritaan HAMKA selalu menghiburkan kerana gaya bahasanya yang istimewa. Walaupun nota kaki yang begitu terperinci telah menyelamatkan pembaca dari terkeliru dengan kesilapan fakta dalam karya HAMKA.
Inilah buah tangan HAMKA untuk para pembaca hasil lawatan sebagai wakil kerajaan Indonesia, tidak lama setelah kemerdekaan negeri itu. Ia bukan sahaja sebuah travelog, tetapi juga rakaman sejarah tentang satu period ketika pertembungan Timur-Barat begitu mengesankan, yang memperlihatkan mentaliti rakyat negara Islam setelah bebas dari cengkaman penjajah.
Walaupun Hamka mengembara ke salah satu negara yang menjadi minatnya – Mesir – selama tujuh hari, Hamka mampu mencoret dengan cukup mendalam mengenai tokoh-tokoh penting di sana selain menganalisis fabrik sosiopolitik yang mewarnai kanvas sosial di sana.
Disebabkan minat beliau yang mendalam terhadap dunia sastera, agama, sosiologi dan budaya Mesir, Hamka sempat bertemu dengan Abbas al-‘Aqqad, Taha Hussein dan Dr. Muhammad Hussein Haikal yang cukup tersohor dalam dunia kesusasteraan “Umm al-Dunya” itu.
Dalam buku ini juga, pembaca dapat melihat bagaimana Hamka menelaah sejumlah karya tokoh penting di Mesir selain menghayati bait-bait lirik Umm Kalthoum dan Muhammed Abd el-Wahab selain karangan Bint Shati’ dan Ahmad Syauqi.
Antara tempat yang sempat dikunjungi beliau ialah Masjid Sultan Hassan, Piramid Giza dan Abu al-Hawl dan Hamka ternyata menyesal sekali kerana rihlahnya di sana terlalu singkat sehinggakan ramai lagi tokoh yang tidak sempat beliau temui seperti Umm Kalthoum dan banyak lagi tempat yang tidak sempat beliau kunjungi seperti Luxor.
Mesir ternyata menyimpan seribu satu khazanah peradaban dunia baik dari sudut manuskrip, tradisi keilmuan dan kesenian sehinggalah ke aspek budaya, sosial dan sejarah ketamadunan dek kerana geografinya yang strategik dan interaksi budaya dan ketamadunan antara Timur dan Barat yang begitu rancak berpusar dari dahulu sehingga hari ini.
Kekaguman saya terhadap Hamka semakin bertambah apabila melihat bagaimana Hamka begitu cermatnya dalam mengurus pendapat yang berbeza tanpa menimbulkan persengketaan yang lebih besar. Ini dinukilkan dalam perjalanan Hamka ke Mesir (sebelum ke Iraq) ketika pertemuannya bersama Tuan Karam Ali seorang penganut Syiah yang membawa kesimpulan bahawa kesatuan adalah lebih penting daripada berbalah tanpa henti.
"Tetapi sekarang tarikh (sejarah) itu sudah lama berlalu, riwayat telah berubah. Kaum Bani Umaiyah tak ada lagi. Dan kaum Syiah masih ada di dunia. Sebab-sebab pertentangan yang timbul kerana politik, untuk satu zaman, tak usah kita perpanjang ke zaman lain. Dunia Islam menghendaki penyatuan!" (Hlm. 7)
"Apalagi yang kita harus murkakan kepada Bani Umaiyah? Dia telah lama musnah. Pembalasan Bani Abbas kepada mereka pun sangat kejam. Berdiri bulu roma jika hal itu difikirkan. Tetapi jasa Bani Umaiyah di Sepanyol tidaklah dapat kita sebagai umat Islam melupakan begitu saja" (Hlm. 11)
Antara lain, Hamka juga bertemu dengan tokoh-tokoh besar Mesir ketika itu iaitu Dr Mohammed Hussein Haikal Pasha, Dr Taha Hussein, Syeikh Al-Azhar (institusi terulung) dan lain-lain lagi. Ziarah ke tempat-tempat bersejarah juga dibuat, antaranya ke masjid pertama Mesir; Masjid Amr Al-As, piramid Giza dan muzium. Juga dibahas masalah khurafat yang berlaku di Mesir ketika itu sehinggakan ada yang berguling di makam dikatakan 'wali keramat', ada pula mengirim surat permintaan di makam Imam Syafie, dan ada juga batu marmar yang dijilat sehingga menjadi cekung.
Sesungguhnya 'travelog' ke Mesir ini; (walaupun bukan rasmi, sebaliknya Hamka menjadi delegasi mewakili Indonesia), bukanlah perjalanan yang menjadi kebiasaan orang, bahkan ia suatu rehlah ilmu yang sarat dengan perbahasan yang saya idamkan. Selain daripada catatan di Mesir ini, saya sarankan pembaca mengikuti perjalanan Hamka yang lain iaitu ke Iraq (Di Tepi Sungai Dajlah) dan Amerika (4 Bulan di Amerika).
Asalnya, membaca catatan perjalanan tokoh besar alam Melayu dan Indonesia ini adalah untuk mengenang-ngenang kembali nostalgia di Mesir dan juga mencari buku yang boleh dikhatam dengan cepat untuk mencapai sasaran baca tahun ini.
Rupa-rupanya saya salah. Tidak hanya dapat bernostalgia dan potensi tamatkan sasaran baca, buku ini menyegarkan pengetahuan dan pemahaman terhadap banyak sisi daripada sejarah politik, budaya dan sastera di Mesir hingga pandangan alam Hamka yang perlu diletakkan dalam konteks zamannya.
Memang jelas aliran pemikiran modenis Islam dapat dikesan dalam catatan perjalanan Hamka ke Mesir ini, iaitu mengikut jalur Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha dengan pengetahuan mengagumkannya dari bidang falsafah dan sastera Barat hingga filem serta muzik.
Semakin saya membaca tulisan HAMKA, dari sebuah buku ke sebuah buku yang lain, semakin saya mengagumi ketokohan dan keilmuannya.
Buku ini merupakan sebuah travelog yang ditulis berdasarkan lawatan beliau ke Mesir. HAMKA menunjukkan teladan bagaimana tiada satu perkara pun yang dijalankan dalam hidupnya menjadi sia-sia. Beliau menyiapkan dirinya dengan banyak ilmu dan maklumat tentang bumi Mesir dan tokoh-tokohnya.
Begitu ramai tokoh yang ditemui dan tempat yang dilawati telah dicatatkan isinya untuk dirinya dan semua pembaca. Ia menjadikan travelog ini begitu sarat dan maklumat dan ilmu baharu yang dituliskan dengan santai dan mudah difahami.
Ia sesuai dibaca oleh pembaca di usia semuda sekolah rendah, di usia 10 tahun, hinggalah kepada usia warga emas.
Rasa termotivasi dengan kesungguhan beliau mencatatkan perjalanannya dan dibandingkan pula pada setiap satunya dengan situasi di Indonesia. Ia membolehkan pembaca untuk lebih memahami perbandingan di antara kedua-dua tempat ini pada tahun 1950an.
Menyusuri Lembah Sungai Nil adalah mengisahkan perjalanan HAMKA selama 7 hari di Mesir. Gaya perbincangan masih berada pada tahap yang sama dengan Buku HAMKA yang lain.
Membaca buku ini , anda akan dapat membayangkan suasana di Mesir , ulasan/pandangan HAMKA terhadap beberapa isu ketika di Mesir, Sejarah dan refleksi yang membawa kepada perbincangannya isu-isu yang berlaku di Indonesia juga. Bahagian paling menarik pada pandangan saya adalah apabila HAMKA melakukan refleksi ketika berada di hadapan salah satu monumen hebat di Mesir
Naskhah yang berkisarkan pengembaraan Hamka ke Bumi Kinanah Mesir pada tahun 1950. Sejak kecil, Hamka belajar Bahasa Arab dan sering mendengar cerita Mesir kisah dari Al Quran melalui arwah ayahnya. Kemudian beliau banyak membaca buku buku dan sastera daripada Arab Mesir. Semua itu telah menanamkan Mesir dalam jiwa Hamka. Melalui travelog ini, Hamka berkongsi dengan para pembaca tentang Mesir dan ibrah berdasarkan pengalaman Hamka sepanjang berada di sana.
Di kesempatan yang ada, Hamka menziarahi beberapa tokoh tokoh hebat di Mesir sama ada dalam bidang akademik, politik mahupun kewartawanan. Dikongsikan juga sedikit sebanyak Sejarah tokoh tokoh ini. Kemudian Hamka berziarah ke Al Azhar dan Universiti Fuad I (Universiti Kaherah). Di samping itu, beliau turut berkunjung ke Lembaga Kebudayaan Arab.
Antara tempt yang sempat dikunjungi Hamka adalah Piramid Giza, muzium Mesir, dan masjid masjid yang mempunyai sejarah tersendiri. Hamka juga berkongsi tentang industri film Mesir dan bagaimana pengaruh budaya terhadap akhlak selepas perang. Melalui buku ini, kita bukan sahaja mendapat gambaran Mesir zaman 50-an tetapi disajikan dengan pandangan Hamka sendiri tentang Mesir dan seluruh isinya dari aspek pendidikan, budaya, sosial dan politik.
Pengembaraan Hamka bukan sekadar berjalan secara fizikal, malah ia adalah perjalanan akal dan hati. Hamka dan Sejarah berpisah tiada. Bacalah mana mana buku Hamka pengetahuan Sejarah beliau tidak ada tandingan. Yang paling menarik adalah bagaimana Hamka mengaitkan setiap perjalanan yang dilalui di Mesir dengan budaya dan pemikiran di Indonesia.
Membaca Menyusuri Lembah Sungai Nil buat aku betul-betul percaya dengan kata orang; “manusia lebih mudah mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain berbanding daripada fakta”. Pengalaman dan cara HAMKA memandang sekeliling buatkan kita rasa betapa pentingnya penulisan sebuah travelog.
Perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh dua orang kembar pasti wujud beberapa inci perbezaan, apatah lagi jika dibandingkan perjalanan tokoh masyarakat. Sudut pandang dan persepsi manusia adalah pengaruh daripada pengalaman-pengalaman hidup.
Aku tak jumpa berapa lama tempoh yang HAMKA gunakan untuk merantau ke negara Sungai Nil ini, tapi ianya berlaku pada tahun 1950 ketika membimbing jemaah haji, sekaligus mengambil kesempatan ini untuk menjelajah ke negara-negara Timur Tengah termasuk Mesir dan Iraq.
Mewakili Presiden Indonesia, Soekarno dalam melakukan kerjasama budaya bukanlah satu perkara kosong, terutama lawatan yang beliau lakukan ini “merdeka daripada protokol diplomatik”. Kebebasan ini juga yang mungkin beliau gunakan bagi menterjemah rasa menerusi karya ini.
Daripada soal budaya, pendidikan, agama, seni, budi dan masyarakat, semuanya cermat disentuh dengan kacamata “orang budaya”.
Pendidikan;
Dalam tempoh musafirnya di negara ini, ada beberapa aspek tempatan yang beliau muatkan dan membuat perbandingan dengan tanah asal beliau. Sebagai ahli ilmu, soal pendidikan tak akan terlepas daripada dibicarakan. Dilihat dengan serius dan ditulis dengan jujur dengan cara yang suci.
Melihat sudut pendidikan, bagaimana ianya menjadi faktor utama yang mencorak keadaan masyarakat. Pendidikan wanita di Mesir yang kurang mendapat perhatian pada ketika itu dibandingkan dengan aspek yang sama di Indonesia.
Bagaimana dengan pendidikan ini juga kebajikan masyarakat dibela. Tokoh seperti Ibu Rahmah El-Yunusiah kerap kali disebut, diletakkan sebagai perbandingan kemajuan pemikiran bagi pembaikan hak pengajian wanita. Kita maklum bahawa Indonesia memang kaya dengan tokoh wanita seperti Raden Adjeng Kartini dan Dewi Sartika, yang rata-ratanya meletakkan soal pendidikan sebagai faktor utama kemajuan bangsa.
Namun Mesir pada waktu itu bukanlah bertuah seperti masyarakat di tanah air penulis, sehinggalah wujudnya Universiti Mesir atau Universiti Fuad I (sekarang Universiti Kaherah) yang menyediakan peluang pendidikan lanjutan bagi wanita Mesir.
Suka juga renungan beliau tentang kerugian Mesir dalam melahirkan tokoh agamawan dalam kalangan wanita. Yang peliknya, suasana kekurangan tokoh ini tidak berlaku dalam wilayah ilmu moden. Apa mereka tidak mampu menjadi rujukan dalam agama atau suasana yang menghalang pembangunan sosial ini?
Ketinggalan dalam penekanan terhadap aspek akar ini menjadikan wanita Mesir (ketika itu) mudah percaya dengan tahayul aktiviti luar logik yang menggugat dasar kehidupan mereka. Malah perkara ini maklum, kekurangan didikan agama bagi kaum ibu menjadikan generasi kemudian akan mengalami masalah kemarau guru dalam keluarga terutama ketika zaman budi dibentuk. Masalah ini akan menjadi lebih besar jika mereka berasal dalam masyarakat yang dirosakkan budayanya.
Agama;
Aku takjub dengan usaha HAMKA memahami keadaan sekeliling. Ada perkara yang menarik tentang hipotesis beliau berkaitan cara masyarakat dunia secara umumnya “beragama” sebelum dan setelah peperangan. Cara pandang beliau membuka ufuk pemikiran tentang frasa budaya itu sendiri. “Budaya” yang dilihat HAMKA tidak terhad pada adat dan budi, namun antara hal-hal yang saya perasan adalah ia juga mencakupi bagaimana mereka hidup. Dan termasuk dalam soal ini, soal keberagamaan.
Tekad beliau memasuki pasar masyarakat yang rosak. Semua ini bagi mengenal pasti dengan mata kepala sendiri sejauh mana kebejatan yang berlaku, faktor serta jalan keluar yang terbaik. HAMKA sedikit sebanyak melakar semula garis had yang patut digunakan oleh pendakwah dalam berinteraksi sesama manusia.
Seni, nilai dan budaya;
Hasil penelitian HAMKA terhadap masyarakat yang pelbagai, ada beberapa rumusan yang beliau tuntaskan, yang paling menarik tentang wujudnya di dunia ini dua tingkatan seni yang berbeza. Dan dua tingkatan ini jugalah yang menjadi nilai sempadan antara dua jenis manusia. Yang satu seninya berorientasikan budi dan mengangkat maruah manusia manakala di pihak satu lagi, nilainya hanya bagi memenuhi syahwat manusia.
Hal inilah yang HAMKA lihat sebagai faktor utama mengapa masalah kebejatan akhlak tidak kunjung sembuh walaupun pemerintah sudah melakukan bermacam-macam usaha. Kata beliau, “…kalau di satu negeri, budi rakyatnya belum jatuh, rakyat itu sendirilah yang akan melempari tukang-tukang pembuat tontonan demikian dengan batu.”
Melihat cara HAMKA yang serius memberi perhatian kepada masalah dan faktor-faktornya, semacam ini juga perlu kita lihat dalam masyarakat sekeliling. Soal faktor asas, keadaan semasa dan masalah utama perlu kita tekuni dalam menyelesaikan sebuah masalah yang bukan hanya di permukaan.
Keseluruhan buku;
Bagi orang yang baru berjinak dalam pembacaan, aku rasa karya ini adalah buah minda yang luar biasa daripada seorang pemikir dan pejuang bangsa. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Jejak Tarbiah atas usaha murni mereka dalam mencetak semula manuskrip agung ini. Editor sejarah yang bagi aku sangat membantu pembaca membuat pembacaan secara kritis.
Sebagai manusia wajarlah ada beberapa perkara yang aku kurang bersetuju dengan idea penulis, namun aku yakin memang itulah hasrat utama penulis, agar wujud di sana interaksi antara penulis dan pembaca.
Sebagai seorang penuntut yang belajar Bahasa Arab, aku juga takjub kemahiran menterjemah makna HAMKA. Menterjemah suatu teks dalam satu bahasa kepada bahasa lain mungkin bukan cabaran besar bagi orang kebanyakan, namun menjaga makna asal sebuah kalam, meletakkan ia pada hati pendengar atau pembaca adalah suatu kemahiran yang berbeza. Dari sini aku faham, bahawa untuk menterjemah satu bahasa dengan baik, penguasaan bahasa dan budaya kedua-dua bahasa sangat memainkan peranan.
Alhamdulillah, ini merupakan buku penutup aku untuk 2024. Dalam dua bulan juga digunakan untuk selesaikan pembacaan. Buku paling lambat terbaca hahh, tapi telah tersenarai di turutan teratas Buku Paling Serius Aku Baca. Dua bulan yang sangat panjang di samping bacaan-bacaan wajib dan komitmen lain, telah mengajar aku membaca secara lebih serius dan tenang, terutama dalam menghargai tulisan penulis.
Saya membaca buku ini ketika sedang di tingkat akhir universitas Al-Azhar. Saya merasa bahwa cara saya melihat Mesir terlalu sederhana. Sedangkan kata Buya Hamka, hendaklah kita melihat sesuatu tidak dari kulitnya saja.
Inilah kenapa ketika melihat Al-Azhar misalnya. Buya melihatnya sebagai saksi lahirnya banyak cendekiawan hebat. Bagaimana Mesir sebagai gudang sastrawan dan penulis kelas dunia. Bagaimana Piramid (dan abu houl) masih mampu berdiri kokoh di sepanjang garis waktu sejarah manusia —yang seringkali berdarah-darah.
Bagi saya, Abbas Aqqod mungkin hanya sebatas nama jalan atau juga penulis yang syi'ir nya jarang betul saya baca. Tapi bagi Buya Hamka Abbas Aqqod adalah 'destinasi' pengetahuan yang lebih bernilai, sebab darinya muncul diskusi seputar keislaman, sastra, sebuah pertanyaan, "adakah wahabi di Indonesia, Hamka?"
Bagi saya, Thoha Husein mungkin hanya sekelumit nama yang saya dengar sayup sayup dari seorang teman dari jurusan sastra Arab. Tapi bagi Buya Hamka, Thoha Husein adalah penulis-pemikir yang meski buta tapi mampu melihat lebih dari orang yang bisa melihat beneran.
Buya Hamka adalah Buya Hamka itu sendiri. Darinya mengalir kata dan pikiran yang begitu bernas. Ketika pulang, ketemu Bundo Rahmah El Yunusiah dan beliau menyatakan keinginannya untuk mengirim anak-anak Diniyah Puteri belajar ke Mesir. Buya dengan tegas bilang, "Kalau sekarang-sekarang ini belumlah ada yang akan menyambut perempuan belajar ke sana. Justru perempuan Mesir lah yang harus belajar ke perguruan kamu ini".
Sebagaimana Buya Hamka yang berat betul meninggalkan Mesir sebab masih banyak tempat (dan tokoh) yang mesti diziarahi sementara pelesir harus bertolak ke Iraq, maka begitu pula saya akan melihat Mesir sebagai rumah yang sulit betul untuk ditinggalkan nantinya. Akan saya gunakan tahun terakhir ini untuk hidup sehidup-hidupnya.
Pemerhatian dan buah fikiran beliau luas, ditambah dengan nota-nota kaki tambahan oleh pihak penerbit, buku ini bagai sebuah khazanah tak lapuk dek zaman. Membakar semangat pembaca tanpa bahasa yang keras atau suara yang lantang. Sentiasa ramah mesra dan buat kita selesa. . Bagi memahami konteks pengalaman yang dikongsikan, adalah perlu untuk kita baca “Kata Pengantar” elok-elok. Terima Kasih buat Tim Jejak tarbiah dalam usaha mencari manuskrip dan menerbit semula karya ini. Jazakumullahu Khairan Kathira 💕 . Sabar itu sukar, tapi boleh dilakukan. Itulah yang saya simpulkan daripada cara beliau menjawab soalan dan melayan karenah banyak orang mengenai Islam dan isu semasa dengan tenang, tapi tidak membosankan itu, amat saya dikagumi. A skill that not everyone possessed. Namun, ada senda gurauan beliau yang mungkin agak sensitif untuk dunia hari ini, tapi niat beliau baik rasanya, so dimaafkan je lah.
Seronok baca penelitian dalam setiap perjalanan beliau, kaya dengan kata-kata adjektif dan peribahasa. Banyak belajar bahasa Belanda juga. Ramai tokoh-tokoh penting dalam pembangunan masyarakat Islam dan perjuangan kemerdekaan bangsa diperkenalkan. Pelbagai mazhab dan aliran dikongsikan secara umum, supaya kita sedar dan tahu. Bertambah ilmu sejarah saya.
Antara peribadi/perjuangan tokoh-tokoh yang terkesan buat saya: ▪︎ Dr. Taha Hussein Pasha ▪︎ Ahmad Amin Bey ▪︎ Syeikah Rahmah al-Yunusiyyah ▪︎ Muhammad Ali Alluba Pasha . Akhir kata, senantiasalah berusaha untuk rendah hati, minda terbuka dan berjiwa besar.
Mesir - sebuah negara yang hanya saya kenali melalui pusat pengajiannya yang sangat terkenal iaitu Universiti Azhar. Dan piramidnya yang tersergam di padang pasir yang menjadi tumpuan seluruh umat manusia.
Namun, melalui pengembaraan Hamka ke bumi Sungai Nil, ianya memberikan saya satu perspektif baru mengenai Mesir. Mesir pada tahun 40an - 50an adalah sebuah negara yang tidaklah mundur sebagaimana jiran-jirannya yang lain. Pesat pembangunannya dan bersaing dengan baik terutamanya dalam membangunkan ekonomi selepas penjajahan. Dan apa yang diulas oleh Hamka adalah aspek pendidikannya di mana ramai anak muda dari serata negara tertumpu di Mesir untuk menuntut ilmu daripada para alim 'ulama.
"Di mata Hamka, Mesir dapat dijadikan sebagai model keserasian antara Islam dengan kemodenan Barat walau terdapat beberapa unsur kebudayaan Barat yang wajar dikikiskan kerana bercanggah dengan kehendak Islam'.
Sedikit intisari daripada travelog Hamka ke Lembah Nil :
1. Umat Islam perlu bersatu. 2. Utamakan kepentingan ummah berbanding kepentingan diri sendiri (terutamanya pemimpin negara Islam) 3. Elakkan pergaduhan disebabkan perbezaan mazhab. 4. Jadi orang yang kuat (terutamanya dalam ILMU) supaya musuh tidak dapat menindas dan mempergunakan orang Islam. 5. Kukuhkan sistem pendidikan. 6. Lengkapkan diri dengan sifat tawadhuk, merendah diri dan bersederhana dalam pergaulan.
"...pergaulan kita sesama Islam haruslah luas. Hormati orang lain dalam fahamnya, supaya dia hormat pula kepada kita dalam faham kita!". (Hamka)
Menyusuri Lembah Sungai Nil Oleh Hamka Diterbitkan oleh Jejak Tarbiah Penilaian Goodreads: 4.47/5 Penilaian Saya: 4.8/5
"Pada suatu hari, Ibu Rahmah El-Yusuniyah bertanya kepada saya; "Banyak anak-anak di madrasah saya ingin melanjutkan pelajaran agamanya ke Mesir. Bagaimana pendapat adinda?" ... Lalu saya sambung pula; "Tetapi kalau hendak melanjutkan ke sekolah tinggi umum, memang saya kuatkan belajar di Universiti Fuad I. Sebab bahasa pengantar di sana ialah bahasa Arab."
Travelog perjalanan abuya Hamka ke negara tamadun tinggi dan peninggalan anbiya' pada tahun 1950, amat berbeda nukilannya jika dibandingkan dengan tulisan orang kebanyakan. Pedomannya banyak, makna tersiratnya terkesan di jiwa. Terima kasih Jejak Tarbiah kerna menerbitkan tulisan ini.
"Tertegun lamanya saya di hadapan Abu al-Hawl itu. Saya bertanya kepadanya: Hai Abu al-Hawl! Mengapakah engkau tersenyum penuh rahsia? Mengapa engkau mengejek begitu? Siapa yang kau ejek? Apakah engkau ejekkan firaun yang sombong dan angkuh yang hendak mengakui dirinya Tuhan? Lalu menentang Tuhan sendiri, tetapi utusan Tuhan, Nabi Musa AS yang menjadi musuhnya di kemudian hari, dipeliharanya di dalam rumahnya."
Sebagai peminat buku-buku HAMKA banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku sebelum ini ketika membaca buku-buku beliau yang lain terjawab setelah menamatkan buku MENYUSURI LEMBAH SUNGAI NIL ini.
Persoalan penuh tanda tanya betapa luasnya bacaan beliau ketika menulis dan mengupas perbahasan-perbahasan yang berat bersifat falsafah terjawab sepenuhnya dalam buku ini.
Perlu diakui bahawa sesungguhnya beliau memang seorang story teller yang sangat baik. Fikiran kita terbayang dan turut sama mengembara di tahun 50-an di Mesir.
Ketika kita di Tanah Melayu ini masih bergelut dan berjuang menuntut kemerdekaan daripada British, beliau sudah berada di Mesir memerhati perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan di sana.
Fikiran ini masih tidak dapat berhenti daripada pengembaraan menarik itu. Bacalah sambil ditemani dengan perlahan lagu-lagu Ummu Kulthum pasti membuatkan roh anda terbang terawang-awang di bumi Mesir.