“Kita sekarang kat rumah Adam.” Iqbal menyuakan henfon ke arah Adam. “Okay bro say hi.”
“Halu geng!” kata Adam sambil membuat isyarat peace senget ke tepi. Stylo habislah tu?
Kemudian dia menghalakan kamera kepada Nadia dan Dira. Mereka meletakkan tangan di bahu masing-masing sambil membuat muka comel. Dira sempat mengenyitkan mata sebelum Iqbal mengalihkan henfon ke arahku.
“Yo,” kataku ringkas, kemudian arahkan telunjuk ke arah kotak misteri.
“So kita sekarang kat rumah Adam, dia order mystery box dari dark web, and now we are going to unbox it,” Iqbal memberikan naratif. “Nervous siot.”
“Tau takpe,” balasku.
Adam mula memotong pita pelekat dengan pisau butterfly miliknya…
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah.
Menghasilkan novel KACAU, GELAP, MEREKA, UNBOX & SYARIKAT bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.
Aku pernah baca buku2 penulis bestseller macam Syafiq Aizat, Nadia Khan, Mat Gorn, Hasrul Rizwan. Rasanya dalam ramai2 penulis bestseller Fixi, Ariff Adly yang paling tak OK mutu penulisannya. Rasa macam membaca tulisan penulis yang baru mula bertatih. Padahal Ariff dah tulis 4-5 buku kot. Penulis yang berpengalaman sepatutnya tahu apa yang patut dimuatkan dalam penulisan dan apa yang patut dibuang. Unbox terlalu deskriptif. Maksud aku bukannya hal-hal gore yang terjadi kepada wataknya. Tapi hal2 leceh sebab perbuatan seharian watak tu. Macam baca diari seharian setiap watak pun ada.
"Aku bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi, pakai baju, dan tiba-tiba ada hantu."
"Tiba-tiba" tu pun masalah juga. Asyik-asyik "tiba-tiba." Bagi aku penulis yang baik tak perlu bergantung kepada "tiba-tiba" untuk wujudkan elemen kejutan.
Dan silap aku juga baca novel ini dua bulan selepas baca KACAU. UNBOX lebih kurang sama plotline dia dengan KACAU. Teknik POV sama, jalan cerita pun sama, cuma plot devicenya berbeza. Malah suara watak pun sama dalam setiap POV. Maksud aku kalau tak dinyatakan nama watak pada setiap POV, mungkin orang akan anggap mereka ni orang yang sama.
Aku harap peminat Ariff Adly tak marah dengan review ni. Untuk Ariff, semoga dapat baiki mutu penulisan di masa akan datang
Benda yang aku rasa takut nak buat setelah habis baca Unbox: Perbuatan nyahkotak itu sendiri. Bayangkan kalau…….
Premis yang menarik. Inspirasi dari kotak dybbuk yang katanya dihantui oleh roh dybbuk dari mitos Yahudi, novel ini menceritakan tentang nasib yang menimpa sekumpulan 5 orang kawan seusai mereka unbox bungkusan misteri yang dibeli dari laman web gelap. Asalnya suka suka, tak sangka berakhir dengan tragedi bersiri yang bakal mengubah hidup mereka. Sangat gore dan buat bulu roma tegak juga (aku baca tengah malam). Boleh bayang sebiji-sebiji insiden ngeri yang berlaku - dari scene kuku tercabut, isi daging membusuk, tulang belakang patah kebelakang, isi perut terburai dan macam-macam lagi. Dialognya kemas dan tidak janggal. Jalan cerita yang agak fast-paced juga buatkan aku mampu habiskan naskhah ini dalam masa 24 jam. Tapi barangkali kerana naratifnya agak laju, aku tak berapa feel sangat impak emosi dan psikologi watak-watak, lagi-lagi bila ada benda seram dan kematian yang terjadi. Apa-apa pun ia masih satu karya seram yang menarik sebab berjaya buat aku takut nak pergi tandas dan hidu kuku sendiri.
Tergelak kecil dengan epilog. Tak sangka sayang betul Paan dekat Emy.
Ariff Adly dari dulu kalau tulis naratif tentang persahabatan dalam tema misteri dan seram memang selalu buat aku berdebar. Intens dan penuh saspen, UNBOX ada jalan cerita yang mudah diagak tapi aku suka cara penulis garap penceritaan dan perspektif watak-wataknya yang bergerak seiring perkembangan cerita. Misteri kotak yang menurut kata Adam dibeli dari web gelap, dan 5 sahabat berkumpul untuk satu sesi unboxing; patung tanpa mata, helaian rambut hitam, paku, syiling dan objek pelik dalam kotak kayu dengan setiapnya datang bersama perenggan amaran-- pada setiap satu kemahuan, nyawa dan jiwa jadi taruhan.
Penceritaannya lebih tertumpu pada naratif Sid dengan sebahagian perspektif Adam, Dira, Nadia dan Iqbal di antara sela bab. Suka cara penulis perincikan setiap babak-- dialog-dialognya diolah kemas tanpa meleret dan adegan seramnya walau kadang agak jijik tapi bagi impak ngeri dan seru. Insiden-insiden gangguan dan halusinasi yang merinding, pembinaan watak yang realis dan setiapnya punya cerita dan misteri sendiri-- Sid yang makin paranoid, Adam dengan bayang dirinya yang makin mereput, Dira yang hampir maut dalam kemalangan, Iqbal yang cuma tinggal berdua dengan 'teman serumah' dan Nadia yang sedang melayang dari tingkat 12.
Tempo plotnya yang laju kadang menutup ruang untuk aku bersimpati pada karakter (emosinya datang dan pergi jadi tak sempat nak hadam situasi dah dibawa ke bab seterusnya) tapi aku suka bila adegan cemasnya asyik bagi kejutan-- boleh teka apa akan jadi tapi masih tak sabar nak tahu apa jadi(?). Suka cara penulis selitkan moral pada hal persahabatan; dua situasi antara interaksi Sid dengan 4 sahabatnya dan Sid dengan Pa'an.
Pengakhirannya agak menyedihkan bagi aku terutama untuk Iqbal, Nadia dan Dira (maaflah Adam, walaupun Sid cakap benda dah pun jadi tapi kalau awak tak jadi orang kaya yang kadang-kadang bodoh dan tak tahu nak buat apa dengan duit, mungkin saya akan tumpang bersedih). Suka epilognya yang masih dengan misteri-- tak sangka Pa'an sayang gila dekat Emy sampai Sid ada kontrak lain yang dia kena hadap. 4 bintang untuk UNBOX!
Nak rant satu je, kalau boleh tukar tajuk buku ni, saya nak tukar dari “Unbox” kepada “Rokok”. Setiap bab, atau setiap 5 helaian muka surat, ada je watak2 nak hisap rokok, nak beli rokok, nak cari lighter.
Mungkin saya kurang membaca Fixi, tapi pendapat peribadi saya, plot yg cliche, gaya penulisan yang agak bosan “aku buat ni, lepas tu aku buat ni, lepas tu aku buat ni, lepas tu aku buat ni”, haa sampai ke sudahlah.
Boleh bagi point part seram je. Part seram dia memang meremang bulu roma. Tidak rekomen untuk baca waktu malam.
Unbox mungkin merupakan novel seram pertama dan terakhir yang aku baca. Kalau boleh tak nak dah baca novel seram. Penat 😮💨
Unbox mengisahkan sekumpulan lima sekawan yang diganggu selepas membuka satu kotak misteri yang dibeli dari dark web. Adam lah kawan yang suka-suka nak mencuba sesuatu yang baru. Geram dengan budak Adam ni! Yang paling buat aku takut dalam novel ni, bukanlah "benda" itu. Aku lagi takut apabila "benda" itu boleh mempengaruhi cara pemikiran dan ada pula kebolehan untuk mencipta false memori juga membuat tindakan yang tak masuk akal. Takut apabila ada anasir luar merasuk diri 😣
Bahagian seram usah dikata, banyak okay! Dah kata novel seram kan. Cuma bagi aku, apabila terlalu banyak sangat part seram dan aneh ini, lama-lama aku rasa biasa je pula. Dah tak seram mana. Haha. Mungkin sebab aku baca pada waktu siang, dan menyumbang kepada faktor rasa takut yang tidak ketara? Atau aku dah tiada perasaan baca part seram itu? 😅
Jalan cerita Unbox menarik dan laju pada mulanya, agak perlahan di pertengahan cerita, dan laju di pengakhiran cerita. Ending novel ni tak kuat sangat bagiku. Mungkin kerana aku mengharapkan ending yang berlainan. Aku mengerti akan kematian yang berlaku cuma entahlah, mungkin ada cara lain yang boleh diberi?
Tak nampak sangat mengenai perkembangan watak. Penulis bagaikan fokus pada kisah seram dan aneh saja. Jadi, aku tidak sempat nak merasa simpati atau kasihan pada mereka berlima. Walau bagaimanapun, watak Iqbal yang paling aku gemar sebab dia yang paling bagus pada pendapat aku, walaupun selalu datang lambat dan call sampai 14 kali tak berangkat 😁 Ohh, aku simpati pada insan yang turut terkena tempias kerana kotak misteri itu 🥺 Kasihan Pa'an. Tak sangka pula sayang sungguh ye dia pada Emy.
Pengajaran dalam novel ini adalah tak perlu nak cuba membeli benda yang tidak pasti. Kelak, bakal meranalah diri anda dan insan yang dekat dengan anda dan paling tidak boleh diterima jika benda tidak pasti itu berkaitan pula dengan perbuatan syirik.
Kalau aku tak pernah baca buku Ariff Adly, maybe aku akan bagi 5✨ untuk Unbix tapi sebab semua buku dia before this aku dah baca, aku jadi macam a bit disappointed dengan buku kalini.
Aku agak kecewa sebab kau macam dah boleh expect apa akan jadi dalam cerita ni. Hal ni sebab plot/jalan cerita dah lebih kurang macam buku2 sebelum ni. Rasa macam takde benda yg fresh or benda yg boleh buat aku kagum dengan cerita kalini.
Perasaan ketika membaca buku ni hampir sama dgn buku Kacau. Nasib baik aku hbiskan di siang hari. Kalau mlm2 mesti terbw2 dlm mimpi. Mcm biasa, mmg karya Ariff still gempak drpd pdgn aku seorg rakyat marhaen yg minatnya membaca buku..nk komen lebih2 xde ilmu mcm org lain..huhu..so lain org lain pdgn..apa2 pun mmg terbaik buku ni. 😁
Siotlah Ariff Adly! Sekarang aku tak berani nak tekan suis tanpa tengok dah. Jadi overthinking takut teraba benda lain. Jahat betullah!
Tulisan Ariff Adly ni pandailah grab kita punya curious pegang sampai habis baca. Kalau aku berhenti pun aku terfikir-fikir, apa jadi eh lepas tu? Apa jadi?
Jadinya, aku tak ambil tempoh yang lama untuk habiskan buku ni walaupun sibuk. Kena juga habis cepat-cepat. Cerita yang menarik, seram habis dan banyak benda baru aku tahu dari buku ni. Kudos to penulis. 👍🏼
This entire review has been hidden because of spoilers.
︒✿ཾ∘ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼︒✿ཾ∘ Adam telah memesan sebuah kotak dybbuk dari dark web dan mengajak 4 orang rakan-rakannya ke rumah untuk bersama sama buka kotak tersebut — Sid, Iqbal, Nadia dan Dira. Mereka menemui 3 item misteri dalam kotak tersebut yang mana penemuan itu telah membawa kekacauan yang paranormal dan misteri ke dalam hidup mereka.
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀︒✿ཾ∘ Firstly, this is my 𝘃𝗲𝗿𝘆 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 Ariff Adly’s book so review kita memang ‘newbie’ && maybe taksama dengan peminat author yang lain yang dah lamaaaaa dengan penulisan author ni tau. Okay, let’s get it! 🏃♀️
Blurb dia macam cerita dybbuk box yang kita selalu baca kat internet tu kan? Ha gitu la plot cerita dia sangat straight to the point & predictable. Tapi tapi tapiii, author berjaya buat kita habiskan buku ni kurang dari 48 jam, pembaca akan macam “𝚑𝚊 𝚙𝚊𝚜𝚝𝚞 𝚊𝚙𝚊 𝚓𝚊𝚍𝚒? 𝙽𝚎𝚡𝚝 𝚙𝚕𝚎𝚊𝚜𝚎!” such a page turner, time beratur nak masuk flight pun kita baca 1-2 page ha bayangkan lah betapa 𝙥𝙖𝙜𝙚 𝙩𝙪𝙧𝙣𝙚𝙧 𝙣𝙮𝙖 😮💨✋🏻
Pernah tak bila baca buku kan, kita akan ada satu dua ‘𝙞𝙢𝙥𝙧𝙚𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣’’ terhadap author tu sendiri? Ha macam dalam buku ni kan, sikit sikit scene lepak Starbucks lah, cafe, mamak sampai kita macam “𝚎𝚑 𝚊𝚞𝚝𝚑𝚘𝚛 𝚗𝚒 𝚜𝚞𝚔𝚊 𝚕𝚎𝚙𝚊𝚔 𝚔𝚎?” Banyak betul tempat lepak dia & semuanya coffee!! 🤣 ☕️
Style buku ni dia guna 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐯𝐢𝐞𝐰 (𝐏𝐎𝐕) tau so each chapter kena tengok balik kat tajuk “𝚘𝚔𝚊𝚢 𝚜𝚎𝚔𝚊𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚝𝚎𝚗𝚐𝚊𝚑 𝚋𝚊𝚌𝚊 𝙿𝙾𝚅 𝚜𝚒𝚊𝚙𝚊?” — which agak kurengg lah kat situ sebab semua ‘suara’ samaaaa je bagi kita, same style untuk semua watak 😐🤏🏻
Kita rasa eloklah supaya 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 sahaja baca buku ni sebab 𝐠𝐨𝐫𝐲 𝐬𝐜𝐞𝐧𝐞𝐬 dia sangat detailed && ada lotttttt of blood and memualkan macam cerita Saw 🔪🩸
Overall, kita memang 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐦 baca cerita ni. Pengalaman kita baca sorang sorang novel ni kat hotel then tetiba orang tingtong buat kita terkejut aaaa lepasni nak baca buku Ariff Adly kena berteman 😭☝🏻
︒✿ཾ∘ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲︒✿ཾ∘ ⌖🎯 Peminat peminat cerita yang banyak gory scenes ex: Platform & Saw, kalau jumpa Unbox kat mana mana terus beli & baca okie ⌖🎯Peminat misteri yang suka darah darah, sila lah ⌖🎯Also tak dilupakan peminat Ariff Adly, dah add to cart ke tu? 🫣 _______________ 𝐃𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐤𝐞 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐢𝐬𝐚𝐮, 𝐝𝐨𝐧𝐭 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐦𝐞 — “𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙣𝙞 𝙎𝙞𝙙? 𝙒𝙝𝙮 𝙖𝙢 𝙄 𝙢𝙤𝙫𝙞𝙣𝙜…𝙤𝙣 𝙢𝙮 𝙤𝙬𝙣?”
4 🌟 _______________ Notes: tak sia sia datang first day PBAKL22, next baca Kacau pulak okay ke?
“Unbox” mengisahkan tentang sekumpulan kawan yang unbox mystery dybuk box. Sekali bukak, semua kena kacau seumur hidup.
Expectation aku before baca, 1. “cita ni tak creepy mana kot yalah cover buku ni mcm cantik ja - tak mnampakkan buku ni horror-“. 2. “Unbox ni maybe is a must read book, review orang pon cun nih”.
After aku baca : 1. Makk aiii creepy siot. Aku boleh bayangkan cemana dorang hadap benda tu. Daripada hidup bahagia, tiba2 kau kena hadap benda yang buat kau stress, depress, takut sampai tahap nk bunuh diri.
2. Dekat sini aku agak kecewa sikit sbb penulisan dia macam diari ! 🥲 aku banyk skip ayat yang aku rasa tak penting. Aku rasa macam kebanyakkan ayat tak perlu ada pon dlm tu. Contoh ayat “aku mahu ke toilet. Toilet agak jauh dari aku. 3 minit aku masih berjalan. Akhirnya aku nampak signbord “Toilet”. Ahh finally. -tamat- like ….
Ni pendapat aku jalah. Taktau orang lain rasa mcm mna hehe
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ariff adly punya novel aku perasan kebanyakannya sama pattern. Friendship dan permainan yang menggadaikan nyawa. Finished in one sitting. It was an okay read. For me ‘Kacau’ lagi best.
Cuma teringin nak tahu kenapa watak tu je yang terselamat 🤔
This entire review has been hidden because of spoilers.
I want to give it at least 4 stars, i really do. But Unbox is a mediocre read with a straight story line and the characters aren't that remarkable like watak2 dalam buku Ariff yang lain. I give it 3 stars still because i finish it in one sitting (the story has a nice flow) and the horror tu boleh buat kau rasa diperhati.
Characteristic Sid lebih kurang je mcm watak utama dalam Kacau yg aku tak igt nama dia siapa, sejenis yang " aku selalu ada penyelesaian untuk masalah tetapi bukan kali ni " punya orang. Watak yang lain pon mcm em, support character je. I really like Iqbal tho, ingatkan dia akan buat drastic action masa yang ritual kunci balik box tu sbb yela kan nampak dia hesitate nak proceed tapi last2 k.o. macam tu je.
Macam yang aku mentioned, straight story line. Like very straight, sangat predictable. Satu trademark Ariff punya buku, kau akan selalu tertanya2 siapa mangsa seterusnya and apa nasib dorang, tapi Unbox ni macam. Kurang. Kurang saspens, kurang curiousity, kurang characters depth
- recommendation -
To anyone who is new to Ariff, please read his other works. Sumpah best. Kacau for horror fans, Gelap for thriller fans (sumpah tak gentle wo cara mati) and Mereka for stay-for-plot fans. Aku janji korang akan suka.
Tak sangka boleh habis baca sehari. Sekarang, barulah aku faham mengapa ramai suka dengan penulisan Ariff Adly. Perfect! Jika baca buku ini seadanya. Tapi kalau penuh dengan tanggapan, pasti akan kecewa sedikit.
Yang aku faham, buku ni genrenya agak seriau seram. Tanggapan pasti ada. Penulis gunakan konsep mystery box dalam penulisan. Malangnya, misteri itu tidak dirungkaikan sehingga habis. Suka dengan isolation trope yang penulis gunakan.
Timbang tara, novel ini sangat menarik dibaca. Plot beat sangat memuaskan dari awal sehingga pertengahan. Tapi bahagian akhir tidak mencapai tahap yang dianggap.
Masalah utama saya ketika menonton filem seram adalah ia membuatkan saya terbayang dan teringat akan babak tersebut tetapi sekurang-kurangnya saya boleh tutup mata dan telinga. Ini kalau baca buku nak tutup apa kan 😂 lagi menakutkan yer sebab kita kena membayangkan sendiri semua yang tertulis dalam buku and that’s not okay 🤧
Unbox adalah buku pertama seram Bahasa Melayu yang saya baca dan agak tidak selesa pada permulaan kerana watak tersebut diperkenalkan dengan merokoklah, one night stand dan hisap weed?
Buku ini saya baca bersama Kak Siqah dengan alasan ada seseorang yang boleh teman baca bersama walaupun jasad masing² jauh 😅 takde la takut sangat kan 🤭
Ini karya pertama Ariff Adly yang saya baca dan saya kini faham kenapa ramai yang suka karya beliau. Bagi saya buku ini bagus dan seronok (?) kerana level seram dia dari mula hingga tamat buku maintain. Ada saja benda tu muncul aduii…bukan setakat menakutkan karakter, saya pun sama 🫣 Cuma agak sedih apabila mereka dapat menikmati hari dengan cuba mencari secebis kegembiraan walaupun pelbagai cabaran dan gangguan yang mereka alami 🥺
Cuma babak akhir saya ada sedikit kekeliruan dan sudah jelas selepas berbincang dengan Kak Siqah, thanks sis for explaining 😁 Selebihnya, karakter kegemaran saya adalah Iqbal walaupun POV dia paling sikit, kerana dia nampak la boleh diharap walaupun selalu lambat kalau ada janji temu kumpulan mereka 🙄
Oh! Entah kenapa apabila munculnya makhluk tersebut aku asyik terbayangkan kucing tapi berupa agak seram la sebab mungkin penulis menyatakan pupilnya kuning dan hitam 😅 tak ke macam mata kucing je kan 😝
>>> Pengajaran utama buku ini adalah jangan dekatkan diri anda dengan sebarang perkara syirik ya ☝🏻 kerana akibatnya bukan hanya di dunia tapi di akhirat sana lebih dasyat (moga Allah lindungi kita semua)
Hmm saya tidak rasa akan baca lagi mana² buku berusurkan seram dan menakutkan sebegini di masa hadapan, cukuplah sekadar buku ini sahaja…😮💨
UNBOX membawa pembaca kepada kesan daripada pembelian barangan di laman Dark Web sehingga mencetuskan pelbagai peristiwa berdarah dalam hubungan lima sahabat - Sid, Iqbal, Adam, Nadia dan Dira.
Hela nafas yang ditahan - tahan sejak awal pembacaan naskah ini. Jalan cerita yang laju, gore and hard to put it down. Naskah ini tidak sesuai buat pembaca yang tidak meminati genre bersifat agak thriller seperti ini.
Kali terakhir saya membaca naskah seumpama ini adalah naskah berjudul KACAU yang dihasilkan oleh penulis yang sama. Susunan jalan cerita yang kemas dan teratur membuatkan pembaca dapat mengikuti dan menghayati latar penceritaan dari awal hingga akhir.
NOTA :
Syabas penulis. Saya kini salah seorang yang meminati karya anda!!
Saya perasan sudah beberapa kali saya ingin mendapatkan naskah ini daripada sesawang FIXI memandangkan tertarik dengan judulnya yang agak misteri. Namun niat tersebut sering tertangguh.
Nasib menyebelahi apabila hasil punggahan kotak buku yang baharu dibuka (selepas setahun berpindah) - akhirnya naskah ini ditemukan antara loggokan bacaan lain.
Nyatanya..saya tidak ingat bila saya membeli / memiliki naskah ini.
What a comeback! Macam biasa, tema persahabatan, seram dan gore ni memang makanan Ariff Adly. Namun secara peribadi, ia masih belum boleh lawan Kacau dan Gelap. Segala gangguan yang dihadapi, walaupun boleh dijangka, tapi deskriptif babak oleh penulis buatkan ianya sangat seram ya. Tolong jangan baca selepas pukul 7 malam. Geram aku dengan watak-watak dalam ni, korang tak boleh ke kekal bersama je sepanjang masa, kenapa perlu berpisah? Sayang betul Pa’an kat Emy.
Kita beli Unbox last year. Baca halfway and stop. This year akhirnya habis juga baca Unbox 🙌🏻. Main reason kenapa stop sebab rasa macam ah ini cerita inspired by Prince Meed & another youtuber ke? Yang rajin buat content-content mystery box beli dekat overseas. Kita layan content macam tu hampir kesemuanya. Jadi, macam dah muak. Tup tup unbox ni macam ada persamaan. Tu macam stop tu. Tapi itulah - penulis ambil konsep tapi ubah dengan cara tersendiri.
•Masih ada originality ✔️
Penulis memang berlaku adil pada semua karakter. Kalau sorang dah kiok. The rest kirim salam je la nak selamat. Walaupun kau usaha la macam mana pun. Macam unfair pulak kan. Ya la, unbox barang bukan-bukan tu berlima. Mana boleh sorang selamat. Penulis masih lagi mengetengahkan karakter yang sengaja cari penyakit. Yang suka mencuba benda baru. Dan selagi tak kena batang hidung & nampak depan mata selagi tu la meminta-minta.
Cerita pasal mystery box, dark & deep web, patung vodoo ni semua tahun-tahun sebelum ni femes dah. Siapa yang rajin ambil tahu pasal benda ni dekat internet. Mungkin masa baca buku ni dia dah boleh predict dah certain things.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Overall cerita ni mmg not my cup of tea. Byk benda yg aku tak puas hati sebenarnya 😌 Awal2 aku cam okey tapi lama2 rasa hmm.Tbh, idea dah solid. Cuma penceritaan & backstory pasal kotak dybbuk tu tak diketengahkan dgn lebih teliti. Aku asyik rasa ada benda lompong dan off.
Aku berpendapat, kelebihan cerita ni ialah pada babak seram dan gore yg aku kira menjadi. Namun ada sesetengah scene yg aku rasa biasa2 aje. Tak seram sgt. Dan part yg mention pasal 'rokok' tu buat aku rasa annoying. Entahlah mungkin sbb ia dimention berulang kali dalam scene here & there. Cukup cakap sekali dua okeylah.
Dan ada ayat dalam naratif yg aku rasa seeloknya dicantas sbb rasa kalau tak ada pun lagi baik. Di samping tulisan penulis yg sangat kebudak-budakkan. Jadi bacaan tu tak berapa nak smooth. Aku okey tulisan santai dan simple. Tapi bukan yg jenis pasar sgt.
Okeylah, itu saja daripada aku even sebenarnya banyak benda lagi nak cakap. Tapi tak apalah. Anyway, keep writing author.
Had high expectation dekat buku ni sebab review gempak. Tapi bagi saya buku ini sangat draggy dan this round cara penulisan, dialog POV bagi setiap watak macam sama je and tak best sangat.
Pertama kali baca karya penulis. Untuk seseorang yang kurang minat baca genre seram, naskhah ni not bad. Ada bahagian yang memang seram dan ganas. Hebat imaginasi penulis.
Kalau aku jadi salah seorang watak dalam cerita ni, aku mungkin mati awal - mati kepenatan haha. Aku tak dapat bayangkan betapa penatnya mental, fizikal dan emosi watak-watak ni berhadapan dengan kegilaan kotak tu.
"Mungkin benar kawan-kawan adalah keluarga kedua yang dianugerahkan Tuhan buat kita."
Unbox mengisahkan sekumpulan remaja, iaitu Sid, Iqbal, Adam, Dira dan Diana, yang menjadi mangsa gangguan paranormal ekstrem setelah menyahkotak kotak misteri sehingga mengancam persahabatan dan nyawa mereka.
Novel ini bermula dengan perlahan kerana penulis begitu rajin menjelaskan secara terperinci akan sesuatu babak tidak penting yang kadang terasa lewah. Namun, cara penulisan begini amat membantu dalam menyuap imaginasi pembaca untuk membayangkan keseraman dan kengerian sesuatu babak yang boleh membuatkan pembaca meremang bulu romanya. Tak dinafikan apabila sampai dipertengahan buku, tempo penceritaannya mencanak dan ditambah pula konflik sampingan yang membebankan. Penulis juga ada membuat kajian yang dikira baik sekali kerana menyelitkan fakta-fakta tertentu secara tak langsung membantu dalam pengukuhan plot.
Secara keseluruhannya, tema persahabatan yang sering dibawa penulis pada karya-karyanya sebelum ini masih lagi memberi kesan kerana dinamik mereka yang terasa semula jadi. Ditambah pula dengan pendapat penulis melalui naratif watak-wataknya yang memberi perspektif berbeza perihal hidup dan mati semestinya dapat membuka mata pembaca.
Unbox mengisahkan 5 sekawan yang tak ada kerja, buat aktiviti yang tak berfaedah dengan buka kotak misteri yang dibeli kat darkweb mana entah. Lepas buka kotak misteri tu satu² benda terjadi kat dorang.
Aku biasa je tengok movie lebih kurang premise macam ni tapi bila baca buku, zuq dia lain. Rasa seram tu lain machiammmm. Mungkin sebab aku memaksa otak aku untuk berimaginasi kot. Halahhhhhhh... Aku rasa seram. Hahaha.
Aku rasa part seram, part gore tu menjadi bila aku baca buku ni. Pernah juga aku baca buku genre horror dari novel melayu tapi feeling tak sampai so aku end up bosan, tapi buku ni tidakkkkk. Dari awal sampai akhir, dia berjaya menarik perhatian aku walaupun aku rasa seram sejuk gak la membacanya.
Sesiapa yang nak baca tapi berjiwa lemah, janganlah baca. Aku rasa tak sesuai kot. Sebab tahap gore dia boleh tahan dasyat gak la.
Aku suka perjalanan cerita ni. Seperti yang aku harapkan. Cuma.... Apa ye part akhir sekali tu. Otak aku tak dapat tangkap. Sid selamat? Sid mati? Apa yeeeee? Hahahaha
Satu je. Aku harapkan malam ni aku boleh tidur nyenyak. Jangan la bawa mimpiiiii 😭😭😭😭
Aku bagi 5⭐ sebab aku enjoy gilak. Sehari je aku habiskan seperti zaman kegemilangan aku sewaktu ketika dulu. Hahaha
ᴜɴʙᴏx ʙʏ ᴀʀɪꜰꜰ ᴀᴅʟʏ . 𝔖𝔦𝔫𝔬𝔭𝔰𝔦𝔰 Adam telah membeli box mystery dari dark web. Dia telah mengajak 4 lagi kawannya iaitu Sid, Iqbal, Nadia dan Dira untuk membuka kotak tersebut. Selepas itu, mereka telah diganggu dengan bermacam peristiwa pelik. . "𝑴𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓 𝒌𝒂𝒘𝒂𝒏-𝒌𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒅𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒌𝒊𝒕𝒂." . 𝔘𝔩𝔞𝔰𝔞𝔫 Unbox ni buku ketiga yg kita baca dari Ariff Adly dah faham dengan penulisan beliau dengan menggunakan elemen persahabatan dalam menggerakkan cerita. Actually kita letak expectation yg tinggi untuk buku ni selepas baca kacau. (𝑲𝒂𝒄𝒂𝒖 𝒕𝒖 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒎 𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 3 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒖𝒓 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒔𝒆𝒃𝒃 𝒕𝒂𝒌𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒐𝒓𝒈 𝒍𝒂𝒔𝒕 𝒕𝒊𝒅𝒖𝒓 𝒌𝒂𝒕 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉 😭🤚)buku ni macam kecewa sikit sebab plot cerita dia lebih kurang sama dengan yg sebelum ni. . Tapi Buku ni kita tak nafikan memang seram tapi tak seseram kacau! (𝑻𝒂𝒌 𝒎𝒐𝒗𝒆𝒐𝒏 𝒍𝒂𝒈𝒊!)Ending dia agak rushing. Macam gitu je ke jadi kat Sid??🫠.Overall, still enjoyable with this book. Rasa curious nak tahu apa jadi sampai 2 hari baca non stop ye baca. . "Mungkin kita semua hanyalah budak-budak yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa. Dan adakalanya kita terkurung terlalu lama sehingga lupa siapa kita tanpa label 'orang dewasa' yang datangnya entah dari mana."
Sirius, sapa yang bagi rating 2 star kat buku neh memang gila!
Cerita ni gila..! Writer dia pun aku rasa gila..!! Aku yang baca ni pon hampir gila..! Last buku dia keluar 2015 kan?? 7 tahun menunggu, BAMMMM!!! Hasil dia EMAS...!!
Cite neh aku boleh selesaikan bape jam je sebenarnya, tapi sebab perasaan takut tu merosakkan pembacaan aku. Jadilah 3 hari. Dan 2 malam yang menyusahkan laki aku sebab aku asik cakap takuttt!! Dan laki aku asik menganjing, bagi Unbox kanggg! Argghhhh...
Ada yang cakap bosan sebab konsep sama penulis guna, sekumpulan kawan. bla bla bla bla.. ahhhh, pedulik plak aku. Tu dah trademark dia kan, yang penting cara dia mengolah cerita bagus dan cerita dia hidup!
suspense and seram ada as expected from the author but i think i put high expectation on the plot. i thought there will be a plot twist yang akan jadikan ia more mindblowing but sadly, tiada. the storyline rasa macam straight sahaja. ariff adly, of course buku beliau menceritakan tentang a group of friends beli stupid thing and then they need to face the consequence. the ending was okay but nak tengok juga apa jadi kat the only one yang survive tu. the horror scene in here, seram memang seram tapi bukan seram yamg boleh bagi impak yang besar kat diri tu tak. but it's still enjoyable to read. hence, 3.5 ★ for this one!
Boleh tahan juga storyline dia tapi banyak jugak part sembang² kosong and plot awal tu macam lembab betul. Apapun, penulis masih tekankan tentang friendship dalam buku ni. Love the plot twist juga walaupun agak lambat nak sampai ke part tu. Banyak juga part yang kalut sampai aku pening nak baca tapi Alhamdulillah, tahap kesabaran aku tinggi sebab aku pun tertanya-tanya tentang mystery box tu and the effect.