“Syarat Utama Bagi Memulakan Bisnes Baharu Tidak Semestinya Perlu Ada Wang Juta-Juta, Tetapi Perlu Ada Ilmu ‘Juta-Juta’”
Nabi membawakan kebaikan bukan hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan penduduk seluruh dunia. Banyak ilmu perniagaan yang beliau tunjukkan dapat dipraktikkan oleh orang Islam mahupun bukan Islam.
Buku ini ditulis khusus untuk bacaan sesiapa sahaja yang berminat hendak menceburi dunia bisnes pada suatu hari nanti. Sesuai dengan tujuan itu, idea-idea dan pandangan dalam buku ini dapat dijadikan bahan berfikir sebelum membuat keputusan bisnes apa yang mahu dimulakan.
Dalam buku ini, kita akan belajar:
- Idea bisnes baharu bagi pemula - Cara Nabi dalam mengendalikan bisnes beliau - Ilmu strategi dalam menguruskan risiko gaya nabi - Idea membesarkan pasaran dan memaksimumkan keuntungan
Buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pemula bisnes.
Dalami topik berkaitan keusahawanan dan pengurusan perniagaan seperti pembuatan produk, pemasaran, etika dalam berbisnes, dan sebagainya, melalui lensa ajaran Islam. Bukan sahaja ia dapat mendorong perjalanan bisnes anda, ia turut meleraikan kekeliruan dalam proses membina perniagaan. Walaupun buku ini menduskusi strategi dalam memulakan perniagaan, pada pendapat saya, ia juga turut memberi idea serta panduan buat para pemilik perniagaan sedia ada kerana ia menggabungkan ilmu Islam dengan amalan perniagaan kontemporari.
Praktikaliti buku ini dapat menjadikannya sumber rujukan yang baik dalam menjalankan perniagaan yang sejajar dengan nilai serta ajaran Islam di samping menggalakkan kelahiran usahawan yang bukan sahaja berjaya, malah beretika. Etika adalah aspek yang amat penting terutamanya untuk kelestarian dan kejayaan bisnes dalam jangka masa panjang. Walaupun ia tidak mengutamakan kemahiran perniagaan tradisional secara khusus, penulis menggariskan topik-topik yang sering diabaikan atau tidak begitu diketahui seperti pertimbangan etika, kejujuran dalam pengiklanan, dan kepentingan membina/memelihara kepercayaan dengan pelanggan. Tidak dinafikan, pendekatan uniknya terhadap keusahawanan, dalam menggabungkan prinsip Islam dengan strategi perniagaan kontemporari praktikal, ialah nilai tambah buat buku ini.
"Business Like Muhammad: Strategi Memulakan Bisnes Bagi Pemula" ialah bacaan yang sesuai untuk individu yang berminat dalam keusahawanan, terutamanya buat mereta yang ingin menyelaraskan amalan perniagaan dengan nilai etika. Ia menawarkan perspektif yang jarang diketengahkan dalam kesusasteraan perniagaan tradisional.