Kumpulan Cerpen Matahari memuatkan cerpen-cerpen karangan Hilal Asyraf di awal karier penulisannya. Sebelum mendapat perhatian syarikat penerbitan, Hilal Asyraf bermula dengan berblog, dan antara rutinnya di blog ketika itu adalah mengarang cerpen. Melalui Cerpen Matahari, Hilal Asyraf ditawarkan mengarang Novel VT(Kini Gelombang Baru) dan berjaya menjadi penulis yang diterbitkan karyanya pada April 2009.
Kumpulan Cerpen Matahari ini diterbitkan semula untuk para pembaca menikmati cerpen-cerpen awal Hilal Asyraf.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Novel ini diberitahu adalah cubaan Hilal Asyraf untuk menulis dan tenyata penulisannya berunsurkan dakwah dan tarbiah berjaya menambat hati. Sememangnya beliau berbakat kerana kebanyakannya cerpennya mempunyai aura tersendiri dan boleh membawa keinsafan kalau betul-betul dihayati.
Walaupun banyak orang kata klise dalam cerpen berunsurkan cintanya, tetapi tak mengapa, cerita yang hendak disampaikan melalui temanya "Matahari" berjaya disampaikan sempurna dan bagus untuk dibaca oleh para remaja dalam meniti kedewasaan dan mencari makna cinta sebenar dalam kehidupan.
Cerpen bertajuk "Warkah Dari Palestina","Sang Penyeru" dan "Mana Tuhan Kamu" adalah cerpen yang terbaik dan sesuai dengan keadaan semasa. (Sekadar menyebut beberapa cerpen untuk memberi momentum menghayati permulaan untuk membaca buku ini)
Saya kongsikan, bicara dua sahabat Mujahid di sekitar Baitul Maqdis. Semoga Hidayah Allah bersama kita.
Asad "Kenapa kita tidak terus sahaja menyerang Tel Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan? Sudah lebih 60 tahun Tanah Allah ini dinodai".
Sinan "Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebankan sebidang Tanah. Hal Palestina, bukan tanah kita semata-mata. Palestina adalah masaalah ummah. Ini Tanah suci ketiga ummah kita. Walaupun tarafnya Tanah Suci, ummah kita tetap buta mata dengan situasinya yang ternoda. Ini menandakan ummah kita bermasalah.
Asad "Jadi, apa kata kita runtuhkan saja Tel Aviv dan akhiri kesengsaraan ini?"
Sinan "Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita adalah sia-sia. Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina daripada Israel. Kemudian? Tidak kah Kau melihat, betapa seluruh musuh Allah di pelosok dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu bagaimana?... Jika ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi, bergaduhan sesama sendiri, tidak bersatu, bacul, pengecut dan tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan kita?... Ketahui lah Asad, bahawa umat kita sedang terkena penyakit cintakan dunia. Mustahil mereka akan dapat membantu kita melainkan apabila mereka terislah kepada yang benar semula. 'Wahn'."
Wahn adalah perkataan yang membawa maksud cinta dunia dan takut mati.
Asad dalam hati "Baru Aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata untuk merampas semula kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan sambil terus menerus memperkuat dan memperhebatkan diri. Juga sambil me nanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka. Akhirnya baru lah bersatu dan membebaskan tanah mulia ini - Amal Jama'ie. "
👆🎁 Hadiah untukmu teman, petikan dari Ceritera bertajuk "Aku Memanggil Kamu" - Kumpulan Cerpen Tarbiah Matahari nukilan Hilal Asyraf.
Sekilas pandang,mungkin akan ada yang berkata,"Ah! Ini mungkin sekali novel cinta",apabila melihat muka hadapan (cover). Namun,tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Matahari merupakan sebuah buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen hasil karangan Hilal Asyraf,seorang pendakwah dan penulis muda di Malaysia. Namun begitu,saya tidak pasti jika buku antologi cerpen ini mengumpulkan kesemua cerpen yang pernah beliau tulis sepanjang bermulanya penglibatan beliau secara aktif di dalam bidang penulisan. Boleh jadi,buku ini hanya memaparkan cerpen-cerpen terpilih yang berjumlah 18 buah cerpen kesemuanya. Kenapa 'Matahari' dijadikan tajuk untuk antologi cerpen ini? Hal ini kerana penulis menjadikan matahari sebagai paksi dan mukadimah untuk setiap cerpen yang dimuatkan. Selain itu,matahari juga dijadikan perumpamaan untuk menyampaikan pengajaran dan teladan baik yang terdapat di dalam jalan cerita dan juga beberapa watak utama di dalam setiap cerpen. Apa yang menarik minat saya,yakni kekuatan novel ini adalah unsur tarbiah yang cuba disampaikan oleh penulis. Selain jalan cerita yang menarik bagi setiap cerpen,gaya penulisan yang disusun dengan baik dan indah juga memainkan peranan yang penting. Saya berpendapat,penulis berjaya menyampaikan idea-idea dan dakwahnya melalui penulisan cerpennya. Cerpen yang bertajuk 'Warkah Dari Palestina' umpamanya berjaya membuatkan saya rasa terpukul! Mungkin jika semua orang Islam yang hidup aman dan leka dengan kesenangan dunia ketika ini juga akan merasakan perkara yang sama seperti yang saya rasai. Tema cerpen juga tidak terhad kepada satu tema atau genre sahaja semata-mata. Percayakah anda bahawa ada juga cerpen yang mengandungi aksi-aksi pertempuran di dalam cerpennya?! Sebagai contoh,cerpen yang bertajuk 999+1. Buku koleksi cerpen ini adalah amat saya syorkan kepada mereka yang meminati karya-karya tulisan yang berunsur Islamik dan dakwah/tarbiah. Saya juga merasakan buku ini amat sesuai sekali dijadikan bahan bacaan tambahan untuk Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah. Isi kandungannya amat sesuai sekali dibaca oleh golongan remaja Islam masa kini kerana mengandungi nilai-nilai murni Islam yang wajar dicontohi. Walau bagaimanapun,buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Koleksi cerpen tarbiah yang berpaksikan cinta kepada Ilahi. Penulisan Tuan Hilal Asyraf memang kebiasaannya penuh dengan kelembutan sehinggakan kadang2 mudah rasa terbuai. Penuh dengan kecintaan walau sesama sahabat. Paling menyentuh hati cerpen Tidak Ingin Kau Pergi. Manusia itu lemah dan siapa pun tidak boleh melawan takdir Ilahi. Hijab itu terbuka bila mana Dia mahu tapi siapa kita untuk menentukan yang mana sebenarnya ketentuan Ilahi. Kata penulis; “Matahari. Jadilah sepertinya. Sinar cahaya kepada semua. Sumber tenaga segala. Paksi untuk semesta. Sinarnya sampai walau dalam gelita."
Sebagai permulaan penulisan kreatif, membanggakan. Tetapi ada cerpen juga cerpen yang terlalu klisé dan banyak di pasaran. Dan ada cerpen yang terlalu meleret-leret.
Btw, ini membanggakan kerana tidak semua agamawan menulis tulisan kreatif.
Buku ini ialah kumpulan cerpen Hilal Asyraf yang berkisar tentang ukhwah, taubat, dan cinta.
Matahari digunakan sebagai analogi seseorang yang membantu orang lain menjadi lebih baik, analogi bagi Rasulullah ﷺ, dan analogi tentang Islam. Ini kerana matahari ialah makhluk yang sentiasa menerangi kegelapan sebagaimana ilmu menerangi kejahilan, memberikan tenaga sebagaimana iman memberikan semangat, dan menghidupkan makhluk lain di bumi sebagaimana taqwa menghidupkan jiwa. Meskipun ada yang mencacinya kerana panas, dia tetap muncul setiap pagi.
"Jadilah matahari."
Saya suka nota hujung yang disertakan di setiap bab. Ia seperti refleksi penulis terhadap penulisan lama beliau. Beliau mengakui kepincangan idea atau mentaliti pada ketika itu. Beliau juga mengukuhkan pendirian yang telah diketengahkan di setiap bab.
Cerpen yang paling saya suka ialah Bulan. Cikgu tu masyaAllah sangat 😍 Dia umpamakan dirinya seperti bulan yang kelabu, lompong dan hodoh tanpa cahaya matahari (Islam).
Kekurangan buku ni pada saya ialah pengajaran yang berulang-ulang dan berturut-turut. Mungkin lebih baik kalau diselangselikan cerpen yang mempunyai jalan cerita, latar belakang atau pengajaran yang sama supaya pembaca tak rasa macam, "eh, pasal ni lagi?"
I enjoyed the book overall. Recommended untuk orang yang mahu lebih faham dan praktiskan Islam dalam hidup.
Suka cerpen-cerpen dalam ni. Ada tentang kekeluargaan, cinta, persahabatan, sukan, kemanusiaan dan semestinya keagamaan. Semuanya diadun dalam bentuk cerita islamik yang penuh ibrah. Sesuai juga sebagai bacaan santai.
Ada part yang best gila. Ada part yg terpaksa skip sbb tkleh nak habiskan. Tapi hujung2 buku, dua2 cerpen tu agak menarik. So penutup yg baik utk matahari
"Menggunakan autoriti Tuhan,tetapi pendidikannya tidak menggunakan hukum Tuhan."(pg 274)
Rasulullah SAW bersabda:"Satu hari nanti kamu akan dikeremunui musuh,sebagaimana semut menggerumuni makanan." Sahabat-sahabat bertanya: "Apakah kami ketika itu sedikit,ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak,bahkan kamu ramai,tetapi hanya seperti buih di lautan."(pg 292)
"Apa yang terjadi pada kita hari ini , adalah tegurn Allah SWT kepada ummah."(pg 300)
"Hanya apabila ditegur itu tersedar dan menerima teguran.Hanya ketika teguran itu diangkat dan diselesaikan sepenuhnya."(pg 300)
"Islamlah penyelesainan bagi masalah hidup.Bukannya pedang." "Kebahagiaan itu hanya akan datang apabila kita mengenali Tuhan kita yang sebenar,yakni Allah." "Islam adalah fitrah manusia yang sebenar."(pg 341)
"Kalaulah mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,aku tetap tidak akan meninggalkan pekerjaan ini sehinggalah Allah sendiri yang menghentikanku."(pg 361)
alhamdulillah buku yang bagus untuk bacaan. cerita-cerita yang ringkas dan mungkin "cliche' tapi mempunyai mesej-mesej yang kuat dan jelas. memang bagus dijadikan bahan bacaan tarbiah. selitan kisah-kisah sejarah dan gambaran negara asing sedikit sebanyak menambah pengetahuan pembaca.