Faris dan Khai adalah dua sahabat yang menuntut di pusat pengajian tinggi swasta. Kedua duanya kaki game "Bestie forever." Cumanya Faris lebih obses terhadap semua jenis permainan video.
Semuanya bermula dengan kemunculan kotak bersegi dilapisi cairan lilin merah dan tanpa nama pengirim tidak mengundang keraguan pada Faris. Apatah lagi isinya adalah set terkini Prio Virtual Reality yang paling diidamkan. Sebuah permainan video yang berkonsepkan "Survival Horror Games." Perlawanan hidup dan mati di alam maya, siapa yang tewas akan menjadi mangsa!
Yang peliknya, alat permainan itu mempunyai mantera kuno sebagai akses untuk memulakan permainan. Sejak itu, kehidupan mereka berubah 360 darjah. Gangguan dan kejadian misteri melingkari kehidupan mereka. Terasa ada makhluk hidup yang menjalar dalam diri mereka. Sementelah ada kes kehilangan teman kuliah dan juga kerasukan di beberapa tempat.
Apakah "benda" yang mengganggu hidup mereka?
Kenapa semuanya menjadi huru-hara? Apa kaitan game dan kejadian mistik yang berlaku?
Sekali kau bermain, sukmamu bakal direnggut taghut!
Sebuah naskah yang berkisarkan tentang kegilaan para remaja terhadap video games yang akhirnya membawa padah kepada diri mereka sendiri. Faris seorang penggemar video games mendapat hadiah kotak misteri berisi games VR. Dek kerana hanyut dengan permainan itu sikapnya mula berubah.
Suka dengan bagaimana penulis menyampaikan ketagihan adalah merupakan sesuatu yang buruk. Dalam naskah ini yang ditampilkan adalah ketagihan terhadap video games. Bukan sahaja Faris tetapi orang di sekelilingnya turut menerima tempias akan ketagihannya itu.
Video games + elemen Satanism. Memang memberi impak yang berat ke atas naskah ini. Penyesatan akidah, kerosakan mental dan fizikal, berjaya disatukan dengan jayanya di dalam naskah ini.
SH agak geram dengan watak ibu bapa Faris dan Farihah yang memandang enteng keluhan Farihah berkenaan minat abangnya terhadap video games. Namun SH rasa ini adalah realiti sebenar di mana ibu bapa kurang peduli jika anak mereka melekat 24 jam di depan gajet. Pada mereka itu tak salah. Daripada keluar merayap entah ke mana. Mereka kurang ambil tahu akibat dan kesan buruk pendedahan melampau pada gajet. Ini adalah salah satu pengajaran yang perlu diambil dari naskah ini.
Walaupun di awal penceritaan, pace cerita agak perlahan namun ia mula meningkat di pertengahan cerita. Seram, berdebar memang dapat SH rasakan semasa membaca naskah ini.
Bagi yang sukakan kisah seram yang seram dan mendebarkan boleh cuba baca kisah ini. Video games yang disangka biasa-biasa itulah pemula angkara.
4/5⭐️ Walaupun bagi saya buku ni tak seram tapi best! Buku ni seram dari segi bukan seram macam kita tengok hantu tapi seram macam kita tengok dokumentari pasal ‘cults’ kat youtube, faham tak? Haha kena baca baru faham. Ceritanya menarik dan penuh dengan pelbagai informasi. Jalan ceritanya tidak cliche. Jelas mesej utama yang penulis ingin sampaikan. Buku ni sedikit sebanyak pasti akan memberi kesedaran kepada pembacanya. Saya rekomen. Kalau nak baca, baca je jangan fikir lama2.
Novel Khadam Akhir Zaman sememangnya bukanlah novel yang ringan untuk dibaca sebab membincangkan isu yang sangat berat mengenai teknologi dan kaitannya dengan kegiatan iblis yang ingin menguasai dunia.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Faris yang sangat gilakan video game. Ketagihannya menyebabkan dia suka bersendiri dan sering bergaduh dengan adiknya yang bernama Farihah. Suatu hari, Faris menerima satu kotak misteri yang berisi Virtual Reality, satu permainan video canggih. Permainan yang diterima pula bertajuk Survival Horror Games. Pada masa yang sama, rakan-rakan Farihah diculik semasa berkhemah di dalam hutan. Apa kaitan antara mereka?
Untuk memulakan permainan, Faris perlu membaca sebuah mantera satanic dan menghiris tangannya sehingga darahnya mengalir. Tanpa disedari, dirinya telah menjadi korban agenda iblis yang dirancang oleh lelaki Yahudi yang telah berjanji dengan iblis untuk menguasai dunia.
Lepas baca novel ni saya Trauma jugaklah. Beberapa hari tak baca novel seram sebab tak boleh move on dengan novel ni. Untuk yang sukakan novel seram yang buat korang tak boleh tidur malam, inilah novelnya.
Apa yang saya faham Khadam Akhir Zaman bermaksud hamba kepada teknologi. Novel ni buat saya berfikir semula, teknologi yang menguasai kita, atau kita yang menguasai teknologi?
Sewaktu membaca buku ini, boleh tahan penangannya. Bukanlah kerana adanya kewujudan watak hantu, akan tetapi ritual dan satanism yang diceritakan mampu mencetus satu perasaan yang tidak selesa.
Kemunculan entiti misteri yang mengganggu akibat seruan mantera daripada permainan VR, berjaya menjentik perasaan seram.
Cubaan satu kultus yang jahat menguasai dunia melalui permainan VR yang disasarkan kepada golongan remaja. Agak-agak kalau aku terima set VR percuma tu, mungkin aku antara yang teruja nenggunakannya walaupun bukan kategori remaja, hahaha.
Keseluruhannya, cerita ini berjaya memacu perasaan ingin tahu untuk terus menyelak halaman buku walaupun bulu roma terasa-rasa kedinginan suasana sejukbeku yang dibawa oleh entiti misteri yang diseru. Seram sejuk, tapi nak baca juga...begitulah perasaannya.
Recommended to be read untuk sesiapa ada ketagih pada permainan consol or apa sahaja video game yang ada.
Bukan setakat bawa sebuah cerita namun ada mesej yang mengingatkan kita yang apabila sudah ketagih,pendengaran jadi tertutup dan semua nasihat seperti tak berguna..
Bila baca buku ini : situasi aku sebagai pembaca beremosi terlebih 😡🥺😫😣😡😡😡😡 sebab memahami situasi berlaku dan geram dengan perangai dua beradik kembar..(tarik telinga nanti baru padan muka, kalau anak aku, aku ketuk kepala sorg2)
Memang gabungan sains dan Alam ghaib gaya cerita.
Respect gaya penulisan penulis, banyak mengkaji ni, bukan senang nak buat cerita macam ni..tambah2 term sains dan alam ghaib🥲
cerita tentang bagaimana besarnya pengaruh permainan game kepada remaja. tentang betapa liciknya syaitan dan iblis untuk sesatkan manusia. betapa serakahnya manusia untuk dapatkan kekayaan, kekuasaan hingga tak dapat buat pertimbangan. plot twist sangat diluar pemikiran, ingatkan klise je rupanya memang seronok betul! kisah yang terselit cabaran dan musibah dalam menjalankan tanggungjawap dan ihsan kepada manusia.
Permulaan cerita novel ni agak kurang menarik bagi saya. Mungkin disebabkan penceritaan terlalu fokus kepada alat video games. Di pertengahan cerita baru la aura untuk membaca lebih lanjut meningkat. Novel ni berkisar ketaksuban remaja untuk bermain video games dan keminatan yg amat tinggi untuk meneroka games yang lebih tinggi bukan sekadar bermain secara biasa tetapi lebih mencabar seperti di dalam realiti.
Watak Faris yang degil dan selalu berperang mulut dengan adiknya akhirnya terkandas dalam permainan video games yang diterima secara misteri. Keinginan untuk mencuba alat VR tersebut menyebabkan Faris leka dan sikapnya terus berubah. Ketaksubannya telah membawa bahaya pada keluarga terutama adik kembarnya, Farihah. Permainan VR tersebut telah membuat remaja yang menggunakannya menjadi ganas dan seperti dirasuk kerana setiap tahap mainan tersebut perlu membaca mantera.
Watak Farihah iaitu adik kembar Faris begitu mengambil berat akan sikap dan keadaan abangnya yang terlampau leka dengan mainan misteri tersebut. Dia selalu menasihati Faris agar tidak terlalu taksub dengan mainan tersebut dan menyebabkan perubahan sikapnya yang mendadak. Semenjak Faris menerima dan bermainan VR tersebut, banyak kejadian berlaku di dalam rumah mereka dan begitu juga di sekolah. Berita kerasukan remaja yang di bandar semakin berleluasa. Walaupun kerisauannya telah disuarakan kepada ibubapanya tetapi tidak dilayan dan dianggapkan sengaja untuk mencari kesalahan Faris.
Watak Khai iatu kawan kepada Faris amat mengambil berat kedua-dua kembar tersebut. Banyak usaha yang dibuat olehnya apabila Faris kerasukan dan Farihah yang tiba-tiba hilang daripada rumah dan kemungkjnan diculik. Dengan kemahiranya mengodam akhirnya dia berjaya mencari lokasi di mana Farihah diculik dan di tempatkan sebuah makmal halimunan di dalam hutan simpan.
Novel ini turut menceritakan sejarah Benhotep iaitu watak Prof Benjamin, lelaki Yahudi yang telah hidup beratus tahun dengan pertolongan jin Azabis. Keminatan dan ketaksubannya mencipta alat mainan VR yang dibantu oleh Prof Sekar telah diubahsuai dengan memasukkan mantera Azabis dan menyeludup masuk keranda Azabis ke Sabah untuk membina askar di kalangan remaja dan bertuhankan jin. Prof Sekar tidak mengetahui langsung bahawa Prof Benjamin telah memasukkan mantera ke dalam permainan VR tersebut. Ramai remaja diculik untuk dijadikan uji kali Prof Benjamin termasuk Farihah. Farihah dianggap remaja suci dan berniat untuk menjadikannya ibu kepada bakal anak Azabis semasa ritual diadakan.
Pembaca boleh terus membaca novel ini untuk mengetahui jalan cerita sehingga akhir. Sesuai dibaca oleh remaja yang terlalu taksub dengan permainan video games. Kurang menyeramkan dan lebih kepada cerita nasihat juga.
My 1st DNF for horror book, tak pernah² dibuat sebelum ni, risau lah takut aku buang tebiat, but sorry memang cannot go.
Tell you why, the ideas were there, which is quite amazing, but the execution's quite terrible. Penggunaan kata ganti nama yang caca marba, sekejap aku sekejap saya, di manakah keseragamannya? Selain tu, i don't know if it's just me, but my brain totally cannot digest the way the author completes her sentences. That's what happened when you forgot to put some commas in your sentences.
I'm sorry if this honest review of mine sounds a bit harsh, but i found it necessary to point it out, so that some improvement can be made for future's workpiece. Rating's given based on pages read.
Idea horror yang ‘fresh’ dan menarik untuk dibaca. Saya paling suka elemen-elemen seram dan gore sepanjang membaca buku ini. Level seram boleh tahan dan ending quite satisfied, cuma kalau ada closure untuk professor sekar selepas pangkalan rahsia diceroboh lebih memuaskan. 🤟🏽