Jump to ratings and reviews
Rate this book

Karya Terakhir

Rate this book
Saya tersenyum sendirian melihat foto terakam di KPJ Selangor setelah dua hari bersama mereka. Subhanallah, begitu pantas fizikal saya bertukar daripada berisi menjadi kurus kering. Itulah kesan daripada air dikeluarkan dari badan bagi mengurangkan risiko air memasuki paru-paru. Banyak lagi kesan sampingan lain yang perlu dijaga apabila buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kemudian, saya melihat foto yang diambil beberapa tahun lepas ketika tubuh sihat sejahtera. Perbezaannya sangat ketara. Tubuh sakit wajah kelihatan lemah sekali. Tubuh sihat wajah tersenyum girang. Namun kedua-duanya perlu disyukuri kerana ia mengandungi seribu makna yang perlu ditafsir dengan mata hati.

KARYA TERAKHIR.

Membicarakan usia berbaki yang semakin suntuk. Ia satu ingatan untuk difikirkan sama ada ketika sihat atau sakit. Alasannya mudah, kematian muncul tanpa diduga. Tidak lambat dan cepat sesaat. Beringatlah, agar kaki dapat melangkah masuk ke jannah bersama orang tersayang.

Ingat... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati!

299 pages, Paperback

Published January 1, 2022

4 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Muhd. Kamil Ibrahim

34 books102 followers
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)

Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.

He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.

He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.

He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).

He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.

Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).

Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.

Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (59%)
4 stars
14 (37%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
April 10, 2023
Kita tahu Rasulullah SAW wafat pada ketika umur baginda 63 tahun. Itu kiraan kalendar hijrah. Kalau kalendar Masihi, umurnya ialah 60 tahun.

Itulah yang dijadikan penanda aras oleh Prof Kamil dalam buku ini. 60 tahun adalah 'tarikh tamat' dan seharusnya kita sudah bersedia untuk ke alam seterusnya.

Ya, kawan. Itu satu teguran kuat untuk kita (pembaca). Walaupun ini merupakan 'logik' yang digunapakai oleh Prof Kamil, tidak dapat tidak kita pun terasa tempiasnya. Tiada siapa tahu tarikh kita dijemput ke alam kubur, tapi kita patut tahu waktunya boleh terjadi bila-bila.

Bersediakah kita?

Prof Kamil berkongsi hal-hal yang patut dijadikan sempadan dan pedoman. Semuanya ke arah persediaan untuk alam akhirat yang kekal.

Buku Karya Terakhir ini menurut beliau, buku terakhir yang akan dihasilkan. Dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot, dan baki usia yang semakin pendek, Prof Kamil mahu meneruskan kehidupan dengan lebih bermanfaat.

Allahu.

Saya suka dengan 5 perkara yang menjadi doa beliau semoga menjadi kenyataan. Saya kongsikan dua daripadanya.

1/ Berpuasa sunat
2/ Solat jemaah 5 waktu

Ini yang saya idamkan sebenarnya. Tapi setakat menjadi idaman, tanpa nampak usaha yang bersungguh. Lemahnya seorang Sharulnizam!

Moga-moga dengan keberkatan Ramadan 1444H ini, saya dapat memperbaiki diri untuk membawa bekalan ke hari pengadilan kelak.

Terima kasih, Prof Kamil atas pengalaman dan pengajaran. Semoga tuan dan keluarga dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Insya-allah.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
September 11, 2022
Karya penutup Prof. Kamil yang isinya tetap konsisten. Beliau mengajak pembaca mengingati tentang destinasi abadi dan melakukan segala bentuk pelaburan dalam perjalanan di dunia ini. Kerana hasil pelaburan inilah yang menjadi penentu keadaan kita di destinasi abadi nanti.

Memang betul kata Prof. Tidak ada manusia yang normal yang mahu mati. Tetapi kita tahu yang mati itu pasti. Maka usaha mengelakkannya dan menafikannya nyata kerja sia-sia. Satu-satunya pilihan yang logik dan masuk akal ialah kita perlu membuat persiapan dan persediaan untuk kematian.

Bak kata Morrie, “When you know how you want to die, you will know how you want to live.” (Tuesdays with Morrie)

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati.” - Al-Quran, Surah Az-Zumar 39:30
Profile Image for Mohd Nordin Che Omar.
213 reviews9 followers
May 27, 2024
Karya Terakhir Prof Mohd Kamil ini wajib dan sesuai dibaca oleh semua peminat buku. Sudah lama saya tidak membaca karya Prof. Akan dicari dan beli karya2 beliau yg belum dibeli dan dibaca spt mana buku Prof Daniel. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi
Profile Image for Saiful Amri.
3 reviews
November 3, 2025
Tiga hari aku mengambil masa untuk menghabiskan bacaan karya Terakhir. Walaupun pada permulaan bab ini agak sedikit membosankan tapi setelah penulis menceritakan ujian-ujian kesakitan yang beliau alami, naratif penceritaannya telah berubah daripada bosan kepada sesuatu yang benar-benar menginsafkan. Helaian demi helaian mengajak pembaca untuk kembali sedar bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara.

Perkara yang selalu ditekankan dalam karya ini ada sentiasa solat berjemaah. Bagi penulis, kesakitan yang sebenar bagi seseorang adalah ketika mana seseorang itu (lelaki) tidak mampu untuk solat berjemaah di masjid atau surau tanpa sebarang keuzuran. Ini sangat menyentap perasaan kepada sesiapa sahaja yang membacanya - kalau tak sentap juga mesti ada yang tak kena dengan diri tu. Karya ini juga mengajarkan apakah itu redha yang ringan dibibir tapi susah dari segi praktiknya - pandai menasihati bah, tapi karam sendiri tidak tahu berenang.

Jadi, apa solusi bila hadapi ujian? Tak lain tak bukan adalah sabar dan solat - nak tau sebab apa kena la baca sendiri buku ni - semua benda nak suap payah jugak.

Karya ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sebab topik perbincangannya tidaklah terlalu berat untuk difahami - berat bagi orang yang malas membaca. Karya ini sangat sesuai untuk golongan-golongan belia yang masih merasakan kematian itu lambat lagi - bila baca ini baru tahu realiti kehidupan ini sekejap atau lambat.

Kesuluruhan buku ni aku bagi 4/5.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
February 3, 2025
Penulis Prof Muhd Kamil Ismail (MKI) meninggal dunia pada 14 Januari 2025 pada usia 60+++ tahun.

Semasa beliau menulis buku ini pada 2022 pada umur 58 tahun, ada beberapa kali diulang sekiranya mengikut usia wafat baginda Rasulullah saw dan kedua arwah ibu bapa MKI, beliau cuma ada 2 tahun untuk menambahbaik ibadah, membuat amal kebajikan, melaksanakan apa yang dihajatkan dan menghabiskan baki umur bersama keluarga tersayang.
Beliau anggarkan beliau akan meninggal dunia sekitar umur 60 tahun.

Karya Terakhir merupakan buku terakhir Prof MKI mengajak pembaca untuk kembali kepada hakikat hakiki di mana kita semua akan mati pada masa yang telah ditetapkan tidak cepat atau lambat sesaat.

Buku ini mencatat kisah penulis daripada:
✅zaman belajar di MRSM Kota Bharu
✅menjadi Profesor termuda pada usia 39 tahun
✅menunaikan Haji pada umur 43 tahun yang membawa kepada penulisan Travelog Haji (buku pertama penulis yang den baca)
✅pengalaman bertugas sebagai pensyarah di Universiti Madinah (buku kedua beliau den baca adalah Nota-Nota dari Madinah)
✅rezeki menunaikan umrah setiap tahun
✅pengalaman menjadi pensyarah dan berdakwah seantero tempat bersama UniKL
✅penyakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung, bell's palsy dan kegagalan buah pinggang tahap 5 dan usaha rawatan perubatan moden, sunnah, akupuntur, etc yang dibuat
✅usaha dakwah berterusan tanpa menerima sebarang bayaran, etc.

Prof MKI memberikan beberapa cadangan yang kita perlu buat bagi memaksimakan umur berbaki sebagai hamba Allah yang berusaha mendapatkan rahmat Allah dengan harapan diizinkan masuk ke dalam syurga tanpa hisab.

Pesan Prof MKI, dengan umur berbaki ini, usahakanlah sedaya upaya:
1.bangun solat malam
2.berpuasa sunat
3.membaca Al-Quran setiap hari
4.sentiasa berzikir
5.solat berjemaah bagi lelaki
6.berbuat baik sesama manusia
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nuramirah Saffee.
1 review1 follower
September 4, 2022
Buku yang menarik dan memberi motivasi utk dibaca. Saya pengikut prof muhd kamil dari dulu berasa sayu kerana ini adalah karya terakhir beliau atas faktor untuk fokus kepada aktiviti amal dna kebajikan santai. Namun, perancangan Allah mengatasi segalanya apabila beliau disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang stage 5.

Melalui pembacaan buku ini saya rasa tersedar untuk sentiasa mengambil cakna akan kesihatan diri dan amal ibadah untuk bekalan ke alam akhirat.

Apabila baca kisah prof, saya berasa sungguh berat ujian prof. Apalah sangat ujian saya sehingga saya terkadang lupa Allah telah berikan solusi untuk setiap ujian iaitu “Solat dan Sabar” 💕
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 26, 2025
Karya Terakhir sesuai untuk mereka yang mencari motivasi untuk memperbaharui keimanan atau menghadapi ujian hidup. Muhd. Kamil Ibrahim berjaya menyampaikan tazkirah tentang kematian dengan gaya yang lembut namun berkesan, mengajak pembaca bermuhasabah tanpa rasa menghakimi. Walau bagaimanapun, ia bukan rujukan utama untuk kajian mendalam tentang akhirat, tetapi lebih sebagai "pengingat" yang menyentuh hati.
Bacaan bermakna untuk sesiapa yang ingin mengimbangi kesibukan dunia dengan persiapan menuju kehidupan abadi.

Profile Image for Zaila Hafni.
11 reviews
February 2, 2023
Menjentik hati mengingat mati. Pesanan dan peringatan bersolat malam, bersabar dengan ujian, menghadapi setiap ujian dengan tenang, lapang dada dan syukur antara yang diulang-ulang.

Tertarik dengan penggunaan 'bencana tubuh' menggantikan 'penyakit'. Prof MKI mendidik pembaca supaya berusaha berubat apabila sakit, tapi dalam masa yang sama 'bersyukur ketika diuji'.

Bacaan yang mendamaikan.
Profile Image for Adnan Haris.
35 reviews37 followers
January 13, 2023
Buku yang bagus untuk dibacha dan apabila dibacha kandungannya membuatkan kita terasa sudah hampir juga. Pasti. Kehidupan perlu diteruskan. Banyakkan buat kebaikan dan kebajikan demi bekalan di sana. Namun jangan lupa amalan untuk ke sana.
Profile Image for Farah Fakhrullah.
22 reviews1 follower
September 12, 2025
Ini adalah karya terakhif Prof Kamil sebelum dia meninggal. Prof menceritakan bagaiman dia diuji dengan penyakit jantung, Bell's Palsy dan CKD stage 5 di penhujung umurnya, dan bagaimana dia mahu istiqamah dalam solat berjemaah dan berdakwah.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 27, 2025
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Pabila pembaca dapat momentum untuk membaca dan menghabiskan pembacaan, tak sukar dan juga mudah sahaja untuk habis sebuah buku, apatah lagi bila dalam keadaan mengandungkan anak pertama ini.

Penangan pembaca pabila salah seorang kawan di tempat kerja bertanyakan soalan
"Apa amalan yang pembaca sepanjang mengandung ni?" Terkesima dan tak terjawab dek pertanyaan tu. Betullah apa yang diperkatakan dan dikongsikan, sebaiknya sewaktu mengandung ni, banyakkan amalan-amalan atau rutin yang baik untuk anak. Seperti mengira, membaca dan apa-apa sahaja kemahiran yang bagus untuk perkembangan anak dalam kandungan, serta untuk kebaikan ibu juga.

Berbalik kepada Karya Terakhir Prof, akhirnya pembaca sedikit terkesan kerana tidak dapat berjumpa lebih lama dengan Allahyarham dan tidak mencuri peluang untuk bersemuka dengan beliau ketika beliau dimasukkan ke tempat kerja pembaca. Rugi, Ya, ia satu kerugian. Makanya, pembaca membeli sehelai lagi naskhah karya Prof untuk mengabadikan momen-momen satu jam berkonsultansi dengan Prof di Wad 8C , katil 1.

Rupanya pembaca sendiri tidak habis menelaah sejarah perubatan Prof kerana apa yang tertera dalam sistem, itulah yang pembaca ambil, tanpa mengetahui Prof juga mendapatkan rawatan tradisional, akupuntur, rawatan urut dan sebagainya selain daripada rawatan di hospital. Tidak terkejut pembaca apabila melihat Dr Shaikh (di KPJ) mengajar Prof pertukaran protein untuk kawalan CKD Tahap 5 prof. Pembaca hanya memberikan nephro/Novasource kepada Prof untuk meningkatkan selera Prof serta memberi tenaga dan protein sepanjang menjalani dialisis.

Di sudut hati kecil pembaca, melalui karya Prof, beliau banyak menekankan solat jemaah, solat jemaah , dan solat jemaah, serta sabar. Itu lah topik yang cuba ditekankan oleh Prof dalam karya beliau. Dihujung karya tersebut, banyak juga amalan yang diselitkan seperti Infaq, Puasa, bangun malam, selain daripada kisah-kisah beliau mendapatkan rawatan di kebanyakan hospital swasta supaya dapat mempercepatkan apa-apa rawatan supaya tidak perlu menunggu dan akhirnya dijemput kematian seperti arwah ayah Prof.

Apa yang pembaca dapat daripada karya terakhir ini adalah peratusan kehidupan kita seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya usia kematian kita berpaksikan kewafatan Baginda Rasulullah, tidak jauhlah pembaca untu meneruskan kehidupan di dunia, semoga ia memberi kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan amal ibadah , memperbanyakkan amalan-amalan sunnah selain daripada mengutamakan yang wajib, merantau, berinfaq dan segala amalan yang dituntut berbaki usia yang ada. Semoga pembaca juga Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan tersebut.

Akhir kalam, al-fatihah diucapkan kepada Allahyarham Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Allahummaghfirlahum warhamhum waafihi waafuanhum
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.