Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kimia

Rate this book
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Si jejaka pula, mulut manis bergula buat hati Zink dikunjungi musim bunga setiap masa.

Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta membuatkan kedua-duanya setuju untuk berkongsi rasa. Apabila cinta dan kimia disatukan dalam satu cerita,

“Zink, I love Uranium.”
“Potassium Caan.”

Orang kata cinta itu macam kimia. Tapi, dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama, dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated… right away. Eksperimen yang baharu harus dimulakan.

“Kita still kawan, kan?” – Zink

“Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali je, I can’t afford to lose you twice.” – Caan

Mampukah hubungan mereka bertahan hingga ke akhirnya? Ikuti perjalanan suka duka mereka dalam Kimia!

***

Akyel bijak menarik fokus pembaca untuk ‘lekat’ membaca Kimia dengan bahasa santai dan mudah namun tetap penuh dengan ilmu yang bermanfaat. – Habib, Editor

419 pages, Paperback

First published June 1, 2022

42 people are currently reading
504 people want to read

About the author

Akyelrahim

11 books65 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
255 (50%)
4 stars
175 (34%)
3 stars
66 (13%)
2 stars
8 (1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 109 reviews
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
December 16, 2022
KIMIA 2.5🌟

Bagi yang dalam mood untuk membaca cerita yang santai dan sekadar menjual masa lapang, this is the book (tetapi masa lapang itu mungkin akan menjadi semakin bosan dan perlahan untuk ia berlalu)​

Tetapi kepada yang sedang dalam mood membaca cerita yang banyak main emosi atau to learn something big from a book atau susunan ayat cantik bak kamus dengan penuh peribahasa, this is not the right book.

Jujurnya, saya memang suka baca buku yang santai,konflik biasa-biasa, emosi tak berat. Tapi, saya harap sangat novel ini ada lebih banyak lagi plot menarik. Novel ini terasa seperti terkongkong, di dalam suasana universiti. Okaylah, memang nak buat cerita tentang pelajar universiti, maka haruslah suasananya berlatarkan itu. Konflik pula, tentang cinta zaman muda universiti. Cliche. TAPI semua jenis konflik pun cliche. Yang menjadikan novel menarik, bagaimana penulis menulis plot-plot, dialog-dialog supaya konflik cliche ini akhirnya menyebabkan pembaca tidak menjadi skeptikal dengan 'novel cinta cliche, semuanya sama sahaja. Takde benda lain.'

Apalah yang saya mengarut ni.

Saya kurang rasa di awang-awangan apabila membaca kisah zink dan caan ini, tak macam kebanyakan pembaca lain yang tersengih semasa membacanya. Saya rasa agak kosong. Seperti saya kata, sebuah novel yang berkonflik cliche menjadi menarik melalui plot, dialog dan yang sewaktu dengannya. Novel ini agak bosan. Tiada plot atau watak yang buatkan saya akan tetap ingat kisah zink-caan walau sesudah tamat bacaan.

Ini adalah novel pertama yang saya baca daripada penulis. Tahniah untuk senaskah kisah zink-caan. Saya yakin, akan datang, penulis boleh tambah baik lagi 'ke-menarik-kan' karya penulis.
.
Mungkin, saya akan lebih sukakan kisah ini apabila saya cuba untuk membacanya sekali lagi, in the future.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 16, 2022
tak nak taip panjang-panjang sebab penulis serius bawa pembaca yang dah bangka macam akak ni imbau kembali zaman-zaman belajar dulu... walaupun akak bukan science stream. hehe...

fokus pada kehidupan watak-watak melalui waktu-waktu ceria belajar yang kala itu kadang-kadang rasa nak lekat kepala dekat dinding. part jenis-jenis student tu memang betul. ada yang memang gila suka belajar, contoh zink. ada yang belajar sempoi-sempoi boleh dapat result gempak. ada yang bermatian belajar tapi end up result sangat mendukacitakan macam caan.

dekat sini penulis memang sampaikan sesuatu yang bagi akak mesej yang sangat penting untuk mak bapak kat luar sana, termasuklah akak sendiri. bagi anak-anak ini panduan untuk memilih jalan kehidupan yang mereka minat. tegur mana yang salah, nasihat apa yang patut. bukan berkeras ikut kehendak hati mak bapak. kadang-kadang inilah yang buat anak itu sendiri menjadi keras hati dalam diam. mana yang tak mampu nak bertahan akan memberontak. mana yang bertahan pun, ada antara mereka jiwa akan sering berkata-kata; lebih teruk akan menyalahkan ibu bapa itu sendiri.

mungkin hujung cerita agak tergesa untuk dihabiskan tapi akak salute penulis! serius best!
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
January 9, 2023
4.5/5 ⭐

AHHHH COMEL COMEL COMELLL!!! saya tak letak expectation yang tinggi pun untuk buku ni, and it was my 1st manes's book. im so happy i read thiss!

the plot cringe sikit, tak unexpected sikit. ha faham tak? 🤣🤣 but it was a good cringe tau! i loveee persahabatan dorang, i love how they evolve, cuma cara dorang selesaikan masalah tu, memang nampak kebudak budakkan! 🤣

Ahmad Syarhan. Caan. hello the love of my life!!! welcome to the club of my fictional characters husband! 🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️ caan sangat sangat green, i love him sm 😤 he's funny, handsome and a guy with so much word to say! his love language definitely words of affirmation! also cara dia confess??? and cara dia propose??? big yes!! (walaupun saya tak minat gitu, tapi untuk Zink sangat onzz!) cara dia handle stress sangat tak ok ya, he pushed people away. tapi fahamlah kenapa.

Zinniriah. Zink. AAAA LOVE THIS GIRL SM!!!  she's a whole damn sunshine wehhh! beauty with brain!! saya jealous yaaa! walaupun cakap 'tak boleh jawab lah soalan tu' tapi last last! 25/30 beb! sumpah pandai nyah! Zink juga perempuan yang suka berloyar buruk yaa! she's definitely a very fun friend to be with. walaupun cara dia sangat opposite dengan Caan, tak reti luah perasaan, tak pandai berkata, Caan tetap sayang Zink sangat!

conflict dia sangat realistik, how they handle pun kalau ikutkan karakteristik mereka. saya just love semua dalam ni! takde masalah orang ketiga, cuma masalah mereka je.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
June 10, 2023
3.5 Stars

Finally dapat pun baca this hyped book from Manes. Hype dia justified la. I think I'd like it much better if I were still in highschool. I'd daydream a lot about my future uni life pas baca buku ni. It's cool though sebab the uni scene is very realistic and relatable, sebab the author memang writes from experience kan. It's much cooler for me personally sebab I was a Biochemistry graduate. I took O'Chem and Inorganic too in my first semester (in UPM too hahah so that last convocation scene is super relatable lol). Jadi the whole science and laboratory talks tu I can imagine them clear as day. Akyelrahim wrote this part excellently without it being too 'in your face'.

Cuma I just don't understand kenapa Caan decided untuk terus quit study instead of tukar course into something he'll like better. Caan ni bukannya malas belajar, bukannya tak suka being stuck in uni environment. Cuma course kimia tu tak sesuai with his interest. Dia boleh je tukar to music related courses, and still be in uni. Kau kat UiTM pulak tu, where seni-related courses are excellent. Faculty of Musics tu pun kat Shah Alam. Bukan kena pindah Puncak Perdana? Settle weh masalah yang kau takut takde kawan, takut takleh jumpa Zink and the gang. Takat lambat setahun je pun. His insecurity of being 'tak pandai' pun settle. Tak semestinya kau tak pandai kimia = kau bodoh total. Tahtah kau ambik course music tu kena dengan jiwa, terus deans list every sem. Kalau mak tak approve that course pun, tukar je la senyap-senyap. Dah besar kan? Bercinta pandai pulak. Yang nak study tu kau bukan parents. I just think his whole decision to quit is just pure stupidity and a wasted potential.

Oh and I also think the author is a bit unfair to Caan. Macam Zink sampai dah jadi lecturer dah. Caan punya hidup cam clueless. Dia buat apa sebenarnya apart from gigs? 4 years after pun dia jadi apa? How has his life choices benefit him in the future? Akyel wanted to show the readers pasal parents jangan paksa anak buat apa yang dia tak suka. Okay. So now that Caan is making his life choices, apa jadi?

Taknak comment on Caan and Zink hahaha diorang cute la nak cakap apa lagi. Dengki la weh sebab dulu course aku ada 3 orang je budak laki, tu pun semua takleh pakai. Cuma I wish they discuss more on what went wrong with their past relationship before deciding to get back together.

Btw, my 13yo sister read this first before I did, pastu aku cakap kat dia "Caca mesti berangan kan university life caca camni? Jumpa mamat cute kat u pastu couple? Berangan je la, ca. Takde nya benda ni jadi betul2. Tipu je semua ni." Pastu kau tau adik aku cakap apa? "Tau la, kalau tak kakak tu mesti paling kurang dah ada boyfriend sekarang." Kohajaq punya adik.
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
August 23, 2022
4/5⭐
❣️Storyline smooth
❣️Kisah percintaan pelajar universiti
❣️Tiada watak langau
❣️Konflik ringan
...
Cumanya saya lebih suka jika penulis kembangkan lagi plot penceritaan Caan, how he wants to improve himself. Sbb part Caan agak kurang jelas sedikit bagi saya, itu shj.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
November 21, 2022
I’ve been sitting with my own thoughts about this book for days since I finished reading it, trying to find the right words to describe it without sounding like I was trying to oversell it. I didn’t want my review to bring unnecessarily high expectations from future readers.

So let me preface this review by saying: I love this book not because it’s the best book I’ve ever read. I love it because it ‘spoke’ to me.

Kimia revolves around the life of a group of students pursuing their degree in chemistry course. I’m not sure what their major was since it’s not specifically mentioned in the book. Anyway, as an ex-STEM student myself, every single detail of their student-life was so relatable and I found myself being transferred down the memory lane.

The financial struggle, the anxiety they faced before exams, the study group sessions, being left behind by the bus – everything, in my opinion felt like it came directly from my own experience. Especially the close-knitted friendship being portrayed in the book. Throughout my reading session, I couldn’t stop myself from smiling, remembering all the fond (and some quite bitter) memories from that era of my life.

The author also brilliantly brought up the issues most students actually face: having to pursue a degree in the field they’re not really interested in.

For this particular issue, we can see the clear juxtaposition between the two main characters, Caan and Zinc.

Caan who loved music was forced to pursue a Science course by his parents. Both his brother and sister were excellent in their own respective field and he felt the pressure to meet the expectation that he had to be just as successful academically. However, since his heart was not in it, no matter how hard he tried, there seemed to be a mental block for him to perform well in his study. When he failed his exams, instead of trying to understand the root cause of his problem, his family immediately blamed him for not trying hard enough, for being lazy, for not studying.

On the flipside, we have Zinc, who also had to pursue a degree in the course she didn’t particularly choose for herself. However, her family was a bit more lenient and accepting as long as she tried her best, she still got the validation needed. Therefore, she managed to flourish and became one of the top students in their faculty.

I also love how the author wrote Caan and Zinc having two distinct personalities and love language and this actually put a strain on their relationship. I don’t want to go too deep into this, except the output I get from this conflict is: healthy communication is important. DO NOT project your own insecurity onto your partner.

Now, let’s get to the thing a bit lacking.

I’m not fully satisfied with the ending. I can’t really pinpoint why I felt that way. I don’t know. Maybe because I felt the author was trying to close the loose ends between Caan and Zinc while I personally would’ve been OK with ambiguous ending as long as both of them found growth. But that’s probably just my own personal preference. It was still sweet and cute so I can’t really complain too much on it.

So in conclusion. I love this book. I gave it 5 stars rating because it feels really close to me.
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
September 9, 2022
Enjoyed a walk-down-memory-lane.

Rinduuunya time jadi student kat university. Ya Allah seronok giler baca!

Caan - i feel u! Because i've been there. Rasa bodoh sebab siblings semua pandai². F pun berhenti sebab result teruk. Math and Kesatria je A 🤭🤭 but merasa la grad sebab tukar course 🙈

Zink - suka gan sikap Zink yang blur and sejuk beku. Ehh 1st time heroin watak ada banyak-ice-dalam-diri 😁

Kimia deserved rating 5stars but ada 1 je F rasa ralat. Watak Caan tak berkembang.

If if author kembangkan watak Caan (not endup okay) mesti cukup perencah! Seriously rasa tak puas!

So half star takda.. F kasi la 5 k!🥰
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
February 21, 2024
4.5/5 ⭐

Kimia is the first wattpad story yang lead aku kepada cerita-cerita Akyelrahim yang lain. First chapter dia je dah tarik minat aku. By the way, nama tajuk pun dah cukup untuk buat aku rasa macam 'eh, best gak buku ni' — sebab aku suka Kimia kut? Cuma sebab aku ni jenis malas nak ngadap screen lelama, aku sempat baca dua tiga chapters je. Beberapa tahun lepas tu, aku dapat tau Kimia dah takde kat wattpad. Dah jadi physical book dah. Tahniah sis!

Dalam semua karya Akyelrahim, rasanya aku boleh cakap yang paling aku minat setakat ni ialah Kimia. Sebabnya cerita ni bukan setakat cerita pasal cinta, gaduh, merajuk, pujuk balik, lepas tu sweet-sweet bagai. Tapi Akyelrahim selit sekali pasal friendship, pasal ilmu Kimia. Part friendship tu entah berpuluh dah aku tab sebab aku memang minat sangat keharmonian friendship diorang.

Serious mantap!

Honestly waktu aku baca part Caan perkenalkan diri, lepas tu semua nampak dia handsome, aku dah macam– okay, cliché. Tapi bila masuk muka surat lepas lepas tu, tak weh! Hero dia tak perfect package pun. Macam jahat sangat la pulak cakap gini. Tapi bagi aku, betullah. Dia handsome, tapi dia pun macam manusia biasa yang ada kekurangan jugak. Realistic la tu.

Watak heroin, Zink pulak… aku rasa terinspirasi sebab dia ni boleh kata ada beberapa persamaan jugak la dengan aku. Bab ptptn, bab belajar sebab nak balas budi, bab tak pandai bercinta. Sama elok dah tu. Cuma aku tak sesempoi dia la, huhu. Dan seriously, lepas aku baca part Zink aku lagi semangat nak sambung belajar sampai PhD, buat sungguh-sungguh, buat yang terbaik macam dia.

Satu quote dari Zink yang aku paling suka, "Jangan sampai aku bosan… aku study karang, dekan!"

Point terakhir sebelum aku habiskan bebelan aku ni, ada satu benda yang aku minat sangat dalam gaya penulisan Akyelrahim. Dia punya vibe santai dan sempoi memang umph! *chef kiss*. Kena dengan jiwa aku. Sis Akyel sendiri dah memang sempoi, lepas tu sampai ke hero heroin ya boleh rasa vibe tu. Dan aku yang baca ni pun takde la nak rasa cringe dan serabut sangat.

Harap sis keluarkan lagi cerita yang ada vibe gini. Keep it up!

Sincerely,
Fan Akyelrahim dari zaman wattpad (2018/2019).
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
March 31, 2024
Buku ni if aku baca masa duk kat U, maybe aku enjoy kot. Bila dah masuk 30 series ni, bila baca buku mcm ni, rasa hambar sikit. Maybe sebab dah jauh dengan fasa belajar.

Caan dan Zink!! Caan ni insecure tp I get it la. If I were him, insecure gila kot. Tapi Zink ni bagus betul. Setia dan tak judge pun bila boyfriend sendiri insecure.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
May 1, 2023
Bolehlah buat raso2. Comel dok. Relatable dgn zaman degree aku skrg cuma caan aku nyerr takdokk wkwkwk. Comel pula confess guna atap bagai ni. Kreatif yg omeiii. Tapi pace laju beb. Tiba2 eh besarr dhh . Ok lh tu. Plot ringganhehehe. Okdone. First book utk 2023 hihihih ok bye
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
October 19, 2022
'Dalam hidup kita ni, bukan semua benda yang dapat dekat seseorang tu adalah benda yang terbaik untuk kita semua.'

'They judge, without being in our shoes.'

'When there's reaction, it's chemistry.'
________

Menuntut pelajaran dalam bidang kimia, Zink, Caan, dan rakan-rakan mereka bukan hanya banyak mengerjakan eksperimen kimia di dalam makmal, tetapi juga di dalam kehidupan mereka, kerana bila ada tindakbalas maka ada kimia di situ -- bila dua hati berdetak irama yang sama maka nada mereka adalah serupa. Rasa yang dikongsi adalah gambaran yang tiada beza.

Namun seberapa lama pasangan Zink dan Caan mampu meneruskan keserasian dalam menjalankan eksperimen mereka -- pada akhirnya tidak semua ujian yang dijalankan itu akan terus berjaya. Kontiminasi boleh terjadi, kegagalan akan ditempuh. Dan rasa yang dibina sama akhirnya saling menyakiti.
________

Kimia; buku ini ditulis dengan gaya penulisan yang sangat santai namun masih mengekalkan penggunaan bahasa yang baik dan sesuai. Pembinaan ayat-ayat yang cukup menarik perhatian pembaca dan medorong kepada pembacaan yang berterusan, yang pasti boleh buat pembaca habiskan bacaan dalam satu duduk walaupun buku pada saya ini agak tebal juga.

Jalan ceritanya pula bermula dengan menarik sekali dengan kehidupan serta aktiviti-aktiviti ketika menuntut ilmu -- bersama sahabat-sahabat sekelas, tugasan yang banyak, tekanan yang biasa dihadapi sebagai seorang pelajar -- cukup pasti sangat berkait rapat pada ramai pembaca. Penciptaan babak yang menarik di antara interaksi watak sangat menghiburkan hati. Namun begitu bila plot semakin berjalan jauh, saya perasan keterujaan yang saya rasa pada awal-awal pembacaan semakin hambar, graf jalan ceritanya terasa sangat datar dan lurus saja, malah semakin ingin menjemput rasa bosan pada saya. Kisah di antara Zink dan Caan tidak begitu mengujakan, seperti jangkaan saya bila hubungan 'kimia' mereka berdua sudah 'bertindak-balas' meski baru suku cerita buku -- mungkin sebab bukan preference saya untuk membaca konflik dalam hubungan cinta yang seperti mendengar masalah pasangan kekasih ketika dalam fasa 'couple' yang sering kali bertelaga dek kerana perkara-perkara kecil yang hanya memerlukan komunikasi yang lebih baik antara mereka. Tapi harus saya beri pujian until little twist ketika memasuki hujung cerita, senang ya untuk manipulasi saya.

Bercakap tentang konflik, pada saya andai konflik di dalam buku ini tidak banyak berfokus kepada relationship problem pasti buku ni lebih menarik untuk saya secara peribadinya. Jadi, pendapat saya untuk konflik yang diketengahkan dalam buku ni cukup biasa sahaja dan tidak berat untuk ditanggung jiwa dan dicerna minda. Walaupun begitu, konflik peribadi Caan dengan keluarga ialah salah satu perkara yang pada saya cukup menyentuh perasaan.

Untuk watak-watak dalam buku ini pula tidak dinafikan yang watak-wataknya sangat mudah untuk disukai; watak utama Zink dan Caan ialah dua polar yang sangat bertentangan -- Zink ni sangat menghiburkan hati, dan Caan pula walaupun digambarkan sangat manis mulut pada saya tidaklah begitu, tak tahu macam mana untuk jelaskan benda ini, tapi ini cuma pandangan peribadi. Saya cuma sedikit kecewa sebab saya tidak begitu lihat perkembangan watak yang besar ataupun yang dapat meninggalkan impak yang besar pada diri saya.

Apa-apapun, Kimia ialah buku yang pada saya merupakan bacaan yang akan mudah untuk menghiburkan ramai jenis pembaca, terutamanya bila kita mencari bacaan yang ringan-ringan sahaja untuk dibaca.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
December 14, 2023
"𝙄 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙘𝙝𝙚𝙢𝙞𝙨𝙩𝙧𝙮."
"𝘼𝙢 𝙄 𝙨𝙪𝙧𝙥𝙧𝙞𝙨𝙚𝙙? 𝙉𝙤. 𝙏𝙝𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙨 𝙩𝙝𝙖𝙩."
"𝘽𝙪𝙩 𝙄 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙪𝙧𝙖𝙣𝙞𝙪𝙢 𝙢𝙤𝙧𝙚."

YA ALLAH, AKU PENAT TERSENGIH-SENGIH MACAM KERANG BUSUK BACA NOVEL YANG SATU NI. AFTER ONE YEAR IT TOOK ME TO BACA BALIK, IT'S WORTH EVERY SINGLE MINUTE. SHSHSHS COMEL!!!!

Kalau ada masa, akanku tulis review penuh. Hshshshs.

Rate: 4🌟
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 11, 2022
Macam biasa penulisan cik penulis yang kena dengan jiwa. Thumbs up!
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
January 14, 2023
Dorang ni berkenalan sebab pair untuk class experiment tau. Yg si gadis memang tak reti manis, tapi si jejaka ni manis bergula gituu😙ingat tak ngam, tapi rupanya terpaling ngam lah orang kata😜memang apa-apa mesti dorang akan together. Dalam pada berkawan tiba-tiba...

"𝐙𝐢𝐧𝐤, 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐩, 𝐤𝐚𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤? 𝐛𝐞 𝐦𝐲 𝐫𝐨𝐨𝐟?"

Omg🙈Caan ni rare betul cara minta couple. ESPECIALLY highlighed part dia yg 'special report' tu ytjt😙 Dengki kita kat sini. Tapi, dalam kimia tak semestinya tindak balas tu akan kekal sama kan?

"𝐓𝐡𝐞 𝐜𝐡𝐞𝐦𝐢𝐜𝐚𝐥𝐬 𝐜𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐞𝐝, & 𝐢𝐭 𝐬𝐡𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐛𝐞 𝐞𝐥𝐢𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐞𝐝.. 𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐚𝐰𝐚𝐲."

Apa jadi? ada salah faham ke? Zink & Caan tak happy ke?🥺Overall, Ad enjoy gila baca ni😍really make my day. Ad sengih, gelak, gedik, jerit, malu, sedih, & geram. All in one🥰 love the chemistry between them😫Caan manis tahap diabetes, yg Zink pulak macam batu tak reti sweet🤣

Moral, yg Ad dapat through this is dalam hidup bukan semua benda orang lain dapat tu yg terbaik untuk kita & don't judge without being in their shoes😔sedih bila baca how Caan's life😓BUT THE SWEETNESS MASYAALLAH BEST🙈baca tauuu. Akhir kata sy akhiri dengan favourite words dalam ni...

"𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞'𝐬 𝐫𝐞𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐢𝐭'𝐬 𝐜𝐡𝐞𝐦𝐢𝐬𝐭𝐫𝐲."

"𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐔𝐫𝐚𝐧𝐢𝐮𝐦"
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
September 28, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 (𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱 𝘁𝗼 𝗹𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀)
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝘆, 𝗰𝗵𝗲𝗺𝗶𝘀𝘁𝗿𝘆
.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Kisah percintaan Caan dan Zink di IPT — Zink, seorang gadis garang, tak lekang dengan buku dan ulangkaji bertemu Caan yang mulut manis dan gentleman. Mereka berdua ditakdirkan menjadi groupmate chemistry lab tapi lama kelamaan relationship itu develop menjadi soulmate, ha begitulah — takreti ngat ka sinopsis romance novel cemni TT

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
🧪 Kimia – subject favourite all time kita sampai sekarang & I tell you the Kimia vibes dalam buku ni memang deliver – titration, beaker, tube, lab coat – all those chemistry words that comes into your mind kan ha author letak dalam buku ni hence kena dengan tajuk nya

Plotwise, cerita dia santai santai saja. Apa yang kita expect dari university life, itu lah yang ada dalam ni. Reading their university life makes me miss my school days. The stay ups, library, assignments, lab partner and even cuak sebab ada lab test pastu tak bawak lab coat? 😩 Ah memang kena kena kena. Rasa nostalgik kejap bila baca. ❤️‍🩹

Character development dalam ni bagi kita agak biasa untuk both characters —
💌 Zink, still a nerd who is passionate with whatever she is doing, budak library saja
💌 Caan brave enough to step out of his comfort zone pursuing music despite his Asian mom yang em faham faham lah TT
— tapi tapi kita teringin jugak nak tahu side characters punya kisah, at least tak berfokus kepada 2 orang ni je tapi takde so takpelah

Eventhough perkembangan watak constant je, kita maybe suka dengan development cinta dua orang ni. Generally people akan berubah sikit lepas bercinta kan, like the friendship dynamic tu hilang tapi diorang ni tak macamtu. Mereka bermula sebagai kawan and even lepas bercinta pun, still proceed sebagai kawan + sweet sikit, tapi tak ubah diri diorang version tak bercinta tu, respect 😮‍💨🤝🏻

Overall, kalau Aliya version 18 tahun yang baca buku ni, maybe dia akan suka gila Kimia knowing how nerd she was, tapi sebab Aliya yang dah dewasa (lah sangat 😶‍🌫️) sikit baca buku ni, maybe it’s best as a comfort read je bukannya best read, gittew.

✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿
Pembaca romance, sesiapa yang baru nak masuk uni atau rindu uni days — baca buku ni okie 🫶🏻
_______________
“𝙰𝚗𝚝𝚊𝚛𝚊 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗, 𝚊𝚔𝚞 𝚙𝚒𝚕𝚒𝚑 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗” - 𝚉𝚒𝚗𝚔

3🌟

Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
January 5, 2024
Mengimbau kembali zaman belajar kat UiTM Shah Alam dari tahun 2007-2011. Berjalan kaki beramai-ramai lepas turun bas rapid, panjat bukit pergi menara SAAS. Dulu Fakulti Perakaunan memang dekat je dengan FSG tu. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Rindunya nak belajar semula. Masalahnya hutang PTPTN pun habis bayar lagi ni! Aigoo ~~

Paling best baca novel ni sebab terus dapat baca sambungannya dalam Yang Manis 2022. Dan susah nak jumpa typo sebab buku yang saya beli ni sudah beberapa kali diulang cetak. Good job semua.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
October 15, 2022
Memang betul-betul mengimbau nostalgia zaman belajar dulu. Teringat saat2 buat experiment dlm lab masa sekolah men dulu. Walaupun kat Uni menyimpang terus x ambik jurusan Kimia pun tapi okey je. 😁

Sweet nak mampus Caan ni. Terbayang diri sendiri jadi Zink. Hehehe... Part report lab yg Caan tulis tu ku suka dan segala bentuk kesabaran & pengorbanan Caan kat Zink tu ku rasa cair betul. Baca novel ni asyik tersengih-sengih je.

X rugi ah baca Kimia ni untuk mengimbau balik zaman belajar dulu2.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
June 10, 2023
Kalau novel genre ni dibaca 10-11 tahun lepas, mungkin panjang lamunan dan buaian perasaan tu.

Jalan cerita ok, ha eloklah budak² u nak layan perasaan baca novel ni. Aku cadang tajuk berat nanti banyak bunyi pula.

Kimia Organik, Inorganik, makmal, laporan makmal, kot makmal tertinggal dll semuanya buat aku senyum. Terngiang-ngiang zaman universiti, bidang dan juga universiti yang sama.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 5, 2025
Saya suka latar belakang buku ini, kisah universiti yang jarang orang ketengahkan begitu juga struggle watak-watak dalam buku ini.

Kisah Zink dan Caan ni ada cute-nya tersendiri, kadang-kadang interaction between this two buat saya geram dan rasa nak hempuk sahaja. Kisah remaja dan anak muda yang cuma nampak hitam dan putih kehidupan. Dan kadang-kala sikap clumsy Zink buat saya tepuk dahi dan geleng seratus kali, kalau dia ini sahabat saya sudah lama saya talqin-kan telinganya.

Tetapi, saya nampak banyak kekosongan dalam buku ini. Memandangkan cerita ini berkaitan universiti, saya harap penulis tekankan interaksi persahabatan Caan dan juga Zink. Berkenaan isu Caan, saya harapkan ada sesi yang lebih panjang dan mendalam untuk brotherhood between Caan dan rakannya. Begitu juga kisah Zink, Zink ada struggle dia yang tersendiri tetapi sisterhood yang saya nampak cuma sedikit.

Konflik Caan dan keluarganya juga terlerai agak terburu-buru, saya harapkan lebih mendalam scenes antara dua beranak ini memandangkan ia melibatkan masa depan dan hubungan yang sudah lama ditekan dengan ekspetasi melampau.

Begitu juga babak Zink dan Caan di jalan selepas keluar makan, kalau boleh saya nak babak tu lebih tertekan dan penuh emosi. Biar kalau boleh jadi lahar sebab Zink dan Caan sama-sama sudah lama memendam perasaan yang terbuku. Selarinya dengan umur mereka yang awal 20-an, masih mentah dan muda.

Mungkin, sebab cerita ini fokusnya hanya pada hubungan Caan dan Zink, makanya konflik itu hanya berpusat pada hubungan mereka sahaja tetapi jika dikembangkan lagi masalah peribadi Zink dan Caan mesti lebih menarik.

Ini buku pertama penulis yang saya baca dan saya hendak cuba lagi baca buku penulis yang lain. Saya beri 3.5 ⭐

The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated... right away.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
January 3, 2023
Jalan ceritanya sangat ringan. Menceritakan tentang asam garam rencah hidup sebagai pelajar² kimia di sebuah universiti. Aku dihidangkan dengan bermacam ilmu tentang kimia.

Kimia ni mengisahkan tentang perhubungan di antara Caan dan Zink.

Zink seorang perempuan yang gila² tetapi sangat geliga. Lagaknya bersahaja dan berhati kayu. Berkawan dan akhirnya bercinta dengan Caan. Seorang lelaki yang sweet dan caring. Berbanding Zink, Caan lebih struggle nak belajar Kimia. Tak kira macam mana rajin pun dia, akhirnya mesti gagal. Maka, Caan berhenti dari belajar.

Konflik timbul apabila Caan dan Zink tak lagi bersama. Kadang² ada perasaan cemburu yang timbul antara mereka tetapi mereka hanya pendam perasaan itu.

------------

Aku suka watak Zink yang sangat selamba, blur dan kelakar.

Tapi ada masanya aku geram juga sebab Zink macam terlalu berhati kayu dan batu. Susah sangat dia nak meluahkan apa yang dia rasa. Aku juga nampak perkembangan watak Zink dari menjadi pelajar, kemudian intern, kemudian sambung belajar master, PhD dan akhirnya menjadi lecturer.

Berbanding dengan Caan, aku tak nampak apa sebenarnya yang Caan buat selepas dia berhenti belajar. Yang aku faham dia hanya bermain muzik, ada gig dengan artis, tapi ceritanya tidak details. Aku mengharapkan yang Caan berjaya menjadi artis/composer lagu yang popular ke.

Buat konsert merata ke.. paling tak cerita serba sedikit tentang Caan dan kerjayanya sebagai penghibur/artis. Aku nak something dari Caan. Contohnya, walaupun Caan tak belajar tapi dia menggunakan bakat untuk terus hidup dan mencapai cita-cintanya. Keluarga dia nampak yang muzik pun boleh buat duit, boleh buat orang healing, ada manfaat bla bla. Tu yang aku harapkan. Tapi sedih sekali, takde pun part ni.

Plot banyak dikupas pada awal belajar menjadikan dah hujung-hujung tu penulis banyak langkau tahun je. Macam setahun kemudian, lepas tu 3 tahun kemudian. Macam tu je. Lepas Caan kemalangan, penulis tak cerita pun apa sebenarnya yang terjadi sampai 3 tahun Caan menghilang. Kenapa 3 tahun..

Zink bertemu kembali dengan Caan, dan mereka bersembang macam biasa. Lepas tu bercinta. The end.

Tu je? Hahahah

Cerita ni menarik dan hanya untuk bacaan ringan sahaja boleh la. Tak ada apa pun nak dikupaskan sebab ringkas je penceritaannya.

Akhir sekali aku bagi... Hmmmm... 3⭐ je lah.
Profile Image for Naurah  Hazwany.
63 reviews1 follower
May 10, 2024
Novel ini mengisahkan tentang Caan yang kacak, pandai nyanyi, sweet dan clumsy girl yang tak reti nak bercinta, dipanggil Zink.

Cerita ini bermula ketika mereka memulakan pengajian sarjana muda di universiti. Agak details juga penceritaan subjek kimia, tentang eksperimen, tentang soalan-soalan wajib, exam, bonding dengan classmates. Bagi saya secara personal bonding class dari aliran sains memang lebih rapat berbanding aliran lain, walau ada sengal dia juga still nice.

Zink ni otak geliga, dan sangat rajin study. Tapi dah clumsy tu memang kalau buat eskperimen....tanpa Caan haru biru la risau betul. Caan pula, cool sangat dalam lab... Tapi apakan daya, jiwa dan talent Caan bukan disitu.

Novel ni memang fokus penceritaan tentang percintaan antara Zink dan Caan, bercinta since semester 1, berahsia bagai, sampai terpisah...salah faham sikit dan akhirannya macam mana. Memang sweet jelah, tingkah laku couple ni dah kahwin pun tk banyak beza sangat.

Cons:
Watak kawan kelas dan sampingan yang lain agak one dimension sebab mereka wujud hanya untuk gerakkan plot tapi tak bernyawa. Bila tiap pelajar dalam kelas mereka tu, diwujudkan, tak boleh beza ni siapa... Just anggap oh ni Ina cakap, Lima, oh..kalau takde tulis siapa tak tau. Sukar nak tulis banyak watak sampingan cuma macam takde yang dominan sebagai watak pendukung.

Geram sangat clumsy, clueless Zink ni macam tak ada development, terlalu hujung sangat. Dia macam annoying sikit adoi Zink. Faham, ada orang macam Zink tapi utk novel ni, I nak dia much better improvement because she's lecturer ok.

Memang kesian dengan Caan, geram ada family macamtu. Then bila dia sesuatu terjadi baru mak dia nak minta maaf. Ok sebab takde penderaan fizikal berlaku I can terima but too simple. Paling tk suka kakak dia, tak taula apa jadi kakak dia lepas kejadian tu. Tapi mental damage is more harm than you think.

Why Caan berhenti belajar terus? Instead of tukar faculty, tak pun dia senyap² ambil part time lepas dah kerja setahun dua, belajar bidang musik dia nak tu. Sebab dia dah dapat masuk university tu kiranya dia layak, apatah lagi tukar course dari science to arts... Then not too clear apa pencapaian hidup Caan? I really expect he should achieved something, probably music awards macamtu? Because FL pun dapat capai cita2 dia at the end of the day... A bit not too fair.

But overall memang best, in fact saya baca dengan bayangkan Cdrama vibe, dan relatable nak panjat tu penat weyh hahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
October 14, 2022
Kisah tentang Caan dan Zink yang merupakan student kimia. Awal-awal dah menarik perhatian saya sebab keunikan nama diorang. For sure, dalam buku ni banyak juga terselit ilmu berkaitan subjek kimia. Dan buat kamu yang berjuang dengan pelajaran, this book really recommended! Banyak juga ayat motivasi yang maybe boleh naikkan balik semangat korang atau redakan hati korang. Gittew!

Caan. Dia manis, tapi bukan beshe beshe gais, level budak sains la HAHAHA. Dah la pandai nyanyi, rupa helok, ah senang cerita full package la Caan ni 😔. Untung siapa dapat Caan. Tapiii... ada la part yang buat saya sedih dengan masalah Caan. Rasa nak peluk dia dan bagi kata-kata semangat. Kalau aku jadi Caan, mahunya stress dengan orang-orang yang cakap ikut sedap mulut je 💆🏻‍♀️

Zink. Kalaulah ada Zink in real life, saya orang first nak register jadi kawan dia! HAHAHAHA dia seorang yang selamba dan sangat menghiburkan. Also very supportive. Walaupun bab cintan-cintun ni Zink tak sepro subjek kimia kahkah.

Gabungan mereka berdua ni sangat menyeronokkan. I lurveee! Ni first time saya baca karya kak akyel and saya suka! Comel gila watak watak dalam ni 😭. Seluruh classmate Caan & Zink cenggini 👍🏻. Susah nak cari classmate macam tu sekarang ni. Sebab mostly mereka suka berpuak-puak 😔

Overall, cerita ni memang best dan santai. Boleh buat hilang stress dengan perangai watak-watak dalam ni. Dengan ini, Kimia telah pun jadi one of my comfort reads ❤️
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
July 21, 2023
Walaupun cringe TAPI BAPAK COMEL NAKMATI CERITA NI!!!!!!! Rasa macam nak terkoyak bibir sebab tersengih lama sangat.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
April 13, 2023
"When there's reaction, it's chemistry."

Subjek apa yang korang suka masa sekolah dulu? Untuk aku, Kimia dan Biologi. Dan sebab itulah juga aku tertarik nak baca buku bertajuk Kimia :)

Sumpah aku terhibur sungguh baca novel ni. Baru baca bab satu, dan aku dah beriya gelak ketawa eh. Sengal betul Zink 😆 Mujurlah juga aku baca novel ni ketika di rumah saja, kalau di tempat awam, tak tahulah macam mana nak maintain cool 😬

Novel ni mengenai Zink dan Caan, pelajar Kimia di sebuah IPT yang juga berkawan baik. Aku nak tengok bila mereka berdua ni mula menyimpan perasaan pada satu sama lain. Weii! Sumpah comel sweet gila how Caan confess!! Ahhh ♥️ Dan "laporan" Caan! Kenapa sweet sangat Caan ni? Kenapa!!!! 🥰

Novel Manes mesti bertemakan cinta namun itu bukanlah tema khusus dalam novel ini. Aku lebih suka dengan cerita persahabatan mereka satu geng, bukan setakat kisah cinta Zink dan Caan. Aku terhibur dengan mereka semua ♥️

Bacaan santai dengan jalan cerita menarik yang penuh dengan kisah masa zaman belajar yang secara tidak langsung teringat zaman belajar dulu. Rindu juga masa study dulu, tak perlu memikirkan hal-hal lain selain belajar. Tidak lah aku kata aku rindu bab nak siapkan assignment 🤭 Dah nama pun novel bertajuk Kimia, penuh juga dengan ilmu mengenai Kimia, barulah aku tahu ada Kimia Organik, Kimia Tidak Organik, Kimia Analisis. Cukuplah aku belajar sikit-sikit daripada novel ni je. Dan dan ... aku dapat info baru mengenai lebah dan tebuan, dan juga serbuk pencuci. Cetek ilmu pengetahuan am sungguh aku ni 😅

Secara jujurnya, aku tak berapa suka dengan perangai Zink selepas dia bercinta dengan Caan. Mungkin kerana aku berpendirian seperti Caan, jadi rasa geram je dengan Zink. Bagiku, cerita mengenai mereka selepas bercinta macam sedikit lewah juga. Cuma, secara keseluruhan, just nice. Ending pun nice juga, tahniah Zink sebab dah tak karat! 😂

Bacalah novel ni kalau korang memerlukan hiburan 😁 Dorang berdua ni sempoi, sampai dah kahwin pun sempoi je. Comel :)

"Be happy, pegang tu. Pedulikan orang lain, yang penting kita suka apa yang kita buat."

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for ⋆˚࿔ arissa.
35 reviews11 followers
September 8, 2024
SO GOOD. I HAD MIXED EMOTIONES WHEN READING THISS!! IT'S THE EVERYTHING EMOTION YOU'LL GO THROUGH WHILE READING THIS! READ THIS BOOK NOW OMG THIS IS LIKE MY FAV BOOK OF THE YEAR!! LOVE AUTHORR!!😍🥰😜
Profile Image for Ayuni.
3 reviews2 followers
December 22, 2022
‘𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙣𝙞, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙗𝙚𝙣𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙣𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖’.

‘𝙏𝙝𝙚𝙮 𝙟𝙪𝙙𝙜𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝𝙤𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙤𝙪𝙧 𝙨𝙝𝙤𝙚𝙨’.

Buku ini merupakan karya tulisan @akyelrahim di bawah penerbitan @maneswordworks dan ini merupakan karya pertama beliau yang saya baca. Secara jujurnya, kulit muka depan buku ini membuatkan saya ‘jatuh cinta pandang pertama’ 🌟 tanpa meneroka terlebih dahulu isi buku ini.

Kimia; buku ini ditulis dalam bentuk yang santai — ringkas dan mudah difahami oleh semua peringkat umur membuatkan para pembaca mampu menghabiskan bacaan dalam satu duduk sahaja.

Zink dan Caan — dua perwatakan yang berbeza, saling jatuh cinta dan menunjukkan bahasa cinta mereka yang berlainan.

Pada awal penceritaan, penulis membuatkan saya terkenang kembali memori di sekolah dan universiti — belajar di perpustakaan, eksperimen, kerja kursus yang sudah menjadi kebiasaan buat sesiapa pun yang bergelar seorang pelajar.

Antara salah satu babak yang menarik perhatian saya dalam buku ini adalah konflik Caan bersama keluarganya — diherdik, diperli, dibanding-bandingkan. Konflik ini menyentuh perasaan saya kerana saya yakin ramai anak muda di luar sana yang turut mengalami nasib yang sama seperti Caan.

Overall, i like this book 🌟🌟🌟🌟/5. Congrats author and looking forward your another books ✨
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
April 26, 2023
Pertama sekali, aku bukan nak membandingkan jauh sekali menyamakan ya. Watak Caan ni mengingatkan aku pada watak2 dalam karya Syud. ML nya orang biasa saja tapi ada karakter yang buat kita jatuh suka tanpa perlu berlebihan. Which is bagi aku secara peribadi, aku suka. Aku suka watak-watak begini, watak yang wujud di sekeliling kita, wataknya sederhana, dan realistik.

Ceritanya pun santai saja. Konflik pun tidaklah berat. Aku suka pacenya. Tak meleret-leret. Sweet yang boleh terima mengikut piawaian aku. Boleh nampak perkembangan watak ML & FL nya.

Tahniah kepada penulis. Ini karya pertama penulis yang aku baca. Dan aku jatuh hati. Dengan ini, aku isytiharkan diri sebagai ahli kelab peminat Akyelrahim. Hahaha
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
August 7, 2022
Kalini review pendek je la eh hshshs apa yg saya boleh cakap buku ni sesuai dibaca bila awak sedang berada di alam persekolahan atau universiti. Mmg light reading tapi kalau orang yg dah matang atau berusia mmg dia akan cakap cerita ni cerita budak². Apa yg paling best dalam buku ni adalah slice of life in university. I can relate to Caan 100000%. Cerita ni bukan cerita sedih tapi bila sampai scene Caan give up walaupon dah usaha tu sumpah nangis jugak 🤣 basically plot dan penulisan saya bagi 4.3/5 🌟 teruskan berkarya author!
Displaying 1 - 30 of 109 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.