Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Buku ini merupakan siri ketiga ‘Al-Bayanul Mubin Syarah Riyadus Solihin’ yang menghuraikan hadis-hadis ‘Bab Taubat’ daripada kitab ‘Riyadus Solihin’. Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghuraikan hadis tersebut dalam Kuliah Duha beliau yang diadakan pada setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang. Pemilihan kitab hadis ini adalah disebabkan kewibawaan ilmu al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawi RH yang diterima oleh pelbagai mazhab aqidah, fiqah, mahupun tasawuf.

Melalui karya kali ini, penulis mengemukakan petunjuk Nabawi tentang keutamaan seseorang Muslim agar bertaubat sebagai proses untuk kembali kepada fitrah insani. Taubat merupakan salah satu jalan untuk membersihkan jiwa hamba yang berdosa bagi membentuk akhlak yang mulia. Mudah-mudahan, saranan ilmu dan nasihat yang digarap daripada kalam Nabawi menjadi panduan buat semua lapisan pembaca agar lebih mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

144 pages, Paperback

First published July 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Abdul Hadi Awang

73 books92 followers
Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) (عبد الهادي اواڠ)mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969 hingga 1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974 hingga 1975. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983.

Di samping itu, Ayah Chik istiqamah mengajar secara mingguan pada setiap hari Jumaat di Masjid Rusila, Marang sejak tahun 1976 sehingga kini. Dalam tempoh 40 tahun, beliau telah mengkhatamkan pengajian tafsir al-Quran sebanyak dua kali; kali pertama khatam pada tahun 1996 dan kali kedua khatam pada tahun 2016. Atas faktor itu, terhasillah magnum opus beliau yang digarap daripada pengajian mingguan tersebut, iaitu Tafsir al-Tibyan, sebuah tafsir lengkap 30 juz al-Quran dalam bahasa Melayu.

Berbekalkan komputer riba peribadi, Ayah Chik aktif mengarang buku, artikel, dan khutbah. Pelbagai kitab telah dihasilkan oleh beliau yang menjadi rujukan ramai pihak. Antara yang terkenal ialah Ensiklopedia Aqidah Muslimin, Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah (Jejak Nabi Muhammad ﷺ), Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin (Jejak Khalifah), Al-Bayanul Mubin Syarah Riyadus Solihin (Siri Pesan-pesan), Islam dan Demokrasi, Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran, dan banyak lagi.

Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada tahun 2001.

Demikian juga, Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran “Tan Sri” oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada tahun 2021.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 18 books21 followers
March 3, 2023
Subhanallah, naskhah yang memberikan harapan. Naskhah yang mengalirkan tangisan. Naskhah yang menyembuhkan. Naskhah buat yang mendambakan reda Tuhan.

Mungkin bagi sesetengah orang pembaca, jika mereka ingin merawat diri, maka mereka akan mencari buku-buku yang bertemakan ‘penyembuhan’ (healing) seperti puisi, anekdot, dan sebagainya.

Rupa-rupanya, ada yang lebih menyentuh dan menusuk kalbu daripada itu.

Baru saya betul-betul menyedari, rawatan diri yang terbaik itu ada pada sabda Nabi Muhammad ﷺ, kalam daripada sebaik-baik manusia yang dipandu dengan wahyu untuk sebaik-baik umat. Allahuakbar.

Segala saranan, pesanan, dan kisah menarik daripada hadis Rasulullah ﷺ tentang taubat terkandung dalam karya ini.

Semoga Allah memberkati Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berhasil mensyarahkan hadis-hadis berkenaan kejiwaan daripada kitab Riyad al-Salihin secara bahasa yang santai namun sungguh membekas.
Displaying 1 - 1 of 1 review