Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sungguh Mengagumkan Manajemen Waktu Para Ulama

Rate this book

First published January 1, 216

Loading...
Loading...

About the author

Syaikh Abdul Fattah

4 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (56%)
4 stars
14 (19%)
3 stars
11 (15%)
2 stars
3 (4%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mochammad Hadyan.
123 reviews4 followers
January 24, 2021
Buku ini menampar keras pola pikir saya selama ini. Tidak pernah terbayang sedikit pun bahwa kitab-kitab rujukan spektakuler yang ditulis para alim ulama merupakan hasil pola hidup yang tidak pernah menyia-nyiakan waktu.

Tidak pernah saya liat saat ini, penulis yang bisa menghasilkan berbagai kitab hingga ratusan dan komprehensif, selain pada zaman awal para ulama salaf. Tidak terbayangkan dengan keterbatasan teknologi untuk menulis, tapi bisa menghasilkan bacaan yang berkualitas dan bisa menjadi pegangan umat hingga hari ini.

Sungguh ironi dengan kondisi sekarang, teknologi sudah sangat canggih, akan tetapi budaya literasi dan menulis sangat rendah
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
February 12, 2009
Baca penuh di:
Bahagian 1
Bahagian Akhir

Sedikit petikan dari Bahagian 1 :
Buku ini adalah antara buku-buku yang saya beli bersama Kak Min di Pustaka Fajarilmu pada Disember lepas. Sebenarnya, saya sudah memilih buku yang lain pada masa itu, buku yang membincangkan isu yang sama iaitu tentang masa, tetapi sewaktu pembayaran, sementara menunggu penjual buku menulis resit , saya telah ternampak buku ini Sungguh Mengagumkan Manajemen Waktu Para Ulama. Saya pun belek-belek. Eh, isi buku ini lebih baik berbanding yang satu lagi!

Saya sudah sedikit malas membaca buku pengurusan masa yang hanya memaparkan kaedah-kaedah menguruskan masa. Ini kerana saya tahu, saya ini orangnya, Ya Allah, sungguh tdiak berdisiplin dalam hal-hal sebegini. Saya menganggap buku ini mempunyai kelainan berbanding buku-buku lain dalam membicarakan isu masa. Buku ini, sekilas baca sebentar tadi, saya dapati ia lebih banyak bercerita dan memaparkan kisah-kisah para alim dahulu kala dengan aktiviti keilmuan dan pengurusan masa mereka. Saya sangat berharap, buku ini boleh memotivasikan saya agar lebih bersungguh-sungguh menggunakan masa dengan lebih efisyen.

Resensi ini akan ditulis dalam 2 bahagian, InsyaAllah ( Err, rasanya mungkin akan menjadi lebih). Saya tidak boleh menceritakannya kepada anda dalam satu entri sahaja kerana, saya sedikit mengalami kesukaran dalam membacanya. Saya khuatir, saya akan letih serta jemu dan akhirnya melemahkan daya penulisan dan pembacaan saya. Lagipun, pada entri pertama ini, saya belum lagi dapat menangkap sepenuhnya isi buku ini. Justeru itu, anggaplah entri pada kali ini seolah-olah seperti catatan ketika saya sedang membaca. Jadi ia akan kelihatan sedikit tidak teratur sebenarnya. Setelah selesai entri pertama ini, saya akan membaca novel Vamphra pula sebagai selingan dan seterusnya menyambung semula entri kedua untuk buku ini. Saya mohon moga semuanya dipermudahkan Allah.

Sungguh Mengagumkan Manajemen Waktu Para Ulama ditulis dengan 76 buah rujukan. Buku yang saya miliki ini merupakan cetakan yang kesepuluh. Jikalau anda perhatikan bahagian pengantar, anda akan dapati ada 3 pengantar yang disampaikan oleh penulis : pengantar cetakan pertama, pengantar cetakan keempat dan pengantar cetakan kelima.

Ia mengandungi 5 bab utama. Bermula Bab 2 ( Beginilah Para Ulama Mengatur Waktunya ) sehingga Bab 5 (Rambu-Rambu Manajemen Waktu), penulis menulisnya dalam bentuk cerita kisah-kisah ulama dan penuntut ilmu. Wah! Ada banyak nama dan pelbagai karakter yang disajikan untuk para pembaca menelaah sikap mereka terhadap masa dan apa yang penting ialah kesungguhan menimba dan menyampaikan ilmu di kalangan mereka.

Pada ruangan pengantar cetakan kelima, penulis menyatakan yang penulisan kisah di dalam buku ini adalah berdasarkan urutan tahun wafat dan bukan mengikut bab perbahasan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menunjukkan wujudnya satu kesinambungan antara generasi salaf dan khalaf dalam perihal semangat menjaga masa dan menuntut ilmu. Pendapat peribadi saya, kita pun, jikalau kita mahu menjadi seperti mereka ini, bercita-cita tinggi dalam hal-hal keilmuan, antara perkara utama yang perlu kita titik-beratkan ialah pengurusan masa!

Sedikit petikan Bahagian Akhir :
Kisah-kisah para penuntut ilmu yang dipaparkan di dalam Sungguh Mengagumkan Manajemen Waktu Para Ulama membuatkan saya terpaksa memandang semula ke belakang rentetan kisah pembelajaran saya (seperti yang saya tulis di atas). Saya malu dibuatnya. Selama ini saya mengaku saya menuntut ilmu kerana Allah tetapi ketekunan saya belajar tidak sama seperti mereka di dalam buku ini.

Banyak sungguh sifat tercela saya :-malas, banyak buat maksiat, tidak rajin beribadat, mengharapkan pekerjaan yang baik, mengharapkan kepentingan material dan lain-lain. Saya risau selama ini saya belajar kerana saya mahu hidup senang, sedangkan jikalau anda membaca buku ini, anda akan dapati, mereka (penuntut ilmu dahulu kala) belajar memang tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan hanya kerana Allah semata-mata. Total ikhlas. Menuntut ilmu bagi mereka bukan sebagai satu alat utama untuk mendapat pekerjaan tetapi menuntut ilmu itu sendiri sudah menjadi profession mereka. Kesungguhan dan ketekunan, tidak payah cakaplah. Memang jauh sungguh bezanya dengan kita.

Saya ambil contoh, Ibnu Jauzi. Setiap disiplin ilmu yang dipelajarinya, akan ditulis menjadi sebuah karya. Dikatakan, beliau menulis sehari lebih kurang 4 buah buku tulis. Dalam setahun, beliau menulis antara 50-60 jilid. Ibnu Rajab sendiri mengatakan, Ibnu Jauzi meninggalkan kita sebanyak 340 tulisan. Anda kena faham, 340 tulisan itu bukan sama dengan 340 buah buku. Ada antara tulisan-tulisan itu mengandungi sehingga 20 jilid. Punyalah banyak Ibnu Jauzi menulis, sehinggakan bekas rautan-rautan penanya boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memanaskan air yang digunakan untuk memandikan mayat beliau.

Fakhrurrazi, seorang ahli fiqh dan ahli hadis telah menulis sebanyak 200 buah buku dan ada di antara buku-buku itu mempunyai sehingga 32 jilid. Mahu digambarkan betapa pentingnya masa bagi Fakhrurrazi, beliau sangat sedih apabila ada masanya digunakan untuk makan.

Abu Hafiz Al Mundziri juga lebih kurang beitu kisahnya. Beliau sering terlihat sentiasa sibuk dengan buku walaupun pada ketika itu sedang makan. Bukan itu sahaja, beliau tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan untuk Solat Jumaat. Itu termasuklah menghadiri pengebumian anak lelakinya yang juga merupakan seorang ahli hadis. Dikatakan beliau telah menulis sebanyak 90 jilid buku dan ada yang mencecah sehingga 700 juz.

Sebut pasal makan lagi, Asy Syamsul Ashbahani, seorang pakar ilmu ushul fiqh, fiqh dan tafsir diceritakan dalam buku ini, beliau amat menghindari daripada makan dan minum banyak kerana khuatir selalu masuk ke tandas. Saya ada juga terbaca tentang kisah seorang penuntut ilmu di mana dikatakan beliau sangat menjaga waktu terutama untuk bab makan, sehinggakan beliau sanggup mencelup roti itu ke dalam air agar lebih cepat dikunyah. Ada juga penuntut ilmu yang sanggup memilih makan kuih antara roti kerana kuih lebih cepat dikunyah. Imam Baihaqi berpuasa selama 30 tahun dan dalam tempoh itu, beliau telah menulis 1000 juz kitab. Ini cerita perihal penuntut ilmu dengan makan.

Abdul Ghani Al Maqdisi yang hidup antara tahun 541H - 600H merupakan seorang imam hadis. Aktiviti seharian beliau ialah menyalin tulisan, mengarang, mengajar hadis dan beribadah. Itulah kerjanya. Selepas Subuh, beliau akan mengajar Quran atau Hadis. Selepas itu beliau akan solat sunat sebanyak 300 rakaat sehinggalah waktu Zuhur. Selepas waktu Zuhur, beliau akan menyalin tulisan sehingga waktu maghrib dan berbuka puasa. Kemudian, beliau solat Isyak dan tidur sehingga separuh malam. Pada separuh malam itu, beliau beribadah dan dikatakan dalam semalaman itu, beliau mengambil wudhuk lebih dari 7 kali.

Ibnu Sukainah sangat menjaga waktunya dan ucapannya. Beliau pun jarang keluar rumah melainkankan untuk solat jumaat dan solat jenazah. Bukan itu sahaja, beliau menasihatkan agar cukup dengan ucapan Assalammualaikum sahaja, jangan diperpanjangkan lagi kerana mahu menjaga waktu berbanding dengan lafaz Assalammualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.

Ibnu Malik (saya kurang pasti adakah ini Imam Malik) pun sangat dan sentiasa menjaga waktunya. Di hari kematiannya, beliau sempat mneghafal syair. Beliau banyak menelaah pelajaran dan cepat dalam mengulangkajinya. Beliau tidak akan menulis sesuatu yang dihafaznya melainkan setelah memeriksa betul-betul hafazannya itu. Aktivitinya, solat, membaca Al-Quran, mengarang dan membaca buku. Itu sahaja!

Anda pasti pernah mendengar nama Al-Alusi. Beliau merupakan seorang ahli tafsir dan digelar imam dan pemilik segala keutamaan. Saya mahu berkongsi aktivitinya. Pada sebelah siang, beliau akan memberi fatwa dan mengajar. Pada sebelah awal malam, beliau akan ada diskusi ilmu. Akhir malam, beliau akan mula menulis tafsir. Hasil tulisan itu siap pada keesokan pagi dan diserahkan kepada jurutulis. Tulisan itu dikatakan memakan masa selama 10 jam untuk ditulis semula oleh jurutulis terbabit. Di dalam sehari, beliau akan mengajar sebanyak 24 pelajaran tetapi jikalau pada hari itu sibuk menulis tafsir dan memberi fatwa, beliau hanya akan mengajar 13 pelajaran sahaja.

Siapa lagi yang saya belum cerita? Ha, Ibnu Taimiyyah. Ada 2 nama Ibnu Taimiyyah di dalam buku ini. Saya ceritakan salah seorang daripada mereka sahaja. Ibnu Taimiyyah hidup antara 661H-728H. Sehingga 57 tahun sahaja usia beliau. Tetapi dalam tempoh itu, beliau telah menghasilkan sebanyak 500 jilid karya tulis. Ada juga yang mengatakan 1300 jilid. Imam Ibnu Qayyim yang merupakan murid beliau mengatakan sebanyak 350 karya.

Entahlah, saya sendiri tidak tahu berapa. Tetapi apa yang dapat saya faham ialah, karya Ibnu Taimiyyah terlalu banyak sehingga Al Hafiz Ibn Rajab menulis ( anda boleh baca pada halaman 141), "Jumlah karya benar-benar telah memenuhi negeri dan jumlahnya terlalu banyak sehingga tidak mungkin seseorang untuk menghitungnya.". Beliau juga salah seorang penuntut ilmu yang tidak suka melewat-lewatkan waktu melainkan untuk aktiviti rutinnya :- mengajar, menulis dan beribadah.

Memetik kata-kata Ibn Qayyim, "Zikir akan memberi kekuatan sehingga ia akan benar-benar mampu melakukan sesuatu yang menurut perkiraan tidak mampu dilakukan oleh selainnya". Pada suatu ketika beliau ditimpa jatuh sakit, doktor mengatakan antara punca-puncanya sakit beliau semakin tenat adalah kerana beliau terlalu sibuk menelaah dan berdiskusi ilmu. Lalu beliau menyanggah kata-kata doktor itu dengan mengatakan jiwanya sentiasa bahagia dan gembira bergelumang dengan ilmu, mana mungkin perasaan positif itu akan menyebabkan seseorang akan sakit.
Profile Image for Farid Akram.
111 reviews17 followers
January 31, 2016
Alhamdulillah,selesai sudah membaca karya Syeikh Abdul Fattah berkenaan cara para ulama' kita menyusun waktu untuk 'ilmu yang bermanfaat.

Ternyata,masa itu sangat-sangat dihargai dan digunakan seoptimumnya untuk 'ilmu.Terasa malu kerana terlalu banyak masa yang telah disia-siakan untuk perkara yang tidak perlu.
Profile Image for Muhammad Faizuddin.
53 reviews1 follower
April 14, 2026
Assalamualaikum, ‘nilai masa di sisi para ulama’ antara nama buku ini yang boleh kita fahami.

Pada permulaan buku penulis bagaimana masa di firman dalam Al-Quran, seperti surah al-asr, dan apa yg di riwayatkn dalam hadis tentang masa, iaitu antara perkara yang akan dipersoalkn di hari akhirat kelak.

Majoriti isi kandungan buku ini menceritakan bagaimana ulama/cendekiawan masyhur Islam mendepani masa-masa mereka, antaranya imam muhammad asy syaibani, imam syafi’i, imam abu ubaid, imam hafizh al hashiri membahagi-bahagikn malam meraka kpd 3 bahagian. Iaitu 1/3 utk tidur, 1/3 beribadah, 1/3 lg utk menulis/membaca buku ilmu. Kalau mlm anda kira semasa masuk isyak contohnya 8:30 mlm hingga ke waktu subuh 5:30 pg anda alan dapati purata ulama2 tidur adalah dlm 3.1-3.2 jam sahaja sehari selainnya mereka mengisi dgn pekerjaan yg bermanfaat.

Antara pola yg byk kali di ulang bagaimana ulama2/cendekiawan hebat ini, mereka menunda2 makan mereka, tiada masa melayan tetamu utk jangka masa yang panjang, hatta semasa nazak pon mereka masih memikir ilmu.

Byk lg kisah2 ulama2 agung yg di ceritakn kpd kita oleh penulis utk iktibar serta ikutan yg sgt baik utk kita.

Semoga Allah memberikn ganjaran yg setimpal bagi penulis buku yg sgt memberi manfaat ini iaitu syeikh Abdul Fattah abu Ghuddah rahimahullah.

Semoga kita- pembaca tidak tergolong dalam kalangan mereka yang rugi dan tidak tergolong dlm kalangan yang menkhianati masa lapang kita aminnn
Profile Image for Emilia Angraini.
10 reviews
October 29, 2022
buku yang mengajarkan kita bagaimana para ulama' dalam menjaga waktunya tetap berharga. sungguh berbanding terbalik dengan manusia zaman sekarang yang malah terlena dengan waktu. ulama' dulu sangat mengahargai waktu, bahkan menganggap hal-hal selain belajar dan mengajar adalah satu hal yang tidak ada gunanya. mereka hanya makan ketika lapar dan tidur ketika memang sangat diperlukan. hal-al yang sungguh sangat mengagumkan bagi manusia masa kini. semoga buku ini bisa menjadi potret yang dicontoh oleh banyak kalangan, meski tidak bisa menyamai mereka setidaknya kita berusaha meniru dengan menghargai waktu yang kita miliki.
6 reviews
November 15, 2020
Saya sudah membaca ulang buku ini beberapa kali, dan setiap membacanya saya tertampar berkali-kali.
Buku yang sangat memotivasi agar kita dapat memikirkan umur kita setelah mati.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books107 followers
August 24, 2015
Bismillahirrahmanirrahim.

Terpana melihat untaian-untaian kisah para ulama terdahulu menuntut ilmu. Tidak sesaat dibazirkan untuk hal-hal yang remeh dan tidak penting.

Ibnul Jauzi misalnya diberitakan telah menulis 2000 jilid buku sepanjang usianya.

Manakala Khairul bin Ahmad Al-Farahidi Al-Basri, salah seorang ulama yang cerdas (lahir tahun 100H dan wafat pada tahun 170H) pernah berkata : Waktu yang paling berat bagiku adalah waktu makan.

Ini benar-benar menepati kata-kata Imam Syafie : Masa itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memenggal kamu!

Ada benarnya apabila penulis mengatakan :
Kala usia bertambah, tanggungjawab semakin besar, hubungan semakin banyak, waktu semakin sempit dan kemampuan makin berkurang.

Ketika di usia tua, masa sudah semakin sempit, fizikal semakin lemah, kesihatan memburuk, semangat makin rendah dan kewajipan dan kesibukan makin banyak.

Maka bersegeralah memanfaatkan masa kerana ia terus berjalan.

Subhanallah. Ya Allah, berilah keberkatan waktu kepada kami dalam melakukan kerja dan menuntut ilmu. Amin. .
4 reviews
June 14, 2010
buku motivasi yang sangat layak dimiliki di perpustakaan keluarga anda
Displaying 1 - 11 of 11 reviews