Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang!
Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.
Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.
“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid-
Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu.
“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid
“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi
Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.
“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid-
“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia-
Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.
Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa
Buku pertama daripada author ni yang aku baca. Gaya penulisan author ni oklah for me. Tp hmm macam mana ya nak review. Hahahha. Ada mix feelings di situ 🫢
Ok, secara jujurnya aku rasa review aku ni adalah kerana preference aku 🤣 Buku ni tebal weyh, jadi mungkin sebab tu aku rasa ada banyak jugak part yang draggy. Plot dalam ni pun i don’t know la macam ada something yang missing. Sebab aku rasa macam kurang teratur sikit. 🤔 Contoh, mengenai Clown 13 🤡 , dia macam kejap ada, kejap hilang, lepas tu tetiba muncul. Macam tu jugak dengan certain2 karakter dalam buku ni yang kejap ada, tetiba muncul, tetiba hilang ha gituuu. Jadi aku macam tak rasa kesinambungan or storyline ni smooth.
Mungkin sbb aku kot yang meletakkan expectation/menyangkakan buku ni vibe2 thriller romance, tapi ternyata fully focus on romance 🤣 Jadi, aku feel sedikit ‘meh’ di situ. 😌 Tapi bagi yang minat romance novel, absolutely aku rasa korang akan suka buku ni. Cumanya untuk aku yang tak berapa boleh dengan ayat yang terlalu bergula, hahahha aku macam nak cepat2 habis buku ni. Again, my fault 🤦♀️ dan tak taulah aku je yang rasa camni, tapi serius banyak gila penggunaan ayat ‘seksi’ dalam buku ni. 👀 like aku macam aduyai takyahlah nak terangkan everytime dengan guna ayat tu. Hahaha. Ya aku tau FL memang simp habis dengan ML. 🙄
Sorry but for me this ayat, ‘Every damsel in distress deserves a hero…I’ll always be your hero’ I can’t, aku rasa macam comel, cheesy sikit. Hahahahah. Sebab biasanya aku mmg tak suka damsel in distress kind of FL. 🤣🤣 Again, my fault 🤦♀️ mungkin sebab faktor umur jugak kot, so this kind of ayat mmg takleh masuk dengan aku. 😅
Tapi apa-apapun, lain orang lain taste kan. So, aku memang amalkan prinsip try je dulu buku apa yang aku rasa nak try, and no worries, best ke tak best belakang cerita, sebab mostly mesti ada benda yang kita boleh dapat daripada apa yang kita baca. Ha gitu. 😉 Overall, this book was ok 👌 #emptycanvashida
Alaaaa dah habis. I want Ayden's story. Ntah berapa lama la nak tunggu.
Should ada half² stars.
Lama F tak baca karya Suri Ryana. Dengar khabar readers tunggu kisah Aidid ni dah 2 years.
Awal² baca F rasa was² dengan Nelli. Tapi perasaan itu hilang lepas Tia balik rumah parents kat Tanjung Malim. Balik selepas Ayden kekasih hati curang. Dahlah before tu Tia tersalah sangka dengan seseorang.. bila diperhatikan ehh salah orang. Rupa sama tapi ada bezanya.
Tia bersetuju berkerja dirumah Datin Mahani as caretaker selepas Ica menolak job yang direkomen oleh makngah. Dengar gaji sebulan 2k Tia agreed.
Tak sangka pulak bumped into Tuan Aidid. Lagi la nervous.. dengan sikap garang plus diktator Tuan Aidid lagi kecut Tia. Tiba² Ayden muncul, merayu² Tia maafkan dia dan propose Tia. Tia rimas. Tuan Aidid beri warning.. dua² buat Tia pening kepala.
Suatu hari, Tia ternampak kertas² bertaburan berdekatan pondok pengawal. Kertas itu merupakan lukisan Clown 13.. lukisan itu seakan² hidup. Nyawa Datin Mahani dalam bahaya.
Sewaktu mereka pergi bercuti di Cameron Highland, Ayden buat hal giler. Sewaktu Aidid selamatkan Tia, mereka disergah dengan orang² kampung.
Aidid mengahwini Tia. Tia masih trauma atas apa yang berlaku pada dirinya. Bila Tia selalu mimpi buruk, Aidid akan menjadi mimpi indah pada Tia.
Panjang tau naskah ini. Sepanjang bacaan F curious siapa yang nak bunuh Datin? Setiap kali Maya datang, Datin akan nangis terjerit². Kak mun pulak perangai cam singa pun ku was². Ada sekali Nelli datang ke rumah Datin untuk jumpa Tia, gempar satu rumah Maya tekap muka Datin dengan bantal. Maya menafikan. Pening².. banyak betul watak yang buat F curious.
Kisah romance between Aidid and Tia.. and mystery who-want-to-kill-datin-mahani.
Almost 1000 pages with small fonts... Those who love thick books can give this a try.
I feel like the story development is a tad bit slow, and perhaps some scenes aren't necessary at all. Despite how entertaining it was to read, I think there's nothing too memorable from this book. Everything was told in tiny bits, and the scenes quickly changed to another, in my opinion.
Now, don't get me wrong. Aidid is such a dream guy - I'm all in for him, except for the pet name he used for Tia. Just... egh no 🤣 Blame it on the age factor maybe? Haha.
Whipped FMC, over-protective MMC, I couldn't ask for more. Plot twists are okay, a little unexpected for me.
Minor English grammatical as well as typing errors. I honestly don't put any expectations in Malay books when it comes to these two aspects, honestly. If I ever do, I'd always end up pissed and irritated.
Permulaan buku, menarik. Kisah kecurangan Ayden dan macam mana Tia belajar menjadi cekal selepas putus cinta, Tia menjadi caretaker kepada Datin Mahani dan perasaan yang bertunas setelah meterai perkahwinan dengan Aidid. Kisah yang manis. Saya boleh fokus dengan baik.
Tapi hampir ke penceritaan nak mencari siapa Clown 13, mood saya merudum. Watak-watak baru banyak keluar secara mendadak. Dan penceritaan penulis tentang peleraian kepada siapa Clown 13 tak memuaskan hati saya sebab sangat tiba-tiba sedang kan dialah dalang kepada penderitaan Datin Mahani, sehingga memusnahkan ke bahagiaan keluarga berpengaruh ni. Elemen kepada mengapa Clown 13 menjadi psikopat dan mensasarkan keluarga Aidid, terutama Datin Mahani tak melekat di hati saya. Watak Kak Mun juga, tiba-tiba habis begitu. Bagi saya semua yang jahat dalam novel ni tidak ada hukuman yang jelas atas kesalahan mereka sebagai tauladan untuk pembaca.
Watak Aidid tidak terlalu menonjol, manakala watak Ayden sangat senang trlepas begitu saja lepas kejadian hitam tu. Dan saya rasa Tia macam senang sangat maaf kan dia,boleh terima atas dasar dia kini adik ipar. I just can't. He did a grave mistake you know. 😅
Saya minta maaf jika penulis tak suka, cuma ini buah pandangan saya, review jujur saya. Penulis sesuai menulis buku romantik seperti buku-buku sebelum ini. Saya suka bila penulis cuba menulis sesuatu yang baru, i.e. kisah thriller/psikopat cuma bagi saya, puan penulis kena buat lebih banyak kajian. Saya juga pernah membaca beberapa novel kisah psikopat yang kemas dan detil penceritaannya. Maaf saya katakan buku ni sebenarnya lebih sesuai jika ditulis sebagai kisah romantis sahaja.
Apapun saya akan terus sentiasa sokong puan penulis, seperti mana saya tak pernah trlepas beli dan baca daripada buku pertama. Thumbs up too, I believe it ain't easy to write and produced a novel with this kind of thickness. Buku akan datang katanya spin off daripada novel ini, saya tetap nantikan. ☺️ Harap Ayden belajar sesuatu daripada kesilapan lama (permintaan ikhlas ni haha).
P/s: saya bagi 3.5 bintang. Deduct sikit daripada bintang penuh sebab tak ngam dengan kisah Clown 13 dan pengakhiran yang simple.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Plot dah menarik tapi buku ni sepatutnya boleh diringkas jadi tak ada lah buku setebal hampir 1k ms 😭
Lelah juga nak habiskan, bagi zu dari 1% ke 50% hanya build-up the progress of the plot. Beberapa point permulaan untuk menarik minat pembaca tu dah ada, tapi dipanjang-panjangkan sampai zu terlupa apa yang zu nak tahu hahah
Zu boleh kata lepas part Aidid & Tia berkahwin which is after 50% baru nampak the flow and jalan yang clear menuju ke ending. Gigih zu tahan diri dari selak page belakang sebab nak tahu apa jadi 🫠
Build-up plot terlalu panjang & conflict yang cepat habis. Geram pula zu sebab sepanjang zu baca punyalah banyak assumption yang zu buat sekali gitu je habis. Macam eh, gigih aku jadi detektif waktu baca buku ni tau! 🤣
Apa-apa pun kemanisan Aidid & Tia sangat manis yang buatkan zu rasa nak nangis tepi bucu je 😩
Kalau ada cerita pasal Ayden & Zali pun menarik juga 👀
plot okay tapi draggy namampus penat aku nak habiskan. cringeee tapi okay la sikit dari pcma tu tapi pet name tu sumpah rasa nak baling je buku ni erghhh. aku bertahan nak habiskan pun sebab nak tahu siapa clown 13. nasib baik la cerita ni ada misteri suspens sikit walaupun banyak cringe tapi takpelah nokk benda pun dah habis baca. sumpah ni last la buku SR aku beli🙂↕️
Tia dan Aidid disatukan disebabkan oleh satu kejadian yang berpunca daripada Ayden yang merupakan ex boyfriend Tia dan juga kembar Aidid. Ni bukan spoiler blurb belakang pun ada bagitahu.
Tetapi perkahwinan mereka ni disembunyikan dan hanya beberapa pihak tertentu sahaja yang tahu. Ada sebab sebenarnya Aidid buat macam tu.
Pada awalnya aku takut nak baca buku ni sebab kan perbuatan Ayden dekat Tia tu 😒 (boleh baca beberapa bab awal kat blog suriryana) dan jugak cover buku ni yang sangatlah turn off ye.
Buku ni kurang satu bintang sebab banyak sangat watak dalam ni. Satu lagi, Tia memaafkan Ayden dengan terlalu cepat bagi aku. Dia buat kau trauma dan cuba nak rogol kau kot weh 😭
Sebenarnya tak tahu apa yang aku baca untuk cerita ni 🫠
Please all authors, please learn more about how to write POV1 so it will be well-written and tidy.
Saya ni memang skeptikal bila penulis guna POV1, ia boleh jadi syok sendiri atau sebaliknya. Tapi untuk buku ni saya rasa ia syok sendiri, awal-awal saya dah rasa cringe dengan cara Tia ni bermonolog sendiri. Rasa macam baca diari pun ada. Saya rasa Tia ni syok sendiri.
Dengan tak tahu apa-apa background pasal boyfriend-nya lagi, what?
Ke diaorang ni baru bercinta, itu yang tak tahu boyfriend ada kembar?
I got a second-hand embarrassment tau masa scene Tia serang Aidid, dia cam apa benda perempuan ni? Lepastu bila dah sedar gaya lelaki tu tak sama dengan boyfriend dia boleh pulak bercakap dengan diri sendiri kenapa lelaki depan dia nampak lain? What are you doing girl?
Kita ni orang yang ada degree, fikir lah dengan rasional sebelum nak serang dan marah-marah. You ada option lain nak siasat boyfriend you.
If penulis nak letak juga scene macam ni, tolonglah buat dengan baik. Again monolog Tia ni memang nampak syok sendiri, itu yang buat penceritaan nampak tak menarik. I can't count how many times I rolled my eyes 😒 while reading this book.
Penulisan yang panjang dengan font buku yang kecik buatkan saya rasa lagilah tak syok nak baca, aku skim je manjang sehingga akhirnya aku stop di muka surat 500+
I cannot handle it anymore. Tak tahulah siapa Clown 13, Kak Mun, siapa Fira, siapa Firman apa yang jadi sebenarnya.
I'm so glad that I borrowed this from my aunt 😶
I will not rate this book, it is not fair as I did not finish reading it.
Ayoooo kenapa lah cover buku ni macam ni.. Cover buku ni buat saya berbelah bagi nak beli.. tapi ada member cakap cerita ni best.. so, kita pun belilah kat Popular. Dah lama juga tak baca cerita Suri Ryana.
Biasanya Suri Ryana tulis cerita cinta cintun gitu.. berbeza dengan naskahnya untuk kali ini. Karnya kali ini penuh dengan misteri.
Walaupun banyak watak dalam cerita ini. Tapi saya layankan juga hingga ke helaian yg terakhir. Ya lah.. nak tahu juga lah siapa punya angkara yang nak sangat bunuh Datin Mahani..
Aidid yang beku tu bila datang sweet dia.. memang bersemut.. untung lah Tia dapat suami macam Aidid. Tapi bila baca buku ni.. aku lebih tertarik nak tahu lebih lanjut kisah si kembar Aidid iaitu Ayden. Tak sabar nak baca kisah Ayden dan Wawa.
3 star for my favorite writer... kenapa 3.. ha.. kena terjah kat blog. Mungkin sbb dah lama x baca novel.. skill buat review yg mmg level 1... jadi makin teruk... hahahah...
Jarang2 ML nak bg rate 3 star kan.. nak2 pada SR... tapi.. tulah... benda nak jd kan... apapun stay tune... nanti ML update blog ya... harap2 masih ingat password.
Setahun bercinta tak menjamin perkahwinan kan. Niat Fatihah Nabila nak suprisekan si buah hati Ayden Aqashah rupanya dia tersuprise😢ey sensitive betul isu 'cheat' ni tau😒okay kalau dh curang ni ofclah it's time for FL jumpa ML🙈
Aidid Aqashah, aik kenapa nama sama? lah Aidid abang kembar seiras Ayden rupanya. ehem but more hotter🤭kalau Ayden jenis fun, enjoy, but Aidid opposite girls😏serious, charisma,dominant, auch bahaya Ad type ni pun dh tersengih😮💨while tunggu posting Tia kerja as caretaker untuk Datin Mahani, lah jodoh tak kemana rupanya tu mak Aidid & Ayden🤪
Something jadi dekat Datin Mahani and ada related dengan clown 13🤡siapa dia? why dia dendam? apa jadi dekat Datin Mahani?you have to read it😙also satu kejadian hitam jadi dekat Tia & Aidid muncul selamatkan keadaan.
"𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐝𝐚𝐡𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧?"
eh cik abang! awak tau tak Tia tu auto nervous dengan awak. tanya soalan gitu pulak ey🙈
Overall, Ad suka gila baca PH ni! ask Zu how Ad menggediks simp dekat Aidid😏buku kak Suri always buat Ad tersengih tau, and this is my second book from her😋please baca tau. korang takkan rasa pages dia banyak tau-tau dah tamat. Now tak sabar nak tunggu next buku🤔🤭sila cari, beli, baca!🤍
Berbaloi rasanya tunggu cerita ni keluar. 2 tahun adalah satu penantian yang panjang. Tebal plak tu novel Kak Suri kali ni. Actually PH ni ku tak pernah baca kat blog. Biasanya semua karya SR ku baca bila buku dah keluar. Malas nak baca sikit2 kat blog, rasa tersiksa nak tunggu keluar buku nanti 😆
Kisah Aidid dan Tia ni sangatlah menarik bagiku. Walaupun tebal tapi x meleret. Rasa nak tahu apa jadi seterusnya membuak-buak. Banyak tekaan yang bermain di fikiran tentang siapa clown 13 dan siapa yang bermusuh dengan Datin Mahani sebenarnya.
Ku suka latar tempat dekat dlm novel ni. Kak Suri ceritakan suasana di Cameron Highlands. Rindu wehh nak gi sana lagi. Dah bertahun-tahun x pergi. Ada juga terselit scene pantai di Pohang tempat shooting drama Hometown Cha Cha Cha. Peminat setia drama tu kot jadi dapat bayangkan suasana tempat tu.
Aidid Aqashah dalam novel ni sweet teruk. Dia walaupun garang masa mula2 kenal tapi caring sangat dengan Tia. Tak mau tunjuk depan orang je. Tapi bila dah kahwin dgn Tia sangatlah bertanggungjawab dan hilang terus muka ketat dia kalau dgn Tia. Hehehe...
Cerita ni memang misteri. Tak boleh nak dijangka apa jadi seterusnya. Banyak rahsia yang tersimpan dalam beberapa watak. Dan ku tak sabar plak rasa nak tahu fasal watak Mawar Sofia & Ayden Aqashah. Kenapa Ayden tinggalkan Mawar dulu dan hidup dalam porak-peranda sampailah satu peristiwa hitam yang membuatkan dia mula berubah.
Overall puas hati baca PH. Ada sedih, ada happy dan ada bahagia yang kita rasa dlm menelusuri kisah Aidid & Tia. Hopefully, novel seterusnya 'Perfectly Mine' tak sampai dua tahun plak kena tunggu ya Kak Suri. 😂
Bukunya tebal dgn tulisan yg kecik..Siapa yg tak puas dgn novel nipis-nipis, baca ni..Hambik kau tebal nak mampus..Kalau la tulisan tu besar-besar, beribu muka surat la jadiknyaa..Disebabkan tebal, bibit-bibit cinta tu agak lambat yaa..Kena sabarkan diri membaca..Progress novel ni slow dan percintaan hero dan heroin pun lambat..Tapi kalau bahagian manis tu memang menjemput semut bertandang..
Walaupun buku ni memang tebal giler tapi aku berjaya jugak layan hingga ke akhirnya ha ha ha. Ada misteri yang buat aku tertanya-tanya dan nak tahu siapa yang nak bunuh mama si Aidid ni ??? Adoi... letih aku nak layan aksi jiwang tahap overdose si Aidid ni lah..untunglah si Tia ni dapat suami macam si Aidid ni he he he.
Plot was a bit draggy for a bit. Tapi Aidid tu, fuh. Pandai author portray watak dia sampai aku boleh bayang Aidid macam mana. Watak Tia ni nak kata matang tu ada la kebudak-budakan. Selalu je cari bahaya 🤣
Decided to dnf this book because lack of time dan buku pun pinjam kawan dan kena pulang semula 😂
Aku kasi 4/5 bintang. Sepanjang aku baca buku ni sampai bab berapa aku tak ingat, plot sangat menarik, walaupun cliche jugak awalnya dengan isu curang girlfriend boyfriend ni. Baru girlfriend boyfriend tapi dah macam gaya orang kahwin dah. Jangan normalizekan yang haram ya semua.
This book is a great book so far i’ve read. Tak ingat berhenti sampai chapter berapa serious tapi there’s a long progress for FL dan ML untuk bersama. Misteri badut masih belum aku tahu siapa puncanya. Curious tapi bebila aku akan sambung semula pembacaan.
Okay, kalau korang sukakan buku pure romance, sukakan buku Suri Ryana, boleh la baca. .
Okay, pertama sekali, buku ni tebal gila namatey. Hampir 1K pages. Lama gila tak baca buku tebal ya. I've decided to read this during weekend. Sebab kononnya boleh la fully focus on this book. Tapi suprisingly, aku boleh habiskan dalam masa sehari lebih je. .
Oh ya, buku ni dahlah tebal, tapi tulisan kecik weh. Aku nyaris fikir yang aku perlu tambah power spek aku ni. .
Dan satu lagi, that book cover! Aku tak expect penerbit KN, penulis SR boleh publish that cover. Bukan ke, kena minta izin artis tu ke? hahaha. Conclusion, cover tu tak cun langsung. .
Okay, back to this story. .
Tia ni kecewa dengan kekasihnya, Ayden yang curang. Cuba untuk move on, dia kerja sebagai caretaker Datin Mahani. Kat banglo tu, dia jumpa Aidid, anak Datin Mahani. Little did she know, yang Aidid dan Ayden tu kembar. .
Tia ni somehow terpikat la dengan Aidid. Alaaa Aidid pun sama je, cuma dia cover dengan acah-acah cool dia tu je. .
Dan sebenarnya ada part yang thrill. Kemunculan Clown 13 yang cuba mengancam nyawa Datin Mahani. Jenuh la Aidid duk siasat siapa dalangnya. .
Okay, buku ni guna POV 1. So, walaupun buku ni ada part thriller, tetaplah aku cakap pure romance sebab guna POV Tia kan. .
I would say buku ni meleret sebab ramai gila watak. Dan romance antara Tia dan Aidid. Dengan description yang tak habis-habis duk emphasize betapa hot and dashingnya Aidid. Come on, cukuplah tu. Semua orang tahu Aidid tu handsome, hence that book cover kan. .
Part Clown 13 tu hampir tenggelam. .
Okay, overall, aku suka penulisan Suri Ryana. Kalau beliau menulis cerita romance, serius best. Rasa terbuai-buai. Tapi kalau yang kurang suka dialog English, mungkin tak berapa gemar. .
Okay, adik-adik bawah umur, boleh baca ke tak? Tak payahlah. Ada la manis suami isteri tu kan, walaupun mungkin tak keterlaluan. Dan buku ni macam fairytale sebenarnya. Kang terlebih berangan pulak adik-adik nanti.
Novel ni bermula dengan kisah Tia yang duk masak makanan untuk Ayden, konon nak buat surprise birthday, at last dia yang kena surprise. Surprise dua kali pulak tu. Sejak dari tula dia mula kenal Aidid, lepas tu boleh pulak dijadikan cerita dia kena ganti adik dia jadi caretaker kat rumah Aidid. Haaa kelam kabut kau masa mula mula tau kebenaran Ayden dengan Aidid ni siapa.
Jadi caretaker Datin Mahani, mama Aidid x Ayden benar-benar membuatkan hidup Tia seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang betul. Ayden datang merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya.
Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.
Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa Tia hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.
Harapan pulak sekejap cuma. Bala pulak datang time Aidid datang selamatkan Tia. Sabar jela part ni, niat datang nak tolong, benda lain pulak dah yang jadi.
“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid-
Makanya bersatulah mereka. Tanpa apa apa perancangan pun.
“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.”
"You're too innocent that is make me wanna me protect you even more, babygirl"
"Never I have ever imagined that one day someone perfect like you would be perfectly halal for me "
"What if I miss u in the middle of the night?"
"Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.
Puas Tia x Aidid bersulam cinta, ala ala cinta lepas nikah (sweet part ni) then bermulalah kisah clown 13 munculkan diri, macam mana diorang hadap kes tu. Lepas tu lepas episod syak wasangka, akhirnya baru tahu siapa punya angkara. Ya part ni, lain yang aku syak, lain pulak kebenarannya.
Plot twist disitu kisah mawar dan lelaki yang ditunggunya tu. Memang tak sangka part ni sampai Tia pun dah malu pegi serang orang. Memula kat part serang tu aku pon macam, eh apeni Aidid ni. Baru nak kecewa kan, tapi nasib penulis bagitau kebenaran cepat 😆😆
Suka baca kisah Tia x Aidid masa kat rumah pokok tu. Boleh pulak terlanggar akar pokok. At last kat situ jugak la diorang bercinta kan 🦋🦋 Aidid ni dia sweet sebab sangat protective dalam masa yang sama loving person pulak. Aaaa korang baca jela baru tau tahap potong kaki novel ni macam mana 😆
Sekian sahaja review untuk novel ni. Kubagi full mark sebab novel ni sweet like macam ada butterfly dalam perut 🦋🦋🦋 Kalau ada kekurangan or kekasaran bahasa, maafkan lah ya 🙏🙏
Banyak novel Suri Ryana yang saya dah baca dan saya suka dengan jalan cerita penulis. Cuma buku yang tebal kali ini, penceritaannya pada saya agak draggy, meleret-leret dan agak membosankan. Mengisahkan Fatihah Nabila atau Tia yang bercinta dengan Ayden Aqashah. Selepas Ayden ditangkap curang dengan Emylia, Tia terus putuskan hubungannya dengan Ayden. Bab kelam kabut Tia tidak selari dengan Tia yang lulusan universiti dan bakal guru mematiks. Bila Tia nampak Aidid Aqashah bersut kemas dengan wanita cantik, Tia boleh terus serang Aidid yang disangka itu Ayden. Padahal Tia baru saja turun dari kondo Ayden. Lagi satu bab kelam kabut Tia bila minta cerai dari Aidid kerana Ayla panggil Aidid ‘papa’ dan sangkanya Mawar Sofea adalah isteri Aidid. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik dengan ada plot twist walau penceritaannya sedikit perlahan. Cuma monolog Tia yang terlebih perasan terasa hambar. Tapi dalam pada tu saya kurang senang dengan beberapa scene yang dibiarkan hanging di hujung-hujung bab. Kisah Mawar Sofea dan Ayden tergantung sepi. Watak-watak lain semua banyak hilang dari radar. Puteri Nellie yang upah gengster untuk bunuh mama Aidid pun kurang terserlah. Dah macam cameo role saja. Kaya tahap mana Nellie ini juga tidak dijelaskan. Few discrepancies here and there. Mata Aidid kan coklat cair tapi ada satu bab Tia menatap anak mata Aidid yang hitam pekat. Saya confused. Lagi satu, Ayden kan kena tikam dengan pisau oleh jururawat penyamar. Kenapa boleh Aidid mendakap Ayden yang terhuyung-hayang akibat ditembak. Lagilah saya double confused.
Suri Ryana ini antara penulis yang pertama tarik aku ke dunia novel ini selain Anjell. Aku suka gaya penceritaan dan penulisan Suri Ryana dalam semua novel dia kecuali Maid. Tapi bukan bermakna Maid tak bagus, hanya mungkin sebab waktu itu beliau masih baru dalam bidang penulisan dan semua penulis perlu diberi peluang untuk membaiki gaya penulisan mereka dari masa ke semasa and she did it!
Untuk buku ini, hubungan dingin antara ml dengan fl selepas fl ini putus dengan adik si ml memang menariklah. Peminat romance yang main tarik tali confirm blushing! Konflik pasal antagonis dalam cerita ini juga boleh dikatakan okay, tapi tak berjaya untuk pegang aku dalam jalan cerita mencari antagonis itu.
Sekarang aku tak sabar nak baca kisah ex fl itu. Please terbitkan segera Suri Ryana!
but its worth to read walaupun ambik masa untuk habiskan. romantik&misteri, walaupun banyak rama rama tapi penulis menyelitkan misteri dalam novel ni, memang sepanjang pembacaan saya berteka teki siapa villian dalam novel ni. tekaan semua tak betul but the end puas hati. congrate author.
Dibuai perasaan bila baca naskhah dari Suri Ryana.Memang boleh terbayang hero dan heroin novel yang handsome,charming dan heroin yang loving dan matang.Terbaik cerita ini👍
3.75/5 Finished it in a day! I love how it's love after marriage and their relationship. However, I do feel that the ending is abit rushed and not much about the serial killer is touched. (And cover dia pon ㅠㅠ)
Also, it feels like a bunch of plot twist was dumped nearing the end of the book.